Anda di halaman 1dari 11

Tajuk: Layang-layang

Aku diperbuat daripada buluh dan kertas berwarna .Buluh menjadi


rangka

tubuhku.

Selepas

rangkaku

siap,

sekeping

kertas

berwarna

ditampal mengikut bentuk rangka tadi. Kemudian, benang diikat pada


bahagian atas,bawah,kanan dan kiri.
Kini aku telah sempurna. Tubuhku berwarna merah. Aku juga dihiasi
dengan

ekor

sepanjang

setengah

meter. Aiman

mengikat

benang

di

bahagian tengah Aku tampak hebat. Aku yakin aku mampu terbang tinggi
di udara.
Petang

itu,

angin

bertiupkencang.Aiman,ajak-ajak

ayam

kawan-

kawannya ke padang untuk melihatnya menaikkan aku.Di padang yang


lapang itu, ramai kanak-kanak sebaya Aiman sedang bermain layinglayang.
Teman Aiman memegang tubuhku. Aiman pula melangkah sambil
membawa benang yang mengikat tubuhku dengan wajah ceria. Kemudian
dia berlari seperti lipas kudung.Aku segera melayang di udara seiring
dengan

layang-layang

lain.Hatiku

dibuai

rasa

gembira

kerana

dapat

terbang tinggi.
Dari

jauh, aku lihat beberapa orang

budak lelaki

menghampiri

Aiman. Mereka menolak Aiman. Sebuku benang dalam gengaman Aiman


terlepas. Aku hilang kawalan. Angin kencang menghentam tubuhku. Aku
tersangkut pada sebatang pokok yang tinggi. Kelibat Aiman tidak lagi
kelihatan di mataku.
Kini, hampir seminggu aku tersangkut di pokok itu. Badanku mulai
berlubang. Ekorku sudah tercabut. Aku menangisi nasib diri. Begitulah
nasibku sebuah layang-layang

Tajuk: Mimpi / Ahli Sihir


Pada suatu malam,saya sedang mengulang kaji di ruang tamu sendirian.
Jam dinding menunjukkan pukul 12.00 tengah malam. Selepas mengulang kaji,
saya menonton cerita yang seram sementara menunggu ibu bapa balik dari
majlis hari jadi kawan mereka. Saya tidak dapat pergi kerana ingin mengulang
kaji.Hari esok ada peperiksaan di sekolah.
Pada masa itu,suasana sangat sunyi-sepi kerana jiran-jiran saya sudah
tidur.Udara sangat sejuk kerana di luar rumah hujan turun dengan lebat.Oleh
kerana itu,saya minum secawan milo panas untuk memanaskan badan saya.
Tiba-tiba,bekalan elektrik terputus,keadaan di rumah saya menjadi gelapgelita.Saya berasa sangat takut.Ketika itu,saya terdengar bunyi ketukan dari
pintu rumah saya. Saya menyangka ibu bapa saya sudah pulang dari majlis hari
jadi kawan mereka.Saya berlari untuk membuka pintu.
Apabila pintu terbuka,saya melihat seorang perempuan yang sangat
cantik seperti puteri raja.Tiba-tiba,perempuan itu bertukar menjadi seorang ahli
sihir yang sangat hodoh.Dia berambut pendek seperti penyapu,bermata merah
dan berkuku panjang.
Dia ingin makan daging saya dan minum darah saya.Dia terbang
menggunakan penyapunya yang berwarna hitam untuk mengejar saya.Saya
berasa sangat takut lalu berlari dengan pantas.Tiba-tiba,saya terlanggar meja
lalu air milo tumpah di atas badan saya.Aduh,panasnya!Pada masa itu,ahli sihir
itu mencekik leher saya. Saya pun menjerit dengan kuat untuk meminta
tolong.Apabila saya membuka mata, saya dapati ibu sedang mengejutkan saya.
Rupa-rupanya saya hanya bermimpi.Badan saya berasa sakit kerana
terjatuh dari katil dan saya kebasahan kerana saya terkencing ketakutan.
Saya berasa lega kerana saya hanya bermimpi.Saya berharap mimpi seperti ini
tidak akan berlaku lagi.

