Anda di halaman 1dari 12

1.

KONSEP

PROFESION,

ETIKA,

AKAUNTABILITI

DAN

KESANTUNAN PROFESIONALISME KEGURUAN


1.1 PENGENALAN
Sesungguhnya para pendidik hari ini telah memainkan peranan penting di dalam
merealisasikan aspirasi negara dalam mewujudkan perpaduan kaum.Pendidik pada
hari ini telah membuktikan bahawa mereka telah mengimbangkan kewujudan integrasi
nasional

yang

menjamin

keamanan

dan

kesejahteraan

negara.

Guru adalah merupakan ejen kepada keberkesanan pendidikan. Kejayaan dan


keberkesanan para guru terhadap tanggungjawab, kelengkapan, keilmuan dan
keluhuran peribadi. Pendidik dari kaca mata Islam merupakan murabbi,muallim,
muaddib, alim atau ulamak. Mereka berfungsi bukan sahaja untuk memberi kesedaran
pada diri sendiri malah juga masyarakat serta tentang hubungan, komitmen dan
hubungannya dengan Allah.Perpaduan kaum dapat dicapai sekiranya guru menerapkan
nilai-nilai murni seperti saling menghormati antara satu sama lain tidak mengira bangsa
dan agama.

Sejarah tidak pernah menipu manusia dan sejarah telah membuktikan betapa
golongan pendidik memainkan peranan yang penting dalam menentukan jatuh
bangunnya sesebuah bangsa dan negara. Masyarakat ketika itu menjadikan guru
sebagai idola dan pakar rujuk dalam segala hal. Kalau dulu guru terpaksa berhadapan
dengan pihak penjajah secara terang-terangan, kini, jajahannya diterjemahkan dalam
bentuk yang lain pula iaitu lebih mencabar lagi kerana ia melibatkan jajahan pemikiran,
budaya dan jati diri yang perlu dihadapi secara professional dan kreatif.

1.2 KONSEP PROFESION


Kedudukan perguruan sebagai satu profesion di dalam Dasar Pelajaran
Kebangsaan turut juga dipenuhi dengan cabaran-cabaran. Para pendidik telah
memperkatakan mengenai profesion perguruan dari masa ke semasa. Sebelum
merdeka lagi sudah ada perbincangan mengenai perkara ini iaitu sebelum Universiti
Malaya hendak ditubuhkan di Singapura (1949) terdapat satu symposium mengenai
Pendidikan Universiti dan Laporan Carr-Saunders. Di dalam symposium tersebut
perbincangan mengenai peranan universiti dan kedudukan profesion perguruan turut
diadakan ( Lim Tay Boh 1948). Di antara perkara pokok yang dibangkitkan ialah
keperluan guru-guru sekolah menengah untuk mendapat pendidikan tinggi supaya
murid-murid yang bakal dididik nanti akan mempunyai mutu pendidikan yang baik.
Pendidikan guru yang tinggi dan usaha melahirkan generasi muda yang baik
merupakan cabaran yang kuat di dalam profesion perguruan bukan pada zaman dahulu
sahaja tetapi juga masa kini.
Sesuatu profesion yang sebenar adalah sesuatu bidang yang mempunyai ciri-ciri
seperti kepentingan kemahiran intelek, latihan iktisas yang mencukupi, khidmat yang
diperlui masyarakat, menikmati otonomi individu dan kumpulan, mementingkan mutu
perkhidmatan, mempunyai tatasusila perkhidmatan atau kod etika dan mempunyai
organisasi tersendiri untuk menguruskan soal-soal yang berkaitan dengan pendidikan
(Lieberman 1956). Menurut Kamus Dewan profesion ialah suatu bidang pekerjaan
khasnya yang memerlukan pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan
latihan yang khas.( contohnya : perundangan, perubatan, perguruan dan lain-lain.)

Berdasarkan ciri-ciri profesion, Mok Soon Sang ( 1996 ) merumuskan secara


ringkas : Suatu pekerjaan yang khusus dan dijalankan oleh orang yang mempunyai
kelulusan dan latihan iktisas yang cukup bermutu, bersikap jujur, dedikasi,
bertanggungjawab dan bermoral tinggi, mempunyai outonomi bertugas serta mematuhi
kod etika yang ditentukan oleh organisasinya.

