Anda di halaman 1dari 33

Akhi - Bahagian Pertama

Air mataku mengalir laju. Lagi. Entah mengapa. Kebelakangan ini, semenjak dua
menjak, aku asyik teringat-ingatkan dia. Rinduku padanya tidak tertanggung. Sudah
5 tahun dia pergi tidak kembali. Tapi sehingga saat ini, sehingga warkah ini ditulis,
aku masih belum dapat membiasakan diriku tanpa kehadirannya dalam hidup ini.
Oh Tuhan, kurniakan daku dengan kekuatan. Oh Tuhan, kurniakan aku dengan
ketabahan. Oh Tuhan, kurniakan rohnya dengan keampunan dan kebahagiaan.
***
Saat perkenalan aku dengannya bagai telah dirancang. Kami pertama kali bertemu
di Rawat dan Rehat Tapah, dalam perjalanan kami ke utara tanah air. Tahun itu
merupakan tahun milenia baru; tahun 2000. Aku mahu menunaikan solat Zuhur di
surau yang disediakan. Abi dan abangku sudah bersolat awal-awal lagi. Dek kerana
sakit perut yang teramat, aku tidak dapat menyertai mereka kerana terpaksa
melunaskan kehendak alam terlebih dahulu. Lega. Aku lantas ke surau dan terus ke
tempat berwudhu'. Aku mahu segera bersolat kerana aku sudah terlewat
sebenarnya untuk pendaftaran hari pertamaku di sebuah sekolah berasrama penuh
(namanya dirahsiakan).
Mulanya, kami sekeluarga sepatutnya bertolak dari Kuala Lumpur seawal 8 pagi
lagi. Namu Abiku, seorang usahawan import dan eksport terpaksa bergegas ke
pejabat kerana ada urusan penting yang tidak dapat dielakkan, katanya. Kurang
lebih jam 12 tengah hari barulah kami bertolak dari rumah menaiki Range Rover
Sport Edition Abiku. Hari pertama lah katakan. Barangku seorang sahaja penuh satu
bonet kereta pacuan empat roda itu. Ummiku hanya mampu menggeleng kepala
melihatkan begitu banyak stok barangan yang aku bawa, terutamanya makanan
ringan. Abiku siap berjenaka, "Biasalah tu Ummi. Nak pergi eksport kan barangbarang tu semua. Mestilah banyak!" Aku tersenyum sinis.
Alhamdulillah, dengan izin dan inayah-Nya, aku meneruskan kecemerlangan abang
dan kakak-kakakku dengan mendapat tawaran untuk belajar di sekolah berasrama
penuh. Sebagai anak yang bongsu, pastinya aku penuh dengan inspirasi dan citacita melihat kakakku yang sulung ke Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang,
abangku yang nombor dua pula dicampak nun ke Maktab Rendah Sains Mara
Langkawi dan kakakku yang ketiga pula kini tingkatan tiga di Sekolah Tun Fatimah,
Johor Bahru. Pelbagai jenis dan rupa! Lantas, apabila aku mendapat tawaran
daripada Kementerian Pendidikan tidak lama selepas keputusan UPSR diumumkan
untuk belajar di sebuah SBP di utara tanah air, aku tidak berfikir panjang.
Walaupun Ummi agak berat untuk melepaskan aku, kerana selama ini aku seorang
sahaja yang menemani dia dan Abi di rumah (Kak Long kini berada Amerika Syarikat
melanjutkan pelajaran, Ridhuan semester kedua di Kolej Persediaan A-Levels di
Gaung Berangin dan Sofea di Johor), bersama Dol dan Man, dua ekor kucing Parsi
kesayangan kami sekeluarga. Dia lebih suka sekiranya aku bersekolah di Kuala
Lumpur sahaja; Victoria Institutions atau mana-mana sekolah swasta pilihanku,
cadangnya. Namun, selepas Abi dan aku memujuknya, dan melihatkan pula produk-

produk berjaya di depan matanya sendiri, dia akur dengan kehendak aku. Terima
kasih Ummi!
Aku tersenyum sendirian. Lamunan aku mungkin sudah sampai ke Nicaragua atau
Scotland, jika tidak kerana dikejutkan dengan bunyi air paip tidak jauh daripada
tempatku mengambil wudhu'. Itulah pertama kali aku bertemunya. Kami
bertentang mata. Dia memberikan senyumannya. Manis. Cukup manis. Dengan tahi
lalat di bawah bibir sebelah kiri, ditambah pula dengan lesung pipit yang cukup
dalam, senyumannya bagai memukau diri ini untuk seketika. Aku cuba untuk
membalas senyumannya. Tapi aku pasti, yang diukir di bibirku ketika itu hanyalah
segaris malu, ditambah dengan warna merah hati pada keseluruhan wajahku. Entah
mengapa, aku berasa sedikit gemuruh. Ah, aku memang mudah malu kan?
Aku segera menyudahkan wudhu'ku dan lantas masuk ke dalam ruang solat. Kosong.
Aku terus mengangkat takbir kerana aku sudah benar-benar lewat. Ketika aku
bangun daripada tahiyyat awal ku, dia datang dan rapat ke sebelah kananku,
sedikit terkebelakang lantas melaungkan takbir sedikit lantang. Aku kaget. Hilang
tumpuan dan fokusku untuk seketika. Eh mamat ni, apa hal pulak ni? Bentak hatiku.
Ketika aku membongkokkan badan untuk rukuk, mata lirikku melihat dia juga
melakukan perkara yang sama. Aku sujud, dia pun sujud. Pelik. Begitulah kami
sehinggalah aku selesai memberi salam, barulah aku lihat dia bangun dan
meneruskan solatnya. Aku hanya menggelengkan kepala. Ajaran dari langit
gamaknya!
Aku segera keluar daripada ruang solat, menyarungkan Onitsuka Tiger Mexico 66
kesayanganku, hadiah hari lahirku daripada Abi dan Ummi dan terus menuju ke
medan selera, tempat abi, ummi dan abangku Ridhuan sedang menunggu. Aku
segera menyertai mereka untuk makan tengah hari. Aku memilih untuk makan mi
rebus sahaja. Tak selera. Mungkin kerana gemuruh memikirkan hari pertamaku di
sekolah. Atau masih resah memikirkan solatku tadi. Lantas aku bertanya kepada abi
dan menceritakan kepadanya apa yang berlaku.
Sebaik sahaja aku sudahkan hikayat penglipurlara ku itu, Abi ketawa. Ketawa. Dan
ketawa. Aku berasa hairan dan sedikit jengkel. Aku lihat Ridhuan juga tersenyum
tanda ada kelucuan pada ceritaku. Jarang sekali aku lihat abi begini seronok.
Sehingga ada butir-butir kaca pada matanya. Ummi hanya mengeleng-gelengkan
kepalanya sambil tersenyum. Perasaan ingin tahuku semakin meletup-letup. Agak
lama sebelum Abi berjaya menenangkan dirinya. Dia menarik nafas panjang. Namun
masih ada tawa kecil pada bibirnya. Akhirnya Abi menerangkan kepadaku, yang aku
sebenarnya dilantik menjadi imam. Oh, mana Mik nak tahu... Abi hanya tersenyum.
Panjang senyumannya.
Sampai di perkarangan sekolah, aku hanya mampu terlopong panjang. Tidak pernah
aku lihat mana-mana sekolah seburuk ini! Abi...? Ummi...? Terasa bagai hendak
melarikan diri. Apakah ini...? Terasa bagai hendak berpatah kembali. Takkan ini
sekolah yang gah berdiri? Terasa kakiku longgar sekali. Sesaat itu, rasa sesal
membuak-buak memenuhi fikiran dan hati. Aku tidak mampu berkata apa-apa. Aku
memandang Abang Wan dengan harapan dia dapat memberi penjelasan. Hampa.
Dia hanya tersenyum mengusik melihat gelagatku sambil mengangguk-angguk
seolah-olah berkata, "Apa kau ingat ini hotel...?"

Kakiku terasa berat sekali untuk pergi mendaftarkan diri. Ummi segera menyedari
tingkah lakuku lantas segera memujukku.
"Ummi... Kalau Mik tau sekolah ni macam ni rupa dia, mesti awal-awal lagi Mik dah
dengar cakap Ummi..."
"Mik, janganlah cakap macam tu. Sedih Ummi dengar. Mik dah buat keputusan, dan
Abi dan Ummi pun dah setuju. Mik kena tetap dengan keputusan Mik tu."
"Tapi Ummi..."
"Mikail... Hhhmmm, macam ni la sayang, Mik cuba dulu tinggal di sini untuk 3-4
minggu. Make friends and try to have fun. And kalau Mik rasa Mik tak boleh nak
sesuaikan diri juga, Ummi dan Abi akan bawa Mik balik. Macam mana...? Deal?"
Ummi senyum memujuk, masih berharap agar anak bongsunya ini terubat sedikit
hatinya. Aku menguis-nguis kakiku, cuba untuk berfikir.
"Ok. Deal..."
***
bersambung...
-gabbana-

Akhi - Bahagian Kedua


Kali kedua aku melihatnya adalah di dewan sekolah pada malam itu, untuk sesi
orientasi. Secara jujurnya, aku amat terkejut melihat dia berada di sini. Bagaimana
aku boleh tidak perasan kelibatnya sewaktu pendaftaran ya? Kami dibahagibahagikan kepada beberapa kumpulan dan dia bukan di dalam kumpulanku. Aku
lihat dia begitu ceria, amat mudah mesra dengan mereka yang berada di
sekelilingnya; tidak seperti aku yang agak keseorangan. Aku lebih mudah untuk
menjawab soalan sahaja, daripada memulakan bicara. Dan senyumannya... Ah,
cukup
manis!
Mana
mungkin
luput
daripada
ingatanku.
Tiba-tiba matanya mengesan aku. Dia seperti terkejut seketika, sebelum dia
memberikan aku senyuman manisnya. Sudah! Aku sedikit kaget. Aku menundukkan
kepalaku cuba untuk menyembunyikan wajahku yang aku kira sudah merah
menyala. Aku berkira-kira apakah tindakannya selepas ini. Adakah dia akan datang
kepadaku dan menyapaku? Atau adakah dia akan menjerit memanggil namaku? Tak
mungkin; kami masih belum berkenalan. Adakah dia akan.... Fikiranku menerawang
ke ruang angkasa Bimasakti, memikirkan segala macam kemungkinan apakah yang
mungkin akan dilakukan olehnya selepas ini. Namun, tiada apa yang berlaku.
Selepas tamat orientasi, aku mahu segera pulang ke dorm asramaku kerana aku
begitu penat dan tidak bermaya, mungkin kerana ini adalah hari pertamaku.

Tatkala aku sedang berjalan longlai tidak menghiraukan keadaan sekelilingku, tibatiba
bahu
aku
ditepuk
oleh
seseorang.
Dia
tersenyum.
Masykur.
Err

Dia
Mik.

Mikail.

menghulurkan
Aku

menyambut

tangannya.
tangannya.

