Anda di halaman 1dari 20

Pendekatan Inkuiri / 155

UNIT 10
PENDEKATAN INKUIRI
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, anda diharap dapat:
1. Menerangkan maksud am pendekatan atau strategi pengajaran dan pembelajaran
inkuiri.
2. Membincangkan beberapa jenis strategi pengajaran dan pembelajaran inkuiri.
3. Merancang aktiviti pembelajaran inkuiri deduktif dan induktif

PENGENALAN

Rajah 10.1 Kesan yang mungkin timbul akibat interaksi satu hala antara guru dengan murid
Sebagai seorang guru dan juga seorang pelajar, anda mungkin boleh memahami situasi
seperti dalam Rajah 10.1 di atas. Pada pendapat anda, apakah satu perkara penting yang mampu
mengubah kualiti interaksi antara guru dengan murid?

dakah anda sedar bahawa salah satu faktor yang lebih penting yang mempengaruhi
pembelajaran murid ialah stail pengajaran guru? Menyedari stail pengajaran pilihan sendiri boleh
membantu guru memahami dengan lebih baik tentang diri mereka sendiri dan bagaimana stail
pengajaran mereka dapat ditukar, diubahsuai, atau dibantu untuk menambah baik interaksi mereka
dengan murid sehingga membawa kepada peningkatan pembelajaran murid. Ini kerana, stail
pengajaran anda sedikit sebanyak menentukan pendekatan atau strategi pengajaran anda.

156 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1 & 2

Mari kita tentukan apakah stail pengajaran pilihan anda! Kenal pasti stail pengajaran pilihan
anda dengan menggunakan soal-selidik Grasha-Riechmann dengan melawati laman web di alamat
http://www.longleaf.net/teachingstyle.html. Selepas anda selesai, buat refleksi dapatan dengan
menjawab soalan berikut:
Adakah keputusan yang diperoleh konsisten dengan bagaimana anda melihat diri anda sendiri?
Adakah skor anda membantu anda melihat dengan lebih jelas bagaimana anda berperanan
sebagai seorang pendidik professional?
Adakah stail pengajaran pilihan anda secara optimum membantu murid mencapai matlamat
pembelajaran dalam mata pelajaran yang anda ajar? Adakah ia sejajar dengan tabii disiplin
tersebut? Stail pengajaran manakah pada pendapat anda sejajar dengan falsafah pengajaran
disiplin tumpuan anda? Bagaimana?

ISI KANDUNGAN
Apa itu pendekatan atau strategi pembelajaran inkuiri?

elepas lebih menyedari stail pengajaran dan mungkin juga falsafah pengajaran anda,
bagaimana sebenarnya kelakuan atau aksi pengajaran anda di bilik darjah? Rajah 10.1 dan
10.2 menunjukkan beberapa senario bilik darjah.

Rajah 10.2 Senario di bilik darjah yang melibatkan murid bekerja dalam kumpulan
Bolehkah anda mengenal pasti apakah perbezaan antara senario bilik darjah dalam Rajah
10.1 dengan Rajah 10.2? Rajah manakah merupakan senario yang biasa dilihat di bilik darjah pada
hari ini? Pada pendapat anda, apakah strategi dan kaedah pengajaran yang boleh membantu murid
lebih melibatkan diri dan berminat dengan pelajaran di bilik darjah?
Salah satu strategi tersebut ialah pengajaran dan pembelajaran inkuiri. Inilah konsep utama yang
kita akan bincang dalam unit pelajaran ini. Sebagai seseorang yang mempunyai pengalaman
mengajar, strategi pengajaran dan pembelajaran inkuiri pastinya merupakan sesuatu yang agak biasa
anda dengar.

Pendekatan Inkuiri / 157

Tuliskan satu atau dua ayat sendiri, apakah yang dimaksudkan dengan pendekatan atau
strategi pengajaran dan pembelajaran inkuiri.

__________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________

Idea utama tentang strategi pembelajaran inkuiri (kita akan gugurkan perkataan pengajaran selepas
ini bagi memberi penekanan kepada pengalaman pembelajaran murid berbanding pengajaran guru)
adalah ia merupakan satu pendekatan atau strategi yang berdasarkan satu atau dua persoalan atau
masalah utama yang hendak dijawab atau diselesaikan dan dari sana murid terlibat dalam merancang,
menyiasat, mengumpul data dan maklumat, membuat kesimpulan dengan menjawab persoalan atau
menyelesaikan masalah utama tadi dan diakhiri dengan menyampaikan dapatan itu kepada pihak lain.
Perhatikan jawapan anda. Jikalau anda menyatakan pembelajaran inkuiri merupakan kaedah
pengajaran yang memberi peluang murid melakukan eksperimen, maka anda telah menyempitkan
konsep itu kepada aktiviti di mana murid hanya menjalankan eksperimen dan tidak memasukkan
konsep menjalankan penyiasatan yang lebih luas. Terdapat juga salah faham yang menyatakan
pembelajaran inkuiri merupakan satu kaedah yang melibatkan banyak penyoalan guru. Perkara ini
tidak semestinya berlaku. Sudah tentu soalan diperlukan untuk membimbing murid berfikir, tetapi
kekerapan penyoalan banyak juga bergantung kepada faktor kebolehan murid dan tajuk yang hendak
diajar. Apa yang penting pembelajaran inkuiri mesti melibatkan proses mencari jawapan atau
penyelesaian kepada satu atau dua persoalan atau masalah utama.
Perkataan inkuiri itu sendiri merujuk kepada:
Proses mencari kebenaran/maklumat.
Proces mencari maklumat melalui penyoalan.
Proses yang bermula dengan menggunakan deria seperti melihat, mendengar, merasa,
memhidu (iaitu mempunyai ciri empirikal) namun kerap juga melalui intuisi dan imaginasi, untuk
mengumpul maklumat dan data.

