Anda di halaman 1dari 10

Pilih satu teori kaunseling dan aplikasikannya kepada kanak-kanak

berumur 7-12 tahun yang perlukan bantuan kaunseling anda perlu


melakukan kepada 2 orang kanak-kanak
Teori Gestalt dipelopori oleh Frederick atau Fritz Perls bermula dari tahun
1946 sehingga 1970 yang mendapat latihan asal dalam bidang psikoanalisis
di

Psychoanalytic

Institute

di

Berlin.

Beliau

telah

membina

dan

mengembangkan teori ini dengan aktif setelah berpindah ke Amerika


Syarikat.
Gestalt adalah perkataan Jerman hasil sumbangan ahli-ahli psikologi yang
membuat kajian tentang tanggapan manusia. Mereka menyatakan manusia
tidak melihat sesuatu perkara itu sebagai terasing dan tidak mempunyai
hubungkait. Misalnya, apabila seseorang itu masuk ke dalam sebuah bilik, ia
tidak melihat barang-barang yang ada sebagai terasing tetapi melihatnya
sebagai melengkapi sebuah bilik.
Mungkin ada perabot yang lebih menarik tetapi bilik itu masih dilihat sebagai
bilik yang mempunyai peralatan atau kelengkapan yang diperlukan. Webster
(

dalam

Mitchell

&

Gibson,1981)

mendefinisikan

Gestalt

sebagai

Psychological based on the theory that psysical, psychological ang


biological events do not occur through summation of separate elements, as
sensation or refelxes but though formed patterns of these integration units
which function singly or in interrelated configuration. Each of these patterns
called gestalt.

Zuraidah Abd Rahman (1994) menyatakan andaian yang paling asas dalam
terapi Gestalt ialah tiap-tiap individu boleh mengendalikan masalah hidup
mereka dengan berkesan. Kaunselor memainkan tugas penting dalam
menyedarkan tentang apa yang telah berlaku pada masa lampau. Kaunselor
membantu klien merasai pengalaman dan perasaan kepada peristiwa masa
kini (here and now). Jadi, pendekatan ini sesuai membimbing klien mengatasi
sendiri

kebimbangan,

perlakuan

dan

perasaan

mereka.

Mereka

juga

digalakkan mencari makna dalam tingkahlaku sendiri, membina matlamat


dan haluan diri serta membuat tafsiran sendiri. Strategi yang digunakan
ialah membawa klien mengalami sendiri peristiwa dan perasaan masa
lampau yang masih tidak selesai dan terbuku di hati. Mereka dilatih
menghadapi konflik ini secara aktif dan tidak sekadar berbincang sahaja.
Dengan demikian, mereka akan mula sedar dengan sendirinya apa
sebenarnya berlaku dan menyatupadukan pengalaman dan perasaan yang
diasing-asingkan itu sebagai satu bahagian yang menyeluruh dalam
personality mereka.
Teori gestalt juga menekankan kepada keadaan masa kini. Individu belajar
menghargai dan mengalami sepenuhnya keadaan atau situasi masa kini. Di
dalam konsep asas yang penting teori ini ialah keadaan tidak selesai
(unfinished

business)

yang

melibatkan

perasaan

terpendam

seperti

menyimpan rasa marah, dendam, benci, sedih, runsing, rasa bersalah dan
perasaan lain yang negative. Perasan itu dikaitkan pula dengan ingatan
masa lampau dan khayalan masa hadapan.

Mengikut Perls, rasa geram (resentment) merupakan perasan yang paling


kerap dan paling negative berlaku hasil daripada keadaan tidak selesai ini.
Perasaan dendam, marah dan benci terhadap seseorang ini tidak diluahkan.
Selagi masalah negative ini disimpan, maka selagi itulah individu itu akan
diganggu oleh ingatan yang tidak menyelesakan. Maka dalam proses
kaunseling, klien dibimbing dan digalakkan melepaskan perasaan terpendam
itu dengan pelbagai cara.
Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka proses kaunseling adalah satu
proses pembelajaran yang dijalankan untuk menolong seseorang individu
yang memerlukan bantuan untuk mengenali alam sekitarnya dengan lebih
jelas dan terang. Proses kaunseling mempunyai fasa yang khusus. Pada
setiap fasa, kaunselor akan mengaplikasikan teori atau kemahiran tertentu
bagi meneroka masalah klien. Dengan adanya pembahagian fasa, kaunselor
dapat menyelesaikan masalah klien dengan mudah.

