Anda di halaman 1dari 11

bacaan nadi atau denyutan jantung normal mengikut umur dan jantina

Jumlah denyut jantung :


A. Lelaki
1. Sangat Baik
- Umur 20 s/d 29 Tahun : Kurang dari 60 kali permenit
- Umur 30 s/d 39 Tahun : Kurang dari 64 kali permenit
- Umur 40 s/d 49 Tahun : Kurang dari 66 kali permenit
- Umur 50 Tahun Ke Atas : Kurang dari 68 kali permenit
2. Baik
- Umur 20 s/d 29 Tahun : Antara 60 s/d 69 kali permenit
- Umur 30 s/d 39 Tahun : Antara 65 s/d 71 kali permenit
- Umur 40 s/d 49 Tahun : Antara 66 s/d 73 kali permenit
- Umur 50 Tahun Ke Atas : Antara 68 s/d 75 kali permenit
3. Cukup
- Umur 20 s/d 29 Tahun : Antara 70 s/d 75 kali permenit
- Umur 30 s/d 39 Tahun : Antara 72 s/d 87 kali permenit
- Umur 40 s/d 49 Tahun : Antara 74 s/d 89 kali permenit
- Umur 50 Tahun Ke Atas : Antara 79 s/d 91 kali permenit
4. Kurang
- Umur 20 s/d 29 Tahun : Lebih dari 85 kali permenit
- Umur 30 s/d 39 Tahun : Lebih dari 87 kali permenit
- Umur 40 s/d 49 Tahun : Lebih dari 89 kali permenit
- Umur 50 Tahun Ke Atas : Lebih dari 91 kali permenit
B. PEREMPUAN / WANITA
1. Sangat Baik
- Usia 20 s/d 29 Tahun : Kurang dari 70 kali permenit
- Usia 30 s/d 39 Tahun : Kurang dari 72 kali permenit
- Usia 40 s/d 49 Tahun : Kurang dari 74 kali permenit
- Usia 50 Tahun Ke Atas : Kurang dari 76 kali permenit

2. Baik
- Usia 20 s/d 29 Tahun : Antara 70 s/d 77 kali permenit
- Usia 30 s/d 39 Tahun : Antara 72 s/d 79 kali permenit
- Usia 40 s/d 49 Tahun : Antara 74 s/d 81 kali permenit
- Usia 50 Tahun Ke Atas : Antara 76 s/d 83 kali permenit
3. Cukup
- Usia 20 s/d 29 Tahun : Antara 78 s/d 94 kali permenit
- Usia 30 s/d 39 Tahun : Antara 80 s/d 96 kali permenit
- Usia 40 s/d 49 Tahun : Antara 82 s/d 98 kali permenit
- Usia 50 Tahun Ke Atas : Antara 84 s/d 100 kali permenit
4. Kurang
- Usia 20 s/d 29 Tahun : Lebih dari 94 kali permenit
- Usia 30 s/d 39 Tahun : Lebih dari 96 kali permenit
- Usia 40 s/d 49 Tahun : Lebih dari 98 kali permenit
- Usia 50 Tahun Ke Atas : Lebih dari 100 kali permenit

Bentuk Program Kecergasan Untuk Orang Yang Sihat

1.Prinsip-prinsip Senaman - Kekerapan,Intensiti, Masa dan Jenis (KIMJ).


2.Prinsip Penggunaan Kalori / Penggunaan Tenaga Semasa Senaman.

1. Prinsip-prinsip Senaman -Kekerapan, Intensiti, Masa dan Jenis (KIMJ).


INTENSITI (%) UKURAN (Kadar Nadi Maksima)
55 Terlalu Lemah
65 Sederhana
70 Sederhana Kuat
80 Kuat
90 Sangat Kuat
95 Terlalu Kuat
100 Tahap Maksimum

Kecergasan Kardiorespiratori (Aerobik)

Kekerapan: 3 hingga 5 hari seminggu


Intensiti: 60% hingga 80% kadar denyutan nadi maksimum(Sasaran Kadar Denyutan Jantung)
Formula: (220 - umur x 60% hingga 220 - umur x 80%)
Contoh: Seorang yang berusia 30 tahun akan mengira sasaran kadar:

220-30 = 190 x 60% = 114


190 x 80% = 152

Individu ini akan cuba menetapkan kadar nadinya antara 114 hingga 152 denyutan seminit;
Masa: Lakukan aktiviti memanaskan badan 5 hingga 10 minit,senaman mengikut intensiti yang
diperlukan antara 20 hingga 60 minit,aktiviti menyejukan badan antara 5 hingga 10 minit .

