Anda di halaman 1dari 30

Nama: ______________________________

(
)
Class: ______________________

Jadual Pelajaran karangan untuk Penggal 3 / 2009


Mingg
u
1.

2.

3.

Rancangan Pelajaran

Jangkaan Guru
Pembahagian Nota
Format peperiksaan/Jangka masa
peperiksaan
Tanda-tanda dalam pemarkahan karangan
Penerangan format penulisan dialog
Mengenali bahagian-bahagian dialog
Membaca dialog contoh.
Menulis dialog
Mengimbas kembali format penulisan
dialog
Mengenali bahagian-bahagian dialog
Menjana dan membincangkan isi-isi dalam
dialog
Menulis dialog mengikut isi-isi yang sesuai
mengkaji kesilapan-kesilapan umum
membuat pembetulan dialog
Menyemak contoh soalan-soalan dialog
kertas peperiksaan lalu / GCE O
Apa itu karangan deskriptif?
Latihan Karangan deskriptif

4.

5.

6.

Pembetulan

7.
8.
9.
10.

Latihan Karangan Naratif

Penilaia
n

Catatan

Latihan 1

Lampiran
D T3/1

Latihan 2

Lampiran
D T3/2

Lampiran
D T3/3
Latihan 3

Lampiran
KD T3/1

Latihan 4

Lampiran
KN T3/1

Latihan 5

Lampiran
SKR T3/1

Pembetulan
Latihan Surat Kiriman Rasmi
Pembetulan

PANDUAN UMUM MENULIS KARANGAN

Sebelum memulakan proses penulisan, anda hendaklah memberi perhatian


kepada beberapa perkara penting, iaitu:
A.
B.
C.
D.

Memilih Tajuk
Merangka Karangan
Menulis Karangan
Menyemak Karangan

A. Memilih Tajuk
1. Baca dan fahami kesemua tajuk yang dikemukakan
2. Kemudian pilih tajuk yang benar-benar anda fahami atau tahu. Karangan yang
menyimpang daripada tajuk tidak akan diberi markah langsung bagi bahagian ISI (0
markah). Hanya markah bahagian BAHASA akan dipertimbangkan. Oleh itu, proses
pemilihan tajuk AMAT PENTING SEKALI.
3. Pastikan bahawa anda dapat mengumpulkan isi-isi yang banyak atau mencukupi
untuk tajuk yang dipilih. Perkara ini dilakukan supaya karangan yang akan
dihasilkan itu tepat, padat dan bernas.

B. Merangka Karangan
1. Rangka Karangan merupakan panduan yang dapat membantu anda semasa
menulis.
2. Ia mengandungi fakta-fakta ringkas yang berkaitan dengan tajuk pilihan anda.
3. Rangka karangan bolehlah dibahagikan kepada PENGENALAN, ISI dan PENUTUP.
4. Dengan membuat rangka karangan, anda dapat pastikan bahawa karangan anda
itu:
a. Tidak terkeluar daripada tajuknya
b. Isi-isinya mencukupi untuk menghasilkan sebuah karangan yang sempurna dan
bermutu
c. Isi-isi karangan disusun mengikut kepentingannya atau urutan yang betul

C. Menulis Karangan
1. Karangan yang ditulis hendaklah berpandukan rangka karangan yang telah dibuat.
2

2. Karangan anda mestilah dumulakan dengan pengenalan.


3. Pengenalan karangan mesti ditulis dalam satu perenggan.
4. Di dalam bahagian pengenalan, anda haruslah memperkenalkan tentang tajuk yang
dipilih.
5. Bahagian yang terpenting dalam sesebuah karangan ialah isi. Di sinilah jumlah
markah yang akan anda perolehi ditentukan.
6. Oleh itu, isi-isi yang dikemukakan mestilah tepat dan padat serta mempunyai
perkaitan dengan tajuk.
7. Isi-isi karangan mestilah diolah dengan cara yang mudah untuk difahami.
8. Susun isi-isi karangan anda dengan teratur atau mengikut urutan.
9. Satu isi penting patut ditulis dalam satu perenggan. Isi-isi penting dalam setiap
perenggan itu pula mesti dikembangkan.
10. Isi dalam setiap perenggan mestilah membunyai perkaitan di antara satu dengan
yang lain.
11. Jangan tamatkan karangan anda dengan tiba-tiba atau secara mengejut.
Sebaliknya, buatkan satu rumusan ringkas atau penutup untuk mengakhiri karangan
anda.
12. Penutup itu hendaklah dibuat berdasarkan hujah-hujah atau perkara-perkara yang
telah dikemukakan dalam bahagian isi.
13. Penutup karangan yang baik akan memberikan kepuasan kepada pemeriksa.

D. Menyemak Karangan
1. Gunakan 5 minit terakhir daripada masa penulisan karangan untuk menyemak
karangan yang telah disiapkan.
2. Semak dengan teliti kesilapan ejaan dan tatabahasa sepertimana yang telah
diajarkan oleh guru-guru.
3. Semak kesilapan ejaan dengan berpandukan Kamus Dewan.
4. Antara kesilapan ejaan yang umum adalah seperti berikut:
keesokkan

berkerja

5. Antara kesilapan tatabahasa yang umum adalah pengimbuhan, pemilihan kata dan
pembinaan ayat.
6. Berbanggalah dengan hasil karangan anda untuk disemak oleh pemeriksa.
Karangan itu hendaklah ditulis dengan tulisan yang jelas tanpa sebarang contengan
dan disertai dengan usaha yang bersungguh-sungguh. Setiap karangan haruslah
lebih baik daripada karangan-karangan yang ditulis sebelumnya kerana semua
kesilapan-kesilapan dalam karangan-karangan terdahulu telah diperbaiki.

Ciri-ciri Karangan Yang Baik


3

1. Karangan yang ditulis itu adalah berdasarkan format yang betul.


2. Ia mempunyai pengenalan yang menarik, ringkas tetapi padat
3. Isi-isi yang dikemukakan mempunyai perkaitan dengan tajuk
4. Karangan hendaklah ditulis dalam bentuk perenggan. Biasanya, satu perenggan
mengandungi satu isi dan diikuti dengan huraian dan contoh.
5. Tiap-tiap perenggan mestilah saling berkait di antara satu sama lain.
6. Karangan itu mestilah mempunyai susunan ayat yang ringkas tetapi mudah
difahami.
7. Ia mesti diolah dengan cara yang menarik dan tidak membosankan.
8. Ia menggunakan bahasa baku dan bukannya bahasa pasar.
9. Ia mempunyai tanda baca yang betul.
10. Ia mempunyai penutup atau kesimpulan yang menarik, ringkas dan padat.
11. Tulisan yang kemas dan mudah dibaca.

Panduan menulis karangan yang bermutu


1. Banyakkan membaca bahan-bahan bacaan bahasa Melayu yang standard seperti
novel-novel, cerpen-cerpen dan buku-buku cerita. Peruntukkan sebahagian masa
anda dalam sehari untuk membaca. Anda juga boleh mencuri masa untuk membaca
semasa menunggu bas, dalam bas/MRT, semasa siaran iklan di televisyen dan
sebagainya.
2. Pilih bahan-bahan bacaan yang bermutu daripada penerbit-penerbit buku seperti
Dewan Bahasa dan Pustaka, Fajar Bakti dan Pustaka Nasional.
3. Tumpukan perhatian anda pada bahan bacaan tersebut. Anda membaca dengan
matlamat secara sedar bahawa membaca dapat meningkatkan penguasaan bahasa
Melayu anda.
4. Sentiasa jadikan Kamus Dewan sebagai rakan seiringan anda ketika membaca.
Anda akan gunakan Kamus Dewan tersebut secara aktif iaitu merujuk maksud
perkataan-perkataan sukar yang tidak difahami. Seandainya anda masih kabur akan
maksud yang terdapat dalam kamus tersebut, jangan segan-segan untuk
merujukkan perkara itu kepada guru anda.
5. Membaca, membaca dan teruslah membaca

