INTERVIEW

Anda mungkin juga menyukai

Anda di halaman 1dari 10

Interview~!

Posted on Mac 30, 2007

Kemaskini untuk lepasan SPM


2010 :http://leokid.wordpress.com/2011/03/26/pasca-spm-temuduga-biasiswa/
Juga saya dedikasikan artikel terbaru saya, The End In Mind kepada adik-adik
lepasan SPM ini.
Hohobukan aku yang nak menginterview mahupun diinterview.
Memandangkan ramai adik2 menghubungi aku meminta pendapat, tips,
panduan, nasihat, FAQs, walkthrough, cheat code dan sewaktu
dengannya, maka aku tertarik untuk menghulurkan sedikit sebanyak pandangan
dan nasihat kepada antum semua..
Terlebih dahulu, diingatkan, aku pernah melalui interview MARA untuk Skim
Pelajar Cemerlang khusus untuk pelajar2 MRSM. Nasihat dan tips yang
akan aku bagi ni tak dijamin untuk menjayakan anda dalam temuduga masingmasing seratus peratus, tetapi sekurang-kurangnya ia diharap dapat membantu
anda sedikit sebanyak. (Aku guna ayat skema ek)
================================================
===
Ada yang menanyakan saya soalan, Bagaimana abang berjaya dalam interview
abang dulu? Suka saya ingatkan, interview saya dengan MARA di HQ MARA
Jalan Semarak adalah special case, yang mana tak perlulah saya ceritakan
dengan details. Cukuplah sekadar saya memberitahu bahawa saya merupakan
orang pertama yang ditemuduga ketika itu, temuduga saya tak sampai 10 minit,
dan saya hanya memberikan satu point sahaja mengenai diri saya dalam
temuduga tersebut. (Macamana saya lulus? Kan saya dah kata, saya ni special
case!)
OK berbalik kepada topik asal, berikut antara nasihat dan panduan saya kepada
antum.Khusus kepada pelajar yang akan ditemuduga
oleh MARA secara individu, namun boleh je yg lain nak baca untuk
pengetahuan tambahan.
1 BAWA KELAINAN
Mesti ramai tengah chuak sekarang, apa benda yang nak dipersediakan??
Secara frantically, its all depend on what course are you planning to enroll.

Contohnya, bidang medic. Of course la you all kena prepare soalan-soalan


berbentuk medik untuk ditanya.
Satu tips penting untuk anda semua, cuba fikirkan untuk membawa satu
kelainan dalam temuduga anda nanti. Kelainan yang saya maksudkan bukanlah
dari segi pakaian mahupun tingkahlaku (dua menda ni adalah ETIKA ketika
ditemuduga, fail pakaian@tingkahlaku, fail lah temuduga anda). Kelainan
tersebut adalah apa yang membezakan anda dengan calon-calon lain.
Sebagai contoh, saya dahulu interview untuk program Medic Russia. Maka satu
kelainan yang saya tonjolkan, adalah dengan menghafal maklumat mengenai
negara Russia! Benar, tak tipu! Saya ketika itu mengetahui tentang sejarah
penubuhan soviet, tokoh2 russian federation hatta topography negara tersebut!
Satu lagi kelainan yang saya bawa ketika interview saya tu, adalah mengenai
bidang medic. Untuk pengetahuan semua, medic bukanlah pilihan utama saya.
Engineering menjadi first choice saya dalam borang ketika itu. So, kena la satu
soalan maut dalam interview itu, Awak tulis dalam ni first choice awak
engineering. Kenapa awak rasa kami patut beri kepada anda biasiswa untuk
medic pula?
Apabila kena soalan maut, jangan cepat panik. Diam dahulu, berfikir jawapan
yang paling sesuai, yang tidak menampakkan kelemahan ataupun kebodohan
kita. Antara jawapan yang bodoh untuk soalan sebegini Entah..saya tak tahu.
Eh, tak terfikir la pulak Saya berserah je. Kalau dapat medic, saya jadi doctor.
Kalau dapat engineering, saya jadi engineer. Etc etc.
So jawapan yang saya beri ketika interview saya dahulu adalah,
Saya mempunyai matlamat jangka masa panjang saya sendiri. Saya
sebenarnya ingin menceburkan diri dalam sebuah bidang sains yang baru iaitu
nanoteknologi. Memandangkan bidang ini masih baru sangat, maka saya
merasakan adalah lebih sesuai saya menjadikan sama ada bidang medic atau
engineering sebagai batu loncatan, memandangkan kedua-duanya mempunyai
peranan masing-masing dalam bidang nano tersebut.
Lihat, satu lagi kelainan saya bawa ketika di interview.

