Anda di halaman 1dari 82

Tataamalan Industri Bekerja Selamat Di Dalam Ruang Terkurung 2010

Industri Bekerja Selamat Di Dalam Ruang Terkurung 2010 TATAAMALAN INDUSTRI BEKERJA SELAMAT DI DALAM RUANG TERKURUNG

TATAAMALAN INDUSTRI BEKERJA SELAMAT DI DALAM RUANG TERKURUNG

2010

JABATAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA, MALAYSIA

JKKP DP(S) 127/379/3-1

9

ISBN 983201469 - 7 7 8 9 8 3 2 0 1 4 6 9
ISBN 983201469 - 7
7 8 9 8 3 2
0 1 4 6 9 0

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)

JKKP DP(S) 127/379/3-1 9 ISBN 983201469 - 7 7 8 9 8 3 2 0 1

a

Tataamalan Industri Bekerja Selamat Di Dalam Ruang Terkurung 2010

b

Tataamalan Industri Bekerja Selamat Di Dalam Ruang Terkurung 2010 b Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)

Tataamalan Industri Bekerja Selamat Di Dalam Ruang Terkurung 2010

PENDAHULUAN

Bekerja di dalam ruang terkurung boleh menyebabkan seseorang terdedah kepada suasana yang amat merbahaya yang boleh memudaratkan malahan juga boleh menyebabkan kematian. Statistik menunjukkan banyak kemalangan maut berlaku kepada pekerja ketika bekerja di ruang terkurung seperti di dalam silo, tangki penyimpanan, pengandung tekanan dan tangki, sistem pembentungan atau liang, sistem telekomunikasi dan lain-lain lagi. Dalam kebanyakkan kes kemalangan maut tersebut, kematian adalah disebabkan oleh terhidu gas beracun atau kekurangan oksigen.

Berdasarkan kepada siasatan yang dijalankan oleh pihak Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), kebanyakkan kemalangan yang berlaku di dalam ruang terkurung adalah disebabkan oleh kegagalan pihak majikan sendiri. Pihak majikan gagal menyediakan dan melaksanakan sistem kerja selamat yang diperlukan dalam menjalankan kerja di ruang terkurung tersebut. Namun begitu, faktor lain seperti kurangnya koordinasi dan kurang kawalan ke atas aktiviti yang dijalankan di tempat kerja turut menyumbang kepada berlakunya kemalangan. Sebagai contoh, kerja dalam ruang terkurung akan menjadi bahaya sekiranya kerja senggaraan sistem paip yang mengandungi bahan mudah terbakar ke ruang tersebut dijalankan serentak tanpa adanya koordinasi dan kawalan.

Selain daripada faktor yang telah dinyatakan di atas, JKKP juga mendapati banyak kemalangan berlaku ke atas kerja yang melibatkan sub kontrak. Sub atau sub-sub kontraktor yang dilantik untuk menjalankan kerja langsung selalunya tidak mempunyai pengetahuan tentang bahaya di dalam ruang terkurung. Mereka juga tidak menyediakan prosedur kerja selamat dan sering kali tidak dilengkapi dengan peralatan yang sesuai dan mencukupi.

Menyedari hakikat ini, JKKP telah mengeluarkan satu Kod Amalan Bekerja Selamat Di Ruang Terkurung pada tahun 2001 yang bertujuan untuk memberi panduan yang praktikal kepada majikan dan pekerja yang terlibat dalam bekerja di dalam ruang terkurung. Setelah lebih tujuh (7) tahun kod amalan ini dikeluarkan, JKKP berpendapat bahawa semakan semula perlu dilakukan ke atas kod amalan ini. Ini adalah bertujuan untuk menyelaraskannya dengan keperluan serta maklumat terkini yang relevan pada masa kini dan akan datang. Kod amalan tersebut dinamakan sebagai Tataamalan Industri Bekerja Selamat Di Dalam Ruang Terkurung 2010.

