Anda di halaman 1dari 2

Konflik pasangan bercerai: Emosi anak celaru

WARTAWAN SINAR HARIAN


4 JULAI 2016

Gambar hiasan. - Sumber Internet


PENCERAIAN bukan sahaja perpisahan melibatkan suami dan isteri, tetapi juga antara anak-anak dengan ibu
atau anak-anak dengan ayahnya.
Walau pun ada pasangan yang bertimbang rasa tentang hak jagaan dan hak lawatan serta bermalam, tidak
kurang juga yang enggan bekerja sama. Akibatnya, anak-anak tidak dapat berjumpa ibu/bapa.
Konflik perebutan hak penjagaan anak sememangnya menjadi suatu ketegangan kepada bekas pasangan suami
isteri.
Apabila tiba musim perayaan. Sebagai ibu bapa pasti mahu meraikan lebaran bersama anak-anak. Lebih-lebih
lagi mereka yang membuat perhimpunan keluarga melibatkan sanak saudara, ipar duai, cucu-cicit dalam harihari bersejarah seperti Aidilfitri.
Anak-anak pasti menjadi mangsa. Sekecil mana pun mereka, mereka tetap berkehendak dan ingin bersama
dengan kedua-dua pihak. Ada pun mereka tinggal dengan ibu, pasti terdetik di hati untuk bersama bapa di hari
raya.
Ada pun mereka tinggal bersama bapa, boleh jadi ingin berhari raya bersama ibu. Persoalannya?

Dapatkah tuntutan naluri anak-anak ini dipenuhi? Realitinya, apa yang berlaku adalah percaturan ibu/bapa yang
kesannya tidak diketahui anak-anak.
Ikuti laporan khas wartawan, Nor Khalilah Gusti Hassan menyelami perasaan ibu bapa dan anak-anak yang
berdepan konflik kesan penceraian ini.
Anak nak ibu tapi bapa halang
HALIMAH (bukan nama sebenar) berjalan tunduk di hadapan saya selepas perbicaraan kes tuntutan hak
penjagaan anak yang difailkan olehnya terhadap suami.
Dalam perbicaraan itu, bekas suami Halimah tidak hadir bersama anak-anaknya menyebabkan Hakim Syarie
mengeluarkan perintah sapina.
Mahkamah akan keluarkan sapina terhadap responden. Jika responden gagal hadir bersama anak-anak, barulah
waran tangkap dikeluarkan. Dan jika gagal juga, puan faham akan kesannya? soal Hakim Syarie disambut
anggukan faham dari Halimah.
Jika mengikut perintah Hakim Syarie pada prosiding terdahulu, Halimah perlu memastikan kehadiran dua
anaknya berusia lapan dan 17 tahun agar mahkamah boleh memberikan anak-anak itu hak untuk memilih
dengan siapa yang mereka mahu tinggal.
Disebabkan kegagalan kehadiran anak-anaknya, prosiding perbicaraan tertangguh lagi.
Keadaan menjadi semakin sulit bagi pihak Halimah kerana menurutnya, bekas suami langsung tidak
membenarkan dia berjumpa dengan anak-anak.
Selain dua anaknya itu, seorang lagi berusia dua tahun juga dituntut Halimah untuk berada di bawah jagaannya.
Suami saya panas baran. Anak-anak takut dengannya sehingga tidak mahu dan tidak berani berjumpa dengan
saya. Disebabkan hal itu saya gagal membawa anak-anak bersama ke mahkamah, beritahu Halimah.

Anda mungkin juga menyukai