2 SIKAP DAN TINGKAHLAKU

Anda kena ingat, tujuan interview sebenarnya adalah bukan untuk anda calon,
tetapi untuk para penemuduga. Interview merupakan satu kaedah yang
digunakan pihak penaja untuk menilai anda. Sekiranya penaja beranggapan
mereka nak ambil pelajar yang terbaik mengikut keputusan SPM, maka sudah
tentu habis semua tempat pengajian diborong oleh belasan ribu pelajar 11 dan
10A~!
So the point is, penemuduga yang akan evaluate anda. Secara total. Dan
segalanya bermula dari langkah pertama anda di dalam bilik penemuduga lagi.
Macam saya bagitau kat atas tu, PAKAIAN dan TINGKAHLAKU adalah
sebahagian dari syarat sah temuduga. Tak lulus benda ni, terbatallah temuduga
anda (bukan secara literal ye..)
Pakaian cam biasa untuk lelaki, pakai kemeja dan/atau berkot. Orang pernah
warning, tengok interviewer camne. Kalau interviewer pakai kot, then pakai kot
gak. Kalau dia tak pakai kot, jangan lawan tokey. Saya tak tahu la betul ke tak,
tapi time saya dulu saya berkot, n salah seorang penemuduga saya pakai t-shirt
biasa je Agak-agak apa la yg saya kena pakai sepatutnya ek kalau camni?
Justeru, ikut penilaian masing-masing. Tapi mestilah menampakkan karisma
yang tinggi, imej yang kemas dan penampilan yang mampu membawa satu
macam keyakinan di mata interviewer.
Ni adalah tatatertib yang saya cadangkan. Terpulang pada masing2 untuk
modify.
Di luar bilik temuduga, ketuk sebelum masuk. Tunggu sekejap sampai arahan
masuk diberi, baru masuk. Kalau arahan tak diberi, jangan gatal ketuk lagi kuat.
Ketuk sekali lagi cam biasa.
Dah bukak pintu, berhenti sejenak di muka pintu, pandang dan senyum
(dengan ikhlasnya) kepada interviewer. Beri salam kepada interviewer muslim
dan/atau ucap selamat kepada yg bukan muslim. Duduk hanya apabila disuruh
duduk. Sesudah duduk, jangan alihkan kerusi yang diletak. Ada sesetengah
keadaan, kerusi diletak sejauh satu meter dari meja penemuduga, agar mereka
boleh melihat segenap pelusuk diri dan perbuatan anda. Jangan letak
fail@portfolio anda di atas meja diorang, letakkan di atas riba anda dan
duduklah seperti pengantin dan interview anda pun bermula.

Antara yang pantang dibuat pula adalah,


- berlagak samseng. Sungguhpun kalau benar la anda ketua samseng di
kampung@mrsm anda, tak payahla berlagak samseng kat depan interviewer.
Anggaplah anda ni khadam yang hina..hehe. Beri salam dengan penuh sopan
santun, langkah yang lembut, dan senyumlah selalu
- merendah2kan soalan interviewer. Alasenang je nih.. Dah agak dah soalan
ni..
- mempersoalkan kebijaksanaan interviewer. Encik tahu kan, sekarang ni kalau
kat matriks nak jadi doctor kena dapat 4 flat? Macam la dia tak tahu. Ayat yang
lebih sesuai Sepertimana yang diketahui, bagi meneruskan pengajian dalam
bidang kedoktoran dari peringkat matriksblablabla
- merasuah interviewer. of course tak boleh..
3 KETIKA INTERVIEW
Saya percaya soalan pertama yang akan ditanya oleh interviewer adalah: Tell
me about yourself. Kira memang soalan skema la nih. Tetapi, jangan anda
bagi jawapan yang skema gak! Diorang interviewer dah bosan dengan jawapan2
skema ni!!
Macam saya kata awal2 tu, bawa kelainan. Instead of jawapan anda Saya
dilahirkan di kedah. Ayah saya seorang pegawai. Saya ada 4 orang adik beradik.
etc. etc., cuba ubah sket sintaks ayat anda tu. Jangan guna banyak sangat
nada@tone sedih untuk meraih simpati, sebaliknya guna ayat2 yang
mempromote diri anda. contoh ayat yang saya gunakan dulu,
menjadi Biro Kebudayaan BWP ketika di mrsm dahulu sedikit sebanyak
mendedahkan diri saya ke arah kepimpinan professional. Sungguhpun ketika itu
saya turut terlibat dalam posisi lain, seperti Presiden Kelab Catur, Setiausaha
Persatuan Silat Gayung dan sebagainya, saya mampu membahagikan masa
saya dengan efisien. Ini terbukti dengan keputusan peperiksaan saya yang
sentiasa konsisten
Kan lagi best dari Saya pernah menjawat jawatan BWP, Pres Kelab Catur, S/U
Silat
Ketika diinterview, anda akan dapati interviewer akan cuba membuat eye
contact dengan anda. Jangan elak eye contact! Eye contact adalah antara
methode yang digunakan penilai untuk menilai anda. Kalau anda sendiri tidak
mahu dinilai, bagaimana diorang nak evaluate awak! Sebaliknya, lihat kembali
dalam mata diorang. Bukannya tenung seorang, tapi bergilir-gilir lakarang dia
ingat awak ada dendam dengan dia pulak.