Saya yakin kemalangan di dalam ruang terkurung dapat dielakkan sekiranya majikan lebih komited dan bertanggungjawab dengan isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan dan seterusnya menyediakan sistem kerja yang selamat bagi keselamatan pekerjanya. Sehubungan dengan itu, saya ingin menyeru kepada semua majikan supaya menjadikan Tataamalan Industri Bekerja Selamat Di Dalam Ruang Terkurung 2010

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)

Tataamalan Industri Bekerja Selamat Di Dalam Ruang Terkurung 2010 Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) i

i

Tataamalan Industri Bekerja Selamat Di Dalam Ruang Terkurung 2010

ini sebagai panduan dan seterusnya menjalankan tanggungjawabnya seperti yang termaktub di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 dan peraturan-peraturan yang dibuat dibawahnya.

Adalah diharapkan tataamalan industri yang baru ini dapat meningkatkan kesedaran pihak majikan dan pekerja tentang risiko bekerja di dalam ruang terkurung dan seterusnya mematuhi Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 serta peraturan yang dibuat di bawahnya agar dapat mewujudkan satu tempat bekerja yang sihat dan selamat. Pihak industri amat dialu-alukan untuk mengemukakan sebarang pandangan dan juga cadangan kepada JKKP bagi tujuan penambahbaikan tatamalan industri ini pada bila-bila masa.

Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia

2010

ii

Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia 2010 ii Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)

Tataamalan Industri Bekerja Selamat Di Dalam Ruang Terkurung 2010

PENGHARGAAN

Tataamalan Industri Bekerja Selamat Di Dalam Ruang Terkurung 2010 ini telah disediakan melalui kerjasama antara Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) dan perwakilan daripada pelbagai agensi kerajaan dan industri.

JKKP dengan amat sukacita ingin mengucapkan terima kasih kepada agensi kerajaan dan industri berikut atas sumbangan mereka yang begitu berharga semasa menyediakan Tataamalan industri ini.

1. Pn. Muaziah binti Abdul Rahman

2. Ir. Haji Mohd Hatta bin Zakaria

3. En. Izani bin Mohd Zain

4. Ir. Norhalim bin Hasan

5. Dr Faridah binti Mohd Amin

6. En. Ramesh Zakir Shamsul

7. Pn. Shabanon binti Mohd Sharif

8. Cik Zamrudah binti Yeop

9. En. Abdul Hadi bin Ismail

10. Tn. Hj Ahmad Munauwar bin Abdullah

11. En. Zulkernain bin Harun

12. Pn. Noorliza binti Ismail

13. PgB. Murugiah a/l Muthusamy

14. En. Busari bin Jabar

15. Dr. Ahmad Zaidi bin Zainal Abidin

16. En. Mohd Riza bin Khatib

17. En. Shabuddin bin Ahmad

18. En. Mohd Faizal bin Hashim

19. En. Sureshkumar Manikam

20. Ir. Daud bin Sulaiman

21. En. Ahmad Rozian bin Othman

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)

JKKP JKKP JKKP JKKP JKKP JKKP JKKP JKKP JKKP JKKP JKKP JKKP BOMBA PETRONAS Jabatan Kesihatan DBKL Indah Water Konsortium Sdn. Bhd. Putrajaya Holdings Sdn. Bhd. TM Malaysia Cabot Materials Research Sdn. Bhd. NIOSH Jabatan Perkhidmatan Pembentungan

Putrajaya Holdings Sdn. Bhd. TM Malaysia Cabot Materials Research Sdn. Bhd. NIOSH Jabatan Perkhidmatan Pembentungan iii

iii

Tataamalan Industri Bekerja Selamat Di Dalam Ruang Terkurung 2010

JADUAL KANDUNGAN

Bil.

