Anda di halaman 1dari 15

Sinopsis keseluruhan

Novel ini mengisahkan tentang seorang remaja bernama Haiqal Haqimi. Dia hidup bersama
ibu dan ayah tirinya.Suatu hari, Haiqal didatangi sebuah manuskrip lama yang didalmnya
terdapat hasil penulisan ayah kandungnya. Teruja dengan kandungan nmanuskrip iyu, Haiqal
bertekad untuk mencari jejak kehidupan arwah ayah kandungnya itu di sebuah kampung di
Batu Pahat, Johor. Keputusannya untuk ke kampung arwahayahnya mendapat tentangan
daripada uminya. Umi melarang Haiqal ke Johor atas sebab-sebab tertentu. Hubungan umi
dan ayah kandung Haiqal sesungguhnya tidak bahagia sehingga berpisah. Umi membawa
Haiqal tinggal bersamanya di Kuala Terengganu. Ayah Haiqal, Abdullah bin Kayan tinggal
kesepian di Johor. Hidupnya kesepian, keseorangan dan dihurung kerinduan terhadap
anaknya. Haiqal telah membuat keputusan bahawa dia tetap akan pergi walaupun uminya
melarang keras keputusannya itu. Uminya tidak mahu Haiqal mengikuti jalan hidup seperti
arwah ayah kandungnya. Haiqal tidak diberikan sebarang wang perbelanjaan untuk kesana.
Sesampai di Kampung Seri Purnama, Haiqal disambut mesra oleh penduduk kampung. Hal
ini dikatakan demikian kerana ayah kandung haiqal seorang yang sangat disegani di sana.
Sedikit demi sedikit Haiqal mula mengetahui mengenai arwah ayahnya melalui peceritaan
penduduk-penduduk kampung di situ. Terdapat sedikit ilmu mengenai tarian zapin di dalam
novel ini. Beliau juga seorang yang amat mecintai sastera. Dari situlah perlahan-lahan Haiqal
mengenali ayah kandungnya. Semenjak ayahnya meninggal dunia , Kampung Seri Purnama
kehilangan orang penting untuk memperkenalkan tarian zapin ini. Sebelum pulang, Haiqal
ingin kumpulan zapin D'Purnama membuat persembahan zapin. Haiqal dan See Hwa menari
bersama-sama. Haiqal sangat terharu kerana umi, walid, dan adik tirinya turut memberkikan
sokongan. Dendam uminya terhadap Abdullah bin Kayan telah melebur apabila dia datang ke
Kampung Seri Purnama untuk menyaksikan Haiqal menari.

BAB 1
Selepas Haiqal menerima manuskrip itu, perasaan Haiqal seolah-olah ditarik untuk
membacanya seperti ada daya tarikan magnet terhadapnya. Haiqal begegas pulang ke rumah
untuk membaca manuskrip itu secepat mungkin. Cara taipan di dalam manuskrip itu sangat
kemas dan teratur memberikan keselesaan kepada mata setiap yang membacanya. Dia seperti
berada di dalam alam Abdullah Bin Kayan tatkala membaca manuskrip itu. Nama Abdullah
bin Kayan pernah terbit dari mulut uminya membuatkan Haiqal tertanya-tanya sejarah hidup
beliau. Apabila Haiqal bertanyakan lebih lanjut berkaitan individu tersebut kepada uminya,
uminya cuba untuk mengelak daripada menjawab pertanyaan anaknya yang cuba untuk
menyingkap identiti individu tersebut. Haiqal terimbau kembali memori hidupnya pada
umurnya 6 tahun. Uminya menyatakan yang walidnya sekarang ini, Abdul Fatah bukanlah
bapa kandungnya. Uminya berasa sebak untuk menyatakan perkara tersebut di samping
memberikan pelukan yang hangat kepada anaknya. Haiqal juga turut sebak apabila melihat
uminya menangis.

