Anda di halaman 1dari 40

Bodoh

Anak tidur berjalan


Kesedaran luar kawalan
Dimarah ubah perangai
Bodoh diri sendiri

Nikmat
Kau pohon

Mereka membuka hati


Ceritakan segala duka
Tapi bagaimana?
Jika kau duka mereka

Bandar Mega
Aku celaru
tersesat dalam hutan
bangunan yang menikam

langit. Memudar
warna biru
dalam hidup.

Kerana Cinta
Aku bentang tikar
Di atas serambi diskusi
Kerna aku cinta
Akurlah dikau

Larilah dikau
Berpecahlah dikau
Tapi usah ujar cinta

Gurindam Cita-cita
Ciptalah suatu nyawa mulus
Agar hidupmu akan lulus
Jangan leka mengejar bahagia
Sehingga hilang batas mulia
Apabila terasa getaran ngilu
Periksalah dia tanpa lesu

Angan dan Realiti


undang manusia jangan disanggah
undang Tuhan teliti diubah
disanjung masyhur bukan cendiakawan
angan angan menyentuh bulan
punggah hayat mencari inti
bual orang dijadikan pati

Lembu dan buku


Persis buku ilmu seribu
Penyampaian kuat dan jitu
Persis lembu tetap berilmu
Badan malas otak dicandu
Bezanya manusia tunaikan ilmu
Jiwa sentiasa dahaga berguru
Pilihan di tanganmu

Penglipur Lara
penglipur lara
satun dan bahasa dijaga
cerita direka-reka
penglipur lara
nyata dan berita diberi tiada
kebenaran diselit tegas
penglipur lara
di kaca skrin tidak beraksi
manusia tidur berdiri

Antem Anak Jati


dalam kata berbilang bangsa
bukti letak pada amal
batu dikutip batu dilastik
batu dibuat pelindung angin
dikasta puak membina riak
timbul lukisan kerana tona
bersatu hati ungkapan segar
tidak diungkap bersatu silsilah

Usia
usia itu satu himpunan masa
namun muda dan tua itu berbeza
mereka itu subjektif dan abstrak
tetapi tetap punya sukatannya
tua itu diukur atas dasar akal
muda itu diukur atas dasar jiwa
dan himpunan cerita itu abstraknya

Lari
lari! dia kata lari
lari daripada realiti
realiti menyakitkan hati
hati yang tiada isi
isi yang kulepaskan pergi
pergi bersama segala memori
memori yang aku ingin kembali
kembalilah mengisi hidup sepi
kerana kini aku sudah berhenti

Tiga Patah
malam itu
serangkap ungkapan
kau terbitkan dari mulutmu
ungkapan indah
yang kemudian bertukar
menjadi sesuatu yang keliru
kekeliruan itu
menjadi cahaya pedoman
dalam sepanjang kembaraku
suatu ungkapan cinta
membina jalan cinta baru

Pengkhianat
pengkhianat bangsa
makian ditimpa dada
sijil penghargaan
pengkhianat bangsa
seruling tanpa rentak
muzik penguat roh
pengkhianat bangsa
rebah di tangga istana
sumbu pelita gerakan
pengkhianat bangsa
kelak dilupa semua
hujah terus hidup

Kebenaran
kebenaran itu dua muka
dua muka atas kertas sama
khusyuk tenung satu muka
muka belakang kau telangkup
andai kau bakar muka kedua
seluruh kertas jadi debu
aku hayati dua dua muka
kusedar ada muka ketiga
bangun aku dari lena
aku pegang kitab rupanya

Pejuang Sungai Yang Laju


hasrat tinggi memonopoli kuasa
gelandangan pasaraya itu mereka
berimankan dialek dan ras
sabda kudus di kedai kopi
kurung kitab dalam kotak
arab badwi contoh ibadat
sedangkan utusan telah sampai
empat sembilan - satu tiga
satu kosong sembilan enam

