Anda di halaman 1dari 15

PANDUAN MENANAM PISANG

PANDUAN MENANAM PISANG

PANDUAN MENANAM PISANG - MUSA PARADISIACA L.


(Tanaman Jangka Pendek dan Sederhana)

PANDUAN MENANAM :
Iklim dan tanah:
Keadaan panas dan lembap adalah paling sesuai untuk tanaman pisang. Ia boleh ditanam di
atas jenis tanah yang dalam, ringan serta rata. Secara umumnya, suhu optimum antara 25 oC30oC sesuai untuk tanaman pisang. Suhu yang rendah akan memberi kesan yang negatif
kepada pertumbuhan batang, daun dan melewatkan kematangan pokok. Jangan tanam di atas
tanah yang bertakung air.
Tanah bertekstur lempung berpasir dan keadaan tanah adalah peroi sesuai untuk pisang.
Keadaan permukaan tanah yang sesuai hingga beralun iaitu kecerunan kurang 12%. Pisang
tidak sesuai ditanam di tanah yang mempunyai halangan terhadap pertumbuhan akar seperti
tanah padat, lapisan batu, paras air tinggi, gambut dan lapisan asid.
Untuk pertumbuhan yang baik, pokok pisang sangat memerlukan cahaya yang terbuka. Jika
terdapat naungan, pertumbuhan batang palsu akan berlarutan dan pokok bertambah tinggi.
Tempoh kematangan juga akan berlarutan dari keadaan biasa.
Suhu yang terlalu tinggi serta pendedahan cahaya yang berpanjangan akan mengakibatkan
kelecuran pada buah. Tiupan angin turut mempengaruhi pertumbuhan pokok. Angin yang
kuat boleh merosakkan daun dan mematahkan pucuk serta merendahkan mutu hasil buah.
Penanaman pisang tidak digalakkan di kawasan yang terdedah kepada tiupan angin melebihi
15 km/jam.
Bahan tanaman:
Ada tiga jenis sulur untuk digunakan sebagai bahan tanaman:Sulur Dara
Sulur Pedang
Sulur Payung

- Akar akar sudah terbentuk


- Tegap, subur dan baik untuk dijadikan benih.
- Umbi kecil dan lebar, akar dan batang lemah.

Sistem Penanaman:

Tanaman Tunggal
Diusahakan untuk pengeluaran secara komersil dan bekalan berpanjangan. Jarak
tanaman ialah 2.5 m x 2.5 m dengan kepadatan 1,600 pokok sehektar. Pada jarak 3 m
x 3 m kepadatan mencapai 1,100 pokok sehektar.

Tanaman Selingan
Pisang ditanam bersama tanaman kekal, seperti getah, kelapa sawit, koko dan durian
sebagai tanaman selingan sebelum pengeluaran hasil daripada tanaman utama. Sebaris
pisang dengan jarak 3 m x 3 m dengan kepadatan 700-900 pokok sehektar dapat
ditanam antara barisan kelapa sawit atau pokok getah dan juga pokok buah-buahan
yang bersesuaian.

Gali lubang sebesar 45 cm x 45 cm x 60 cm (1.5 x 1.5 x 2 kaki). Gaul tanah lapis atas dengan
11-14 kg. baja organan dan 125 gm baja fostat. Jarak tanaman ialah antara 3 m x 3 m hingga
3.6 m x 3.6 m.
Pembajaan:
Pembajaan dilakukan secara ditabur sekeliling pokok atau dimasukkan ke dalam parit yang
digali sedalam 5 cm. Pembajaan menggunakan sistem poket juga biasa digunakan. Poket atau
lubang sedalam 15 cm digali sejauh dalam lingkungan semeter daripada pangkal rumpun atau
pokok pisang.
Dalam sistem tanaman pisang secara tunggal, adalah disyorkan pisang ditanam dengan
kaedah sistem tanaman berbatang tunggal atau single stem kerana sistem ini sesuai bagi
pekebun pisang yang mementingkan berat tandan dan kualiti buah khususnya untuk eksport.
Dalam sistem berbatang tunggal ini, hanya pokok induk dibiar tumbuh dari mula hingga
peringkat berbuah (satu generasi sahaja). Anak-anak sulur yang tumbuh dibuang semuanya
bermula pada 3-4 bulan selepas menanam dan diulangi membuangnya setiap 6-8 minggu
sekali sehingga permulaan musim menuai. Apabila 60% keluasan kawasan telah dituai,
pemangkasan menyeluruh dilakukan untuk memilih satu anak sulur sahaja pada setiap
rumpun untuk dijadikan ratun dan yang selebihnya dibuang. Pemilihan pokok ratun ini adalah
berdasarkan kepada ketinggian sulur (70-100 cm) dan yang didapati tumbuh di umbisi utama.
Sementara itu sistem yang sesuai bagi tanaman selingan adalah seperti dihuraikan dalam
pemangkasan sulur atau dengan mengguna kaedah sistem berbatang dua. Sistem ini
bermaksud pada setiap masa serumpun pisang mempunyai dua batang pokok iaitu pokok
yang akan berbuah dan anak sulur. Dalam sistem ini sulur yang dipilih adalah ketika pokok
induk mula mengeluarkan bunga iaitu 8 bulan selepas ditanam bagi pisang berangan dan 6-7
bulan bagi pisang mas.

