Anda di halaman 1dari 6

MZU3120 Muzik Dunia

TAJUK 8
8.0

Muzik Barat Zaman Klasikal

SINOPSIS
Zaman Klasikal (1750-1821/30) juga dinamakan Zaman Viennese. Perkembangan

semua genre muzik, genre, bentuk, alat muzik dan kombinasi muzik tradisional menjadi
asas kepada repertoire muzik masa kini. Pembentukan struktur muzik berdasarkan bentuk
sonata allegro, tema dan variasi, minuet trio, rondo terhasil dan berkembang mengikut
Zaman Klasikal.

8.1

HASIL PEMBELAJARAN

8.2

Menganalis beberapa jenis muzik barat yang diperdengarkan.


Mengkaji ciri -ciri muzik yang diperdengarkan dari segi melodi, irama,
tekstur, bentuk, dinamik, ekspresi dan warna ton.
Menganalisis ciri-ciri karya muzik mengikut zaman, genre, stail,
persembahan dan instrumentasi.
Kerangka Tajuk

MUZIK ZAMAN
CLASSICAL

Simfoni-No. 7 C
Major (Haydn)

Sonata-Eine Kleine
Nachtmusik (Mozart)

42

Chamber MusicQuartet C# minor, Op


13:1(Beethoven)

MZU3120 Muzik Dunia

8.3 Kandungan
ZAMAN KLASIKAL
Simfoni No. 7 in C major oleh Joseph Haydn

1)
-

Simfoni adalah jenis muzik orkestra pada Zaman Classical


terdiri daripada empat movement :
1.
2.
3.
4.

Cepat (fast) - sonata form


Lambat (slow) sonata, rondo atau tema dan variasi
Berbentuk tarian minuet atau scherzo
Cepat (fast) sonata atau rondo

setiap movement mempunyai tempo, tema dan bentuk yang berbeza


movement pertama biasanya dalam bentuk sonata form
sonata form terdiri daripada tiga bahagian yang diikuti oleh coda (penutup) seperti
gambaran berikut:
Eksposisi (exposition)
- Memperkenalkan tema pertama dalam nada tonik
- Bridge/transition (jambatan/peralihan) bagi tujuan modulasi dari nada tonik ke nada
baru
- Tema kedua dalam nada baru
- Di akhiri dengan codetta (penutup pendek)
- Keseluruhan eksposisi diulang
Perkembangan (development)
- Tema diperkembangkan
- Idea diperkembangkan dengan menggunakan beberapa contoh berikut:
modulasi: eksplorasi nada baru (teknik perkembangan yang utama)
perubahan mode: dari major ke minor dan di sebaliknya
menukar tekstur: polifoni, homofoni dan monofoni
variasi dalam dinamik: crescendo ke diminuendo secara tiba-tiba
perubahan cara bermain: legato ke staccato
perubahan alat muzik: menggunakan alat muzik yang lain atau dari keluarga
yang berlainan
perbezaan dari segi perletakan register: oktaf tinggi ke oktaf rendah dan
disebaliknya
variasi dalam irama: penggunaan triplets selain daripada pembahagian duple
(duaan), pembesaran atau pengecilan irama
imitasi: mengulang motif-motif, canon atau round
manipulasi melodi: inversion dan retrogade
turutan (sekuen): mengulang idea samada dalam pic yang lebih tinggi atau lebih
rendah
kombinasi tem-tema dalam bentuk kontrapuntal atau polifoni
menggunakan fugue

43

MZU3120 Muzik Dunia

menukar harmoni: menggunakan kod-kod yang berlainanuntuk mengiringi tema


diikuti dengan bridge untuk modulasi ke nada asal

Rekapitulasi (recapitulation)
- Tema pertama dalam nada tonik
- Bridge/transition (jambatan/peralihan) tetapi tidak dimodulasikan, masih dalam nada
tonik dan tidak berubah
- Tema kedua dalam nada tonik
- Tidak diulang tetapi diakhiri dengan coda sebagai penutup dalam nada tonik

Sonata Serenade No. 13 for strings in G major, K. 525 - Eine Kleine


Nachtmusik (A Little Night Music) oleh Wolfgang Amadeus Mozart

2)

Ditulis oleh Mozart pada tahun 1787 untuk ensemble muzik kamar
Terdiri daripada dua violin, viola, and cello dan kadangkala double bass, tetapi
biasanya ia dipersembahkan oleh alat-alat strings
Ia tidak diterbitkan sehingga tahun 1827 selepas kematian Mozart
Terdiri daripada empat movement seperti berikut :
1.
2.
3.
4.