Perkara-perkara Yang Diambil kira oleh


Pemeriksa
1. Perkara utama yang diambil kira oleh pemeriksa ialah karangan yang ditulis itu
mestilah memenuhi kehendak tajuk dan mengikut format yang betul.
2. Di samping itu, tiga perkara lagi yang diambil kira oleh pemeriksa, iaitu:
a. Isi Karangan
b. Gaya Persembahan/Pengolahan
c. Bahasa
3. Sebuah karangan yang baik perlu mempunyai isi-isi yang tepat dan boleh diterima
akal.
4. Isi-isi yang dikemukakan mestilah dihuraikan. Pemeriksa akan memberi markah
yang sedikit sekiranya anda menulis isi-isi itu tanpa memberi penerangan lanjut
tentang isi-isi tersebut.
5. Gaya persembahan atau cara anda mengolah karangan juga penting. Gaya
persembahan yang baik dapat meyakinkan pemeriksa bahawa anda tahu apa yang
ada kemukakan.
6. Anda juga perlu memberi perhatian terhadap aspek penggunaan bahasa.
Penggunaan bahasa di sini merangkumi penggunaan perkataan, frasa, ejaan, tanda
baca dan struktur ayat.
7. Pemeriksa akan memotong markah jika anda menggunakan perkataan, frasa, ejaan,
tanda baca dan struktur ayat yang salah.
8. Selain itu, tulisan anda juga diambil kira oleh pemeriksa. Jika sesuatu tulisan itu
buruk, pemeriksa terpaksa mengambil masa yang lama untuk memeriksa,
sedangkan terdapat banyak kertas lagi yang hendak diperiksa. Jadi, tidak hairanlah
kalau pemeriksa memotong markah jika tulisan anda buruk dan susah hendak
dibaca.

SKEMA PEMARKAHAN
Kertas I: Karangan (70 markah)
Bahagian A:
Bahagian B:

Masa: 1 1/2 jam

20 markah
50 markah

Bahagian A
1. Penilaian bagi jawapan di bahagian ini dilakukan secara impresionistik dan analitik.
Pembahagian markahnya adalah seperti berikut:
Isi

: 8 markah

Bahasa dan Format

: 12 markah

Jumlah

: 20 markah

2. Jenis Karangan yang akan diuji dalam bahagian A adalah Karangan Berformat iaitu
Soalan 1:

Surat Kiriman

Soalan 2:

Dialog

3. Bilangan perkataan adalah sekurang-kurangnya 100 patah perkataan


4. Pelajar dikehendaki memilih dan menulis satu daripada dua soalan karangan yang
diberikan dalam bahagian ini.
Bahagian B
1. Penilaian bagi jawapan di bahagian ini dilakukan secara impresionistik dan analitik.
Pembahagian markahnya adalah seperti berikut:
Isi

: 25 markah

Bahasa dan Organisasi

: 25 markah

Jumlah

: 50 markah

2. Jenis Karangan yang akan diuji dalam bahagian A adalah Karangan Tidak Berformat
iaitu
Soalan 3:

Karangan Jenis Deskriptif

Soalan 4:

Karangan Jenis Ekspositori

Soalan 5:

Karangan Jenis Naratif

3. Bilangan perkataan adalah sekurang-kurangnya 240 patah perkataan.


4. Pelajar dikehendaki memilih dan menulis satu daripada dua soalan karangan yang
diberikan dalam bahagian ini.
6

Tanda-tanda dalam penilaian karangan


Guru akan menilai karangan anda secara analitikal dengan menggunakan tanda-tanda
berikut bagi menunjukkan kesilapan pada karangan anda.

PERKARA

DI RUANG KIRI

EJAAN

TANDA BACA

BAHASA

ISI

PEMERENGGANAN

DALAM KARANGAN

KETINGGALAN
KATA/FAKTA

Iktibar daripada tanda-tanda ini


Semua tanda ini memberikan anda satu isyarat bahawa sesuatu yang tidak betul itu
harus dibetulkan. Oleh itu, semua tanda ini harus diambil secara sedar bahawa anda
tidak harus mengulanginya lagi pada masa hadapan. Kesilapan ejaan tidak harus
berlaku kerana dalam peringkat penyemakan, ejaan perkataan yang diragukan
sudahpun disemak dalam Kamus Dewan. Begitu juga dengan kesilapan imbuhan,
tanda baca dan sebagainya. Karangan kedua harus lebih baik daripada karangan
pertama. Karangan ketiga harus lebih baik daripada karangan kedua. Begitulah
seterusnya. Iktibarnya ialah, kita semua belajar daripada kesilapan lalu. Itulah
hakikat perkara yang dinamakan kesilapan.

Panduan Merangka Karangan


Anda perlu merangka karangan anda sebelum menulis. Langkah ini termasuk dalam
aktiviti pra-menulis. Dengan cara ini, cerita anda akan lebih teratur. Berikut disertakan
rangka yang anda boleh gunakan semasa hendak menulis karangan naratif.
Tanyakan diri anda soalan-soalan penting semasa merencanakan plot dalam cerita
tersebut iaitu:

Apa?
Di mana?

Siapa?
Mengapa?

Bila?
Bagaimana?

Perenggan 1:

Pengenalan
Lihat Panduan Mulakan Cerita

Perenggan 2:

Perkembangan
Terangkan masalah, konflik atau situasi dalam cerita tersebut

Perenggan 3:

Unsur drama/Suspen
Apa yang terjadi dalam cerita ini?
Apa pula yang terjadi pada watak-watak dalam cerita ini?
Bagaimana unsur ketegangan dan keseronokan/keghairahan
terbina?
Rekakan satu persekitaran supaya pembaca dapat merasakannya

Perenggan 4:

Klimaks
Bahagian ini adalah bahagian yang paling menggegarkan.
Tindakan-tindakan watak utama terhadap suatu situasi ditonjolkan
Soalan-soalan untuk membina klimaks
Apa yang terjadi dalam cerita ini?
Apa pula yang terjadi pada watak-watak dalam cerita ini?
Bagaimana unsur ketegangan dan keseronokan/keghairahan
terbina?
Rekakan satu persekitaran supaya pembaca dapat
merasakannya
Sila lihat contoh:
Apakah yang terjadi pada Farhan?
Adakah dia ditangkap oleh ketua pengawas?
Apakah perasaannya semasa ditangkap?
Adakah dia cuba melarikan diri
8

Perenggan 5:

Peleraian/Kesudahan/Penutup
Lihat Panduan Menamatkan Cerita
Setelah mencapai klimaks, cerita anda sudah sedia untuk diakhiri.
Untuk cerita yang menerangkan tentang pengalaman seseorang
yang tidak dapat dilupakan, berikan kesan cerita tersebut pada
watak itu. Adakah dia akan sentiasa teringatkan peristiwa itu
meskipun sudah bertahun-tahun berlalu? Atau adakah dia akan
tersenyum setiap kali menatap potret yang merakamkan peristiwa
itu?
Kadang-kadang, anda boleh menyelitkan kesudahan yang tidak
dijangkakan. Contohnya, watak pelajar nakal kembali ke sekolah
untuk memberikan ceramah motivasi kepada pelajar-pelajar lain.
Kesudahan yang tidak dijangkakan akan lebih mewarnai cerita
anda. Walaubagaimanapun, elakkan menciptakan suatu
kesudahan yang terlalu direka-reka hingga kesan logiknya sudah
hilang.