Oleh itu, pengaplikasian konsep inkuiri kepada pengajaran dan pembelajaran menghasilkan satu
strategi pembelajaran yang mesti melibatkan penyoalan, mencari maklumat, merancang dan
menjalankan penyiasatan. Berdasarkan konsep ini pendekatan inkuiri merupakan pendekatan
pembelajaran yang selari dengan pembelajaran sains kerana keserasiannya dengan tabii sains itu
sendiri (iaitu bersifat empirikal, tentatif dan memerlukan ulasan kritikal pihak luar). Namun pendekatan
inkuiri juga sesuai diaplikasi kepada pembelajaran selain bidang sains.
Dalam satu-satu pembelajaran tidak semestinya semua aktiviti inkuiri di atas akan dilibatkan. Misalnya,
murid mungkin hanya dilibatkan dengan proses membentuk persoalan, mencari, menyusun,

158 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1 & 2

mensintesis serta menilai maklumat tanpa melibatkan eksperimen. Di bilik darjah, inkuiri bermula
apabila murid berhadapan dengan suatu persoalan utama yang perlu dijawab, masalah yang perlu
diselesaikan, atau suatu pemerhatian yang perlu dijelaskan (Bateman, 1990). Dengan lain perkataan,
pembelajaran inkuiri bermula dengan suatu persoalan utama berdasarkan pemerhatian, disusuli aktiviti
meneroka, menganalisis, mensintesis, dan mentafsir data, membuat kesimpulan berdasarkan bukti dan
berakhir dengan menyampaikan kesimpulan atau dapatan kepada pihak lain.

Isikan carta alir di bawah bagi menunjukkan secara ringkas proses pembelajaran inkuiri.

Rajah 10.3 Carta alir menunjukkan langkah-langkah utama pembelajaran inkuiri

Apakah aktiviti inkuiri yang boleh dijalankan di bilik darjah?

ktiviti inkuiri boleh terdiri daripada pelbagai jenis aktiviti bagi membantu murid membina
pengetahuan, kemahiran dan sikap serta nilai yang diharapkan. Aktiviti meneroka yang
melibatkan murid secara aktif sebaiknya dilakukan dalam kumpulan (walaupun ada masanya
murid perlu bertindak secara individu) kerana ini menyerupai aktiviti di tempat kerja kelak di mana
kebanyakan kerja dijalankan dalam pasukan. Aktiviti meneroka menyediakan peluang dan ruang
kepada murid membuat penyiasatan sebelum sebarang kesimpulan dibuat. Ini bermakna pembelajaran
inkuiri menitikberatkan bukti sebagai asas kepada apa-apa penjelasan atau kesimpulan yang dibuat. Ini
juga bermakna pembelajaran inkuiri bukan hanya memberi penekanan kepada hasil pembelajaran
bahkan juga proses bagaimana hasil pembelajaran itu dicapai. Persoalan seperti Apakah isi
kandungan yang telah dipelajari? sama pentingnya dengan persoalan Bagaimanakah kita tahu
sesuatu itu benar? Namun pembelajaran inkuiri perlu mempunyai matlamat yang lebih luas daripada
hanya memperolehi pengetahuan dan kemahiran serta proses yang berkaitan dengan sesuatu disiplin.
Dalam bidang sains misalnya, matlamat utama seharusnya adalah mencapai kebolehan

Pendekatan Inkuiri / 159

menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian yang akan membolehkan murid menjalani
kehidupan dengan bahagia dan berjaya serta menyumbang kepada masyarakat dan negara apabila
mereka menamatkan pengajian formal mereka kelak.
Berikut merupakan sebahagian aktiviti murid yang jika dirancang dan dilaksanakan dengan baik
mampu mengekalkan minat murid sepanjang tempoh pembelajaran inkuiri:
Merancang dan menjalankan aktiviti penyiasatan ringkas secara berkumpulan atau individu
Merancang dan menjalankan eksperimen penuh yang melibatkan pengumpulan data
menggunakan alat pengukur yang sesuai, mentafsir data, melukis graf, dan menulis laporan.
Mengumpul maklumat dengan membaca buku, dan sumber lain untuk mengetahui apa yang
telah didokumenkan tentang persoalan yang hendak dikaji dan kemudian mensintesis hasil
dapatan.
Membuat perbincangan dalam kumpulan di samping merujuk kepada sumber lain yang terdapat
di dalam dan/atau di luar bilik darjah.
Menyebarluaskan dapatan melalui persembahan di dalam dan/atau di luar bilik darjah dengan
kehadiran pihak luar seperti murid dan guru dari kelas yang berbeza, ibu bapa dan masyarakat
setempat.
Melibatkan diri secara aktif semasa guru menerang dengan bertanya dan menjawab soalan.
Melibatkan diri secara aktif semasa guru melakukan demonstrasi dengan membuat ramalan,
memerhati, dan menerangkan pemerhatian.

Bolehkah anda fikirkan apakah aktiviti inkuiri lain yang sesuai dijalankan dengan murid
anda? Adakah aktiviti yang anda fikirkan itu mampu menarik minat dan mengekalkan perhatian murid
sepanjang pengajaran berlangsung? Bagaimana?

Mengapa inkuiri diperlukan di bilik darjah?

agi mencapai matlamat yang murni ini salah satu keperluan utama adalah pembinaan
kemahiran berfikir aras tinggi. Dengan lain perkataan, murid yang melalui proses inkuiri sains di
bilik darjah, misalnya, bukan sahaja diharapkan memperolehi pengetahuan dan kefahaman
yang mendalam tentang fakta, konsep, hukum, dan teori sains tetapi juga kemahiran dan sikap
saintifik, kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, kemahiran metakognitif serta kemahiran-kemahiran
insaniah antaranya seperti kemahiran berkomunikasi, kemahiran belajar sepanjang hayat, kemahiran
kepimpinan dan kemahiran bekerja dalam pasukan. Kesemua harapan ini disandarkan kepada proses
inkuiri yang mementingkan penerokaan idea lebih daripada hafalan dan mengingat kembali fakta serta
penglibatan aktif murid sama ada secara individu atau berkumpulan.
Untuk mencapai matlamat ini, suasana bilik darjah yang menggalakkan penglibatan aktif murid dari
segi kognitif, psikomotor, dan emosi sangat diperlukan. Murid juga digalakkan memikul tanggungjawab
yang lebih besar terhadap pembelajaran mereka masing-masing dengan tidak terlalu bergantung
kepada guru untuk memberikan segala keperluan pembelajaran mereka. Hal ini kerana pembelajaran