Allegro
Romanze: Andante
Menuetto: Allegretto
Rondo: Allegro

Third movement : Minuet (Allegretto)


- lagu asmara (serenade) untuk hiburan waktu malam
- dicipta untuk orkestra kecil string atau string kuartet dengan double bass
yang bermain sama dengan cello tetapi satu oktaf lebih rendah
- dalam bentuk minuet dengan tiga bahagian A B A
Minuet
A
a (diulang) ba (diulang)

Trio
B
c (diulang) dc (diulang)

- bahagian A (minuet) kuat dan staccato dengan detik yang jelas


- berbeza dengan bahagian B (trio) yang lebih lembut

44

Minuet
A
a ba

MZU3120 Muzik Dunia

3)

Muzik Kamar (chamber music)- String Quartet No. 14 in C# minor,


Op.131 oleh Ludwig Van Beethoven
-

Disiapkan dalam tahun 1826, kuartetnya yang ke 14 berdasarkan masa ia di


terbitkan tapi sebenarnya ia adalah yang ke 15 berdasarkan masa ciptaannya
Mengandungi 7 movement yang dimainkan tanpa henti dalam 6 nada yang berlainan
seperti berikut:
Kuartet C# minor adalah muzik kamar yang merupakan ekperimen quartetnya yang
terakhir
Didedikasikan kepada Baron Joseph von Stutterheim sebagai terima kasih kerana
membantu anak buah beliau untuk masuk tentera setelah cubaan bunuh diri dalam
tahun 1826
Kuartetnya yang terakhiri iaitu in F major merupakan kuartet terakhir yang mengikut
stail konvesional iaitu dalam empat movement
Kuartet in C# minor telah dibuat latihan beberapa kali pada awal Ogos 1826 tetapi
tidak pernah dipersembahkan sepanjang hayat Beethoven
Ia dipersembahkan untuk Schubert pada November 1828, lima hari sebelum
kematian Schubert

45

MZU3120 Muzik Dunia

Kuartet Op. 131 mengandungi 7 movement yang dimainkan terus tanpa henti yang
menyatukan keseluruhan karya ini
Movement pertama berbentuk fugue dalam C# minor yang membangkitkan perasaan
sedih
Movement kedua dalam bentuk sonata form yang temanya berdasarkan lagu rakyat
Movement ketiga dalam B minor hanya dalam 11 bar sahaja berfungsi sebagai
pembuka kepada movement seterusnya
Movement keempat dalam A major mengandungi tema yang terdiri daripada 2
zaman dengan 6 variasi dan koda bertindak sebagai variasi ke 7
Temanya dalam bentuk binari
Movement kelima dalam E major berbentuk Scherzo dalam meter duaan dan bukan
meter tigaan mengikut kebiasaannya
Movement keenam dalam G# minor mengandungi 28 bar dalam bentuk ABB dengan
koda yang bertindak sebagai pengenalan bagi movement seterusnya
Movement ketujuh balik semula ke C# iaitu nada asal dan dalam bentuk sonata form
Kesimpulannya, movement 3 dan 6 bertindak sebagai pengenalan kepada
movement seterusnya. Movement lain mengikut bentuk konvesional yang disusun
bersama seperti fugue, sonata form, tema dan variasi, scherzo dan trio

8.4 CIRI CIRI MUZIK ZAMAN KLASIKAL


1.

Tekstur atau jalinan lebih ringan dan jelas, tidak kompleks dan berciri homofoni iaitu
melodi dengan iringan

2.

Penekanan kepada kecantikan, kemerduan melodi, keindahan bentuk


keseimbangan, kesederhanaan dan pengawalan, berekspresif, dan elegen serta
menpunyai bentuk yang lebih formal.

3.

Terdapat kepelbagaian dan kontras dalam sesuatu karya yang melibatkan nada,
melodi irama dan dinamik (terdapat sforzando dan crescendo), pertukaran warna ton
dan mud yang kerap.

4.

Melodi ciptaan lebih pendek, mempunyai frasa-frasa yang lebih clear cut dan lebih
jelas.

5.

Terdapat perubahan dari segi saiz dan renj orkestra iaitu tiada penggunaaan alat
muzik harpsichord kontinuo. Alat muzik tiupkayu lebih mendapat tempat dalam
orkestra dan merupoakan seksyen yang penting dalam orkestra.

6.

Alat muzik piano digunakan bagi menggantikan alat muzik harpsichord kontinuo.
Teknik iringan bes alberti yang diperkenalkan oleh haydn dan mozart digunakan
bagi membentuk tekstur piano yang nipis, yang mana tekstur lebih lebal yang
diperkenalkan dalam karya Beethoven.

7.

Muzik instrumental menjadi elemen penting dengan jenis-jenis komposisi seperti


sonata, trio, string quartet, simfoni, concerto, serenade dan divertimento.

46

MZU3120 Muzik Dunia

8.

Bentuk sonata adalah bentuk yang penting dan banyak digunakan untuk membina
babak pertama dalam karya yang besar dan babak-babak lain diantaranya seperti
overtures.

8.5 JENIS / GENRE MUZIK VOKAL


o
o
o

Genre Vokal
Oratorio
Opera Seria dan Buffa

8.6 JENIS / GENRE MUZIK INTRUMENTAL


o
o
o

Simfoni
Konserto
Muzik kamar sonata dan kuartet bertali

8.7 KOMPOSER DI ZAMAN KLASIKAL


1. Franz Joseph Haydn ( 1732 1809
2. W. A. Mozart ( 1756 1791 )
3. Ludwig Van Beethoven ( 1770 1827 )

SEMAKAN KENDIRI
1. Namakan dua komposer lain dari Zaman Klasik
2. Nyatakan ciri-ciri muzik Zaman Klasikal
3.
LATIHAN
Pelajar diminta utk mencari bahan dan membuat huraian
tentang muzik vokal Oratorio dan Opera
1.

47