Anda di halaman 1dari 1

Bilangan Jurnal

Ke-2

Minggu Praktikum

Kedua

Tarikh Peristiwa / Kejadian

31 Januari 2016 - 04 Februari 2016

Tajuk Jurnal

Masalah Kawalan Kelas

1. Masalah / Peristiwa
Saya telah menghadapi masalah pengawalan kelas.

Murid-murid tidak

menghormati saya sebagai guru dan tidak mengikut arahan saya. Aktiviti P&P susah
dijalankan dengan lancar.
2. Analisis
Masalah ini timbul mungkin kerana saya tidak cukup tegas.

Saya tidak

mempunyai pengalaman yang cukup untuk mengawal kelas. Oleh itu, murid-murid tidak
takut pada saya dan membuli saya sebagai guru pelatih. Selain itu, kelakuan mereka
yang keterlaluan menyebabkan aktiviti yang saya rancangkan susah dijalankan. Mereka
hanya menumpu perhatian terhadap aktiviti yang mereka suka sahaja.
3. Cadangan Tindakan Susulan
a. Saya akan lebih tegas.

Saya akan terus menegur dan mengambil tindakan

kepada sesiapa yang mengingkari arahan saya.


b. Mengambil kira minat murid-murid saya semasa merancang aktiviti P&P saya
untuk memastikan mereka menunjukkan sikap yang baik di dalam kelas.
c. Saya akan mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada guru pembimbing di
samping berbincang dengan rakan-rakan guru pelatih yang lain.
4. Tempoh Masa Dan Keberkesanan Tindakan Susulan
Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu. Pengawalan
kelas yang baik adalah perlu bagi memastikan kelancaran proses pengajaran dan
pembelajaran. Sekiranya masalah ini tidak dapat diatasi secepat mungkin sudah tentu
objektif yang telah dirancangkan tidak tercapai sepenuhnya.
Disemak oleh Guru Pembimbing

Disemak oleh Pensyarah Penyelia

Tandatangan :

Tandatangan :

Nama

Nama

Tarikh

Tarikh

Anda mungkin juga menyukai