160 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1 & 2

berasaskan inkuiri memberi peluang dan ruang kepada murid untuk bertanya soalan berasaskan
pengalaman dalam kehidupan seharian, menyiasat, dan membuat refleksi ke atas segala pengalaman
pembelajaran yang mereka lalui. Peluang dan ruang yang diberikan ini membolehkan murid membina
pengetahuan yang lebih bermakna kepada diri mereka selaras dengan premis utama teori
pembelajaran konstruktivisme yang menyatakan murid membina pengetahuan dan kefahaman sendiri
dengan mengkaitkan maklumat baru dengan pengetahuan sedia ada mereka. Proses ini juga
memupuk kesedaran bukan sahaja kepada kepentingan ilmu tetapi juga proses memperolehi ilmu itu
sehingga berkeupayaan membina kebolehan belajar sepanjang hayat. Ini bermakna guru perlu
mempunyai kepercayaan dan keyakinan bahawa murid berupaya belajar tanpa guru mencurahkan
secara terus ilmu di dada guru ke dalam minda murid seperti mencurahkan air ke dalam tong kosong.
Adakah anda bersetuju dengan hujah kelebihan pembelajaran inkuiri ini? Mengapa?

Apakah jenis-jenis strategi pembelajaran inkuiri?


Bagaimanakah anda mengkategori pelbagai jenis strategi pembelajaran inkuiri? Bolehkah
anda namakan beberapa jenis strategi atau kaedah pengajaran yang boleh dikategorikan sebagai
pembelajaran inkuiri?

nda mungkin telah menulis istilah seperti kaedah inkuiri-penemuan, inkuiri terbimbing, inkuiri
bebas, inkuiri deduktif dan induktif, pembelajaran berasaskan masalah, dan sebagainya.
Kesemuanya merupakan jawapan yang boleh diterima. Tetapi anda juga mungkin telah menulis
perkataan konstruktivisme. Jikalau benar, ini tidaklah begitu tepat. Konstruktivisme boleh dilihat
sebagai satu teori pembelajaran dan mungkin juga suatu falsafah (maksudnya yang lebih luas). Ia tidak
merujuk kepada satu kaedah pengajaran tertentu. Namun, pembelajaran inkuiri menyokong
sepenuhnya premis asas konstruktivisme.
Jikalau anda telah lupa apakah premis asas konstruktivisme tersebut, rujuk semula Unit 9,
atau layari Internet sekarang. Ini akan membantu anda memahami dengan lebih baik perbincangan kita
selepas ini.
Mari kita bincang lebih lanjut pelbagai jenis strategi pembelajaran inkuiri. Secara kasarnya, kita boleh
mengkategorikan strategi pembelajaran inkuiri kepada inkuiri induktif dan deduktif atau inkuiri
terbimbing dan terbuka/bebas. Walaupun labelnya berbeza, tidak semestinya keempat-empat kategori
di atas berbeza sama sekali. Rajah 10.4 di bawah menunjukkan pembahagian strategi pembelajaran
inkuiri mengikut kategorinya.

Pendekatan Inkuiri / 161

Pendekatan/Strategi
Pembelajaran Inkuiri

darjah pemusatan
murid

boleh dikategorikan berdasarkan

arah penaakulan yang


terlibat

Inkuiri
terbimbing

Inkuiri bebas/
terbuka

Inkuiri
deduktif

Inkuiri
induktif

Lebih rendah

Lebih tinggi

Am kepada spesifik

Spesifik kepada am

Rajah 10.4 Pembahagian pembelajaran inkuiri mengikut kategori tertentu

$%&(5!

Apakah perbezaan antara inkuiri deduktif dengan inkuiri induktif?


Inkuiri dikatakan deduktif apabila pembelajaran murid bergerak daripada generalisasi seperti
teori, hukum, atau prinsip kepada situasi atau contoh yang lebih spesifik dengan tujuan
mengesahkan generalisasi tersebut
Secara ringkasnya, pembelajaran murid bergerak daripada abstrak (am) kepada konkrit
(spesifik)
Inkuiri dikatakan induktif apabila pembelajaran murid bergerak daripada situasi atau contoh
spesifik kepada membuat generalisasi dan dalam proses itu menyebabkan murid menemui
prinsip, hukum, atau teori.
Secara ringkasnya, pembelajaran murid bergerak daripada konkrit kepada abstrak.

Untuk lebih memahami kedua-dua jenis inkuiri ini, analisis dialog antara guru dengan murid
di bawah ini dan kemudian huraikan bagaimana aktiviti pembelajaran ini boleh dikatakan
aktiviti pembelajaran inkuiri induktif. Dengan lain perkataan, apakah ciri yang ada pada
aktiviti tersebut yang selari dengan ciri aktiviti inkuiri induktif? Catatkan jawapan anda pada
ruangan yang disediakan bersebelahan dialog tersebut.

