Anda di halaman 1dari 7

Implikasi Penggunaan Kemahiran Komunikasi Dalam Hubungan Interpersonal Yang Berkesan

Nilai-nilai dasar yang mengasaskan kaunseling dan penggunaan kemahiran kaunseling ialah integriti, keadilan
dan kehormatan.
Seorang guru kaunselor perlu memberikan respons yang mesra serta sikap menyokong, boleh dipercayai dan
bergantung, tindakan seragam, tidak berhujah dan rela menerima dan menghormati klien atau pelajarnya.
Tanggungjawab seorang guru kaunselor adalah perlu berusaha menguasai kemahiran-kemahiran melayan dan
berkomunikasi, memberi respons yang berkesan dan mempertimbangkan bagaimana membentuk sesuatu
situasi dan iklim yang kondusif.
Guru kaunselor harus peka terhadap perkara-perkara seperti keadaan fizikal, had-had kerahsiaan, tahap
keupayaan diri dan keadilan.

Halangan-halangan Dalam Komunikasi Interpersonal


Terdapat lima halangan dalam komunikasi interpersonal iaitu halangan fizikal, halangan psikologikal, halangan
persekitaran, halangan social dan halangan bahasa. Halangan fizikal merupakan benda-benda fizikal yang
menganggu proses komunikasi seperti tempat perjumpaan yang tidak selesa, bunyi telefon ataupun bunyi laluan
keretapi akan menyebabkan maklumat yang penting terhilang. Contohnya, keadaan bilik kaunseling yang terlalu
panas atau sejuk akan menyebabkan kaunselor dan klien berasa tidak selesa lalu menghalang keberkesanan
proses kaunseling.
Halangan persekitaran merujuk kepada aktiviti-aktiviti sekeliling mempengaruhi corak dan kemahiran
interpersonal dalam proses kaunseling. Sebagai contoh, persekitaran yang bising mempengaruhi proses
bimbingan dan kaunseling dijalankan dengan berkesan. Tambahan pula, persekitaran yang menggalak tingkah
laku sosial pasif, persekitaran di mana murid-murid disuruh membuat kerja sekolah yang terlalu sukar juga
mengakibatkan halangan proses komunikasi yang berkesan.
Kaunselor juga perlu mengambil berat keperluan sosial dan corak komunikasi yang berlainan terhadap
kumpulan sosial yang berlainan kerana mereka mempunyai adat, peraturan, kepercayaan, latarbelakang dan
pendidikan yang berbeza. Justeru itu, kaunselor perlu menghormati, memuji budaya dan peka kepada adat
resam klien-kliennya yang berbeza dengan menggunakan perkataan, ekspresi yang tepat supaya halangan
sosial dapat dielakkan.
Kelancaran bahasa sangat penting semasa dalam sesi bimbingan dan kaunseling. Jika seseorang
kaunselor tidak mengamalkan kelancaran bahasa, kliennya mungkin berasa kekeliruan ataupun maklumat tidak
disampaikan dengan jelas. Ini akan menjadi salah satu halangan komunikasi semasa dalam proses bimbingan
dan kaunseling.

HALANGAN DALAM KAUNSELING


1. Kebisingan.
2. Guru kurang pengalaman dalam mengendalikan sesi kaunseling.
3. Perhubungan guru dgn muridnya kurang baik atau kurang mesra.
4. Emosi yang kurang baik. .
5. Suasana yang tidak teraputik.
6. Kurangnya kerjasama dari klien.
KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING

1. PRA SESI Kondusif / Teraputik


2. MEMBINA HUBUNGAN*
3. PENSTRUKTURAN
4. DORONGAN MINIMA*
5. KEMAHIRAN MENDENGAR*
6. REFLEKSI*
7. PARAFRASA*
8. KEMAHIRAN MENYOAL*
9. KONFRANTASI*
10. MERUMUS*
11 MEMILIH ALTERNATIF
12. MENGAMBIL TINDAKAN
13. KHIDMAT SUSULAN
14. PENAMATAN SESI
15. MENAMATKAN HUBUNGAN
KAUNSELING

MEMBINA HUBUNGAN (Rappo)


- Suasana teraputik - tanpa gangguan
- Jarak terlalu jauh / dekat
- Penampilan diri kaunselor - ganggu klien
- Ekspresi muka (wajah)- peka klien / kaunselor
- Pandangan / kontak mata- memberi perhatian / minat / hormat / galakan / jujur / selesa /
kesungguhan
- Kedudukan / pergerakan tubuh- memberi nada/makna dalam hubungan kaunseling
- Tergaru-garu ragu / tak pasti / cemas / risau
- Mengigit jari - tertekan / ragu / cemas / risau
- Senyuman persahabatan / penerimaan / ingin bekerjasama / mengejek / takut

DORONGAN MINIMA
Tujuan memberangsangkan klien / kaunselor mendengar / faham / sedang mengikuti ceritanya
Contoh:
Kln: Saya nak bincang tentang pelajaran saya

Ksr: Ya!pelajaran awak ( sambil mengangguk)


Kln : Sejak akhir-akhir ni pencapaiannya
merosot
Ksr : Hmm! Hmm!

