Anda di halaman 1dari 15

Model Pembelajaran Berasaskan Projek

Model ini memberi tumpuan kepada menyediakan pengalaman belajar yang kaya. Murid terlibat
dalam menyelesaikan masalah, menyiasat dan tugas lain yang bermakna. Murid membina
pengetahuan sendiri. Murid menghasilkan produk yang realistik.
Perkaitan proses kreatif terarah dalam pengajaran dan pembelajaran model pembelajaran
berasaskan projek :

Model
Pengajaran
Pembelajaran
Berasaskan
Projek

Proses Kreatif Terarah


Persediaan
Tinjauan
berfokus/
Berstruktur
Penyoalan

Imaginasi
Meneroka
Merancang
Meramal

Perkembangan
Meneroka
Mencari
maklumat
Membuat
prototaip

Tindakan
Menganalisis
maklumat
Merumus
Mentaksir
Melapor
Dokumentasi
Menguji
prototaip

Tegasnya, proses kreatif terarah dalam pengajaran dan pembelajaran, perlu diikuti langkah
demi langkah bermula daripada fasa persediaan, imaginasi, perkembangan dan tindakan.

Contoh Persediaan Mengajar yang menggunakan Model Pembelajaran Berasaskan Projek

57

CONTOH 1 (MATEMATIK TAHUN 4)


Tajuk : Bentuk dan Ruang
Bidang: Bentuk Dua Dimensi
Standard Kandungan: Murid dibimbing untuk:
13.4 Memahami perimeter dalam bentuk-bentuk 2 Dimensi (2-D).

Standard Pembelajaran: Murid berupaya untuk:

(i)

Mengecam sisi pada bentuk


a) segi empat sama
b) segi empat tepat
c) segi tiga

(ii)

Mengukur dan merekodkan perimeter


a) segi empat sama
b) segi empat tepat
c) segi tiga

Objektif Pengajaran
Murid dapat membina sesuatu bentuk dengan mengetahui dengan tepat akan ukuran
perimeter serta sisi yang ada pada bentuk yang dibina.

Masa: 60 minit (2 waktu)

FASA
1. Persediaan
Tinjauan berfokus

58

CADANGAN AKTIVITI

CADANGAN KOMUNIKASI

Guru menyediakan beberapa bahan Apakah nama bahan ini ?

/berstruktur
penyoalan

yang mempunyai bentuk segi empat


sama, segi empat tepat dan segitiga
seperti biskut lemak, bata, sapu tangan,
ketupat, dll.
Tunjukkan pada murid, minta mereka
namakan objek dan memberitahu
bentuk yang sesuai, sama ada segi
empat sama, segi empat tepat atau segi
tiga

Apakah bentuk bahan yang


ditunjukkan ?
Berapakah sisi yang ada
pada :
a) segi empat sama ?
b) segi empat tepat ?
c) segi tiga ?

Memberitahu kepada murid bahawa


bentuk-bentuk tadi dikenali sebagai
bentuk 2-D. Ia mempunyai sisi dan juga
perimeter.
2. Imaginasi
Meneroka

Membimbing murid untuk melakar


bentuk-bentuk yang dinamakan tadi di
atas beberapa keping kertas yang
disediakan.
Murid
diminta
untuk
menggunting bentuk yang dilukis tadi
dan menampalnya di dalam buku
latihan. Setelah itu, minta murid
menamakan setiap bentuk yang dilukis
tadi serta jumlah sisi yang ada pada
setiap bentuk.

Penerapan nilai murni :


a) berhati-hati ketika
menggunting.
Apakah bentuk yang kamu
lukis ?
Berapakah jumlah sisi yang
ada pada setiap bentuk ?

Murid menamakan dan melabelkan


bentuk-bentuk yang telah dilukiskan tadi
serta jumlah sisinya
Merancang

Menjelaskan kepada murid bahawa


bentuk-bentuk yang telah mereka
lukiskan tadi mempunyai perimeter, iaitu
ukur lilit pada sesebuah bentuk.

Guru mengedarkan tali kepada muridApakah nama bentuk yang


murid. Dengan menggunakan tali
telah dicantumkan tadi ?
tersebut, guru membimbing murid-murid
mengukur perimeter pada bentuk 2-D
Jika dicantum bentuk-bentuk
yang telah dilukiskan tadi. Murid-murid

59

mencatat perimeter bagi setiap bentuk


yang telah dilukiskan tadi.
Meramal

ini, apakah yang akan


terhasil?