162 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1 & 2

Guru:Apakahyangmenyebabkanbolapingpongtimbulmanakalagulitenggelam?
Murid:Guliberat,bolapingpongringan
Guru:Adakahsebuahkapalyangberat,yangsedangbelayardikatakanterapung?
Murid:Yacikgu!
Guru:Bagaimanakapalyangberatbolehterapungsedangkanguliyanglebihringan
tenggelam?Ahmad?Siti,apapendapatkamu?
Ahmad:Mungkinsebabkapaladaudara
Siti:Airlautmasincikgu
Guru:Baiklahmuridmurid.Hariinikitaakansamasamamenyiasatapakahfaktor
yangmenentukantenggelamatauterapungnyasesuatuobjekitu.Cubaberikancikgu
satufaktoryangbolehmempengaruhitenggelamatautimbulnyasesuatuobjek,yang
kitabolehsiasat.
Murid1:Bentukobjekcikgu
Murid2:Saizobjek
Murid3:Jenisair
Guru:Jadikitaadatigafaktoryangakankitakaji.Bincangdalamkumpulan
bagaimanacaranyakitahendakmengkajiketigatigafaktortersebut.Bincangkanjuga
pembolehubahyangterlibat.Cikguberimasa5minit.Pastikansemuabekerjasama
supayakamudapatmanfaatkanmasa5minitsepenuhnya.
Masaperbincangantamat.
Guru:Dahbersediasemuauntukperbincangan?Nyatakandahuluapakahpersoalan
utamayangkitahendakkajihariini?Kumpulan2?
Murid:Apakahfaktorfaktoryangmenentukantenggelamatautimbulnyasesuatu
objekdalamair?
Guru:Bagus.Catatkanpersoalaninidalambukurekodamalikamusemua.Jelaskan
pulabagaimanakamubolehmenjawabpersoalanini?Kumpulan1?
Murid:Kitaubahsatufaktor,misalnyajenisair,danpadamasayangsamamenetapkan
faktoryangdualagi,iaitusaizdanbentukobjek.Kemudianmasukkan,misalnyaseketul
plastisinyangmempunyaisaizdanbentukyangsamainikedalamsekurang
kurangnyaduajenisair,iaituairbiasadanairgaram,Kitaperhatikansamaada
plastisintenggelamatautimbuldalamairyangberlainaninicikgu.Begitulah
seterusnyadenganfaktorsaizdanbentuk.
Guru:Sangatbagusperancangankamuituya.Bagaimanadengankumpulan3?
Murid:Perancangankamijugasepertikumpulan1cikgu.
Guru:Baiklah,bagusjikabegitu.Sekarangkamubolehlaksanakanperancangankamu
itu.

Pendekatan Inkuiri / 163

Dialog di atas merupakan bahagian awal aktiviti inkuiri dalam mata pelajaran sains tajuk
keapungan. Selepas murid selesai menjalankan penyiasatan mereka apakah yang
sepatutnya berlaku?

Sekarang giliran anda untuk memberi satu contoh spesifik aktiviti pembelajaran inkuiri
induktif yang boleh dijalankan bagi mata pelajaran tumpuan anda. Anda boleh menggunakan
format dialog di atas atau menghuraikan secara terus aktiviti inkuiri tersebut.
Apakah perbezaan antara inkuiri terbimbing dengan inkuiri bebas/terbuka?
Inkuiri dikatakan terbuka atau bebas jikalau murid diberi kebebasan mengenal pasti dan memilih
persoalan dan masalah sendiri untuk disiasat atau diselesaikan dan diikuti mereka bentuk dan
melaksanakan pelan penyiasatan mereka.
Inkuiri dikatakan terbimbing jikalau guru mengajukan soalan dan seterusnya bersama-sama
murid merancang penyiasatan sebelum murid melaksanakan perancangan itu.
Kerja amali yang telah disediakan langkah-langkah terperinci (recipe-based laboratory) yang
biasanya dijalankan murid di sekolah dan institusi pengajian lain mempunyai darjah bimbingan
yang sangat tinggi. Oleh itu sebahagian pendidik tidak mengiktiraf ia sebagai aktiviti inkuiri
kerana murid hanya perlu mengikut langkah-langkah yang diberi tanpa perlu menggunakan
kemahiran berfikir aras tinggi. Jadual 10.1 di bawah menunjukkan perbezaan antara amali
inkuiri dan amali berasaskan resipi (Wenning, 2005).
Jadual 10.1 Perbezaan antara amali berasaskan resipi dengan amali inkuiri
Amali berasaskan resipi
Dipacu langkah-langkah terperinci yang hanya
memerlukan kemahiran berfikir aras rendah
Biasanya menumpu kepada aktiviti mengesahkan
maklumat yang telah dipersembahkan dalam
perjumpaan terdahulu iaitu menggunakan proses
deduktif
Mengandaikan murid mempelajari tabii inkuiri
saintifik melalui pengalaman secara implicit: murid
melaksana reka bentuk yang ditetapkan
Jarang memberi peluang murid menangani
kesilapan, ketakpastian, dan miskonsepsi serta
membiarkan murid melakukan kesilapan

Amali inkuiri
Dipacu soalan yang memerlukan kemahiran
berfikir aras tinggi secara berterusan
Biasanya menumpu kepada aktiviti murid
mengumpul dan mentafsir data untuk menemui
konsep, hukum, teori iaitu menggunakan proses
induktif
Memerlukan murid mencipta reka bentuk
eksperimen terkawal serta mengenal pasti dan
mengawal pemboleh ubah secara sendiri
Kerap membenarkan murid melakukan kesilapan
dan belajar daripada kesilapan tersebut. Cara ini
lebih konsisten dengan amalan saintifik yang
autentik

Namun inkuiri terbimbing dan terbuka ini lebih sesuai dilihat sebagai penghujung satu kontinuum
pendekatan inkuiri seperti digambarkan dalam Rajah 10.5.