Kami berjalan beriringan pulang. Tidak banyak bercakap antara keduanya. Aku
lebih selesa begitu. Seolah-olah dia faham yang aku tidak punya selera untuk
berbual. Namun pada masa yang sama aku berasa sedikit gembira, kerana pada
masa-masa beginilah aku memerlukan seseorang untuk menemani diri yang begitu
sunyi ini. Sebelum kami berpisah (kami ditempatkan ke dorm yang berlainan), dia
sempat berpesan, "Jumpa esok ya?" bersama senyuman manisnya yang percuma.
Aku mengangkat tangan tanda mengiyakan dan aku membalas senyumannya,
walaupun
aku
tahu
senyumanku
tidak
cukup
gula.
Malam pertama aku cukup menyeksakan. Aku tidak bisa lelap. Sekejap aku
mengiring ke kanan. Sekejap ke kiri. Kemudian aku meniarap. Semuanya tidak
kena! Aku menangis sendirian tidak tertahan. Aku rindu akan Ummi dan Abbi, Man
dan Dol, katil berkembar empuk di bilikku, masakan Ummi, loyar buruk Abbi
Haih... Air mataku bertambah laju. Ummi memberikan aku kain batiknya untuk
menghilangkan rindu apabila perlu ujarnya. Aku hanya tertawa sinis apabila Ummi
berkata begitu. Kini aku tahu, tanpa kain batik merah berbunga kalung itu, aku
pasti sudah meraung Aku cuba menahan rengekku, malu. Hanya 2-3 tahun selepas
itu barulah ku tahu yang hampir separuh daripada rakan-rakan satu batchku
menempuhi malam yang sama; ngeri dan tiada berpenghujung...
***
Kami ibarat langit dengan bumi, Sony Ericsson dengan Nokia, KLCC dengan Sg.
Wang. Begitu jauh berbeza. Dia begitu ceria dan amat mudah mesra dengan semua.
Aku agak bersendiri dan sukar untuk masuk dengan sesiapa. Dia amat aktif
bersukan. Aku pula lebih gemar aktiviti-aktiviti berpersatuan. Aku amat pemarah
dan tidak sabar orangnya. Dia pula sangat penyabar dan senyumannya amat mudah
mencairkan sesiapa. Aku sangat boros orangnya; lebih gemar makan di kantin dan
sanggup berbelanja besar di hujung minggu. Dan dia, setahu aku, tidak pernah ke
kantin melainkan dewan makan pada hari itu menghidangkan ikan paus masak
lemak atau telur raksasa goreng bercili.
Kadang-kadang aku tertanya bagaimana mereka boleh memberi kami makan
sedemikian rupa...? Kawanku Idris sering mengusik yang makanan yang mereka
hidangkan hanya sesuai untuk kucing-kucing yang membiak dengan sihatnya di
dewan makan itu. Masykur hanya tersenyum dan mengeleng-gelengkan kepalanya
setiap kali dia mendengar sesiapa yang mengeluh tentang makanan yang
disediakan. Katanya, "Haih, bersyukurlah..." Dan kami sering membalas, mengusik,
"Encik Ayyub dan Puan Sarah memang pandai memilih nama!" Masykur hanya
tertawa setiap kali.
Entah bagaimana, kami segera menjadi kawan baik, kemudian semakin akrab dan
akhirnya, dialah sahabat sejatiku. Ya, kami mungkin banyak perbezaan, tapi

bukankah itu yang melengkapkan? Ya, kami mungkin tidak sedondong dalam banyak
perkara, tapi bukankah itu suatu rahmat dariNya? Dan ya, kadangkala kami mungkin
tidak sehaluan, tapi bukankah itu yang merapatkan? Entahlah, bila aku fikir-fikirkan
kembali, aku juga hairan bagaimana kami bisa menjadi begitu rapat dan akrab.
Mungkin, cuma mungkin, suatu peristiwa yang berlaku sewaktu kami di tingkatan
satu dahulu yang memulakan segalanya. Ketika itu, aku dan Masykur hanyalah dua
insan yang biasa, tiada apa-apa hubungan istimewa. Suatu petang Sabtu, yakni hari
yang dibenarkan untuk kami keluar ke pekan mengurus diri, aku baru sahaja pulang
dari luar membeli sedikit barang keperluan. Ketika aku lalu di hadapan blok
asramaku, aku lihat kelibat Masykur yang sedang duduk termenung seorang diri.
Entah mengapa aku mengambil keputusan untuk menyertainya. Mungkin hairan,
mengapa waktu-waktu sebegini Masykur tidak pergi bermain bola seperti biasa.
Atau mungkin perasaan ingin tahuku yang sangat kuat, melihat Masykur sebegitu
rupa. Mungkin. Tetapi yang pasti, aku amat bersyukur dan amat berterima kasih
kepadaNya kerana pada hari itu, Dia telah mengilhamkan aku untuk pergi dan
duduk bersama Masykur.
Dia segera menyedari kehadiranku dan seperti biasa, menghadiahkan aku dengan
senyumannya. Aku duduk di sebelahnya dan mengambil sesuatu daripada beg
plastik yang aku bawa. Aku buka sepaket biskut coklat Famous Amos kegemaranku,
lantas memulakan bicara.
"Kau ok Kur? Menung panjang aku tengok..."
"Hah...? Oh, aku ok je. Jangan risau." Senyum.
"Ye ke ni? Tak pernah aku tengok kau termenung panjang macam ni sebelum ni?"
Diam. Sunyi sebentar, seolah-olah alam turut mencuri dengar.
"Hhmmmm... Aku tak tahu macam mana nak cakap la Mik. Aku... Aku..."
Tiba-tiba air mata keluar mencurah-curah daripada kelopak matanya. Aku sedikit
gelabah.
"Eh.. Kenapa ni Kur? Ko ok tak ni...?" Jelas sekali bibit-bibit kerisauan dan
ketakutan dalam nadaku. Dan dia tersenyum, dalam air matanya.
"Aku ok. Aku ok. Cuma..."
Air matanya tidak tertahan-tahan lagi. Aku memandang sekeliling jika ada orang
lain yang sedang melihat. Hanya kami berdua.
"Kau tengok si Man tu, betapa mesranya dia dan keluarganya. Aku cemburu Mik...
Dan kau... Ibu bapa kau sering saja datang menziarah. Kau mungkin tidak pernah
sedar, tetapi aku..." Dia tersedu, Aku juga hampir tertangis melihat gelagatnya.
Cukup syahdu!

"Aku... Selalu cemburu melihat kemesraan yang terpancar pada kau dan
keluargamu.."
Kini aku faham apa masalahnya. Aku tahu dan aku tidak bertanya, khuatir keadaan
akan menjadi lebih buruk. Masykur mengelap air matanya dengan lengan bajunya.
Aku juga segera mengesat titis-titis basah yang mula keluar dengan buntut tapak
tanganku.
"Hahaha.. Bodoh kan aku? Memalukan diri sendiri di hadapan kau... Aku minta
maaf, Mik..."
"Apa yang kau merepek ni Kur...? Mulai hari ini, kalau ada problem, aku sentiasa
bersedia nak jadi telinga kau. Apa saja, kau cakaplah. Mulai hari ini, kau anggaplah
aku sebagai keluargamu sendiri. Ok?"
Dia tersenyum. Dan aku membalas senyumannya. Dan kami diam untuk beberapa
ketika. Hanya deruan angin petang yang berdesir menusuk koklea telinga.
Kemudian, setelah beberapa lama kami begitu, dia memandang tepat pada
mataku;
"Terima kasih Mik. Terima kasih..."
Aku tahu dia maksudkannya. Dan aku tahu dia tahu yang aku juga maksudkannya,
apabila aku menawarkan diri menjadi tempat mengadu. Entah mengapa. Entah
mengapa aku sanggup menawarkan sesuatu yang belum pasti aku bisa
memenuhinya. Mungkinkah aku kasihan kepadanya? Atau mungkin aku terpaksa
kerana tidak mahu dia terus mengalirkan air mata? Tidak, aku tidak rasakan begitu,
kerana aku pasti, aku benar-benar ikhlas. Hatiku benar-benar ikhlas ketika
menghulurkan tangan kasih sayang itu.
Ya, mungkin juga kerana petang itu. Apabila difikir-fikirkan kembali, petang itu
sungguh ajaib; penuh rahmah dan barakah dariNya. Kerana setelah petang itu,
hubungan kami secara misterinya semakin rapat dan erat. Kami sering berjalan
sama, sama ada ke surau, ke kelas, ke dewan makan atau ke mana-mana. Kami
juga sering meluangkan masa menelaah dan mengulangkaji pelajaran bersama,
walaupun kami tidak sekelas.
Setiap kali Abbi dan Ummi datang melawat, aku pasti mengajak Masykur untuk
menyertai kami. Walaupun pada mulanya dia segan dan malu, namun setelah
dipujuk dan diyakinkan, dia bersetuju. Dan melihat layanan Abbi dan Ummi yang
begitu mesra, sejak daripada itu, dia tidak pernah menolak setiap kali aku
mengajaknya untuk meluangkan masa bersama kami. Malah, kadangkala dia yang
terlebih seronok apabila Abbi dan Ummi datang menziarahi! Hahaha, Masykur,
Masykur...
Abbi dan Ummi juga tampak amat selesa dengan kehadiran Masykur dalam hidupku.
Setiap kali jika aku ingin melakukan sesuatu, asalkan ia dengan Masykur, pasti
mereka tidak pernah ragu untuk memberikan keizinan. Seolah-olah Masykur adalah
lesen besar buat diriku. Alhamdulillah, aku pula tidak pernah menyalahgunakannya.
Kami sangat rapat sehinggakan sering dijadikan bahan gossip oleh rakan-rakan.

Mereka dengan nakal menggelarkan kami 'M&M: Cair di mulut tidak di tangan!' dek
hubungan kami yang sangat akrab. Mujurlah kami sangat rapat dengan rakan-rakan
batch yang lain. Tidaklah aku ambil hati sangat dengan usikan mereka.
Oh! Sudahkah aku memberitahu kalian yang Masykur sangat nakal orangnya?
Hobinya mengusik orang. Dan akulah yang selalu menjadi mangsanya...! Pernah
suatu ketika, ketika kami di tingkatan tiga, dia dengan mengah dan cungapnya
datang menemui aku. Dia memberitahu yang Tuan Haji Pengetua ingin menemuiku.
Penting, katanya. Soal disipilin, tambahnya lagi. Aku kaget. Takut. Risau. Segala
jenis perasaan datang bertubi-tubi menyerang! Aku tidak merokok, fikirku. Aku
tidak pernah ponteng kelas. Aku bukan kelawar hitam, terbang bebas di waktu
malam. Aku bertambah risau. Sekarang! Desak Masykur lagi. Aku tiada pilihan
melainkan terpaksa bergegas ke bilik pengetua ketika itu juga.
Setelah Puan Zaiton Samudi, setiausaha kepada Tuan Haji Ariff mengesahkan yang
Tuan Pengetua sememangnya sedang menunggu aku, aku semakin takut. Cuak.
Pundi kencingku memberikan amaran. Ah sudah! Aku mengetuk hormat bilik
pengetua. Masuk, aku diberi kebenaran.
"Assalamua'laikum Tuan Haji..."
"Waa'laikumussalam

warah

matullah.

Ha

Mikail,

jemput

duduk."

"Tidak mengapa Tuan Haji. Biarlah saya berdiri saja... Err..., ada apa Tuan Haji
mahu
berjumpa
dengan
saya
ya?"
Aku cuba menyorokkan rasa cemasku. Mataku melirik, gerun melihat ibu rotan
sebesar ibu jari Bob, rakan sebatchku di sudut sebelah kiri bilik itu.
"Oh... Tak, Masykur ada datang berjumpa saya. Dia bilang, kamu ada suatu projek
besar untuk batch kamu. Untuk meningkatkan kecemerlangan PMR katanya. Saya
amat sokonglah cadangan kamu tu. Cuma, saya naklah kamu sediakan kertas
cadangan yang formal. Boleh? Eh, kamu ni, kenapa terkejut satu macam ni?"
"Hah....?? Projek kecemerlangan PMR....? Oh ya ya. Ada ada Tuan Haji. Masih di
peringkat perbincangan dengan rakan-rakan yang lain. Insha-Allah, saya akan cuba
usahakan untuk menyiapkan kertas cadangan tu secepat mungkin."
"Bagus! Semangat macam ni lah yang saya mahukan pada setiap pelajar sekolah ni.
Baik, teruskan usaha murni kamu tu. Kalau kamu ada apa-apa masalah, jangan
teragak-agak
nak
jumpa saya minta nasihat dan
sokongan, ok?"
"Ok

Tuan

Haji.

Terima

kasih."

Aku keluar daripada bilik pengetua terpinga-pinga. Dari jauh lagi sudah ku dengar
hilai tawa Masykur dan rakan-rakanku yang lain. Aku begitu marah dan geram.
Mukaku merah menyala menahan marah. Jika tidak kerana kelas Kemahiran Hidup
yang terpaksa aku hadiri, sudah pasti aku sudah kejar si Masykur itu, dan aku cekikcekik lehernya, aku patah-patahkan lengannya dan aku siat-siat kulitnya!! Satu hari
itu aku begitu terkesan dengan peristiwa yang berlaku. Satu hari itu aku tidak

bercakap

dengan

Masykur.