Panduan Mulakan Cerita


Dipetik dan diubah suai daripada keratan akhbar yang ditulis oleh Peter Augustine Goh
(disiarkan dalam Berita Harian 19 Dis 05 dan 2 Jan 06)
Bagaimana anak-anak hendak memulakan cerita?
Ramai orang begitu ghairah hendak menulis cerita. Tetapi keghairahan mereka menjadi
kendur kerana mereka tidak tahu bagaimana hendak memulakannya. Ini adalah satu
perkara yang benar kerana memulakan cerita adalah sukar. Tetapi jangan cepat putus
asa. Sebenarnya anda boleh memulakan cerita dengan berjaya.
Di bawah ini, saya berikan panduan bagaimana hendak memulakan cerita:

1. Permulaan dengan dialog


Sila lihat contoh di bawah ini:
Kataku pergi! Pergi!! pekik Kassim.
Pergi kataku! kataku lagi.
Mengapa mesti aku pergi? balas Aminah, isteri Kassim sambil menangis
teresak-esak menahan kesakitan.
Bukankah ini rumahku juga? tambahnya lagi. Mata kirinya yang lebam
kerana dipukul sebelum ini sudah tidak boleh dibuka lagi.
Dialog di atas menggambarkan dua watak utama, Kassim dan Aminah, yang bertegang
urat. Ini boleh dijadikan sebagai permulaan cerita kerana ia mempunyai unsur tegang.
Suasananya hidup dan mendebarkan.
Ia juga memberikan gambaran satu konflik yang boleh mencetuskan konflik lain.
Pembaca tidak sabar menunggu untuk mengetahui kisah selanjutnya. Dan sebabsebab mengapa Aminah dipukul dan dihalau keluar.

10

2. Permulaan dengan laporan


Anak-anak perbah baca akhbar, bukan? Berita itu adalah laporan.
Anda boleh memulakan cerita dengan cara ini.
Sila lihat contoh:
Pak Leman terbatuk-batuk. Terkokol panjang. Apabila batuknya reda, air
suam-suam dari botol itu dituntungnya ke mulut.
Diteguknya beberapa kali. Terasa lega sedikit. Kemudian orang tua itu
pun bangun berdiri dengan terketar-ketar menuju ke dapur yang belum
terpasang lampu walaupun sudah hampir senja.
Sekiranya anak-anak memulakan cerita dengan cara di atas, anak-anak bukan saja
menggambarkan latar, tetapi juga menampilkan aksi watak utama, Pak Leman dalam
cerita.
Anak-anak juga dapat melahirkan suasana cerita yang ingin ditimbulkan.

3. Permulaan dengan deskripsi


Cara begini memerlukan anda menggambarkan sesuatu latar. Lihat contoh:
Matahari petang tidak terik. Tetapi bahangnya amat panas. Ini diburukkan
oleh jerebu tebal yang bagaikan membungkusi udara sekeliling kawasan
perumahan itu. Juga oleh asap-asap yang tidak kurang tebal dari
kenderaan yang lalu-lalang di jalan yang sentiasa sibuk.

4. Permulaan dengan kata seru


Anda juga boleh memulakan cerpen dengan kata seru untuk menarik perhatian
pembaca/pemarkah. Cara begini dapat mengundang perhatian pada suatu tragedi yang
berlaku atau menyatakan perasaan yang sangat marah, hairan, kesakitan dan
sebagainya. Sila lihat contoh:
Tolong! Tolong! kata-kata yang sayup kedengaran memecahkan hening
malam.
Amboi! Sejak lulus dari politeknik, kamu langsung tidak menghubungi kita
semua, kata Herman secara sinis kepada sahabat lamanya, Zainal.

11

5. Permulaan dengan teknik imbas semula


Cara ini digunakan untuk memberikan kesan dramatik atau bahagian penting dalam
sesebuah cerita. Ia dilanjutkan dengan menceritakan atau mengimbas kembali suatu
kejadian yang pernah berlaku sebelum itu. Sila lihat contoh:
Sarimah menahan sakit ketika jururawat Cina itu menyapu ubat pada
luka-luka di lengannya. Rasa pedih dan ngilu terasa setiap kali kapas
yang berbubuh ubat itu menyentuh kulitnya. Luka-luka yang diakibatkan
oleh perbuatan ayah tirinya yang bengis itu tidak seberapa dibandingkan
dengan hirisan luka di hatinya yang terpendam sekian lama. Tiba-tiba, dia
teringatkan hari yang malang itu hingga dia mengalami luka-luka itu.

12

Panduan Menamatkan Cerita


Kini, saya akan sentuh soal menamatkan cerita. Sepertimana anda memulakan cerita
dengan baik, menamatkannya juga harus berkesan.

1. Penamat dengan dialog


Aku hilang sesuatu. Adakah kau menjumpainya? ujar Kassim.
Hilang apa? sahut Fatimah hairan.
Kau harus tahu apa yang aku hilang. Kassim bersungguh-sungguh mencari
sesuatu di belakangnya, iaitu benda yang dikatakan sebagai hilang itu.
Kau hilang apa?
Senyumanmu, jawab Kassim cepat kali ini. Ha, begitulah! ucapnya apabila
melihat Fatimah tersenyum manis akhirnya.

2. Penamat dengan tanda tanya


Ada pengarang tidak menghuraikan masalah yang terdapat dalam ceritanya di tahap
peleraian. Sebaliknya, dia meninggalkan konflik itu kepada pembaca untuk
memikirkannya.
Teknik ini mencabar pembaca berfikir dan memilih tindakan sendiri. Dengan kata lain,
pengarang sengaja menggantungkan ceritanya begitu sahaja. Sila lihat contoh:
Ke mana orang tua itu pergi? Masih merajukkah dia dengan anak tunggalnya,
Ghani? Dan apakah Ghani masih mendengar cakap isterinya?

3. Penamat dengan suasana gembira


Pengarang menamatkan dengan keadaan menyenangkan oleh watak atau watakwataknya.

4. Penamat dengan suasana sedih/tragedi


Pengarang mematikan watak dalam keadaan yang memilukan. Misalnya, mati dibunuh
atau menemui ajal dalam nahas kapal terbang atau kemalangan jalan raya.

5. Penamat dengan suasana tidak mendugakan


Cara menamatkan cerita begini mengejutkan pembaca kerana mereka tidak menduga
sejak awal cerita lagi.
13

Panduan Menyemak Karangan


1. Susunan
Adakah pemerengganan telah dibuat dengan betul? Logik, tersusun
dan bertaut?
Sudahkah anda memasukkan kesemua unsur penting dalam sesebuah
cerita? Permulaan, perkembangan, suspens, klimaks dan peleraian.
2. Keaslian
Adakah karangan anda asli? Tidak mencedok idea orang lain? Kalaupun
anda mahu mencedok idea orang lain, lakukannya dengan bijaksana
iaitu memperbaikinya dari sudut pandangan anda sendiri
Adakah ia mempunyai kesegaran idea? Tidak stereotaip?
Adakah anda menggunakan pendekatan yang menarik terhadap
karangan itu?
3. Menarik dan Komunikasi
Adakah plotnya menarik dan realistik?
Adakah karangan itu kaya kosa katanya hingga dapat menonjolkan
watak dan latar?
Sudahkah anda mengelakkan daripada memberi pandangan yang
kabur?
Adakah latar tempatnya sesuai dan bertepatan?
Adakah anda dapat meyakinkan pembaca atau pemarkah bahawa
cerita anda itu mempunyai kekuatannya yang tersendiri?
4. Catatan Peribadi
Adakah anda memasukkan unsur pengalaman peribadi anda sendiri?
Adakah ia perlu? Atau hanya menyemakkan karangan itu lagi?
Adakah anda dapat mengungkapkan pemikiran dan perasaan watakwatak dalam cerita tersebut?
Sudahkah anda masukkan pendapat anda dalam cerita tersebut?

