Anda di halaman 1dari 11

Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online

Bab 6 : Pengkosan Proses

BAB 6
PENGEKOSAN PROSES

OBJEKTIF
Selepas mempelajari bab ini, pelajar akan dapat :

Menerangkan definisi pengekosan proses.

Menerangkan ciri-ciri pengekosan proses dan perbezaannya dengan


pengekosan kerja.

Menerangkan definisi, kegunaan dan cara mengira unit setara dalam menentukan
kos produk.

Menerangkan cara mengira kos produk seunit menggunakan kaedah purata wajaran
dengan andaian kos penukaran dilibatkan secara seragam.

Menerangkan cara mengira kos unit siap (kos pindah keluar) dan mengira kos
inventori akhir

Menerangkan cara mengira kos pindah masuk bagi menentukan jumlah kos produk
bagi jabatan berikutnya.

Menjelaskan cara menyediakan laporan kos pengeluaran bagi jabatan.

Menerangkan catatan jurnal dalam pengekosan proses.

71

Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online

6.1

Bab 6 : Pengkosan Proses

PENGENALAN

Pengekosan proses adalah salah satu sistem pengekosan produk di mana kos sesuatu produk itu
dikira berdasarkan kepada tahap ia telah disiapkan. Ia digunakan dalam proses pengeluaran yang
berterusan dan untuk barangan yang sejenis yang akan melalui beberapa tahap pemprosesan
sebelum menjadi barang siap yang reka bentuknya adalah seragam.
Dalam sistem pengekosan ini semua kos pengeluaran dikumpul untuk sesuatu tempoh bagi setiap
jabatan memproses. Sepanjang tempoh tersebut unit-unit yang telah siap bagi jabatan memproses
tertentu akan dipindah keluar ke jabatan memproses yang berikutnya manakala unit yang separa
siap akan tetap tinggal dalam jabatan memproses tersebut.
Definisi pengekosan proses seperti yang dikeluarkan oleh CIMA adalah satu kaedah pengekosan
asas yang boleh digunakan apabila barang atau perkhidmatan dihasilkan daripada satu jujukan
kendalian atau proses yang berterusan atau berulangan dan kos boleh dikira dengan cara
dipuratakan kepada unit yang dikeluarkan sepanjang tempoh tersebut.
Antara industri yang sesuai untuk menggunakan sistem pengekosan proses ialah industri
penapisan minyak, pembuatan makanan, pengeluaran kertas dan sebagainya.
6.2

CIRI-CIRI PENGEKOSAN PROSES

Antara ciri-ciri pengekosan proses ialah :


1. Produk yang dikeluarkan adalah berterusan dan serupa.
2. Sesuatu unit kos adalah sukar untuk dikenalpasti kerana setiap unit kos adalah
sebahagian daripada sesuatu proses.
3. Pengekosan produk dikira daripada kos seunit barang siap dalam bahagian terakhir
pemprosesan tersebut.
4. Keluaran sesuatu proses akan menjadi input atau bahan mentah kepada proses yang
selanjutnya.
5. Pusat kos perlu diwujudkan dan kos adalah diperuntukan dari pusat kos ini kepada
unit pengeluaran.
Persamaan Pengekosan Proses dengan Pengekosan Kerja
1. Kedua-duanya bertujuan untuk mengagihkan kos-kos bahan mentah, buruh dan
overhead kepada produk dan menyediakan mekanisme untuk pengiraan kos seunit.
2. Kedua-dua sistem mengekalkan dan menggunakan akaun pengilangan asas yang
sama termasuk overhed pengilangan, bahan mentah, kerja dalam proses dan barang
siap.
3. Aliran kos melalui akaun pengilangan secara asasnya adalah sama.

72

Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online

Bab 6 : Pengkosan Proses

Pengekosan proses ini dapat dibezakan dengan pengekosan pesanan kerja seperti berikut :
1
2

Ciri
Jenis produk
Unit produk

3
4
5

Fokus
Dokumen kawalan
Aliran pengeluaran

Pengekosan Pesanan Kerja


Ikut spesifikasi pelanggan
Satu
unit
yang
boleh
dikenalpasti
Mengikut pesanan/tempahan
Lembaran kos kerja
Mengikut pesanan

Pengekosan Proses
Seragam
Unit tidak dapat dikenalpasti
secara tepat
Mengikut jangkamasa
Laporan kos pengeluaran
Berterusan

