Anda di halaman 1dari 4

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS RAJANG
96509 BINTANGOR,
SARAWAK

KERTAS KERJA

PROGRAM BINA INSAN GURU


PISMP AMBILAN JANUARI 2010

ANJURAN

JABATAN HAL EHWAL PELAJAR

PADA

20-24 APRIL 2010


DI

PULAKO, IPG KAMPUS RAJANG, BINTANGOR

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJANG


96509 BINTANGOR

SARAWAK

___________________________________________________________________

1.0 Tajuk : Program Bina Insan Guru PISMP Ambilan Januari 2010

2.0 Pengenalan

Guru adalah pembina generasi Malaysia. Pembangunan modal insan


berkualiti tinggi merupakan suatu keperluan dalam usaha melahirkan rakyat
yang berilmu, berkemahiran, serta memiliki kekuatan spiritual dan sahsiah
yang unggul. Bagi menjayakan wawasan dan matlamat pendidikan ini, guru-
guru Malaysia perlu memiliki dan menguasai kekuatan ilmu dan intelek yang
tinggi, penguasaan kemahiran profesional yang mantap serta diperkasakan
dengan penguasaan kemahiran dan teknologi baru, penghayatan nilai dan
etika keguruan serta kekuatan peribadi dan sahsiah yang terpuji selaras
dengan hasrat negara.

Kursus Bina Insan Guru (BIG) merupakan suatu wahana ke arah pembinaan
dan pembentukan kualiti insan guru yang dihasratkan selaras dengan
Falasafah Pendidikan Kebangsaan(FPK) dan Falsafah Pendidikan Guru
(FPG). Program ini melibatkan semua pelajar IPG. Melalui aktiviti yang
dirancang, pelajar dapat mengenal diri (real-self) dan mampu
mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh ke arah
pembangunan diri sebagai insan guru secara berterusan. Program ini diharap
dapat melahirkan guru-guru yang memiliki kemantapan sahsiah dan kuasa
profesional yang tinggi serta senantiasa bersedia dan mampu menangani
pelbagai cabaran pendidikan dan arus globalisasi.

Pelaksanaan Bina Insan Guru (BIG) lebih menekankan kepada pembelajaran


di luar bilik darjah secara alamiah dalam konteks dan situasi sebenar dalam
usaha memperkasa ilmu, kemahiran, daya intelek, nilai dan akhlak keguruan
dalam kalangan pelajar. Di samping program dan aktiviti yang dirancang
secara khusus, usaha pembinaan insan guru yang unggul ini juga
diperkukuhkan melalui aktiviti tutorial dan budaya Institut Pendidikan Guru
(IPG).

3.0 Matlamat

Program Bina Insan Guru (BIG) bermatlamat untuk melahirkan guru-guru


yang mempunyai kemantapan akhlak, nilai-nilai kerohanian dan keguruan,
daya ketahanan diri yang tinggi serta aura keguruan yang selaras dengan
prinsip Rukun Negara, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah
Pendidikan Guru. Program perkhemahan (4 hari 3 malam) yang dilaksanakan
bertujuan memberi pendedahan awal kepada pelajar tentang ciri-ciri dan
kualiti insan guru yang unggul.

4.0 Objektif

4.1 Memahami realiti persekitaran dan responsif secara positif kepada keadaan
dan keperluan persekitaran yang berbeza.

4.2 Menggunakan ilmu dan kemahiran dalam pelaksanaan sesuatu tindakan,


amalan atau aktiviti.

4.3 Menghayati ciri-ciri kerohanian, nilai, etika dan akhlak keguruan.

4.4 Menilai kesesuaian ciri personaliti kendiri dan kerjaya keguruan serta
membina pemikiran positif terhadap kerjaya keguruan.

5.0 Tema : Guru Pembina Negara Bangsa

6.0 Anjuran : Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPG Kampus Rajang.

7.0 Tarikh : 20 - 23 April 2009.

8.0 Tempat : Pulako, IPG Kampus Rajang, Bintangor.

9.0 Peserta : Pelajar PISMP Semester 1 (76 orang).

( Sila rujuk lampiran 1)

10.0 Maklumat Program

10.1 Yuran : -

10.2 Perasmian : En. Wan Kamaran Bin Wan Sulaiman

(Penyelaras Program BIG PISMP )

10.3 Penutupan : En. Mat Kamal Bin Abdul Majid

(Ketua Jabatan HEP IPG Kampus Rajang )

10.4 Bacaan Doa : Abdul Aizat bin Abu Bakar

(Peserta BIG)

10.5 Ahli Jawatankuasa Program

( Sila rujuk lampiran 2)

10.6 Anggaran perbelanjaan

( Sila rujuk lampiran 3 )

10.7 Jadual Program


( Sila rujuk lampiran 4 )

11.0 Penutup

Keseluruhannya, program ini akan dapat meberi pendedahan awal kepada


para pelajar mengenai ciri-ciri dan kualiti insan guru yang unggul. Selain itu,
program ini akan memantapkan lagi keperibadian setiap pelajar kepada
pembentukan personaliti sebagai seorang guru. Para pelajar juga akan
bersedia menghadapi realiti persekitaran dan memberi tindakan yang positif
kepada keadaan dan keperluan yang berbeza.

Disediakan oleh,

_____________________

( MAHAKENDRA AKANG)

Setiausaha Program Bina Insan Guru,

PISMP Ambilan Januari 2010,

IPG Kampus Rajang.

Anda mungkin juga menyukai