Jenis: Sebarang aktiviti yang anda suka lakukan yang mana ianya berulang-ulang, berterusan, dan
menggunakan otot-otot besar (peha,punggung,lengan) seperti:

Berenang Berjalan Menunggang basikal


Berlari Mendayung Memutar Bahu
Berlari anak Menari Memijak (stepping)
Naik-turun tangga Lompat tali

Progresif: Setelah badan anda dapat menyesuaikan diri dengan satu tahap senaman anda perlu
meningkatkan kadar atau melakukan senaman dalam jangka waktu yang lebih lama bagi mencapai
tahap yang lebih baik

Kesan Latihan Kepada Sistem Kardiovaskular

Sistem kardiovaskular terdiri dari jantung, saluran darah, darah dan saluran pernafasan. Sistem ini
berfungsi untuk mengankut bahan-bahan keperluan dan bahan-bahan kumuh sel-sel tubuh. Antaran
bahan-bahan yang diangkut ialah oksigen (sistem pernafasan), nutrien (sistem penghadaman) dan
hormon dari kelenjar-kelenjar tertentu. Bahan-bahan kumuh seperti urea, karbon dioksida dan air
pula akan diangkut dari sel-sel tubuh dan dihantar ke organ perkumuhan.

Jantung dan Peredaran Darah

Dinding jantung terbina dari gentian otot yang dinamakan 'myocardium'. Bahagian interior jantung
terdiri dari empat bahagian iaitu dua atrium dan dua ventrikal. Oleh kerana ventrikel berfungsi untuk
mengepam darah keluar dari jantung, dinding kedua-dua ventrikel adalah adalah lebih tebal dari
dinding kedua-dua atrium. Dinding ventrikel kiri pula lebih tebal dari ventrikel kanan kerana ia harus
menampung tekanan darah yang lebih tinggi. Dinding yang tebal juga diperlukan kerana ventrikel kiri
berfungsi untuk mengepam darah dari jantung keseluruh bahagian badan.
Penguncupan otot jantung adalah berkait rapat dengan pengaliran impuls-impuls sinoatrikal node
(S.A.Node), atrioventrikular node (A.V. Node), atrioventrikular bundle( A.V. Bundle) dan Purkinje
fibers.

Pengaliran darah dari satu bahagian ke satu bahagian dalam sistem kardiovaskular adalah
berasaskan prinsip pergerakan cecair selari dengan Hukum Newton Pertama dan kedua iaitu ; cecair tidak mengalir jika tidak terdapat perbezaan tekanan.
Cecair mengalir dari bahagian bertekanan tinggi ke bahagian bertekanan rendah.
Dengan kedua-dua hukum ini, pengaliran darah dari ventrikel kiri ke aorta adalah disebabkan
wujudnya perbezaan tekanan. Jumlah darah yang dipamkan apabila ventrikel kiri menguncup adalah
dinamakan sebagai 'systolik discarge' atau 'isipadu stroke' ( stroke volume ). Isipadu stroke adalah
menggambarkan kekuatan penguncupan ventrikel. Pengepaman otot ventrikel yang kuat akan
menghasilkan isipadu stroke yang tinggi. Keluaran kardiak adalah bergantung kepada isipadu stroke
dan bilangan denyutan nadi dalam masa satu minit.

Keluaran Kardiak = Isipadu Stroke x Bil. Denyutan Nadi/minit.

Oleh kerana keluaran kardiak berkait rapat dengan isipadu stroke dan kadar nadi seminit, sebarang
perubahan yang boleh menyebabkan peningkatan kadar nadi atau sebarang perubahan yang
menyebabkan penguncupan otot jantung bertambah kuat, akan menyebabkan keluaran kardiak turut
meningkat.

Kesan-kesan Latihan

Didapati latihan-latihan yang tertentu akan memberikan kesan yang tertentu terhadap sistem
kardiovaskular. Untuk perbincangan ini, latihan yang dimaksudkan ialah latihan berintensiti tinggi,
dilakukan tiga kali seminggu dalam jangkamasa bertahun-tahun.

