Anda di halaman 1dari 3

10 malam terakhir

Daripada Jabir bin Abdullah radhiallahuanhum, Nabi Shallallahu alaihi wasallam naik ke atas
mimbar kemudian berkata, Amin, amin, amin. Para sahabat bertanya.Kenapa engkau berkata
amin, amin, amin, wahai Rasulullah? Nabi Shallallahu alaihi wasallam bersabda: Telah datang
malaikat Jibril dan ia berkata : Celaka seseorang yang masuk bulan Ramadhan tetapi keluar
dari bulan Ramadhan tidak diampuni dosanya oleh Allah dan katakanlah amin!, maka
aku berkata : Amin.Kemudian Jibril berkata lagi. Celaka seseorang yang mendapatkan kedua
orang tuanya atau salah seorang dari keduanya masih hidup tetapi itu tidak memasukkan dia ke
syurga dan katakanlah amin! maka kukatakan, Amin . Kemudian Jibril berkata lagi.Hai
Muhammad celaka seseorang yang jika disebut nama engkau namun dia tidak berselawat
kepadamu dan katakanlah amin! maka kukatakan, Amin. (HR. Bukhari di dalam Adab al-Mufrad
no 644)

PENDAHULUAN
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar,(1)
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?
(2)
Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.(3)
Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa
segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);(4)
Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!(5)
(Surah al-Qadr:1-5)
Bagaimanakah 10 malam terakhir kita? Seperti yang kita ketahui, 10 malam terakhir padanya
ada satu malam yang lebih baik dari seribu bulan.
Peluang yang ada setahun sekali. Mungkin dalam seumur hidup. Maka apakah yang kita akan
buat untuk mengambi manfaat darinya?
Apakah yang kita akan doa ketika malam lailatul Qadar? Maka peluang ini jangan disiasiakan.
Seperti mana apabila kita mendapat tahu ada mega sale dari tempoh sekian sekian, maka
ketika itu kita rasa sangat teruja.
Kita akan berusaha untuk mendapat barangan pilihan kita. Berebut-rebut untuk mendapat
hasil belian.
Maka begitu jugalah kita dengan 10 malam terakhir. Berlumba-lumba membuat kebaikan.
Kerana padanya ada pahala yang berganda-ganda.
MOHON AMPUN SEBENAR-BENAR AMPUN
Di malam-malam terakhir, apakah kita berasa dosa kita sudah terampun? Cukup yakinkah
kita? Jika tidak, maka apakah tindakan kita?

Maka beristighfar dan berdoalah kepada Allah agar diampunkan segala dosa samada dengan
sengaja ataupun tidak sengaja.
Dari Abu Hurairah r.a dari Nabi Muhammad s.a.w sabdanya: Barangsiapa menghayati
malam lailatul Qadar dengan mengerjakan sembahyang (dan pelbagai jenis ibadat yang
lain), sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah s.w.t, nescaya ia diampunkan
dosa-dosanya yang telah lalu. (Sahih Bukhari)
TIINGKATKAN IMAN MALAM-MALAM TERAKHIR
Apa yang kita risaukan ialah jika di bulan Ramadhan pun iman kita tidak kuat, maka
bagaimanakah kita akan hadapi di luar bulan Ramadhan?
Sudah bersediakah hati kita menghadapi tentangan dari syaitan? Syaitan tidak akan pernah
redha jika manusia itu masuk ke syurga Allah. Mereka akan berusaha membawa kita bersama
mereka ke lembah neraka.
Dan kita telah diebri amaran bahawa syaitan itu musuh yang nyata. Maka bagaimana kita
mengahdapinya?
Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Agama Islam (dengan
mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan;
sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.
(Surah al-Baqarah:208)
Maka bagaimanakah persediaan kita? Cukup kuatkah atau masih lemah? Maka
bermuhasabahlah kita.
PENUTUP
Pengajaran yang boleh diambil:
1. Manfaatkanlah malam lailatul qadar dengan mempertingkatkan amal ibadah.
2. Harapkanlah keampunan dari Allah dengan bersungguh-sungguh.
3. Perkuatkan iman kita kerana selepas Ramadhan, syaitan akan menyambung semula tugasnya
iaitu menyesatkan manusia.
4. Jadikan malam-malam terakhir adalah malam yang dirindui dengan bulan Ramadahan ini.
5. Bermuhasabahlah Apakah persediaan kita pada malam-malam terakhir ini?
Dari Allah Kita Datang Kepada Allah Jualah Kita Dikembalikan Kelak
Wallahualam

Keutamaan 10 Hari Kedua


Setelah melewati 10 hari pertama ramadhan, sekarang kita akan memulai fasa kedua bulan ramadhan
atau fasa 10 hari pertengahan ramadhan dimana keutaman fase kedua ini adalah Allah banyak
memberikan maghfirah atau ampunan. Inilah saat yang tepat bagi kita untuk meminta ampun atas
dosa-dosa kita dengan memperbanyak dzikir dan meminta ampunan, meminta agar semua dosa-dosa
kita di maafkan dan diterima tobat kita.
Tidak ada bulan-bulan lain yang sebaik bulan ramadhan, maka itu janganlah kita menyiakannya, agar
kita tidak menjadi orang yang rugi.
ALHAMDULILLAH, sudah 12 hari kita berpuasa. Bermakna kita telah masuk ke dalam fasa
kedua Ramadhan iaitu fasa keampunan (maghfirah). Allah SWT banyak memberikan
maghfirah atau keampunan ke atas hamba-hambanya. Oleh itu marilah kita banyakbanyak meminta ampun dan bertaubat kepada ALLAH S.W.T atas dosa-dosa kita yang
lalu sama ada kita sedar atau tidak. Disamping itu kita juga hendaklah
memperbanyakkan amalan sunat seperti berzikir, solat terawikh, solat-solat sunat yang
lain, qiamullail, memperbanyakkan bacaan Al-Quran dan lain-lain lagi.
Semoga kita memperoleh keampunan daripada ALLAH atas dosa-dosa yang kita lakukan.
Sabda Nabi (s.a.w) : Diberi kepada umatku lima perkara yang belum pernah diberi kepada umat-umat
dahulu sebelumnya :

Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah

Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya.

Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar.

Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda,
melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya yang berkuasa menahan
syahwatnya, makan minumnnya kerana Aku.

Dan mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokkan ketika berbuka dan ketika
menemui tuhan di akhirat.(Al-Hadith)

Anda mungkin juga menyukai