14

Cerpen
(dipetik dan diubah suai daripada Teman Pelajar Kesusasteraan
oleh Hashim Awang)
Sejarah cerpen
Cerpen, dengan ertinya yang sebenar, muncul dalam masyarakat kita pada zaman
sebelum Perang Dunia II, iaitu kira-kira dalam tahun 1920. Tetapi dalam zaman itu,
bentuknya belum lagi dinamakan cerpen. Penulis-penulis ketika itu menyebutnya
sebagai cerita atau ceritera ataupun hikayat. Bentuk-bentuk ini disiarkan dalam
hampir semua akhbar dan majalah yang terbit ketika itu.
Dalam perkembangan kesusasteraan Melayu moden, perkataan cerpen mula
dibiasakan penggunaannya dalam abad kedua puluh. Ini ditimbulkan dalam tahuntahun lima puluhan, iaitu bersama-sama munculnya Angkatan Sasterawan 50 (Asas
50). Ketika itu, ia disebut cerita pendek. Namun, pada akhir tahun-tahun enam puluhan
ia diringkaskan menjadi cerpen. Nama baru itu kekal hingga sekarang.
Keindahan cerpen
Cerpen hanyalah suatu bentuk cereka. Maksudnya, apa yang dilihat dan dibaca di atas
kertas yang kita namakan cerpen itu hanyalah bentuknya sahaja. Bentuk cerpen terjadi
oleh adanya gabungan antara isi atau fikiran dengan teknik pengolahannya. Keindahan
cerpen dapat diperlihatkan dengan adanya penggunaan teknik-teknik penulisan cerpen
yang tertentu.
Di samping itu juga, cerpen dapat menghidupkan emosi atau perasaan. Cerpen yang
tinggi nilai seninya dapat menimbulkan ketegangan dan mengheret pembaca untuk
merasakan pengalaman yang terlukis sehingga menangis, ketawa atau senyum. Kesan
sesebuah cerpen selalunya diukur daripada reaksi emosi pembaca yang dikuasai oleh
peraturan-peraturan tertentu.
Ciri-ciri cerpen yang utama
Ciri-ciri utama cerpen dapat dibahagikan seperti berikut:
1. cerpen itu adalah sebuah kisah atau cerita berbentuk prosa
2. cerpen mesti menonjolkan hanya satu kesan
3. cerpen mengisahkan dengan agak terperinci suatu peristiwa atau suasana; dan
4. cerpen memperlihatkan adanya unsur-unsur dramatik

15

PLOT
Apa itu plot?
Plot amat penting bagi sesebuah karya cereka. Tanpa plot yang baik, karya itu menjadi
pincang dan mendatar. Plot dapat diertikan sebagai susunan peristiwa-peristiwa dalam
cerita. Itulah sebabnya ketika seseorang mendengar cerita, dia akan sering
mengeluarkan pertanyaan, Lepas itu, apa yang berlaku?. Soalan ini memperlihatkan
adanya hubungan atau susunan peristiwa-peristiwa dalam cerita. Dengan demikian,
plot sebenarnya ialah satu siri atau rentetan peristiwa-peristiwa yang bergerak melalui
masa.
Struktur Plot
Sesebuah cerita selalunya terdiri daripada tiga bahagian, iaitu permulaan, pertengahan
dan pengakhiran. Bahagian permulaan itu dikenali sebagai eksposisi atau bahagian
pengenalan. Dalam bahagian inilah biasanya pengarang memperkenalkan tempat,
masa dan watak-watak cerita. Berikutnya, dikemukakan pula konflik. Di sini watakwatak menghadapi masalah sehingga keadaan menjadi rumit. Keadaan ini
kemudiannya tiba pada klimaks atau puncak di mana satu-satu penyelesaian perlu
diambil. Di sinilah pembaca turut mengetahui bentuk penyelesaian terakhir yang akan
dicapai. Peristiwa-peristiwa yang berlaku selepas puncak adalah merupakan peleraian.
Di bahagian ini, segala masalah sudah dapat diselesaikan. Keadaan menjadi tenang
semula, tiada sebarang kerumitan lagi.
Dalam bentuk rajah, plot dapat dilukiskan seperti berikut:

Klimaks/Puncak

Eksposisi

Peleraian

Latihan karangan untuk Penggal 3


Dialog
16

Lampiran D T3/1
FORMAT DIALOG
1.

Masa :
Tempat :
Pelaku 1
Pelaku 2

_______________
_______________
:
_______________
:
_______________

2.

Pengenalan
Bayangkan yang kamu adalah seorang pencerita
Ingin menerangkan dengan ringkas latar cerita kamu lepada
penonton/audiens/pendengar
Harus beri penjelasan yang tidak mengelirukan

3.

Dialog antara pelaku 1 & 2

4.

Penutup
Akhiri dialog dengan sempurna
Jangan biarkan dialog tergantung

5.

Perkara yang TIDAK dibenarkan dalam penulisan dialog


Kata singkatan
Nak (hendak)
Tak (tidak)
Kan (bukan)
Bahasa lisan/perbualan/bahasa pasar
Adik tengah mandi.
Dia kat dalam bilik.
Tanda baca pembuka dan penutup kata (.)

6.

Perkara yang dibolehkan dalam penulisan dialog


Kata seru
Menerangkan aksi/tindakan pelaku (dalam kurungan)
Penggunaan kata ganti nama aku, kau/engkau

Contoh Dialog:
Tempat

: Di taman sekolah
17

Masa
Pelaku 1
Pelaku 2

: 2.00 petang
: Aliza
: Asilah

Aliza telah berjanji dengan Asilah untuk bertemu di taman sekolah pada jam dua
petang. Mereka akan membincangkan fokus projek mereka yang bertajuk
Penggunaan Bahasa Baku.
Asilah

Assalamualaikum, Aliza. Sudah lamakah awak menunggu


saya?

Aliza

Waalaikumsalam. Tidaklah, baru sahaja. Silalah duduk.

Asilah

Terima kasih. Saya telah memikirkan beberapa perkara yang


boleh kita sentuh dalam projek kita.

Aliza

Yakah? Saya belum sempat lagi memikirkan perkara itu.


Banyak sekali kerja rumah yang mesti diselesaikan semalam.
Bolehkah awak berkongsi pengetahuan awak itu?

Asila

Boleh. Begini, Aliza. Kita akan membuat projek tentang


Penggunaan Bahasa Baku di Singapura. Oleh itu, bolehlah
kita berikan tumpuan kepada definisi bahasa baku, sebabsebab perlunya bahasa baku di Singapura, pelaksanaannya dan
penerimaannya di kalangan masyarakat Singapura.

Aliza

Bagus saranan awak itu, Asilah. Kita juga boleh mewawancara


seorang tokoh bahasa untuk mendapatkan maklumat.

Selain
itu, kita boleh memberikan tumpuan kepada masalah yang
dihadapi dalam pelaksanaan bahasa baku ini.
Setelah lama berbincang tentang projek mereka, Asilah dan Aliza pulang ke
rumah dengan hati gembira. Mereka berjanji akan ke perpustakaan untuk mencari
bahan. Mereka juga akan bertanya kepada guru mereka cara mewawancara seorang
tokoh bahasa.

Latihan 1 :
Dua orang sahabat sedang membincangkan trend restoran-restoran makanan
segera menggunakan mainan popular untuk menarik lebih ramai pelanggan.
Perbincangan itu menunjukkan perbezaan pendapat antara kedua-dua sahabat
tersebut.Tuliskan dialog mereka itu.

18

Latihan karangan untuk Penggal 3


Dialog
Lampiran D T3/2
Definisi
Dialog ialah perbualan atau percakapan langsung yang berlaku di antara dua orang
atau lebih. Dalam tatabahasa bahasa Melayu, ia dikenali sebagai cakap asal.
Panduan Asas
1. Baca dan fahami soalan yang diberi dengan teliti.
2. Kenal pasti kehendak soalan dengan menggariskan fakta-fakta penting dalam
soalan.
3. Lakarkan isi menggunakan alat-alat pilihan seperti peta minda.
4. Isi bahagian-bahagian tertentu mengikut informasi yang diberi dalam soalan
Format
Format dialog adalah seperti berikut;
1. Pelaku / Pelakon

2. Waktu

3. Tempat

4. .. Pembukaan ..
5. .. Perbualan
6. .. Penutup .
> Pelaku atau pelakon merujuk kepada watak-watak yang terlibat dalam
sesebuah dialog. Sesebuah dialog harus mempunyai dua atau lebih watak..
Misalnya,
Pelakon 1 : Ali
Pelakon 2 : Ahmad
> Waktu merujuk pada masa perbualan atau dialog itu berlaku. Misalnya,
Waktu : 2.30 petang
> Tempat sesebuah dialog berlaku diisikan di bahagian tempat. Misalnya,
Tempat : Di stesen bas

19

> Bahagian pembukaan memberi sedikit penerangan tentang perkara yang terjadi
sebelum sesebuah dialog berlaku. Ia juga boleh diisi dengan insiden yang
menyebabkan dialog itu berlaku. Misalnya,
Ahmad dan Ali baru sahaja menghadiri sebuah forum tentang masalah remaja
yang dianjurkan oleh Perpustakaan Nasional. Ternyata, mereka berdua mempunyai
pendapat yang berbeza tentang siapa yang patutnya dipersalahkan dalam perkara ini.
>
Setiap kata yang dituturkan oleh pelakon-pelakon yang terbabit akan ditulis
di bahagian perbualan. Sekiranya ada penerangan lanjut yang perlu disampaikan
semasa dialog berlaku, ia boleh diterangkan di dalam kurungan. Misalnya,
Ali

Ahmad
Ali

:
:

Aku rasa ibu bapalah yang harus dipersalahkan di atas


permasalahan yang menimpa para remaja.(Ali bersuara dengan
tiba-tiba)
Eh, kenapa engkau berkata begitu ?
Aku rasa sekiranya remaja menerima kasih sayang yang
secukupnya, mereka tidak akan memberi masalah kepada sesiapa.