BAB 2
Suasana petang yang amat mendamaikan di kawasan Pantai Batu Buruk. Haiqal menikmati
segelas teh tarik dan sepiring keropok lekor di sebuah gerai yang menghadap ke pantai.
Ketika Haiqal sedang asyik menikmati juadahnya, seorang gadis duduk di hadapannya sambil
tersenyum.
Haiqal begitu mengagumi gadis yang bernama Ratna itu. Ratna mempunyai cita-cita yang
tinggi untuk menjadi usahawan yang berjaya. Walaupun Ratna tidak berjaya dalam SPM,
Ratna tidak pernah berputus asa. Impian Ratna ialah ingin memiliki restoran sendiri di bandar
Kuala Terengganu. Dia juga senang berkawan dengan Haiqal kerana Haiqal memberi
semangat kepadanya. Haiqal juga sempat menyembunyikan kekecewaannya apabila gagal
ditempatkan di institut pengajian tinggi. Namun begitu, Haiqal menempatkan dirinya di
tingkatan enam aliran sastera. Haiqal bercadang untuk menghayati manuskrip ayahnya
sementara menunggu keputusan STPM.
Kemudian, Haiqal mengajak Ratna berjalan-jalan di pantai. Mereka berjalan beriringan
menuju ke arah pantai. Pantai itu telah mengingatkan Haiqal kepada ayahnya. Di pantai itulah
ayahnya bertemu dengan uminya. Ratna bertanyakan tentang umi dan ayahnya. Namun,
Haiqal akan menemui jawapannya setelah membaca manuskrip itu. Rupa-rupanya, uminya
tidak mengetahui manuskrip yang dikirimkan oleh seorang yang berbangsa cina, Ong See
Hwa menggunakan pos laju. Alamat Ong See Hwa sama dengan alamat yang tercatat dalam
sijil kelahirannya iaitu di Johor.

BAB 3
(I)
Secangkir kopi o pekat menjadi penemanku untuk bersengkang mata sehingga dinihari.
Aku teringatkan anak kecil itu tadi. Aku tertarik hati melihat dia mengikut rentak tari penaripenari

yang

sedang

berlatih

menari

dengan

gembira.

Apabila

menyedari

aku

memerhatikannya, dia tersipu-sipu dan dia segera berlari mendapatkan ayahnya. Keletahnya
amat

menghiburkan

aku.

Bunyi alat-alat muzik yang saling bertingkah enak untuk didengar. Irama berentak
jingcat, masri,melayu dan alip-alip yang silih berganti amat mengasyikkan. Aku mengagumi
rakan-rakan sebayaku yang gigih berlatih menari zapin. Golongan vateran di kampungku
amat bersungguh-sungguh mengajarkan tarian zapin kepada generasi muda. Aku akan datang
ke balai raya untuk belajar meskipun aku tidak mahir menari zapin. Selesai berlatih zapin,
kami

akan

duduk

di

warung

Pak

Dolah

untuk

bersembang-sembang.

Suatu malam sebelum aku pulang ke rumah , aku berborak-borak dengan Tauke Lim .
Tauke Lim sempat bergurau denganku membuatkan aku ketawa . Aku terus memuji Ai Ling
yang mempunyai bakat dalam tarian zapin . Aku bercadangkan kepada Tauke Lim untuk
membenarkan Ai Ling menyertai kumpulan zapin kanak-kanak yang sedang aku asuh
sekarang

tetapi

Ai

Ling

seorang

yang

sangat

pemalu

Sebenarnya apabila teringat Ai Ling , aku akan teringat Aiman yang seusia dengannya .
Terubat rinduku terhadap Aiman Apabila melihat Ai Ling . Ai Ling bukan sahaja periang
malah

manja

Kopi yang telah ku bancuh tadi kini ku hirup. Mataku payah hendak lelap sejak
kebelakangan ini. Kadang-kadang aku melaksanakan tugas, bersembang dengan Tauke Lim
atau menulis puisi atau cerpen. Ilham adakalanya datang dan adakalanya tiada.
Aku melihat kearah rumah Tauke Lim . Tanah yang didiaminya sebenarnya dibeli
daripada arwah ayahku yang pada asalnya tanah itu merupakan kebun getah yang terbiar .
Suatu petang , Tauke Lim bertemu dengan ayahku dan berbual-bual tentang kebun getah
milik ayah . Sebelah malamnya pula , ayah memberitahu ibu tentang kehadiran Tauke Lim ke
sini . Ayah juga bercerita tentang Tauke Lim sebelum dia ke kampung ini .
Hubungan ayah dan Tauke Lim bertambah akrab. Dia akan membawa keluarganya ke
rumahku jika ada masa lapang dengan membawa buah tangan. Tauke Lim amat rajin. Dia dan
isterinya akan menoreh getah pada sebelah pagi dan meronda untuk meraih hasil-hasil

