Anda di halaman 1dari 2

3.

3 CONTOH TEKNIK PERMAINAN BAHASA


Nama permainan : Salah atau betul
Kemahiran : Mendengar dan memahamikan arahan
Objektif :
(i) Mendengar ayat-ayat penyata yang diujarkan .
(ii) Memahami arahan mudah yang didengar.
(iii ) Menjawan soalan dengan betul dan tepat.
Kandungan : Ayat Penyata
Jenis aktiviti : Kelas
Kumpulan mengikut barisan
Prosedur Permainan :
i. Teriakkan beberapa ayat penyata dengan jelas
Misalnya:
-

Sekarang hujan lebat.


Guru kelas ini seorang wanita.

- Hari ini hari Selasa.


- Dua orang pelajar tidak hadir hari ini.

(Jika ayat yang disebut itu betul pelajar akan duduk di kerusi. Sebaliknya, jika ayat yang disebut itu
salah pelajar akan berdiri)
ii. Markah akan diberi bagi setiap aksi yang betul
iii. Guru boleh mengulang aktiviti ini dengan mengemukakan ayat-ayat yang seterusnya.
iv. Kumpulan yang ahlinya banyak melakukan aksi yang betul dikira menang.
Aspek tatabahasa yang terlibat dalam contoh teknik permainan bahasa yang saya pilih ialah :
a. Morfologi
- Bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk kata dan penggolongan kata. Aspek morfologi
yang diberikan penekanan ialah :
i. Bentuk kata : Kata tunggal
Kata tunggal yang terdapat dalam teknik yang saya pilih = selasa, hari, wanita, pelajar, hadir

B. Sintaksis
- Bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur dan binaan atau konstruksi ayat. Aspek yang
diberi tumpuan ialah :
i. Binaan dan proses penerbitan ayat
Ayat tunggal yang terdapat dalam teknik yang saya pilih = Sekarang hujan lebat.

C. Kosa kata
- Terdiri daripada istilah khusus dan umum. Pemilikan kosa kata yang pelbagai akan memudahkan
murid-murid dalam menghasilka karangan yang berkualiti.
Kosa kata yang terdapat dalam teknik yang saya pilih = lebat, hujan, kelas, guru

*** Kemahiran lisan iaitu kemahiran mendengar dan bertutur juga diaplikasikan dalam teknik yang
saya pilih ini. Contohnya mendengar arahan yang diberi dan kemudian menyebut semula arahan
tersebut dengan baik dan diberi markah.

Anda mungkin juga menyukai