Kandungan

Halaman

BAHAGIAN I

PERMULAAN

1

Pengenalan

3

2

Takrif

3

BAHAGIAN II

PROGRAM MASUK RUANG TERKURUNG

3

Keperluan Am

8

4

Program Masuk Ruang Terkurung

8

BAHAGIAN III

KEPERLUAN TERPERINCI

5

Sistem Permit Bekerja

20

6

Permit Bekerja

21

7

Keperluan Pengasingan

22

8

Keperluan bagi Memastikan Ruang Atmosfera yang Selamat

25

9

Memasuki Ruang Atmosfera Berhazard

30

10

Perkhidmatan Menyelamat dan Kecemasan

34

11

Keperluan Kesihatan bagi Orang yang Bekerja di dalam Ruang Terkurung

36

12

Latihan

38

13

Langkah Berjaga-jaga Tambahan Semasa Menghuni Ruang Terkurung

40

14

Penyimpanan Rekod

41

BAHAGIAN IV

KEWAJIPAN ORANG YANG BERTANGGUNGJAWAB

15

Kewajipan Majikan sebagai Pemilik Industri

42

16

Kewajipan Majikan sebagai Kontraktor

42

17

Kewajipan Pengeluar Permit Bekerja

43

18

Kewajipan Penyelia Kemasukan

43

19

Kewajipan Penguji Gas Bertauliah

45

20

Kewajipan Orang Menjaga

45

21

Kewajipan Orang yang Dibenarkan Masuk

47

RUJUKAN

 

49

1

Kewajipan Orang yang Dibenarkan Masuk 47 RUJUKAN   49 1 Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)

Tataamalan Industri Bekerja Selamat Di Dalam Ruang Terkurung 2010

LAMPIRAN A

Contoh Penaksiran Risiko

50

LAMPIRAN B

Contoh Borang Penaksiran Risiko

53

LAMPIRAN C

Syor Tambahan bagi Pengendalian Kerja Panas di dalam Ruang Terkurung

54

LAMPIRAN D

Contoh Borang Permit Bekerja bagi Memasuki Ruang Terkurung

59

LAMPIRAN E

Syor Tambahan bagi Kerja Pembersihan di dalam Ruang Terkurung

64

LAMPIRAN F

Syor Tambahan bagi Ujian Atmosfera

68

LAMPIRAN G

Senarai Semak Pemeriksaan Kesihatan

70

LAMPIRAN H Sijil Kelayakan Kesihatan

75

LAMPIRAN I Pengakuan Status Kesihatan oleh Orang yang Dibenarkan Masuk

76

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)

I Pengakuan Status Kesihatan oleh Orang yang Dibenarkan Masuk 76 Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)

2

Tataamalan Industri Bekerja Selamat Di Dalam Ruang Terkurung 2010

BAHAGIAN I

PERMULAAN

1.0

PENGENALAN

1.1

Objektif

Tataamalan industri ini bertujuan menyediakan panduan keselamatan dan kesihatan bagi semua orang yang perlu memasuki atau bekerja di dalam ruang terkurung dengan mengelakkan daripada terdedah kepada hazard yang mungkin dialami semasa bekerja di dalam ruang terkurung, dan oleh itu dapat mencegah daripada kejadian pengsan, cedera, sakit atau kematian yang timbul akibat terdedah kepada hazard tersebut.

1.2

Pemakaian

1.2.1

Tataamalan industri ini hendaklah terpakai kepada semua kerja di dalam ruang terkurung.

1.2.2

Tataamalan industri ini hendaklah tidak terpakai kepada perlombongan bawah tanah atau kerja di dalam ruang pada tekanan selain tekanan atmosfera.

1.2.3

Bagi maksud Tataamalan industri ini, orang yang kepalanya atau bahagian atas badannya berada di dalam ruang terkurung dianggap sebagai telah memasuki ruang terkurung.

2.

TAKRIF

“Akta” bermaksud Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 [Akta 514];

“atmosfera berhazard” bermaksud atmosfera yang boleh menyebabkan pekerja terdedah kepada risiko kematian, hilang upaya, menjejaskan keupayaan menyelamatkan diri (lari untuk menyelamatkan diri tanpa dibantu dari ruang terkurung), cedera atau penyakit akut yang disebabkan oleh satu atau lebih sebab-sebab berikut -

a) kandungan oksigen kurang daripada 19.5% atau melebihi 23.5% mengikut isi padu (pada paras laut);

3

19.5% atau melebihi 23.5% mengikut isi padu (pada paras laut); 3 Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)

Tataamalan Industri Bekerja Selamat Di Dalam Ruang Terkurung 2010

b) pengumpulan gas mudah terbakar atau mudah meletup melebihi 10% daripada LELnya;

c) pengumpulan gas toksik bersamaan atau melebihi had pendedahan yang dibenarkan (PEL); atau

d) apa-apa keadaan atmosfera lain yang berbahaya serta-merta kepada nyawa atau kesihatan (IDLH).