Tahi
kau tahi
aku tahu
wujud tapi ghaibtidak kelihatan
bau kau
aku hidu
namun kucari
tidak ketemu
kugeledah setiap penjuru
semangat luluh
kudrat runtuh
aku mahu tidur
badan kuselimuti
cis!
kau disini.
di bawah selimut,
aku dilumur tahi

Puisi Gelandangan
Usah bimbang wahai kawan
Puisiku bukan tentang Tuhan
Tak suci mewakili si Tuan
Tak agung untuk melawan
Hanya puisi gelandangan
Sebagai pencari suatu erti
Dengan harapan kelak ditemui
Oleh pewaris darah hina ini
Agar aku mampu menyuci
Kotoran yang aku warisi

Cinta
ini bingkisan tentang cinta
tidak antara dua nyawa
tapi boleh jadi juga
cinta ialah pemadam agung
memadam lukisan ragu diri
memutih warna negatif hati
menghilangkan coretan akal
cinta lemah mengheret kita
dihantui rasa takut
memintal benang waras
penghapus wajah

Gaduh
resam gaduh manusia
juara berhujah pakai nafsu
tangan penyudah kata buntu
si jahil selalu bos akhir
resam gaduh binatang
cakaran lawan cakaran
kicauan lawan kicauan
si kalah tunduk pergi
resam gaduh tumbuhan
menjalar memanjat si tinggi
medan tempur menyubur bumi
keputusan dalam sunyi

Definisi
rangkuman dunia itu
adalah segala isinya
ibarat sebiji buah
buruk, busuk isinya
buruk, busuk buahnya
dan buah ini kian busuk
akibat dunia yang lupa
tangisan di jalanan
orang hodoh memimpin
askar jadi buah catur
gelandangan melata
dan semua kerana dunia
kau, kau dan kau
adalah dunia.

Rogol
Irama politik dan drama
Merogol akal manusia
Melalui akhbar dan berita
setiap pihak punya cerita
Kemudian mereka bersama
kemudian mereka berbeza
Atas perenggan yang sama
Kaburi hak dan batil dunia
Apakah kami cuma boneka?
Dikawal mengikut agenda
Jika menang mereka gembira
Kami terus sengsara

Unsur Nadir
unsur nadir di hujung kota lama
suatu idaman setiap manusia
ianya bukan sebuah mitos purba
mataku sudah melihat jasadnya
mustahil disentuh pabila berpunya
mana mungkin tergadai dek harta
indah nian membutakan rasional
unsur dipalsu manusia tak berakal
ia dijual bersalut pertuturan
bertukar milik semudah kepalsuan

Al(p/f)a
dunia penuh kata dusta
mencipta seribu tanda tanya
pada asalnya tidak wujud
dicipta untuk manusia sujud
soalan dijawab dengan keliru
ditutup dengan soalan baru
kemudian manusia terus lupa
mereka berparti sehingga gila
kitab kitab dijauhkan
pil pil dijadikan jamuan
berhabuklah kitab di almari
menanti seorang yang pasti

Kau
coretan-coretan ini adalah pisau

dibentukkan untuk kau dan aku


jangan dikaitkan nyawa lain
kau yang baca, tikamlah hatimu
usahlah jadi manusia biasa
salah orang kita lopongkan
salah sendiri terbuta hati
kisah kisahku khas buat kita
dari cinta sampai ke dunia
ia kepada yang menghadapku ini
tikamlah dirimu sampai kau pedih

Ilmu
renang,
tiada asas,
tidak dipelajari,

bukan kepakaran,
aku tak endah.
lautan,
amat dalam,
terlalu bahaya,
sungguh mempersona,
aku ingin mencuba.
lemas
sentuhan dicari,
emosi meronta,
penglihatan mengabur,
aku jadi redha.
hero,
menerkam dari sisi,
menyusur ke atas,
oksigen di isi,
aku diterpa cahaya.