Program Pembajaan Tanaman Pisang

Bulan selepas
tanam

Jenis baja

Pisang Mas
Kadar pembajaan
(g/pokok)

Pisang Berangan,
Rastani, Cavendish
(g/pokok)

Semasa tanam

CIRP
8:8:8
GML

100
60
100

100
60
60

1
2
3
4
5
6
9

15:15:15
15:15:15
15:15:15
15:15:15
15:15:15
15:15:15
15:15:15

60
100
100
150
150
100
50

100
150
150
150
150
75
250

12

!2:12:17:2
15:15:15

150
-

250

13
!5

GML
15:15:15

1000
150

1000
200

18

12:12:17:2
15:15:15

180
-

250

21

12:12:17:2
15:15:15:
MOP

180
50

300
100

24

12:12:17:2
15:15:15

180
-

400

CIRP - Christmas Islands Rock Phosphate


MOP - Muriate of Potash
GML - Ground Magnesium Limestone

Pengurusan Air:
Pokok pisang memerlukan air di antara 1500-2500 mm/tahun atau 8-12 liter sehari. Biasanya
pisang tidak dibekalkan dengan pengairan tetapi ia mendapat bekalan air dari simpanan
dalam tanah atau dari air hujan. Pemasangan sistem pengairan untuk tanaman pisang
melibatkan kos yang tinggi. Sistem pengairan boleh dilaksanakan sekiranya permintaan
pasaran pisang yang banyak dan pulangan yang boleh menguntungkan. Namun begitu
tanaman pisang dikatakan tidak dapat bertahan dalam keadaan terendam yang melebihi 24
jam.
Pemangkasan Sulur:
Aktiviti membuang sulur yang tidak dikehendaki dengan tujuan menjarakkan penuaian hasil
dalam satu-satu rumpun serta memastikan hasil dan mutu buah tidak terjejas akibat
persaingan dalam permakanan. Pemangkasan peringkat awal dilakukan dengan memilih dan
membiarkan satu pokok induk dan satu sulur, di peringkat pokok berumur 3 bulan bagi
pisang emas dan 4 bulan bagi pisang berangan. Seterusnya sulur-sulur lain dipangkas secara
berjadual iaitu 3-4 minggu sekali dan dipilih serta dikekalkan satu lagi sulur pada umur 8
bulan bagi pisang emas dan 9 bulan bagi pisangan berangan. Cara pemangkasan yang mudah
ialah menggunakan pisau tajam untuk memotong sulur pada aras tanah.
Cantasan Pelepah:
Pelepah tua dan berpenyakit perlu dicantas dengan menggunakan pisau tajam dari peringkat
awal penanaman. Pelepah tersebut perlu dikumpulkan di suatu lokasi yang ditentukan
diantara barisan tanaman pisang.
Menyokong Pokok:
Pokok yang condong perlu ditongkat dengan kayu atau buluh untuk menahan pokok pisang
daripada tumbang atau patah tengkok kerana batang tidak dapat menampung buah yang berat.
Pembungkusan Tandan Pisang:
Langkah awal untuk mengawal mutu buah pisang ialah dengan membungkus tandan pisang.
Pembungkusan dapat mengelak gigitan serangga pada buah, geseran dengan daun atau kayu
penyokong. Juga dapat mengelak buah dari calar atau lebam semasa penuaian, pengumpulan
dan seterusnya pengangkutan ke rumah pembungkusan.
Sebelum pembungkusan, jantung perlu dipotong terlebih dahulu. Tandan buah dibungkus
dengan menyarung sehingga melepasi sisir utama dan diikat kemas. Pada penghujung tandan
dibiarkan sarung plastik berlebihan menutupi kesemua sisir pisang. Penandaan perlu dibuat
selepas pembungkusan supaya tarikh penuaian dapat ditentukan semasa penebangan.