“atmosfera lengai” bermaksud atmosfera yang mengandungi gas penyesak pada paras yang tinggi, yang mengandungi sedikit atau tiada oksigen dan terdiri terutamanya daripada gas lengai atau tak reaktif yang mempunyai nilai ambang yang tinggi sebelum bertindak balas;

“bahan cemar” bermaksud apa-apa habuk, wasap, wap, gas atau bahan lain, yang boleh memudaratkan kesihatan dan keselamatan;

“gas penyesak” bermaksud gas yang boleh menyebabkan orang tidak sedarkan diri atau mati kerana lemas melalui penyingkiran oksigen secara langsung (penyesak fizikal) atau gangguan terhadap kemampuan badan menyerap atau mengangkut oksigen ke tisu (penyesak kimia). Contoh gas penyesak fizikal ialah nitrogen, argon, karbon dioksida dan metana. Contoh gas penyesak kimia ialah karbon monoksida, hidrogen sulfida dan hidrogen sianida;

“had atas letupan (UEL)” bermaksud kepekatan maksimum gas yang berada di dalam udara yang boleh menyebabkan letupan berlaku;

“had bawah letupan (LEL)” bermaksud kepekatan minimum gas dalam udara yang perlu ada sebelum ia boleh meletup apabila terkena punca pencucuhan;

“julat letupan (mudah terbakar)” bermaksud julat campuran wap-udara atau gas-udara mudah terbakar di antara had bawah letupan (LEL) dengan had atas letupan (UEL);

“keadaan kemasukan boleh terima” bermaksud keadaan yang hendaklah wujud di dalam ruang terkurung bagi membolehkan kemasukan dan bagi memastikan orang yang dibenarkan masuk boleh memasuki dan bekerja di dalam ruang terkurung dengan selamat;

”keadaan yang dilarang” bermaksud apa-apa keadaan di dalam ruang terkurung yang tidak dibenarkan dalam permit bekerja sepanjang tempoh kemasukan dibenarkan;

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)

dalam permit bekerja sepanjang tempoh kemasukan dibenarkan; Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) 4

4

Tataamalan Industri Bekerja Selamat Di Dalam Ruang Terkurung 2010

“kerja panas” bermaksud operasi yang menghasilkan api, haba atau bunga api seperti kimpalan, pemotongan menggunakan haba atau oksigen, pencanaian, penggerudian, pembagasan, pemanasan dan operasi pembersihan yang menggunakan stim suhu tinggi;

“Ketua Pengarah” bermaksud Ketua Pengarah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan yang dilantik di bawah subseksyen 5(1) Akta;

“kontraktor” bermaksud orang yang telah mengikat kontrak, sama ada secara lisan atau bertulis dan sama ada secara tersurat atau tersirat, untuk tujuan menjalankan apa-apa kerja di dalam ruang terkurung dan termasuk kontraktor utama atau subkontraktor;

“orang menjaga” bermaksud pekerja yang dilantik oleh majikan untuk berada di luar ruang terkurung yang mengawasi orang yang dibenarkan masuk dan yang menjalankan semua tugas orang menjaga yang ditetapkan dalam program masuk ruang terkurung oleh majikan, dan telah menghadiri kursus latihan tentang bekerja selamat di dalam ruang terkurung untuk orang yang dibenarkan masuk dan orang menjaga, dan telah lulus ujian atau peperiksaan;

“orang yang dibenarkan masuk” bermaksud pekerja yang dibenarkan oleh majikan untuk memasuki ruang terkurung, dan telah menghadiri kursus latihan tentang bekerja selamat di dalam ruang terkurung untuk orang yang dibenarkan masuk dan orang menjaga, dan telah lulus ujian atau peperiksaan;

“pelingkungan” bermaksud penyelubungan dan pemerangkapan berkesan terhadap seseorang oleh cecair atau bahan pepejal yang terbahagi secara halus yang boleh tersedut hingga boleh mengakibatkan kematian disebabkan cecair atau bahan pepejal itu memenuhi atau menyumbat sistem pernafasan atau boleh mengenakan daya yang cukup ke atas badan hingga menyebabkan kematian kerana tercekik, terjerut atau terhimpit;