Sinis
jiwa ini menangis
melihat dunia yang sinis
rumah yang tidak berpenghuni
tunawisma di jalanan ditandingi

hospital negeri kurang tenaga dan kekuatan


hospital persendirian kurang pelanggan
pemerintah pejam dalam silauan masalah
rakyat takut menyuluh si pemerintah
emosi dilontar ke layar perak
suara sejagat dielak-elak

Beza
manusia membina persona
mahu jadi lain dan berbeza
mirip itu makna bosan
beza jadi minyak permusuhan
menerima hanya persamaan
lupus beza dengan satu padanan

sinonim lambang saudara


kian sinonim kian akrabnya
manusia itu makhluk langka
berubah untuk lebih diterima
seksa akal mencari yang sama
lebih mudah menerima beza

Bebas Ke Angkasa
terapung di angkasa
dikelilingi bintang bertaburan
warna warna galaksi bak pelangi
jasadku berputar perlahan
tiada lantai untuk dipijak
aku bernafas tanpa udara
kesegaran terasa dalam sedutan
bumi kelihatan sebesar kuku
jasad mula menyusur perlahan

terasa ringan seluruh badan


kunanti ketibaan diriku
ke cakerawala seterusnya

Buta
dalam pekat hitam dunia
gelap dunia tanpa cahaya
kita masih dikaburi mata
dikemudi ke mulut buaya
dalam legapnya keadaan ini
setiap jejak berkompaskan bunyi
telinga tekun mengelas, meneliti
mengelas bunyi dalam bingit mati
dalam kelam alam fana

setitik cahaya cukup bermakna


aku meraba mencari puncanya
iaitu lagenda sebuah kitab lama

Derita
dengusan bergegar seperti gempita
menghembus rasa derita dan bosan
helaan dua dekad di neraka
kepenatan dari usia muda
sijil terhampar di hadapan mata
diorama kejayaan masa lampau
tiket ke taman tema berpagar
penjara halus nian kukuh
tepuklah dada sendiri
siapa ingin kau salahkan lagi
mengapa kau pilih jalan ini

kerana wang atau bahagia?

Rentak Kota
tarian indah bunyian kota
hiburan si jiwa kosong
lunak merdu dalam bingit
pabila dihayati setiap rentak
pantas gerakan setiap nyawa
bermuka cuka mengejar gembira
resah gelisah terserlah di wajah
seminit bahagia nilainya setahun
pakaian kemas dihiasi professional
jerutan leher menjadi kepastian
rasa selesa diukur si tuan
moga indah hari seindah pakaian

Pantun Anak Moden


hamparan moden di setiap penjuru
berlayar manusia tanpa sempadan
yang baharu itu kadangnya guru
namun perlu dikawal perasaan
dahulu hanya murai berkicau
kini sudah dipelajari kita
manusia kian sukar dipantau
jahil dirai bak gempita
hidup ini sentiasa modennya
sejak dahulu zaman berzaman
moral diletakkan pada tempatnya
baru akalmu searas pembangunan

Pantun Parodi
dua tiga mat rempit terbang
mana nak sama Marc Marqueze seorang
dalam dunia asyik berperang
meja diskusi jatuh terlentang
sepandai pandai menteri berhujah
akhirnya gagap diheboh juga
asyik kejar mulut yang petah
akhirnya buku tiada harga
telefon pintar di dalam kaca
ambil kad tolong imbaskan
kalau diri malas membaca
jadikan tuturan sebagai simpanan

Pantun Hukum Fizik


enjin bukan punca utama
bentuk juga sumbang peranan
kenderaan mewah bernilai permata
akal dimurahkan di atas jalan
elektron bergetar setiap masa
medan tinggi mudah lonjakkan
minat tak sekadar pengisi masa
supaya wang tak diukir tekanan
unsur bertembung menjadi sebatian
reaksi berjaya tanpa sengsara
kalau evolusi satu kebenaran
jangan berevolusi menjadi kera

Mimpi
terperangkap dalam mimpi
bangun dan terus bangun
bunga liar itu tetap di situ
setiap kali aku sedar
aku masih lagi bermimpi
aku sedar dalam mimpi itu
putaran lingkungan infiniti
mimpi ngeri yang sama
berulang-ulang tanpa henti
hati meraung tapi sepi
aku sedar kembali dari mimpi
kali ini pasti dunia realiti
kepala berat seperti besi
urat kepala berdenyut pantas
bunga liar itu sudah layu