>
Bahagian penutup akan menceritakan apa yang berlaku selepas dialog
berlaku ataupun perkara yang menyebabkan perbualan itu dihentikan. Misalnya,
Ahmad

Ali

Ahmad

Tetapi tidak semua masalah remaja disebabkan oleh ibu bapa. Ada
kalanya remaja itu sendiri yang mencari masalah.
(Suara Ahmad agak tinggi seakan marah)
Wah, bukan main marah lagi ! Sudahlah, kita sambung sahaja
perbualan kita esok di sekolah. Bas pun sudah tiba. Ayuh, nanti
terlepas pula bas.
Baiklah.

Ahmad dan Ali pun menahan bas yang akan membawa mereka pulang ke rumah
mereka.
Peringatan
>
Dialog haruslah tertumpu kepada tajuk yang diberikan. Jangan terlalu
meleret hinggakan dialog dipenuhi dengan perbualan remeh. Apabila ini berlaku,
isi utamanya boleh dilupakan terus dan ini akan menyebabkan kehilangan
markah walaupun penguasaan bahasanya baik.. Misalnya,
Ahmad

Ali
Ahmad

:
:

Ali

Ali, kau rasa nanti sampai di rumah, emak engkau sudah siapkan
masakan untuk makan malam.
Aku tidak tahu. Kenapa engkau bertanya ?
Aku dengar, masakan emak engkau sedap. Lebih-lebih lagi
masakan ketam bercili.
Bagaimana engkau tahu ?.

20

>
Bahasa yang digunakan haruslah yang berbentuk formal walaupun dialog
sebenarnya, dari aspek tatabahasa, adalah cakap asal. Jangan gunakan bahasa
pasar, bahasa harian ataupun bahasa pinjaman (Contohnya, bahasa Inggeris). Ini
akan menjejas markah di dalam bahagian bahasa. Misalnya,
Ahmad
Ali
Ahmad

:
:
:

Ali, lu accept tak dengan orang tu cakap.


Gua tak accept. Dia cakap macam real aje.
Dia nak stab baik. Orang macam kita dia kata trouble
maker.

>
Gunakanlah gaya-gaya bahasa tertentu atau peribahasa yang sesuai untuk
mengindahkan lagi bahasa dan mengukuhkan lagi isi dialog. Misalnya,
Ahmad

Sebagai remaja, kita harulah mengamalkan nilai-nilai murni supaya


menjadi manusia yang berguna di masa hadapan. Saya tahu
bukannya mudah untuk mengamalkannya. Tetapi tidakkah alah
bisa, tegal biasa ?

Akhir sekali,
>
Baca dan semak semula dialog yang dihasilkan. Pastikan keseluruhan
dialog mempunyai logik atau dapat diterima oleh akal. Pastikan isi dialog dapat
difahami dengan mudah kerana kalau penulis sendiri tidak memahaminya,
bagaimana pula dengan guru yang menyemak ?

Latihan 2 :
2.

Dua sahabat sedang berbincang tentang kebaikan dan keburukan bersembang


di alam maya.Tulis dialog antara dua sahabat itu. Tekankan perbezaan
pendapat antara mereka berdua dalam dialog tersebut.

21

Latihan karangan untuk Penggal 3


Dialog
Lampiran D T3/3
Contoh soalan-soalan jenis Dialog:
S1

S2

S3

S4

Dua orang kawan baik telah diperkenalkan kepada permainan tradisional Melayu melalui satu aktiviti yang
dijalankan di sekolah. Seorang daripada mereka begitu berminat dan ingin mengenali lebih banyak
permainan tradisional. Seorang lagi pula menganggap permainan tradisional tidak menarik dan hanya
membuang masa. Tuliskan satu dialog yang sesuai di antara kedua-dua kawan ini yang membincangkan
tentang kebaikan dan keburukan mengenali dan memainkan permainan tradisional Melayu.
Dua orang rakan sedang berbincang mengenai kebaikan dan keburukan membawa telefon bimbit ke
sekolah. Seorang berpendapat bahawa telefon bimbit patut dibenarkan dibawa ke sekolah sementara
seorang lagi berpendapat sebaliknya. Tuliskan dialog yang menunjukkan perbezaan pendapat itu.
Dua orang sahabat sedang berbual-bual tentang banyaknya keluarga di Singapura yang mempunyai
pembantu rumah. .Seorang daripada mereka berpendapat bahawa mempunyai pembantu rumah
mendatangkan banyak keburukan daripada kebaikan. Sahabatnya tidak sependapat dengannya. Tuliskan
sebuah dialog antara mereka berdua. Tekankan perbezaan pendapat antara mereka dalam dialog tersebut
Dua orang pelajar sedang berbual-bual mengenai buruk baiknya membawa alat permainan elektronik ke
sekolah. Tulis perbezaan pendapat mereka berdua selengkapnya.

S5

Dua orang sahabat sedang berbual tentang kerja kemasyarakatan. Salah seorang daripada mereka
berpendapat bahawa kerja kemasyarakatan sekadar membuang waktu dan tidak mendatangkan kebaikan.
Namun, sahabatnya tidak setuju dengan pendapat tersebut. Tulis perbualan antara mereka berdua.

S6

Dua orang pelajar sedang berbual-bual tentang Program Bahasa Melayu Pertuturan yang sedang dijalankan
di sekolah kamu. Ramai pelajar bukan Melayu berpendapat bahawa program ini sangat baik dan berfaedah
kepada diri mereka. Tuliskan sebuah dialog antara kedua pelajar tersebut.

S7

Para pelajar baru sahaja menyaksikan kejadian beberapa orang pelajar nakal disebat di tempat
perhimpunan. Tuliskan perbualan antara dua orang pelajar yang sedang memberikan pandangan yang
berbeza mengenai perkara yang baru berlaku.

S8

Dua orang pelajar baru selesai menghadiri pameran teknologi maklumat (IT) di Suntec City. Mereka mula
berbincang tentang baik buruknya penggunaan teknologi makumat dalam kehidupan seharian. Tekankan
perbezaan pendapat mereka.

S9

Dua orang rakan baru sahaja mendapat keputusan peperiksaan. Mereka dapati ada mata pelajaran yang
mereka tidak lulus. Mereka berbincang bagaimana mereka boleh berusaha supaya lulus dalam mata
pelajaran berkenaan dalam peperiksaan akhir tahun kelak. Tuliskan perbualan antara mereka berdua.

S10

Cuti sekolah harus digunakan untuk meluangkan masa bersama keluarga. Ramai pelajar diwajibkan
menghadiri kelas tambahan semasa cuti sekolah. Seorang suri rumah tangga berpendapat bahawa pihak
sekolah tidak harus menambahkan tekanan kepada pelajar-pelajara dengan berbuat demikian. Namun
jirannya yang bekerja kurang bersetuju dengan pendapatnya atas alasan-alasan yang tertentu. Tulis
sebuah dialog yang menunjukkan perbezaan pendapat antara mereka.