Kutipan Hasil:
Pisang akan berjantung dalam masa 7-10 bulan selepas ditanam. Pisang Mas biasanya
mengambil masa enam hingga tujuh bulan untuk berjantung dan buah boleh dikutip lapan
minggu kemudian. Pisang Berangan pula berjantung anggaran sembilan bulan selepas
menanam dan buah boleh dikutip dalam masa 11-12 minggu kemudian. Bagi mengelakkan
buah tercedera, tebang pokok pisang kira-kira 0.5 meter dari tandan buah. Potong sedikitsedikit, sementara sebelah tangan lagi memegang tandan pisang agar buah tidak terhempas di
tanah.

PENYAKIT TANAMAN PISANG:


1. Bintik-bintik Daun atau Penyakit Sigatoka
Bintik-bintik daun atau sigatoka kuning adalah disebabkan oleh kulat Mycosphaerella
musicola atau Cercospora musae (peringkat konodia) manakala Mycosphaerella
fijinensis pula dikenali sebagai Sigatoka hitam. Kulat ini senang membiak di kawasan
yang lembab dan mempunyai sistem saliran yang kurang baik. Keadaan taburan hujan
yang tinggi juga menggalakkan pembiakan kulat ini. Serangan berlaku pada daun
yang matang. Daun akan menjadi perang dan kering dan dari jauh pokok kelihatan
seperti terbakar.
Serangan teruk pada peringkat pokok pisang sedang berbuah menyebabkan bilangan
daun atau keluasan daun hijau yang berfungsi berkurangan seterusnya mengakibatkan
saiz buah dan bilangan sisir buah berkurangan. Buah muda tidak akan masak dan
buah yang matang akan masak lebih awal dan mutunya terjejas. Serangan pada
peringkat pokok muda boleh mengakibatkan pokok akan mati.
Syor Kawalan:
- ladang hendaklah bersih dan mempunyai saliran yang sempurna.
- buang sulur yang tidak dikehendaki dan daun yang diserang Sigatoka.
- pembajaan dilakukan dengan secukupnya.
- sembur racun kimia yang disyorkan setiap 10 hari sekali.
- racun kulat yang digunakan adalah mancozeb, benomyl, tridemorph, propiconazole,
maneb dan thiophnate-methyl. Sedikit campuran minyak seperti Orchex dicampurkan
dalam bancuhan boleh membantu melanjutkan kekesanan racun kulat tersebut.
2. Penyakit Layu Panama
Penyakit ini disebabkan oleh kulat Fusarium oxysporium f.sp. cubense ras no. 1 yang
mudah menyerang pada pisang Rastali dan Embun. Pisang Emas dan Berangan

