Anda di halaman 1dari 3

Panduan 7 Langkah Membasuh Tangan Dengan Betul

Amalkan tabiat kebersihan yang baik. Anda berpotensi untuk menyebabkan anda
dijangkiti

dan

menyebarkan

penyakit

berjangkit

kepada

orang

lain

di

persekitaran anda sekiranya tangan tidak bersih dan sering menyentuh muka
dan

permukaan

awam.

Penyakit seperti

selsema,

demam dan

cirit-birit

merupakan penyakit yang sangat mudah berjangkit dan diketahui mampu


merebak melalui sentuhan tangan. Membasuh tangan merupakan salah satu
dari cara mengelakkan penyebaran bakteria.
Tabiat membasuh tangan dengan kerap dapat membantu anda dan orang
disekeliling dari dijangkiti kuman dengan mengawal penyebaran kuman dan
mengekalkan persekitaran yang sihat. Terdapat 7 langkah membasuh tangan
dengan betul yang seandainya diamalkan dengan kerap dapat membantu
mengurangkan penyebaran kuman penyebab penyakit.
Langkah 1 Basahkan kedua belah tangan
Buka pili dan basahkan kedua-dua belah tangan di bawah air mengalir yang
suam sambil menggosok-gosok kotoran yang dapat dilihat dengan mata kasar.
Langkah 2 Gunakan Sabun
Tiada sabun khas diperlukan. Namun begitu menggunakan sabun yang
mempunyai aroma yang menarik dan menyenangkan dapat membantu kita anda
untuk kerap mencuci tangan.
Adakah perlu menggunakan sabun Anti-Bacteria?
Sabun yang digunakan tidak semestinya mempunyai ciri anti-bakteria. Ini adalah
kerana tujuan sabun adalah untuk mengeluarkan kuman yang terdapat pada
permukaan bukan kepada mematikan kuman tersebut. Satu kajian pernah
dijalankan yang mendapati penggunaan sabun anti-bakteria bukan sahaja
mematikan malah menggalakkan pembiakan kepada sesetengah kuman yang
mempunyai daya tahan kepada anti-bakteria tersebut. Tambahan pula, sabun
anti-bakteria mengandungi bahan kimia sepertitriscolan tidak selamat untuk
digunaka dan boleh menyebabkan kulit menjadi kering.

Oleh itu, penggunaan sabun anti-bakteria tidak semestinya lebih baik daripada
penggunaan sabun biasa yang lebih murah dipasaran.

Langkah 3 Gosok semua permukaan tangan dengan buih Sabun


Pastikan dilakukan dengan teliti seperti

Gosok Tapak Tangan

Gosok Setiap Jari dan Celah Jari

Gosok kuku pada tapak tangan dengan menggaru tapak tangan

Gosok belakang tangan

Langkah 4 Basuh selama 15 20 Saat


Mengikut kajian, masa yang dikatakan mencukupi untuk mencuci tangan dengan
sempurna ialah selama 20 saat. Petua yang digunakan untuk mengganggarkan
20 saat ialah dengan lagu Happy Birthday yang diketahui umum satu dunia.
Satu putaran lagu tersebut adalah dalam lingkungan 10 saat. Oleh itu lagu
diulang 2 kali bagi mendapatkan anggaran masa 20 saat.
Langkah 5 Bilas Tangan Dengan Sempurna
Buka pili air dan letakkan tangan di bawah air mengalir dengan posisi tangan
menghala kebawah. Awas jangan sampai tangan terkena permukaan sinki. Bilas
kedua belah tangan dengan menggosok sehingga hilang kesan buih sabun.
Langkah 6 Tutup pili air dengan menggunakan tisu atau tuala.
Pastikan pili air ditutup menggunakan tuala atau tisu bagi mengelakkan bakteria
mencemari tangan anda kembali terutama di tandas awam.
Langkah 7 Keringkan tangan
Keringkan tangan dengan menggunakan tuala yang bersih ataupun dengan
menggunakan kertas tisu. Jika berada di tandas awam, pengering udara panas
boleh digunakan sekiranya ada.

D engan mengamalkan amalan membasuh tangan dalam mengendalikan


makanan,
berkurang.

kemungkinan

untuk

berlakunya pencemaran

silang juga

akan

Anda mungkin juga menyukai