164 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1 & 2

Inkuiri terbimbing
Rendah
Guru

Inkuiri terbuka
Kecanggihan intelektual murid
Pusat kawalan

Tinggi
Murid

Rajah 10.5 Kontinuum pendekatan inkuiri berdasarkan darjah bimbingan guru

Bagaimana melaksanakan pembelajaran inkuiri menggunakan model pengajaran


yang berasaskan pendekatan konstruktivisme?

erikut ialah huraian bagaimana melaksanakan pembelajaran inkuiri yang sesuai dengan konteks
sekolah sekarang dengan penerangan ringkas perbezaan dalam melaksanakan setiap kategori
am inkuiri yang dinyatakan (di mana perlu). Huraian langkah-langkah ini juga memasukkan
unsur-unsur pendekatan konstruktivisme di mana sesuai (misalnya aktiviti mencungkil idea yang
dijalankan pada langkah pertama). Tiada perbezaan antara semua kategori inkuiri bagi langkah 1, 7
dan 8. Rajah 10.2 menunjukkan gambar rajah kitar lengkap pembelajaran inkuiri.
Langkah 1: Gunakan 5-10 minit peringkat permulaan pengajaran untuk memperkenalkan tajuk dan
menerangkan hasil pembelajaran (ini merupakan ciri pendekatan Masteri) serta mencungkil idea sedia
ada murid tentang tajuk atau konsep yang hendak diajar. Terdapat pelbagai cara mencungkil idea
seperti penyoalan lisan keseluruhan kelas, perbincangan kumpulan, membuat demonstrasi
menggunakan teknik Ramal-Perhati-Terang (Predict-Observe-Explain, POE), menjalankan kuiz pendek
atau ujian diagnostik, penggunaan Kartun Konsep, Peta Konsep, dan Peristiwa Bercanggah
(Discrepant events). Lihat Unit 5, Modul 1 untuk huraian beberapa cara mencungkil idea. Kaitkan tajuk
atau konsep yang hendak diajar dengan fenomena harian, sebaiknya yang ada kaitan rapat dengan
murid serta rangsang sifat ingin tahu murid sehingga mampu menimbulkan persoalan dalam minda
murid.
Langkah 2: Mulakan dengan persoalan utama yang perlu dijawab atau masalah yang perlu
diselesaikan. Jikalau persoalan utama dijana guru, maka pembelajaran inkuiri lebih terbimbing.
Sebaliknya, jika persoalan utama dijana atau datang daripada murid sendiri maka pembelajaran inkuiri
lebih terbuka. Tiada perbezaan antara inkuiri deduktif dan induktif pada langkah ini.
Langkah 3: Beri masa murid memikir dan menjana hipotesis. Senaraikan semua hipotesis yang diberi
murid. Darjah bimbingan bergantung kepada sejauh mana guru membantu murid menjana hipotesis.
Lebih banyak guru membantu, pembelajaran inkuiri lebih terbimbing. Sebaliknya jikalau murid lebih
banyak berdikari dalam menjana hipotesis, maka pembelajaran inkuiri lebih terbuka. Langkah seperti di
atas ini juga dijalankan bagi pembelajaran inkuiri induktif. Sebaliknya bagi inkuiri deduktif, guru akan
terus menerangkan jawapan kepada persoalan utama tersebut, iaitu menyatakan generalisasi.

Pendekatan Inkuiri / 165

Langkah 4: Miinta murid mereka bentuk aktiviti meneroka (contohnya menjalankan aktiviti penyiasatan
ringkas, mengeksperimen, perbincangan, atau mencari dan mensintesis maklumat). Darjah bimbingan
bergantung kepada sejauh mana guru membantu murid mereka bentuk aktiviti meneroka. Darjah
bimbingan sebenarnya banyak bergantung kepada faktor murid, kemudahan yang ada, persekitaran,
tajuk, masa pembelajaran, dan sebagainya. Sebagai contoh, jikalau guru mempunyai masa yang
terhad tetapi menginginkan murid menjalankan eksperimen, guru akan menyediakan langkah-langkah
secara terperinci tanpa banyak berbincang dengan murid tentang apa yang harus mereka lakukan.
Namun, perlu diingat, seperti yang dibincangkan sebelum ini, ada pihak yang berpendapat aktiviti
seperti ini bukanlah aktiviti inkuiri (Wenning, 2005a). Tiada perbezaan besar antara aktiviti inkuiri
deduktif dengan induktif pada langkah ini. Perbezaan lebih kepada tujuan aktiviti meneroka dijalankan,
di mana aktiviti meneroka yang lebih kepada menjelas dan mengesahkan generalisasi atau konsep
merupakan aktiviti inkuiri deduktif manakala aktiviti meneroka bagi tujuan menemui sesuatu konsep
atau generalisasi merupakan aktiviti inkuiri induktif.
Langkah 5: Beri masa murid menjalankan aktiviti meneroka yang telah dibincangkan bersama (inkuiri
terbimbing) atau dijana sepenuhnya oleh murid (inkuiri terbuka), sebaiknya dalam kumpulan. Guru
bergerak dari satu kumpulan ke kumpulan yang lain sambil membantu, menyoal, mencabar, dan
menaksir (proses inkuiri dan kefahaman murid). Aktiviti boleh dijalankan di dalam atau luar bilik darjah.
Aktiviti meneroka melibatkan murid membuat pencarian, pemerhatian, mengumpul, menganalisis dan
menginterpretasi data, dan akhirnya membuat kesimpulan dan menjawab persoalan dalam kumpulan.
Langkah 6: Beri masa murid membentang dapatan dan kesimpulan dengan memberi penerangan dan
hujah masing-masing. Guru menggalakkan murid lain bertanya dan berbincang. Proses membuat
kesimpulan lebih mencabar jikalau inkuiri induktif dilaksanakan tetapi lebih berkesan dalam membantu
murid membina dan mengasah kemahiran berfikir aras tinggi. Satu siri penyoalan mungkin diperlukan
bagi membantu murid menemui konsep atau generalisasi yang dikehendaki. Guru kemudian
melabelkannya menggunakan istilah teknikal (di mana perlu) dan membuat peneguhan dengan sedikit
penerangan. Sebaliknya proses membuat kesimpulan adalah jauh lebih mudah jikalau inkuiri deduktif
dijalankan kerana konsep atau generalisasi telah didedahkan pada peringkat awal langkah 3. Usaha
akan lebih banyak ditumpukan bagi mengaitkan bukti-bukti kepada generalisasi tersebut.
Langkah 7: Wujudkan situasi atau konteks baru yang berkait dengan kehidupan seharian dan beri
peluang murid mengaplikasi konsep atau generalisasi yang telah dibina dengan meminta murid
menyelesaikan masalah dalam situasi atau konteks baru tersebut.
Langkah 8: Tutup pembelajaran dengan meminta murid membuat refleksi tentang apa yang mereka
telah pelajari, bagaimana mereka berjaya membuat kesimpulan tersebut, dan membandingkannya
dengan idea asal yang mereka beri di peringkat awal pembelajaran. Taksir kefahaman murid melalui
aktiviti seperti kuiz pendek, soalan lisan, membina peta konsep atau peta minda, dan sebagainya.
Kaitkan dengan tajuk akan datang dan beri murid tugasan lanjutan atau kerja rumah.