kampung untuk dijual pada sebelah petang. Hasil kegigihannya,Tauke Lim dapat
mengumpulkan wang dan membeli setengah ekar kebun getah ayah untuk dijadikan tapak
rumah

yang

kekal

sehingga

hari

ini.

Dalam diam , sudah hampir lapan belas tahun Tauke Lim menetap di desa ini . Anak
sulungnya kini sedang melanjutkan pengajian di Universiti Malaya dan Ai Ching akan
menduduki peperiksaan SPM . Tauke Lim betah tinggal di desa ini kerana hidupnya
sekeluarga seperti orang melayu . Arwah ayahku amat menyayangi Ai Ling dan Ai Ching .
Ayahku menganggap mereka seperti cucu sendiri kerana merekalah tempat ayah
menumpahkan kasih sejak emak tiada . Aku teringatkan Aiman . Nostalgia itu terlalu
menyentuh

hatiku

Pagi yang kelihatan pucat . Tauke Lim , Ai Ching dan Ai Ling datang ke rumahku untuk
memintaku menumpangkan anak-anaknya ke sekolah dan memintaku membelikan bateri
kereta . Aku menerima mereka dengan senyuman . Anak-anak Tauke Lim bersekolah di
sekolah kebangsaan kerana Tauke Lim berpendapat bahawa sekolah melayu dan sekolah cina
sama saja . Perkara yang penting ialah mereka belajar dan rajin . Aku memulakan perbualan
dengan Ai Ling dengan mengajaknya menumpangku ke sekolah . Ai Ling menolak dengan
baik kerana tidak mahu menyusahkanku . Ai Ling berjanji untuk meminta izin daripada ibu
bapanya setelah aku cuba untuk mendapatkan kebenaran untuk Ai Ling menumpangku ke
sekolah

Tiba di sekolah, Ai Ling berjalan agak pantas menuju ke bangunan kantin setelah
mengucapkan terima kasih kepadaku . Ingatanku terhadap Aiman kembali menyerang .
Jeritan loceng telah menyentap lamunanku . Aku mengeluarkan barang-barangku dari perut
kereta

menuju

ke

bilik

guru

Hanya aku dan cikgu Tipah sahaja di dalam bilik guru itu cikgu tipah menanda buku
pelajarnya sambil membebel . Aku hanya mendengar dan bercakap tentang pelajar-pelajar
zaman sekarang . Ketika aku asyik menyemak minit mesyuarat , cikgu Tipah bercakap
tentang Ai Ling . Menurut cikgu Tipah , Ai Ling berminat hendak belajar Pendidikan Agama
Islam dan lebih suka membaca buku kisah nabi dan rasul serta tokoh-tokoh islam . Bagiku,
ini merupakan satu permulaan yang baik untuk aku mendekatinya .
(II)
Aku membantu Tauke Lim menukar bateri keretanya. Keadaan berlecak di tempat letak
kereta rumah Tauke Lim menyebabkan ketidakselesaan ketika sedang menukar bateri kereta
itu. Tauke Lim sendiri mahu membuat rumah kereta supaya keadaan itu dapat dielakkan. Aku