Memandangnya

sekali

pun

tidak

aku

ingin.

Masykur tahu yang dia sudah melampaui batas. Sebelum ini, usikannya yang paling
hebat pun hanyalah dengan melumurkan mukaku dengan ubat gigi ketika aku
sedang tidur. Oh! Bukan, bukan yang itu. Dia pernah menyimpan telur tembelang
sebulan lamanya, semata-mata untuk dilontarkan kepadaku pada hari lahirku.
Birthday present katanya. Hampir sebulan aku rendam bajuku dengan Clorox,
semata-mata mahu menghilangkan bau tengik dan kepam yang tidak tertanggung!
Haih... Aku masih boleh bersabar dengan karenahnya selama ini. Tetapi kali ini...
Dia
sudah
melangkaui
garisan
batasannya.
Dan dia tahu aku merajuk dengannya. Dia cuba memujuk. Dia meminta maaf
berulang kali. Aku tidak bujuk. Akhirnya pada malam itu, dia datang kepadaku
dengan
membawa
suatu
bungkusan
berwarna
merah.
"Mik....

Sorry

Aku

la...

Aku

betul-betul

buat-buat

menyesal

tidak

ni..."
endah.

"Mik... Janganlah macam ni... Ni, nak buktikan betapa sesalnya aku, aku nak bagi
hadiah
kat
kau
ni..."
Masykur...

Dia

memang

arif

benar

akan

kelemahanku!

Aku

tersenyum.

"Ha, macam tu la! 0-0 ya kita? Nah, ambillah! Tapi jangan buka sekarang. Aku tak
bolehlah,
orang
buka
hadiah
depan
aku..."
Dia tersenyum lagi. Tapi kali ini senyumannya lain macam. Manis masih manis.
Tetapi sedikit pedas... Dia pergi meninggalkan aku yang agak jelas begitu gembira
dengan pemberian itu. Tetapi entah mengapa, aku rasakan ada sesuatu yang tidak
kena...
Aku buka perlahan-lahan bungkusan merah itu. Cermat. Teruja. Eh, ada bungkusan
yang lain pula, tetapi hanya dibalut dengan kertas surat khabar. Jelas kelihatan Siti
Nurhaliza tersenyum bangga kepadaku. Aku buka pula balutan itu dan George W.
Bush sedang menantiku dengan wajah yang masam. Mukaku terasa panas. Kepalaku
mula gatal-gatal. Aku buka lagi balutan kertas surat khabar yang kedua itu. Giliran
David Beckham pula yang menyambutku dengan senyuman nipisnya. Sabar Mik,
sabar. Setelah 3 Ketua Negara, 5 artis tempatan dan antarabangsa, 4 selebriti sukan
dan 3 krisis kemanusiaan, barulah 'hadiah' yang aku nanti-nantikan muncul tiba. 3
biji
gula-gula
Hacks
berperisa
oren
gedang...
MASYKURRRRRR.............!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
***
bersambung
-gabbana-

lagi...

Akhi - Bahagian Ketiga


Penulis meminta maaf atas kelewatan siri ketiga 'Akhi' ini. Atas kesibukan yang
melampau, ditambah dengan keadaan saudara-saudara kita di Palestin, penulis
tidak dapat menumpukan masa dan tenaga untuk menyiapkan cerita ini.
Alhamdulillah, siri ketiga akhirnya berjaya disiapkan. Nantikan sehingga
penghabisannya ya? Selamat membaca! =)
***
"Mik, kau nak ikut aku tak? Sabtu ni?"
"Eh, pergi mana Kur? Sabtu ni, aku ingat nak pergi Jusco la. Nak pergi tengok
wayang, ala, cerita Spiderman. Best woo aku dengar..."
"Wayang? Ala, tak masyuk la wayang. Apa kata kau ikut aku? Lagi best!"
"Pergi mana Kur...?"
"Kita nak pergi satu perjumpaan yang best! Ada makan-makan, perbincangan...
Memang rugi kalau kau tolak!"
Hhmmm... Aku musykil. Selama ini, si Masykur tidak pernah pun mengajak aku
pergi mengikutinya setiap Sabtu dia menghilang. Sudah lebih kurang 3 bulan dia
berkelakuan sebegitu. Setiap hari Sabtu, sebaik sahaja selepas Zuhur, pasti dia akan
lesap entah ke mana sehinggalah waktu outing habis. Jangankan mengajak, dia
tidak pernah langsung memberitahuku tentang aktivitinya yang mencurigakan itu.
Kecil juga hatiku jadinya! Dan aku pula tidak pernah bertanya. Ego agaknya.
Mungkin juga malu. Lantas aku bersetuju dek perasaan ingin tahuku yang begitu
meluap-luap, walaupun aku berjaya menyembunyikannya dengan berlagak seolaholah aku berat untuk mengikutinya.
Maka Sabtu itu berangkatlah kami menaiki bas bernombor 21 yang hanya Masykur
tahu destinasinya. Aku cuba mengorek-ngorek daripadanya, ke manakah kita,
apakah yang kita hendak lakukan. Dan jawapannya sama sahaja. Tengok dahulu.
Mudah. Aku menjadi semakin tidak sabar. Tidak senang duduk, resah dan gelisah.
Akhirnya setelah hampir setengah jam menaiki bas usang (Aneh! Walaupun setelah
bergelar bandaraya, basnya masih lapuk tidak ditukar ganti. Konduktornya masih
apek atau nyonya tua yang sudah bongkok tiga!), kami tiba di destinasinya. Sebuah
taman perumahan yang agak tenang dan sunyi. Ke mana kita, aku bertanya.
Jawapannya hanyalah sekuntum senyuman yang manis, yang terus membantutkan
selera aku untuk bertanya lanjut.
Masykur langsung mengepalai, menuju ke sebuah rumah bernombor 33. Ah, macam
ku kenal sahaja Proton Waja berplat AEM 2505 ini, getus hatiku. Masykur memberi
salam. Tiada jawapan. Diberinya salam kedua yang lebih nyaring. Masih tiada
jawapan. Masykur menggaru kepala yang tidak gatal. Belum sempat dia
menghabiskan salamnya yang ketiga, seorang lelaki tampan berserban putih
berumur 30-an menyelak jendela. Ustaz A'sim, guru Pendidikan Islam di sekolahku.

Dia tersenyum gembira melihat kami berdua. Kini aku turut menggaru kepalaku
yang tidak gatal. Ustaz A'sim ada buat kenduri tahlil ke ni? Atau sambutan hari lahir
anaknya?
Kami dijemput masuk. Sebaik aku bersalam dengan Ustaz A'sim, aku melihat sudah
ada 4-5 orang lagi sudah siap duduk bersila di ruang tamu. Khalil rakan satu
batchku, Abang Farish senior di tingkatan lima, seorang junior yang aku lupa
namanya dan selebihnya tidak aku kenali. Mereka semua tersengih apabila melihat
kami berdua. Pelik. Aku semakin hairan. Namun aku diamkan diri sahaja. Malas
hendak bertanya apa-apa, khuatir mulutku ini terlebih bisa!
Kami semua duduk membentuk suatu bulatan yang kurang sempurna. Aku sempat
menegur rakanku Khalil dan menyapa Abang Farish, sebelum Ustaz A'sim
mengumumkan yang makanan tengah hari akan disediakan beberapa minit lagi. Aku
sedikit teruja. Manakan tidak! Sudahlah perutku sejak tadi tidak habis-habis
beracapella meminta nasi, aku pula sudah lebih sebulan tidak makan masakan
rumah!
Tidak rugi aku terima jemputan Masykur! Bau rempah pekat menusuk hidungku.
Kecur air liur. Dua dulang bulat bersaiz sederhana diletakkan di hadapan kami oleh
Ustaz A'sim. Aneh. Tidak ada pinggan mangkukkah di rumah ini? Masykur seolah-olah
menyedari tingkah lakuku, lantas tersenyum. Dia tidak menawarkan sebarang
penjelasan. Nasi putih, lauk kurma kambing, ayam goreng berempah dan ulamulaman bertemankan sambal belacan dihidangkan kepada kami. Ah, dulang pun
dulanglah!
Aku makan dengan begitu gembira sekali. Bukan, gembira terlalu sopan bunyinya.
Lahap. Ya, aku memang gelojoh dan pelahap kadangkala, terutamanya apabila aku
lapar dan makanan yang dihidangkan sedapnya menjilat jari. Dihidangkan pula
dengan teh o limau panas mencuci usus dan perut. Aduh.... Nikmatnya! Senyumku
liriknya sehingga ke telinga. Puas. Masyur tertawa kecil melihat gelagatku.
Ketika makan, Ustaz A'sim ada bertanyakan beberapa perkara kepadaku. Dan aku
menjawabnya ala kadar sahaja. Segan mungkin. Atau aku terlalu fokus memuaskan
nafsu perutku? Juga mungkin. Abang Farish dan Khalil juga ada berkata-kata
kepadaku. Cuma tampak seperti ada skrip yang telah mereka hafal. Soalan-soalan
yang ditanya sudah pun diketahui jawapannya. Aku musykil sama ada mereka
benar-benar ikhlas memulakan bicara. Entahlah. Juniorku yang masih belum ku
ingat namanya dan dua orang lagi yang masih belum ku kenali tidak pula sibuk
menemuramahku. Mereka juga seperti aku agaknya. Khusyu' dan tawadhu'
menjamah nasi!
Selepas makan dan dulang-dulang dikemaskan, kami diminta Ustaz A'sim untuk
membentuk suatu bulatan, halaqah katanya. Aku hanya menurut. Aku duduk di
sebelah kiri ustaz dan Masykur di sebelah kiriku.
"Alhamdulillah, segala puji bagi
kepada Nabi Muhammad S.A.W.,
kepada Allah, kerana dengan izin
ini. Paling seronok, kita dapat

Allah Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam


para keluarga dan sahabat baginda. Syukur kita
dan inayahNya, kita dapat berkumpul di sini hari
makan, hidup dan berbuat apa sahaja tanpa

sebarang gangguan mahupun ancaman daripada sesiapa pun. Cuba kita bayangkan,
kita berada di Palestin sekarang ini. Mesti perit kan? Subhanallah..."
Ustaz A'sim memulakan bicara. Waduh waduh, tidak pernah aku lihat ustaz
setenang ini! Kebiasaannya, Ustaz A'sim terkenal sebagai seorang guru yang tegas di
bilik darjah. Tapi ini... Seolah-olah aku baru pertama kali mengenalinya.
"Alhamdulillah, hari ini kita menerima seorang anggota baru dalam keluarga kita ni.
Akh Mikail."
Ustaz A'sim tersenyum. Yang lain juga turut mengukir senyuman dan Masykur
seperti biasa memiliki senyuman yang paling manis. Aku hanya mampu tersenyum
simpul. Aku sebenarnya betul-betul naif tentang apa yang sedang berlaku.
"Ana rasa, ada baiknya kita bertaaruf dahulu, sebab Mikail belum kenal semua yang
ada di sini rasanya. Betul Mikail?"
Aku hanya mengangguk. Akh? Ana? Taaruf? Haiyo, bahasa apa pula ni?? Aku mencuit
paha Masykur, dan berbisik sehalus mungkin.
"Kur, taaruf tu apa?"
Ustaz A'Sim tersenyum. Dia mencuri dengar rupanya.
"Maafkan ana. Taaruf tu maksudnya perkenalkan diri. Yelah, ada baiknya semua
orang saling mengenali sebelum ana boleh mulakan agenda untuk hari ini. Ok, biar
ana mulakan dahulu, kemudian diteruskan dengan Safwan di sebelah kanan dan
diakhiri dengan Mikail. Taaruf ringkas sahaja untuk hari ini. Kalau boleh, beritahu
nama penuh, nama panggilan, asal, sekolah apa, tingkatan berapa, ha, cukuplah
rasanya dulu untuk hari ini. Nanti bila ada masa, di lain kali mungkin, kita
berkenal-kenalan lagi. Baik, akhukum fillah, nama ana Muhammad A'sim bin
Musa'b..."
"Nama ana Safwan Soleh bin Abdul Jabbar. Boleh panggil Safwan atau Soleh..."
"Nama ana Farish Khalid..."
"Akhukum fil Islam. Nama diberi Muhammad Ridhuan Abdullah Kailan..."
Akhirnya aku mengenali juniorku. Ridhuan rupanya.
"Bismillahirrahmanirrahim. Salam a'laikum warahmatullah. Nama diberi Khairul
Khalil Muhammad Jiwa..."
"Assalamu a'laikum. Nama Abdul Muiz bin Ahmad Izzah..."
"Salam semua. Nama ana Masykur Hafiz bin Ayub Mukhlis..."
Tiba giliran aku. Entah mengapa aku berasa sedikit gemuruh. Aih, bukannya disuruh
pergi berucap di atas pentas! Tetapi pelik, gemuruhnya cukup luar biasa! Hatiku

