Anda di halaman 1dari 7

Adat resam kahwin Melayu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Adat resam kahwin Melayu merupakan antara adat resam yang paling penting dan dipegang teguh
oleh kebanyakan orang Melayu, baik di kawasan luar bandar mahupun di bandar. Sebagaimana
mana-mana kaum, ia memerlukan perbelanjaan yang agak besar, dan terdapat segolongan yang
berbelanja melebihi pendapatan dan terpaksa menjual harta atau meminjam wang, untuk tujuan ini.
Adat resam kahwin Melayu memerlukan banyak wang untuk menepati semua peringkat istiadatnya.
Ia terdiri daripada lapan langkah yang boleh digolongkan kepada tiga peringkat:
Peringkat pertama

Merisik atau menengok

Meminang atau bertunang

Menghantar belanja dan akad


Peringkat kedua

Berandam dan berasah gigi

berinai
Peringkat ketiga

Bersanding

Mandi limau

Sambut-menyambut

Peringkat pertama[sunting | sunting sumber]


Merisik atau menengok[sunting | sunting sumber]
Sebaik sahaja ibu bapa seseorang lelaki memutuskan bahawa anaknya cukup
umur untuk berkahwin, mereka akan mencari-cari pasangan yang sesuai untuk dijadikan isteri
anaknya. Biasanya calon dipilih bedasarkan keturunan, pendidikan ugama, kecantikan, dan
hubungan kekeluargaan. Tanggungjawab untuk memilihpengantin perempuan jatuh kepada ibu
bapa pada keseluruhannya. Bagi pihak lelaki, ibu bapa mungkin menyenaraikan beberapa calon
untuk dipilih, dengan persetujuan anak lelaki mereka atau sebaliknya. Bagaimanapun, kini
sebilangan orang Melayu khususnya mereka yang berpendidikan barat, membiarkan pilihan isteri
hampir pada keseluruhannya kepada anak-anak lelaki mereka.
Menurut adat resam kahwin Melayu, ibu bapa akan mengendalikan tugas memilih pengantin
perempuan untuk anak lelaki mereka dengan teliti. Selepas mereka memilih beberapa orang anak
dara yang sesuai, mereka akan memulakan penyiasatan dengan menanya kawan-kawan dan
saudara-saudara mereka serta anak-anak dara yang terpilih. Dalam pemilihan mereka, ibu bapa
anak lelaki memerlukan bahawa bukan sahaja sifat dan tingkah laku anak dara itu tetapi juga ibu
bapanya dapat diterima kerana mereka memegang teguh kepada peribahasa, "Kalau hendak
meminang anak, 'pinang' ibu bapanya dahulu."

Antara sifat-sifat yang paling dikagumi oleh bakal mertua pada zaman dahulu(dan masih oleh
sebilangan orang pada hari ini) ialah kemahiran rumah tangga seperti memasak dan menjahit.
Bagaimanapun, pencapaian yang paling disanjung ialah keupayaan anak dara untuk membaca alQuran (baik memahami apa yang dibacanya mahupun tidak) dengan fasih dan merdu. Tidak
terdapat sebarang pencapaian pendidikan ketika itu yang lebih penting, termasuk juga kenal
huruf dalambahasa Melayu.
Selepas membuat keputusan tentang bakal menantu perempuan berdasarkan maklumat-maklumat
yang dikumpulkan dan sebelum meminang, ibu bapa anak lelaki akan membuat penyiasatan
terakhir dengan menghantar sebilangan kawan atau saudara (biasanya wanita) ke rumah anak dara
itu untuk mengenalnya secara peribadi. Biasanya, utusan-utusan itu dihantar ke rumah anak dara
tanpa sebarang pengumuman kerana adanya makna khusus untuk kunjungan tanpa persediaan itu.
Orang Melayu pada zaman dahulu (serta sebilangan kecil di kawasan luar bandar pada hari ini)
mempercayai bahawa pada ketibaan utusan-utusan di rumah anak dara itu, gadis itu sedang mandi
atau mencuci, ini merupakan petanda yang bertuah untuk masa hadapan perkahwinan kedua-dua
orang muda itu. Sebaliknya, jika gadis itu didapati masak di dapur, ia merupakan petanda yang
kurang baik[perlu rujukan]. Orang Melayu pada zaman dahulu juga mempercayai bahawa jika perjalanannya
ke rumah anak dara lambat atau dihalang atas sebarang sebab atau kemalangan, ia merupakan
petanda bahawa masa depan perkahwinan itu tidak begitu bahagia. Bagaimanapun,[kepercayaan
karut] ini tidak lagi diambil berat oleh kebanyakan orang Melayu, termasuk juga mereka yang tinggal
di kawasan luar bandar.
Pada akhir kajian dan selepas menilai, ibu bapa anak lelaki itu akan mengadakan majlis kecil antara
keluarga kedua-dua pihak serta bersama-sama saudara-saudara rapat untuk memutuskan hari yang
baik untuk meminang.

