Anda di halaman 1dari 1

Catatan

Pada cuti sekolah yang lalu,kamu telah menyertai perkhemahan pengakap


selama 3 hari.Tulis catatan peristiwa tersebut.

Sabtu,14 Jun 2016


Ahli-ahli pengakap berkumpul di perkarangan sekolah pada awal
pagi.Cikgu Firdaus memberi taklimat tentang perkhemahan tersebut.Lebih
kurang jam 9.00 pagi bas yang disewa khas pun tiba.Bas tersebut telah
membawa kami ke tapak perkhemahan di Ulu Paip.Seramai 35 orang ahli
pengakap dan 5 orang guru menyertai perkhemahan itu.
Lebih kurang jam 11.00 pagi kami tiba di Ulu Paip.Kami memasang
khemah dan mencari kayu api.Selepas itu kami bergotong-royong
menyediakan makanan tengah hari.Oleh sebab terlalu lapar kami makan
dengan amat berselera sekali.
Petang itu,kami mengadakan aktiviti merentas hutan.Banyak flora dan
serangga kecil yang dapat kami perhatikan semasa aktiviti itu.
Ahad,15 Jun 2016
Selepas bersolat subuh,kami mengikuti aktiviti senaman
pagi.Kemudian kami menikmati sarapan yang disediakan oleh cikgu.Aktiviti
pertama pada hari itu ialah
latihan pertolongan cemas.Kami diajar cara-cara menolong orang ditimpa
kemalangan.
Aktiviti pada sebelah petang pula kami telah diajar teknik ikatan.Kami
telah mempelajari pelbagai jenis ikatan seperti simpul kasih dan ikatan
manok.Pada sebelah malam pula kami mengadakan upacara unggun
api.Setiap kumpulan diminta mengadakan persembahan pada malam
itu.Semua peserta dan guru terhibur dengan persembahan malam itu.
Isnin ,16 Jun 2016
Selepas bersarapan kami meruntuhkan khemah dan membersihkan
kawasan tapak perkhemahan.Sampah sarap kami tanam di dalam sebuah
lubang supaya kawasan tersebut tidak tercemar.
Tidak lama kemudian,bas tiba untuk membawa kami
pulang.Perkhemahan ini memberi banyak pengalaman berharga kepada
saya.Saya berhasrat untuk turut serta pada perkhemahan tersebut pada
tahun hadapan.