1.3 KONSEP ETIKA


Menurut ahli-ahli falsafah, etika merujuk kepada peraturan perilaku, adat
kebiasaan manusia dalam pergaulan antara satu sama lain. Perkataan etika atau ethics
berasal daripada perkataan Yunani ETHOS yang bererti norma-norma, nilai-nilai,
kaedah-kaedah dan ukuran-ukuran bagi tingkah laku manusia yan baik.
Maksud etika ialah semua garis panduan yang bertujuan meningkatkan tahap
kualiti, produktiviti dan disiplin dalam perkhidmatan dengan memberi penekanan
terhadap semua aspek yang berkaitan dengan peraturan dan peradaban, peranan nilai,
serta tingkah laku profesion dalam masyarakat. Etika perguruan bermaksud satu set
tingkah laku atau tanggungjawab guru terhadap masyarakat dan negara, pelajar, rakan
sejawat dan ibu bapa pelajar.

Tang gu ngja wab terh ada p rakan sejawat d an p rofesion ke guruan

Tang gu ngja wab terh ada p m asy arakat dan ne gara

Ko d Etik a Pe rgu ru an M alaysia

Tan ggun gjawab terh adap pe lajar

Tan g gun gjawa b terhadap ibu bap a

1.4 KONSEP AKAUNTABILITI


Akauntabiliti bermaksud sifat bertanggungjawab kepada seseorang atau
terhadap sesuatu tindakan, keputusan dan sebagainya serta bersedia memberikan
penjelasan dan justifikasi yang diperlukan (Kamus Dewan, 2007). Maka, akauntabiliti
berkait rapat dengan disiplin dan keperluan untuk memberikan justifikasi dan manerima
kebertanggungjawaban terhadap sesuatu keputusan atau tindakan yang telah diambil.
Justeru itu, akauntabiliti keguruan merujuk kepada tanggungjawab seorang guru
terhadap profesion keguruannya. Akauntabiliti atau kebertanggungjawab seseorang
guru difokuskan kepada tiga aspek iaitu tanggungjawab terhadap profesion perguruan,
tanggungjawab terhadap negara dan tanggungjawab terhadap sekolah, masyarakat
dan diri sendiri. Sebagai pendidik, guru bertanggungjawab terhadap tugas yang
diamanahkan iaitu menyalur atau menyampaikan kurikulum yang telah disediakan
kepada murid-murid dengan kaedah pengajaran yang berkesan.
Akaun tab iliti te rh adap
m asyarakat dan negara
Akaun tab iliti te rh adap rakan sejaw at
dan pro fesion ke gurua n

Akaun tab iliti


te rhadap ibu b apa

Akauntabiliti
Keguruan M alaysia

Akaun tab iliti te rh adap


diri sendiri

A ka untabiliti
terhada p pelajar

1.5 KONSEP KESANTUNAN


Perlakuan atau tingkahlaku yang mampu menjalinkan hubungan antara satu
sama lain yang menjadikan sesuatu pergaulan itu berada dalam keadaan harmoni dan
mesra. Ianya melibatkan verbal dan nonverbal. Merujuk kepada tatacara, adat atau kebiasaan
yang berlaku dalam masyarakat.
Menurut Zaba, beliau menyenaraikan

beberapa

peraturan ketat dalam masyarakat bagi mengawal

perkara yang menjadi

perlakuan dan etiket seperti

perlakuan dalam percakapan. Bermula dari hati yang ikhlas dan jujur akan
menzahirkan perlakuan sama ada perlakuan berbahasa ataupun perlakuan bukan
bahasa yang menyenangkan semua pihak. Ianya dapat dilihat dari pelbagai segi
dalam

pergaulan seharian. Memperlihatkan sikap yang mengandungi nilai sopan

santun atau etiket dalam pergaulan seharian.

BK
ea
r
up
aa
kP
af

oa
an
m

e
n

s
t
n

n
r
i

o
s

e
n
l

i
s

http://tuanmat.tripod.com/perguruan.html

Anda mungkin juga menyukai