22

Latihan karangan untuk Penggal 3


Karangan Deskriptif
Lampiran KD T3/1
Latihan 3 :
Semasa dalam perjalanan ke sekolah, kereta api pengangkutan gerak cepat (MRT)
yang kamu naiki tiba-tiba terhenti di dalam terowong. Tidak lama kemudian, lampu dan
alat hawa dinginnya terpadam. Gambarkan suasana yang mencemaskan itu.

Contoh Karangan Deskriptif 1 :


Sebuah Persembahan Budaya Yang Pernah Saya Saksikan
Mohd Tariq Qamari Bin Hamdan (5S1)
Lawatan Sekolah ke Taman Warisan yang telah aku sertai minggu lalu merupakan lawatan pertamaku ke
sebuah tempat bersejarah di Singapura. Seramai lima puluh orang murid Melayu dan dua orang guru telah mengikuti
lawatan tersebut. Tepat pada jam sebelas pagi, kami berhimpun di dewan sekolah sementara menunggu bas yang
akan kami naiki. Setelah bas tiba, kami semua menuju ke kawasan tempat meletak kereta dengan membawa
sebuah buku nota kecil dan beg masing-masing.
Perjalanan ke destinasi kami mengambil masa setengah jam. Semasa perjalanan ke situ, suasana di dalam
bas sungguh ceria sekali dengan tawa mesra murid-murid perempuan yang asyik berbual-bual. Ada di antara
mereka yang menyanyikan lagu idola mereka iaitu Taufik Batisah.
Apabila tiba di sana, aku terpesona melihat sebuah kawasan yang bangunannya sungguh indah seperti
rumah-rumah kampung yang aku selalu nampak di desa. Seterusnya, kami disambut oleh seorang wanita yang
bertugas di situ. Kami semua menuju ke sebuah dewan besar untuk menyaksikan persembahan yang akan
dipersembahkan oleh Persatuan Budaya Melayu Singapura(PBMS). Selepas itu, kami duduk di kerusi yang telah
dikhaskan untuk rombongan Sekolah Menengah Marsiling. Selain kami, ramai pelajar sekolah lain yang turut hadir
bersama.
Tiba-tiba, bunyi kompang dan gong yang bertalu-talu dimainkan. Suasana di dalam dewan itu menjadi
senyap dan semua orang melemparkan pandangan mereka ke arah pentas yang di hadapan. Beberapa minit

23

kemudian, dua belas orang penari yang berpakaian baju tradisi Melayu muncul di atas pentas. Dua minit kemudian,
mereka mula mempersembahkan tarian Melayu dengan iringan lagu Siti Nurhaliza yang berjudul Tarian Melayu.
Sungguh anggun sekali penari-penari itu mempamerkan gerak-geri mereka yang lemah-lembut. Aku terpesona
melihat tarian itu kerana tidak pernah melihat tarian yang sehebat itu. Semua penonton memberi tepukan yang
gemuruh sekali setelah tamat persembahan tersebut.
Selepas itu, pengacara yang mengendalikan acara itu memperkenalkan dirinya dan memberitahu kami
serba sedikit tentang sejarah Taman Warisan Melayu. Pengacara itu kurang menguasai penggunaan bahasa Melayu
dan dia sering mencampuradukkan Bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris sewenang-wenangnya. Walaupun
begitu, dia masih mencuba untuk menjalankan tugasnya dengan baik.
Seterusnya sebuah persembahan dikir barat diadakan. Kumpulan itu terdiri daripada dua puluh orang
remaja yang berbangsa Melayu, lima orang berbangsa Cina, dan dua orang berbangsa India. Sungguh kuat sekali
suara mereka walaupun alat pembesar suara tidak digunakan. Persembahan mereka diiringi dengan alat muzik
seperti rebana dan kompang. Aku berasa sungguh bangga sekali kerana orang-orang yang berlainan bangsa juga
turut mempelajari dan meminati seni budaya Melayu. Tepat pada jam dua tengah hari, persembahan mereka tamat.
Rakan-rakan di sekelilingku sangat terhibur dan mereka berasa ghairah untuk menyaksikan persembahan yang
seterusnya.
Bagi penutup acara, sebuah persembahan istimewa tarian Cina diadakan. Para penari tersebut menari
dengan pantas dan penuh bertenaga. Sambil menari, mereka menggerakkan patung yang berbentuk seekor naga.
Aksi mereka penuh dengan loncatan dan ianya membuat para penonton kagum dengan aksi serta ketangkasan
mereka menari.
Sebelum pulang, rombongan sekolah kami semua dijemput menghadiri jamuan ringan yang telah
disediakan. Saya berasa sungguh seronok kerana telah berkesempatan menyaksikan persembahan sehebat itu. Aku
berharap, inisiatif seperti ini akan terus diadakan supaya adat dan budaya Melayu tidak hilang ditelan zaman.
- Selesai -

Contoh Karangan Deskriptif 2 :


Soalan:
24

Pada suatu hari selepas waktu sekolah, kamu ternampak seorang lelaki yang tidak dikenali keluar dari bilik
makmal sains sekolah. Tiba-tiba kamu terdengar bunyi letupan lalu bergegas ke bilik itu untuk menyiasat.
Ceritakan apa yang kamu nampak dan lakukan selepas itu.
Aku duduk terjelopok di atas kerusiku. Nafasku yang pada mulanya tercungap-cungap mula beransur pulih.
Hari ini merupakan hari pertama aku menjadi seorang guru sambilan untuk menggantikan tempat Cikgu Mazlin yang
cuti sakit. Walaupun begitu, aku pernah juga mengajar di sini, tetapi tugasan itu sebahagian daripada syarat untuk
menjadi seorang guru.
Hmm...Barulah dapat aku rasakan betapa penatnya menanggung tanggungjawab ini dan juga menghadapi
tekanannya. Kesian betul Cikgu Linah. Dulu, aku selalu buat hal tapi tidak pernah dia merungut, bebelku sendirian
apabila terkenangkan masa silamku di Sekolah Menengah New Town. Tanpa disedari sebuah senyuman terukir di
bibirku.
Hoi! Termenung jauh sampai ke planet Jupiter ke? Pacar mana saja kau menungkan? sergah Akmal
dengan tiba-tiba. Dagu yang ditopang tangan kiriku segera dilepaskan. Kerusiku pula ditarik agar posisi dudukku
lebih selesa. Terus aku merenung tajam ke arah Akmal. Akmal pula, hanya membalas tenungan aku sahaja. Aku
kalah dengan tenungannya. Dengan geram, aku pun meninggalkan mejaku dan keluar dari bilik guru untuk ke
tandas.
Dalam perjalananku ke sana, fikiranku hanya berlegar mengenangkan kelakuan Akmal tadi. Sedang aku
mengelamun, aku terperasan akan kehadiran seorang lelaki yang tidak aku kenali di dalam makmal sains hayat. Aku
kehairanan dengan tindak lakunya. Setahu aku, kelas sudah lama berakhir. Mengapa dia di dalam? Menggodehgodeh dengan periuk air yang ada di dalam bilik itu pula! Agaknya dia operator makmal itu. Barangkali teknisyen
baru. Segala fikiran negatif yang semakin bercambah di dalam otakku, lenyap serta- merta. Aku mula menganggap
hal-hal positif bahawa kelakuan lelaki itu biasa sahaja.
Pergerakan aku yang sedang berada di luar makmal menarik perhatian lelaki tersebut. Serta-merta, lelaki
itu bangkit dan bergerak keluar dari bilik makmal tersebut di dalam keadaan tergesa-gesa tanpa langsung menoleh
ke belakang. Dia menuju ke arah seseorang yang baru keluar dari pejabat sekolah.
Eh! Cikgu Krishna rupanya! Kelihatan lelaki tersebut berbicara dengan Cikgu Krishna. Betullah tekaanku.
Lelaki itu memanglah operator makmal sains hayat. Mungkin hanya pekerja sambilan. Niatku untuk ke tandas
semakin tertangguh apabila sesuatu kejadian berlaku tanpa diduga.
Apabila Cikgu Krishna baru sahaja menjejakkan kakinya ke dalam bilik makmal, terdengar satu letupan
yang begitu dahsyat berlaku.
Kabooooom!!!....
Asap mula berkepul-kepul di dalam bilik makmal itu. Beberapa tingkap berdekatan pintu masuk bilik
tersebut didapati sama ada retak ataupun hancur berkecai. Api yang membakar akibat letupan itu mula merebak
dengan cepatnya. Disambarnya tabir tingkap dan kini, api mula memakan rak-rak di mana botol-botol kimia dan asid
disimpan.
Aku yang pada mulanya tergamam dan kaget, tidak dapat melakukan apa-apa sehingga aku terpandang
pada sesusuk tubuh yang terkulai di muka pintu bilik makmal tersebut. Aku tekad ingin menyelamatkan nyawa Cikgu
Krishna biar apapun yang akan terjadi. Segera aku berlari ke arahnya dan memapahnya keluar dari kawasan yang
merbahaya itu dengan menggunakan segala tenaga yang mampu aku curahkan. Sejurus kemudian, beberapa lagi
letupan yang lebih kecil menyusul.
Aku sedar bahawa aku harus melakukan sesuatu untuk mengawal kebakaran yang telah berlaku walaupun
nyawa aku mungkin dalam keadaan terancam. Maka, tanpa berfikir panjang, segera aku memecahkan penggera
kebakaran untuk memberitahu pihak sekolah akan kecemasan yang sedang aku hadapi. Tanpa berlengah, aku

