Anda di halaman 1dari 4

SATU LANGKAH SUCI

Masyarakat hari ni sangat taksub dengan perkataan Jodoh. Mereka tak sedar
sebenarnya mereka ini perlahan-lahan sedang ditipu oleh syaitan. Jika kita
perhatikan masyarakat hari ini terutama sekali dalam kalangan remaja sekolah, praUniversiti dan juga Mahasiswa, kebanyakan mereka masih lagi hanyut dalam cinta
,monyet mereka yang tak terkawal.

CINTA, APA BENDA TU?


Perkataan cinta harini sangat kerap kita dengar dan kebanyakannya disebut di dalam
drama-drama melayu pukul 7 petang tu. Ia sebenarnya menjadi pengaruh yang kuat
kepada masyarakat Remaja khususnya di malasyia. Jika dibandingkan msayrakat
dahulu dengan sekarang, perkataan cinta itu seolah-olah mati daripada terucap
dibibir kerana tahu akan rasa malu. Tapi remaja pada masa kini (yang terlibat) yang
bercinta dan ingin bercinta, mereka akan segera mengucapkan kepada cinta hati
mereka melalui internet atau secara berhadapan.
Makin Parah!
Ini kerana cinta sepertimana yang tunjukkan itu bukanlah Cinta yang hakiki. Fahami
makna cinta itu sendiri dari pokok pangkalnya.
Mari saya tertangkan.

Ruang lingkup Cinta itu sendiri sebenarnya boleh bahagikan kepada beberapa
cabang. Antaranya Cinta Tadika, Cinta Pasar, Cinta monyet,Cinta Matang dan Cinta
Hakiki.

Cinta Tadika:-

ia melibatkan pelajar-pelajar tadika. Pada usia ini, mereka tertarik antara satu
sama lain kerana kecantikan mereka. Namun ia tak lama

Cinta Pasar:-

Cinta psar melibatkan pelajar-pelajar sekolah rendah, dari umur 7 tahun


hinnga 12 tahun. Pada usia ini, mereka tertarik antara satu sama lain kerana
gaya kepimpinan mereka, samada budak tu ketua pengawas, ketua
Perpustakaan dan sebagainya, dan mereka juga tertarik kerana kecantikan
mereka dan ketampanan mereka.

Cinta Monyet:-

Ia banyak melibatkan pelajar-pelajar sekolah menengah, dari umur 15 tahun


hingga umur 20 tahun. Pada usia ini, mereka tertarik antara satu sam lain
kerana kepandaian mereka memujuk hati orang yang disukai, dengan kata
lain mereka mereka pandai mengAyat. Jika dilihat, pasangan yang merkea

suka itu tidaklah cantik atau tampan, tapi kerana pujukan yang lebih dominan
menyebabkan semua itu (ketampanan&kecantikan) dilupakan.
Cinta Matang:-

Ia melibatkan mereka yang sudah berkemampuan dari segi spiritual,


mental,spiritual dan material. Kebanyakkannya bermula pada umur 25 tahun
dan keatas. Mereka sudah berfikiran jauh mengenai alam percintaan dan alam
perkahwinan. Mereka mengetahui kesusahan untuk mengendalikan rumah
tangga yang tiada penghujung (kecuali mati @bercerai), memikir strategi
untuk memimpin keluarga dan membesarkan Seorang Khalifah.

Cinta Hakiki:-

Cinta hakiki inilah yang jarang diingat oleh semua orang. Cinta Hakiki iaitu
cinta kepada Allah swt dan Rasulullah SAW. Cinta ini sebenarnya suatu
tanggungjawab yang melibatkan ibubapa kepada anak-anaknya sejak dari
kecil lagi.
Dengan memperoleh cinta hakiki yang dipupuk ini. Dengan izinNya,anak-anak
tidak akan terjebak dengan Cinta lain melainkan Cinta Hakiki. Mereka dengan
sendirinya akan berusaha membina diri anak mereka menjadi seorang
khalifah dan memimpin keluarga mereka mengikuti Sunnah Ar-Rasul SAW.

Jika masyarakat memahami hal ini, masalah ini tidak akan berulang dan perlahanlahan msalah remaja dapat dibendung.