KES 1
Tarikh: 01 Ogos 2016
Nama Murid

: NurAniqah binti Risau

Kelas

: 3 Mawar

Masalah

: Ponteng sekolah (bilangan hari tidak hadir : 169 hari)

Januari sehingga Julai 2016

Murid ini berusia 9 tahun dan mempunyai 4 orang adik beradik. Kedua ibu
dan bapanya merupakan orang kurang upaya pekak dan bisu. Keempatempat adik beradiknya dilahirkan sempurna dan boleh bercakap dan baik
pendengaran.
Di sekolah, murid ini masih tidak dapat lagi menguasai 3M (membaca,
mengira dan menulis). Murid ini telah dipanggil oleh guru bimbingan dan
kaunseling. Setelah diselidik didapati masalah tidak hadir kesekolah adalah
sikap malas dan kurang perhatian daripada ibu dan bapanya (tiada disiplin
diri dan pengawasan daripada ibu bapa penjaga). Berdasarkan teori Gestalt,
beberapa teknik dalam teori ini telah diaplikasikan kepada murid tersebut.
Teknik pertama ialah teknik kerusi kosong. Di dalam teknik ini
memerlukan

dua

buah

kerusi

kosong

dan

kaunselor

meminta

klien

memainkan peranan sifat tinggi diri atau autoritatif dalam dirinya serta
bercakap dengan sifat yang lemah. Begitu juga klien diminta memainkan
peranan sifat yang lemah dengan sifat yang autoritatif. Ini merupakan dialog
di antara sifat diri klien mendapat celik akal mengapa konflik dalam dirinya
berlaku. Konflik boleh diatasi jika klien merasai, mengalami dan melafazkan
sendiri perasaan yang mereka telah pendam atau ketepikan selama ini.

Teknik kedua, membesar-besarkan (exaggeration game) melibatkan


klien menyedari tentang bahasa lisan dan bukan lisan melalui gerak geri,
mimik-muka, penggunaan perkataan, postur atau kedudukan badan dan

gerak badan yang boleh member mesej penting. Klien diminta menonjolkan
dan memperbesar-besarkan tingkahlaku lisan dan bukan lisan berulang kali.
Hasil daripada sesi kaunseling ini didapati klien merasa sangat
gementar apabila menghadapi sesuatu atau seseorang. Ini bermakna
disebabkan murid ini kerap ponteng, murid ini sebenarnya takut berhadapan
dengan guru dan rakan-rakan sekelasnya. Klien ini berasa malu kerana
masih belum menguasai pembelajaran di dalam kelas. Kurangnya disiplin
dalam diri menyebabkan perkembangan akademik klien tidak seperti muridmurid lain di dalam kelasnya.
Disiplin memainkan peranan yang penting kearah pembentukan
sahsiah murid. Komponen penting dalam system persekolahan yang berkait
rapat dengan tatatertib, tatasusila, keadaan, akhlak dan kesopanan. Di
sekolah, disiplin menjadi satu kawalan sosial bagi mewujudkan suasana
tenteram supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan
dengan teratur dan lancar.
Disiplin juga merupakan satu latihan yang dilaksanakan bertujuan
untuk membentuk tingkahlaku yang dikehendaki. Dalam konteks pengajaran
di dalam bilik darjah, disiplin dilihat sebagai teknik yang amat berkesan dan
efisyen dalam mengurus tingkahlaku pelajar. Mok Soon Sang (2009) dalam
bukunya menegaskan

terdapat dua objektif utama kewujudan disiplin di

sekolah iaitu memastikan keselamatan dan kesejahteraan guru dan pelajar


dan mewujudkan suasana yang kondusif untuk proses pengajaran dan
pembelajaran.

Kesimpulannya, matlamat asas teori Gestalt ialah mencabar klien supaya


bergerak sendiri dan tidak bergantung kepada sokongan alam sekeliling.
Perls mengatakan, matlamat terapi ini ialah supaya klien tidak bergantung
kepada orang lain. Terapi membantu klien menyedari bahawa ia boleh
melakukan beberapa perkara sendiri, lebih baik daripada yang dijangkakan.
Satu lagi matlamat yang hendak dicapai oleh terapi Gestalt ialah
supaya klien menyedari potensi dirinya dan menggunakan potensi itu
sepenuhnya.

Kaunseling

membantu

klien

memahami

bagaimana

ia

menyekat pemikiran daripada menyedari potensi diri yang sedia ada.


Kaunseling

juga membantu klien memahami bahawa manusia berupaya

membina kehidupan yang lebih bermakna. Untuk mencapai hasrat ini,


banyak

bergantung

kepada

sikap

individu

tersebut

mencapai kehidupan yang menggembirakan.