rintang terhadap penyakit ini. Kulat ini akan memasuki akar pisang melalui tebukan
dan kerosakan bermula disebabkan serangan nematod atau luka pada bahagian akar.
Pembiakan kulat seterusnya berlaku di dalam saluran sistem pemakanan pisang
tersebut terutama di bahagian umbisi. Akibatnya saluran makanan tersumbat dan
mengganggu pengaliran air dan zat makanan.
Tanda-tanda serangan pada peringkat pokok muda ialah pucuknya yang masih
bergulung kelihatan layu dan mati. Bagi pokok tua, pucuk juga akan kelihatan
kekuningan dan disamping itu daun-daun lain kelihatan patah terkulai. Tandan buah
juga menghadapi masalah yang sama dan kering. Pokok-pokok yang diserang
selalunya mengeluarkan banyak anak tetapi kelihatan layu.
Syor dan Kawalan:
- kebersihan kebun hendaklah sentiasa dijaga.
- gunakan sulur yang sihat dan tanam mengikut jarak yang disyorkan.
- sistem saliran kebun yang baik.
- setakat ini belum ada kawalan kimia yang berkesan untuk mengawal penyakit ini.
- pokok yang diserang hendaklah ditebang dan dimusnahkan dengan segera.
3. Penyakit Moko Pisang
Simptom/Tanda :
Tisu vaskular menjadi perang atau kehitaman
Terdapat ooze bakteria apabila batang/ rhizom pokok pisang dipotong
Buah hitam dan reput
Buah pisang masak tidak seragam.
Pengurusan bersepadu adalah penting untuk mengawal penyakit moko pisang. Langkahlangkah kawalan adalah seperti berikut:

Laksanakan amalan pertanian baik dan pengurusan ladang yang baik.


Musnahkan segera pokok yang dijangkiti dan pokok-pokok berdekatan dalam
lingkungan 5 10 meter diameter.
Basmi kuman semua peralatan ladang dengan larutan formaldehye 10 %.
Lakukan pemantauan ladang dan pengesanan awal kejadian serangan penyakit
Kuarantinkan kawasan serangan- Kawasan yang diserang akan dibiarkan rang
(fallowing) selama 18 24 bulan untuk mengurangkan inokulum bakteria dalam
tanah dan dipagarkan sekeliling kawasan serangan untuk mencegah jangkitan patogen
ke kawasan /pokok yang berhampiran.

Sumber : Jabatan Pertanian

PEROSAK TANAMAN PISANG:


Program kawalan penyakit dan perosak hendaklah dijalankan dari peringkat awal penanaman
sehingga ke peringkat penuaian hasil. Kebersihan ladang, cantasan daun berpenyakit dan tua,
pembinaan saliran dan pembungkusan tandan buah adalah aktiviti yang perlu dijalankan bagi
mengurangkan kos kawalan penyakit dan perosak. Antara penyakit utama yang menyerang
pisang ialah Bintik Daun Sigatoka (Mycosphaerella sp), Penyakit Layu Panama (Fusarium
oxysporium) dan Penyakit Bintik Daun Cordana (Cordana musae). Manakala perosak utama
tanaman adalah Pengorek Umbisi Pisang (Cosmopolites sordidus germ), Kumbang Pengorek
Batang Pisang (Odoiporus longgicolis, Oliv, Ulat Gulung Daun (Erionate thrax) dan ialah
lalat Buah (Bactocera musae).
Pengorek Umbisi Pisang (Cosmopolites sordidus Germ)

Peringkat larva mengorek di bahagian umbisi dan pangkal batang yang berhampiran
dengan tanah. Ia tidak menyerang pada akar. Tisu-tisu di sekeliling lubang yang
dikorek akan menjadi perang dan busuk. Serangan teruk menyebabkan daun-daun
menjadi kuning dan pokok mudah tumbang. Sulur bahagian tengah terbantut. Anak
pokok yang diserang akan mati jika serangannya merebak sehingga ke bahagian
pucuk. Pokok yang diserang akan mengeluarkan tandan buah yang lebih kecil dari
saiz biasa.
Kawalan:
Cara Kultura:
Guna sulur yang sihat sahaja sebagai bahan tanaman. Jalankan rawatan dengan cara
memotong di sekeliling umbisi dan celup dalam air panas bersuhu 55oC selama 5-10
minit.
Pemasangan Perangkap
Batang pisang tua yang dipotong-potong 2-3 kaki dibelah dan ditelungkupkan.
Kumbang-kumbang akan bersembunyi di bawah belahan batang pisang tersebut.
Pungut kumbang tersebut dan musnahkan.
Cara Kimia
Siram dengan bancuhan racun Dieidrin pada kadar 0.1% a.i. di pangkal pokok pisang
yang diserang dan permukaan rhizom yang dipotong ketika membuang sulur.
Celupkan sulur-sulur ke dalam larutan bancuhan racun Dieldrin dengan kadar 0.1%
a.i.
Kumbang Pengorek Batang Pisang (Odolporus longicollis Oliv)
Menyerang dengan memakan tisu-tisu batang pisang dan bahagian tengah batang

