Anda di halaman 1dari 2

Pengenalan

Kerja kursus ini bertujuan memberi peluang kepada pelajar kursus SCE 3113 untuk
menunjukkan kefahaman tentang matlamat serta kegunaan penilaian mata pelajaran Sains
Tahap 2 sekolah rendah.
Pertama sekali, Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) disediakan untuk merancang
penilaian yang perlu dibuat demi mengenalpasti tahap pemahaman murid tentang topik
yang telah diajarkan. Kerja kursus ini telah memastikan bahawa JSU yang disediakan
adalah memenuhi kriteria penyemakan.
Selain itu, pelajar kursus ini juga kena melaksanakan penggubalan dengan membina
20 soalan objektif berpandukan JSU yang telah disediakan. Ini bertujuan untuk menguji
keberkesanan soalan yang direka dalam mentaksir pemahaman murid.
Akhir sekali, kita juga perlu menyediakan laporan analisis skor ujian terhadap
jawapan murid dengan memfokuskan kepada indeks kesukaran. Laporan analisis akan
menjadi bukti bertulis di mana kita boleh mendapatkan maklum balas tentang hasil kerja kita
(20 soalan objektif yang dibuat).

Rumusan
Setelah menjalani kerja kursus ini, saya berupaya mengitlak maksud pengujian, penilaian
dan pentaksiran dalam erti konteks pengajaran dan pembelajaran sains sekolah rendah.
Pengaplikasian konsep ini dalam kerja kursus terserlah dengan penggubalan 20 soalan
objektif serta laporan analisis skor ujian.
Di samping itu, saya juga telah berupaya menyediakan JSU berdasarkan aras
kognitif yang berbeza dengan merujuk pelbagai sumber. Penyediaan JSU ini adalah amat
penting dalam menentukan kualiti soalan samada bermutu atau tidak. JSU berperanan
untuk menjadi rujukan serta penanda semasa menggubal soalan peperiksaan.Oleh itu,

Anda mungkin juga menyukai