berdegup pantas. Aku dapat rasakan yang darah mengalir pantas di dalam vena
kava dan aortaku. Dan aku tidak tahu perlukah aku membahasakan diriku ana
seperti yang lain? Ah, cukup janggal bunyinya...
"Assalamu a'laikum. Nama saya Muhammad Aidil Mikail bin Ahmad Lutfi. Boleh
panggil Mikail, Mik pun ok jugak. Saya berasal daripada Kuala Lumpur..."
"Kuala Lumpur kat mana?" Muiz mencelah.
"Kuala Lumpur kat Malaysia." Aku bergurau, disambut oleh gelak tawa daripada
semua.
"Tak tak. Hehehe.. Kuala Lumpur kat Bukit Damansara..."
"Ooohh..." Disambut semua. Muncung Masykur yang paling panjang. Sengaja.
"Satu sekolah dan satu kelas dengan Masykur," aku menyudahkan bicara.
Selesai sesi taaruf, Ustaz A'sim meneruskan perbincangan yang telah dirancang.
Hari ini Ustaz A'sim bercerita tentang sirah Nabi S.A.W., pengorbanan yang
ditempuhi oleh baginda dan para sahabatnya seawal era Islam di Mekah. Bagaimana
mereka diseksa dengan kejamnya, dicaci dan dicemuh, dipulaukan, diperlakukan
dengan pelbagai lagi perbuatan yang sungguh memalukan... Aku paling tertarik
dengan kisah Sumayyah dan Yassir, dua orang sahabat Nabi yang mati syahid dan
dijanjikan syurga, walaupun ketika itu syariat solat 5 waktu sehari semalam, puasa
di bulan Ramadhan, zakat dan menunaikan haji masih belum diperintahkan
terhadap umat Islam. Menarik. Bagaimana kefahaman mereka terhadap dinn yang
mereka peluki begitu dalam dan terkesan, sehinggakan aqidah yang mereka miliki
cukup mapan.
Kemudian Ustaz A'sim mengajak kami semua merenung keadaan umat Islam di
zaman kini. Bagaimana Islam yang sudah lengkap dengan segala syariat dan
perintahnya, namun begitu ramai umat Islam yang terpesong daripada jalan yang
lurus dan benar. Sedangkan al-Quran yang ada pada hari ini sudah sempurna, tidak
seperti di zaman para sahabat yang menerima risalah dari langit sedikit demi
sedikit.
Aku terkedu. Kata-kata Ustaz A'sim benar-benar kena tepat pada jantungku.
Menusuk kalbu. Selama ini, adakah aku benar-benar faham tentang agamaku ini?
Atau adakah ia sekadar warisan daripa Abbi dan Ummi? Agama ikut-ikutan? Mereka
tertonggeng sujud 5 kali sehari semalam, maka aku juga wajib tertonggeng sujud
sebanyak itu? Adakah aku benar-benar faham hikmah di sebalik solat, puasa, zakat
dan haji? Dan adakah Islam hanya terletak pada rukun yang lima itu? Aku menjadi
resah. Tiba-tiba suatu perasaan takut dan khuatir yang tidak pernah aku rasakan
selama ini menyelimuti jiwaku.
Ustaz A'sim seperti perasan akan gelagatku, lantas menyudahkan perbincangan
kami tentang sirah Nabi S.A.W.. Dia memulakan pula perbincangan baru yang lebih
santai, berkisarkan hal ehwal ibadah. Ibadah yang sahih, terang Ustaz A'sim, wajib
berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah. Perkara-perkara yang tidak pernah dilakukan

oleh Rasulullah S.A.W. hendaklah dielakkan. Bidaah. Cukup banyak perkara baru
yang aku pelajari. Alangkah jahilnya diri ini.
Ustaz A'sim kemudiannya berjanji untuk berbicang lanjut tentang hal ini di masa
hadapan kerana masa tidak mencukupi. Sebagai penutup perbincangan, Ustaz A'sim
bertanyakan tentang perihal diri kami, seandainya kami mempunyai masalah dan
sebagainya. Aku sedikit tersentuh. Ustaz A'sim sememangnya kelihatan jujur dan
bersungguh dalam bertanyakan khabar dan perihal kami. Aku seolah-olah dapat
merasakan kasih sayangnya mengabusi kami.
Selepas solat Asar berjemaah, Abang Farish, Ridhuan, Khalil, Masykur dan aku
bergerak pulang. Ustaz A'sim menawarkan untuk menghantar kami pulang, tetapi
Abang Farish menolak. Haila Abang Farish ni. Rezeki jangan ditolak! Hatiku berkata,
namun mulutku tidak terbuka. Kami sampai di sekolah 5 minit sebelum pukul 6.
Nasib baik. Jika tidak, kami semua pasti didenda oleh warden bertugas hari itu,
Cikgu Jamal Abidi, guru disiplin sekolah. Melihatkan rotan di tangannya sahaja
sudah kecut perutku. Belum lagi pelempang 360 darjah Cikgu Jamal, yang
sememangnya cukup terkenal di kalangan samseng sekolah. Cikgu Jamal hanya
tersengih kerang melihatkan kami yang terselamat daripada habuan rotannya.
Fuh...
Namun aku tidaklah begitu khuatir sebenarnya, kerana Abang Farish ada bersama.
Sebagai Penolong Ketua Pengawas sekolah, dia mempunyai reputasi yang bersih di
kalangan guru dan pelajar. Malah dia cukup akrab dengan Cikgu Jamal kerana dia
bertanggungjawab terhadap portfolio disiplin pelajar.
"Kur, tadi tu usrah eh?" Aku bertanya kepada Masykur dalam perjalanan pulang kami
ke asrama.
Masykur sedikit terkejut. Jelas kelihatan pada mata dan kerut dahinya yang dia
tidak menyangka aku akan berkata sedemikian. Kini giliran aku menghadiahkannya
senyuman nakal, tanda kemenangan dan kebanggaan.
"Er...Macam mana kau tahu ni Mik?"
"Ala.... Abbi dan Ummi pernah bagitau aku dulu. Dia orang pun ikut usrah jugak.."
"Subhanallah... Ye ke?? Alhamdulillah...! Bestnye aku dengar!"
Masykur tersenyum panjang.
"Tapi aku takde la tahu sangat pasal usrah ni. Sikit-sikit tu, bolehlah. Nanti kau
kena ajar aku apa yang aku dah tertinggal ok?"
Masykur mengangguk pantas. Senyumannya bertambah lebar.
"No hal la beb. Kau punya pasal, lautan api sanggup ku renangi! Hehe... Kau tau tak
Mik, aku happy sangat kau dah sertai keluarga kami ni. Selama ni aku rasa bersalah
sangat sebab rahsiakan daripada kau. Dah lama aku nak ajak kau, tapi ustaz cakap,
tunggu dulu..."

"Hahaha.... Tak kisah la Kur. Mesti ada sebab kenapa ustaz cakap macam tu. Apaapa pun, aku happy jugak, sebab dah jadi sebahagian daripada keluarga tu.
Keluarga bahagia..."
Kami berbalas senyuman.
"Kur, aku nak tanya sikit la."
"Ha, apa dia?"
"Akh tu apa? Ala... Yang Ustaz A'sim selalu guna nak address kita tu. Sikit-sikit dia
panggil akh, atau akhi. Apa kebendanya tu...? Sejenis tumbuhan-tumbuhan berakar
serabut ke...?"
"Hahaha.. Apa la kau merepek ni Mik? Akh tu maksudnya saudara, lebih kurang.
Kalau ustaz panggil akhi, maksudnya dia cakap 'saudara' la tu. Ala, lebih kurang
dude, beb dengan mat la jugak..."
"Oohhh..."
"Tapi akh nie, istimewa, tak seperti panggilan yang lain. Apabila dipanggil akh, ia
selalunya disertai dengan perasaan hormat dan kasih sayang. Sebab persaudaraan
Islam tu berlandaskan aqidah, kerana Allah. Jadi status akh tu lebih best la
daripada yang lain... Dan akh tu untuk seorang. Kalau ramai, dipanggil ikhwah."
"Oohhh..."
Aku mengangguk dan sedikit terlopong. Kagum agaknya dengan penjelasan yang
diberikan.
"So, lepas ni boleh la aku panggil kau Akhi, ye Mik?"
"Boleh, ya akhi..!!"
Kami tertawa.
***
-gabbana-

Akhi - Bahagian Keempat


Penulis ingin memohon jutaan kemaafan kepada mereka yang ternanti-nanti
sambungan siri ini. Sudah begitu lama penulis bertangguh untuk menyiapkan karya
ini. Pelbagai masalah dan hal-hal lain yang berlaku menyebabkan penulis
ketandusan ilham dan kadangkala begitu culas untuk menyelesaikan perjalanan
yang dimulakan pada bulan Disember tahun lepas ini. Insha-Allah, kini penulis
mempunyai lebihan masa, maka ada eloknya penulis memanfaatkan ia sebaiknya
untuk
menyiapkan
karya
ini.
Penulis ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada anda yang masih setia
mengikuti siri ini. Penulis sedar bukan ramai yang gemar membaca cerita pendek
yang berjela-jela panjangnya. Namun 'Akhi' agak berlainan. Penulis seolah-olah
dapat menjiwai dan menghayati cerita ini, setiap kali penulis menulis dan
membaca kisah ini, walau berulang-ulang kali. Terutamanya watak Mikail. Penulis
berjanji, siri ini akan tamat tidak lama lagi. Teruskan setia hingga ke akhirnya!
***
Minggu itu kami dibenarkan untuk pulang ke rumah. Kebetulan hari Sabtu itu tiada
usrah; Ustaz 'Asim ke Kuala Pilah menghadiri suatu kursus berkaitan Pendidikan
Islam anjuran JAKIM. Pada mulanya aku bercadang untuk tinggal di sekolah sahaja.
Kalau aku pulang ke Kuala Lumpur pun, tiada maknanya kerana cuti hujung minggu
sahaja. Buat peluh ketiak sahaja jika aku pulang. Abi dan Ummi pun kemungkinan
besar sibuk hujung minggu ni, melayan tetamu yang datang jauh dari Abu Dhabi.
Rancanganku berubah apabila Masykur mengajak aku pulang ke rumahnya. Aku
sedikit terkejut. Biar betul mamat ni, getus hatiku. Selama ini, langsung tidak
pernah dia bercerita kepadaku tentang keluarganya, inikan pula mengajakku ke
rumahnya! Aku pula tidak pernah bertanya dan tidak pernah pula berkecil hati,
kerana aku tahu sekiranya Mayskur tiada rahsia yang mahu disorokkan daripadaku,
pasti
dia
sudah
bercerita
kepadaku
sejak
dahulu
lagi.
Aku menerima pelawaannya. Pertama kerana perasan ingin tahuku yang sangat
memaksa. Masakan aku sebagai sahabat akrabnya sendiri tidak pernah langsung
tahu tentang keluarganya. Kedua, kerana aku seolah-olah dapat merasakan bahawa
Masykur sememangnya menginginkan aku untuk turut serta. Seolah-olah tangannya
menarik-narik manja tanganku untuk menemaninya pulang ke rumah.
"Kenapa
"Saja.

kau

nak

Rindu

"Kenapa

sekarang

ah..."
baru

kau

nak

ajak

balik

Kur?"

jawabnya

ringkas.

aku?"