juga ada bergurau dengan Tauke Lim supaya menukar kereta. Sifat jimat cermat yg ada pada
diri tauke lim membuatkan pada fikirannya ia hanya membazir kerana dia tidak berjalan
jauh.Selapas itu, Tauke Lim mengajak Aku utk ke pekan. Aku terlihat senyuman Ai Ling
semasa mengundurkan kereta namun senyuman Aiman juga yg lebih manis berbanding
senyuman Ai Ling. Sesampai mereka di kedai mamak itu, mereka dapat melihat kedai itu
sesak kerana kedai itu berdekatan dengan kawasan perindustrian. Tauke Lim bertanya kepada
Aku tentang Aku yg mengajak Ai Ling tumpang menaiki keretanya utk ke sekolah. Tauke
Lim segan kerana keluarga Aku banyak membantu keluarganya. Aku menyatakan
kesunyiannya kerana tiada keluarga di sisi. Aku tidak mahu suasana menjadi hiba lalu
bertanya kepada Tauke Lim sama ada keluarganya dapat menghadirkan diri mereka utk ke
latihan zapin dan kompang kerana Aku tidak dapat mengikutinya. Keluarga Tauke Lim
semestinya menghadirinya kerana mereka amat meminati seni kebudayaan.
(III)
Lagu selendang mak inang yg dimainkan oleh kumpulan zapin dpurnama sememangnya
mencuit perasaan . Beberapa org penduduk kmpg yg menyaksikan latihan itu turut bertepuk
tngn mengikut rentak lagu yg dimainkan . Setelah dipujuk oleh tauke lim akhirnya aku juga
turut menyertai mereka menari bersama wak aruf , wak parmin , roslan dan ramli . Aku
sempat menjeling ke arah ai ling yang kelihatan ceria melihat aku menari . Setelah selesai
latihan , pak hj salam yg merupakan ketua kump zapin dpurnama berjumpa dengan aku tauke
lim dn bbrp rakan lain yang terlibat di ats pentas . Pak hj salam memberitahu bahawa yb
samsuri dan pegawai drps yayasan wawasan negeri juga akn dtg ke kmpg mereka dua minggu
lagi . Jadi mereka perlu membuat persediaan yg rapi supaya semua berjln lancar kerana
rentak tarian zapin jincat ni akn dikaji dn diwartakan sebagai satu rentak asli dalam tarian
zapin. Zapin ni juga akn dipersembahkan kepada menteri besar pada bulan november .
Mereka perlu buat yg terbaik kerana ini sajalah peluang utk menghidupkan kumpulan
dpurnama yg sudah lebih 20 tahun terkubur . Hj kemat memintaku untuk menyiapkan atur
cara pembersahan nnt dn begitu juga paluan kompang utk menyambut yb samsuri dn pegawai
drpd yayasan itu . Tauke lim pula ingin menanggung kos perbelanjaan utk bhgian jamuan .
Selepas bersurai , aku berbincang pula dgn roslan , ramli dan abg bakir . Aku meminta
cadangan drpd abg bakir utk aturcara majlis . Abg bakir mencdgkn supaya diadakan
persembahan puisi sama ada drpd anak muridnya ataupun dari dia sendiri kerana bakat yg ada
tidak boleh disimpan . abg bakir memujuknya supaya tidak merajuk lagi . Adakah aku
merajuk ataupun sbnrnya aku tlh tenggelam.

(IV)
Aku melangkah pantas ke tempat letak kereta,akusudah terlewat kerana berbincang dengan
Cikgu Zanariah,guru bertanggngjawab untuk mengurus pertandingan puisi.Aku lihat Ai Ling
tergolong dalam senarai nama murid yang memasuki pertandingan.Ketika itu,Ai Ling sedang
menunggunya sambil membaca buku puisi.Ai Ling suka berpuisi tapi dia takut untuk
bertanding kerana tidak pernah menyertainya sebelum ini .Aku menyarankannya untuk
belajar dia belajar denganku.Petang itu,Ai Ling datang ke rumahku bersama Ai Ching.Aku
meminta Ai Ling membaca sajak yang dipilih berulang kali manakala Ai Ching membaca
majalah yang berada di atas meja .Setelah berpuas hati dengan kelancaran Ai Ling,aku
menyuruh dia berdiri untuk menguji pernafasannya.Aku mengingatkannya supaya tidak
berputus asa untuk melakukan perkara tersebut.Ai Ling berterima kasih denganku kerana
mengajarnye.Setelah

itu,mereka

pulang.

