Anda di halaman 1dari 3

1.

PENGENALAN
Kemahiran pedagogi merupakan salah satu asset yang mesti dikuasai oleh golongan

pendidik yang bergelar sebagai guru. Ini kerana, penguasaan dalam kemahiran pedagogi dapat
membantu proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung dengan baik dan teratur.
Penguasaan tentang pedagogi amat penting di kalangan pendidik dan bakal pendidik kerana
merekalah melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani. Ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara yang berilmu penegtahuan,
berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab untuk mencapai kesejahteraan diri serta
memberikan sumbangan kepada keluarga, masyarakat dan negara.

2.0

PEDAGOGI
kajian menunjukkan bahawa pedagogi berasal daripada perkataan Latin yang

bermaksud kaedah mengajar kanak-kanak. Namun begitu, seiring dengan peredaran masa dan
pemantapan bidang pendidikan, konsep pedagogi telah berkembang dan digunakan dalam
konteks pengajaran di semua peringkat sekolah hingga ke peringkat universiti.
Page (1975) menerangkan bahawa pedagogi ialah seni dan sains pengajaran. Pendapat
ini sama maksudnya dengan penjelasan yang diberikan oleh Cruickshank(1995) yang
mengatakan bahawa pedagogi ialah seni dan sains pengajaran yang meliputi prinsip, strategi,
kaedah, teknik dan pelbagai pertimbangan untuk menjayakan sesuatu pengajaran. Pengajaran
dikatakan suatu seni kerana perlu mengambil kira perbezaan individu di kalangan pelajar,
memilih kaedah yang sesuai dengan pelajar, memenuhi keperluan pelajar yang pelbagai dan
melayan pelajar sebagi insan yang berpotensi yang perlu dilaksanakan secara halus serta
berhemah. Pengajaran dikatakan suatu sains kerana pengajaran perlu dilaksanakan secara
sistematik dengan maklum balas tentang pengajaran digunakan untuk mempertingkatkan mutu
pengajaran pada masa hadapan (Highet 1950).
Menurut Shrifah Alwiyah 1976 menyatakan pedagogi ialah ilmu yang menerangkan
tentang kaedah pengajaran yang meliputi prinsip pengajaran, pengurusan bilik darjah dan
teknik penyampaian yang membolehkan guru mencapainya objektifnya. Pernyataan ini benar
kerana sebagai seorang guru harus mempunyai pelbagai kemahiran dalam mengendalikan
pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan dan bermakna untuk melahirkan pelajarpelajar yang berilmu pengetahuan.

Menurut Robert E.S LAVIN (1997), pedagogi itu adalah sebagai penghubung di antara
apa yang guru mahu pelajarnya belajar dengan pembelajaran sebenar yang pelajarnya akan
peroleh. Ini menunjukkan, warga pendidik harus kreatif dan inovatif untuk mengaplikasikan ilmu
dalam

pengajaran dan pembelajaran.

Ia membolehkan para pelajar

supaya dapat

menyesuaikan diri mereka dengan keadaan pembelajaran dan akhirnya dapat mencapai
objektif pelajaran.
Menurut N.S Rajendran (2001), pedagogi adalah proses pengajaran dan pembelajaran
dipengaruhi oleh beberapa pembolehubah dan satu amalan pengajaran dan pembelajaran yang
Berjaya dalam satu bilik darjah tidak semestinya akan juga Berjaya dalam bilik darjah yang lain.
Ini disebabkan bilik darjah yang baru berbeza daripada bilik darjah yang lama dari segi
kesediaan guru, tahap pencapaian murid, bahan sumber pengajaran dan pembelajaran yang
digunakan.
Ringkasnya, pedagogi boleh dihuraikan sebagai salah satu bidang ilmu pendidikan yang
berkaitan dengan kajian secara saintifik atas prinsip-prinsip dan kaedah-kaedah mengajar
merangkumi proses pengajaran yang optimum. Oleh hal demikian, pengetahuan dan
penguasaan dalam aspek-aspek pedagogi di kalangan golongan pendidik pastinya akan dapat
membantu

mereka

dalam

menjayakan

proses

pengajaran

dan

pembelajaran

yang

dirancangkan seterusnya dapat mencapai objektif pengajaran yang telah digariskan.

3.0

TEORI KECERDASAN PELBAGAI


Teori Kecerdasan Pelbagai ini telah diperkenalkan oleh How ard Gardner (1983). Dalam

kajiannya How ard Gardner mendapati seven ways of knowing, preceiving and understanding
life. Beliau telah membuat kajian terhadap pelbagai lapisan masyarakat termasuklah kanakkanak biasa dan istimewa, juga kelompok penduduk yang mempunyai kriteria yang istimewa.
Gardner juga mengatakan bahawa kecerdasan bukanlah semata-mata diwarisi. Jika
kedua-dua ibubapa dikategorikan sebagai bodoh mengikut ukuran IQ tidak semestinya anakanak mereka juga bodoh, begitulah juga sebaliknya. Kajian terhadap kanak-kanak istimewa
mendapati ada di antara murid-murid yang lemah daya ingatannya adalah dilahirkan oleh
ibubapa yang kedua-duanya adalah profesional. Dr. Roger Sperry turut menyatakan kaitan
kecerdasan dan fungsi otak manusia yang berbeza-beza mengikut perkembangan usia dan
jantina individu. Otak kanan dan kiri mempunyai fungsi yang berbeza namun menurutnya

manusia tidak boleh dianggap menggunakan sebelah otak sahaja. TKP berkembang mengikut
konteks penggunaannya.

3.1

Jenis-Jenis Teori Kecerdasan Pelbagai


3.1.1

Kecerdasan Verbal Linguistik


Boleh menggunakan kata-kata secara berkesan dalam lisan dan
penulisan, termasuklah kebolehan mengingat maklumat, meyakini orang
lain serta bercakap tentang bahasa itu sendiri.

3.1.2
3.1.3
3.1.4
3.1.5
3.1.6
3.1.7
3.1.8

4.0

Kecerdasan Logik Matematik


Kecerdasan Visual Ruang
Kecerdasan Kinestetik
Kecerdasan Muzik
Kecerdasan Intrapersonal
Kecerdasan Interpersonal
Kecerdasan Naturalis

Anda mungkin juga menyukai