membentuk alur-alur panjang. Bahagian yang diserang akan berubah warna coklat
dengan cepat. Daun menjadi kuning dan batang pisang mudah patah apabila ditIup
angin kencang. Peringkat dewasa juga boleh melakukan kerosakan.
Syor dan Kawalan:
- buang dan musnahkan semua batang-batang yang ditebang dan sulur yang diserang
- tanam sulur-sulur yang bebas dari serangan perosak ini
- sembur racun serangga Dieldrin dengan kepekatan 0.1% pada pangkal batang pisang
yang diserang
Ulat Gulung Daun (Erionota thrax)
Selalu menyerang pada semua jenis pisang. Serangan teruk boleh mengakibatkan
daun menjadi kering dan pokok terencat. Serangga ini bertelur sebiji-sebiji pada daun
muda. Setelah menetas larvanya bersembunyi dengan cara menggulungkan daun ke
arah tulang daun. Larvanya cergas pada waktu malam, keluar dari gulungan daun
untuk makan daun pisang. Ia menggulungkan daun dan melekatkan dengan
menggunakan bebenang putih. Di waktu siang ia bersembunyi di dalam gulungan
daun. Jika gulungan daun ini terbuka, larva atau kepompong akan terdedah. Daun
yang bergulung akhirnya kering dan tidak berfungsi.
Syor-syor Kawalan:
- pungut dan musnahkan larva
- serangga pemangsa semulajadi atau parasit dapat memusnahkan telur serangga
Lalat Buah
Menyerang buah yang masak. Larvanya akan merosakkan buah dan tidak boleh
disimpan lama dan dipasarkan. Tanda-tanda buah yang telah diserang apabila masak
atau berwarna kuning terdapat bintik-bintik hitam bekas tusukan ovipositor semasa
lalat buah dewasa bertelur.
Nematoda
Menyerang pada bahagian akar pisang. Biasanyanya berlaku pada tanaman pisang
generasi kedua. Kerosakan lebih lazim berlaku di tanah peroi daripada di tanah berat.
Akar yang diserang kelihatan tompok-tompok hitam. berbintil-bintil dan pecah
terutama dekat bahagian umbisi dan menjadi reput. Serangan dan kerosakan pada akar
boleh membawa kesan yang serupa dengan kekurangan air. Pokok yang belum
berbuah bahagian tepi daun kelihatan kering manakala pokok yang berbuah
serangannya mengakibatkan saiz tandan kecil, buahnya kering dan menjadi keras
serta hitam semasa muda lagi. Pokok yang diserang ini mudah diserang oleh kulat
Rhizoctonia solani dan Fusarium oxysporium yang akan menambahkan lagi
kerosakan pada akar seterusnya pokok pisang akan mati.

Syor Kawalan:
- gunakan sulur yang sihat, bersihkan akar-akar umbisi dan lakukan rawatan dengan
merendam
dalam air bersuhu 55oC selama 10 minit.
- musnahkan batang-batang pisang yang lama dan pokok-pokok pisang yang diserang
nematod.
- tabur dengan racun kimia bagi kawalan nematod seperti Fenamiphos dengan kadar
20g/pokok
atau Carbofuran (Furadan 3G) dengan kadar 100g/pokok, kekerapan menabur 4 kali
setahun.
- semua buah pisang hendaklah dibungkus dengan plastik pada peringkat muda. Masa
yang sesuai
pembungkusan ialah setelah buah sisir terakhir terbentuk dianggarkan 10-14 hari
selepas berjantung.
Potong jantung dan biarkan lelehan getahnya kering, semburkan racun klorpirifos
pada kadar 0.04%
a.i. untuk mengawal kutu trip dan bungkus dengan plastik yang telah dilubangkan.
Kutu Trips
Apabila populasinya tinggi ia boleh menyebabkan kerosakan pada bahagian kulit
pisang. Kulit pisang akan berkeruping dan proses kematangan pisang terganggu.
Syor kawalan:
suntikan racun serangga seperti klopirifos dengan kadar 0.1% a.i., diazinon dengan
kadar 0.1% a.i. atau deltamethrin dengan kadar 0.1% a.i. pada jantung pisang.
Rumpai
Kawalan rumpai dilakukan dengan cara manual (menggunakan cangkul, tajak atau
mesin sandang) atau kimia. Sungkupan dengan menutupkan kawasan keliling pokok
pisang yang menggunakan lalang, rumput kering, batang dan daun pisang boleh juga
mengawal rumpai. Secara kimia rumpai dikawal dengan racun seperti paraquat,
glifosat dan glufisonat-ammonium.