Ake

menduganya.

"Haha.." Masykur menggeleng, seolah-olah mahu menyorokkan rasa bersalahnya.


"Dah

tiba

masanya.

Dah

tiba

masanya

kau

tahu

pasal

family

aku..."

Kami bertolak ke Kuala Lumpur menaiki bas Transnasional, pilihan utamaku, selepas
solat Jumaat. Aku ada memberitahu Abi dan Ummi yang aku akan pulang ke KL,
tetapi tidak pulang ke rumah kerana akan bermalam di rumah Masykur. Ummi tidak
bertanya panjang. Kami tiba di KL lebih kurang pukul 6 petang. Hiruk pikuk
kotaraya menghiasi petang di Kuala Lumpur seperti biasa. Kereta dan lori silih
berganti, beratur panjang di sepanjang jalan di Puduraya. Asap hitam yang
memeritkan hidung memenuhi ruang udara. Manusia pelbagai ragam dan bermacam
gaya memenuhi kaki-kaki lima di sekitar perhentian bas Puduraya. Aku sempat
mencuri pandang seorang lelaki kusut masai, bersepatukan kaki ayam dan
berpakaian compang camping, tertawa sendirian sambil membelek-belek surat
khabar
lama.
Kasihan.
Kami berhenti rehat dan solat di tingkat tiga di bangunan usang perhentian bas
Puduraya itu. Aku lihat Masykur basa-basi sahaja, semacam tidak mahu pulang ke
rumah.
Dia
berdolak-dalih,
cuba
membeli
masa.
"Mik,

jom

balik

Ipoh

balik

jom...?"

"Kau gila...?? Takde takde, kau dah janji nak bawa kau jumpa family kau. By hook
or by crook, kau mesti kotakan janji!" Kataku sedikit geram.
"Ok

ok..."

Masykur

tersenyum

pahit.

Kami berjalan ke Stesen Putra Masjid Jamek. Jalan begitu sibuk dengan mereka
yang baru habis bekerja. Ketika inilah mereka yang tidak mengenal dosa dan erti
perasaan belas akan mengambil kesempatan. Aku dan Masykur hampir sahaja diugut
untuk menyerahkan wang kepada seorang lelaki berbangsa Afrika yang mula
mengekori kami dari Restoran McDonalds lagi. Mujurlah ada 2 pegawai polis
peronda tidak jauh dari tempat kejadian. Melihat sahaja kelibat mereka, lelaki
berkulit hitam legam berambut kerinting itu cabut bagai lipas kudung lagaknya!
Alhamdulillah...
Kami terpaksa berhimpit di dalam gerabak keretapi transit aliran ringan Putra
menuju ke Kelana Jaya. Bermacam bau yang ada! Masam, pahit, masam-masam
manis, masin, kepam, tengik, tajam, pedas, semuanya ada! Mual aku dibuatnya...!
Masykur hanya tertawa melihat gelagatku, yang tidak habis-habis menggaru
hidungku yang tidak gatal, tanda protes atas penyeksaan bau yang maha dahsyat
itu.
Kami tiba di Stesen Kelana Jaya lewat waktu Maghrib. Menuruni anak tangga satu
persatu dengan perlahan, dapat ku kesan raut wajah Masykur yang semacam
gelisah dan tidak senang. Timbul perasaan kasihan melihatnya. Mungkin lebih baik
aku turuti sahaja kehendaknya tadi, untuk pulang sahaja ke Ipoh. Tapi kami sudah
sampai sejauh ini. Sia-sia sahaja sekiranya kami angkat kaki dan pulang. Aku
semakin berdebar kerana jawapan kepada persoalan yang menghantui aku selama
ini bakal terungkai tidak lama lagi; mengapa Masykur begitu berahsia tentang
keluarganya,
walau
dengan
aku
sahabat
karibnya.
Masykur menarik tanganku menuju ke perhentian teksi di bawah stesen. Kami
beratur di belakang seorang wanita Benggali berbaju kerja hitam kelabu yang agak

segak rupanya. Di depannya ada 5 orang lagi yang sedang menunggu giliran;
seorang Apek Cina setengah abad usianya, seorang wanita melayu bertudung
dengan 2 orang anak kecilnya dan seorang, er, manusia yang aku tidak pasti jantina
dan bangsanya. Ku lihat Masykur menggeleng kepala melihat lelaki/perempuan
tersebut.
Manusia.
Sampai giliran kami, Masykur membuka pintu depan bahagian penumpang teksi dan
bertanyakan sama ada kami boleh dibawa ke Taman Tropicana. Aku sedikit
terkejut. Taman Tropicana? Itu tempat orang kaya semuanya. Bukan setakat kaya,
malah super duper kaya. Maka tekaanku yang pertama mengapa Masykur malu
untuk menceritakan perihal keluarganya meleset; dia malu kerana keluarganya
bukanlah
keluarga
yang
senang.
Sepanjang perjalanan kami di dalam teksi Proton Waja merah putih itu menuju ke
destinasi, aku tidak habis-habis meneka apakah sebab lain Masykur begitu berahsia
tentang keluarganya. Perjalanan kami hanya ditemani oleh nyanyian dan celoteh
deejay stesen radio Klasik.fm. Masykur hanya berdiam diri sepanjang perjalanan.
Sekali sekala aku sempat menoleh melihatnya, dan untuk setiap kali dapat ku lihat
tanda-tanda sesal pada raut wajahnya, khuatir dan cemas pada genangan matanya.
Kami akhirnya berhenti di depan sebuah rumah banglo 2 tingkat yang cukup
mewah. Aku sedikit terlopong. Tidak pernah aku lihat rumah agam yang sebegitu
mewah dan indah. Tiang utamanya tinggi mencapai langit. Rumahnya tidak dicat
kerana batu-batu binaannya sudah sedia berwarna perang keemasan. Pintu
pagarnya automatik dan diperbuat daripada kayu yang aku pasti tidak murah
harganya. Taman rumahnya begitu cantik dan luas, dipenuhi oleh pokok-pokok
renek berbunga. Rumputnya tersangat hijau yang menyenangkan. Pokok-pokok
palm menghiasi kiri dan kanan jalan menghala ke pintu utama. Belakang rumahnya
pula menghadap sebuah tasik yang hijau airnya. Cukup mengasyikkan. Dan aku
sempat mengamati 5 buah kereta yang tersusun rapi di ruang khas di sebelah kanan
rumah; BMW X5, Mercedes SLK, Nissan Fairlady, Mini Cooper dan Audi A6. Aku
menggaru kepalaku yang tidak gatal. Aku betul-betul kagum. Masykur geleng kepala
melihat
gelagatku.
Pintu rumah dibuka. Seorang wanita separuh umur tersenyum menyambut kami.
"Assalamualaikum

bibik.

Bibik

apa

khabar?"

Masykur

memulakan

bicara.

"Waalaikumussalam. Bibik sihat aja. Masykur apa khabar? Ini kawan Masykur ya?
Tidak
mahu
introduce
pada
bibik?"
"Oh ya. Haha.. Ni namanya Mikail. Nama glamor, Mik. Hehe.. Best friend, now and
forever! Mikail, ni la bibik kesayangan aku, the one and only, bibik Sapeah!"
"Ah,

ada-ada

sahaja

kamu

ni

Masykur!"

Kami masuk ke dalam rumah. Tidak dapat aku gambarkan betapa mewahnya
perabot dan peralatan yang menghiasi rumah itu. Mataku hanya sempat melilau kiri
dan kanan, tak mahu dilihat dan dicop sebagai jakun, tetapi tidak mahu pula
terlepas
menikmati
kemewahan
yang
di
luar
jangkaan
ini.

"Mommy

ada

rumah

bik?"

"Tak ada la Kur. Mommy dan Daddy, dua-duanya belum pulang dari kerja. Qistina
dan
Iqbal
juga
tiada
di
rumah."
"Oh...

Ok,

takpe."

Masykur

seperti

kecewa.

"Kur, nanti bawa rakanmu itu makan ya? Bibik masak spesel untuk kamu! Mommy
yang
pesan,
supaya
masak
udang
masam-manis
kesukaanmu
itu!"
"Ok bik. Terima kasih." Buat pertama kalinya untuk hari itu, akhirnya aku melihat
Masykur tersenyum ikhlas, senyumnya yang bisa menggugat hati seorang dara.
Masykur mengajak aku masuk ke biliknya. Bilik bujangnya itu tidak kurang
hebatnya. Aku berkira-kira, rasanya dua kali ganda lebih besar daripada bilikku di
rumah. Perhiasan biliknya adalah campuran moden dan klasik. Biliknya dicat
dengan warna merah gelap. Permaidani yang menghampari lantai vernier biliknya
hampir sama dengan permaidani yang menghiasi dewan utama rumahku. Cuma
lebih tebal. Baldu merah yang mewah. Tenggelam kakiku apabila memijaknya!
Cukup selesa. Masykur memasang pendingin hawa. Ah, cukup nyaman dan tenang
rasanya.
Aku sempat mencuri lihat buku-buku dan kitab-kitab yang disusun kemas di rak di
sudut tepi biliknya; Petunjuk Sepanjang Jalan oleh Sayyid Qutb, Return of the
Pharaoh karangan Zainab al-Ghazali, Himpunan Risalah Hassan al-Banna, beberapa
naskhah al-quran dan tafsirannya, sebuah kitab hadith Riadhus Salihin karangan
Imam Nawawi, beberapa buah buku fiksyen dan selebihnya, tidak sempat aku kenal
pasti. Kebanyakan buku-buku agama yang terdapat pada raknya itu adalah risalahrisalah dan kitab-kitab yang memang disyorkan oleh Ustaz 'Asim untuk dihadam dan
dicerna.
Ketika Masykur berada di dalam bilik air, aku mengambil peluang ini untuk
meneroka bilik bujangnya itu. Aku membelek-belek bingkai gambar yang diletakkan
di atas meja belajarnya. Buat pertama kalinya aku melihat foto keluarga Masykur.
Secara jujurnya, aku sedikit terkejut, melihat kepada rupa fizikal ahli-ahli keluarga
Masykur.
Ah,
husnodzan
la
Mikail!
Berlatar belakangkan Leaning Tower of Pisa, jelas sekali gambar ini diambil agak
lama dahulu; Masykur kelihatan amat muda dan comel sekali! Ayahnya, Encik Ayyub
kelihatan begitu segak berseluar pendek kotak-kotak dan berbaju t-kolar berwarna
hijau tua. Ibunya, Puan Sarah, kelihatan begitu ranggi sekali dengan rambut
perangnya, berseluar jeans biru muda, baju-t ringkas berwarna putih dan berkaca
mata hitam. Dua orang lagi, yang aku pasti adalah Qistina dan Iqbal, masing-masing
berpakaian serba ringkas; santai dan selesa. Masykur yang paling kecil sekali,
memegang tangan ibunya. Dia berseluar pendek dan bertopi koboi.
Aku tersenyum. Mereka kelihatan seperti sebuah keluarga yang cukup bahagia di
dalam foto itu. Mataku kemudian tertumpu kepada senaskah buku nipis di hujung
sudut kiri meja belajarnya itu. 'Ayah... Bunda... Inilah Jalan Yang Lurus' hasil

tangan Dr. Fadl Ilahi bin Dzahir Ilahi. Aku pernah dengar pasal buku ini. Abang
Farish yang mengesyorkannya. Panduan buat dua't yang menghadapi cabaran
menyampaikan syahadah kepada ahli keluarga sendiri. Melihatkan buku itu,
mindaku terus membuat hipotesis tentang sebab sebenar Masykur begitu berahsia
akan
hal
keluarganya.
Dan
hati
kecilku
mengiyakannya.
"Mik,

kau

nak

mandi?"

Tiba-tiba

Masykur

bersuara.