MENUNGGU JODOH ATAU MENCARI JODOH


Masalah jodoh ini sering menjadi kerisauan da perbualan masyarakat kita pada hari
ini. Mereka seolah-olah mahu berumah tangga sekarang juga kalau diberi peluang.
Kadang-kadang ada yang mengepos gambarnya di Instagram atau facebook dan
memberi caption, sekarang masih berseorangan. Kadang-kadang saya juga naik
menyampah melihatnya.
Tapi sekiranya kita benar-benar bersedia dari segi spiritual,mental,fizikal dan
material. Yakni dalam dan luar sama ada dari segi agama,jiwa,kewangan dan
sebagainya, maka apa yang boleh saya katakan adalah Dipersilakanlah untuk
menjejakkan kaki ke alam perkahwinan.
Sering kita dengarkan dialog-dialog sebegini.
kenapa kau tak kahwin-kahwin lagi sampai sekarang ni? tanya si A
Aku sedang menunggu jodoh yang tertulis untukkku di Luh Mahfuz.Jawab si B
Kedengarannya seperti Islamik, tapi sebenarnya tidak dan mungkin ia dianggap
sebagai satu dosa. Mungkin.
Kenapa?

Kerana, siapa kita untuk mengetahui jodoh yang tertulis untuk kita di Luh Mahfuz,
sedang hanya Allah swt yang mengetahuinya. Kenapa dalam perkara lain kita
sangat berusaha untuk mendapatkannya tetapi dalam hal jodoh ini kita tinggal diam
dan menunggu untuk jatuh ke riba.
Kalau kita mahukan pencapaian yang tinggi 10 A dalam peperiksaan SPM
contohnya, kita akan berusaha dengan sedaya upaya untuk mendapatkannya dan
bukannya hanya duduk diam dan menunggu 10 A tu datang kepada kita. Begitu juga
dalam hal jodoh. Jodoh mesti dicari bukan ditunggu.

HUKUM PERKAHWINAN
Ramai yang masih keliru dalam bab perkahwinan ini. Masalah perkahwinan ini
sebenarnya sudah lama dijelaskan oleh Para Ulama, namun masyarakat kita yang
tidak ambil cakna akan hal ini.
Ilmu Fiqh Munakahat ini sepatutnya kita sudah hadam, lagi-lagi bagi mereka yang
mahu membina masjid.
Sekarang, apakah hukum asal perkahwinan?? mungkin ada yang tahu ada yang
tidak.
Diingatkan Hukum asal perkahwinan adalah Sunat, ianya merupakan suatu sunnah
yang digalakkan. Namun bagi kaum lelaki, hukum ini akan berubah mengikut
keadaan dirinya. Ia boleh menjadi wajib, sunat,harus,makruh dan haram.

Hukum Wajib:-

Sekiranya lelaki itu mempunyai keupayaan dari segi kewangan untuk


membayar mahar (mas kahwin) dan menyediakan nafkah zahir dan batin
kepada Isterinya. Dia juga mestilah tidak berniat untuk menyeksa atau
menganiyai perempuan yang dinikahinya. Dia mestilah yakin bahawa dia akan
terdorong melakukan maksiat (zina) jika tidak berkahwin.

Hukum Sunat:-

Lelaki itu adalah orang yang mampu tetapi aman dirinya daripada jatuh ke
lembah maksiat (zina).Inilah hukum asal perkahwinan.

Hukum Harus:-

Lelaki itu tidak yakin tidak akan melakukan zina walaupun tidak berkahwin
serta mampu.

Hukum Makruh:-

Apabila lelaki itu bimbang dirinya akan menzalimi isterinya. Dia juga
mempunyai kelemahan fizikal yang tidak mampu memberikan Nafkah Batin
kepada isterinya, walaupun dia dia masih mampu dari segi kewangan.
Juga makruh jika berkahwin sedang negara sedang menghadapi peperangan.

Hukum Haram:-

Apabila lelaki itu tidak dapat menunaikan kewajipan-kewajipan kepada


isterinya samada Zahir atau Batin. Dia juga yakin jika dia berkahwin dia akan
menyeksa dan menganiayai perempuan yang dikahwininya.

AKHIR KALAM
Sunnah perkahwinan dan Tujuannya mesti difahami secara mendalam oleh bakal
pengantin lelaki dan bakal pengantin perempuan. Perkahwinan adalah perkara yang
suci tetapi bukanlah suatu perkara yang kecil.
Tujuan perkahwinan adalah untuk melahirkan keluarga yang diredhai oleh Allah swt,
mengikuti sunnah Ar-Rasul SAW, membawa keluarga ke Jannah dan juga untuk
melahirkan dan membesarkan Khalifah Allah swt
Jangan mencemarkan perkahwinan yang suci ini.

Jangan pernah memikirkan soal cinta jika diri masih tidak mampu

Assalamualaikum

-SAUDARA SEISLAMMU, HAMBA ALLAH -

Anda mungkin juga menyukai