Di dalam pengkosan proses, bahan mentah yang diproses akan melalui beberapa jabatan atau
tahap pemprosesan sebelum ianya menjadi barang siap. Dalam erti kata lain setelah siap diproses
di jabatan pertama ianya akan dihantar ke jabatan berikutnya untuk pemprosesan selanjutnya dan
bila siap dihantar pula ke jabatan yang seterusnya untuk diproses sehinggalah ia menjadi barang
siap. Dalam pengkosan proses laporan kos dibuat mengikut jabatan, ini menyebabkan ia
mempunyai beberapa akaun kerja dalam proses bergantung kepada jumlah jabatan
pemprosesan yang wujud. Ini berbeza dengan pengkosan kerja yang hanya mempunyai satu
akaun kerja dalam proses. Di bawah ditunjukkan ilustrasi pemprosesan bagi pengkosan proses
berbanding pengkosan kerja.
Rajah 1 : Aliran kos di dalam pengkosan kerja
Bahan Langsung
Buruh Langsung

Kerja Dalam Proses

Barang Siap

Overhed Kilang
Rajah 2 : Aliran kos di dalam pengkosan proses
Bahan Langsung
Buruh Langsung
Overhed Kilang

Kerja Dalam Proses


Jabatan 1

Kerja Dalam Proses


Jabatan 2

Kerja Dalam Proses


Jabatan 3

Barang
Siap

Seperti yang dijelaskan sebelum ini, di dalam pengkosan proses unit (kerja) yang siap diproses di
jabatan pertama akan dihantar ke jabatan kedua untuk proses selanjutnya. Unit yang dihantar dari
jabatan 1 ke jabatan 2 dikenali sebagai unit pindah keluar. Bagi jabatan2 yang menerima unit dari
jabatan 1 untuk pemprosesan selanjutnya memanggilnya sebagai unit pindah masuk.

73

Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online

Bab 6 : Pengkosan Proses

Rajah 3 : Pengumpulan Kos dalam Pengkosan Proses


Kos dipindah masuk
Kos Jabatan
Kos
dipindah
keluar

Jabatan 1
-0RM 0.50
RM 0.50

Jabatan 2
RM 0.50
RM 0.30
RM 0.80

Jabatan 3
RM 0.80
RM 0.20
RM 1.00

Barang Siap
RM 1.00

Berdasarkan ajah di atas, andaikan pengeluaran produk Q memerlukan proses dalam 3 jabatan.
Jabatan 1 memulakan proses dengan penglibatan kos sebanyak RM 0.50 seunit dan apabila siap
dipindahkan ke jabatan 2. Di jabatan 2, ia memerlukan kos tambahan sebanyak RM 0.30 untuk
memproses unit tadi sebelum dihantar ke Jabatan 3 yang memerlukan pula kos tambahan
sebanyak RM 0.20 seunit. Akhirnya produk Q menjadi produk siap dengan kos pengeluaran
seunitnya ialah sebanyak RM 1.00 iaitu hasil pengumpulan kos yang dilakukan bermula Jabatan 1
hingga Jabatan 3.
6.3

UNIT SETARA

Kewujudan unit-unit separa siap dalam stok kerja dalam proses akan menimbulkan masalah bila
syarikat hendak menentukan kos purata seunit bagi unit-unit yang diproses. Untuk mengatasi
masalah ini satu konsep Unit Persamaan atau dikenali sebagai Unit Setara telah digunakan.
Sebagai contohnya, 2 unit separuh siap setiap satu diandaikan bersamaan dengan satu unit siap,
manakala 3 unit separuh siap satu diandaikan bersamaan dengan 1.5 unit siap di dalam konsep
ini.
Rajah 4 : Gambaran Konsep Unit Persamaan

+
Siap

+
Separuh
Siap

=
Separuh
Siap

2 unit siap

Menggunakan kaedah purata wajaran, formula mengira Unit Persamaan adalah seperti berikut :
Unit Persamaan

Unit Siap

Unit KDP Akhir x

% Siap

Contoh 1:
Jabatan memproses A di sebuah syarikat memulakan operasi mengeluarkan kerusi kayu. Firma
memulakan pengeluaran bagi bulan Feb. dengan 800 unit yang 75% siap. Sepanjang bulan
Februari 1,000 unit kerusi dimulakan dan pada akhir bulan Februari didapati 700 unit telah siap
pada tahap 50% siap.
Berapakah unit persamaan bagi bulan Februari?