“pemilik industri” bermaksud pemilik mana-mana industri yang ditetapkan dalam Jadual Pertama Akta ini;

“pengalihudaraan udara paksa” bermaksud penggunaan peranti mekanik seperti kipas angin atau pengalih udara (venturi), untuk menghasilkan atmosfera yang selamat di dalam ruang terkurung;

5

untuk menghasilkan atmosfera yang selamat di dalam ruang terkurung; 5 Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)

Tataamalan Industri Bekerja Selamat Di Dalam Ruang Terkurung 2010

“penguji gas bertauliah” bermaksud orang yang dilantik oleh majikan untuk menjalankan ujian atmosfera, dan telah menghadiri kursus latihan tentang bekerja selamat di dalam ruang terkurung untuk penguji gas bertauliah dan penyelia kemasukan, dan telah lulus ujian atau peperiksaan;

“pengeluar permit bekerja” bermaksud orang yang dilatih sebagai penyelia kemasukan dan penguji gas bertauliah, dan diberi kuasa oleh majikan untuk mengeluarkan permit bekerja. Dia tidak boleh bertindak sebagai penyelia bagi satu aktiviti kemasukan ke dalam ruang terkurung pada satu masa yang sama;

“penyelia kemasukan” bermaksud pekerja yang dilantik oleh majikan, bertanggungjawab menyelia kemasukan ruang terkurung dan telah menghadiri kursus latihan tentang bekerja selamat di dalam ruang terkurung untuk penguji gas bertauliah dan penyelia kemasukan, dan telah lulus ujian atau peperiksaan;

“penyingkiran” bermaksud kaedah mengalihkan bahan cemar dari ruang terkurung;

“perkhidmatan menyelamat” bermaksud perkhidmatan yang disediakan oleh pasukan terlatih untuk menyelamatkan orang dari ruang terkurung;

“permit bekerja” bermaksud dokumen bertulis atau bercetak yang disediakan oleh majikan untuk membenarkan dan mengawal kemasukan ke dalam ruang terkurung;

“program masuk ruang terkurung” bermaksud program menyeluruh oleh majikan untuk mengawal dan, apabila sesuai, untuk melindungi pekerjanya daripada hazard ruang terkurung dan mengawal kemasukan pekerja ke dalam ruang terkurung;

“ruang terkurung” bermaksud ruang tertutup atau separa tertutup pada tekanan atmosfera semasa dihuni dan tidak disediakan atau direka bentuk untuk digunakan terutamanya sebagai tempat kerja, dan –

a) boleh pada bila-bila masa –

(i)

mempunyai atmosfera yang mengandungi paras bahan cemar yang mungkin memudaratkan;

(ii)

mengalami kekurangan atau berlebihan oksigen; atau

(iii)

menyebabkan pelingkungan; dan

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)

berlebihan oksigen; atau (iii) menyebabkan pelingkungan; dan Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) 6

6

Tataamalan Industri Bekerja Selamat Di Dalam Ruang Terkurung 2010

b) mempunyai laluan masuk dan keluar yang terhad.

Berikut beberapa contoh ruang terkurung –

a) tangki penyimpanan, kapal tangki, dandang, silo dan ruang lain yang menyerupai tangki yang biasanya mempunyai lurang untuk masuk;

b) ruang terbuka atas seperti lubang atau liang;

c) paip, pembetung, terowong, aci, salur dan struktur yang serupa; dan

d) apa-apa ruang di kapal yang boleh dimasuki melalui lurang kecil, tangki kargo, tangki dua dasar berongga, lunas salur, balast dan tangki minyak.