10

INDEKS KEMATANGAN BUAH PISANG


Indeks 1 - Hijau tua keseluruhan. Buah belum matang untuk dituai.
Indeks 2 -

Hijau dengan sedikit kuning. Buah matang, sudah sesuai dituai untuk penghantaran jauh
menggunakan kapal laut.

Indeks 3 -

Lebih hijau daripada kuning. Buah matang, tidak sesuai dituai untuk penghantaran jauh
menggunakan kapal laut.

Indeks 4 - Lebih kuning daripada hijau. Buah hampir masak. Hanya sesuai untuk pasaran tempatan.
Indeks 5 -

Kuning dengan sedikit hijau pada hujung buah. Buah masak, hanya sesuai untuk pasaran
tempatan.

Indeks 6 -

Kuning keseluruhan. Buah masak. Hanya sesuai untuk pasaran tempatan. Peringkat terbaik
untuk dimakan segar.

Indeks 7 -

Kuning jingga. Buah terlalu masak. Hanya sesuai untuk pasaran tempatan dan jangka hayat
amat singkat.

Hasil pisang bergantung pada pemilihan kawasan, kultivar, pengurusan di ladang sehinggalah
siap pembungkusan dibuat. Faktor cuaca yang sesuai dan tanah yang subur juga
menyumbangkan pengeluaran yang menguntungkan.
Anggaran Hasil Tanaman Pisang

Jenis
Pisang

Jarak
Tanaman

Bil.Poko
k
Sehektar

Hasil/Pokok (kg)

Pokok
Induk
3mx3m
Berangan
2.5 m x 2.5
Mas
m
Rastali
3mx3m
Cavendish
3mx3m

1,100
1,600
1,100
1,100

22
12
18
40

Hasil
Jumlah Sehektar
(MT)

Ratun 1 Ratun 2

18
10
15
32

12
8
10
25

52
30
45
97

52
43
45
95

Buah pisang mencapai tahap matang apabila pembesaran buah berakhir. Pisang yang
mencapai peringkat matang akan masak dengan sempurna. Bagi menentukan kematangan
buah, beberapa panduan digunakan seperti saiz dan rupa bentuk jejari buah, warna kulit, rupa
warna benang sari yang tertinggal atau umur buah selepas pengeluaran jantung.

11

Buah pisang yang mencapai peringkat matang mempunyai jejari yang kurang segi, berbentuk
hampir bulat dan padat, dibandingkan jejari buah muda bersaiz kecil dan masih bersegi-segi.
Pada hujung jejari bua h matang, benang sari berwarna perang dan rapuh serta mudah
tertanggal tetapi benang sari buah muda berwarna hijau. Buah matang tua berwarna hijau
kecerahan berbanding dengan buah matang muda yang berwarna masih hijau pekat. Penuaian
buah yang cukup matang biasa juga dihitung bilangan hari dari mula pengeluaran jantung.
Penuaian pisang, juga disebut sebagai 'menebang', iaitu dilakukan dengan menakik batang
pohon pada ketinggian beberapa kaki di bawah tangkai tandan. Tandan buah dipotong setelah
batang pisang tadi patah dengan keadaan tandan tergantung. Bagi pisang jenis besar seperti
Embun dan Cavendish, dua orang pekerja diperlukan dengan seorang daripadanya menebang
pokok dan seorang lagi menyambut buah. Apabila pokok telah ditebang, buah disambut oleh
salah seorang pekerja tersebut di atas bahunya yang beralaskan span. Tangkai tandan
kemudiannya dipotong.
Peringkat Pembesaran Buah Pisang
Jenis Pisang