Penjelajah
penjelajah tanpa arah
dia tidak pernah sesat
walaupun tanpa kompas
yang lain ke kiri atau kanan
dia melata ke semua arah
penjelajah tanpa bekalan
nafasnya masih tidak henti
dengan setitik air dia tetap hidup
kadang seekor rusa jadi rezeki
ikut nasib dan ajal sendiri
penjelajah yang bertaruh
bertaruh pada nasib dan tuhan
tidak diletakkan pada manusia
taruhannya nyawa dan kebebasan
naskah lama dijadikan peta

Langka Perjuangan
asyik genggam hidup etika
jangan dilupa akal pun ada
bukit dileper jadi landai
diganti menara mengapai awan
umat berkejar menjadi pandai
berfikir tidak, otak ditawan
usahlah kuno memilih warna
kerna sempadan dah tak terasa
arus elektrik pantas di kabel
arus manusia di dalam jiwa
insan itu perlu fleksibel
sama ada kuli mahupun ketua
sembunyilah jejak dalam pelayaran
yang epik lagenda bukan bualan

Guruku
mereka bertanya
siapakah guruku?
dia sebuah bulan yang diliputi legap malammenghantar cahaya sang infiniti,
dan di tiap sinaran, dia kian berseri.
tugas sang infiniti disilih ganti.
dia bukan sebatang lilin yang bakal lenyapmengorbankan diri untuk menyinari
...
mereka bertanya lagi
apa lebih guruku?
dia seorang aku
namun dia mampu terbang
namun dia mampu menyelam
lebih tinggi, lebih dalam
aku tanyakan kembali
jadi, apa mustahilnya untuk aku?

Jenaka Dunia
pelawak berdiri di atas pentas
disiram cahaya masa depan
gilang gemilang kelihatan
umpama keraian diadakan
pelawak itu cuma tegak kaku
jenaka umpama batu
para penonton pelbagai ragam
di belakang bersorak girang
gelak tawa berselang tepukan
di hadapan bermandi arak
asap candu kadang berkepul
yang tengah tekun meneliti
mencari khilaf yang tak pasti
segelintir berdiri di sisi
menyuntik jeritan kesedaran
tirai masih terbuka
setelah berkurun lama
persembahan masih sama
hanya watak bertukar rupa

Langit Yang Dijunjung


terlampau lama kujunjung langitmu
langit biru tak berawan
kadang berguruh tanpa hujan
tetapi hujan masih hadir
berhukumkan sains yang celaru
hujan kini mengalir ke atas
dari bumi membasahi langit
tetapi langitmu tetap sunyi
kadang berguruh tanpa hujan
terlampau lama kujunjung langitmu
beratnya bertambah setiap masa
padahal langitmu harus meneduhi
jadi aku lepaskan beban ini
bersama harapan ia terus berdiri
namun ia menghempap bahuku
bumi kupijak kini dilututi
langit dijunjung kini menekan
padahal langitmu harus meneduhi

Nasihat
Warkah ini
untuk generasi masa muka
satu bingkisan nasihat khilaf generasiku,
wahai anak,
jika ada yang hebat
jangan kau memuja
tetapi jadikan mereka
PEMANGKINMU
wahai anak,
jika ada yang menjauhi
jangan kau mencerca
kewujudan mereka itu
ILMUMU
wahai anak
jika bersama kaummu
cipta kekuatan sendiri
agar mereka runtuh tanpa
TONGKATMU
wahai anak,
jika kau membuka kitab
ingatlah ilmu ada hitamnya
agar kau tahu meneliti
PERMATAMU
wahai anak,
jika tangan kau di atas
jangan ke bawah semula
menantikan balasan itu
RACUNMU

moga warkah ini


kau sisip di sisi
moga ia akan membantumupetanda arah generasimu

Anda mungkin juga menyukai