Anda di halaman 1dari 2

Strategi Pengajaran Matematik Pemulihan

Assalammualaikum , kali ini saya ingin berkongsi sedikit mengenai strategi pengajaran matematik
kepada semua pengunjung blog ini . Sekian terima kasih , harap maklumat ini dapat memberi serba
sedikit ilmu . STRATEGI PENGAJARAN MATEMATIK D.Lumb (1980) dalam majalahnya
Mathematics in School Vol : 9 No.3 May 1980, tidak ada satu cara atau formula tertentu untuk
menjawab soalan. Bagaimana hendak mengajar kanak-kanak yang bermasalah dalam matematik?
Mungkin satu pendekatan sesuai kepada murid A tetapi tidak dapat difahami oleh murid B. Walau
bagaimanapun beberapa garis panduan boleh digunakan untuk mengatasi kanak-kanak yang
bermasalah dalam matematik. Di antaranya ialah:- Pada peringkat permulaan, mengenal konsep
nombor kepada kanak-kanak mestilah menggunakan benda maujud yang sebenar yang ada di
persekitarannya. Apabila konsep ini dapat dikuasai dan difahami, maka ia hendaklah digunakan secara
praktik dalam keadaan seharian Lambang-lambang dan tanda-tanda dalam matematik hendaklah
jangan diperkenalkan di peringkat awal. Kanak-kanak tersebut perlulah memahami nilai dan proses
untuk mendapatkan benda tersebut Kesediaan amat penting jika kita berkehendakkan pembelajaran
secara efektif . Oleh itu langkah-langkah kecil tertentu perlu diambil kira untuk menyediakan kanakkanak tersebut untuk langkah selanjutnya dengan mengintergrasikan serta mengukuhkan pembelajaran
yang lalu dengan tahap yang ada sekarang Latihan-latihan adalah perlu tetapi latihan yang diberi
mestilah difahami dengan jelas dan kukuh. Cara yang selalu dilakukan ialah :- l A.
Buat. Do l B. Fahamkan.. Understand l C. Mahirkan
Practices l D. Kukuhkan... Consolidate l E. Mengingatkan Memorise Kerjakerja lisan perlu ditegaskan disemua peringkat. Oleh kerana daya ingatan kanak-kanak amat terhad
maka pengulangan yang kerap mesti di lakukan. Apabila menggunakan alatan, guru haruslah
mengambil perhatian bahawa tumpuan perhatian kanak-kanak tidak tertumpu pada operasi alat
tersebut, tetapi hendaklah dititik beratkan kepada konsep-konsep yang diperkenalkan. Penggunaan
benda-benda maujud hanya sebagai titian untuk membawa kanak-kanak tersebut dari peringkat
konkrit ke peringkat abstrak. Matlamat terakhir dalam pengajaran matematik adalah ke arah
keupayaan berfikir dan menggunakan secara abstrak. Oleh itu latihan-latihan perlu diberikan ke arah
matlamat tersebut. Alatan diperlukan dalam pengajaran matematik l Alatan memainkan peranan
penting untuk menimbulkan minat dalam pengajaran khususnya matematik. Oleh itu untuk
menyampaikan pengajaran dan mengenalkan satu konsep kepada kanak-kanak yang bermasalah dalam
pembelajaran khususnya matematik maka alatan perlu digunakan sebagai satu cara untuk menjadikan
matematik menarik dan menyeronokkan. Lembaran kerja Pengajaran matematik tidak akan lengkap
sekiranya murid tidak membuat atau diperkenalkan sesuatu konsep. Lembaran kerja yang diberi
kepada murid mestilah berperingkat-peringkat mengikut kemampuan murid tersebut. Dengan itu
murid tidak akan merasa jemu dan ini boleh menjadikan pelajaran matematik sebagai satu perkara
yang mencabar, menimbulkan minat dan menyeronokkan Kaedah pengajaran l Dari segi teknik dan
aktiviti yang hendak dijalankan mesti dirancang dengan rapi mengikut langkah-langkah kecil untuk
membolehkan murid menguasai sesuatu konsep atau kemahiran. Aktiviti yang dirancangkan
hendaklah dijalankan untuk kumpulan kecil atau individu. l Dari segi bahan pula, aktiviti ini
hendaklah menekankan penggunaan bahan yang pelbagai bentuk untuk membolehkan murid
menggunakan semua derianya waktu berinteraksi dengan bahan tersebut. Kaedah pengajaran boleh
dijalankan dengan menggunakan kaedah-kaedah tersebut :- a. Pengajaran individu. b.Pengajaran
kumpulan kecil. c. Pengajaran rakan sebaya. Pengajaran individu Guru menumpukan pemerhatian
kepada seseorang murid yang tertentu dan membimbingnya untuk mengatasi masalah yang dihadapi
dengan menggunakan bahan-bahan yang telah disediakan Pengajaran Kumpulan kecil Guru
membentuk kecil yang ahlinya terdiri daripada murid-murid yang menghadapi masalah yang sama .
Guru menjalankan pengajaran dengan menggunakan bahan-bahan yang disediakan. Pengajaran
kumpulan sebaya l Guru oleh tetapkan murid cepat untuk membimbing seorang atau lebih rakannya
yang bermasalah dengan menggunakan bahan yang disediakan dan melakukan aktiviti yang telah guru
tetapkan. Prinsip ABM l Benda maujud. l Mudah didapati dari kawasan sekeliling. l Beranika.
l Banyakkan menggunakan bahan terbuang. l Ketahanan. l Banyak menggunakan pancaindera.
l Berwarna-warni. l Saiz sesuai dengan pengajaran perseorangan, kumpulan. l Ada dalam
pengalaman murid seperti bentuk yang murid ketahui. l Warna warni l Banyak benda-benda