74

Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online

Bab 6 : Pengkosan Proses

Penyelesaian :
a)

Menggunakan kaedah purata wajaran


Langkah pertama ialah untuk mengira unit persamaan iaitu :
+
-

b)

Inventori awal
Unit dimulakan
Unit sedia ada
Inventori akhir
Unit siap

Langkah ke dua iaitu mengira unit persamaan:


Unit Persamaan

6.4

800 unit
1,000 unit
1,800 unit
700 unit
1,100 unit

=
=
=

Unit siap
1,100
1,450

+
+

Unit KDP akhir x % siap


(700 x 50%)

PENGIRAAN KOS PRODUK SEUNIT

Kos bahan langsung biasanya dimasukkan secara sekaligus ke dalam proses pengeluaran
samada pada awal, pada pertengahan atau pada akhir proses.
Jika kos bahan langsung dimasukkan pada akhir proses, maka unit separa siap tidak akan
mempunyai kos bahan kerana semua kos ini telah diserap oleh unit siap. Sekiranya bahan
langsung dimasukkan pada awal proses unit-unit siap dan separa siap dikatakan telah 100% siap
bagi kos bahan langsung.
Kos buruh langsung dan kos overhead kilang pula biasanya dimasukkan secara seragam dan
pada kadar peratusan siap yang dinyatakan sepanjang proses pengeluaran. Oleh itu kos-kos ini
boleh digabungkan untuk menjadi kos penukaran.
Terdapat beberapa langkah untuk mengetahui kos produk seunit di dalam pengkosan proses.
Untuk memudahkan kefahaman tentang pengiraan kos produk seunit, sila lihat contoh berikut:
Contoh 2 :
Anggerik Berhad mempunyai data berikut bagi bulan Oktober 2005.
Inventori awal KDP
Kos pindah masuk
Kos Inventori awal KDP :
Bahan Mentah Langsung
Kos Penukaran
Unit dimulakan dalam tempoh semasa
Kos Semasa :
Bahan Mentah Langsung
Kos Penukaran
Unit siap dan dipindah keluar
Inventori akhir KDP

Jabatan A
2,000 unit
-

Jabatan B
2,000 unit
RM 4,600

RM 2,000 (100% siap)


RM 900 (60% siap)
30,000 unit

RM 3,200 (80% siap)


RM 800 (40% siap)
?

RM 30,968
RM 41,800
29,000 unit
3,000 unit
(BML : 90% siap)
(KP : 50% siap)

RM 56,580
RM 29,803
30,000 unit
1,000 unit
(BML : 50% siap)
(KP : 30% siap)

75

Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online

Bab 6 : Pengkosan Proses

Dengan menggunakan kaedah purata wajaran kirakan :


i.

ii.

Unit Setara Jabatan A


BML

=
=
=
=

Unit Siap + (Unit KDP akhir x % siap)


29,000 + (3,000 x 90%)
29,000 + 2,700
31,700

KP

=
=
=
=

Unit Siap + (Unit KDP akhir x % siap)


29,000 + (3,000 x 50%)
29,000 + 1,500
30,500

Kos Seunit Setara


BML

=
=
=

KP

=
=
=

iii.

Kos Inventori Awal BML + Kos Semasa BML


Unit Setara BML
RM 2,000 + RM 30,968
31,700 unit
RM 1.04
Kos Inventori Awal KP + Kos Semasa KP
Unit Setara KP
RM 900 + RM 41,800
30,500 unit
RM 1.40

Kos Produk Seunit Barang Siap Jabatan A


=
=

RM 1.04 + RM 1.40
RM 2.44

6.5

KOS UNIT SIAP DAN KOS INVENTORI AKHIR

i.

Kos Unit Siap (Kos Pindah Keluar) Jabatan A


=
=
=

ii.

Unit Siap x Kos Produk Seunit Barang Siap


29,000 x RM 2.44
RM 70,760

Kos Inventori Akhir Jabatan A


=

Unit Setara KDP akhir x Kos Seunit Setara

BML

(3,000 x 90%) x RM 1.04

RM 2,808

KP

(3,000 x 50%) x RM 1.40

RM 2,100
RM 4,908

76

Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online

6.6

Bab 6 : Pengkosan Proses

KOS PINDAH MASUK

Kos pindah masuk ialah kos yang dipindah keluar daripada jabatan pertama iaitu kos bagi barangbarang yang telah siap dalam jabatan pertama dibawa masuk ke jabatan kedua untuk proses
seterusnya. Ini bererti kos pindah masuk tidak wujud di jabatan pertama. Ia wujud apabila produk
telah siap di sesuatu jabatan dan dipindah keluar ke jabatan seterusnya.
i.

ii.