Meminang atau bertunang[sunting | sunting sumber]


Ibu bapa bakal pengantin lelaki kemudian menugaskan sebilangan orang tua yang rapat untuk
bertemu dengan ibu bapa anak perempuan agar mendapat persetujuan. Ibu bapa anak perempuan
akan meminta sedikit masa demi adat untuk membuat pertimbangan atas alasan bahawa mereka
harus berunding dengan saudara-saudara mereka (walaupun mereka telah tahu tentang kunjungan
utusan sebelum ketibaannya, dan telah memberikan persetujuan). Ini mungkin mengambil masa
beberapa hari atau paling lama, seminggu. Ibu bapa anak perempuan kemudian menugasi
sebilangan saudara yang terdiri daripada kedua-dua lelaki dan perempuan, untuk menyampaikan
keputusan mereka untuk menerima pinangan. Dan adalah semasa ini bahawa syarat-syarat
perkahwinan seperti hantaran kahwin, belanja, hari upacara perkahwinan, dan sebagainya
dibincangkan dan diselesaikan. Inilah sebabnya utusan merangkumi orang-orang lelaki.
Pada zaman silam, dan pada takat yang tidak begitu biasa pada hari ini, adat menghantar tanda
mendahului adat menghantar mas kahwin dan belanja, khususnya jika upacara melangsungkan
perkahwinan ditangguhkan selama beberapa bulan. Tanda itu biasanya adalah dalam bentuk cincin
emas atau berlian, dengan nilainya bergantung kepada kehendak hati serta keupayaan kewangan
keluarga lelaki. Tanda itu biasanya diiringi oleh hadiah-hadiah yang lain kepada bakal pengantin
perempuan, seperti kain, sarung atau kasut, gula-gula, buah-buahan, dan sebagainya.
Penghantaran tanda biasanya disertai dengan majlis kenduri oleh kedua-dua keluarga. Sesetengah
orang juga menyampaikan cincin dan hadiah-hadiah yang lain dengan cara mengadakan perarakan
ke rumah bakal pengantin perempuan. Penerimaan cincin dan hadiah-hadiah iringan secara tradisi
bermaksud penerimaan syarat-syarat perkahwinan yang berikut antara kedua-dua pihak:

Jika lelaki itu, atas apa-apa alasan, gagal untuk mengahwini anak perempuan yang
ditunangkan, cincin pertunangan serta hadiah-hadiah yang lain tidak boleh dituntut balik.

Jika perempuan itu, atas apa-apa alasan kecuali kematiannya, gagal memenuhi tujuan
pertunangan itu, maka semua hadiah, termasuk cincin pertunangan, harus dikembalikan kepada
lelaki pada kadar sekali ganda, baik dari segi bilangan atau nilainya.

Inilah adat yang telah diikuti oleh orang-orang Melayu sejak dari zaman silam. Terdapat juga dua
cara pertunangan yang lain selain daripada cara yang tersebut di atas, iaitu:
1. Pertunangan antara dua buah keluarga yang amat rapat atau bersaudara tanpa cincin
pertunangan atau persetujuan bertulis ketika anak-anak mereka masih bayi atau kanakkanak lagi.
2. Pertunangan yang dibuat untuk memenuhi kehendak salah seorang mendiang ibu bapa
(baik secara lisan sebelum kematiannya atau melalui wasiat tertulis). Cara ini amat
dihormati oleh orang-orang Melayu.

Menghantar belanja dan akad[sunting | sunting sumber]