25

menutup mukaku dengan lengan bajuku dan terus memasuki bilik yang kini sudah dipenuhi asap yang tebal lagi
menyesakkan pernafasanku.
Aku mencapai sebuah alat pemadam api yang terletak di satu ceruk billik makmal itu lalu penutupnya aku
buka. Berkat pengalamanku ketika mengikuti kursus cara-cara menangani kecemasan dan menghadapi kebakaran
anjuran Unit Pertahanan Awam, Balai Bomba Bukit Batok, aku berjaya memadamkan api yang mula menjilat segala
perkakas di makmal sains itu. Namun, api pada sebahagian botol-botol kimia masih gagal dipadamkan, malah,
makin bertambah marak. Terpaksa aku menggunakan alternatif lain iaitu menggunakan pasir yang telah disediakan
di situ. Ternyata usahaku menggunakan pasir itu mendatangkan hasil. Api yang marak berjaya dipadam.
Aku melepaskan satu nafas tanda kelegaan, namun hatiku sayu serta dadaku sebak apabila aku
memandang sisa-sisa akibat kebakaran tadi. Tabir tingkap hanya tinggal rangka, manakala, kerusi-kerusi, meja-meja
dan segala peralatan makmal hangus terbakar atau kotor diselaputi abu. Nasib baik, bahan-bahan kimia tidak
sempat dijilat api, kalau tidak, entah apa musibah yang lebih dahsyat akan terjadi. Aku tidak dapat bayangkan.
Namun, apabila aku terpandang periuk air di mana lelaki yang tidak aku kenali itu tadi seperti sedang
hendak memperbetulkannya, terdapat beberapa bangkai tikus bersepahan di sekililingnya. Periuk air itu pula, hancur
sama sekali. Aku pasti, periuk air itulah punca letupan yang berlaku sebentar tadi.
Tiba-tiba aku terasa seperti ada seekor binatang berbulu lebat yang merayap di atas kakiku. Apabila aku
melihat ke bawah, serta-merta aku menjerit. Tikus!! Eeii! Aku pantang melihat tikus seperti itu! Lagi-lagi yang
merayap di atas kakiku! Segera aku berpaling ke belakang dan terus berlanggar dengan seseorang. Aku amati wajah
yang asa di hadapanku. Barulah aku sedar bahawa wajah itu kepunyaan lelaki yang tidak aku kenali itu. Disebabkan
aku masih berada di dalam keadaan terperanjat, tidak ada sepatah perkataan pun yang dapat aku ucapkan. Melihat
gelagat aku yang agak ganjil, lelaki itu dengan lembut, memimpinku keluar dari bilik makmal itu.
Aku disuruh duduk di atas sebuah bangku yang terletak di luar bilik makmal itu dan diberikan secawan air
panas untuk menenangkan diriku. Sejurus kemudian, sepasukan ahli bomba dan polis tiba. Beberapa orang ahli
bomba memasuki bilik makmal dan mula menjalankan siasatan sementara aku diminta untuk membuat kenyataan
mengenai apa yang terjadi kepada seorang pegawai polis yang berpakaian segak. Selepas itu, aku pula diperiksa
oleh para paramedik sebelum disahkan sihat untuk pulang. Cikgu Krishna juga terpaksa melalui proses yang sama
setelah dia berjaya disedarkan.
Sebelum aku pulang, sempat juga aku bertanya akan punca kebakaran yang telah berlaku. Apa yang ku
diberitahu, tikus makmal yang disimpan di dalam sebuah sangkar bersebelahan periuk air itu yang telah
menyebabkan letupan tersebut. Rupa-rupanya, apabila lelaki yang tidak aku kenali itu bergegas keluar dari bilik
makmal tersebut, secara tidak sengaja, telah membuka pintu sangkar tersebut. Tikus-tikus itu pun mengambil
peluang untuk melarikan diri dan beberapa ekor daripadanya telah mengunyah wayar periuk air tersebut. Inilah yang
telah menyebabkan letupan berlaku kerana periuk air itu masih dihidupkan. Tikus-tikus itu ada pula yang mati akibat
kejutan elektrik ataupun hangus terbakar. Namun, ada juga yang dapat menyelamatkan diri mereka. Salah seekor
daripadanyalah yang telah merayap di atas kaki ku.
Bulu roma ku masih meremang apabila aku terfikir akan kejadian yang telah berlaku tadi. Tidak aku sangka,
aku berjaya menyelamatkan seorang rakan kerja, memadamkan satu kebakaran besar dan diserang seekor tikus
dalam sehari. Kini, barulah aku dapat memberikan nama buat lelaki yang tidak aku kenali itu. Dia merupakan
seorang pekerja baru di sini dan namanya ialah Rafie. Itulah yang dikatakannya apabila aku berjumpa dengannya
untuk mengucapkan terima kasih kepadanya.
Ditulis oleh: Diana Syahidayu Bte Muhamad D
4L1 (2006)
Sekolah Tinggi Pemerintah Bukit Panjang

Latihan karangan untuk Penggal 3


Karangan Naratif
26

Lampiran KN T3/1
Latihan 4 : (Pilih 1 soalan sahaja)
A) Tuliskan sebuah kisah mengenai sifat keangkuhan seseorang yang akhirnya mendatangkan
kesusahan pada dirinya sendiri.
B) Tuliskan sebuah cerita yang berakhir dengan suatu keinsafan.
Contoh Karangan Naratif 1:
Nilai sebuah persahabatan
Hujan yang turun dengan lebat pada petang ini mengingatkanku pada satu peristiwa yang pahit melanda hidupku
setahun yang lalu. "Perlukan pertolongan?" aku menawarkan payungku kepadanya. Dia mengucap terima kasih
padaku lalu pergi.
Keesokkan harinya dia memulangkan payungku. Farah, begitulah namanya. "Indahnya nama itu", kataku. Dia
ketawa apabila aku mengatakan begitu. Sejak dari saat itu persahabatan aku dan Farah bertambah erat. Kebetulan
dia tinggal tidak jauh dari rumah aku. Katanya dia sudah tiga tahun tinggal di sini. Aku dan Farah selalu berjumpa.
Kami selalu mengulangkaji pelajaran bersama-sama di perpustakaan.
Setahun berlalu tanpa kusedari. Tiba-tiba sahaja persahabatan kami menjadi goyah. Dia sering mengelakkan diri
daripada bertemu denganku. Dia tidak seperti dulu, seorang yang selalu ceria dan gembira. "Tidak ada apa-apa
berlaku pada Farah, percayalah," begitulah jawapannya setiap kali aku cuba mencungkil rahsia tentang perubahan
dirinya itu. "Farah, Afiq amat menghormati Farah. Afiq dah anggap Farah sebagai adik kandung Afiq sendiri. Afiq rasa
tidak adil Farah merahsiakan sesuatu daripada Afiq," bicaraku lembut pada suatu petang.
"Fiq, maafkan Farah. Bukan Farah tak nak beritahu tapi...," bicaranya tersekat. Air matanya mula membasahi
pipinya. Namun Afiq ingin mengetahui masalah disebalik air mata itu. "Tapi apa Farah?" tanya Afiq gelisah. "Farah
disahkan menghidap penyakit barah otak, Fiq. Kata doktor penyakit Farah tidak boleh diubati lagi." Aku terdiam. Air
mataku mula mengalir deras.
Beberapa hari selepas itu Farah dimasukkan ke hospital. Setiap hari aku pasti melawatinya. Aku sentiasa memberi
kata-kata semangat kepada Farah. Namun jauh di sudut hatiku, aku tahu harapannya untuk hidup amat tipis. Aku
amat terharu melihat keadaan Farah ketika itu.
"Fiq... selalulah ingatkan Farah." Itulah kata-kata akhirnya sebelum dia menghembuskan nafaz terakhirnya. "Afiq
mari makan!" Aku tersentak daripada lamunan. Hujan sudah reda. Matahari mula bersinar seolah-olah memberikan
harapan. "Baiklah mak," balasku sambil melangkah perlahan ke dapur.
Afiq 1S1