1. Berangan
2. Mas
3. Rastali
4. Cavendish

Umur Pokok Pisang Selepas Tanam

Keluar Jantung

Pembentukan Sisir
Akhir

Peringkat Buah
Matang

9 bulan
6 bulan
9 bulan
9 bulan

10 bulan
6 1/2 bulan
10 bulan
10 bulan

12 bulan
8 bulan
12 bulan
13 bulan

Penuaian Buah Mengikut Umur Kematangan

Kultivar

1. Cavendish
2. Mas
3. Berangan
4. Embun
5. Rastali
6. Nangka
7. Tanduk
8. Awak

Tarikh Penuaian
(minggu selepas
berjantung)
20-23
7-9
11-14
12_15
11_13
22
20
9

12

ALAT MEMBUNGKUS BUAH PISANG


(sumber: Berita Pertanian Bil. 57 Jul-Dis 1998)
Alat membungkus buah pisang adalah satu teknologi yang direka khas bertujuan untuk
memudahkan kerja-kerja pembungkusan tandan buah pisang di ladang. Alat ini dapat
meningkatkan kecekapan pembungkusan dan membolehkan pekebun melaksanakan kerja
dengan mudah, cepat dan selamat serta menjimatkan tenaga, masa dan kos.
Dengan penggunaan alat ini, kerja-kerja pembungkusan buah pisang dapat dilakukan oleh
seorang pekebun sahaja. Pekebun tidak memerlukan tangga, bangku, kotak kayu atau tong
besi untuk mencapai tandan pisang yang tinggi. Cara lama didapati merumitkan, mengambil
masa, cerewet malah merbahaya kepada pekebun. Alat ini terdiri daripada 3 bahagian, iaitu
rangka, galah dan rak.
Rangka:
Rangka berbentuk U diperbuat daripada keluli yang tahan karat, kuat dan ringan. Saiz rangka
dibuat mengikut saiz beg yang digunakan. Rangka bersaiz 36 cm x 36 cm adalah sesuai untuk
beg 75 cm lebar (berlapis dua) dan rangka 40 cm x 40 cm untuk beg berukuran 83 cm lebar.
Beg biasa berukuran 120 cm panjang, 0.02 mm tebal, berwarna biru dan terdapat lubanglubang kecil di seluruh permukaan beg. Rangka ini akan disambung kepada galah dengan
sistem kunci skru.
Galah:
Batang galah diperbuat daripada aluminium yang tahan karat; kuat dan ringan. Ia berbentuk
seperti teropong. Ia terdiri daripada tiga bahagian dan setiap bahagian berukuran 134 cm. Ia
boleh dipanjangkan sehingga 4 meter. Hujung galah ini dipasang dengan sebatang skru besi
untuk menyambung kunci skru yang ada pada rangka. Sistem kunci skru ini membolehkan
galah aluminium digunakan sebagai alat serbaguna untuk menyambung pelbagai alat
serbaguna untuk menyambung pelbagai alat-alat pertanian seperti pisau mencantas, gergaji
dan lain-lain.
Rak:
Rak dibuat daripada besi dan berukuran 85 cm panjang. Di bahagian bawah berbentuk tajam
dan bahagian atas berbentuk seperti sepasang tanduk. Rak ini dibenam ke dalam tanah dan
bahagian atasnya digunakan untuk menyokong alat bagi memasang beg politena pada rangka.
Alat ini mampu digunakan oleh seorang pekebun untuk membungkus 150 sehingga 180
tandan buah pisang sehari bergantung kepada jarak tanaman, permukaan tanah dan kemahiran
pekebun.
BAGAIMANA MENGELAKKAN PISANG AWAK BERBIJI
(sumber: Suara KPW Oktober 1993)
Bagi mengelakkan Pisang Awak Biji dari berbiji, persediaan anak benih pisang sebelum
menanam adalah mustahak. Sulur pokok pisang yang dipilih mestilah dibuang akarnya