Antara kesan latihan fizikal kepada sistem kardiovaskular ialah Hipertrofi Kardiak. Hipertrofi
bermaksud pernambahan saiz sel atau organ. Hipertrofi kardiak dapat dilihat dari dua ciri berikut :-

saiz kaviti ventrikel


ketebalan dinding ventrikel

Terdapat perbezaan hipertrofi kardiak dikalangan atlit-atlit acara dayatahan dengan atlit-atlit acara
bukan dayatahan. Atlit dayatahan ( seperti pelari marathon, perenang, pemain hoki ice ) mempunyai
kaviti ventrikel yang lebih besar berbanding dengan ventrikel atlit-atlit bukan acara dayatahan. Dari
segi ketebalan dinding ventrikel pula, atlit-atlit bukan acara dayatahan pula didapati mempunyai
dinding ventrikel yang lebih tebal dari atlit-atlit acara dayatahan.

Perbezaan hipertrofi kardiak di antara atlit-atlit acara dayatahan dengan atlit-atlit bukan acara
dayatahan adalah disebabkan oleh perbezaan gerakbalas jantung terhadap aktiviti yang mereka

lakukan. Latihan-latihan dayatahan biasanya memerlukan atlit bekerja dalam jangkamasa yang lama
dan keluaran kardiak adalah tinggi. Bagi memenuhi keperluan tersebut, gerakbalas penyesuaian
kardiak ialah melalui peningkatan saiz karviti ventrikel. Di kalangan atlit-atlit dayatahan pula, latihanlatihan yang mereka lakukan memerlukan tekanan darah di arteri pada masa-masa tertentu
(gerakan-gerakan mereka berbentuk eksplosif ). Oleh itu gerakbalas penyesuaian kardiak ialah
melalui penebalan dinding ventrikel.
Selain dari kesan hipertrofi kardiak, atlit yang menjalani latihan fizikal yang tekal dalam jangkamasa
yang panjang juga akan mengalami pengurangan kadar nadi rehat. Kadar nadi adalah antara
indikator terhadap tahap kecergasan seseorang. Kadar nadi rehat yang rendah menggambarkan
seseorang itu lebih cergas dari sesaorang yang mempunyai kadar nadi rehat yang tinggi.

Perbezaan kadar nadi dapat dilihat sebelum dan sesudah atlit menjalani latihan selama beberapa
tahun. Pengurangan kadar nadi rehat menunjukkan tahap kecergasan atlit yang menjalani latihan
fizikal adalah bertambah baik. Kadar nadi adalah berkait rapat dengan impuls intrinsik dari
S.A.Node. Sungguhpun begitu, peningkatan dan pengurangan kadar nadi akan dipengaruhi juga
oleh rangsangan dari sistem saraf autonomik (sympathatik dan para sympathetik) yang dibawa ke
S.A.Node. Semasa latihan, hormon epinephine dikeluarkan. Epinephine akan meningkatkan
gerakbalas jantung, menyebabkan peningkatan kadar nadi. Latihan yang lama akan menyebabkan
kepekaan tisu kardiak terhadap epinephine menurun dan fenomena ini akan memberi kesan
penurunan kadar nadi rehat kepada atlit yang menjalani latihan.
Satu lagi kesan latihan terhadap sistem kardiovaskular ialah peningkatan isipadu stroke. Isipadu
stroke adalah jumlah darah yang dikeluarkan melalui satu denyutan jantung (satu stroke). Perkara ini
ada kaitannya dengan hipertrofi kadiak. Apabila kaviti ventrikel bertambah, jumlah darah yang dapat
dipamkan kedalamnya juga meningkat. Dengan ini jumlah darah yang dipamkan keluar dari venrtikel
juga akan meningkat.

Peningkatan isipadu stroke juga disebabkan oleh peningkatan pengncupan otot-otot myokardium
akibat latihan. Latihan menyebabkan jantung menjadi aktif. Peningkatan aktiviti jantung bereti
peningkatan peningkatan penggunaan dan penghasilan ATP dalam otot jantung. Apabila bekalan

ATP meningkat, keupayaan pengepaman otot jantung juga meningkat.

Atlit yang selalu menjalani latihan fizikal juga akan mengalami peningkatan densiti salur darah.
Densiti salur darah bermaksud jumlah saluran darah yang terkandung dalam fiber otot. Aktiviti-aktiviti
fizikal yang dijalankan akan menyebabkan pengaliran darah ke otot-otot meningkat. Ini akan
menyebabkan pembukaan salur-salur darah yang pasif dan juga menyebabkan penggunaan salur
darah yang sedia ada menjadi lebih aktif. Ini pastinya akan menghasilkan peningkatan densiti salur
darah. Peningkatan densiti salur darah yang ketara berlaku di otot kardiak dan otot-otot rangka.

