Anda di halaman 1dari 5

Babai Jahiliyyah!

: Geng Saf 3 : Wamy Center : 25-27 Feb 2011

Case Study 1
Ahmad Albab as-Syauqi sangat berkobarkobar untuk berdakwah dan menyebarkan
agama Allah di muka bumi ini. Apatah lagi
setelah
mendengar
pengisian-pengisian
yang menggegar jiwa dan menaikkan
semangat seperti SH, GF dan SJ, Ahmad
Albab semakin yakin yang inilah jalan yang
benar untuknya.
Dia kini sudah bersedia untuk membawa
usrah. Dia amat sedar, untuk melaksanakan
tugas SHnya dan mengembalikan UA ke
bumi ini, usrah adalah cara yang paling
efektif untuk mentarbiyah dan menyedarkan
masyarakat tentang tujuan hidup mereka.
Namun, pada masa yang sama, dia amat
berat untuk meninggalkan hobi utamanya,
membaca komik-komik Jepang dan bermain
DOTA. -___-
Dia serba salah. Dia sedar kepentingan
untuk dia meninggalkan jahiliyyahnya. Pada
masa yang sama, dia terasa tiada salahnya

untuk sekali sekala dia menghabiskan masa


lapangnya untuk hobinya.
Apa nasihat anda untuk Ahmad Albab?
Apakah implikasi terhadap tindakannya
yang acuh tak acuh itu kepada dakwah dan
tarbiyyah? Bagaimana qudwahnya kepada
bakal anak usrahnya? Bincangkan.

Case Study 2
Alejandro Gonzalez merupakan seorang
murabbi yang hebat di mata anak-anak
usrahnya. Pada mereka, Alejandro adalah
seorang role model yang memberi mereka
inspirasi; segala-galanya tentang Alajendro
amat mereka kagumi.
Tetapi pada masa yang sama, Alejandro, di
belakang anak-anak usrahnya bukanlah
seorang Super Saiya sebenarnya. Dalam
soal tarbiyyah diri, dia amat malas untuk
melakukan ibadah-ibadah ekstra seperti
qiam, tilawah dan sebagainya. Apabila tiba
masa untuk solat berjemaah, dia sering
berlengah-lengah, dengan memberi alasan
yang dia amat sibuk dengan tugas
dakwahnya.
Apa pendapat anda..? Apakah kepentingan
tarbiyyah diri kepada seorang murabbi?
Adakah tindakannya itu akan memberi
impak
kepada
tarbiyyah
anak-anak
usrahnya? Bincangkan.

Case Study 3
Alim amat terdesak untuk membuang
jahiliyyah yang ada pada dirinya. Dia amat
sedar dan yakin yang jahiliyyahnya,
merokok dan clubbing salah di sisi agama.
Dia juga suka menonton bola EPL sehinga
dua tiga pagi lamanya, sehinggakan
terlepas solat subuh di Masjid.
Dia ingin benar berubah, tapi pada masa
yang sama, rakan-rakan baiknya semuanya
juga kaki ronggeng. Setiap kali dia mahu
berubah, pasti dia akan tewas pada ajakan
rakan-rakannya sama ada untuk ke kelab
malam atau menonton EPL di mamak. Dia
amat risau sekiranya dia bertangguh lagi,
mungkin dia akan terus kekal sedemikian
rupa.
Apa pandangan anda..? Apakah yang
sewajarnya dilakukan oleh Alim..? Sekiranya

anda diberi peluang untuk menasihatinya,


apa yang akan anda katakan..? Bincangkan.

Anda mungkin juga menyukai