Antara masa yang dibolehkan untuk anda masuk bakul, angkat sendiri, adalah
ketika diinterview. Tapi anda harus ingat, terlalu banyak kelebihan diri anda
yang anda tonjolkan secara tak langsung mendedahkan lebih banyak
kelemahan anda! Sebagai contoh, antara dialog ketika interview saya dulu
adalah,
Medic ni bukan bidang yang mudah. Anda kena study jekorbankan masa
lapang awak, waktu bersosial awak dan sebagainya. Apa pandangan awak?
Saya sangat produktif apabila bekerja bersendirian. Dengan cara itu, saya
mampu menumpukan sepenuh fokus saya kepada study saya. Sepanjang
pengajian saya di MRSM juga, saya jarang bersosial melainkan dengan mereka
yang betul-betul rapat dengan saya. - saya blur ketika ini, so inilah jawapan
merapu yang saya bagi
Tapi awak kena ingat, menjadi doktor juga memerlukan anda untuk bersosial.
Anda akan mengubati pelbagai jenis pesakit, yang anda suka, yang anda benci.
Bagaimana anda nak emerge dalam masyarakat kalau anda tak suka
bersosial? soalan maut, death trap question.
Saya sedar, sebagai seorang doktor memerlukan saya untuk bersosial. Saya
juga merupakan seorang yang fleksibel, saya mampu menyesuaikan diri dalam
apa jua keadaan saya ditempatkan. Pencapaian saya di MRSM yang cemerlang
sejak dari tingkatan satu lagi membuktikan betapa pencapaian saya tidak
dipengaruhi oleh keadaan. Selain itu, sungguhpun saya tidak suka bersosial,
tetapi saya tidak mendiskriminasikan masyarakat. Tak kiralah yang datang itu
seorang yang berdosa, atau seorang yang mulia, saya tetap akan melayan
mereka dengan layanan yang sama sebagai seorang pesakit.
Jangan bagi jawapan sekadar untuk melepaskan diri. Sebaliknya, dalam setiap
jawapan yang kita berikan, sebaiknya mempunyai beberapa ciri:
- Ada point. Jangan bagi jawapan merapu
- Menjawab soalan. Jangan dibiarkan soalan tergantung tak terjawab.
Masalah Bahasa
Kita sering diberitahu, bahawa interview akan dijalankan fully in english. Tapi
kekadang interviewer ni tak tahu mana satu malay mana satu english. Hehe.
So, nasihat saya, kita ikut rentak interviewer. Kalau soalan ditanya dalam
English, kita jawab dalam english. Kalau soalan ditanya dalam melayu, kita
jawab dalam melayu.