Contoh Karangan Naratif 2:


Tema: Kekeluargaan ( Perdana Putra, 5/2 (2006) Sekolah Menengah Chestnut Drive)
Qamar memandang ke atas langit. Pagi sungguh gelita dek mendung yang menyelimuti seluruh langit.
Keremangan pagi seolah-olah menemani hati Qamar yang berdebaran. Sudah empat hari Qamar nekad melarikan

27

diri dari rumah. Tanpa wang sedikit pun, Qamar berterusan mengembara dari satu bandar ke satu bandar lainnya.
Jalanan yang lecak-becak pun tidak dihiraukannya. Qamar berazam untuk mencari kerja untuk menyokong dirinya
sendiri. Dia yakin dia boleh hidup tanpa bantuan ayah dan ibu angkatnya itu.
Memang sudah dari kecil lagi Qamar dititipkan di rumah anak-anak yatim oleh ibu kandungnya sendiri. Ayah
kandung Qamar sudah meninggal dunia beberapa tahun setelah Qamar dilahirkan. Sejak itulah Qamar tidak pernah
lagi mengecap kebahagiaan dan kasih sayang. Baru setelah Encik Abidin menjadikannya anak angkat barulah
Qamar mula pulih luka di hatinya. Malangnya, isteri Encik Abidin kurang suka dengan Qamar. Dia kelihatan selekeh
dengan kulit sawo matangnya, apalagi waktu itu Qamar tiada henti mengesat hingusnya. Lumrah sahaja, tiada
sesiapa yang mengajar Qamar tatasusila sehingga dia berbuat demikian.
Namun begitu, itu dulu. Setelah enam tahun Qamar menjadi anak angkat Encik Abidin, dia menjadi lebih
sopan. Segala keperluan lahiriahnya dipenuhi padahal Encik Abidin memiliki ramai anak lagi. Ibu angkat Qamar pun
sudah mula menyayanginya seperti anak sendiri. Akan tetapi, Qamar seorang anak yang malas belajar, tidak seperti
anak-anak Encik Abidin yang lain. Qamar juga merokok dan sering ponteng sekolah. Pada suatu hari, pengetua
sekolah memberikan amaran yang Qamar akan dibuang sekolah jika grednya tidak menunjukkan sebarang
kemajuan. Sejak saat itu, Encik Abidin menjadi lebih tegas terhadap Qamar. Qamar mula membenci kongkongan
ayah angkatnya itu.
Kemuncak masalah Qamar dengan Encik Abidin ialah ketika Qamar tidak diizinkan mengikuti latihan bola
sepak di sekolahnya. Encik Abidin mahu Qamar menggunakan masanya untuk mengulang kaji pelajaran, bukan
bermain bola, Qamar berasa Encik Abidin pilih kasih kerana anak-anaknya yang lain boleh mengikuti apa sahaja
kursus atau latihan yang mereka mahukan. Mengapa dirinya tidak boleh? Qamar berfikir Encik Abidin bertindak
sesuai dengan peribahasa, "Daun dapat dilayangkan, getah jatuh ke perdu juga." Oleh kerana itu, pada suatu
malam, Qamar memutuskan untuk melarikan diri sahaja dari rumah itu.
Sekarang, Qamar sedikit menyesal kerana telah lari dari rumah. Tubuhnya kesejukan. Perutnya sudah lama
meronta-ronta minta diberi makan. Gumpalan awan hitam yang menutupi dada langit lama-kelamaan menjatuhkan
butir-butir hujan lebat. Ah, ke mana harus kuberteduh? Bisik hati kecilnya. Sekarang, jangan kata mencari kerja,
mencari seteguk air minum untuk membasahkan tekaknya sahaja Qamar tidak sanggup. Di saat itulah fikiran
rasionalnya mula bersuara. Dia terlalu dibutakan emosi dan egonya sendiri. Hanya kerana suatu perkara kecil, dia
telah lari dari rumah. Dia tidak mahu dikatakan mirip seperti ibu kandungnya yang lari daripada kenyataan setelah
satu masalah berlaku. Qamar berpatah balik. Dia mengambil langkah seribu ke rumahnya sambil menangis teresakesak. Air hujan yang membasahi wajahnya jatuh seiringan dengan air matanya. Dia harus kembali ke rumah itu.
Rumah miliknya. Rumah di mana sebuah keluarga sedang cemas menunggu kepulangannya.
Hujan sudah reda dan langit kembali cerah. Mentari yang tidak kunjung muncul pun akhirnya menampakkan
parasnya juga. Qamar lemas lutu kerana kepenatan. Jantungnya berdebar keras ketika tidak dilihatnya sesosok
manusia juga di rumahnya. Padahal selalunya rumah itu selalu hangat dan bising. Kelopak mata Qamar baru hampir
dipenuhi air mata tatkala suara seseorang memanggilnya, "Qamar, itukah anakku?" Qamar berpaling dan langsung
dipeluknya sosok itu. Itu ayahnya beserta ibu dan adik-beradiknya yang baru sahaja pulang dari pejabat polis untuk
mencari dirinya. Akhirnya, aku berada di rumah, bisik Qamar.
Kejadian hari tiu memberikan suatu pengajaran kepada Qamar. Keluarga merupakan tempat untuk kita
berteduh dan saling menyayangi. Kadangkala, ahli keluarga kita memiliki cara yang berbeza untuk mengungkapkan
perasaan kasih mereka terhadap kita. Namun begitu, kita harus yakin yang mereka mengasihi kita dan kita
seharusnya percaya akan hal itu. Qamar pasti yang dia tidak akan melawan kehendak ayah dan ibunya lagi. Dia
harus rajin belajar seperti apa yang diharapkan oleh keluarganya. Keluarga dan sahabat sukar didapati. Qamar
bertuah. Dia sangat bersyukur kerana mengenali Encik Abidin beserta isteri dan anak-anaknya telah memberikannya
kehangatan sesebuah keluarga yang didambakannya.

Latihan karangan untuk Penggal 3


Surat Kiriman Rasmi
28

Lampiran SKR T3/1


Latihan 5 :
1. Tulis sepucuk surat kepada sebuah syarikat bas untuk membuat aduan tentang khidmat dan
keadaan bas yang kurang memuaskan.
Di dalam surat kamu jelaskan aduan yang dikemukakan serta beri beberapa saranan
kepada syarikat bas itu untuk memperbaiki kelemahan-kelemahannya.

Kamu dikehendaki menggunakan nama dan alamat berikut:


Sazali bin Samad atau
Blok 470 Admiralty Link
# 07 - 407
Singapura 750 470

Sazliah binti Samad

Alamatkan surat kamu kepada :


Pengurus
Syarikat Bas StarBuzz
11 Woodlands Street 83
Singapura ( 738 489 )

29