Jantung

Jantung atau dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai heart (latin, cor) merupakan organ berongga
yang berfungsi mengepam darah melalui saluran darah dengan denyutan yang sekata yang
berulang-ulang. Istilah kardium bermaksud berkaitan dengan jantung, berasal dari perkataan Greek
kardia untuk "jantung".

Pengenalan

Dalam tubuh manusia, jantung terletak sebelah kiri sedikit dari tengah dada, dan di belakang tulang
dada (sternum). Ia diselaputi oleh kantung yang dikenali sebagai perikardium dan dikelilingi oleh
peparu. Secara purata, jantung orang dewasa mempunyai berat sekitar 300-350 g. Ia terdiri dari
empat ruang, dua atrium di atas dan dua ventrikel di bawah.

Dinding otot yang tebal (septum) membahagikan atrium dan ventrikel kanan dari atrium dan ventrikel
kiri. Ia memisahkan darah beroksigen dan terdeoksigen dari bercampur. Injap antara atrium dan
ventrikel hanya membenarkan aliran darah secara satu hala dari atrium ke ventrikel.

Ventrikel adalah bahagian jantung yang mengepam darah ke seluruh tubuh termasuk paru-paru.
Dinding ventrikel adalah lebih tebal berbanding atrium, dan pengecutan dinding ventrikel adalah

lebih penting bagi memastikan darah mengalir.

Darah terdeoksigen dari tubuh memasuki atrium kanan melalui 2 salur, vena kava superior (superior
vena cava) dan vena kava inferior (inferior vena cava). Darah kemudian mengalir ke ventrikel kanan.
Ventrikel kanan mengepam darah terdeoksigen ini ke peparu melalui arteri pulmonari. Selepas
darah kehilangan karbon dioksida dan menyerap oksigen dari peparu, ia mengalir melalui vena
pulmonari ke atrium kiri.

Dari atrium kiri, darah beroksigen dipam ke ventrikel kiri. Ventrikel kiri merupakan pam utama yang
membekalkan darah melalui aorta ke seluruh tubuh kecuali peparu.
Ventrikel kiri adalah lebih tebal berbanding kanan. Ini disebabkan oleh keperluan untuk mengenakan
tekanan yang tinggi bagi mengatasi rintangan yang dikenakan oleh tubuh. Ventrikel kanan hanya
perlu mengepam darah ke peparu, jadi ia tidak memerlukan otot dinding yang kuat.

Ini juga diperlukan kerana dua sebab lain: 1) kapilari peparu adalah lemah; tekanan tinggi akan
merosakkan kapilari tersebut dan 2) aliran darah yang perlahan adalah diperlukan bagi memberi
masa untuk pertukaran gas antara darah dan peparu.

Dinding jantung terdiri daripada tiga lapisan. Lapisan terluar dikenali sebagai perikardium
(pericardium), lapisan tengah dipanggil myokardium (myocardium), dan lapisan terdalam dipanggil
endokardium (endocardium). Perikardium boleh dibahagikan lagi kepada dua lapisan iaitu fibrous
pericardium (luar) dan serous pericardium (dalam). Myokardium adalah lapisan yang paling tebal
dan terdiri daripada otot jantung. Ia membentuk majoriti keseluruhan dinding jantung. Endokardium
merupakan lapisan terdalam yang terdiri daripada sel epitelium leper dan tisu penyambung.
Bekalan darah yang banyak diperlukan untuk membekalkan nutrien, terutama oksigen, kepada
jantung. Darah ini dibekalkan oleh arteri koronari kiri dan kanan, yang bercabang keluar dari aorta.
Bekalan darah kepada jantung dipanggil kitaran darah koronari.

