Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Tinggi
(KBAT)
membolehkan
seseorang
murid
berkeupayaan
untuk
mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan
dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan
berupaya mencipta sesuatu. Oleh yang demikian, pendidikan hari ini sangat
menekankan KBAT, PISA (Programme for International Student Assessment) dan
TIMSS (Trends in International Mathematics and Science Study) yang tujuannya
bagi mencapai standard antarabangsa.
Dalam pada untuk kita bersaing dalam kemajuan dunia, maka sektor pendidikan
haruslah seimbang dengan perkembangan abad ke-21. Kemajuan teknologi dan
juga keupayaan murid harus digunakan dengan sebaiknya-baiknya bagi
mengoptimumkan penghasilan kemenjadian murid yang tinggi dalam kalangan
murid Malaysia. Oleh itu, pihak sekolah telah memulakan kelas abad ke-21 pada
tahun 2016 dan sekolah juga telah dipilih sebagai perintis kelas abad ke-21 oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia.
Selain kelas abad 21, program Dual Language Programme (DLP) telah
diperkenalkan di bawah dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh
Bahasa Inggeris (MBMMBI) yang memberi pilihan kepada sekolah-sekolah yang
memenuhi kriteria untuk mengadakan sesi pengajaran dan pembelajaran dalam
bahasa Inggeris sepenuhnya selain bahasa Malaysia bagi mata pelajaran Sains,
Matematik dan Teknologi Kejuruteraan. Program ini memberi peluang kepada
sekolah untuk menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya dalam pengajaran dan
pembelajaran mata pelajaran Sains, Matematik. DLP membolehkan masyarakat
Malaysia meningkatkan akses penerokaan pelbagai ilmu untuk bersaing di
peringkat global.
Tahun 2016 ini merupakan tahun yang mencabar bagi pihak sekolah. Hal
ini kerana, peperiksaan SPM pada tahun ini merupakan peperiksaan yang
pertama kali dijalankan di SMK Bukit Tinggi. Pelajar-pelajar tingkatan 5
merupakan anak sulung SMK Bukit Tinggi yang akan menduduki peperiksaan ini
yang akan bermula pada 7 November 2016. Untuk memastikan pelajar-pelajar
mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM dan tidak lupa juga kepada
pelajar-pelajar PT3, pihak sekolah telah merancang beberapa program. Antara
program yang telah diadakan ialah Penetapatan Target SPM dan Kem Ilmu iaitu
bermula pada 19 Februari dan berakhir pada 21 Februari 2016. Kelas tambahan
untuk pelajar SPM dan pelajar PT3 juga telah bermula pada 27 Februari 2016.
Program-program ini telah mendapat kerjasama dan sokongan yang sepenuhnya
daripada PIBG SMK Bukit Tinggi.
Untuk pengetahuan semua hadirin, pencapaian peperiksaan PT3 2015
telah menunjukkan penurunan dari segi gred purata iaitu daripada pada tahun
2015 kepada pada tahun 2016. Bilangan pelajar yang mendapat semua A dalam
mata pelajaran PT3 juga telah menurun daripada 4 orang pada tahun 2014
kepada 2 orang pada tahun 2015. Pada tahun 2016 ini, pihak sekolah dengan
kerjasama PIBG akan meningkatkan usaha kami lagi untuk menambahkan
bilangan pelajar yang mendapat semua A dan meningkatkan gred purata
sekolah.
SMK Bukit Tinggi telah berjaya memperoleh kejayaan dalam bidang
kokurikulum pada peringkat kebangsaan iaitu telah memwakili negara dalam
Kursus Nadwah dan Kepimpinan Islam. Kejayaan juga telah dicapai pada
peringkat daerah. Antara kejayaan yang telah dicapai ialah Johan Saintis Muda,
Naib Johan Pertandingan Mendeklamasi Sajak Bahasa Cina, Johan Pertandingan
Kawad Kaki Bersepadu dan Pertandingan Jalan Lasak (Kadet Polis) dan Naib Johan
3
Pertandingan lagu-lagu Pandu Puteri. Pelajar SMK Bukit Tinggi juga telah berjaya
memperoleh pingat emas dan pingat gangsa dalam Kejohanan Taekwando.
Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan
tahniah kepada para pelajar yang akan menerima hadiah atas pencapaian
mereka dan diharapkan pencapaian kecemerlangan tersebut tidak berakhir di
sini sahaja. Teruskanlah kecemerlangan itu sampai bila-bila. Segala kejayaan ini
tidak seharusnya melekakan kita. Benar kita telah mencipta banyak kejayaan,
tetapi ini tidak bermakna bahawa kita boleh selesa berpeluk tubuh
mengharapkan setiap kejayaan yang dicipta pada masa lalu akan berulang
dengan sendirinya pada masa hadapan. Hakikatnya, kita sedang menghadapi
pelbagai cabaran baru yang menuntut supaya kita sentiasa meneroka ilmu
terkini, melakukan inovasi dan berusaha untuk melangkaui sempadan
kecemerlangan.
Kepada para pelajar yang tidak menerima hadiah, janganlah kecewa tetapi
ingatlah pesanan saya ini. Untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang, kita
harus mempunyai sikap rajin berusaha dan tidak mudah berputus asa.
Berpeganglah pada prinsip alang-alang menyeluk pekasam biar sampai
ke pangkal lengan. Saya percaya para pelajar yang mendapat anugerah pada
hari ini merupakan mereka yang rajin berusaha dan konsisten dalam usaha.
Mereka yang cemerlang ini biasanya rajin pada tiap-tiap hari dan bukannya rajin
menjelang peperiksaan semata-mata atau rajin mengikut musim. Saya percaya
jika para pelajar dapat mencontohi mereka yang menerima anugerah pada hari
ini, anda juga pasti akan mencipta kejayaan pada tahun akan datang
Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah
kepada para ibu bapa yang telah berjaya membesarkan, mendidik dan
membimbing anak tuan-tuan sebagai insan cemerlang yang pastinya menjadi
kebanggaan seisi keluarga. Begitu juga kepada para guru, warga pendidik yang
saya kira menjadi tulang belakang yang cukup kuat dan hebat kepada kejayaan
anak-anak ini.
Akhir kata, saya mengucapkan terima kasih kepada semua warga SMK Bukit
Tinggi kerana telah berjaya mengadakan majlis yang gemilang ini Marilah kita
bersama-sama memanjatkan doa mudah-mudahan Allah SWT akan terus
melimpahkan rahmat perlindungan dan naungan-Nya kepada kita agar kita
dapat terus iltizam dengan usaha murni ini. Sebelum saya mengakhiri ucapan
ini, izinkan saya menyampaikan dua rangkap pantun :
Pohon sirih pohon selasih,
Tumbuh merimbun di hujung laman,
Kalungan budi junjungan kasih,
Kekal cemerlang sepanjang zaman.
Di waktu pagi berlagu nazam,
Girangnya rasa si anak dara,
Warga SMK Bukit Tinggi teruskanlah azam,
Binalah bangsa bangunkan negara.
Sekian, terima kasih.
(MOHAMAD BIN MAHFUD)
Penasihat PIBG Sesi 2015/2016
SMK Bukit Tinggi Klang