Guru menampal beberapa bentuk Apakah bentuk yang


segiempat sama, segiempat tepat dan terhasil ?
segitiga dalam pelbagai saiz. Daripada
bentuk-bentuk yang disediakan itu, guru
mencantumkan bentuk-bentuk tersebut.
Guru meminta murid meramalkan dan
menamakan apakah bentuk yang
terhasil jika bentuk-bentuk 2-D tadi
dicantumkan

3. Perkembangan
Meneroka

Murid diagihkan kepada 6 kumpulan. Apakah yang dimaksudkan


Memberitahu
murid-murid
bahawa dengan kolaj ?
mereka akan dibimbing untuk membina
satu projek iaitu membuat satu kolaj
berbentuk
tunggal
menggunakan
bentuk-bentuk 2-D
Guru mengedarkan beberapa helai
kertas yang mengandungi bentukbentuk segiempat sama, segiempat
tepat dan segitiga dalam pelbagai saiz.

Mencari maklumat

Murid diminta menggunting bentuk- Penerapan nilai murni :


bentuk 2-D yang disediakan itu
a) cermat ketika
menggunting.
b) kemas.
Dengan menunjukkan beberapa contoh,
minta
mereka
membentuk
dan
membina satu bentuk/benda dengan
menggunakan bentuk-bentuk 2-D yang
ada.

Murid digalakkan berbincang di dalam


kumpulan
masing-masing
untuk
mendapatkan idea dan membuat
projek. Bertanya kepada guru jika perlu.
Membuat prototaip

60

Murid boleh merujuk kepada buku


seperti mencari gambar atau lakaran
serta maklumat tambahan yang sesuai

bagi membentuk bahan atau benda


yang dikehendaki.
Murid melakar sketch idea untuk projek
dan menunjukkan pada guru. Guru
akan memberikan cadangan dan
pandangan serta pendapat terhadap
lakaran yang ditunjukkan sebagai
penambahbaikan.
Murid
dibimbing
projek/membina
prototaip
masing.

membuat
masing-

Murid diingatkan oleh guru tentang


kekemasan dan ketelitian semasa
membuat kolaj tersebut.
4. Tindakan
Menganalisis
maklumat

Meminta murid mengukur perimeter dan Apakah nama hasil prototaip


juga bilangan sisi yang ada pada hasil kamu itu ?
kolaj
yang
mereka
bina
bagi
melaporkan tentang hasil karya yang
telah dibuat. Ulang aktiviti mengukur
perimeter dan menghitung sisi di antara
kumpulan.
Pastikan murid mengukur perimeter dan
menghitung sisi yang ada pada kolaj
yang dibina dengan tepat.

Mentaksir

Minta murid mencatat ukuran bilangan


sisi, bentuk 2-D dan ukuran perimeter
yang digunakan bagi membentuk bahan
yang
dihasilkan
pada
bahagian
belakang kolaj yang dibuat. Namakan
hasil prototaip yang dibuat.

Menguji prototaip

Memeriksa hasil prototaip yang bina/di


buat
dengan memeriksa tampalan,
guntingan, kekemasan dan hasil karya
murid yang dibuat.

Melapor

Menilai hasil kerja murid dengan


meminta murid memberikan pendapat
dan pandangan.

Soal jawab tentang hasil


yang dibuat oleh murid:
a) Model apakah yang
telah
dibina
oleh

61

kumpulan ini?
b) Berapakah
ukuran
perimeter untuk kolaj
yang dihasilkan?
c) Berapakah bilangan
sisi yang ada pada
kolaj ini?
d) Apakah
bentukbentuk
2D
yang
paling
banyak
digunakan
untuk
membina projek ini?
Dokumentasi dan
Merumus

Guru membuat rumusan daripada hasil


yang diterima. Menampal hasil prototaip
pada sudut pameran di belakang kelas.
(Idea boleh dikembangkan mengikut
respon dari murid)
Penggunaan bentuk 2D yang sesuai,
kedudukan dan susunan yang sesuai,
saiz yang sesuai, dll

a) Adakah kolaj yang


dihasilkan menarik?
Kenapa?
b) Adakah bentuk 2D
yang
dipilih
ini
sesuai?
c) Bolehkah bentuk 2D
yang lain digunakan
untuk menghasilkan
kolaj seperti ini?