REFLEKSI - KEMAHIRAN MENDENGAR


Mendengar berkaitan dgn refleksi
Isi/perasaan/pengalaman.

Refleksi IsiKln : Buat masa ini kalau saya menentang, mungkin saya akan dianiaya lebih teruk lagi. Jadi, saya
perlu mencari srategi yang baik untuk saya.
Ksr : Jadi sekarang ni anda sedang memikirkan strategi paling baik

- Pergerakan tangan/kaki - berpeluk tubuh (tak selamat/tertutup/tak


sedia/negatif/defensif)
- Tangan dalam poket- menyembunyikan sesuatu
- Genggam jari - marah
- Kedua-dua tangan pegang kuat pada kerusi- rasa takut/risau

Refleksi - perasaanKln : Kadang-kadang saya sendiri tak faham, apa yang saya buat,semua tak kena ; yang
dicari hanyalah salah sahaja. Apakah saya tak pernah betul?
Ksr : Anda rasa marah dengan keadaan yang sedang anda alami ini?

Refleksi-Pengalaman
Cth :
Kln: Saya sebenarnya sangat sayang kepada anak isteri saya. Inilah yang saya tak faham, mengapa mereka
sanggup meninggalkan saya ? (sambil tunduk dan keliatan murung)
Ksr: Anda terlalu sedih sekali kerana ditinggalkan oleh keluarga yang anda sayangi

PARAFRASA
Pemahaman kaunselor yang dinyatakan dalam ayat yang agak pendek. Klien mendengar kembali apa yang
dirasa dan dikatakannya.
Contoh :
Kln: Cikgu, sejak akhir-akhir ini saya tidak dapat menumpukan perhatian kepada pelajaran saya. Macam mana
saya nak belajar kalau ibu bapa saya asyik bertekak saja.

Ksr: Ali berasa bosan kerana ibu bapa anda sering bertengkar sehingga Ali tidak dapat menumpukan perhatian
kepada pelajaran

KEMAHIRANMENYOAL
Soalan Tertutup :
Cth: Anda telah berkahwin?
Anda rindu keluarga anda?
Siapa Teman sebilik anda?

Soalan Terbuka :Cth : Apa perasaan anda?


Bagaimana anda boleh menjadi begitu hebat ?
Cuba ceritakan pengalaman kerjaya anda?

KONFRANTASI Menggambarkan keadaan klien tidak kongruen antara yang dicerita dengan apa yang
diharapkan tentang dirinya / apa yang dilihat oleh kaunselor
Cth:
REBT (9 pemikiran tidak rasional)
Anda kata semua lelaki jahat tapi bagaimana dengan bapa anda yang anda katakan tadi sebagai idola anda?
Anda kata anda menyesali perbuatan anda tapi saya lihat anda masih boleh
tersenyum ?

MERUMUS
Kaunselor perlu membuat rumusan setelah sesi kaunseling berjalan agak lama bagi
membolehkan klien memahami diri & masalah yang dihadapi. Kaunselor juga perlu merumuskan isi
penting perbualan sebelum menamatkan sesi.

Contoh
Maknanya.
Pendek kata.
Ringkasnya.
Oh.jadi.

