Anda di halaman 1dari 6

MZU3120 Muzik Dunia

Muzik Barat Jazz

TAJUK 11
11.0

SINOPSIS

Muzik Jazz pada awalnya adalah terdiri daripada beberapa elemen yang diadunkan
daripada muzik Afrika Barat. Muzik Jazz pada awalnya dimainkan dalam bentuk kumpulan
atau band tradisional di mana ianya dimainkan dalam majlis perkahwinan atau majlis-majlis
keramaian bagi orang-orang putih. Muzik ini bermula dari kebudayaan penduduk Afrika
Barat di mana berlaku assimilasi dengan budaya penduduk Amerika dan Eropah. Antara
nama besar dalam perkembangan muzik jazz ini seperti Louis Amstrong, Duke Ellington,
Benny Goodman dan lain-lain.

11.1

HASIL PEMBELAJARAN

11.2

Menganalis beberapa jenis muzik barat yang diperdengarkan.


Mengkaji ciri -ciri muzik yang diperdengarkan dari segi melodi, irama,
tekstur, bentuk, dinamik, ekspresi dan warna ton.
Menganalisis ciri-ciri karya muzik mengikut zaman, genre, stail,
persembahan dan instrumentasi.
Kerangka Tajuk

MUZIK
JAZZ

Pengenalan

Sejarah

Jenis
Muzik Jazz

Ragtime-Scoot
Joplin
Swing
Cool Jazz
Hard Bop
Free Jazz
Big Band
Blues
Jazz Rock

59

MZU3120 Muzik Dunia

11.3 Kandungan
MUZIK JAZZ
11.3.1 Pengenalan
Muzik Jazz adalah berasal daripada kebudayaan penduduk Afrika Barat di mana berlakunya
asimilasi dengan budaya muzik penduduk Amerika dan Eropah. Menurut Gunther Schuller
(1986) tiada tahun yang tepat bagaimanan atau bila bermulanya muzik Jazz. Secara
umumnya ahli sejarawan berpendapat bahawa muzik jazz ini bermula sekitar penghujung
abad ke 19 dan awal abad ke 20. Bukti menunjukkan elemen penggunaan blue notes,
improvisasi, kepelbagaian ritma, sinkopasi dan swung note mempunyai persamaan dengan
muzik yang terdapat di Afrika Barat.

Perkataan jazz pada zaman dahulu juga dieja sebagai jass mengikut slanga
Pantai Barat dan digunakan sebagai merujuk kepada muzik di Chicago sekitar tahun
1915. Semenjak permulaannya pada awal abad ke 20, jazz telah mencambahkan
beberapa subgenre. Antaranya New Orleans pada awal 1910an, swing gaya big
band 1930-1940an, bebop pertengahan 40an, free jazz dan variasi daripada fusion
Latin Jazz seperti Afro-Cuban 1950-1960an, jazz fusion dari tahun 1970an, asid jazz
sekitar tahun 1980an (yang menggabungkan elemen funk dan hip-hop dan nu jazz
sekitar tahun 1990an. Muzik jazz telah merebak ke seluruh dunia dan keindahannya
disesuaikan untuk menjadikan muzik tersebut dalam pelbagai stail mengikut
persekitaran muzik setempat.
11.3.2 Perkembangan Muzik Jazz
Muzik jazz pada awalnya terdiri daripada beberapa elemen yang telah diadun daripada
muzik Afrika Barat. Antara ciri muzik jazz termasuklah improvisasi drum, alat perkusi dan
juga vokal melalui ritma yang kompleks. Unsur call and response terdapat dalam muzik jazz
di mana satu alat memainkan bahagiannya dan akan dijawab oleh satu alat yang lain.
Masyarakat kulit hitam mempunyai unsur-unsur ritma yang semulajadi dalam diri
mereka. Mereka telah memperkembangkan ritma jazz ini melalui aktiviti seharian seperti
berkerja, upacara spritual dan nyanyian di gereja. Sejenis tarian yang dinamakan cakewalk,
tarian ini merupakan tarian hiburan untuk golongan hamba yang diadakan setiap hari Ahad.
Tarian ini dilakukan dalam bentuk bulatan dan gerakannya berunsur sinkopasi. Pada awal
abad ke 20 tarian ini telah dikenali di eropah.
Pada awalnya muzik jazz ini dimainkan dalam bentuk kumpulan tradisional di majlismajlis keramaian bagi orang-orang kulit putih. Kumpulan tersebut memainka alat-alat muzik
sama seperti sebuah kumpulan marching band. Namun begitu sumbangan kumpulan ini
telah memberikan kesan terhadap bentuk dan ritma dalam perkembangan muzik jazz.

