Anda di halaman 1dari 5

TIPS MENULIS ARTIKEL JURNAL

Setelah memperihalkan aspek-aspek teknikal berkaitan dengan penerbitan artikel


jurnal, saya suka pula membincangkan beberapa tips dalam penulisan artikel jurnal.
Namun, kepelbagaian bentuk kajian dan bidang menjadikan penulisan artikel itu
berbentuk rencam dan pelbagai. Oleh itu, saya akan berkongsikan tips-tips umum
sahaja yang boleh digunakan sebagai panduan oleh kepelbagaian bidang tadi,
insyaAllah.
Tips umum
Pertama sekali, anda sebagai penulis perlu mempunyai modal jika anda mahu berniaga.
Penulisan artikel adalah buah daripada hasil kajian yang anda lakukan. Oleh itu, anda
perlu mewujudkan modal itu dahulu sama ada melalui kajian sendiri, kajian kerjasama
dengan organisasi ataupun kumpulan.
Anda juga perlu mengenali bidang kepakaran yang menjadi kekuatan anda seperti sosio
linguistik, psikolinguistik, psikologi pendidikan, kurikulum, korpus, kontrastif dan
sebagainya. Anda juga mungkin sahaja pakar dalam bidang ekonomi dan juga sains.
Namun, bidang-bidang ini juga mempunyai sub-sub kepakaran masing-masing. Anda
tidak boleh terlalu tamak kerana anda tidak akan mampu untuk menjadi pakar dalam
semua bidang. Penulisan artikel yang berkualiti memerlukan fokus dan penelitian
dalam literatur yang melibatkan aspek teori serta aplikasi. Bagi membina penguasaan
literatur, ia memerlukan masa dan melibatkan pembacaan serta penelitian yang teliti.
Anda mungkin boleh menjimatkan masa dalam perkara ini dengan membuat
perkongsian pintar dengan pakar. Mungkin para profesor ataupun pelajar Ph.D dan
sarjana boleh memandu anda dalam pembacaan literatur. Anda boleh sahaja memohon
bantuan mereka dari segi teori dan literatur, namun anda pula mengepalai kajian
aplikasinya.
Perkara ini juga biasa berlaku apabila melibatkan projek kajian yang besar. Seorang
pakar dari Amerika Syarikat mungkin akan meminta bantuan kepakaran di Malaysia
bagi mengepalai pengumpulan maklumat di bahagian Asia Tenggara yang boleh
menyempurnakan satu kajian yang berskala besar. Inilah yang dinamakan sebagai
kajian kolaborasi dan suasana menang-menang pun dapat diwujudkan antara para
pengkaji. Seorang profesor dalam bidang kejuruteraan mungkin sahaja memerlukan

bantuan literatur daripada seorang sarjana dalam bidang perubatan ababila kajiannya
melibatkan rentas disiplin ilmu. Dengan cara ini, perkongsian kepakaran akan berlaku
dan ilmu juga akan berkembang merentasi bidang.
Anda perlu mengenali tokoh dalam bidang penulisan anda. Perkara ini akan
membolehkan anda melihat trend perbincangan dan perbahasan semasa dalam bidang
tersebut, mengkaji corak perbahasan yang diterima oleh pihak jurnal serta boleh
menjejaki nama jurnal yang menerbitkan artikel tersebut. Anda juga boleh merujuk
kepada penulisan tokoh tersebut seterusnya dapat meningkatkan lagi mutu akademik
penulisan anda.
Anda juga perlu mengkaji corak penulisan dan trend semasa kajian berkaitan dengan
bidang anda. Kajian yang baik belum tentu akan diterbitkan oleh jurnal berimpak tinggi
sekiranya perbahasan itu sudah lapuk dan sudah tepu. Ini kerana impak yang mampu
dihasilkan adalah kurang kerana pengkaji sudah tidak membincangkan perkara itu lagi.
Anda juga perlu mengenali jurnal yang berpotensi menerbitkan hasil penulisan anda.
Jurnal-jurnal berimpak tinggi khususnya yang terindeks dalam ISI Tomson dan
SCOPUS sangat menitikberatkan skop penulisan. Sekiranya skop penulisan artikel itu
terkeluar daripada skop jurnal, maka ia akan ditolak tanpa diwasitkan.
Binaan sebuah artikel
Sesebuah artikel akademik biasanya terdiri daripada tajuk, abstrak, pendahuluan,
metodologi, dapatan kajian, perbincangan, rumusan dan cadangan, penutup dan
senarai rujukan. Saya akan membincangkan perkara ini secara umum supaya ia dapat
dimanafaatkan oleh semua.
Tajuk
Tajuk artikel haruslah ringkas, jelas dan melambangkan perbahasan utama artikel.
Tajuk yang baik seeloknya menarik perhatian ramai untuk membacanya.
Abstrak
Abstrak artikel perlu mengandungi pendahuluan ringkas tentang kajian. Selepas itu,
penulis perlu menerangkan objektif utama dan objektif terperinci kajian. Sekiranya
objektif itu melebihi dua perkara, penulis boleh mempertimbangkan penggunaan