(V)
Kemenangan Ai Ling dalam mendeklamasikan sajak menjadi buah mulut penduduk
kampung.Tauke Lim telah belanja pelanggan di Warung Pak Dolah asbab kemenangan
anaknya.Tauke Lim juga mengucapkan terim kasih kepadaku sebab mengajar Ai Ling.Ada
segelintir

penduduk

kampung

bertanya

kepadaku

mengapa

tidak

meneruskan

kebolehanku.Aku masih tiada jawapan sehingga teringatkan kenangan manis ketika aku
muda dahulu dan mengingatkan kembali kepada Aiman.Hidupku seperti ayah yang
menjadikan

Ai

Ling

sebagai

tumpangan

untuk

mencurahkan

kasih.

(VI)
Kampung Seri Purnama telah menjayakan persembahan zapin dihadapan YB Samsuri dan
Yayasan Warisan Negeri.Paluan kompang bergema sebaik YB Samsuri masuk.Yang membuat
persembahan semua telah besedia.Majlis bermula pada jam 9.30 malam,setelah bacaan
doa,Ai Ling mendeklamasikan sajaknya.Kemudian,persembahan zapin D'Purnama.Mereka
telah melakukan persembahan sebaiknya sehingga dapat peruntukan kewangan bagi
melengkapakan

peralatan

dan

pakaian

zapin.Majlis

diakhiri

dengan

lagu

Gholiyabu.Kemudian penduduk kampung YB Samsuri dan Yayasan Warisan Negeri


menikmati juadah yang disediakan .Mereka semua berpuas hati dengan majlis pada malam
itu.Pihak tertentu juga sedang mencari jalan bagi mendekatkan anak muda dengan
kebudayaan

untuk

menjadi

pelapis

mereka.

(VII)
Masa berlalu dengan pantas,Ai Ling sudah berusia 12 tahun.Kesihatan diriku juga
mengancam kegiatanku kerana terpaksa berulang-alik ke hospital.Namu tetap kugagahkan
juga tugasku,aku tidak mahu mereka melihat kesakitanku.Pada suatu petang,aku membawa
Ai Ling dan Ai Ching ke pantai.Aku mengajak Ai Ling duduk di sebatang pokok kelapa yang
tumbang dan berbual dengannya tentang sejarah hidupku.Pelbagai perkara yang Ai Ling tahu
mengenaiku.Semua perkara yang berlaku dalam hidupku membuatkan aku sedar bahawa
kehidupan initidak ubah seperti merentas samudera yang luas tetapi itulah hakikat yang harus
ku

telan.

(VIII)
Bagiku bulan Ogos merupakan yang menyesakkan kerana Kampung Seri Purnama menjadi
tuan rumah sambutan Hari Kemerdekaan peringkat mukim dan Program Berkampung dan
berpuisi akan dilancarkan. Aku mengira orang yang sibuk dalam majlis tersebut.Ai Ling juga
giat berlatih untukmemantapkan persembahannya.Petang itu,aku duduk di beranda rumah
sambil menyemak buku draf program.Suara alam sememangnya indah,aku tidak tahu berapa
lama lagi bisa mendengar nyanyian.Aku hanya mampu berdoa untuk diberikan kekuatan.Ai
Ling datang membawa makanan kegemaranku .Ketika itu,aku sedang menulis manuskrip dan
berjanji akan menjadikan Ai Ling orang pertama membacanya.Aku merasakan bahawa saatsaat bersama Ai Ling sesuatu yang harus aku hargai.Kemudian,Ai Ling bertanya
kepadakuadakah aku sakit namun aku menafikannya.Ai Ling juga bertanya kepadaku bila
untuk membawa Aiman ke sini dan aku hanya menjawab suatu hari nanti.Adakalanya aku
kasihan kepada Ai Ling tetapi aku berharap suatu hari nanti Ai Ling akan mengerti juga.

