Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Yang Berusaha Tuan Pengetua SMK Pekan Nanas, Puan Hjh Rohanah bt Esmail, Yang
dihormati Guru Penolong Kanan Petang Puan Kalsom bte Haron, barisan hakim yang adil lagi
bijaksana, guru-guru serta rakan-rakan seperjuangan sekalian. Salam sejahtera dan salam satu
Malaysia
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
Berdirinya saya pada hari ini yang berbahagia ini, adalah untuk menyampaikan syarahan
yang bertajuk 'Punca-punca Gejala Buli di Sekolah serta langkah-langkah menanganinya. Sebelum
saya meneruskan syarahan saya, ingin saya kemukakan satu soalan iaitu , apakah sebenarnya
yang dimaksudkan dengan rangkai kata 'gejala buli?
Hadirin yang dihormati sekalian,
Menurut Kamus Dewan, gejala buli membawa maksud masalah yang meliputi kegiatan
seperti memeras ugut, menghina, mengejek, menumbuk, memaki dan sebagainya yang dilakukan
oleh seseorang terhadap pemangsanya.Menurut kajian, kes buli ini menjadi semakin meningkat
pada setiap tahun dalam kalangan pelajar dan semakin serius masalahnya. Jika tidak kerana
angin masakan pokok bergoyang. Oleh itu, setiap masalah yang berlaku tentu mempunyai
puncanya. Terdapat beberapa punca yang telah dikenal pasti sebagai penyumbang kepada
masalah kes buli ini.
Sebenarnya, antara punca berlakunya gejala buli ialah kekurangan penghayatan nilai-nilai
agama yang ada pada pelajar yang terlibat. Agama Islam contohnya, menggariskan nilai-nilai
murni dan akhlak mulia yang selaras dengan tuntutan agama. Umpamanya, nilai hormatmenghormati sesama manusia, kasih-sayang, belas kasihan, amanah, bertanggungjawab dan
sebagainya. Namun, mereka yang terlibat dalam gejala buli ini tidak lagi menghayati dan
mengamalkan suruhan agama. Mereka sanggup berbuat demikian hanya untuk mendapatkan
perhatian orang lain dan menunjukkan kekuatannya kepada orang lain. Ringkasnya, ketandusan
nilai keagamaan dalam diri mereka menyebabkan gejala buli ini semakin berleluasa.
Selain itu, ibu bapa juga menjadi punca berlakunya gejala buli ini. Pada zaman yang serba
moden inil kebanyakan ibu bapa terlalu sibuk dengan kerjaya masing-masing untuk meningkatkan
taraf kehidupan mereka. Hal ini menyebabkan mereka kurang memberikan belaian kasih sayang,
kemesraan dan prihatian kapada anak-anak mereka. Contohnya, terdapat segelintir Ibu bapa
yang keluar bekerja seawal 6.30 pagi dan pulang lewat malam. Mereka tidak ada masa untuk
mengambil tahu perkembangan anak-anak terutama yang remaja. Tugas dan tanggungjawab
menjaga anak-anak diserahkan bulat-bulat kepada pembantu rumah. Justeru, kekurangan
perhatian daripada ibu bapa turut menjadi punca gejala buli ini.