Tajuk: Pasar
Pada hari minggu yang lepas, saya telah mengikut ibu ke pasar yang
terletak tidak jauh dari rumah kami. Saya dan ibu berjalan kaki ke sana.
Ramai orang berkunjung ke pasar untuk membeli-belah. Suasana di pasar
riuh-rendah dengan suara pengunjung dan peniaga. Di pasar terdapat banyak
gerai seperti gerai sayuran-sayuran, gerai ikan, gerai daging dan gerai buahbuahan.
Saya dan ibu berjalan ke gerai sayur-sayuran. Di gerai itu ada menjual
pelbagai jenis sayur. Contohnya, kangkung, bayam, kubis, timun, peria, terung
dan tomato. Penjual sayur menyusun sayur-sayuran di atas para-para dengan
rapi. Ibu telah memilih seikat sayur kangkung, sepeket cili dan beberapa biji ubi
kentang. Ibu juga tawar-menawar harga sayur-sayuran dengan penjual itu
supaya dapat membeli sayur-sayuran dengan harga yang lebih murah.
Kemudian, saya dan ibu pergi ke gerai buah-buahan. Di gerai itu terdapat
buah-buahan tempatan dan buah-buahan import. Antaranya ialah tembikai,
nanas, epal, pisang, jambu batu, rambutan dan lain-lain lagi. Ibu telah membeli
tembikai kegemaran kami sebagai pencuci mulut. Penjual itu melayan kami
dengan mesra dan berbudi bahasa.
Selepas itu, kami pergi ke gerai ikan. Lantai di sana basah dan licin. Saya
memegang tangan ibu erat-erat agar tidak tergelincir. Seorang penjual ikan asyik
menjerit harga ikan yang ditawarkan untuk menarik perhatian kami. Ikan yang
dijualnya segar-bugar. Ibu pun membeli selonggok udang dan dua kilogram ikan
kembung.
Setelah selesai membeli-belah, saya pun menolong ibu menjinjing bakul
yang penuh berisi barang lalu pulang ke rumah. Saya berharap agar dapat
menemani ibu ke pasar lagi pada minggu hadapan.

Tajuk: Polis dan Pencuri


Hari sudah jauh malam. Adik-adik aku sudah tidur, namun ibu
bapa aku belum juga pulang. Aku menjadi bimbang dan risau.
Tiba-tiba aku terdengar bunyi sesuatu. Malam semakin sejuk,
hendak lelapkan mata, aku tidak rasa mengantuk. Aku ingin bangun
dari tempat tidurku, namun pelbagai andaian bermain dikepalaku. Aku
berasa tidak sedap hati.
Bunyi itu semakin jelas. Setahuku, jiranku telahpun pulang ke
kampungnya. Dari manakah datangnya bunyi itu? Aku memberanikan
diri untuk mengintai dari celah pintu. Aku dapat melihat dengan jelas
kelibat dua orang lelaki sedang mundar-mandir di dapur. Aku segera
menutup lampu kalau-kalau pergerakkanku diperhatikan.
Kedua-dua

mereka

nampak

mencurigakan.

Mereka

berjalan

terbongkok-bongkok. Mereka membawa beberapa peralatan rumah ke


sudut halamman.
Menyedari kejadian itu, aku segera menelefon polis. Tidak lama
kemudian, pihak polis pun tiba. Kedua-dua lelaki itu telah ditangkap.
Kedua-duanya ialah kumpulan pencuri yang dikehendaki polis.
Aku juga terdengar bunyi deruan enjin kereta ayah. Ruparupanya ibu dan ayahku telahpun pulang. Aku amat gembira dan
berasa lega. Ibu dan ayah tercengang melihat polis disekeliling
kawasan rumah. Pihak polis mengucapkan terima kasih kepadaku.
Ibu dan ayahku tersenyum mendengar cerita itu. Tiba-tiba, ibu
datang memelukku. Ibu dan ayah bangga denganku.