nombor bagi menjelaskan perkara ini. Selepas itu, metodologi kajian perlu dijelaskan
dengan terperinci. Ia melibatkan reka bentuk kajian, populasi serta kaedah
persampelan. Penulis juga perlu menyenaraikan dapatan kajian secara ringkas
mengikut turutan objektif kajian tadi. Penggunaan nombor juga mungkin boleh
dipertimbangkan sekiranya objektif itu melebihi dua perkara. Abstrak kajian juga perlu
disertakan secara ringkas implikasi kajian terhadap amalan semasa ataupun
sumbangan kajian terhadap badan ilmu. Jumlah bilangan perkataan dalam abstrak
adalah bergantung kepada jurnal. Ada yang menetapkan tidak melebihi 100 patah
perkataan, namun kebiasaannya adalah antara 100 sehingga 300 patah perkataan.
Sekiranya bilangan abstrak melebihi atau berkurangan daripada jumlah yang
ditetapkan, maka kebiasaannya pihak jurnal akan memulangkan artikel itu kembali
kepada penulis untuk diperbaiki. Malah ada jurnal yang menetapkan format tertentu
dalam penulisan abstrak. Perkara ini bergantung kepada pihak jurnal.
Pendahuluan
Pendahuluan artikel perlu mempunyai latar belakang kajian serta teori yang mendasari
kajian tersebut. Penulis juga perlu menjelaskan kajian-kajian terdahulu yang pernah
membincangkan persoalan yang serupa. Ini bagi membolehkan pembaca melihat
kedudukan kajian terbaru ini dalam badan ilmu. Seterusnya, penulis perlu
membentangkan pernyataan masalah kajian yang mendorong kajian itu dilakukan.
Begitu juga, apakah bentuk sumbangan kajian baru ini terhadap badan ilmu secara
keseluruhannya. Kemudian, penulis perlu menyatakan persoalan kajian ataupun
hipotesis kajian. Nombor mungkin boleh diperimbangkan sekiranya persoalan kajian
itu melebihi satu. Kesemua elemen ini harulah diletakkan di bawah pendahuluan dan
dibezakan oleh perenggan yang berbeza. Bahagian ini perlu diringkaskan dan biasanya
tidak melebihi 3 halaman. Citaton yang cukup perlu dilakukan penulis bagi
menunjukkan bahawa penulis telah menguasai literatur secukupnya. Sebaiknya juga
segala perbahasan perlulah dirujuk kepada sumber rujukan utama dan bukannya
diambil dari sumber yang kedua seperti penulisan tesis dan sebaginya. Sebagai
contohnya, jika penulis bercakap mengenai Teori Piaget, maka rujukan sepatutnya
menggunakan buku Piaget itu sendiri dan bukannya tesis atau buku orang lain yang
datang selepas itu.
Metodologi