Aku tersentak. Cepat-cepat aku toleh kepadanya dan tersenyum. Masykur berikan
aku sehelai tuala bersih yang begitu lembut dan halus tenunannya kepadaku.
Selesai mandi, kami solat bersama-sama dan kemudiannya turun ke bawah untuk
menikmati hidangan makan malam. Masykur memilih untuk makan di belakang
rumahnya, di tepi kolam renang berbentuk kacang pis menghadap tasik yang airnya
kelihatan hitam pekat di waktu malam. Sungguh indah dan nyaman suasananya.
Kami
menikmati
makanan
tanpa
banyak
berbual.
Sekali-sekala aku cuba memulakan bicara, bertanyakan tentang kerja rumah Fizik
yang bertimbun banyaknya, atau sama ada dia perasan seorang junior tingkatan
dua yang agak comel paras rupanya, atau tentang Cikgu Suryati yang membeli
kereta baru. Masykur memberi respon yang paling minima kepada setiap katakataku. Akhirnya aku putus asa dan membuat keputusan untuk menikmati makan
malamku dalam keadaan seperti itu; senyap, sepi dan aman sekali.
Malam
"Kur, kau

itu,
ni

aku

cuba

kenapa? Tak

memujuk

pernah

aku

Masykur

tengok

kau

yang

down

bujuk.

macam

ni..?"

"Oh... Takde ape la Mik. Aku tak sedap badan la. Maybe sebab cuaca hari ni kot.
Panas
kan..?"
Masykur
tersenyum
tawar.
"Ala Kur. Kau jangan nak buat dongeng dengan aku la. Dah 4 tahun aku kenal kau.
Aku tau la bila masa kau sedih, bila masa kau happy. Aku kenal kau dari hujung
rambut kau yang dah lama tak basuh tu, sampai la ke hujung kuku ibu jari kaki kau
yang
dah
panjang
tak
tau
la
bila
kau
nak
potong
tu!"
Aku
"Haha.."

cuba
Masykur

menggeleng

perlahan.

berjenaka.
"Takde

ape

la

Mik.

Betul..."

"Hhmmm... Kur, kau tahu kan, aku sahabat kau dunia akhirat? Apa hadis Nabi tu..
Ala... Tidak beriman seseorang tu kalau dia tak cintakan saudara dia sendiri
sepertimana dia mencintai dirinya sendiri. Kan..? Ha, cuba kau bayangkan aku
sedih, monyok tak tentu pasal. Mesti kau expect aku untuk ceritakan pada kau
kan..?
Sama
la
Kur..."
Masykur

memandang

tepat

mataku.

"Aku tak boleh la macam ni. Aku tak boleh tengok kau tak bersemangat, down gilagila macam ni. Aku pun tumpang sedih tau..." Sambungku lagi.

Mata Masykur mula bergenang. Dia datang rapat kepadaku, memeluk erat diriku.
Aku yang tidak menyangka dia akan bertindak sedemikian, membalas pelukannya
itu. Aku memeluk rapat dirinya. Bahu Masykur turun dan naik. Dia menangis.
Tersedu dan merengek. Tidak lama selepas itu, dia melepaskanku.
"Maafkan

aku

Mik.

Maafkan

aku..."

Esoknya, ketika kami turun untuk bersarapan, Encik Ayyub dan Puan Sarah sudah
pun sedia di meja makan. Puan Sarah tersenyum melihat kelibat kami berdua.
Encik Ayyub, yang begitu tekun membaca surat khabar, sempat menoleh dan
kemudian
menyambung
bacaannya.
"Masykur my dearest son. Come here. Mommy miss you so the very much!"
Masykur pergi mendapatkan ibunya, mencium tangan dan pipinya. Kemudian dia
bersalam
dengan
ayahnya
dan
mencium
tangannya.
"Who is this handsome young man..? You have never told me you've got such an
adorable friend! Come on, introduce him to me..." Puan Sarah kelihatan begitu
teruja
sekali.
"Oh rite.. Ini Mikail, my best friend at school." Masykur memberikan pengenalan
ringkas.
"Oh yeah! The one you kept telling me about! So this is our Mikail. Finally I got to
see you! Come come, sit here. Bibik, tolong hidangkan breakfast untuk budak
berdua
ni!"
Aku tersenyum melihat gelagat Puan Sarah. Jelas sekali dia begitu senang dengan
kehadiranku. Bibik Sapeah datang menghidangkan dua keping roti bakar, dua biji
telur mata kerbau, dua sosej bakar, sedikit kacang pis bersos tomato dan sekeping
hash
brown.
English
breakfast.
Yumm
yumm..!
Puan Sarah yang banyak berceloteh sepanjang sarapan pagi itu. Bercerita tentang
ini dan itu, bertanyakan tentang hal itu dan ini. Sekali sekala dia mengusik Masykur
dengan bercerita tentang kenakalannnya sewaktu kecil dahulu. Masykur hanya
mencebik manja dan aku tertawa mendengar lipur lara Puan Sarah. Encik Ayyub
sekali sekala meletakkan surat khabarnya dan menjamah roti dan menghirup kopi,
tetapi diam tidak berkata apa-apa. Masykur sekali sekala menjeling tajam ayahnya
itu.
Qistina datang menyertai kami tidak lama selepas itu. Aku terkejut melihat
penampilannya. Berseluar pendek dan bersinglet merah, dia sama sekali tidak
peduli untuk menukar pakaian tidurnya itu. Ada tindikan pada dagu dan hidungnya.
"Hey big boy! You are back! You didn' tell me you are coming back..?" Qistina
mengusap
manja
rambut
Masykur
sebelum
duduk
di
sebelahnya.
"And who have we got here..? Oohh.. Pretty boy!" Qistina mengusikku.

"See, I told you! He is such an adorable young man!" Puan Sarah menyampuk.
Aku tersenyum malu. Aku memandang sosej yang sudah tinggal separuh di atas
pinggan porselin yang dihidangkan kepadaku. Aku juga malu untuk memandang
anak dara Encik Ayyub dan Puan Sarah. Aku sudah baligh dan pastinya punya nafsu
dan perasaan. Aku berusaha sedaya upaya untuk menjaga pandanganku, berjihad
menentang
syaitan
dalam
diriku.
"So Masykur, how

are your studies...?" Tiba-tiba Encik Ayyub bersuara.

Masykur tersentak. Encik Ayyub bersuara di sebalik surat khabar New Straits Times
yang dibacanya. Masykur dan aku serentak memandang ke arah Encik Ayyub.
"Err..

Ok

guess."

Jawab

Masykur

ringkas.

" Just ok? I don't expect you to be JUST ok. Are you still involved with your,
preaching or whatever you call it...?" Tanya Encik Ayyub tegas. Kali ini dia
meletakkan surat khabarnya, dan memandang tepat kepada anak bongsunya itu.
Kini
semua
mata
tertumpu
kepada
Masykur.
Senyap.

Sepi

untuk

seketika.

"I'm talking to you young man. And I expect you to give me a satisfactory answer."
Senyap. Masykur memandang ke bawah. Senyap. Seleraku hilang tiba-tiba.
"I accept that as a yes. Listen. You better stop doing whatever you are doing. If
your studies were to be affected by that, I won't compromise. Do you understand
me Masykur? And I don't want my son to end up in Pakistan or something, holding
AK-74
and
die
for
nothing.
Do
you
understand
me..?"
Senyap. Masykur perlahan bangun dan meninggalkan meja makan. Puan Sarah
hanya menggeleng kepala. Encik Ayyub sempat menyoroti Masykur dengan
pandangannya yang semacam benci sebelum menyambung bacaan surat khabarnya.
Qistina seperti tidak peduli, dia dan dunianya sendiri. Aku tidak tahu untuk buat
apa. Aku perasan kelibat Bibik Sapeah yang melihat drama yang berlaku sebentar
tadi dari dapur. Dan aku seolah perasan ada air mata yang membasahi pipinya. Aku
menghabiskan sarapanku sebelum bangun untuk menyertai Masykur di atas.
"Please
Puan

excuse
Sarah

mengangguk

me..."
perlahan.

Aku menaiki tangga dengan perlahan-lahan, tidak pasti apakah yang patut aku
lakukan. Aku membuka pintu bilik Masykur dengan berhati-hati. Oh Masykur... Dia
sedang duduk di tepi katil, merapatkan lutut dan betisnya ke dada dan
memeluknya. Air mata bercucuran laju membasahi wajahnya. Dia memandangku
dengan
wajah
yang
sayu.
"Sekarang kau tahu..."

***
-gabbanaKepada para pembaca yang baru mengikuti cerpen ini dan sekiranya berminat untuk
membaca 3 siri sebelum ini, bolehlah klik link 'cerita pendek' di sebelah ini.
Selamat
membaca!
Hak cipta terpelihara (C) 2009.

Akhi - Bahagian Kelima dan Terakhir


Akhirnya 'Akhi' telah sampai ke penghujungnya. Sememangnya penulis bercadang
untuk menyudahkan siri cerpen ini pada bahagian yang kelima. Kepada anda yang
telah lama menunggu, penulis dengan seikhlas hati ingin memohon maaf. Pelbagai
urusan yang terpaksa diutamakan menjadikan penulis sangatlah sibuk, ditambah
pula dengan kesibukan berada di tahun akhir pengajian. Alhamdulillah, kini penulis
berkesempatan
untuk
menyiapkan
'Akhi.'
Semoga para pembaca menyukai dan dapat menjiwai pengakhiran siri ini. Penulis
berdoa agar usaha yang tidak seberapa ini akan diberkahi dan dirahmatiNya, InshaAllah. Kepada anda yang ingin membaca siri-siri sebelum ini, sila klik pada link
'Cerita Pendek' di sebelah kiri blog ini. Akhir kata, selamat membaca..! =)
***
Aku memicit-micit kepalaku. Sejak akhir-akhir ini, kepalaku sering berdenyutdenyut. Nyut-nyut. Sakitnya bukan kepalang. Aku membayangkan seolah-olah ada
seorang tukang batu di dalam kepalaku, yang sedang sibuk memahat dan
memecahkan
segala isi kepalaku. Nyut-nyut. Aduusss.. Pedihnya...!!
Aku malas mahu ke klinik atau hospital kerajaan. Manakan tidak. Kalau aku pergi,
alamatnya bertambah sakitlah aku; manusia yang begitu ramai, yang bermacam
ragam dan bau pasti akan menjadikan kepala otak aku ini bertambah perit dan
sakit. Aku mengambil keputusan untuk ke rumah sakit sekolah sahaja. Aku adukan
masalah aku kepada Mak Cik Saonah, matron rumah sakit sekolah sejak 20 tahun
yang lalu. Reputasi Mak Cik Saonah sebagai veteran di sekolah itu sangat gah dan
hebat sehinggakan aku dengar Tuan Haji Pengetua pun kadangkala berjumpa
dengannya untuk meminta pandangan dan sokongan. Fuuhh.. Memang mantap.
Aku adukan kepadanya tentang masalah aku. Mak Cik Saonah memandang aku
dengan pandangan pelik dengan bibirnya yang terjuih. Aih, pelik sangatkah
penyakitku ini? Mak Cik Saonah bertanya aku beberapa soalan sebelum mengambil
keputusan yang penyakit aku ini hanya pening-pening biasa akibat stress belajar.
Nak SPM la katakan. Bahang panas dek cuaca kering di bulan Julai ini juga mungkin
penyebab dan penyumbang kepada sakit kepalaku ini. Lantas dia memberikan
sepaket ubat putih tertulis 'KK' di setiap butiran ubat tersebut. Kementerian
Kesihatan.
Panadol.
Paracetamol.
Adik-beradik
la
tu..

Dalam perjalanan pulang dari rumah sakit, aku bertembung dengan Masykur. Aku
tersenyum. Penawar apakah yang lebih mujarab kalau bukan melihat orang yang
benar-benar kita sayangi dan hargai...? Aaaahhh.... Terasa pening di kepala pantas
sahaja
lari
meninggalkan
aku.
Ajaib!
"Eh

Mik.

Kau

ok

ke

ni...??"

"Aku ok aku ok. Kenapa Kur..? Kau tanya macamlah kau nampak jembalang kat
belakang
aku
ni..
Hihihi.."
"Betul ke ni Mik...? Muka kau pucat semacam je ni. Kau dah makan..? Kau tak sihat
ke?"
"Betul

aku

"Ha,

tu

sihat.
apa

Maybe

kat

tangan

aku..."
kau

tu...??"