60

MZU3120 Muzik Dunia

11.3.3 Perkembangan Muzik Jazz Dalam Masyarakat Dunia


Pada hari ini muzik jazz telah diterima oleh masyarakat seluruh dunia sebagai salah satu
muzik popular. Genre muzik ini telah melalui pelbagai inovasi mengikut kesesuaian
pendengarnya. Imejnya turut berubah dan bukan lagi dikuasai oleh golongan bangsa kulit
hitam atau negro sahaja. Hari ini masyarakat dunia telah mengitraf muzik jazz antara muzik
yang mempunyai kelasnya yang tersendiri serta mempunyai nilai-nilai seni yang tinggi.

11.4 Elemen-elemen Muzik Jazz


Ciri-ciri yang terdapat dalam muzik jazz:

Kumpulan kecil yang terdiri daripada 3-8 orang pemain.


Kumpulan besar (big band) terdiri daripada 10-15 orang.
Kekuata sesebuah band terletak pada pemain piano, double bass dan
alat perkusi.
Alat muzik yang dimainkan secara solo sewaktu persembahan adalah
seperti cornet, trumpet, saxophone, piano, clarinet, vibrophone dan
trombone.
Dalam kumpulan muzik ini penegasan diberikan kepada alat brass, tiup
kayu dan perkusi.
Improvisasi merupakan ciri penting dan nadi kepada sesebuah
kumpulan ketika persembahan.
Bentuk muzik terdapat tema dan variasi dan dimainkan dalam 32 bar
setiap variasi.
Contoh
o Chorus 1 (32 bar) tema
o Chorus 2 (32 bar) variasi 1
o Chorus 3 (32 bar) variasi 2
o Chorus 4 (32 bar) variasi 3

Improvisasi selalunya diambil daripada harmoni pattern dan siri kod


dalam lagu yang dimainkan.

Melodi
o tekanan diberikan pada detik yang lemah
o fleksible dari aspek pic
o skel major not 3, 5 dan 7 direndah atau difletkan

Harmoni pergerakan kod digunakan seperti tonal sistem yang biasa


tetapi semakin kompleks.

Irama sinkopasi dan swing merupakan ciri istemewa alat perkusi dan
bass sebagai pembawa irama dalam muzik ini.

61

MZU3120 Muzik Dunia

11.5 Stail Dalam Muzik Jazz


Terdapat beberapa stail dalam muzik jazz antaranya ialah:
Ragtime

popular di antara tahun 1897 hingga perang dunia pertama


muzik untuk piano dalam meter duaan
dipersembahkan dalam tempo march sederhana
melodi sinkopasi dengan bahagian bes memainkan detik yang
tetap
tangan kanan memainkan melodi dimainkan dalam irama sinkopasi
manakala tangan kiri mengekalkan detik dengan iringan oom-pah
contoh bentuk melodinya adalah AA BB A CC DD atau introduction AA BB
CC DD EE
walaupun bentuk muzik ragtime adalah dari rentak March dan tarian dari
Eropah tetapi iramanya adalah dari lagu rakyat African-American
diantara pemuzik Rag-time terkenal ialah Scott Joplin dengan lagu Maple
Leaf Rag

Blues

berasal dari Afrika Barat dikembangkan oleh orang-orang kulit hitam


berkembang dari lagu rakyat African-American seperti lagu kerja, lagu
semangat yang dinyanyikan oleh hamba abdi
bertumpu pada muzik vokal dengan variasi pic dan kualiti serta gaya
persembahannya
liriknya adalah berkenaan peribadi, kepayahan hidup, unsur seks dan cinta
yang tidak kesampaian
antara penyanyi blues yang terkenal ialah Bessie Smith
penyanyi blues mempunyai gaya yang tersendiri apabila membuat
persembahan melibatkan not blue iaitu not ketiga, kelima dan ketujuh ton
dalam skel major di bend, microtonal flattened, vocal scoops dan slides
dalam meter empatan dan dalam 12 bar liriknya terdiri daripada 3 baris
(stanza) serangkap dalam bentuk puisi
selepas setiap stanza diikuti dengan muzik instrumental dengan improvisasi
menghasilkan teknik call-and-response
baris pertama dinyanyikan dan diulang dengan frasa melodi yang agak
sama (a a)
baris ketiga mempunyai frasa melodi yang berlainan (b)

