Anda di halaman 1dari 3

LAPORAN REFLEKTIF

Alhamdulillah pengajaran dan pembelajaran pada hari ini berjalan dengan jayanya
tanpa sebarang gangguan dan masalah. Guru telah berjaya mewujudkan kesediaan belajar
murid dengan merancang dan melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
menarik dan berkesan. Di awal pengajaran iaitu set induksi, murid telah didedahkan dengan
tajuk pelajaran melalui lirik lagu. Murid juga diberi aktiviti penilaian dan pengukuhan melalui
aktiviti permainan bahasa pada langkah keempat.
Sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran simpulan bahasa ini dijalankan, saya
dapati murid tahu contoh-contoh simpulan bahasa seperti kaki bangku, kaki ayam, cakar
ayam, ulat buku dan sebagainya, tetapi mereka tidak tahu semua itu ialah golongan kata
simpulan bahasa. Setelah ditunjukkan contoh dan penggunaan simpulan bahasa dalam ayat
murid dapat mengaitkan pembelajaran simpulan bahasa dalam kehidupan seharian mereka.
Di samping itu, murid tahu maksud simpulan bahasa yang mereka sering dengar
seperti ulat buku, kaki bangku, dan kaki ayam, namun mereka tidak mengetahui maksud
simpulan bahasa yang asing bagi mereka dan yang belum pernah mereka dengar serta
pelajari. Hal ini kerana mereka kurang diberi pendedahan tentang simpulan bahasa kerana
Tahun 4 belum mempelajari golongan kata simpulan bahasa. Mereka akan mempelajari
simpulan bahasa dalam tajuk Kata Majmuk Kiasan di Tahun 5.
Walau bagaimanapun mereka tahu setiap simpulan bahasa mempunyai maksud
tertentu dan bukan menunjukkan maksud kepada rangkai kata tersebut. Contohnya kaki
botol yang bermaksud orang yang suka minum minuman keras bukan membawa maksud
kaki dan botol. Dalam pengajaran dan pembelajaran saya pada hari ini saya bukan sahaja
mengambil

contoh-contoh

simpulan

bahasa

yang

merka

tahu,

saya

juga

ada

mencampurkan contoh- contoh yang lain juga. Hal ini kerana saya ingin mengetahui tahap
pengetahuan dan kefahaman mereka mengenai simpulan bahasa.
Oleh itu, saya telah membekalkan mereka dengan kamus sebagai rujukan dalam
sesi pengajaran dan pembelajaran pada hari ini. Saya telah mengggunakan kamus
simpulan bahasa tersebut pada aktiviti mencari maksud simpulan bahasa yang terdapat
pada lirik lagu yang mereka nyanyikan pada langkah pertama. Saya dapati murid sangat
seronok dan teruja dengan aktiviti mencari maksud simpulan bahasa dalam kamus kerana
ia merupakan perkara baharu bagi mereka. Di samping itu, mereka juga dapat mempelajari
dan mengetahui maksud sebenar simpulan bahasa yang mereka pernah gunakan sebulum

ini. . Mereka juga dapat memindahkan maklumat yang mereka perolehi ke dalam peta i-think
dengan kemas dan dalam bentuk yang mudah untuk difahami.
Setelah selesai mencari maksud simpulan bahasa yang terdapat pada lirik lagu, sesi
pengajaran dan pembelajaran diteruskan dengan aktiviti permainan bahasa iaitu aplikasi
Quiz Creator secara atas talian. Aplikasi Quiz Creator ini dipilih kerana ingin mendedahkan
elemen Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) kepada murid-murid sebagai menyahut
saranan pihak kementerian untuk mengaplikasikan pembelajaran abad ke-21 di dalam bilik
darjah.
Di samping mempelajari simpulan bahasa, murid telah didedahkan dengan teknologi
terkini dalam mendapatkan maklumat-maklumat yang mereka kehendaki. Aktiviti ini
dilaksanakan dengan cara murid dipilih secara rawak. Murid itu dikehendaki menjawab
soalan kuiz simpulan bahasa iaitu soalan isi tempat kosong dengan simpulan bahasa yang
sesuai sebanyak 5 soalan dalam masa yang singkat. Pilihan jawapan juga ada disediakan.
Murid tersebut perlu menjawab soalan kuiz dengan pantas dan tepat kerana masa akan
ditambah sekiranya murid itu dapat menjawab dengan betul. Sekiranya murid memberikan
jawapan yang salah masa akan berjalan dengan pantas serta akan berhenti dan permainan
akan tamat. Setelah itu murid akan dapat melihat skor yang mereka kumpulkan.
Namun, beberapa kelemahan dapat dikenal pasti sewaktu aktiviti ini dijalankan. Hal
ini kerana kuiz atas talian memerlukan capaian internet yang pantas bagi memastikan aktiviti
tersebut berjalan dengan lancar. Aktiviti sedikit terganggu kerana ada ketikanya talian
internet terputus dan murid terpaksa menunggu dengan lama untuk menjawab soalan kuiz.
Walau bagaimanapun, objektif tercapai kerana murid dapat juga menjawab soalan kuiz
walaupun tidak semuanya menjawab dengan tepat.
Di samping itu, saya juga meyediakan soalan latihan yang sama dalam lembaran
kerja. Soalan-soalan yang dipaparkan dalam aktiviti kuiz tersebut diedarkan kepada semua
murid supaya saya dapat menilai kefahaman mereka mengenai simpulan bahasa. Setelah
disemak latihan tersebut, saya dapati murid dapat menjawab soalan yang mempunyai
pilihan jawapan simpulan bahasa yang mereka tahu sahaja. Pilihan jawapan simpulan
bahasa yang asing bagi mereka kebanyakannya menjawab dengan jawapan yang salah.
Berkemungkinan mereka tidak tahu maksud sebenar simpulan bahasa tersebut. Dapatan
daripada latihan ini akan disertakan di bahagian lampiran.

Sebagai pengukuhan, saya juga telah meminta murid membina ayat dengan
menggunakan simpulan bahasa yang diberi pada setiap kumpulan. Setiap murid perlu
membina satu ayat berdasarkan simpulan bahasa tersebut. Melalui aktiviti membina ayat
pula saya dapati kebanyakan murid masih lemah dalam penggunaan simpulan bahasa
dalam sesebuah ayat. Seramai 13 orang dikategorikan lemah, 10 orang sederhana dan 13
orang agak baik. Namun, ayat yang dibina masih perlu diperbaiki.
Sebagai penutup laporan reflektif ini, saya percaya dengan adanya pendedahan
secara berpanjangan, murid dapat memahami maksud simpulan bahasa yang berbagaibagai dari semasa ke semasa serta dapat memperbanyak kosa kata dalam diri mereka agar
mereka tahu menggunakan kosa kata tersebut sama ada dalam penulisan atau pun
percakapan. Oleh itu, tidak akan timbul soal salah tanggapan atau salah maksud terhadap
perkataan-perkataan yang tidak menjadi kebiasaan kepada mereka.

Anda mungkin juga menyukai