166 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1 & 2

1. Cungkil
idea dan
rangsang sifat
ingin tahu

2. Kenal pasti/
jana
persoalan
utama

8. Buat
refleksi

3. Jana
hipotesis

7. Aplikasi
kesimpulan
dalam situasi
baru

4. Rancang
dan reka
bentuk aktiviti
meneroka

6. Bentang
dapatan dan
kesimpulan

5. Jalankan
aktiviti,
analisis data,
dan buat
kesimpulan

Rajah 10.6 Kitar lengkap pembelajaran inkuiri berdasarkan pendekatan konstruktivisme

Rancang langkah 2 hingga langkah 6 bagi satu tajuk tertentu dalam mata pelajaran tumpuan
anda menggunakan pendekatan inkuiri induktif atau deduktif. Kenal pasti sekurangkurangnya satu hasil pembelajaran yang ingin dicapai. Kemudian, bagi setiap langkah,
huraikan dengan terperinci aktiviti guru dan murid yang bersesuaian dengan hasil pembelajaran yang
ingin dicapai. Gunakan Jadual 10.2 untuk mencatat rancangan anda.

Pendekatan Inkuiri / 167

Jadual 10.2 Rancangan aktiviti pembelajaran inkuiri


Hasil Pembelajaran:
1.
2.
Langkah

Aktiviti guru

Aktiviti murid

Adakah pembelajaran inkuiri sesuai dijalankan dalam semua keadaan?

esesuaian kaedah inkuiri ini banyak bergantung kepada matlamat atau tujuan sesuatu proses
pembelajaran itu di samping faktor lain seperti kesediaan guru, kebolehan murid, kelengkapan
makmal dan akses kepada sumber pembelajaran (misalnya bahan bercetak, model-model,
Internet dan sebagainya). Ada pendapat yang mengatakan kaedah ini tidak sesuai dijalankan dengan
murid yang lambat atau kurang cerdas. Ini tidak benar sama sekali. Ini kerana pembelajaran inkuiri
boleh disesuaikan dengan kebolehan murid dengan mengubah-ubah darjah bimbingan guru. Dengan
lain perkataan, murid yang lambat mungkin perlu darjah bimbingan yang lebih tinggi. Walau
bagaimanapun, dari sudut matlamat pembelajaran dan pembinaan insan, kaedah ini sesuai digunakan
apabila;
proses pembelajaran sama pentingya dengan hasil pembelajaran
kemahiran berfikir, kemahiran saintifik, sikap saintifik, nilai-nilai murni dan kemahiran insaniah
merupakan sebahagian daripada hasil pembelajaran yang diinginkan
kefahaman konsep dan generalisasi (misalnya hukum dan teori) secara mendalam dan tahan
lama merupakan penekanan
motivasi intrinsik ditekankan di mana sifat ingin tahu murid dikekal serta ditingkatkan
ada masalah yang perlu diselesaikan yang mungkin melibatkan lebih daripada satu
penyelesaian
kebolehan belajar sepanjang hayat diinginkan

168 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1 & 2

Kaedah ini tidak sesuai digunakan apabila;


maklumat terperinci yang banyak perlu disampaikan
pembinaan kemahiran mengikut langkah-langkah tertentu diinginkan misalnya membina
kemahiran mengukur menggunakan alat-alat pengukuran, melukis gambarajah sinar, melukis
gambarajah litar, membaca, mengira, dan sebagainya
penghafalan dan ingat kembali yang pantas diperlukan

Apakah antara cabaran melaksanakan pembelajaran inkuiri dan bagaimana cara


mengatasinya?

idak dapat dinafikan terdapat pelbagai cabaran dalam melaksanakan pembelajaran inkuiri di bilik
darjah.Terdapat beberapa faktor yang mampu menggagalkan usaha menjalankan pembelajaran
inkuiri jikalau tidak dijajarkan dengan hasil pembelajaran yang diharapkan.

Setelah anda melalui perbincangan di atas dan diharap lebih memahami konsep
pembelajaran inkuiri, bolehkah anda dengan yakin mengatakan anda sudahpun melaksanakan
pembelajaran inkuiri secara konsisten di bilik darjah anda? Mengapa?
Salah satu sebab yang biasa disuarakan guru yang tidak atau kurang melaksanakan pembelajaran
inkuiri adalah masa yang tidak mencukupi untuk menghabiskan sukatan pelajaran. Adakah ini benar
bagi diri anda? Cabaran ini sebenarnya berkait rapat dengan isu penaksiran murid yang merupakan
cabaran yang besar kepada pelaksanaan pembelajaran inkuiri. Hal ini kerana dalam konteks
penaksiran yang diamalkan di Malaysia sekarang, penaksiran memberi penekanan yang tidak
seimbang antara penguasaan isi kandungan dengan proses mencapai penguasaan isi kandungan
tersebut.
Kita tidak boleh menafikan bahawa apa yang ditaksir merupakan petunjuk penting kepada apa dan
bagaimana ia diajar dan dipelajari. Sistem penaksiran yang lebih mementingkan penguasaan isi
kandungan akan memberi petunjuk kepada guru, murid, dan semua yang ada kepentingan dalam
pendidikan menitikberatkan pencapaian kognitif sahaja serta meminggirkan pembinaan kemahiran,
sikap, dan nilai tertentu. Oleh itu masa pembelajaran murid banyak difokuskan kepada mendengar
penerangan guru supaya silibus dapat dihabiskan dengan pantas bagi memberi lebih masa untuk latih
tubi.
Perkara ini sebenarnya disedari pelbagai pihak dan terkini beberapa perbincangan dilaksanakan untuk
melihat semula sistem penaksiran kebangsaan supaya lebih terarah kepada konsep pembelajaran
untuk membantu murid mencapai ketiga-tiga komponen hasil pembelajaran (kognitif, kemahiran, dan
afektif termasuk kerohanian) bagi pembentukan insan yang seimbang selaras dengan Falsafah
Pendidikan Negara melalui sistem penaksiran berasaskan sekolah. Sistem penaksiran baharu ini
memerlukan penaksiran dijalankan secara berterusan di peringkat sekolah yang dikendalikan guru
masing-masing. Keadaan ini merupakan satu lagi cabaran baharu yang memerlukan komitmen dan
kefahaman mendalam setiap warga pendidik terhadap hasrat yang ingin dicapai melalui sistem