Berikut beberapa contoh aktiviti di dalam ruang terkurung –

a) pembersihan enap cemar dan bahan sisa yang lain;

b) pemeriksaan keadaan fizikal kelengkapan proses;

c) penyenggaraan, termasuk pembagasan pelelas dan penggunaan salutan permukaan;

d) pembaikan, termasuk kimpalan, pengubahsuaian dan pelarasan kelengkapan mekanik;

e) menyelamatkan pekerja yang cedera atau lemas di dalam ruang terkurung; dan

f) tujuan pembinaan;

“sistem permit bekerja” bermaksud prosedur bertulis oleh majikan untuk menyediakan dan mengeluarkan permit memasuki dan mengembalikan ruang terkurung untuk perkhidmatan berikutan dengan penamatan kemasukan.

7

terkurung untuk perkhidmatan berikutan dengan penamatan kemasukan. 7 Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)

Tataamalan Industri Bekerja Selamat Di Dalam Ruang Terkurung 2010

BAHAGIAN II

PROGRAM MASUK RUANG TERKURUNG

3.

KEPERLUAN AM

3.1

Majikan hendaklah menentukan sama ada tempat kerjanya terdapat apa-apa ruang terkurung, dan jika ada, majikan hendaklah menyedia dan menyimpan rekod ruang terkurung.

3.2

Jika tempat kerja mempunyai ruang terkurung, majikan hendaklah memaklumkan kepada pekerjanya dan orang lain, dengan cara memasang papan tanda bahaya atau melalui apa-apa cara lain yang sama kesannya, tentang kewujudan dan lokasi ruang terkurung itu, dan bahaya yang boleh ditimbulkannya, terutamanya ketika kerja dijalankan. Papan tanda berbunyi “BAHAYA --- RUANG TERKURUNG. DILARANG MASUK” atau menggunakan lain-lain perkataan yang serupa maksudnya dan dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris bagi memenuhi keperluan papan tanda, dan hendaklah dapat dilihat dengan jelas.

3.3

Jika majikan memutuskan pekerjanya perlu memasuki ruang terkurung, maka majikan hendaklah menyediakan dan melaksanakan program masuk ruang terkurung. Program ini hendaklah didokumenkan dan sedia untuk digunakan oleh pekerja.

3.4

Jika majikan memutuskan pekerjanya tidak boleh memasuki ruang terkurung, maka majikan hendaklah mengambil langkah yang berkesan untuk menghalang pekerjanya dan orang lain daripada memasuki ruang terkurung tersebut.

4.

PROGRAM MASUK RUANG TERKURUNG

4.1

Majikan hendaklah menetapkan satu program masuk ruang terkurung jika pekerjanya dikehendaki memasuki dan bekerja di dalam ruang terkurung.

4.2

Program masuk ruang terkurung tersebut hendaklah sekurang-kurangnya mengandungi perkara berikut –

4.2.1

Pengenalpastian hazard

4.2.1.1 Majikan hendaklah mengenal pasti semua hazard yang berkaitan dengan kerja-kerja di dalam ruang terkurung.

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)

hazard yang berkaitan dengan kerja-kerja di dalam ruang terkurung. Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) 8

8

Tataamalan Industri Bekerja Selamat Di Dalam Ruang Terkurung 2010

4.2.1.2 Kematian, kecederaan teruk atau penyakit boleh berlaku akibat daripada kejadian berikut –

a) kekurangan oksigen di dalam ruang terkurung yang mana disebabkan oleh –

i. tindak balas pengoksidaan secara perlahan-lahan oleh bahan organik atau tak organik;

ii. pengoksidaan cepat (pembakaran);

iii. pencairan udara dengan gas lengai atau gas penyesak;

iv. penyerapan oleh bijian, bahan kimia atau tanah; atau

v. aktiviti fizikal;

b) oksigen yang berlebihan di dalam ruang terkurung yang mungkin disebabkan oleh kebocoran pemasangan bekalan oksigen seperti pada kelengkapan pemotongan atau pemanasan gas yang boleh membawa kepada kebakaran atau letupan;

c) kehadiran bahan cemar pada permukaan atau dalam atmosfera. Bahan cemar boleh dalam bentuk pepejal, cecair, enap cemar, gas, wap, wasap atau zarahan. Punca bahan cemar atmosfera yang ditemui termasuklah –

i. proses pembuatan;

ii. bahan yang disimpan atau produk sampingan (sebagai contoh, bahan organik terurai yang terganggu di dalam tangki boleh membebaskan bahan toksik seperti hidrogen sulfida, manakala hazard biologi seperti bakteria, virus atau kulat juga boleh juga wujud); dan

iii. operasi yang dijalankan di dalam ruang terkurung (sebagai contoh, kerja mengecat salutan yang mengandungi bahan toksik atau mudah terbakar, dan kerja kimpalan atau memateri menggunakan logam yang boleh menghasilkan wasap toksik);

