Anda di halaman 1dari 6

Bincangkan proses difusi dan akulturasi dalam kehidupan masyarakat setempat anda.

Berikan
contoh-contoh sesuai dan jelaskan bagaimana proses tersebut berlaku.
Proses Perubahan Sosial merangkumi Proses Difusi , Akulturasi , Asimilasi dan Penginapan.
Dalam sosiologi , perubahan sosial merupakan konsep yang sangat penting , mengingat sosiologi
merupakan ilmu yang mempelajari tentang masyarakat , sementara masyarakat sentiasa
berkembang dari masa ke masa untuk memenuhi keperluan hidupnya . Malah , setiap masyarakat
tidak kira tingkat peradabannya , akan sentiasa berubah dari semasa ke semasa. Oleh kerana itu ,
dalam sosiologi kita mengenal sebuah pemikiran " tidak ada sesuatu yang abadi di dunia ini ,
kecuali perubahan itu sendiri " . Proses perubahan sosial boleh berlaku melalui difusi ,
akulturasi , asimilasi , dan akomodasi .

Difusi
Difusi bermaksud penyebaran satu-satu item budaya dari tempat asalnya kepada tempat2 lain
(Diffusion may be simply defined as the spread of a cultural item from its place of origin to other
places) (Titiev, 1959:446). Sebagai satu aliran pemikiran antroplogi, difusi merupakan satu
kaedah untuk memahami sifat budaya dari segi asal-usul tret-tret budaya dan bagaimana tret
tersebut tersebar dari satu masyarakat kepada masyarakat lain. Proses difusi ( diffusion ) adalah
proses penyebaran unsur - unsur kebudayaan ke seluruh dunia . Difusi merupakan salah satu
objek ilmu kajian antropologi , terutama sub - ilmu antropologi diakronik . Proses difusi tidak
hanya dilihat dari sudut bergeraknya unsur - unsur kebudayaan dari satu tempat ke tempat lain di
muka bumi saja , tetapi terutama sebagai proses di mana unsur kebudayaan dibawa oleh individu
dari suatu kebudayaan , dan harus diterima oleh individu - individu dari kebudayaan lain . Difusi
adalah suatu proses penyebaran unsur - unsur kebudayaan yang meliputi idea - idea , keyakinan ,

hasil - hasil kebudayaan , dan sebagainya dari individu ke individu lain , dari suatu golongan ke
golongan lain dalam suatu masyarakat atau dari satu masyarakat ke masyarakat lain. Merujuk
pada pengertian penyebaran di atas , maka kita dapat membezakan dua macam penyebaran , iaitu
penyebaran intramasyarakat dan penyebaran antara masyarakat .

Akulturasi
Akulturasi ( acculturation atau culture contact ) adalah proses sosial yang timbul bila suatu
kelompok manusia dengan kebudayaan tertentu dihadapkan dengan unsur - unsur dari suatu
kebudayaan asing dengan sedemikian rupa , sehingga unsur - unsur kebudayaan asing itu lambat
laun diterima dan diolah ke dalam kebudayaan sendiri tanpa menyebabkan hilangnya
keperibadian kebudayaan itu sendiri . Secara ringkas , akulturasi adalah bersatunya dua
kebudayaan atau lebih sehingga membentuk kebudayaan baru tanpa menghilangkan unsur
kebudayaan asli . Istilah akulturasi dapat diertikan sebagai proses sosial yang timbul apabila
suatu kelompok manusia dengan suatu kebudayaan tertentu dihadapkan dengan unsur - unsur
kebudayaan asing sedemikian rupa sehingga unsur - unsur kebudayaan asing itu lambat laun
diterima dan diolah ke dalam kebudayaan sendiri tanpa menghilangkan sifat khas keperibadian
kebudayaan sendiri . Proses akulturasi berjalan sangat cepat atau lambat sangat bergantung
persepsi masyarakat setempat terhadap budaya asing yang masuk . Apabila kemasukan melalui
proses pemaksaan , maka akulturasi memakan masa yang agak lama . Sebaliknya , apabila
kemasukan melalui proses damai , maka akulturasi tersebut akan berlangsung relatif lebih cepat .

Proses Difusi dan Akulturasi dan Contoh-Contohnya.


Pada asasnya difusi berlaku ekoran daripada kontak budaya (culture contact) melalui migrasi,
perdagangan, penaklukan dan lain-lain. Akibat kontak budaya ini maka tret budaya dari satu
masyarakat disebarkan kepada masyarakat lain. Lazimnya penyebaran tret budaya ini berlaku
dari budaya atau masyakarakat dominan kepada budaya atau masyarakat yang kurang dominan.
Salah satu bentuk penyebaran adalah penyebaran unsur - unsur kebudayaan yang terjadi kerana
dibawa oleh kelompok - kelompok manusia yang berhijrah dari satu tempat ke tempat lain di
dunia . Hal ini terutama terjadi sejak zaman dahulu kala lagi , sekitar puluhan ribu tahun yang
lalu , ketika manusia yang hidup berpindah dari suatu tempat ke tempat lain , saat itulah unsur
kebudayaan yang dimiliki oleh mereka juga turut dibawa bersama . Penyebaran unsur - unsur
kebudayaan tidak hanya akan terjadi ketika ada perpindahan dari suatu kelompok manusia dari
satu tempat ke tempat lain , tetapi juga boleh berlaku kerana adanya individu - individu tertentu
yang membawa unsur kebudayaan itu. Individu - individu yang dimaksudkan adalah golongan
pedagang , pelaut , serta golongan agama. Mengambil contoh kebudayaan masyarakat melayu
yang dialami sendiri ialah penyebaran budaya asing dari barat iaitu penyebaran muzik-muzik
dari barat seperti metal, indie, pop dan sebagainya. Secara jujur, muzik-muzik seperti ini lebih
popular atau mendapat tempat dalam kalangan anak muda termasuk saya. Dapat dilihat dengan
jelas disini dimana muzik-muzik asal mahupun asli telah sedikit sebanyak dilupakan dan hanya
dapat dilihat pada majlis-majlis tertentu sahaja. . Unsur-unsur muzik asing yang dibawa masuk
menerusi arus globalisasi ini ke kebudayaan masyarakat melayu adalah dengan tidak sengaja dan
tanpa paksaan. Ianya berlaku secaraa damai dan orang-orang melayu menerima sendiri unsur itu
tanpa sebarang paksaan. Selain daripada itu, Proses difusi berhubung rapat dengan proses
akulterasi yang ditakrifkan sebagai aspek2 perubahan yang berlaku dalam satu2 budaya yang