(IX)
Dua hari lagi majlis Sekampung Puisi akan dijalankan. Balai raya dicat baharu. Pelbagai
buku sastera dipamerkan di situ. Puisi yang akan dibacakan juga dipaparkan. Gambar dan
profil penulis karya sastera tersohor tanah air juga dipamerkan. Pentas persembahan juga
terhias indah. Semua pemduduk kampung sibuk bergotong-royong bagi menjayakan majlis
itu. Seandainya program itu berhasil, Aksara yang pernah aku sebut dahulu pasti akan lahir di
sini. Dalam waktu yang singkat, aku dapat menyiapkan puisi tersebut. Sebahagian maniskrip

sempat aku taip dan aku simpan dalam sekeping sampul surat besar. Sakit kepala yang
menyerang terpaksa aku tahan. Sebelum tidur, aku menunaikan solat sunat kerana tetasa
Allah begitu hampir denganku. Malam itu, aku merasakan keanehan dalam diriku. Rinduku
terhadap Aiman terlalu mendalam. Aku ambil potretnya lalu aku tatapi dan aku dakapkan ke
dada. "Aiman, ayah amat rindu Aiman. Datanglah Aiman". Aku terus menangis

BAB

Haiqal mengelap air mata yang jatuh dipipinya.Hatinya sangat tersentuh dan dia seolah-olah
mendengar bisikan itu.Dia juga dapat merasakan tempias hidup Abdullah bin Kayan yang
sunyi dan terlalu memendam rasa itu.Haiqal bertanya kepada dirinya perlukah dia ke
sana.Namun dia juga terfikir akan nasibnya jika dia ke sana kerana dia tidak mempunyai
kenalan di sana dan halangan terbesarnya ialah uminya.Haiqal segera menukar pakaiannya
dan mencapai kunci skuternya serat topi keledarnya.Umi dan walid yang sedang menonton
televisyen di ruang tamu berasa hairan dengan tindakannya itu.Umi bertanya kepada Haiqal
ke mana tujuannya pada waktu malam begini.Haiqal memberitahu uminya bahawa dia ingin
pergi ke pantai untuk bertemu Ratna di atas urusan penting yang ingin dibincangkan.Umi
berpesan

kepada

Haiqal

supaya

berhati-hati

Ratna kelihatan hairan dengan kedatangan Haiqal di gerainya pada malam itu.Ratna
mengambil pesanan daripada Haiqal sebelum datang membawa numan yang dipesan oleh
Haiqal dan dirinya.Ratna bertanya kepada Haiqal,apakah masalah yang dihadapinya kerana
mukanya tidak seceria selalu.Haiqal menceritakan kepada Ratna tentang kandungan
manuskrip itu dan dia berasa bingung dengan aksara yang bakal lahir.Ratna mencadangkan
kepada Haiqal supaya bertanya kepada umi kerana hanya umi yang mempunyai
jawapannya.Haiqal

kemudian

menikmati

makan

malamnya.

Ratna memberitahu Haiqal hasratnya untuk menutup kedai awal kerana kehabisan bahan
memasak.Haiqal sempat mengusik Ratna .Ratna tersipu malu.Haiqal memberitahu Ratna
bahawa dia tidak mahu membuat uminya marah lagi.Ratna menasihati Haiqal supaya fikir
masak-masak sebelum membuat keputusan .Haiqal mengucapkan terima kasih sebelum
pulang.

BAB 5
Haiqal amat rindu ayahnya yang telah meninggalkannya. Dia juga amat terkilan apabila
tiada memori indah yang dicatatkan bersama-sama ayahnya.
Haiqal membelek-belek lagi manuskrip itu. Pelbagai persoalan yang timbul dalam
mindanya tenteng Ai Ling dan Ong See Hwa. Suasana di Seri Purnama tergambar di matanya
dan hatinya terpanggil untuk ke sana. Haiqal amat kagum dengan kehebatan ayahnya.
Baginya, ayahnya bukan calang-calang orang kerana kehebatannya dalam menari zapin dan
memalu kompang. Dia berasa rugi kerana tidak dapat hidup bersama ayahnya.
Dunia umi dan walidnya ialah perniagaan butik dan kilang butik. Uminya mahukan
dirinya mengambil alih empayar perniagaannya tetapi Nurul Asiyah yang menunjukkan
kesungguhan dan minatnya terhadap perniagaannya.
Haiqal merasakan bahawa dia perlu mempunyai kekuatan untuk berhadapan dengan
uminya. Dia tidak pernah membuat keputusan sehinggakan dia benar-benar makan hati
dengan sikap uminya.
Sewaktu ayahnya meninggal dunia, dia tidak dapat menatap wajah ayahnya buat kali
terakhir kerana menduduki peperiksaan UPSR. Uminya langsung tidak memberikan ruang.
Dia berasa sangat sedih. Dia tidak dapat merasai dakapan kasih sayang ayahnya walau hanya
seketika.
Segala persoalan tentang umi dan ayahnya masih belum terjawab. Dia risau akan
dikatakan biadap jika bertanyakan tentang persoalan-persoalan itu kepada uminya tetapi
uminya pernah beritahunya bahawa dia akan mengetahui semuanya setelah dewasa

