Anda di halaman 1dari 6

Permainan Baling Selipar

mba

Bilangan pemain:
Dimainkan secara kumpulan.
Setiap kumpulan terdiri 5 hingga 7 orang
pemain.

Cara bermain:
Pemain pertama daripada kumpulan
utama memulakan permainan dengan
cara membaling selipar kearah selipar
yang telah disusun.
Setiap pemain boleh membuat lontaran
sebanyak tiga kali untuk menjatuh selipar
yang telah disusun.
Jika lontaran yang dilakukan tidak terkena pada sasaran, giliran pihak lawan
pula mengambil alih untuk melakukan lontaran seterusnya.

Permainan Batu Seremban

Bilangan pemain:
Dimainkan secara kumpulan
seramai 2 hingga 4 orang
atau lebih.

Cara bermain:
Buah hendaklah
diselerakkan, berkeadaan semua tidak
menyentuhi satu sama lain
Sebiji buah akan dijadikan ibu, dan ibu itu harus dilambung ke udara.
Dalam masa yang sama, sebiji buah di lantai harus dikutip.
Perlakuan begini akan berterusan sehingga semua buah di atas lantai sudah
dikutip.

Permainan Rebut Tiang

mba

Bilangan pemain:
5 orang atau lebih

Cara bermain:
Para pemain akan mencakung
dalam satu bulatan dengan
kedudukan menghadap ke dalam bulatan.
Apabila dikira 1, 2, 3, para pemain akan berlumba-lumba menuju ke manamana tiang pilihan dengan cara berjalan itik.
Siapa lambat dia tidak dapat tiang untuk dibuat "rumah". Maka bermulalah
kemelut merebut tiang dalam permainan merebut tiang ini.

Permainan Konda Kondi

mba

Bilangan pemain:
2 kumpulan iaitu 3 hingga 4 orang

Cara bermain:
Permainan ini menggunakan dua
batang kayu sepanjang 0.5 meter.
Sebuah lubang dikorek di atas

tanah sedalam 0.2 meter dan lebar 0.2 meter juga.


Kayu diletak di tengah lubang secara melintang.
Sebatang kayu digunakan untuk menguit dan mengungkit kayu agar
terpelanting jauh dari pemain lawan.

mba

Permainan Ketinting

Bilangan pemain:
5 orang hingga 7 orang
Cara bermain:
Pemain dikehendaki melompat kedalam
kesemua petak dengan sebelah kaki,
kecuali di petak sembilan dengan kedua
belah kaki.
Seandainya pemain terpijak garisan ia dianggap mati dan giliran pemain
lain mengambil alih permainan.
Pemain hendaklah melompat kedalam semua petak dengan menggunakan
sebelah kaki, kecuali di petak dua dan kesembilan dengan dua belah kaki.

Setiap pemain tidak boleh memijak petak yang mempunyai gundu yang
telah dicampak
mba

Permainan Tarik Upih

Bilangan pemain:
3 orang
Cara bermain:
Seorang mesti menjadi tukang tarik
dan seorang lagi duduk di atas upih.
Biasanya yang lebih tua/besar akan menjadi penarik, sementara yang
kecil menjadi penunggangnya.
Setiap ahli diwajibkan menarik setiap ahli kumpulan dimana peserta
pertama akan menarik peserta kedua dari titik permulaan sehingga ke
garisan penamat dan mereka akan bertukar peranan.

Anda mungkin juga menyukai