Tajuk: Kantin
Kantin merupakan tempat untuk murid-murid dan guru menjamu selera
ketika di sekolah. Semua murid pasti pernah pergi ke kantin.
Terdapat pelbagai jenis makanan yang dijual di kantin. Antara makanan
yang

dijual

ialah

nasi

lemak,

kuih-muih,

mihun

goreng

dan

buah-

buahan.Makanan yang dijual merupakan makanan yang berkhasiat dan bersih.


Pelbagai jenis minuman juga turut dijual di kantin. Ada sirap, air oren, teh
ais dan juga jus buah-buahan. Minuman yang dijual di kantin bukan sahaja
sedap malah harganya juga berpatutan.
Semasa membeli makanan, murid-murid berbaris mengikut laluan yang
disediakan. Pengawas yang bertugas akan memantau supaya tidak ada murid
yang melanggar peraturan. Nama murid yang melanggar peraturan akan dicatat
dan diserahkan kepada guru disiplin.
Para pekerja kantin amat mementingkan kebersihan. Mereka memakai
apron dan penutup kepala serta menggunakan penyepit ketika menyentuh
makanan.Oleh itu, murid-murid sangat yakin untuk makan di kantin.
Selain menjadi tumpuan pada waktu rehat, kantin juga turut dikunjungi
oleh murid-murid pada awal pagi untuk bersarapan. Kantin merupakan salah
satu tempat yang sangat penting di sekolah.

Tajuk: Dusun Datuk


Pada musim buah-buahan yang lepas,bapa membawa kami sekeluarga
berkunjung ke dusun buah-buahan datuk yang terletak di hujung kampung.Kami
berkunjung ke sana dengan menaiki kereta bapa yang baharu.
Setibanya

di

destinasi,datuk

menyambut

kami

dengan

tangan

terbuka.Kemudian,beliau membawa kami melawat dusunnya.Terdapat pelbagai


jenis pokok di dusun datuk.Antaranya termasuklah pokok durian,pokok
manggis,pokok rambutan dan sebagainya.Semua pokok buah-buahan di dusun
datuk berbuah lebat.
Saya menolong datuk mengutip buah durian yang gugur.Bau buah durian
sungguh harum dan enak.Durian-durian yang dikutip diletakkan di dalam bakul
yang besar.Abang dan kakak pula mengait buah rambutan dengan galah yang
panjang.Rasa buah rambutan manis dan lazat.
Di dusun datuk terdapat sebuah pondok yang besar.Kami meletakkan
buah-buahan di pondok tersebut.Datuk mengopek buah durian untuk kami.Kami
berehat di pondok sambil menikmati keenakan durian.Selain itu,kami juga
menjamah buah manggis dan langsat.
Sebelum pulang,datuk memberi beberapa jenis buah-buahan kepada
kami

sebagai

buah

tangan.Kami

mengucapkan

terima

kasih

kepada

datuk.Selepas itu,kami meminta diri untuk pulang ke rumah.


Berkunjung ke dusun buah-buahan merupakan pengalaman baru
saya.Saya amat menghargai pengalaman sedemikian dan berharap dapat
berpeluang ke dusun lagi pada masa akan datang.

