Anda di halaman 1dari 6

PROGRAM TAFAQQUH FI AL-DIN

MAAHAD TAHFIZ KAMPUNG RELONG KUALA LIPIS PAHANG


DENGAN KERJASAMA
YAYASAN SOFA NEGERI SEMBILAN

1.0

PENDAHULUAN

Hadith Nabi

yang diriwayatkan daripada Sayyidina Muawiyah bin Abi Sufyan yang

bermaksud: Sesiapa yang Allah kehendaki baginya kebaikan maka Dia akan memberi kefahaman
kepadanya dalam agama. Daripada Hadith tersebut kita dapat simpulkan bahawa kefahaman
dalam agama akan membawa manfaat yang besar. Ini adalah kerana semua aspek kehidupan kita
perlulah berlandaskan kepada agama. Jika kita tidak faham apa yang dituntut oleh Allah dan
RasulNya dalam kehidupan kita maka berkemungkinan besar kita akan terjerumus untuk
melakukan kesalahan dan kesilapan malahan dosa dalam agama kita sendiri. Oleh kerana itu

Maahad Tahfiz Kampung Relong dengan kerjasama Yayasan Sofa Negeri Sembilan bercadanng
untuk menjayakan sebuah program yang diberi nama Tafaqquh fi al-Din untuk semua pelajar
Tahfiz khususnya dan masyarakat Kampung Relong amnya. Program ini adalah sebenarnya sangat
penting bagi semua lapisan masyarakat lebih-lebih lagi para pelajar Tahfiz. Ini kerana merekalah
golongan yang terpilih yang menjaga Al Quran dan seterusnya menjaga Agama Allah yang suci
ini. Ini adalah bertepatan dengan sebuah Hadith yang diriwayatkan daripada Sayyidina Anas bin
Malik iaitu yang bermaksud: Ahlu Al Quran merupakan kekasih Allah dan orang yang mendapat
keistimewaan daripada Nya.
Pihak Yayasan Sofa Negeri Sembilan sentiasa komited untuk bekerjasama dengan mana-mana
pihak dalam memartabatkan ilmu dan ahlinya selaras dengan manhaj Ahli Sunnah wal Jamaah.
Dalam program Tafaqquh fi al-Din kali ini, pihak penganjur merancang untuk mengadakan daurah
sebuah kitab yang sangat penting bagi penuntut ilmu yang mana tidak sepatutnya penuntut ilmu
jahil tentangnya. Kitab yang dimaksudkan adalah matan Aqidah al-Awwam dalam bidang Aqidah.
Pelajar Maahad Tahfiz Kampung Relong akan mengkhatamkan kitab tersebut seterusnya
mengambil ijazah dan sanad daripada guru.
Selain daripada pelajar Maahad Tahfiz Kampung Relong, program ini adalah terbuka kepada
semua lapisan masyarakat. Semoga program ini memberi manfaat kepada semua pelajar Maahad
Tahfiz Kampung Relong khususnya dan semua penduduk Kampung Relong amnya.

2.0 MATLAMAT
Memperkukuh asas ilmu akidah dan pelajar Maahad Tahfiz Kampung Relong khususnya dan
penduduk Kampung Relong amnya.
3.0

OBJEKTIF
3.1 Mengkhatamkan kitab Matan Aqidah al-Awwam
3.2 Memahami isi kandungan kitab tersebut.
3.3 Mengambil ijazah dan sanad kitab tersebut daripada guru.
3.4 Memperkukuh pegangan akidah Ahli Sunnah wal Jamaah dalam kalangan pelajar
Maahad Tahfiz Kampung Relong khususnya dan masyarakat Kampung Relong
amnya.

4.0

RASIONAL
4.1 Matan Aqidah al-Awwam merupakan antara kitab yang utama yang dibaca dan diajar
serta dipandang serius oleh para Ulama. Merupakan kitab yang penting di sisi Ulama
Ahli Sunnah wal Jamaah di mana mereka mengajarnya daripada satu generasi ke
generasi hingga ke hari ini. Sehinggakan mereka menjadikannya manhaj dan silibus
dalam sistem pendidikan di institusi pengajian mereka dan menyuruh pelajar mereka
menghafaznya.
4.2 Selain itu juga kandungan kitab ini adalah amat sesuai bagi penuntut ilmu yang masih
baru dalam disiplin ilmu Agama Islam. Kandungannya ringkas dan padat. Mudah
untuk dihafaz kerana kitab tersebut disusun dalam bentuk nazam atau syair.