Pada zaman silam, istiadat menghantar mas kahwin dan belanja perkahwinan diadakan sehari atau
dua (kekadang lebih lama) sebelum upacara akad, tetapi kini diadakan bersama-sama, mungkin
untuk mengurangkan perbelanjaan. Selain daripada mas kahwin dan belanja perkahwinan tersebut,
barang-barang yang berikut juga dihantar:
1. cincin yang bertatahkan batu permata
2. kain sutera yang mencukupi untuk menjahit sehelai baju perempuan
3. dua helai sarung sutera
4. beraneka jenis kuih
5. beraneka jenis buah-buahan
6. puan (mangkuk sirih) atau kotak sirih yang dilengkapi dengan bahan-bahan (ini bukannya
hadiah tetapi akan dipulangkan)
7. satu atau dua buah cerek air mawar yang diperbuat daripada logam perak atau loyang (juga
akan dipulangkan).
Kesemua barang tersebut mengiringi perarakan pengantin lelaki ke rumah pengantin perempuan
untuk melangsungkan upacara perkahwinan. Untuk upacara akad, pengantin lelaki pada zaman
silam memakai pakaian haji atau pakaian bangsa Melayu yang mudah. Upacara akad sebenarnya
adalah satu-satunya istiadat yang diperlukan oleh agama Islam dan undangundang untuk menghalalkan perkahwinan. Upacara-upacara amal yang lain hanya merupakan
keperluan adat resam.
Pada ketibaan perarakan pengantin lelaki ke rumah pengantin perempuan, anggota-anggota
perarakan disambut masuk ke rumah. Pengantin lelaki berduduk di atas sehelai tikar sila di
bahagian utama ibu rumah, berdekatan imam. Barang-barang yang dibawanya dibariskan di tengah
ibu rumah antara dua baris tetamu yang berduduk, dengan wang belanja, cincin, serta puan di
hadapan baris.
Imam kemudian memilih dua orang wakil daripada tetamu-tetamu untuk menerima dan menyemak
hantaran, serta untuk menjadi saksi kepada upacara akad nikah. Selepas barang-barang itu
disemak dan diterima oleh imam bagi pihak ibu bapa pengantin perempuan, kesemua barang itu,
kecuali puan serta cerek air mawar dan dulang bunga rampai (jika disediakan), dihantar kepada

kaum perempuan. Imam kemudian mendaftarkan nama pengantin lelaki ke dalam sebuah buku, dan
selepas kemasukan itu ditandatangani oleh pengantin lelaki serta kedua-dua saksi tersebut, imam
akan membaca upacara perkahwinan dalam bahasa Arab (bagaimanapun, pada hari ini, sebilangan
besar imam Melayu yang bersikap wajar membaca upacara dalam bahasa yang difahami oleh
pengantin lelaki dan para hadirin). Pada akhir upacara, imam memegang tangan kanan pengantin
lelaki dan mengisytiharkan kenyataan akad kepadanya, mula-mulanya dalam bahasa Arab (tidak
wajib) dan kemudian dalam bahasa Melayu:
"... bin ..., aku nikahkan dikau dengan ... binti ... yang telah memperwakili ia akan daku
dengan mas kahwinnya sebanyak $... (tunai/berhutang) dan belanjanya $..."
Adat resam mengizinkan mas kahwin dihutang dengan tarikh pembayarannya tidak disebut.
Oleh itu, imam akan menambahkan perkataan "berhutang" atau "tunai" sejurus selepas
menyatakan jumlah mas kahwin dalam kenyataan akadnya. Imam kemudian berjabat tangan
dengan pengantin lelaki sebagai tanda untuknya menjawab tanpa teragak-agak atau kesilapan:
"Aku terima nikahnya ... binti ... dengan mas kahwinnya $... (tunai/berhutang) dan
belanjanya $..."
Jika jawapan pengantin lelaki disebut dengan tidak teragak-agak serta dengan jelas kepada
mereka yang duduk berdekatannya, khususnya oleh kedua-dua saksi, jadi upacara akad
dikira sah.
Selepas upacara akad, pengantin lelaki akan berjabat tangan dengan semua tetamu,
bermula dengan imam dan bapa mertuanya, jika dia menghadiri majlis itu. Pengantin lelaki
diiringi balik ke rumahnya dan tetamu-tetamu, baik lelaki mahupun perempuan, dihidangkan
dengan jamuan yang terdiri daripada kari dan nasi minyak.
Pada waktu yang sama, majlis pengantin perempuan akan menyediakan nasi pengantin
dan menghantarnya kepada pengantin lelaki di rumahnya. Pengantin lelaki akan menjemput
beberapa kawan yang paling rapat untuk bersarapan bersama-sama.