Tajuk: Tepi Pantai


Pada hari Ahad yang lalu,bapa membawa kami sekeluarga berkelah di
Port Dickson.Kami menaiki kereta bapa ke sana.Kami berbual-bual sepanjang
perjalanan.
Setibanya di destinasi,bapa mengeluarkan bekalan dari but kereta.Kami
menolong mengangkat barangan lalu meletakkan bekalan kami di bawah
sepohon pokok yang rendang.Cuaca pada hari itu cerah dan angin bertiup sepoisepoi bahasa.Kelihatan banyak pengunjung berada di pantai.Suasana di sana
riuh-rendah dan meriah.
Tanpa membuang masa lagi,saya dan adik segera menukar pakaian
renang.Kami membawa pelampung besar yang baru dibeli.Saya dan kakak
berenang dengan gembira.Abang pula belajar menyelam.Bapa membaca surat
khabar manakala ibu mendengar muzik di pantai.Oleh sebab adik tidak pandai
berenang,dia melonggok pasir dan membina istana pasir di pantai.
Setelah penat berenang,kami menjamu selera di pantai.Ibu menyediakan
pelbagai hidangan di atas tikar mengkuang.Kami menikmati mi goreng,sate,kuihmuih, tembikai dan jus oren.Kami makan dengan gelojohnya kerana terlalu
lapar.Tambahan pula,masakan ibu sungguh enak dan berkhasiat.
Kemudian,kami bermain bola tampar di pantai.Pemandangan di pantai
indah nian.Kami sekeluarga mengambil gambar sebagai kenang-kenangan.Ibu
dan bapa juga bersiar-siar di pantai sambil berbual-bual dengan mesranya.
Kami mengemaskan barangan dan membersihkan tempat perkelahan
sebelum pulang.Kami membuang sampah-sarap ke dalam tong sampah demi
menjaga

kebersihan

pantai.Selepas

itu,kami

pulang

gembiranya.Berkelah di pantai merupakan aktiviti yang menyeronokkan.

dengan

Tajuk: Sungai
Sungai merupakan khazanah alam yang perlu dipelihara. Menjaga
kebersihan sungai akan memberikan banyak faedah kepada manusia dan
hidupan lain.
Sungai yang bersih akan dapat meningkatkan sektor pelancongan dalam
Negara. Hal ini demikian kerana para pelancong akan teruja untuk menikmati
kebersihan dan keindahan semulajadi sungai kita. Selain itu, sungai yang
bersih membolehkan hidupan air membiak dengan banyak. Secara tidak
langsung dapat menambahkan sumber protin kepada manusia.
Sungai yang terpelihara juga dapat membekalkan sistem pengairan yang
sempurna kepada manusia terutamanya para petani. Hal ini membolehkaan para
petani menghasilkan tanaman yang subur dan meningkatkan produktiviti mereka.
Sungai yang bersih turut menjadi pilihan orang ramai untuk mengadakan aktiviti
riadah. Pelbagai aktiviti dapat dijalankan seperti memancing, berenang, berkayak
dan sebagainya. Aktiviti-aktiviti bterssebut dapat melahirkan masyarakat yang
sihat, cergas dan produktif.
Konklusinya, semua pihak perlu bertanggungjawab menjaga kebersihan
sungai supaya dapat diwarisi oleh generasi akan datang.

Tajuk: Puteri Dan Putera


Puteri Salji seorang puteri yang masih kecil. Dia tinggal di istana bersama
bapa dan ibu tirinya yang cantik jelita. Ibu tirinya seorang yang sombong. Pada
suatu hari, apabila dia bertanya soalan, cermin itu menjawab, Puteri Salji
adalah wanita yang paling cantik! . Permaisuri berasa amat marah dan dengki
akan Puteri Salji.
Permaisuri yang jahat menyuruh seorang pengawal di istana membawa
Puteri Salji jauh ke dalam hutan dan meninggalkan puteri di sana. Dia berasa
sangat takut kerana hutan itu begitu gelap dan pokok-pokok di sekelilingnya
kelihatan menakutkan. Tidak lama kemudian, dia berasa letih dan terus tertidur.
Pada keesokan paginya, Puteri Salji mendapati tujuh orang kerdil yang kelihatan
baik dan ramah sedang memandangnya. Mereka mempelawa puteri itu tinggal
bersama-sama di situ.
Permaisuri yang berang itu menyamar sebagai seorang perempuan tua
dan membawa buah epal beracun ke pondok tujuh orang kerdil itu apabila
mengetahui Puteri Salji masih hidup. Sebaik saja Puteri Salji menggigit epal itu,
dia terus jatuh pengsan.
Tujuh orang kerdil berasa terkejut dan sedih apabila terlihat Puteri Salji
terbaring di atas tanah dan mereka membina sebuah keranda cermin dan
meletakkan tuan puteri di dalamnya. Keranda tersebut di luar pondok supaya
setiap orang dapat melihat kecantikan tuan puteri.
Pada keesokan harinya, seorang putera raja lalu di situ. Dia terpesona
dengan kecantikannya lalu jatuh cinta pada Puteri Salji. Ciuman putera raja itu
serta-merta memusnahkan kuasa jahat permaisuri. Akhirnya, putera raja
melamar Puteri Salji berkahwin dengannya. Mereka hidup dengan bahagia
selama-lamanya.