KES 2
Nama : Lan (bukan nama sebenar)
Jantina : LelakiAsal : Teluk Medan, Bagan Serai, Perak.
Umur : 12 tahun

dalam

usahanya

Bangsa : Melayu
Agama : Islam
Bilangan adik- beradik : Anak tunggal
Pekerjaan bapa : Tinggal bersama : Datuk
Pencapaian akademik : Lemah

Lan (bukan nama sebenar) adalah anak tunggal. Sejak kecil lagi Lan tinggal
bersama dengandatuk dan tidak tinggal bersama dengan ibu kerana ibu
berada di Kuala Lumpur dan bekerja sebagaikerani. Lan amat membenci
ibunya kerana dari kecil lagi Lan tidak pernah dijaga oleh ibu danmendapat
kasih sayang ibu. Lan juga benci dengan ayahnya yang tidak pernah
dikenalinya keranameninggalkan ibu sewaktu Lan masih di dalam kandungan
ibu. Lan juga tidak pernah mengambiltahu apakah yang terjadi antara ibu
dan ayahnya.
Lan gembira tinggal dengan datuk tetapi kasih sayang datuk dengan
keluarga sendiri tidak sama baginya. Lan amat cemburu dengan rakanrakannya yang lain tinggal bersama dengan ibubapa tetapi diri Lan pula
sebaliknya. Lan hanya melihat wajah ibu setahun sekali dan Lan tidakpernah
langsung melihat wajah ayah. Oleh kerana kurangnya kasih sayang ibu dan
ayah, Lan selalu sahaja memberontak. Lan mudah panas baran dan akan
mengamuk jika sesuatu yang tidak kena. Datuk juga tidak berani memarahi
Lan kerana amat menyayangi Lan dan mungkin kerana faktor usia datuk
yang terlalu tua.

Di

sekolah

Lan

dikenali

dengan

perangai

samseng

dan

suka

menjahamankan harta bendasekolah. Guru-guru juga telah melabel Lan


sebagai samseng sekolah dan apa sahaja barang sekolahyang rosak, Lan
pasti akan

dicari

oleh guru-guru.

Lan

pernah

menconteng

bilik

darjah, tangga-tangga, tiang kaki lima, dinding bangunan, memecahkan


kerusi, meja malah meja guru juga pernahLan musnahkan. Menurut Lan
apabila dia dapat memecahkan sesuatu barang dia akan berasa puasdan
akan dapat melepaskan kebenciannya pada ibu. Lan juga sudah lali dengan
kata-kata orang dantidak kisah dengan label yang diberikan.
Kaunselor Gestalt berpendapat manusia sebenarnya lengkap dan
berkemampuanmenyesuaikan diri dengan apa yang berlaku kepadanya.
Manusia boleh mengendalikantanggungjawab peribadinya dan hidup sebagai
manusia yang berguna. Antara perkara-perkarapenting ialah:

Hidup sekarang, fokus pada sekarang.

Nyatakan dan bukan cuba beri alasan.

Cuba alami perasaan yang menyakitkan seperti juga apabila kita


mengalami keseronokkan.

Pikullah

tanggungjawab

terhadap

tindakan

perasaan

dan

pemikiran sendiri.

Terima diri anda yang sebenar.

Melalui terapi Gestalt, seseorang individu boleh mengalami dengan sebenarbenarnya perasaan dan tidak sekadar bercakap mengenainya sahaja. Terapi
ini

mempunyai

pelbagai

teknik

untuk

mencapai

matlamat

bagi

menambahkan kesedaran mengenai diri individu. Terapi Gestalt juga


mengkaji

masa

lampau

individu

dengan

cara

yang

menarik

dan

mengiktirafkan kepentingannya.Dengan cara ini seseorang individu akan


menjadi

lebih

sedar

akan

perasaannya

dan

berupaya

untuk

hidup

sepenuhnya dengan cara mengatasi semua perasaan masa lampau yang


telah menghalang kemajuannya.

Matlamat Teori Gestalt adalah bertujuan untuk mewujudkan kesedaran


yang tinggi dalam diri individu kepada realiti dunia hari ini yang bersifat di
sini dan sekarang (
here

and

now ).

Secara

umumnya,

terapi Gestalt

ini memberi

kesedaran kepada individu bahawa mereka mempunyai tanggungjawab yang


tersendiri. Teori ini juga membuat individu supaya akan lebih berdikari, tidak
bergantung kepada orang lain dan menyedarkan mereka bahawa mereka
mampu melakukan perkara-perkara yang jauh lebih baik daripada apa yang
disangkakan mereka sendiri. Ianya juga membantu individu lebih mengenali
diri

sendiri

dengan

lebih

mendalam

tanpa

perlu

berusaha

untuk

menyesuaikan diri dengan persekitaran atau dengan kata lain perkataan


tidak perlu mengikut atau menyesuaikan diri mereka dengan masyarakat
tersebut.

Perls pula berpendapat bahawa setiap manusia mempunyai banyak


potensi tetapi disebabkan halangan yang banyak dalam hidupnya maka ia
tidak berjaya mengalami hidupnya dengan sempurna. Oleh itu melalui terapi
ini, individu akan cuba dibantu agar dia dapat mengalami dan merasai

nikmat hidupnya dengan lebih sempurna. Terapi ini juga membantu individu
agar dapat merasai dan menyedari segala perasaan dan pengalaman
mereka masing-masing. Hanya dengan merasa dan menyedari perasaan dan
pengalamannya maka seseorang itu akan berusaha ke arah mengubah
personaliti dan diri mereka.

Anda mungkin juga menyukai