Swing

berkembang sekitar tahun 1920-an dan berterusan dari 1935 hingga 1945
dekad yang dikenali sebagai era swing
swing dimainkan oleh big bands yang dimainkan di dewan tarian yang besar
(ballrooms)
62

MZU3120 Muzik Dunia

swing band mengandungi 14 atau 15 orang pemuzik yang dibahagikan


kepada 3 bahagian: saxophone (3 hingga 5 pemuzik), brass (3 atau 4
orang pemain trumpet dan trombone) dan irama (piano, gitar dan bass)
dalam band swing, melodi dipersembahkan oleh semua bahagian
samada dalam satu bunyi (unison) atau dalam harmoni
antar pemuzik yang terhebat seperti Duke Elllington, Count Basie, Glen
Miller, Tommy Dorsey dan Benny Godman (King of Swing)
penyanyi yang terkenal seperti Ella Fitzgerald dan Frank Sinatra

Big Band

dipersembahkan dalam kumpulan yang besar


dalam irama empatan dengan melodi yang pendek dan mudah yang
dipanggil riffs
pemuzik solo dibahagikan kepada beberapa kumpulan
setiap pemuzik solo diberi ruang untuk riffs untuk membuat extended
solo dalam bentuk call-and-response
pemuzik terkenal Big Bands adalah Duke Ellington dan Count Basie

Bebop

stail muzik ini muncul pada awal tahun 1940


pusat perkembangan di bandar Harlem
merupakan stail muzik yang kompleks dan dimainkan dalam kumpulan
kecil
stail ini merujuk kepada pembronakan iaitu inovasi kreatif menentang
bentuk komersial dan juga stail swing
Memberi tumpuan kepada penghayatan pendengaran menggunakan
melodi yang kompleks dan pergerakan kod yang berlainan daripada
biasa yang digunakan
Antara pemuzik yang terkenal seperti Charlie Parker (alto saxphone),
Dizzy Gillespie (trumpet) dan Thelonious Monk (piano)
Bebop berkembang menjadi Hard Bop pada tahun 1950-an
muzik Hard Bop lebih mudah daripada Bebop

11.6 Stail Jazz Selepas 1950


Terdapat inovasi dan perkembangan baru dalam muzik jazz seperti meter, ritma,
harmoni, bentuk dan ton yang diterokai. Alat-alat tambahan seperti flute, french
horn dan cello turut digunakan. Perkembangan muzik jazz diperingkat ini boleh
dibahgikan pada 3 iaitu: Cool Jazz, Free Jazz dan Jazz Rock (Fussion)
Cool Jazz
pengasas kepada perkembangan stail ini iaitu Lester Young, Lennie Tristro dan
Miles Davis
Boblicity karya Miles Davis (1949) merupakan stail cool jazz yang terkenal

63

MZU3120 Muzik Dunia

Free Jazz

perkembangan sekitar tahun 60 an


atonal bermaksud tiada nada yang tetap
pemuzik bebas untuk mengimprovisasi tanpa melodi, harmoni atau irama
yang tetap
kebanyakan muzik Free Jazz tidak menggunakan piano yang biasa
memainkan harmoni
pemuzik yang terkenal dengan Free Jazz ialah Ornette Coleman seorang
pemain saxophone dan John Coltrane

Jazz Rock (Fussion)

gabungan melodi muzik jazz dan irama rock pada akhir tahun
1960-an
untuk generasi muda pada masa itu kerana lebih meminati kepada
muzik soul dan rock
muzik rock lebih mudah dari segi frasa yang pendek, kurang pertukaran
kord, melodi yang mudah dan sentiasa diulang dan tidak banyak
penggunaan improvisasi

SEMAKAN KENDIRI
1. Nyatakan ciri-ciri muzik Jazz
2. Jelaskan stail stail yang terdapat dalam muzik Jazz
3.
LATIHAN
Pelajar diminta mencari dua bahan audio muzik Jazz dan
membuat ulasan ringkas tentang stail muzik yang didengar
1.

64