Death Question
Macam saya citer, kekadang boleh terjadi penemuduga membawakan satu
soalan yang mustahil untuk kita jawab. Mustahil ni bermaksud soalan yang
membuatkan kita blank secara total. Black out.
Cam biasa, jangan panik. Jawab dengan penuh keyakinan, jangan merapu. Kalau
terpaksa mengaku kelemahan pun mengakulah, tapi cover balik. Contoh Anda
seorang yang pemalas?
Saya akui saya kurang serius dalam sesuatu urusan, namun saya telah dididik
sebagai seorang yang bertanggungjawab sejak dari kecil lagi. Walau betapa
malaspun saya, sekiranya telah menggalas satu-satu tanggungjawab itu, maka
pasti saya akan sempurnakan tanpa cacat cela!
Tapi, kalau dah blank sangat, atau memang betul-betul tak tahu jangan berdalih
lagi, sebab ianya menampakkan kelemahan dan minda kita tak bersedia. Tolak
untuk menjawab soalan tersebut dengan sopan sambil tersenyum. Maaf, saya
tak dapat jawab soalan anda.
Sama juga untuk soalan fakta yang anda tak tahu jawapannya. Jangan rekareka, sebab ianya fakta. Awak tahu berapa jumlah graduan perubatan di
negara sekarang ni?
Maaf, saya tidak tahu. Tapi sekiranya diberi masa, saya boleh cari maklumat
tersebut.
Soalan Tricky
Soalan tricky ni pun slalu gak interviewer tanya. Biasanya sama ada untuk
menduga kekuatan mental calon, ataupun untuk menguji personaliti calon.
Contohnya, Apa kelemahan awak? Kalau anda jawab anda tidak mempunyai
kelemahan, ure dead sebab semua orang ada kelemahan. Dalam kes sebegini,
jawab sama ada dengan jawapan bijak ataupun jawab sejujurnya tapi cam
biasa, cover balik.
Kelemahan saya adalah saya ni cepat kasihan. Saya kasihan tengok orangorang tua yang uzur, kanak-kanak yang sakit dan sebagainya. Atas sebab inilah
saya nak jadi doktor - contoh jawapan bijak.
Kelemahan saya adalah saya ni seorang perfectionist. Saya pantang betul
menangguh-nangguh kerja. Akibatnya saya selalu tidur lewat malam sebab nak
siapkan tugasan. Tapi saya pasti, semua tugasan yang diberikan kepada saya
akan siap dengan sempurna sekali! lagi contoh jawapan bijak.

Saya akui antara kelemahan terbesar saya adalah saya ni seorang pemalas.
Sebab itu saya cuba mengatasi kelemahan saya ini dengan menyertai pelbagai
aktiviti yang dianjurkan persatuan-persatuan. Antara aktiviti yang saya pernah
sertai adalah blablabla.. Syukur alhamdulillah, saya rasa saya kini lebih rajin
berbanding dahulu - jawapan jujur.

4 PERKARA KHUSUS
Perkara khusus ni actually lebih kurang la cam yang saya sentuh kat dalam
point bawa kelainan tu. Cuma khusus yang saya maksudkan ni adalah
environment interview itu sendiri.
Anda kena bayangkan anda di pihak sponsor. Kenapa sponsor anda nak bagi
anda scholarship? Kenapa anda, dan bukan orang lain? Kenapa bidang medic
(eg) kenapa tidak bidang lain? Kenapa russia, tidak negara lain?
Saya bagi contoh lagi untuk clearkan.
Interview anda adalah MARA. Apa antara objektif@misi MARA? Melahirkan lebih
banyak usahawan bumiputera
So kalau ditanya kenapa anda nak jadi doctor, maka jawablah
Saya nak jadi doctor kerana ianya sebuah bidang yang kurang dimonopoli oleh
masyarakat kita bumiputera.
Saya nak jadi doctor kerana saya nak membantu kaum saya. Saya nak
memulakan perniagaan dengan membuka banyak klinik, dengan itu saya dapat
berkhidmat kepada masyarakat, serta menyahut seruan MARA untuk melahirkan
lebih banyak usahawan profesional bumiputera
Ni antara contoh soalan dan jawapan yang biasa ditanya.
Sebab apa anda patut diberi biasiswa ini?
Saya patut diberi biasiswa ini kerana sepanjang hidup saya, saya telah
membuktikan yang saya mempunyai kesungguhan dan minat yang mendalam
dalam bidang yang pihak MARA tawarkan ini. Dengan bantuan dari MARA, saya
percaya saya mampu mencapai cita-cita saya seterusnya berkhidmat demi
negara yang tercinta.

Kenapa anda ingin melanjutkan pelajaran di luar negara, tidak di dalam negara?
Dari segi teknologi, memang tidak dinafikan, institusi-institusi pendidikan
negara mempunyai kelengkapan dan infrastruktur yang setanding dengan
negara-negara moden. Namun, dalam konteks dunia globalisasi, negara
memerlukan graduan yang berdayatahan tinggi, berpengalaman dan kompetitif
secara global bagi mencerminkan identiti negara bertamadun. Dan saya
percaya belajar di luar negara memberi saya kelebihan dari aspek-aspek
tersebut berbanding belajar di dalam negara.