Tajuk: Laju
Kemalangan jalan raya yang berlaku di negara ini meningkat dari semasa
ke semasa. Terdapat pelbagai jenis kemalangan sama ada yang melibatkan
pemandu kereta, lori, penunggang motosikal, atau pejalan kaki dilaporkan oleh
pihak berkuasa. Antara faktor utama peningkatan kes kemalangan di negara kita
berpunca daripada kecuaian pengguna jalan raya sendiri.
Kesalahan yang biasa dilakukan oleh pengguna jalan raya adalah
memandu melebihi had laju yang ditetapkan dan menggunakan telefon bimbit
ketika memandu. Walaupun banyak papan tanda had laju diletakkan di
sepanjang jalan raya dan kawalan lalu lintas oleh pihka berkuasa, namun
mereka masih berdegil dan memandu sesuka hati tanpa memikirkan
keselamatan diri sendiri dan orang lain.
Penguatkuasaan undang-undang, kempen kesedaran, dan pelaksanaan
denda atau saman bagi kesalahan jalan raya adalah antara langkah yang wajar
diambil untuk menyedarkan pengguna jalan raya. Peraturan jalan raya haruslah
dipatuhi untuk memastikan keselamatan semua pihak. Jangan gopoh gapah
semasa memandu kerana kecuaian menjadi punca nyawa sendiri dan orang lain
yang tidak bersalah turut terancam. Keselamatan di atas jalan raya merupakan
tanggungjawab

pengguna

jalan

raya

sendiri.

Kesilapan

yang

dapat

menyebabkan nyawa orang lain haruslah dielakkan demi kesejahteraan


bersama.

Tajuk: Lawatan Ke Hospital


Pada hari Ahad yang lalu,Melissa bersama ayah dan ibunya pergi ke
hospital untuk melawat datuk yang sedang sakit di hospital. Mereka telah ke
sana dengan menaiki kereta ayah yang baru dibeli. Melissa telah membawa
beberapa biji buah epal dan segugus anggur sebagai buah tangan semasa pergi
ke hospital.
Ketika mereka sampai di bilik yang menempatkan datuk, mereka
ternampak seorang doktor sedang menulis catatan tentang tahap kesihatan
datuk. Seorang jururawat pula sedang memberikan tiga biji pil kepada datuk
untuk dimakan. Doktor itu menasihati datuk Melissa supaya menjaga pemakanan
harian dan mesti mendapat rehat yang mencukupi. Menurut kata doktor, datuk
akan ditahan di wad ini seminggu lagi untuk pemeriksaan yang lebih terperinci.
Walaupun datuk berasa gelisah dan risau namun dia akan mendengar
nasihat yang diberikan oleh doktor itu. Ibu bapa Melissa telah berbual-bual
dengan datuk dan memberitahu kepada datuk bahawa usah risau tentang
penyakitnya. Dia akan mendapat rawatan yang terbaik di hospital dan berharap
suapaya dia cepat sembuh.
Seminggu kemudian,datuk Melisa telah sembuh dan balik ke rumah
dengan senang hati dan riang. Melissa pun berasa gembira kerana datuknya
telah sihat dan sembuh.

Anda mungkin juga menyukai