FASA-FASA DALAM PROSES KAUNSELING


Proses dalam kaunseling

Terdapat 7 langkah dalam proses mengendalikan kaunseling iaitu (1) menyediakan prasesi, (2) membina
hubungan, (3) meneroka dan menganalisis masalah, (4) mengenal pasti punca masalahm (5) mengambil
tindakan, (6) menamatkan sesi dan (7) susulan.
Langkah Pertama: Menyediakan Prasesi
Kaunselor perlu sedar tentang klien yang datang ke sesi kaunseling iaitu sama ada secara sukarela, dirujuk dan
rela dan dirujuk dan tidak rela.
Apabila klien datang untuk temu janji, kaunselor perlu mengumpul maklumat atau mendapatkan profil ringkas
dari klien untuk memudahkan kaunselor membentuk hubungan yang diperolehi terlebih dahulu akan membantu
kaunselor dari segi penyediaan mental.
Langkah Kedua: membina Hubungan ( Melayan, Mendengar dan memahami)
Bagi klien, pandangan pertama atau fisrt impression tentang kaunselor yang akan memberikan pertolongan
kepadanya menentukan sama ada klien akan terus datang berjumpa kaunselor. Persepsi atau pandangan
pertama ini akan mencorakkan hala tuju dan kualiti pertemuaan antara kaunselor dan klien. Salah satu perkara
yang akan dilakukan oleh kaunselor dalam membina hubungan ialah menstruktur sesi kaunseling. Penstrukturan
merupakan asas kepada penyediaan mental dan psikologikal klien terhadap sesi dan proses kaunseling. Berikut
adalah beberapa panduan bagi mewujudkan hubungan yang baik di antara kaunselor dan klien.
i. Menunjukkan tingkah laku tanpa lisan yang mesra.
ii. Menunjukkan keinginan untuk menolong
iii. Mendengar apa yang diperkatakan
iv. Mendengar dan luahan perasaan yang dinyatakan
v. Mendengar dan memahami perasaan dan erti yang tidak dinyatakan
vi. Mendengar dan memahami perasaan dan erti yang tidak boleh dinyatakan
vii. Tidak cepat membuat tanggapan dan penilaian.
viii. Mendengar dengan telinga, mata dan tubuh badan apa dikatakan melalui perkataan dan ditunjukkan melalui
perkataan dan ditunjukkan melalui tingkah laku klien.
ix. Tidak banyak bercakap, tetapi cuba lebih banyak mendengar dan memahami.
Secara ringkasnya, langkah kedua merupakan satu tahap membina asas yg kukuh utk mewujudkan satu
perkongsian bekerjasama.
(1)Mewujudkan suasana yg menggalakkan interaksi.
(2) Menentukan matlamat awal kaunseling.
(3) Menstruktur hubungan.;kefahaman tentang proses kaunseling; penjelasan peranan klien, kaunselor dan
matlamat.; Aspek kerahsiaan klien.
(4) Membina kepercayaan.

Langkah Ketiga: Meneroka dan Menganalisis Masalah


Bahagian penerokaan ini adalah penting dalam proses kaunseling. Penerokaan perlu dilakukan dengan teliti.
Memang benar, masalah klien perlu diterokai dan dianalisis dengan lebih objektif. Semasa menoraka masalah
klien, kaunselor tidak boleh mengabaikan diri klien kerana klien dan masalahnya adalah berkait rapat. Sukar bagi
kaunselor untuk memahami masalah klien tanpa mengenali siapa klien itu sebenarnya.
Adalah menjadi tugas kaunselor untuk membantu klien mengenali dirinya. Kekusutan yang dialami oleh klien
banyak berpunca dari kekaburan tentang siapa diri klien itu yang sebenarnya. Penerokaan yang dilakukan dari
segi ke sesi perlu bergerak dari permukaan kepada tahap yang lebih mendalam. Ini kerana manusia adalah
kompleks dan sukar untuk memahaminya dalam jangka masa pendek. Kompleksiti masalah berkait rapat
dengan kompleksiti manusia. Lagi kompleksiti manusia itu, lagi kompleks masalahnya. Kaunselor perlu sedar
bahawa klien memiliki banyak maklumat tentang dirinya. Penerokaan yang teliti akan memberi peluang kepada
kaunselor untuk mengumpul maklumat tentang klien. Kaunselor akan mengalami kerumitan jika dia tidak
mempunyai banyak maklumat tentang klien.
Langkah Keempat: Mengenal Pasti Punca Masalah
Klien perlu mengenal pasti punca masalahnya. Intervensi atau proses intervensi sukar dijalankan sekiranya klien
tidak pasti tentang masalah yang dihadapinya. Adalah sukar bagi kaunselor dan klien untuk menentukan
matlamat kaunseling buat diri klien jika klien kabur tentangpunca masalahnya. Selepas klien mengenal pasti
masalahnya, barulah kaunselor dan klien boleh memfokus kepada pembentukan matlamat kaunseling untuk
klien. Matlamat kaunseling adalah penting untuk menentukan hala tuju proses kaunseling atau destinasi untuk
klien. Klien sering mengalami kekeliruan antara punca utama masalah dan punca sampingan masalah. Tidak
mustahil bagi klien untuk mengandaikan punca sampingan masalah. Apabila ia berlaku, klien membazir tenaga
dengan memfokus kepada perkara yang remeh-temeh dan bukan kepada perkara utama. Antara perkara utama
ialah mengenali diri klien, orang lain, tetapi melibatkan diri klien dan takdir.
Adalah penting untuk mengambil kira ketiga-tiga faktor di atas sebagai usaha untuk membezakan apa yang
mampu dilakukan dan apa yang tidak mampu dilakukan oleh klien. Apabila masalah berpunca daripada orang
lain, klien perlu sedar tentang tahap kemampuannya untuk mengatasi masalah tersebut. Apabila masalah
berpunca daripada orang lain tetapi melibatkan klien, masalah ini dikatakan terbit daripada dua orang. Dalam
konteks ini, kemampuan klien untuk mengatasi masalah adalah terhad. Klien hanya mampu melakukan sesuatu
dalam lingkungan sesuatu yang di luar bidang kuasanya. Prinsip penting di sini ialah setiap manusia
bertanggungjawab ke atas dirinya. Maka apabila masalah timbul, kedua-kedua belah pihak perlu
bertanggungjawab dalam mengatasi masalah tersebuat. Seandainya manusia memilih untuk memikul
tanggungjwab orang lain, tidak mustahil suatu hari nanti tanggungjawab tersebut akan menjadi beban.
Pembentukan matlamat kaunseling merupakan perkara yang perlu diberi perhatian selepas kaunselor dan klien
mengenalpasti masalah. Matlamat kaunseling akan menjadi panduan kepada kaunselor untuk mencari fokus
dalam proses kaunselin. Matlamat kaunseling akan membuka perbincangan antara kaunselor dan klien.
Seterusnya, perbincangan ini akan mambantu klien memilih jalan yang paling sesuai untuk dirinya.