Masykur terus memegang tanganku dan mengangkatnya tinggi agar dia dapat
melihat dengan lebih dekat paket berisi butir-butir putih yang diberikan Mak Cik
Saonah.
"Kau

tipu

aku

aku

Mik.

Kata

ok.

Ni

apa

ni....?"

"Mana ada aku tipu Kur. Aku pening-pening sikit je. Ok la tu namanya. Kalau kepala
pecah ke, kaki tercabut ke, bibir terbakar ke, tu baru tak ok..."
"Kau main-main dengan aku ye Mik. Kita betul-betul risau pasal dia, dia boleh buat
kelakar
pulak!"
"Kur... Janganlah macam ni. Aku serious takde apa-apa. Tengok aku, ceria je kan..?
Comel macam biasa kan..? Aku sihat, aku ok... Pening-pening sikit je. That's all,
don't
worry.
Ok..?"
"Haaaiihhh..

Fine

"Dan
Aku

fine.

Kau

ni

kau
tersenyum.

memang

degil

memang
Dan

Masykur

la

Mik..."
cerewet."

tertawa

kecil.

***
Sudah seminggu sakit kepalaku ini persis tidak hilang. Berdenyut-denyut. Kini
denyutannya lebih hebat dan merisaukan. Dan setiap kali ia berdenyut, setiap kali
itulah aku terpaksa menggenggam tanganku atau mengetap gigi gerahamku
menahan sakit.
Ubat yang diberikan Mak Cik Saonah sudah habis semuanya aku telan. Setiap kali
aku makan ubat berwarna putih dan pahit itu, pasti pening di kepala akan hilang.
Sebentar. Dan kembali menyerang tidak lama selepas itu. Aku buntu. Kalau aku

pergi ke rumah sakit sekali pun, aku pasti Mak Cik Saonah akan tetap memberikan
diagnos dan preskripsi yang sama.
"Kur, jom teman aku balik jom. Aku nak baring la. Sakit kepala..."
"Eh,

tunggu

la

kejap.

Lagi

setengah

jam

je

prep

nak

habis."

"Tak pe la Kur. Kau siapkan kerja kau, aku nak balik. Tak tahan la..."
Masykur cepat-cepat mengemaskan barang-barangnya. Kaget. Aku tersenyum sinis,
di dalam hati. Aku arif benar setiap inci dan sudut kelemahan sahabat karibku ini.
Pantang diacah, pantang diajuk, pasti dia akan terus mengibarkan bendera
putihnya! Namun, dia hanya mudah mengalah denganku, tidak pada yang lain. Aku
fikir, hubungan kami pastinya cukup istimewa di matanya. Kadang-kadang aku
berasa bersalah kerana sering menyalahgunakan kelemahannya yang satu ini untuk
kepentingan
peribadi.
"Eh

Mik,

tunggu

aku!"

Ketika aku hendak turun tangga, tiba-tiba kepalaku bagai hendak meletup. Sakitnya
hanya Allah sahaja yang tahu. Aku memegang erat besi tangga yang sudah berkarat.
Dapat aku rasakan butir-butir cat yang sudah tertanggal dalam genggamanku. Aku
memejam mata. Ya Allah.... Aku mengetap gigiku. Ya Allah... Genggamanku pada
besi tangga semakin kuat. Ya Allah... Aku tidak tertahan lagi. Lutut dan kakiku
terasa begitu longgar. Kepalaku berpinar dan pandanganku menjadi gelap...
"Mik...??

Mik..!!

Mik................"

Suara Masykur memanggil namaku adalah perkara terakhir yang didaftarkan di


kepalaku...
***
"Kur,

kau

rasalah,

antara

kita,

siapa

yang

mati

dulu..?"

Aku membetukan buntutku, agar lebih selesa duduk di atas batu sungai yang leper
dan
licin
itu.
"Ish... Apa yang kau merepek ni Mik...? Takde topik lain ke yang kau nak borak...?"
Diam sebentar. Bunyi gelak tawa rakan-rakan kami yang sedang bermandi-manda di
bawah sana jelas kedengaran. Hari itu kelas 4 Samudera mengadakan aktiviti luar
kelas, dan guru kelas kami, Cikgu Tarmizi Osman membawa kami ke sini, Ulu
Chepor, untuk merehatkan badan dan minda. Kami berdua sudah puas mandi dan
kini duduk di tebing tinggi sungai yang mengalir. Pemandangan dari tempat kami
duduk
ini
cukup
mempesonakan.
"Bukan apa Kur. Kan Ustaz A'sim ada cakap, kita kena selalu mengingati mati. Tak

kiralah bila dan di mana kita berada. Mati tu bia-bila je boleh datang menjemput
kita.
Sekarang
pun
boleh!"
"Uissshhh kau ni Mik! Memang betullah apa yang Ustaz A'sim cakap tu. Tapi
janganlah
spoil
mood
sekarang
ni...!"
Aku

tersenyum.

"Jiwa orang-orang mukmin itu bukan ke merindui mati..? Mereka tidak takut dengan
mati malah menanti-nantikannya. Ustaz A'sim lah yang cakap. Sebab mereka tidak
sabar-sabar untuk berjumpa dengan Rabb mereka yang sangat mereka cintai!"
Masykur tersenyum simpul. 1-0! Bukan senang aku nak dapat peluang ni. Bila mana
ada
bicara
agama,
acapkali
dia
yang
juara!
"Kur...

Aku

ingat

aku

tak

nak

kahwinlah."

"Pulak... Eh Mik, kau ni demam ke..? Ke ada orang ketuk kepala kau tadi...??"
"Hahaha..

Kenapa

pulak..?"

"Ye la, kau punya tajuk perbincangan, punyalah ekstrem..! Daripada mati, boleh
pulak
tukar
jadi
kahwin!"
Kedengaran suara Farid menjerit, memarahi sesuatu. Kami menjenguk ke bawah.
Pasti
Taslim
yang
mengusiknya!
"Hahaha.. Mana ada ekstrem Kur. Aku tak nak kahwin kat dunia ni, sebab aku nak
kahwin
di
syurga..!
Dengan
bidadari!"
Aku tersenyum lebar. Masykur ketawa kecil sambil menggeleng-gelengkan
kepalanya. Bunyi deruan air yang deras menyejukkan telinga. Subhanallah! Betapa
indahnya ciptaan Tuhan. Keadaan sekeliling yang nyaman, ditambah pula dengan
kicauan unggas yang bersahut-sahutan dan dedaunan hijau yang menyerikan mata,
membuatkan aku berasa cukup tenang dan senang. Duduk pula bersama sahabat
yang
amat
aku
kasihi...
Subhanallah...
"Kau ingat tak Kur, Ustaz A'sim ada bercakap tentang 7 golongan yang di akhirat
nanti,
akan
dinaungi
dengan
Arasy
Allah..?"
"Yup!
"Aku

Kenapa..?"
cukup

terkesan

dengan

golongan

yang

keempat.."

"2 orang pemuda yang berkasih kerana Allah, dan bertemu dan berpisah kerana
cinta
akan
Allah..?"
"Haah.

Kau

rasa

kita

layak

tak...?"

Masykur menembak aku dengan pandangannya yang pelik. Hening sebentar.

Kemudian dia mengukir senyuman di bibirnya... Senyuman yang cukup menawan


dan
meyakinkan.
"Insha-Allah

Mik,

Insha-Allah."

Kami tidak berkata apa-apa selepas itu. Hanya menikmati keadaan sekeliling.
Kemudian
Masykur
tidak
semena-mena
memulakan
bicara.
"Kau

tau

Mik...?

Aku

"Ha..?
"Aku

ingatlah

kan...

Aku

Apa
ingat

aku

pun

nak

kahwin

ingat..."
dia..?"

dengan

bidadari

jugalah!"

Deraian tawa kami memecahkan keheningan flora Ulu Chepor...


***
Aku membuka kelopak mataku. Bau kuat seperti klorin menusuk hidungku. Siling
putih dihiasi dengan ukiran-ukiran bunga melangiti tempat aku berada. Agak lama
sebelum aku dapat mengagak di mana aku berada. Hospital. Itu pun setelah lengan
kananku memberi isyarat sakit dan pedih. Aku lihat lengan kananku itu, dan aku
nampak jarum 10 kali ganda besarnya daripada jarum menjahit milik Ummi
tertusuk dalam. Mataku terus menyelusuri tiub lutcahaya yang bersambung dengan
jarum itu. Aku lihat dua kantung - satunya berisi cecair berwarna kekuningkuningan dan yang satu lagi berisi cecair seperti air biasa - bersambung dengan tiub
itu.
Wah,
teruk
benarkah
penyakitku
ini..?
Agak lama sebelum aku perasan aku bukan seorang di bilik itu. Di sudut bilik itu ada
seorang wanita yang sedang berbaring di atas katil. Dia tidak kelihatan seperti dia
memerlukan rawatan. Aku mengamatinya dengan lebih rinci. Ummi! Hatiku
melompat girang. Aku cuba untuk memanggil Ummiku, tetapi entah mengapa, tiada
bunyi yang keluar daripada peti suaraku. Sakitnya kepalaku bukan kepalang, seperti
ditusuk-tusuk
dengan
pemutar
skru.
Aduh...
Aku melihat ke dinding. Jam menunjukkan pukul 3. Tidak aku pasti 3 pagi atau 3
petang....
Tiba-tiba perasaan mengantuk dan penat yang amat sangat menyelubungi seluruh
tubuhku.
Aku
pejamkan
mata.
Gelap
gelita.
***
Aku terjaga. Aku dikejutkan dek suara yang sangat aku kenali. Suara yang sangat
aku rindui. Masykur. Perlahan-lahan, aku buka mataku. Aku masih di tempat yang

sama. Cuma bilik itu lebih cerah daripada sebelumnya. Aku lihat Masykur, Abbi,
Ummi dan Abang Wan sedang berbual-bual perlahan, mungkin tidak mahu
menggangguku. Cikgu Sharifah Arfah, Penolong Kanan HEM dan Cikgu Zaitun Embun,
guru
fizik
merangkap
guru
kelasku
turut
berada
di
situ.
"Ummi..."
Perbualan terhenti dan semua mata tertumpu kepadaku. Masykur mendahului yang
lain terus pergi mendekatiku. Ummi kedua dan diikuti Abbi. Abang Wan hanya
berdiri
di
tempat
tadi.
"Mik!

Alhamdulillah...

"Mikail

sayang.

How

Lama
do

kau

you

feel

tidur
nak..?

Mik."

Semua

ok?"

Aku tersenyum lemah. Aku tidak pasti sama ada senyum yang mereka lihat di
bibirku,
atau
bibir
pucat
yang
tidak
bernyawa.
"I'm

ok.

Rasa

biasa

je...

Dah

berapa

lama

Mik

kat

sini..?"

"Baru sehari. Bila Masykur called Ummi cakap yang Mik masuk hospital, Ummi dan
Abbi
terus
datang
sini."
Aku

tersenyum

lagi.

"Mik, kau ingat apa-apa tak..? Kau tahu apa yang jadi malam semalam?"
Aku

diam.

Tidak

pasti

apa

yang

patut

aku

jawab.

"Kau jatuh tangga. Alhamdulillah, tak ada apa-apa sangat. Cedera ringan je. Tapi
riuh la satu sekolah. Ye la, Ketua Pelajar jatuh tangga, siapa yang tak kecoh!"
Masykur

mengusik.

Aku

hanya

mampu

tersenyum.

"Kur, apa kena dengan aku ni..? Takkan sakit kepala biasa pun diorang nak cucuk
aku
sampai
macam
ni..?"

Abbi

mencelah.