Pentaksiran

Pembentangan murid berkaitan model yan dibina dan respon murid


terhadap soalan yang diutarakan guru dan murid.

Nilai dan Sikap

Kerjasama. Saling bantu membantu, dan menganalisa,

Lampiran

62

63

64

Contoh Persediaan Mengajar yang menggunakan Model Pembelajaran Berasaskan Projek

CONTOH 2 (MATEMATIK TAHUN 4)


Tajuk(Gabung) : Jisim dan isi padu cecair.
Bidang : Menyelesaikan masalah dengan menggunakan pelbagai operasi.
Masa : 2 waktu (60 minit)
Standard Kandungan : Murid dibimbing untuk :
Mengguna dan mengaplikasikan pengetahuan tentang timbangan berat dan isi padu
cecair.
Standard Pembelajaran : Murid berupaya untuk :

65

Menyelesaikan masalah harian yang melibatkan timbangan berat kilogram dan gram dan
isi padu cecair liter dan mililiter.
Objektif Pengajaran:
Menyelesaikan tugasan yang diberi mengikut peraturan dan susunan langkah.
D Bahan Pengajaran
Guru perlu menyediakan bahan yang tersenarai di bawah ini terlebih dahulu di
dalam bilik darjah atau Bilik Pendidikan Seni (jika ada)
Tepung

4 Kilogram

Air

4 jag

Pewarna makanan

: Pelbagai warna

Berus warna

: Pelbagai saiz

Alat timbangan berat : Dalam 1000 gram


Bikar air dalam ukuran 1 liter/1000ml
5 Mangkuk besar untuk membancuh tepung

FASA

CADANGAN AKTIVITI

CADANGAN
KOMUNIKASI

Persediaan
Tinjauan berfokus
/berstruktur
penyoalan

Guru menunjukkan beberapa jenis objek


seperti patung, bata, paku, baju, gelas
berisi air, botol air oren yang mengandungi
cecair dalam pelbagai sukatan.

Cuba kamu namakan


benda-benda
yang
cikgu tunjukkan ini

Guru meminta murid meneka berapa berat Pada pendapat kamu,


dan isipadu cecair yang ada pada objek- berapa berat benda ini?
objek yang ditunjukkan itu.
Pada anggaran kamu,
berapakah
isipadu
kandungan air yang ada
pada botol ini?
Imaginasi
Meneroka

66

Menjelaskan kepada murid bahawa hari ini

Selain

bahan

yang

mereka akan membuat satu projek. Projek


yang dimaksudkan ialah membina objek
atau arca.

digunakan oleh pereka


untuk membuat objek
dan arca tadi, apakah
bahan lain yang boleh
Guru menayangkan beberapa contoh digunakan
sebagai
objek dan arca yang telah dibina dan ganti?
dibentuk melalui LCD projektor
a) Berapa
banyak
tepung yang perlu
kita gunakan?
Merancang

Menjelaskan kepada murid bahawa objek


yang ditayangkan tadi boleh dibuat dengan
adunan doh tepung gandum sebagai
bahan ganti membuat arca dan objek
seperti yang ditayangkan tadi.

b) Berapa banyak
yang diperlukan?

air

Menerangkan tentang projek yang hendak


dibuat.

Meramal

Pada pendapat kamu,


untuk membuat doh
yang
sesuai
bagi
Mencungkil pendapat dan pengalaman membentuk objek, kita
sedia ada murid untuk mengetahui perlu
tepung
yang
bagaimana hendak menyediakan doh yang banyak, atau air yang
sesuai untuk membentuk objek atau banyak?
membina arca.
Kenapa?
Bagaimana
kamu
hendak
membentuk
objek atau arca yang
Murid di bahagikan kepada lima kumpulan. kamu pilih?
Murid dibimbing untuk merancang dan Buat catatan langkah
melakar apakah objek atau arca yang demi langkah yang akan
hendak dibina dengan langkah demi kamu lakukan nanti
langkah.
Sebelum kamu mulakan
tugasan pastikan :
Kamu basuh tangan
Guru menerangkan peraturan keselamatan bersih-bersih.
sebelum memulakan tugasan.
Pakai apron kamu.
Jaga kebersihan meja

67

kamu.
Agihkan tugasan di
antara
ahli
dalam
kumpulan.

