Anda di halaman 1dari 1

Bilangan Jurnal

Minggu Internship

Keempat

Tarikh/ Peristiwa

31 Julai - 4 Ogos 2016

Kejadian

Mewarnakan Mural dan Projek Individu

Minggu ini merupakan minggu terakhir internship. Saya teruskan dengan projek
kumpulan iaitu melukis mural dan projek individu, iaitu kuiz tatabahasa. Kami mula
mewarnakan gambar-gambar yang telah dilakarkan pada minggu lepas. Dengan kerjasama
semua ahli, projek melukis mural boleh dilaksanakan dengan lancar dan berjaya. Kami telah
mengambil beberapa gambar untuk membuat laporan dan refleksi tentang projek ini.
Saya melaksanakan projek individu pada hari Selasa. Saya menyediakan 30 soalan
kuiz dan lima hadiah kepada lima orang murid yang mendapat markah yang paling tinggi.
Selepas murid menjawab soalan kuiz, saya mengutip semula kertas soalan dan
mengagihkan kepada murid yang lain untuk menyemak jawapan. Hal ini bertujuan untuk
menjimatkan masa supaya hadiah boleh diberikan kepada murid serta-merta. Oleh sebab
masa tidak mencukupi, saya tidak membincang soalan dengan murid di dalam kelas.
Selain melaksanakan projek, saya juga mengumpul data kajian tindakan supaya
boleh menulis laporan yang lengkap. Saya berjumpa dengan peserta kajian pada waktu pagi
seperti biasa. Minggu ini merupakan minggu terakhir, tindakan susulan pun sudah selesai
dilaksanakan oleh murid. Saya sudah boleh mula menganalisis data dan membuat laporan.

Disemak oleh:
___________________
(
Mentor

Anda mungkin juga menyukai