Langkah kelima: Mengambil Tindakan


Pilihan atau alternatif yang telah dipilih perlu disusuli dengan tindakan. Dalam proses kaunseling, kaunselor perlu
menerokai tindakan-tindakan yang bakal diambil oleh klien untuk memastikan klien benar-benar tahu apa yang

akan dilakukan. Kejayaan klien akan dimanifestasikan oelh tindakannya. Klien belum berjaya jika dia masih
berada pada tahap ingin bertindak tetapi masih tidak bertindak.
Langkah Keenam: Menamatkan Sesi
Semua sesi kaunseling perlu ditamatkan. Ia dibuat semasa setiap sesi atau setelah satu permasalahan dapat
diuruskan. Ada beberapaa elemen yang perlu diambil kira semasa membuat keputusan untuk menamatkan sesi
atau proses kaunseling. Kaunselor perlu menilai kemajuan atau perkembangan diri klien. Di antara kejayaan
sesuatu kaunseling ialah apabila klien membuat keputusan dan tanggungjawab keatas keputusannya. Ini
bermakna sekiranya keputusan yang diambil tidak menghasilkan sesuatu yang positif, klien bertanggungjawab
dan mempu mengatasi masalah yang timbul. Lazimnya, klien membawa beberapa masalah ke sesi kaunseling.
Apa yang penting ialah kaunselor memfokuskan kepada masalah utama yang sering dan senantiasa menganggu
klien. Tidak bermakna setiap masalah yang dibawa oleh klien perlu diterokai. Jika sesi atau proses kaunseling
berjaya, klien sudah mampu mengatasi rangkaian masalah yang lain. Elemen penting ialah klien memeliki
kesedaran, ilmu pengetahuan atau kebijaksanaan dan kemahiran untuk mengatasi masalahnyaTiga perkara yg
mesti dicapai:
(1) kemajuan selama menjalankan kaunseling selama ini mesti dirumuskan kepada tiga kesan-kesannya.
(2) Isu-isu yang mesti diselesaikan pada masa ini hendaklah dikemukakan.
(3) Memikirkan cara-cara mengekalkan pertumbuhan klien setelah ditamatkan kaunseling.
Langkah Ketujuh: Susulan
Dalam proses kaunseling, ada sesetengah kes yang , memerlukan khidmat susulan. Lazimnya, ia melibatkan
kes dadah atau pemulihan akhlak di mana kemajuan diri klien perlu dipantau dengan rapi oleh kaunselor. Apabila
klien telah menunjukkan kemajuan diri dan kaunselor berpuas hati dengan kemajuan tersebut, kedatangan klien
untuk khidmat susulan bolehlah dijarakkan. Apabila klien telah menunjukkan kemajuan diri yang paling baik,
kaunselor perlu menamatkan khidmat susulan ini. Ini bermakna klien mampu berdikari dan tidak membahayakan
diri sendiri atau orang lain.
Rujukan
http://www.geocities.com/norlionline
Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim dan Halimatun Halaliah Mokhtar (2006). Kaunseling Individu : Apa dan Bagaimana,
Penerbit Fajar Bakti. Sdn. Bhd.
Othman Mohamed (2005). Prinsip Psikoterapi dan Pengurusan dalam Kaunseling, Penerbit Universiti Putra
Malaysia

Anda mungkin juga menyukai