Anda di halaman 1dari 6

WLA 1KONSEP

DAN PENGERTIAN TAMADUN

Pernahkah anda mendengar perkataan tamadun dan dari mana asalnya?


Perkataan tamadun berasal daripada bahasa Arab dengan kata dasar da-na yang
bererti beragama. Manakala daripada kata da-na ini pula muncul kata madanna serta
tamaddana yang kedua-duanya bererti mengasaskan dan membina kehidupan
perbandaran dan kehalusan budi pekerti. Seterusnya dari kata tamaddana itulah
lahirnya perkataan tamaddun.
Walaupun perkataan tamadun yang digunakan pada hari ini merujuk kepada suasana
kehidupan yang maju dari segi fizikal dan moralnya, namun oleh kerana ia berasal dari
kata dasar da-na yang bererti agama, maka sudah tentu maksud sebenar tamadun itu
berkaitan dengan keagamaan juga.
Dengan itu, secara kasarnya perkataan tamaddun atau tamadun dalam bahasa Melayu
itu boleh diertikan dengan satu suasana kehidupan yang maju dari segi ilmu,
material, budaya dan kerohanian berteraskan kepada nilai-nilai dan kepercayaan
keagamaan yang bersumberkan wahyu al-Quran dan al-Hadith.
Istilah terawal yang digunakan untuk menghuraikan tamadun secara ilmiah dipelopori
oleh Ibn Khaldun iaitu pengasas ilmu ketamadunan pada abad ke-14. Beliau telah
menggunakan dua istilah utama iaitu:

Seterusnya pada abad ke-19 iaitu 500 tahun kemudian, baru ditemui dalam bahasa
Inggeris perkataan yang seerti dengan umran dan hadarah iaitu civilisation.
Perkataan civilisation berasal daripada perkataan civitas dalam bahasa Latin yang
bermaksud bandar dan kota.
Menurut E.B. Taylor, seorang ahli antropologi, perkataan civilisation merangkumi
keseluruhan pencapaian manusia termasuk pengetahuan, kepercayaan, seni, moral,
undang-undang, adat dan keupayaan-keupayaan serta tabiat-tabiat lain yang diperolehi
oleh manusia sebagai anggota masyarakat.

Ciri-ciri tamadun
Mari kita luaskan lagi maklumat tentang tamadun. Seterusnya anda perlu ketahui ciriciri sebuah tamadun. Menurut Edward L. Farmer dalam bukunya Comparative History
of Civilization in Asiamenggariskan tujuh ciri utama tamadun:

Secara ringkasnya, berikut adalah beberapa elemen asas yang memainkan peranan
penting dalam proses pembentukan sesebuah tamadun. Antara elemen-elemen tersebut
adalah seperti berikut:
1. Penempatan manusia pada suatu tempat yang strategik seperti pusat bandar.
2. Jangka hayat penghidupan yang stabil dan agak panjang.
3. Terdapat sistem organisasi dan institusi sosial dalam bidang politik, ekonomi,
sosialisasi dan pendidikan yang teratur dan sistematik.

4. Wujud satu bahasa atau beberapa bahasa serumpun dengan sistem tulisan tersendiri
yang menjadi alat komunikasi ilmu.
5. Wujud undang-undang yang teratur dan berwibawa untuk mengawal perlakuan dan
tindak-tanduk anggota masyarakatnya.
6. Peningkatan daya kekreatifan dalam bidang seni, sastera, falsafah dan lain-lain.
7. Terdapat pelbagai penciptaan sains dan teknologi.
Ini adalah antara ciri-ciri yang wujud dalam sesebuah masyarakat yang mempunyai
kehidupan bertamadun. Ketiadaan ciri-ciri ini menjadikan sesebuah masyarakat tidak
bertamadun dan mundur.

Grafik di bawah merupakan ringkasan kepada sesebuah tamadun dan faktor-faktor


yang mengakibatkan keruntuhan sesebuah tamadun.

Sumber tamadun
Sumber utama sesebuah tamadun adalah berdasarkan pandangan semesta tamadun
tersebut. Dalam konteks tamadun manusia, terdapat empat sumber iaitu:

Oleh itu, anda dapat lihat keempat-empat sumber sesebuah tamadun iaitu kebendaan,
akal fikiran, kerohanian dan wahyu telah menjadi sumber asas dalam memanifestasikan
kewujudan tamadun-tamadun agung yang muncul sepanjang sejarah ketamadunan
manusia.

Anda mungkin juga menyukai