BAB 6
Haiqal nekad dengan keputusannya untuk ke kampung halaman ayahnya.Haiqal telah
memberitahu ratna tentang keputusannya.Pada malam itu ,haiqal memberitahu hajatnya
kepada umi dan walid untuk pulang ke kampung arwah ayahnya di johor.Umi haiqal tidak
membenarkan haiqal ke kampung arwah ayahnya.Haiqal dan uminya bergaduh tentang hasrat
haiqal tersebut .Umi haiqal berasa marah kepada haiqal dan mengatakan bahawa dia tidak
akan memberikan wang kepadanya sekiranya dia ke kampung arwah ayahnya itu.walid
memahami perasaan haiqal dan merestukan pemergian Haiqal .Walid akan menampung
perbelanjaan Haiqal sepanjang dia berada d johor kelak..

BAB 7
Selepas bas yang dinaiki oleh Haiqal meninggalkan stesten bas, kedengaran gelak tawa
darpida para penumpang kerana menonton sebuah filem melayu tetapi Haiqal belum tertarik
minatnya untuk menonton. Haiqal teringat kembali suasana sayu tatkala dia meninggalkan
keluarganya. Hanya walidnya serta adik tirinya sahaja yang mengiringinya keluar dari rumah
sebelum Haiqal menaiki kereta Ratna. Uminya langsung tidak melihat pemergian Haiqal.
Ketika mereka berdua menunggu bas, Haiqal berusaha untuk meyakinkan Ratna bahawa dia
akan kembali.
Ketika Haiqal dalam perjalanan, Haiqal dapat melihat pelbagai panaroma indah yang
hanya dapat disaksikan pada waktu malam. Perlahan-lahan suasana di dalam bas bertukar
sunyi kerana para penumpang lena dibuai mimpi. Haiqal juga semakin lena tidurnya selepas
dikenakan suhu yang rendah terhdap dirinya. Pada jam dua belas malam, bas berhenti di
kawasan R&R, Kuantan. Haiqal mengisi perutnya dan membersihkan dirinya di R&R
tersebut. Usai Haiqal makan dan ke tandas, dia kembali ke tempat duduknya di dalam bas.
Kemudian membiarkan dirinya hanyut ke alam mimpi sebelum sampai ke destinasi yang
dituju.

BAB 8
Sebaik sahaja turun dari bas,Haiqal termangu seketika.Haiqal bertanya kepada seorang
pengawal keselamatan tentang lokasi surau yang terdekat .Selesai menunaikan solat
subuh,dia mengambil keputusan untuk menaiki teksi ke kampung seri purnama.Setibanya di
kampung seri npurnama ,haiqal keluar dari teksi menuju ke sebuah warung untuk
bertanyakan tentang rumah arwah ayahnya kepada lelaki yang berada di dalam warung
tersebut.pemilik warung tersebut ,iaitu wak sikimin menyuruhnya menunggu tauke ong yang
akan bersarapan di warung tersebut .tauke ong akan membawa haiqal ke rumah
ayahnya.Tidak lama kemudian ,tauke ong tiba di warung wak min .setelah turun dari lori
tauke ong,haiqal menurunkan begnya.tauke ong mengeluarkan anak kunci dan membuka
pintu rumah arwah ayah haiqal .Haiqal berehal dahulu dan akan mengambilnya untuk makan
tengahari di pekan .Haiqal melihat sijil dan gambar yang ada di rumah arwah ayahnya.