maujud dari bentuk carta. Kaedah penggunaan alatan Belajar secara formal. Menanam minat murid.
Kefahaman lebih jelas. Belajar hidup bermasyarakat. Kebebasan berfikir dan melakukan kerja. Tidak
membosankan. Dapat menumpukan perhatian kepada murid secara perseorangan. Suasana kelas sihat
dan riang. Membentuk sikap positif belajar. Murid belajar secara bermain (alatan sangat diperlukan)
Alatan Matematik untuk : Pra Nombor l Pembilang. l Set bentuk. l Set warna. l Kad gambar
menunjukkan besar dan sama besar. l Kad gambar menunjukkan bilangan banyak. l Kad gambar
menunjukkan bilangan sedikit. l Kad gambar menunjukkan sama banyak. l Dulang pasir. l Kad latihan.
Nombor l Pembilang. l Kad nombor. l Kad nilai angka. l Carta turutan nombor. l Kad nombor susunan
menaik. l Kad nombor susunan menurun. l Kad nombor sebelum dan selepas. l Kad latihan. Operasi
Tambah dan Tolak l Kad simbol. l Pembilang. l Kad nombor. l Kad latihan. Operasi Darab
l Pembilang. l Kad simbol. l Kad nombor. l Kad imbasan. l Kad latihan. l Carta sifir
UTIARA KATA DARIPADA TOKOH-TOKOH TERNAMA INI DIHARAPKAN DAPAT
MEMANDU PARA PELAJAR AGAR LEBIH BERFIKIRAN KREATIF DAN BERJAYA DALAM
KEHIDUPAN . Carl Jung Ilmu pengetahuan bukanlah hanya bersandar pada kebenaran sahaja, tetapi
juga kepada kesilapan . Chambers Buku itu ialah penasihat yang kekal . Membaca ialah satu hobi yang
boleh didapati dengan perbelanjaan yang sedikit . Donton Pendidikan merupakan keperluan utama
rakyat selepas makanan . Imam Hambali Aku menuntut ilmu hingga aku masuk ke lubang kubur .
Imam Syafie Orang yang tidak menyukai ilmu tidak ada kebaikan kepadanya . Menuntut ilmu adalah
lebih utama daripada berbuat ibadat sunat . Peti ilmu itu dada , peti perkataan di lidah , peti fikiran di
akal , peti bodoh itu jahil . Peribahasa Acheh Kerajinan kerapkali menjadi pangkal kejayaan .
Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu

Anda mungkin juga menyukai