Anda di halaman 1dari 1

PERISTIWA MENARIK DALAM PERMULAAN NOVEL JMJ

Peristiwa menarik pada bahagian permulaan novel JMJ ialah peristiwa


ketaatan seorang anak terhadap perintah ibu bapa. Buktinya, Lili menurut
kehendak ibunya untuk pulang ke kampung di Terengganu walaupun dengan
hati yang berat kerana dia sudah ada perancangan bersama-sama dengan
rakan-rakannya. Peristiwa ini menarik bagi saya kerana sebagai seorang anak
memang seharusnya patuh dan akur akan suruhan ibu bapa.
Peristiwa kedua ialah persahabatan yang tidak mengambil kira latar
belakang dan kaum. Contohnya, Lili berkenalan dengan Geetha, seorang
gadis India ketika di dalam bas. Peristiwa itu menarik bagi saya kerana
persahabatan mereka dapat menyerlahkan semangat perpaduan antara
kaum.
Peristiwa ketiga ialah peristiwa membaca sebagai jambatan ilmu.
Contohnya, sepanjang perjalanan ke Terengganu, Lili menghabiskan masa
dengan membaca buku berkaitan dengan pemakanan sihat. Peristiwa ini
menarik bagi saya kerana melalui pembacaan tersebut dapat menyedarkan
pembaca akan kepentingan menjaga pemakanan untuk menjamin kesihatan .