dibawa dari budaya lain, akibatnya terdapat persamaan yang banyaknya antara dua budaya
tersebu. Keadaan ini berlaku akibat wujudnya kontak langsung (direct contact) antara individuindividu dalam masyarakat bukan dominan. Individu dari masyarakat kurang dominan akan
mempelajari bahasa, cara hidup, nilai dan sebagainya yang diperkenalkan atau yang diterapkan
oleh individu dari masyarakat atau budaya dominan. Proses akulturasi ini kadang2 dilakukan
secara paksaan oleh individu atau penduduk dari budaya dominan ke atas individu atau
penduduk dari budaya kurang dominan. Penerapan system ekonomi, pendidikan, politik, dan seni
oleh penjajah misalnya secara langsung atau secara paksa tidak langsung dilakukan dengan
unsur paksaan atau coercion. Lanjutan daripada proses difusi dan akulturasi ialah proses
asimilasi. Tidak mungkin atau sukar sekali berlaku keadaan di mana budaya asing yang dominan
itu akan terus menghapuskan segala tret budaya tempatan. melalui proses masa pengamal
budaya dalam masyarakat kurang dominan merasai ada aspek-aspek tertentu dalam budaya
mereka yg tidak lagi perlu dipertahankan kerana tidak membawa manfaat atau masyarakat
hilang kepercayaan terhadap kewujudannya. Pada masa yang sama mereka enggan atau tidak
boleh mengambil aspek budaya asing bagi menggantikannya. Hubungan budaya boleh berlaku
antara seluruh anggota masyarakat atau sebahagian sahaja, bahkan hanya individu-individu
daripada dua masyarakat. Adapun unsur kebudayaan yang dijadikan bahan akulturasi
mempunyai bentuk yang berbeza-beza. Mengambil contoh kepada unsure akulturasi yang terjadi
kepada masyarakat melayu dapat dilihat dari segi kebudayaan dan agamanya. Hal ini kerana
terdapat pengaruh hindu dan islam dalam kebudayaan masyarakat melayu itu sendiri. Sebelum
kedatangan islam ke tanah melayu, masyarakat di tanah melayu mengamalkan gaya hidup yang
dipengaruhi oleh hindu Buddha. Kehidupan masyarakat Melayu dipengaruhi oleh kebudayaan
yang dinamakan sebagai adat kepercayaan berdasarkan kepada pandangan semesta tradisional

orang Melayu tersebut. Selain daripada pengaruh hindu Buddha, masyarakat melayu
mempercayai amalan- amalan seperti kewujudan semangat, pemujaan dan sebagainya. Menerusi
dua campuran unsure tersebut telah membentuk satu kepercayaan, sistem tulisan, gaya bahasa
dan juga adat resam masyarakat melayu. Selepas kedatangan islam ke tanah melayu, ajaran
agama islam telah mula dikembangkan. Dari situ, masyarakat melayu telah mula untuk
menerima islam. Apa yang berlaku disini ialah islam tidak menghapuskan sama sekali kesemua
amalan dan bahasa masyarakat melayu itu sendiri sebaliknya menyesuaikannya dengan beberapa
perkara tertentu mengikut landasan islam. Hal ini telah menyebabkan masyarakat melayu mudah
menerima pengaruh dan ajaran islam dan masih kekal sehingga kehari ini. namun pengaruh
seperti hindu Buddha dan sebagainya masih lagi wujud dan terdapt dalam masyarakat melayu
kini misalnya seperti perkahwinan dan sebagainya.
Sebagai kesimpulannya, inovasi kebudayaan dalam era globalisasi ini begitu cepat dan begitu
tersebar luas sehingga merupakan salah satu cabang dari lahirnya suatu masyarakat dunia yang
bersatu . Persaingan di dalam dunia moden telah merupakan suatu tuntutan oleh kerana kita tidak
mengenal lagi batas batas diantara sesebuah negara . Perdagangan bebas , dunia yang terbuka
tanpa - batas , teknologi komunikasi yang menyatukan , kehidupan cyber dan sebagainya
menuntut manusia manusia untuk menerima dan diselarikan dengan arus perdana semasa.
Dengan sendirinya wajah kebudayaan dunia masa depan akan lain sifatnya .

Anda mungkin juga menyukai