Anda di halaman 1dari 8

KERTAS KERJA PROJEK INTERNSHIP

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA


KAMPUS PULAU PINANG
11700 GELUGOR, PULAU PINANG

KERTAS KERJA PROJEK


MENGEMASKINI PUSAT SUMBER
SEK. KEB. KHIR JOHARI
OLEH
NOR AMALINA BINTI AHMAD SABKI
NUR IZZATI BINTI WAN OTHMAN

DENGAN KERJASAMA
GURU-GURU DAN MURID-MURID SKKJ

KERTAS KERJA PROJEK INTERNSHIP

1.0 Pendahuluan
Internship merupakan salah satu program latihan di lapangan yang bertujuan
untuk mengembang serta mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman
sedia ada sebagai seorang guru. Guru pelatih dikehendaki merancang, melaksana dan
menilai projek yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran di dalam dan di
luar bilik darjah atau aktiviti rutin yang telah menjadi amalan dan budaya
sekolah/tempat bertugas.

Sehubungan dengan itu, kami guru pelatih dari Institut Pendidikan Guru Kampus
Pulau Pinang telah memilih untuk melaksanakan beberapa projek yang berkaitan
dengan komuniti sekolah bagi menjayakan internship yang bermula dari 8 Julai 2014
sehingga 8 Ogos 2014 di Sekolah Kebangsaan Khir Johari, Perai, Pulau Pinang.

Cadangan projek adalah mengemaskini pusat sumber dengan lebih baik serta
menjadikan pusat sumber sebagai satu tempat yang sesuai bagi menambah ilmu
pengetahuan dan menggalakkan murid untuk mengunjungi pusat sumber.

KERTAS KERJA PROJEK INTERNSHIP

2.0 Matlamat
Matlamat program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar guru dalam
aspek pengurusan Pusat Sumber sekolah sebagai bekalan ilmu pada masa akan
datang. Seterusnya menjadikan pusat sumber sebagai satu tempat yang selesa untuk
dihadiri bagi aktiviti membaca atau aktiviti yang lain.

3.0 Rasional
Rasional kepada program ini adalah pusat sumber merupakan gedung ilmu yang perlu
sentiasa dikemas kini serta diperindahkan agar dapat menggalakkan budaya rajin ke
pusat sumber sekali gus dapat meningkatkan minat murid untuk membaca.

4.0 Objektif
Antara objektif pelaksanaan projek ini ialah untuk ;

Merancang dan melaksana projek yang berkaitan dengan pengajaran dan


pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah .

Menggalakkan murid mengunjungi Pusat Sumber sebagai satu tempat untuk


menambah ilmu.

Menunjukkan komitmen yang tinggi kearah kecemerlangan, akauntabiliti dan

KERTAS KERJA PROJEK INTERNSHIP


integriti dalam melaksanakan tugas.

Menjadikan suasana pembelajaran lebih kondusif dan penuh kedamaian

Memberi latihan dan menyediakan pengalaman dalam aspek pengurusan dalam


menguruskan pusat sumber.

Memberi

pendedahan

dan

menambahkan

pengetahuan

dalam

bidang

kepimpinan dan tanggungjawab terhadap pengurusan pusat sumber di peringkat


sekolah.

Membuat refleksi dan menilai amalan pengajaran dan pembelajaran,pengurusan


projek dan sebagainya.

Memantapkan usaha dan inisiatif ke arah pemupukan ciri-ciri inovasi dan


kreativiti.

5.0 Tarikh Dan Tempoh Masa

TARIKH

: 15 Julai 2014 18 Julai 2014

TEMPOH MASA: 4 hari ( Selasa hingga Jumaat)

6.0 Jawatankuasa Induk

KERTAS KERJA PROJEK INTERNSHIP


PENAUNG :
ENCIK ZAINAL ARIFFIN BIN ZAKARIA
PENSYARAH PENYELIA :
TUAN HAJI ANUAR BIN SULAIMAN
MENTOR :
PUAN HAFIZA BINTI HUSNI

6.1 Jawatankuasa Pelaksana

Pengerusi

Nur Izzati Binti Wan Othman

Setiausaha

Nor Amalina Binti Ahmad Sabki

7.0 Pelaksanaan

KERTAS KERJA PROJEK INTERNSHIP

BIL

PERANCANGAN AKTIVITI

Mengemas buku mengikut nombor perolehan agar memudahkan murid

untuk mencari serta mengemas kembali buku yang diambil


Membuat laluan sumber dengan menggantung informasi terkini

mengenai matapelajaran dan juga pengetahuan umum.


Menyediakan bakul supaya sistem pemulangan buku lebih teratur

Membuat flyer untuk diberikan kepada pelawat mengenai pusat

sumber sekolah
Memperindah dan menambaihbaik sudut yang terdapat di dalam pusat
sumber

8.0 Anggaran Kos Perbelanjaan


Rujuk Lampiran 1
Projek

9.0 Penutup

KERTAS KERJA PROJEK INTERNSHIP


Diharapkan permohonan kami dipertimbangkan dan dilulusakan oleh pihak tuan, Di
harap melalui projek ini akan dapat mengeratkan kerjasama antara guru pelatih dan
guru guru di sekolah ini. Kami juga berharap agar dapat mempelajari sebanyak
mungkin sumber ilmu yang ditemui sepanjang projek dan juga pengalaman yang amat
berharga sebagai panduan menjadi guru sebenar kelak.Kerjasama daripada semua
pihak di dahului dengan ucapan terima kasih

Disediakan oleh

Disemak oleh,

( NOR AMALINA BINTI AHMAD SABKI )

( PUAN HAFIZA BINTI HUSNI )

Setiausaha Projek Mengemaskini Pusat Sumber,

Mentor Program Internship,


Sekolah Kebangsaan Khir Johari,
Perai, Pulau Pinang.

Program Internship,
Institut Pendidikan Guru,
Kampus Pulau Pinang

. Ulasan

Bahawasanya dengan sukacitanya saya meluluskan/ tidak meluluskan


program dalam kertas kerja ini.

KERTAS KERJA PROJEK INTERNSHIP

Disahkan oleh,

..
( ENCIK ZAINAL ARIFFIN BIN ZAKARIA )
GURU BESAR
Sekolah Kebangsaan Khir Johari.

Anda mungkin juga menyukai