Anda di halaman 1dari 2

Betapa merimaskan , mejengkelkan, memuakkan malah boleh menimbulkan

kekeliruan yang amat dahsyat pada generasi akan datang bila ahli akademik dan
sejarahwan menyaluti fakta sejarah dan ilmunya dengan fahaman politik
meskipun senipis kulit bawang. Apakah setelah rakyat Malaysia didodoikan
dengan lagu-lagu patriotik dan semangat kemerdekaan yang berkumandang
disetiap ceruk corong radio dan kaca TV lebih 50 tahun, akhirnya laungan
'MERDEKA! MERDEKA!MERDEKA! yang digemakan oleh Allahyarham Tunku Abdul
Rahman di stadium Merdeka tanggal 31 Ogos,1957, berkecai, kerana kenyataan
seorang sejarahwan Prof. Zainal Kling, kononnya Malaysia tidak pernah dijajah
tetapi dilindungi dan di naungi Agak membingungkan kerana setelah
Malaysia'dimerdekakan' dan segala macam warta dan fakta ditabur, kononnya
Malaysia sebuah negara berdaulat dan merdeka, isi pelajaran dan jutaan tesis
bertaraf master dan Phd. dibuat di institusi pengajian tinggi tentang perjalanan
kemerdekaan negara, anak kecil yang baru merangkak mindanya di sekolah
rendah bertanya kepada gurunya ..BENARKAH KITA TIDAK PERNAH DIJAJAH?. Jika
yang demikian apa gunanya, sejarah yang kita pelajari memberitahu kita betapa
gigihnya pahlawan bangsa melawan penjajah. Nama-nama seperti Dato
Bahaman, Mat Kilau, Mat Salleh,Si Gunting dan banyak nama lagi yang
diwartakan bahkan disanjung sebagai nasionalis awal yang mempertahankan
tanah air dari cengkaman penjajah. Jika kenyataan Mat Sabu mengiktiraf Mat
Indera sebagai wira melayu mendapat tindak balas dengan ratusan laporan polis
di buat hingga timbalan Presiden PAS ini dituntut memberikan penerangan
kepada pihak polis di bawah sksyen 505 (b) kerana mengeluarkan kenyataan
menggemparkan masyarakat. Apakah pula reaksi masyarakat dan rakyat
Malaysia yang mendengar fakta baru kononnya Malaysia tidak pernah dijajah.
Apakah akan ada ratusan laporan polis lagi dibuat kerana mengelirukan
masyarakat. Jika Mat Sabu kita faham bahawa beliau adalah ahli politik yang
mempunyai naluri kepolitikakan dalam setiap isu yang dikeluarkan. Apakah pula
nilai tambah kenyataan Prof Zainal Kling itu kepada minda masyarakat di negara
ini? Hebatnya Tanah melayu kerana tidak pernah dijajah. Agungnya bangsa
Melayu kerana setelah 54 tahun barulah lahir seorang wira membawa obor
bahawa negara ini tidak pernah dijajah. Kemungkinan juga kedatangan British di
Tanah Melayu pada waktu itu hanya sekadar makan angin dan melawat cuma.
Segala cukai dan hasil negara ini yang dikaut oleh British rupanya hanyalah
bertaraf pemberian dan sedekah. Segala ladang dan aStet serta lombong yang
dibuka oleh British dengan membawa masuk migran Cina dan India hanyalah
berupa rakan kongsi dengan penduduk Tanah Melayu dan berstatus usahasama.
Sebab itulah barangkali kedudukan ekonomi orang melayu begitu mewah dan
melimpah ruah kerana menjalankan perniagaan uasahsama itu. Bukankah pada
zaman British orang Melayu diangkat dan dibolehkan memegang jawatan dalam
kerajaan lebih dari seorang kerani dan pembantu British. Kerana itu jugalah
British bermati-matian mempertahankan Tanah melayu pada waktu penjajahan
Jepun kerana mereka risau dan sayang benar dengan orang Melayu yang
merupakan rakan kongsi mereka. Apakah peranan kerajaan dalam membetulkan
keadaan ini? Apakah nilai ratusan ribu graduan yang berkelulusan sejarah
negara yang memberitakan bahawa negara kita terjajah lebih ratusan tahun.
Apakah kita perlu mengubah kembali jutaan jilid buku-buku teks di peringkat
rendah dan menengah ekoran dari kenyataan ini. Wahai Pak Najib bersuaralah,
demi bangsa dan 1Malaysia.

Make Money Online : http://ow.ly/KNICZ

Anda mungkin juga menyukai