Unit Setara Jabatan B


Unit pindahan

=
=
=

Unit Siap + (Unit KDP akhir x % siap)


30,000 + (1,000 x 100%)
31,000

BML

=
=
=

Unit Siap + (Unit KDP akhir x % siap)


30,000 + (1,000 x 50%)
30,500

KP

=
=
=

Unit Siap + (Unit KDP akhir x % siap)


30,000 + (1,000 x 30%)
30,300

Kos Seunit Setara Jabatan B


Unit Pindahan =
=
=
BML

=
=
=

KP

=
=
=

iii.

Kos Inventori Awal BML + Kos Semasa BML


Unit Setara BML
RM 3,200 + RM 56,580
30,500 unit
RM 1.96
Kos Inventori Awal KP + Kos Semasa KP
Unit Setara KP
RM 800 + RM 29,803
30,300 unit
RM 1.01

Kos Produk Seunit Barang Siap Jabatan B


=
=

iv.

Kos Inventori Awal Unit Pindahan + Kos Semasa Pindahan


Unit Setara Pindahan
RM 4,600 + RM 70,760
31,000 unit
RM 2.43

RM 2.43 + RM 1.96 + RM 1.01


RM 5.40

Kos Unit Siap (Kos Pindah Keluar) Jabatan B


=
=
=

Unit Siap x Kos Produk Seunit Barang Siap


30,000 x RM 5.40
RM 162,000

77

Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online

ii.

Kos Inventori Akhir Jabatan B


=

6.7

Bab 6 : Pengkosan Proses

Unit Setara KDP akhir x Kos Seunit Setara

Unit Pindahan :

(1,000 x 100%) x RM 2.43

RM 2,430

BML

(1,000 x 50%) x RM 1.96

RM

KP

(1,000 x 30%) x RM 1.01

RM 303
RM 3,713

980

PENYEDIAAN LAPORAN KOS PENGELUARAN

Laporan kos pengeluaran merupakan satu ringkasan maklumat kos pengeluaran bagi setiap
tempoh untuk setiap jabatan memproses. Laporan ini digunakan oleh pengurus untuk mengawal
pengeluaran dan kos dalam setiap jabatan. Untuk memudahkan penyediaan laporan tersebut
langkah-langkah ini perlu diikuti:
1.
2.
3.
4.
5.

Analisis aliran unit fizikal


Pengiraan unit setara
Analisis aliran kos
Pengiraan kos perunit (kos per unit persamaan untuk bahan langsung dan kos
penukaran)
Analisis jumlah kos yang telah diakaunkan

Soalan 3 :
Redha Berhad mengeluarkan haruman bilik mandi. Ia diproses melalui dua jabatan iaitu Jabatan
R1 dan R2. Berikut adalah maklumat berkaitan dengan kedua-dua jabatan bagi bulan Ogos 2000
Unit Kerja Dalam Proses Awal
Bahan Langsung
Kos Penukaran
Unit dimulakan dalam tempoh semasa
Unit dipindah ke jabatan R2
Unit dipindah ke inventori barang siap
Unit Kerja dalam proses akhir
Bahan Langsung
Kos Penukaran

Jabatan R1
5,000 unit
100% siap
65% siap
50,000
45,000

Jabatan R2
7,000 unit
100% siap
40% siap
?

10,000
100% siap
75% siap

?
9,000
100% siap
50% siap

KOS
Inventori KDP awal dari jabatan lalu
Inventori KDP awal dari jabatan ini
Bahan Langsung
Buruh Langsung
Overhed Kilang diserap

30,000

RM 13,000
RM 8,500
RM 10,975

RM 14,600
RM 9,200
RM 11,760

Kos Semasa :
Bahan Langsung
Buruh Langsung
Overhed Kilang diserap

RM 65,000
RM 90,000
RM 55,000

RM 45,000
RM 70,000
RM 40,000

78

Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online

Bab 6 : Pengkosan Proses

Jawapan :
Redha Berhad
Jabatan R1
Laporan Kos Pengeluaran Bagi Tempoh Berakhir 31 Ogos 2000
JADUAL KUANTITI
Unit akan diakaunkan
KDP awal
Unit dimulakan