5.0

SASARAN
Semua pelajar Maahad Tahfiz Kampung khususnya dan penduduk Kampung Relong
amnya.

6.0

TARIKH PELAKSANAAN
6.1 Tarikh

: 5/12/2016 6/12/2016

6.2 Hari

: Isnin & Selasa

6.3 Tempat

: Maahad Tahfiz Kampung Relong

7.0

ATURCARA PROGRAM

Hari/Tarikh

Masa

Slot

Isnin 5/12/2016

8.00 9.00 pagi

- pendaftaran peserta
- Ketibaan penceramah
- Ucapan alu-aluan Mudir Maahad Tahfiz
Kampung Relong
- Ucapan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan
Sofa Negeri Sembilan
- Ucapan dan perasmian Tuk Empat
Kampung Relong
- Montaj program Tafaqquh fi al-Din
Maahad Tahfiz Kampung Relong
- Rehat

9.30 pagi 12.30 tengah


hari

- Slot1 Aqidah al-Awwam


- Muqaddimah
- Fasal (1) Sifat Allah

12.30 2.00 petang

Rehat & Solat Zohor

2.00 4.30 petang

Slot 2 Aqidah al-Awwam


-

Fasal (2) Para Nabi dan Rasul



4.30 5.30 petang

Rehat & Solat Asar

5.30 6.30 petang

Slot 3 Aqidah al-Awwam


-

Fasal (3) Para Malaikat



Isnin 5/12/2016

6.30 9.00 malam

Rehat & Solat Maghrib dan Solat Isyak

9.00 11.00 malam

Slot 4
-

Fasal (3) Para Malaikat

Selasa 6/12/2016

11.00 malam

Rehat

8.00 9.00 pagi

Slot 5
-

Fasal (4) Kitab Samawiyyah

9.00 -9.30 pagi

Rehat

9.30 12.30 tengah hari

Slot (5)
-

Fasal

(5)

Ketaatan

Kepada

Rasulullah & Keimanan Kepada


Hari Akhirat
12.30 1.30 tengah hari

Rehat & Solat Zohor

1.30 4.00 petang

Slot (6)
-

Fasal (6) Nabi Muhammad

4.00 5.00 petang

Solat Asar

5.00 6.30 petang

- Ijazah dan Sanad Kitab


- Majlis Penutup
- Rehat & Bersurai

8.0

JAWATANKUASA PELAKSANA (Penentuan dalam mesyuarat)


Penasihat

Pengerusi

Naib Pengerusi

Setiausaha

Penyelaras Program

AJK PELAKSANA
Penyambut Tetamu

:
:
:

JuruAcara

Buku Aturcara

Juru Gambar

Cenderahati

P.A Sistem

:.

Persiapan Tempat

:
:

Banner

9.0

BELANJAWAN
9.1 Penyertaan dikenakan bayaran seperti berikut:
- Pelajar Tahfiz : RM 20
- Awam

: RM 50

9.2 Anggaran kos makanan & pelbagai RM 800

10.0

PENUTUP

Diharapkan agar Program ini bermanfaat untuk para pelajar Maahad Tahfiz Kampung Relong
khusunya dan penduduk Kampung Relong amnya. Semoga dengan adanya program Tafaqquh fi
al-Din dapat memperkukuhkan lagi pegangan Akidah Ahli Sunnah wal Jamaah dan penguasaan
ilmu Islam seterusnya dapat mendekatkan diri kita kepada Allah Tuhan Empunya Ilmu tersebut.

Semoga kerjasama di antara pihak Maahad Tahfiz Kampung Relong dan Yayasan Sofa Negeri
Sembilan dalam program seperti ini akan lebih giat lagi di masa-masa yang akan datang.

Anda mungkin juga menyukai