13

sehingga habis terlebih dahulu. Dengan menanam sulur pisang yang tidak berakar, pokok
pisang ini tidak akan mengeluarkan buah yang berbiji.
ALAT KHAS PENGGALI ANAK PISANG
Alat ini merupakan 'penggali mata leper' yang dibuat sedikit pengubahsuaian dengan
menambahkan alat pemijak bebas (boleh berpusing) ke atasnya mengikut kehendak
pengguna.
Cara Penggunaan:
Pilih anak pisang yang hendak digali dan sesuaikan alat pemijaknya. Tekan dengan sebelah
kaki pada alat pemijak sehingga mata penggali masuk ke dalam tanah dan memotong umbisi
pisang. Cungkil keluar anak pisang yang telah terpotong itu dengan cara menolak batang
penggali ke kiri atau ke kanan.
Kelebihan Penggunaan Alat Ini:
Mudah, cepat dan berkesan tanpa memudaratkan anak pisang. Kepunyaan menggali
bergantung kepada tenaga seseeorang. Purata keupayaan menggali dianggarkan antara 150180 pokok seorang (bergantung kepada jarak tanaman). Anggaran harga se unit diantara
RM30-40 (1993).
MESIN PENGHIRIS PISANG (UNTUK MEMBUAT KEREPEK PISANG)
Alat ini mula direka pada tahun 1996 oleh sepasukan jurutera dari Bahagian Kejuruteraan
Pertanian, Jabatan Pertanian. Konsep rekacipta ialah menghasilkan sebuah mesin yang boleh
menghiris pisang dengan cepat, menghiris secara menegak / mendada, ketebalan hirisan yang
sekata dan terus digoreng. Mesin ini terdiri daripada komponen seperti berikut: Kerangka badan
Diperbuat dari keluli tahan karat. Berfungsi untuk mengawal hirisan pisang supaya jatuh terus ke dalam
kuali.
Cakera pemotong
Berukuran 300 mm garispusat, diperbuat daripada keluli tahan karat dan dipasang dengan dua bilah pisau
penghiris berbentuk bulan sabit yang diperbuat daripada keluli tahan karat. Tebal pisau penghiris ini 1.5
mm menghasilkan ketebalan hirisan 1.5 mm berpusing dengan kelajuan 230 rpm. Di bahagian atas cakera
pemotong terdapat kepingan keluli tahan karat yang dipasang dua bentuk acuan pisang. Salah satunya
berbentuk memanjang untuk menghasilkan hirisan memanjang dan yang lainnya berbentuk bulat untuk
menghasilkan kerepek pisang berbentuk bulat.
Penutup Berbentuk Corong
Diperbuat dari keluli tahan karat adalah dipasang untuk menutupi bahagian cakera pemotong. Ia juga
berfungsi untuk mengawal hirisan pisang supaya jatuh terus ke dalam kuah.
Pemacu Kuasa
Sebuah motor elektrik 0.5 kk yang berpusing dengan kelajuan 1410 pusingan seminit (psm).

14

Sistem transmisi
Terdiri daripada kombinasi talisawat dan takal dengan nisbah 2:12. Kuasa daripada mepacu
dapat memusingkan cakera pemotong dengan lejuan 230 psm.
Kuali
Berukuran 750 mm garispusat dan sebuah dapur gas ditempatkan di bahagian bawah cakera
pemotong supaya hirisan pisang boleh digoreng secara terus.
Saiz Mesin
800 x 500 x 1500 mm dan berat keseluruhannya ialah kira-kira 90 kg.
Operasi Mesin Menghiris Pisang
Mesin ini boleh menghiris pisang dengan dua bentuk hirisan iaitu bentuk memanjang atau
bulatan bergantung kepada saiz buah pisang. Biasanya, kerepek pisang nipah dihasilkan
dalam bentuk hirisan memanjang kerana saiz buahnya kecil, manakala kerepek pisang tanduk
dihasilkan dalam bentuk hirisan bulat kerana saiz buahnya besar. Kuali pengoreng diletakkan
di bawah cakera pemotong supaya hirisan yang telah dipotong jatuh terus ke dalam kualti
untuk digoreng.
Kos Mesin
Kos keseluruhan pembinaan mesin penghiris pisang ini ialah RM1,700.00 dimana kos bahan
ialah RM1,300.00 dan kos upah sebanyak RM400.00 (kos pada tahun 1996).
Faedah:

Dapat mengurangkan kos operasi

enjimatkan masa

Meningkatkan hasil kerja

Dapat meningkatkan tahap kepuasan hasil pelanggan.

Anda mungkin juga menyukai