Faktor-factor jantung menjadi perhatian

Sebelum tahun 1900, hanya sedikit orang mati disebabkan penyakit jantung. Walau bagaimanapun,
penyakit ini semakin terkenal sehingga kini telah menjadi salah satu penyakit yang paling kerap
membawa maut. Perkembangan teknologi telah membawa kesenangan kepada cara hidup kita,
tetapi ini telah meyebabkan kita lebih cenderung mendapat penyakit ini. Sebelum bermulanya zaman
Revolasi Industri, kebanyakan orang menjalani kerja harian dengan tenaga manusia. Jalan kaki
merupakan pengangkutan utama, membasuh baju dengan tangan, memanjat tangga dan
sebagainya. Dengan perkembangan teknologi ini, kebanyakan kerja manusia digantikan dengan
mesin-mesin. Ini telah menjadikan cara hidup manusia lebih senang dan mengurangkan fizikal
aktiviti seharian. Cara pemakanan juga dipengaruhi oleh perkembangan teknologi. Dengan
penciptaan mesin yang canggih, bahan tenusu seperti cheese, mentega, ais krim dapat dihasilkan
secara besar-besaran. Makanan yang digoreng telah menjadi kegemaran manusia. Gabungan cara
hidup yang kurang fizikal aktiviti dengan cara pemakanan yang mengandungi lemak yang tinggi
telah membawa masalah saluran darah tersumbat, sakit jantung,infarksi miokardium dan strok.
Penyakit jantung menjadi semakin terkenal dan dianggap oleh World Health Organizaton(WHO)
sebagai epidemi(epidemiology) yang paling serius di dunia. Kini, sebab-sebab penyakit jantung telah
diketahui melalui kajian-kajian yang dibuat oleh saintis-saintis dengan penuh usaha. Rawatan bagi
penyakit jantung juga berkembang dengan cepat. Teknik dan peralatan untuk merawat penyakit
jantung juga diciptakan untuk memenuhi permintaan yang semakin tinggi.
Penyakit dan rawatan

Bidang kajian mengenai jantung dikenali sebagai kardiologi. Penyakit penting bagi jantung
termasuk:

1. Penyakit jantung koronari merupakan kekurangan bekalan oksigen


kepada otot jantung Ia menyebabkan sakit dada teruk dan
ketidakselesaan yang dikenali sebagai angina.

2. Myocardial infarction atau umumnya dikenali sebagai sakit jantung berlaku

disebabkan kematian sel jantung akibat kitaran darah kepada jantung


terganggu. Penyakit jantung koronari yang berterusan akan menyebabkan
sakit jantung.

3. Congestive heart failure atau kegagalan jantung adalah kehilangan daya


pam jantung.
4. Endokarditis, myokarditis dan perikarditis adalah keradangan jantung.
5. Arrhythmia kardiak (cardiac arrhythmia) adalah ketidaktentuan degupan
jantung.

6. Sekiranya arteri koronari tersumbat, tempat masalah boleh dipintas dengan


PEMBEDAHAN PINTASAN ARTERI KORONARI (coronary artery bypass surgery) atau
ia boleh diluaskan melalui kaedah angioplasty.

Beta blocker adalah dadah yang merendahkan kadar degupan jantung dan tekanan darah dan
mengurangkan keperluan jantung untuk oksigen.

Nitroglycerin dan bahan lain yang membekalkan nitrik oksida (NO) digunakan untuk merawat sakit
jantung kerana ia menyebabkan pengembangan arteri koronari.

Perentak jantung buatan (artificial pacemaker) diimplan ke dalam jantung pesakit yang mengidap
arrhythmia.

Pemindahan jantung dilakukan terhadap pesakit yang mengidap penyakit jantung koronari atau
kegagalan jantung tahap akhir.

Electrocardiography
Elektrokardiogram

Elektrokardiogram(ECG atau EKG) merupakan suatu rakaman aktiviti elektrik jantung dalam suatu
jangka masa menggunakan mesin yang dipanggil Elektrokardiograf melalui elektrod pada kulit.
'Elektro-' ialah sesutu yang berkaitan dengan aktivity elektrik, 'kardio-' bermaksud jantung dalam
bahasa Greek, dan 'gram', menulis dalam bahasa Greek.

Impulse elektrik dalam jantung berasal daripada sinoatrial node (SA node) dan mengalir melalui otot
jantung dimana ia menyebabkan pencetusan sistol ataupun pengecutan jantung. Gelombang elektrik
boleh diukur melalui elektrod yang diletakkan pada kulit di bahagian tertentu jantung yang mana ia
akan mengukur aktiviti otot jantung yang berbeza.

ECG mempamerkan voltan antara elektrod-elektrod ini dan juga aktiviti otot jantung yang diukur, dari
arah yang berlainan, yang juga dipanggil vektor. Ia mampu menunjukkan rentak keseluruhan jantung
dan kelemahan di bahagian tertentu otot jantung dan merupakan cara terbaik untuk mengukur dan
mendiagnos penyakit yang menyebabkan rentak jantung menjadi tidak normal.

Anda mungkin juga menyukai