"Mik, Mik berehat je ok..? Kami pun tak pasti lagi apa yang tak kena. We are still
waiting
for
the
diagnosis
result."
Masykur hanya tersenyum. Seolah-olah memberikan kepastian kepadaku bahawa
tiada
apa-apa
yang
perlu
dikhuatirkan.
Cikgu Sharifah Arfah dan Cikgu Zaitun Embun kemudian datang dekat kepadaku.
Kami berbual-bual dan Cikgu Sharifah Arfah memberi jaminan yang kelonggaran
akan diberikan kepada rakan-rakan yang mahu datang melawat. Aku sempat
mengusik Cikgu Zaitun Embun supaya mengadakan sesi khas untukku di hospital ini
kerana aku tidak mahu ketinggalan. Masykur hanya mencebik mengusik seusai aku
meyatakan
hasratku
itu.
Aku
tersenyum
sinis.
Tidak lama selepas itu, Cikgu Sharifah Arfah, Cikgu Zaitun Embun dan Masykur
meminta diri. Walaupun aku berasa sedikit berat untuk melepaskan Masykur, tetapi
aku pasti dia ada banyak kerja dan tugasan yang perlu diselesaikan.
Malam itu, hanya Ummi dan Abbi yang menemaniku. Abang Wan sudah pulang ke
kolejnya.
***
Aku memakai jubah putih yang cukup bersih dan suci. Orang-orang yang berada di
sekelilingku juga memakai pakaian yang sama. Semuanya kelihatan gembira dan
ceria. Entah mengapa, aku juga berasa cukup gembira dan ceria. Aneh. Aku
mencari-cari wajah-wajah yang aku kenali. Tidak berjaya dijumpai.
Aku memandang sekeliling. Tempat apakah ini..? Kelihatan seperti padang pasir
yang cukup luas. Pasirnya putih dan halus. Tidak dapat ku kesan sempadannya.
Hanya dapat ku lihat garisan horizon nun di hujung sana. Tetapi ganjil, suasananya
cukup dingin dan selesa. Kami semua berjalan ke arah yang sama; suatu sumber
cahaya kebiru-biruan yang tidak ku pasti di mana puncanya. Semua yang ada
berbual-bual mesra sesama mereka. Kelihatan begitu selesa dan menikmati
perjalanan
ini.
Tiba-tiba kedengaran suara memanggil-manggil namaku. Suara yang aku tunggutunggu.
Suara
yang
aku
cari-cari.
Masykur.

"Mik...!

Mik...!"

"Kur..!"
Aku

tersenyum

"Mik...!
"Masykur..!
"Mik,

girang.

Tunggu
Ke
belum

mari

kau!
tiba

Ke

aku
sini

masa

bersama
aku

aku!
Mik!

Mik!"
Di

mana
Belum

kau..?"
lagi!"

Aku cuba mencari-cari sumber suara itu. Ahhh... Masykur, di mana kau..??
"Kur..!

Apa

maksud

kau...?"

"Bersabar wahai saudaraku. Nantikan aku di sana! Kita pasti berjumpa. Pasti!"
Sayup-sayup sekali suara sahabat kecintaanku itu. Tidak lagi kedengaran suaranya
selepas itu. Aku hairan. Di sana? Di mana? Namun kakiku terus melangkah ke
hadapan,
menuju
cahaya
biru
itu
bersama-sama
yang
lain...
***
Aku menutup lejar kulit coklat itu. Air mataku tidak tertahan-tahan lagi. Entah kali
berapa sudah aku baca lejar milik Mikail ini. Catatan hidupnya sepanjang dia
mengenali aku; dari hari pertama sehinggalah dia menghembuskan nafasnya yang
terakhir. Tidak ada yang tertinggal. Tidak pernah aku bosan membacanya! Walau
sekali!
Sudah 5 tahun Mikail pergi menghadap Ilahi. Aku masih ingat tarikh keramat itu, 31
Julai 2004. Hari itulah buat kali terakhir aku menatap wajah sahabat dunia
akhiratku itu. Buat kali terakhir aku bisa memegang tangannya. Buat kali terakhir
aku dapat membelai rambut hitam pekatnya. Dan buat kali terakhir aku dapat
mengucup dahinya. Aduhai Mikail. Tidak tertahan rinduku padamu, wahai
sahabatku!

Rupa-rupanya, sakit kepala yang dialaminya bukanlah sakit biasa. Dia menghidap
barah otak yang sudah sampai ke peringkat terminal. Tiada apa lagi yang mampu
dilakukan. Ketika Ummi dan Abbi mendengar berita itu daripada Doktor Suhaimi,
doktor yang bertanggungjawab ke atas Mikail, mereka seolah-olah tidak dapat
menerimanya. Ummi terutamanya, terduduk dan diam seribu bahasa apabila
mendengar
perkhabaran
itu.
Aku
sebak.
Tetapi aku kagum dengan Mikail. Apabila diberitahu kepadanya tentang penyakitnya
itu, walau pun pada mulanya dia sedikit terkejut, tetapi seolah-olah dia sudah
dapat mengagaknya. Dan tidak lama sebelum dia mengukir senyuman, redha
dengan
ketentuan
Ilahi.
Keadaan Mikail bertambah kritikal dari hari ke hari. Badannya cukup lemah dan
tidak bermaya. Pihak hospital akhirnya membenarkan Ummi dan Abbi membawa
Mikail pulang. Aku berkeras untuk ikut serta, walau pun pada mulanya dinasihati
oleh Abbi untuk pulang ke sekolah meneruskan pelajaranku. Setelah menghubungi
Cikgu Sharifah Arfah dan berkemas, aku mengikuti Ummi dan Abbi pulang ke Kuala
Lumpur. Suatu keputusan yang tidak akan aku sesali sepanjang hayatku.
Akhirnya Malaikatul Maut datang menjemputnya seminggu selepas Mikail
dibenarkan pulang. Ketika itu, aku baru selesai solat Subuh berjemaah bersama
Mikail. Yang terakhir untuknya. Katanya, dia teringin benar menjadi makmumku
sebelum dia pergi meninggalkan aku. Aku sebak, malah tersedu apabila Mikail
menyatakan hasratnya itu. Aku setuju. Sepanjang solat, tangisan sebakku yang
lebih
kerap
kedengaran.
Seusai memberi salam, aku menoleh ke belakang. Mikail tersenyum lemah.
Wajahnya
benar-benar
pucat.
"Kur...
Aku
"Kur,

"
segera
terima

memegang
kasih

tangannya.

ya...?

Untuk

Sejuk.
segalanya..."

Jiwaku diruntun hebat. Aku genggam erat tangannya. Setiap butir kata yang
diucapkannya benar-benar mengusik hati dan perasaan. Dadanya turun naik; begitu
sukar
dan
payah
untuk
dia
menghabiskan
kata-katanya.
"Sampaikan

salamku

pada

Ummi

dan

Abbi.

Juga

pada

yang

lain..."

Aku menangis. Dapat ku rasakan wajahku basah, hidungku comot dan dadaku
sempit.
"Kur, jangan lupa janji kau. Kita akan berjumpa di sana ya...? Jangan lupa ya
akhi..."
La

ila

ha

illallah...

Genggamannya terlerai. Matanya tertutup. Dadanya tidak

lagi berombak.

Ya, tidak akan aku lupa tarikh itu - 31 Julai 2004 - selama-lamanya.
Aku lap mataku. Aku hela nafas panjang dan hanya setelah aku dapat menenangkan
diriku, aku buka kembali lejar kulit coklat itu. Terus ku buka muka surat yang
terakhir yang tertulis dengan kata-kata indah Mikail....
.....................................................................................
Salam
Ke

sayang
hadapan

dan
sahabatku,

sejahtera
saudaraku

ke
dan

atas

dirimu.

temanku

Masykur...

Akhi,
Aku pasti, ketika kau membaca warkah ini, aku sudah pun tiada di alam yang fana
ini. Aku pasti, tatkala kau sedang membaca coretan liku-liku hidupku ini sepanjang
kau mengenali aku, segala ingatan kita bersama akan menerjah jiwamu.
Bersabarlah wahai saudaraku. Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar.
Pemergianku ini tidak lama. Malah bukan buat selama-lamanya. Ya mungkin
selama-lamanya di dunia yang hina ini. Tetapi aku terus hidup, menantikan
kehadiranmu
di
dunia
sana.
Akhi,
Tiada apa yang lebih aku syukuri melainkan dapat mengenali seorang sahabat

sepertimu. Tiada yang lebih aku berterima kasih melainkan diberi peluang oleh
Allah untuk menyayangi seorang insan sepertimu. Dan tiada apa yang buatkan aku
lebih gembira melainkan mengetahui bahawa hubungan persaudaraan kita lebih
pekat
dan
kuat
daripada
hubungan
darah.
Pada masa yang sama, tiada apa yang lebih aku tangisi melainkan terpaksa berpisah
denganmu, wahai saudaraku. Tiada apa yang lebih memilukan melainkan
mengetahui bahawa aku tidak dapat bersamamu dalam perjuangan menegakkan
agama ini. Dan tiada apa yang lebih menyayatkan hati melainkan mengetahui
bahawasanya kau akan meneruskan perjuangan ini sedangkan aku terpaksa berhenti
di
sini
untuk
beristirehat.
Akhi,
Jangan tangisi pemergianku ini ya..? Malah jadikan ia sebagai motivasi untukmu,
agar kau berjanji pada dirimu untuk datang berjumpaku di alam sana. Jadikan ia
sebagai tangkal semangat untuk kau bersama-samaku menemui Tuhan kita dalam
keadaan berseri-seri. Jadikan ia sebagai azimat untuk dirimu berjihad di jalan ini,
kerana Allah membeli jiwa dan harta seorang mukmin itu dengan syurga yang
hakiki.
Oh ya, terima kasih kerana menemukan aku dengan usrah. Terima kasih kerana
memperkenalkan aku dengan ukhuwwah. Dan terima kasih kerana mengajarkan aku
apa
erti
mahabbah.
Sampaikan salam sayangku pada Abbi, Ummi, kakak-kakak dan abangku, Ustaz
A'sim, cikgu-cikgu semuanya dan rakan-rakan kita yang lain ya..? Katakan pada
mereka, jangan bersedih, bukankah setiap yang bernyawa itu pasti akan mati?
Katakan juga pada mereka, jika mereka merinduiku, lihatlah pada diri sahabatku
Masykur,
kerana
pada
dirinya
ada
Mikail...
Doakan

kesejahteraan

Yang
Muhammad

aku

di

sana.

Aku

pasti

akan

sunyi

Aedil

tanpamu...
merinduimu,
Mikail

.....................................................................................
Aku tutup lejar kulit coklat itu. Aku pejamkan mataku dan aku ketap gigiku. Butirbutir kaca mengalir di pipi. Aku tarik nafas sedalam-dalamnya. Oh Tuhan... Begitu
pedih
rasa
rindu
ini...!

Ya Allah, semoga kau masukkan sahabatku ini di dalam golongan orang-orang yang
dicintai
dan
diredhaiMu.
Aku

pegang

erat

lejar

kulit

coklat

tertulis

'Akhi'

di

kulit

depannya.

Ya Allah, semoga kau rahmati ruh sahabatku ini dan permudahkan urusannya di
alam
sana.
Aku melangkah keluar dari tanah perkuburan yang menempatkan jasad Mikail.
Ya Allah, ketemukanlah kami di telaga syurga kelak, di taman-taman indah yang
kau janjikan buat mereka yang bertemu dan berpisah keranaMu...
Aku menoleh ke belakang, sekilas pandang sebelum pergi meninggalkan tempat itu.
Amin.
***
"Sesungguhnya setiap Mukmin itu bersaudara..."
- al-Hujuraat, 49:10

"Tidak beriman seseorang itu sehingga dia mencintai saudaranya sepertimana


dia mencintai dirinya sendiri."
- Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim

"Tujuh golongan yang akan diberi naungan oleh Allah pada hari yang tiada
naungan melainkan naunganNya...dua orang lelaki yang berkasih sayang
kerana Allah, dan mereka bertemu dan berpisah kerana cinta kepada Allah
dan mengharap keredhaanNya...
-Hadith Riwayat Bukhari, Muslim, Ibn Majah dan lain-lain.

-gabbanaWatak-watak dalam 'Akhi' adalah rekaan semata-mata. Sekiranya ada kena-mengena dengan yang
hidup atau pun mati, hal itu hanyalah kebetulan. Penulis memohon maaf seandainya ada tulisan
dalam siri 'Akhi' ini menyinggung perasaan mana-mana pihak. Semoga ukhuwwah yang tertaut antara
kita berkekalan hingga ke syurga...! Allahu 'alam.

Anda mungkin juga menyukai