BAB

Tauke Ong menepati janjinya. Dia dan anaknya, See Hwa telah terpacul kira-kira pukul 12
tengah hari dihalaman rumah. Haiqal cuba menenangkan dirinya yang gelisah apabila melihat
See Hwa. Mereka akan ke pekan untuk makan nasi daun pisang. Haiqal tidaklah terlalu teruja
kerana dia tidaklah terlalu cerewet. Namun, Haiqal lebih tertarik dengan senyuman Ong See
Hwa sewaktu dia membuka pintu. Ada sepasang lesung pipit sewaktu See Hwa tersenyum.
Sepanjang perjalanan ke pekan, See Hwa hanya berdiamkan diri. Tauke Ong pula
mengajukan beberapa soalan kepada Haiqal. Menurut Tauke Ong, Haiqal perlu menguruskan
beberapa perkara yang ditinggalkan ayahnya untuknya. Sebelum Haiqal tiba di Kampung Seri
Purnama, Tauke Ong telah menjaga amanah arwah ayahnya dengan mengerjakan tanahya di
baruh dan di belakang rumah yang telah ditanami dengan pokok kelapa sawit. Haiqal
mengucapkan terima kasih kepada Tauke Ong kerana telah menjaga amanahnya. Tauke Ong
mengatakan bahawa jasa keluarga arwah ayah Haiqal sangat banyak kepada keluarganya.
Setibanya di sebuah restoran mamak, Tauke Ong mengarahkan Haiqal dan See Hwa turun
dan makan disitu. Tauke Ong perlu ke bank atas urusan lain. Sebaik sahaja masuk ke dalam
restoran, See Hwa di sapa oleh seorang pelayan lelaki di situ. Kemudian, dia mengajak
Haiqal duduk di sebuah meja yang terletak di pojok restoran itu. See Hwa memanggil
seorang pelayan di restoran itu. Dia memperkenalkan Haiqal kepada pelayan itu sebelum dia
memesan

makanan.

Setelah

itu,

merekan

bungkam

seketika.

Ong See Hwa memulakan bicaranya dahulu dengan memberitahu perkara yang diceritakan
oleh Cikgu Abdullah tentang negeri Terengganu. Haiqal pula membalas dengan mengatakan
keistimewaan yang terdapat di negeri Johor. Tiba-tiba, Haiqal teringatkan Ratna yang
menjadi

sebahagian

daripada

kehidupannya.

Makanan yang mereka pesan telah dihantar oleh salah seorang pekerja di restoran itu.
Mereka makan sambil berbual-bual tentang topik yang sepatutnya sahaja. Menurut See Hwa
arwah ayah Haiqal pandai memasak. Bagi Haiqal, See Hwa sangat beruntung kerana dia
mengisi kekosongan jiwa ayahnya hingga ke akhir hayatnya. Dia yakin bahawa See Hwa
banyak meyimpan rahsia hidup ayahnya. Watak Ai Ling yang dilukiskan oleh ayahnya dalam
manuskrip

itu

ialah

See

Hwa.

Selesai makan, See Hwa mengajak Haiqal ke kedai buku sementara See Hwa memilihmilih novel yang hendak dibelinya, Haiqal mengambil keputusan untuk membeli beberapa
buah majalah berkaitan bahasa dan sastera. Setelah itu, See Hwa menunjukkan dua buah
novel melayu. See Hwa suka membaca novel melayu dan inggeris. Haiqal dan See Hwa

meminati penulis yang sama. Manuskrip yang ditulis ayahnya membuatkannya mengetahui
sebahagian

tentang

gadis

itu.

Setibanya di rumah, Haiqal terus menyandarkan tubuhnya di sofa. Seketika kemudian,


telefon bimbit Haiqal bergetar beberapa kali. Dia membaca sms yang dihantar oleh Asiyah
yang menyatakan kesunyian yang dialaminya. Haiqal amat merindui keluarganya dan Ratna.
Baginya, inilah yang dinamakan pengorbanan.

Anda mungkin juga menyukai