Pada bahagian ini, penulis perlu menjelaskan reka bentuk kajian yang digunakan sepeti
kajian eksperimen, tinjauan, kajian kes, action research, kajian etnografi, kajian
campuran metode (mixed method), analisis dokumen ataupun kajian kepustakaan.
Penulis juga harus menerangkan latar belakang populasi, teknik persampelan, jumlah
bilangan sampel kajian serta rasional bilangan tersebut, pemilihan responden dan juga
lokasi kajian yang terlibat. Selain itu, penulis juga harus menerangkan bentuk-bentuk
instrumen yang digunakan, serta teknik kesahan dan kebolehpercayaan instrumen yang
penulis gunakan. Bagi kajian kualitatif pula sebagi contohnya, penulis harus
menerangkan apakah teknik kesahan yang digunakan seperti teknik kesahan Cohen
Kappa dan sebagainya. Sekiranya penulis menggunakan akronim, maksud akronim
tersebut perlu dijelaskan. Penulis juga perlu menerangkan bentuk teknik analisis yang
digunakan seperti penggunaan Statistical Package for the Social Sciences (SPSS), Rasch
Model, Structural Equation Modelling(SEM) dan sebagainya.
Dapatan kajian
Seeloknya, dapatan kajian perlu disusun mengikut susunan persoalan kajian supaya
para pembaca dan penilai dapat mengaitkannya dengan persoalan kajian yang disebut
terlebih dahulu. Persembahan data juga perlu mengikut standard jurnal. Kebanyakan
jurnal menggunakan standard The American Psychological Association (APA), namun
terdapat juga jurnal yang menggunakan format yang lain. Oleh itu, penelitian kepada
format penulisan yang digariskan oleh setiap jurnal akan sedikit sebanyak membantu
para penulis. Begitu juga, penulis boleh juga melihat contoh artikel yang telah
diterbitkan oleh jurnal tersebut bagi mendapatkan gambaran kasar tentang jangkaan
pihak jurnal. Bagi data kualitatif pula, terdapat jurnal yang lebih menggemari teknik
naratif berbanding teknik persembahan data sebenar. Oleh itu, perkara ini adalah
subjektif dan bergantung kepada setiap jurnal. Walaupun begitu, corak persembahan
data ini haruslah teliti, jelas dan tersusun.
Perbincangan
Bahagian ini menunjukkan penguasaan penulis dalam membincangkan isu utama
penulisan. Seeloknya perbincangan ini disusun mengikut susunan persoalan kajian
supaya pembaca dapat fokus dan mengaitkannya dengan dapatan. Penulis perlu
membincangkan persoalan kajian secara kritis satu persatu berpandukan dapatan
kajian dan ulasan literatur yang mantap. Ia juga perlu disokong oleh teori dan kajian-

kajian yang lepas. Seterusnya, penulis harus merumuskan apakah bentuk penemuan
baru atau penemuan yang menyokong dapatan terdahulu yang menyumbang kepada
badan ilmu dan amalan semasa. Perbincangan perlu ditulis secara sistematik, akademik
dan tidak meleret-leret. Setiap pernyataan harus diperkuatkan dengan bukti yang boleh
diambil daripada kajian-kajian yang lepas. Elakkan membuat pernyataan secara syok
sendiri tanpa disertakan buktinya. Apa yang penting, perbincangan seharusnya dalam
bentuk yang akademik.
Kesimpulan dan cadangan
Dalam bahagian ini, penulis harus membuat rumusan secara ringkas tentang kajian
yang dilakukan dan apakah bentuk sumbangan kajian tersebut kepada badan ilmu.
Penulis juga harus mengemukakan cadangan-cadangan baru yang terhasil daripada
penemuan kajian yang dilakukan. terhadap keadaan semasa.
Penutup
Dalam bahagian ini, penulis harus mengemukakan secara ringkas tentang kajian yang
dibuat, penemuan-penemuan yang penting dan implikasi kajian. Penulis harus
mengelakkan diri daripada membuat citation baru.
Rujukan
Penulis harus memastikan bahawa setiap citation yang dibuat dalam teks harus disebut
dalam bahagian rujukan. Penggunaan perisian-perisian tertentu seperti EndNote boleh
membantu penulis dalam perkara ini. Senarai rujukan juga perlu ditulis berdasarkan
format yang telah ditetapkan. Seeloknya, penulis perlu meluangkan masa untuk
membacaGuide for authors yang disediakan oleh pihak jurnal terlebih dahulu. Ini
kerana jurnal berlainan menggunakan format yang berlainan pula. Dalam penulisan
artikel, penulis perlu memperbanyakkan penggunaan rujukan yang terkini, sebolehbolehnya 60 peratus terdiri daripada bahan yang berumur kurang daripada 5 tahun
daripada tahun artikel itu ditulis. Terdapat juga jurnal yang menghadkan bilangan
rujukan bagi setiap artikel. Sebagai contohnya, Gema Online Journal hanya
membenarkan penggunaan 30 rujukan bagi setiap artikel yang dihantar.

Sumber : (internet)

Anda mungkin juga menyukai