Peringkat kedua[sunting | sunting sumber]


Berandam dan berasah gigi[sunting | sunting sumber]
Berandam dan berasah gigi diamalkan pada zaman silam, bersama-sama istiadat yang
berkenaan, tiga hari atau lebih sebelum hari akad nikah. Rambut pengantin perempuan
di dahi serta bulu keningnya dipepat (seringnya, pengantin lelaki juga mengamalkan adat
ini). Kemudian, gigi pengantin perempuan diasah dan dikilap supaya menjadikannya sama
rata dan berkilat. Tugas ini dilakukan oleh seorang tukang andam yang juga merupakan
"emak pengantin" (bukan ibu sebenar).
Bagaimanapun, amalan ini kini sudah lapuk, dan hanya adat berandam diamalkan oleh
pengantin perempuan di kawasan luar bandar pada hari ini (pengantin lelaki tidak lagi
mengamalkan adat ini), manakala orang bandar Melayu lebih suka menghantar bakal
pengantin perempuan ke kedai solek yang banyak terdapat di semua bandar di Malaysia.
Walaupun demikian, di kawasan-kawasan terpencil, masih terdapat orang Melayu yang
mematuhi peribahasa, "Biar mati anak, jangan mati adat".
Selepas berandam, pengantin perempuan akan mandi dengan air sintuk-limau yang
dianggap secara tradisi sebagai dapat menghapuskan nasib malang pada pengantin
perempuan.
Selepas mandi istidat itu dan sebelum bakal pengantin perempuan tidur pada malam yang
sama, sepuluh hujung jarinya dan pusat kedua-dua tapak tangan serta pinggir tapak kaki
diinai dan dibiarkan kering sehingga pagi berikut. Ini adalah amalan berinai yang sebenar
dan mendahului apa yang dikenali sebagai istiadat berinai.

Istiadat berinai[sunting | sunting sumber]


Istiadat berinai terdiri daripada tiga peringkat:
1. Berinai curi diadakan pada waktu petang hari selepas hari yang tangan dan tapak
kaki bakal pengantin perempuan diinai. Bakal pengantin perempuan dihiasi dan
didudukkan di atas pelamin. Kaedah yang dihuraikan di bahagian Berinai
besar dipatuhi.
2. Berinai kecil yang diadakan pada waktu petang hari selepas hari berinai curi.
Kaedahnya sama sahaja dengan berinai curi.
3. Berinai besar.
Istiadat berinai besar[sunting

| sunting sumber]

Ketika pengantin lelaki tiba di rumah pengantin perempuan dalam pakaian pengantin, dia
didudukkan di atas pelamin yang terletak di hadapan sekumpulan tetamu (kebanyakannya
wanita), saudara rapat, jiran, dan kawan keluarga pengantin perempuan. Di hadapan
pengantin lelaki terletak sebuah dulang berkekaki yang besar yang mengandungi tiga buah
pinggan, bersama-sama beberapa tangkai daun wangi. Pinggan-pinggan itu masing-masing
mengandungi nasi kunyit, bertih, dan airdaun setawar kisar. Di tengah dulang itu terletak
selonggok pes inai.
Istiadat berinai besar bermula dengan para tetamu lelaki naik ke pelamin, satu demi satu,
untuk membuang sedikit nasi kunyit pada sebelah kiri kanan pengantin lelaki. Perbuatan
yang sama kemudian dilakukan dengan bertih. Ini diikuti oleh tangkai daun wangi yang
dicelupkan ke dalam air daun setawar dan kemudian digunakan untuk menyentuh keduadua belakang tangan pengantin lelaki. Akhirnya, tetamu akan mengambil sedikit pes inai
dari longgok di tengah dulang dan selepas meletakkannya pada daun sirih yang disediakan
oleh emak pengantin, akan meletakkannya pada tapak tangan pengantin lelaki. Daun sirih
itu bertujuan untuk mengelakkan mengotorkan tangan pengantin. Sejurus selepas ini, emak
pengantin akan merapatkan kedua-dua tangan pengantin dan menaikkannya pada aras
dada sebagai tanda menyembah kepada tetamu yang melakukan istiadat ini. Istiadat ini
biasanya dilakukan oleh semua tetamu yang minat, tetapi bilangan mereka harus
merupakan bilangan ganjil dan bukannya genap.
Ketika tetamu lelaki telah siap, para tetamu perempuan akan turut menjalankan istiadat ini
dengan cara yang tepat sama. Selepas semua tetamu yang minat telah menjalankan
istiadat ini, seorang wakil daripada kalangan tetamu lelaki akan ke depan untuk
membaca doa selamat. Pengantin lelaki kemudian akan pulang ke rumah sendiri, dan
pengantin perempuan turut didudukkan di atas pelamin untuk menjalankan istiadat yang
sama. Istidat ini diakhiri seperti biasa dengan jamuan kari dan nasi.
Kenduri berinai besar adalah jauh lebih besar, berbanding dengan kenduri berinai curi dan
kenduri berinai kecil. Selain itu, pengantin lelaki tidak terlibat dalam istiadat berinai di rumah
pengantin perempuan bagi isitiadat berinai curi dan berinai kecil. Sesetengah pengantin
lelaki Melayu pada zaman silam juga menjalankan istiadat berinai di rumah sendiri tetapi
istiadat ini tidak lagi dijalankan.