5- BILA PELUANG DIBERI


Di akhir interview, lazimnya penemuduga akan memberi peluang kepada anda
untuk menanyakan soalan. Ambil peluang ini untuk menonjolkan apa-apa lagi
kelebihan diri anda yang belum ditunjukkan, tapi jangan lebih2 lak. Saya akan
mewakili Malaysia dalam pertandingan catur antarabangsa 6 bulan akan
datang. Sekiranya saya diterima, adakah saya dibenarkan mengikuti
pertandingan tersebut?
Sekiranya ada yang anda masih belum jelas, minta ulasan interviewer.
Untuk soalan mengenai masa hadapan pula, better guna prefiks Sekiranya
saya diterima.
- Jangan tanya soalan seolah-olah anda telah diterima. Encik, bila pengajian
persediaan start? Guna prefiks cam kat atas.
- Jangan tanya common question. Ini menunjukkan penguasaan anda bidang
interview tersebut lemah. Belajar medic kat russia ni brapa tahun, encik?
Belaja medik kat russia ni dalam english ke?
- Jangan tanya silly question. Semua paham. Mayat2 kat russia tu diorang amik
mana encik?

5 POST INTERVIEW
Selepas interview, jangan terlalu memikirkan apa jua kesilapan yang anda telah
lakukan di dalam bilik interview. Segala yang berlaku adalah dalam pemerhatian
Yang Maha Esa, justeru banyak-banyakkanlah memohon dan berdoa agar
diberikan peluang oleh Tuhan.
Jangan pula terlalu konfiden. Pepatah saya mengatakan, Lebih tinggi kamu
mengharap, lebih sakit apabila kamu dikecewakan.

Menghadapi kekecewaan
Nasihat saya mudah saja sekiranya anda gagal dalam temuduga ini 2:216.
Nak tahu apa? Buka Alquran, tengok ayat 216 surah 2. =)
Bukankah alQuran itu sesuai pada semua tempat, semua zaman dalam apa jua
keadaan?
Sekian sahaja dari saya, harus diingatkan segala yang saya kongsi ini adalah
sekadar pendapat saya berdasarkan pengalaman. Kalau ada sesiapa yang
mempunyai pendapat @ pandangan tersendiri, boleh kongsi dalam comment
post ini.
Harus diingatkan jua, kita hanya mampu berusaha. KepadaNya tempat kita
berharap, dan kepadaNya jualah tempat kita memohon pertolongan. Saya
memohon ke hadrat Ilahi agar mengurniakan calon-calon interview semua agar
diberi panduan dan ketenangan ketika menghadapi interview tersebut. Sekian,
good luck!
*Contoh-contoh dialog ada yang saya benar-benar hadapi, ada yang saya reka.
Hehe.
Tambahan 11 April 2010:
Among the objectives of interviewing, is to differentiate students into those who
can be focused on their ambition, and those who cant. To differentiate which
students yang betul2 nak, betul2 jernih dan jelas tujuan, niat dan matlamat
mereka. Itu tujuan sebenar sesuatu interview.
This article is not about GETTING THROUGH your interview. Its not
about being accepted and so on. But it is about REALIGNING your
CAUSES, your DETERMINATION, your MOTIVATION.
Article ini tidak mengajar anda bagaimana menjadi hipokrit di dalam
interview, sebaliknya ia adalah satu pendedahan paradigma untuk andamenilai
dan muhasabah balik niat anda, pendirian anda, motivasi anda dan sebagainya.

Kenapa ini penting? Bagaikan kompas, halatuju di AWAL perjalanan mestilah


tepat, kerana jika tersasar walau satu darjah sekalipun, destinasi AKHIRnya
akan berbeza jauh!

senang jer...
kalau present tense, singular pronoun cam he,she,it akan diikuti dengan kata kerja yang ditambah "s"..
Contoh ; run.. he runs...
walk... she walks...
eat.. it eats...
Kalau present tp plural pronoun-nyer, cam they,you,we..
Kata kerja pastu takde "-s"..
contoh ; eat...they eat..
love.. we love..
care.. you care..
Pulak, Past tense selalunya ada "-ed"..
Contoh ; watch (present)... watched (past)
Wash (present) , washed (past)
see?
Nampak? Nampak?
kekadang past tense ada jugak perkataan yang takde "-ed"..
cam..
contoh ; Hear (present) , heard (past)
Begin (present) , began (past)

Anda mungkin juga menyukai