Guru mengedarkan Lampiran Latihan yang


berupa resipi membuat doh.

Perkembangan
Meneroka

Murid menguli doh dalam kumpulan


masing. Setelah selesai, murid dibimbing
untuk membentuk objek dan arca yang
dipilih.
Murid diminta untuk
membuat objek
mengikut peraturan dan susun langkah
seperti yang dirancang tadi.

Mencari maklumat

Murid mewarna dan mempamerkan hasil


karya mereka dengan teliti dan secantik
yang boleh.
Guru meminta murid-murid menimbang
dan mencatat terlebih dahulu objek yang
dibina sebelum dijemur untuk dikeringkan
diluar bilik darjah.
Persediaan untuk mengesan proses
pengeringan air di dalam doh

Membuat prototaip

Tindakan
Menganalisis
maklumat

Setelah kering, murid-murid akan menyapu


putih
telur
pada
objek
untuk
melindunginya.
Guru menggalakkan murid menghias objek
yang dibuat itu.

Guru mengedarkan kertas kerja kepada


murid-murid. Mereka diminta membaca
dan memahami soalan yang disediakan.
Bincangkan
disediakan.

68

tentang

soalan

yang

a) Apakah yang perlu


dilakukan?
b) Apakah yang perlu
digunakan
dahulu?
Air atau tepung?
(Sukatan bahan kering
dan basah perlu tepat.)

Apakah objek yang


akan kamu bentukkan?

Mentaksir

Murid menentukan operasi yang diperlukan


untuk menyelesaikan masalah yang
diberikan.

Bagaimanakah
cara
untuk
mendapat
jawapan?

Menguji prototaip

Rujuk kembali kepada objek yang dibuat.


Mencatat timbangan selepas objek kering.
Guru meminta pendapat serta kritikan akan
hasil yang dibina oleh kumpulan masingmasing. Murid membuat penilaian ke atas
hasil
projek yang telah dihasilkan dari segi
bilangan, bentuk, kebersihan dan masa
yang diambil.

Adakah kamu berpuas


hati dengan hasil kerja
kamu?

Melapor
Dokumentasi dan
Merumus

Apakah pendapat
rakan-rakan yang lain
tentang hasil projek ini?

Guru menilai hasil projek yang diserahkan


dan mempamerkan di sudut pameran di
dalam kelas

Resipi Bancuhan Tepung


kilogram tepung
liter air
Cara membuatnya:
1. Masukkan tepung dalam mangkuk pembancuh.
2. Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli hingga sebati dan lembut.
3. Pastikan tepung diuli dengan betul-betul sebati sehingga menjadi doh yang lembut.
4. Dengan menggunakan doh, bentukkan sebarang objek yang kamu suka
5. Setelah selesai, warnakan bentuk yang dibina tadi dengan berus dan pewarna yang
disediakan.
6. Jemur objek yang dibina. Setelah kering, sapukan putih telur pada permukaan objek itu.
Jika suka, kamu boleh menghias objek yang kamu cipta itu untuk tambah menarik lagi.
7. Ulang aktiviti ini sehingga habis doh yang dibuat tadi.
8. Pamekan hasil binaan dan gubahan kamu di atas meja untuk dicatat timbangan berat
dan penilaian hasil karya

69

Bersihkan meja kamu setelah selesai melakukan aktiviti.

LEMBARAN LATIHAN

JAWAB SOALAN BERIKUT:

1.

kilogram tepung sama dengan ............... gram.

2.

Tukarkan 750 gram kepada kilogram

3.

Untuk menyediakan sebiji kek, ibu memerlukan 330g tepung. Berapa berat tepung
dalam kg, yang ibu perlukan untuk menyediakan 5 biji kek yang sama?

4.

Sewaktu menyediakan ramuan untuk membuat cucur manis, ibu memerlukan 750ml air
bagi setengah kilogram tepung. Jika ibu menggunakan 3 kilogram setengah tepung,
berapa liter airkah yang diperlukan ibu?

5.

7 biji kek mentega memerlukan 1 kilogram dan 750g mentega. Jika Aminah ingin
membuat 2 biji kek yang sama, berapa berat mentega yang diperlukan?

70

71

Anda mungkin juga menyukai