Pendekatan Inkuiri / 169

penaksiran berasaskan sekolah ini. Usaha berterusan diperlukan bagi membantu guru menyesuaikan
diri dan seterusnya dapat menerima dengan hati yang terbuka cara baharu menaksir murid ini.
Satu sebab lain yang mungkin jarang atau tidak disuarakan guru adalah kurangnya kemahiran guru
sendiri dalam melaksanakan pembelajaran inkuiri. Kebanyakan guru dan tenaga pengajar masih raguragu dalam melaksanakan pengajaran menggunakan strategi inkuiri kerana mereka biasanya tidak
belajar cara begini semasa di sekolah atau semasa menjalani persediaan mengajar di universiti.
Wenning (2005) berpendapat pendedahan tentang strategi pembelajaran inkuiri semasa latihan guru di
institusi pendidikan tinggi yang lebih banyak disampaikan melalui syarahan berbanding cara lain yang
melibatkan murid secara aktif tidak banyak membantu bakal guru mahir dalam menjalankan
pengajaran berciri inkuiri. Masalah ini dapat ditangani jikalau pihak tenaga pengajar di institusi yang
melatih guru mengubah atau sekurang-kurangnya meminimumkan cara pengajaran terus kepada
pengajaran yang memodelkan pembelajaran inkuiri dengan cara menggunakan strategi tersebut
semasa pengajaran kedua-dua jenis kursus iaitu kursus yang menekankan penguasaan isi kandungan
bidang pengkhususan dan kursus pendidikan terutama kursus kaedah mengajar.
Kemudahan peralatan, bahan bantu mengajar dan belajar serta sumber lain sangat penting dalam
menjayakan pembelajaran inkuiri. Ini kerana pembelajaran inkuiri menitikberatkan penglibatan aktif
murid memanipulasi peralatan dan bahan dalam meneroka sesuatu konsep atau generalisasi supaya
proses pembinaan kefahaman berlaku secara bermakna dengan adanya bukti secara langsung. Oleh
itu, kekurangan kemudahan juga mampu menjadi penyebab kepada kurangnya usaha guru
melaksanakan pembelajaran inkuiri. Pihak sekolah dan guru perlu sentiasa peka tentang keperluan ini
dengan merancang awal dan mengambil tindakan yang sesuai sebelum sesi persekolahan bermula
untuk memastikan kemudahan ini ada dan mencukupi apabila diperlukan dan kemudahan yang ada
dimanfaatkan sepenuhnya oleh guru. Ini juga terpakai bagi institusi pendidikan lain yang melaksanakan
pembelajaran inkuiri.
Anda mungkin mempunyai sebab-sebab lain untuk tidak cenderung melaksanakan
pembelajaran inkuiri yang tidak dibincangkan di atas (jika ada) atau pernah mendengar sebab-sebab
tertentu daripada rakan sekerja. Mampukah anda memikirkan cara mengatasinya?

Cari maklumat melalui buku-buku rujukan, artikel jurnal dan laman web bagi mendapatkan
cadangan lebih lanjut bagaimana menghadapi cabaran tersebut. Bak kata pepatah, hendak seribu
daya, tak hendak seribu dalih.

170 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1 & 2

RUMUSAN
1. Pembelajaran inkuiri merupakan pendekatan atau strategi pengajaran dan pembelajaran yang

berdasarkan satu atau dua persoalan atau masalah utama yang hendak dijawab atau
diselesaikan dan dari sana murid terlibat dalam merancang, menyiasat, mengumpul data dan
maklumat, membuat kesimpulan dengan menjawab persoalan atau menyelesaikan masalah
utama tadi dan diakhiri dengan menyampaikan dapatan itu kepada pihak lain.
2. Pembelajaran inkuiri menekankan kedua-dua hasil dan proses pembelajaran. Oleh itu, strategi

ini mempunyai kelebihan membantu murid bukan sahaja mendapat pengetahuan dalam
sesuatu disiplin ilmu bahkan juga membina dan meningkatkan kemahiran, sikap, dan nilai
yang dihargai dalam disiplin tersebut dan juga kemahiran insaniah yang merentas disiplin.
3. Strategi pembelajaran inkuiri boleh dikategorikan kepada inkuiri deduktif dan inkuiri induktif

atau inkuiri terbuka/bebas dan inkuiri terbimbing.


4. Pembelajaran inkuiri deduktif melibatkan proses penaakulan dari sesuatu generalisasi kepada

contoh yang lebih spesifik atau konkrit, bertujuan mengesahkan generalisasi tersebut
manakala pembelajaran inkuiri induktif adalah sebaliknya iaitu melibatkan proses penaakulan
dari contoh-contoh spesifik atau konkrit kepada penemuan sesuatu generalisasi (contohnya
teori, prinsip, dan hukum).
5. Inkuiri terbimbing dan inkuiri terbuka/bebas merupakan penghujung satu kontinuum

pembelajaran inkuiri dari sudut darjah pemusatan murid/guru dan kecanggihan intelek murid di
mana inkuiri terbuka/bebas mempunyai darjah pemusatan murid dan keperluan intektual murid
yang lebih tinggi berbanding inkuiri terbimbing.
6. Langkah-langkah utama pembelajaran inkuiri adalah:

a.
b.
c.
d.