Aliran Fizikal

Unit telah diakaunkan


Unit Siap
KDP akhir

JADUAL KOS
Kos akan diakaunkan
Kos KDP awal
Kos semasa

5,000
50,000
55,000
45,000
10,000
55,000

Jumlah
RM 32,475
RM 210,000
RM 242,475

Kos seunit setara

RM 4.55

Kos telah diakaunkan

Kos pindah
Keluar

Unit siap dan dipindah


(45,000 x RM 4.55)
KDP akhir :
BML (10,000 x RM 1.42)
KP (7,500 x 3.13)
Jum. Kos telah diakaunkan

BML

Unit Setara
Kos Penukaran

45,000
10,000
55,000

BML
RM 13,000
RM 65,000
RM 78,000
RM 1.42
Kos KDP
Akhir

RM 204,750

RM 204,750

45,000
7,500 (75%)
52,500

Kos Penukaran
RM 19,475 (8,500 + 10,975)
RM 145,000 (90,000 + 55,000)
RM 164,475
RM 3.13
Jumlah
__________
RM 204,750

RM 14,200
RM 23,475
RM 37,675

79

RM 37,675
RM 242,425

Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online

Bab 6 : Pengkosan Proses

Redha Berhad
Jabatan R2
Laporan Kos Pengeluaran Bagi Tempoh Berakhir 31 Ogos 2000
JADUAL KUANTITI
Unit akan diakaunkan
KDP awal
Unit dimulakan

Aliran Fizikal

Unit telah diakaunkan


Unit Siap
KDP akhir

JADUAL KOS
Kos akan diakaunkan
Kos KDP awal
Kos semasa

7,000
45,000
52,000
43,000
9,000
52,000

Jumlah
RM 65,560
RM 359,750
RM 425,310

Kos seunit persamaan

RM 8.42

Kos telah diakaunkan

Kos pindah
Keluar

Unit siap dan dipindah


(43,000 x RM 8.42)
KDP akhir :
Unit Pindahan
(9,000 x RM 4.51)
BML (9,000 x RM 1.15)
KP (4,500 x RM 2.76)
Jum. Kos telah diakaunkan

Unit Pindahan
43,000
9,000
52,000

Unit Pindahan

Kos Penukaran

43,000
9,000
52,000

BML

43,000
4,500
47,500

Kos Penukaran

RM 30,000
RM 204,750
RM 234,750

RM 14,600
RM 45,000
RM 59,600

RM 20,960
RM 110,000
RM 130,960

RM 4.51

RM 1.15

RM 2.76

Kos KDP
Akhir

RM 362,060

RM 362,060

Unit Setara
BML

Jumlah
__________
RM 362,060

RM 40,590
RM 10,350
RM 12,420
RM 63,360

80

RM 63,360
RM 425,420

Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online

6.8

Bab 6 : Pengkosan Proses

CATATAN JURNAL

Catatan jurnal untuk pengkosan proses adalah sama dengan pengekosan kerja kecuali dalam
pengekosan proses terdapat lebih dari satu akaun kerja dalam proses iaitu bergantung kepada
berapa banyak jabatan memproses yang ada.
(a)

Untuk merekod belian bahan mentah langsung (BML)


Dt
Kt

(b)

XX

XX
XX
XX

Ak. KDP bahagian II


Ak. KDP bahagian I

XX
XX

Ak. KDP bahagian II


Ak. Inventori BML
Ak. Gaji Belum Bayar
Ak. Overhed kilang

XX

XX
XX
XX

Jika syarikat hanya mempunyai dua bahagian pemprosesan produk dan barang
akan siap di bahagian II maka catatan untuk merekodkan barang siap dipindahkan
ke gudang adalah seperti berikut :
Dt
Kt

(f)

Ak. KDP bahagian I


Ak. Inventori BML
Ak. Gaji Belum Bayar
Ak. Overhead kilang

Untuk merekodkan kos-kos pengeluaran dalam bahagian II


Dt
Kt
Kt
Kt

(e)

XX

Jika proses dibahagian I sudah siap maka aliran seterusnya adalah ke bahagian II
Dt
Kt

(d)

XX

Merekodkan kos-kos yang dimasukkan dibahagian pemprosesan I


Dt
Kt
Kt
Kt

(c)

Ak. Inventori BML


Ak. Tunai / ABB

Ak. Barang Siap


Ak. KDP bahagian II

XX

XX

Apabila barang siap dijual, maka catatannya menggunakan sistem inventori


berterusan seperti berikut :
Dt
Kos Barang Dijual
Kt
Ak. Barang Siap
(Nilainya pada harga kos)

XX

Dt
Tunai / ABT
Kt
Jualan
(Nilainya pada harga jualan)

XX

81

XX

XX

Anda mungkin juga menyukai