Peringkat ketiga[sunting | sunting sumber]


Bersanding[sunting | sunting sumber]
Rencana utama: Bersanding

Mandi limau[sunting | sunting sumber]

Sebelum istiadat mandi limau dijalankan, terdapat satu adat yang amat penting pada zaman
silam. Pada awal pagi selepas malam bersatu, emak pengantin akan menanyakan bukti
yang konkrit daripada pengantin lelaki tentang keperawanan pengantin perempuannya.
Mengikut adat, pengantin lelaki akan menyerahkan sehelai sapu tangan berwarna putih
yang memberikan bukti yang diperlukan. Emak pengantin kemudian akan menunjukkan
sapu tangan itu mula-mulanya kepada ibu bapa pengantin perempuan dan kemudian yang
paling penting sekali kepada ibu bapa pengantin lelaki. Pada zaman silam, bukti tentang
keperawanan pengantin perempuan adalah amat penting kepada orang Islam umumnya.
Penyerahan bukti sebelum istidat mandi limau adalah wajib dan amat penting sehingga
ketiadaan bukti hampir selalu menimbulkan masalah yang seringnya
mengakibatkan perceraian serta-merta.
Selepas kedua-dua pasangan ibu bapa pengantin lelaki dan pengantin perempuan telah
memuaskan diri tentang kesucian pengantin perempuan, istiadat mandi limau akan
dijalankan. Kedua-dua suami isteri sekali lagi berduduk di atas pelamin dalam pakaian yang
terbaik di hadapan sekumpulan tetamu yang terdiri daripada saudara, jiran, dan kawan
rapat kedua-dua keluarga. Untuk istiadat ini, mereka tidak berpakaian pengantin tetapi
memakai pakaian Melayu yang biasa. Selepas berduduk selama sepuluh hingga lima belas
minit, mereka akan di bawa turun dan didudukkan pada sebuah bangku atau dua buah
kerusi di ibu rumah atau bilik yang lain di rumah. Mandi istiadat dilakukan oleh emak
pengantin, dan terdiri daripada memercikkan air sintuk dan limau purut pada kedua-dua
pengantin lelaki dan perempuan.
Selepas upacara ini disiapkan, pengantin lelaki akan membawa pengantin perempuan balik
ke bilik tidur dengan setiap mereka memegang salah satu hujung sapu tangan. Sarung yang
digunakan oleh kedua-dua suami isteri dalam istiadat mandi diberikan kepada emak
pengantin, bukan sahaja sebagai hadiah tetapi juga sebagai tolak bala dan buang geruh.
Kedua-dua pengantin tidak dibenarkan memerah air dari sarung tersebut, apa lagi dengan
menyimpannya.
Seluruh adat ini yang dipegang teguh pada zaman silam kini tidak lagi diamalkan sama
sekali oleh hampir semua (jika bukan semua) orang Melayu.

Sambut-menyambut[sunting | sunting sumber]


Pada hari istiadat mandi, sebuah kenduri akan diadakan di rumah pengantin perempuan.
Semasa ini, suami dan ibu bapa mertua akan membawanya membuat kunjungan pertama
ke rumah mereka. Di rumah suaminya, mereka akan menjalankan istiadat bersanding sekali
lagi, jika ibu bapa mertuanya merupakan orang berada. Lagi sebuah kenduri yang terdiri
daripada beratus-ratus tetamu akan diadakan. Kekadangnya, hiburan sepanjang siang dan
malam yang terdiri daripada muzik dan tarian tempatan akan diadakan untuk menghibur
isteri yang baru ini. Istiadat yang diadakan di rumah pengantin lelaki kekadang lebih besar
daripada istiadat bersanding di rumah pengantin perempuan, tetapi kenduri-kenduri
perkahwinan yang diadakan di rumah pengantin perempuan biasanya adalah lebih banyak
dan lebih mewah daripada kenduri-kenduri yang diadakan di rumah pengantin lelaki.
Selepas tinggal di rumah suaminya selama beberapa hari, isteri baru itu yang diiringi oleh
suami dan ibu bapa mertuanya akan kembali ke rumah perempuan untuk mendiami
sekurang-kurangnya beberapa bulan. Pada kepulangannya ini, sebuah kenduri yang kecil
akan diadakan.
Inilah dia huraian secara ringkas tentang adat resam kahwin Melayu.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Alwi bin Sheikh Alhadi. Malay Customs and Traditions (1962). Percetakan Universiti-universiti Timur
Ltd. (pra-ISBN)

Anda mungkin juga menyukai