Mengenal pasti satu persoalan atau masalah utama yang perlu dijawab atau diselesaikan
Merancang dan melaksanakan aktiviti penerokaan dan penyiasatan
Membuat kesimpulan dengan menjawab persoalan dan menyelesaikan masalah
Menyampaikan dapatan kepada pihak lain

7. Pelaksanaan pembelajaran inkuiri di sekolah dan di institusi pendidikan lain menghadapi banyak

cabaran, antaranya sistem penaksiran yang mementingkan aspek kognitif dengan meminggirkan
aspek kemahiran dan nilai, kemahiran guru yang terhad dalam melaksanakan pembelajaran
inkuiri secara berkesan, dan kemudahan serta peralatan yang tidak dapat memenuhi keperluan
semua murid.

Pendekatan Inkuiri / 171

PETA KONSEP
D

Isikan tempat kosong dengan istilah atau frasa yang sesuai bagi melengkapkan Peta
Konsep di bawah.

Strategipembelajaraninkuiri
bolehdikategorikanmengikut
________________________________

Inkuriterbimbing

Inkuiriterbuka/bebas

________________________________

Inkuirideduktif

Inkuiriinduktif

dilaksanakanmengikut4langkahutama
iaitupertama,mengenalpasti

memerlukanlebih

melibatkanpenaakulandari

kedua,merancangdanmelaksanakan
______ _______

Bimbinganguru

ketiga,membuat

kepada

dankeempat,menyampaikan

172 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1 & 2

KATA KUNCI
1.
2.
3.
4.
5.

Strategi pembelajaran inkuiri


Inkuiri terbimbing
Inkuiri terbuka
Inkuiri deduktif
Inkuiri induktif

6. Persoalan utama
7. Merancang
8. Meneroka
9.Membuat kesimpulan
10.Menyampaikan dapatan

PENILAIAN KENDIRI
1. Dengan menggunakan perkataan sendiri, huraikan apa yang dimaksudkan dengan strategi
pembelajaran inkuiri?
2. Senaraikan ciri utama yang menunjukkan sesuatu pembelajaran itu dikatakan sebagai
pembelajaran inkuiri.
3. Apakah perbezaan utama antara inkuiri deduktif dengan inkuiri induktif? Bagaimana pula
perbezaan antara inkuiri terbimbing dengan inkuiri terbuka/bebas?
4. Apakah yang membezakan antara pembelajaran inkuiri dengan pengajaran terus melalui
penerangan guru?
5. Adakah kebaikan pembelajaran inkuiri dapat memotivasikan anda untuk secara konsisten
melaksanakannya di bilik darjah anda? Jika ya, bagaimanakah anda akan memanfaatkan
kelebihannya dan pada masa yang sama cuba mengatasi cabaran yang datang bersama
pelaksanaan kaedah tersebut? Jika tidak, apakah faktor yang menghalang keinginan anda
daripada melaksanakan pembelajaran inkuiri secara konsisten? Bagaimanakah kemungkinan
cara mengatasinya?

RUJUKAN
Bateman, W. L. (1990). Open to questions: The art of teaching and learning by inquiry. San Francisco:
Jossey-Bass.
Wenning, C.J. (2005a). Levels of inquiry: Hierarchies of pedagogical practices and inquiry processes.
Journal
of
Physics
Teacher
Education
Online,
2(3),
3-11.
Available:
http://www.phy.ilstu.edu/jpteo/
Nurulhuda Abd Rahman, et. al. (Eds.). (2011). Manual Instruksi KPD3016 dan dan KPD3026
Pengajaran, Teknologi, dan Penaksiran. Tanjong Malim: Fakulti Pendidikan dan Pembangunan
Manusia, UPSI

Pendekatan Inkuiri / 173

JAWAPAN SERTA MAKLUM BALAS


A

Mengenalpas9
persoalan/
masalahutama

Merancangdan
melaksanakan
aktvi9meneroka

Menjawab
persoalan
dan
membuat
kesimpulan

Menyampaikan
dapatan

Persoalan atau masalah utama boleh datang daripada guru dan/atau murid sendiri. Pendekatan inkuiri
yang lebih terbuka memberi peluang kepada murid menjana persoalan dan merancang penyiasatan
sendiri.

Aktiviti dimulai dengan satu persoalan utama yang boleh dikaji iaitu apakah faktor yang
menentukan tenggelam atau timbulnya sesuatu objek? Kemudian murid diberi peluang
menjana hipotesis, merancang aktiviti penyiasatan, mengawal pemboleh ubah serta
melaksanakan aktiviti mengikut perancangan mereka.

Murid melaksanakan aktiviti mengikut perancangan mereka. Aktiviti termasuklah


mengumpul, merekod, menganalisis dan mentafsir data serta membuat kesimpulan dengan
menjawab persoalan utama. Akhirnya murid menyampaikan dapatan kepada kelas. Guru
menyoal lebih lanjut dan memberi maklum balas.

174 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1 & 2

D
Strategipembelajaraninkuiri
bolehdikategorikanmengikut
darjahbimbingangurusebagai

Inkuriterbimbing

arahpenaakulanyangterlibatsebagai

Inkuiriterbuka/bebas

Inkuirideduktif

Inkuiriinduktif

dilaksanakanmengikut4langkahutama
iaitupertama,mengenalpasti

memerlukanlebih

Persoalanutama

melibatkanpenaakulandari

kedua,merancangdanmelaksanakan
tinggi rendah
Aktivitimeneroka
Bimbinganguru

ketiga,membuat

Generalisasi

Contohspesifik
kepada

Kesimpulan
dankeempat,menyampaikan

Dapatan

Lawati MyGuru2 untuk mengambil Ujian 1 dalam talian.

Anda mungkin juga menyukai