9

memateri menggunakan logam yang boleh menghasilkan wasap toksik); 9 Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)

Tataamalan Industri Bekerja Selamat Di Dalam Ruang Terkurung 2010

d) operasi kelengkapan bergerak (sebagai contoh, terperangkap dalam gerimit, tersepit di dalam bahagian yang berputar atau bergerak seperti tali sawat penyampai);

e) pengaliran stim, air atau gas atau cecair lain yang tidak terkawal;

f) pelingkungan oleh pepejal (sebagai contoh, bijian, pasir, tepung dan baja);

g) kejutan elektrik; dan

h) letupan atau kebakaran.

4.2.1.3 Aktiviti kerja yang dijalankan di dalam ruang terkurung boleh meningkatkan risiko kecederaan akibat daripada hazard fizikal, kimia, biologi dan psikologi, seperti –

a) bising, yang mungkin disebabkan oleh penukulan atau penggunaan kelengkapan di dalam ruang terkurung;

b) suhu, sama ada tinggi atau rendah, yang terhasil daripada proses kerja atau keadaan cuaca, atau apabila tidak dibekalkan dengan pengalihudaraan yang sesuai atau tidak memakai pakaian yang sesuai;

c) sinaran di dalam ruang terkurung (sebagai contoh, daripada sinar-X, tolok sinaran, isotop, laser dan kimpalan);

d) pengendalian secara manual;

e) tergelincir, tersandung dan terjatuh; dan

f) klaustrofobia.

4.2.2 Penaksiran risiko

4.2.2.1 Majikan hendaklah menjalankan penaksiran risiko sebelum menjalankan kerja yang melibatkan kemasukan ke dalam ruang terkurung.

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)

kerja yang melibatkan kemasukan ke dalam ruang terkurung. Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) 10

10

Tataamalan Industri Bekerja Selamat Di Dalam Ruang Terkurung 2010

4.2.2.2 Penaksiran hendaklah termasuk tetapi tidak terhad kepada –

a) keadaan ruang terkurung;

b) faktor yang perlu dipertimbangkan -

i. bilangan orang yang menghuni ruang terkurung;

ii. bilangan orang yang dikehendaki berada di luar ruang terkurung untuk menyenggarakan kelengkapan yang perlu untuk tugas ruang terkurung, bagi memastikan komunikasi dan pemerhatian secukupnya ke atas orang di dalam ruang terkurung, dan menjalankan prosedur menyelamat yang betul;

iii. tempoh penghunian;

iv. tahap kesihatan dan latihan bagi orang yang terlibat dalam kerja ruang terkurung;

v. arahan yang mencukupi untuk orang tersebut dalam mana-mana prosedur kerja yang dikehendaki, terutamanya bagi kerja yang tidak biasa dijalankan atau yang bukan tipikal, termasuklah penggunaan dan had bagi apa-apa kelengkapan pelindung diri dan kelengkapan mekanik atau kelengkapan lain yang hendak digunakan; dan

vi. kelengkapan pelindung diri, pakaian pelindung dan kelengkapan menyelamat yang sesuai disediakan dan mencukupi bagi semua pekerja yang mungkin akan memasuki ruang terkurung;

c) hazard yang dikenal pasti dalam 4.2.1;

d) kaedah sebenar yang dipilih dan rancangan yang dicadangkan –

i. semua operasi dan prosedur kerja yang dicadangkan, terutamanya yang boleh menyebabkan perubahan keadaan di dalam ruang terkurung;

11

yang boleh menyebabkan perubahan keadaan di dalam ruang terkurung; 11 Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)

Tataamalan Industri Bekerja Selamat Di Dalam Ruang Terkurung 2010

ii. langkah yang diperlukan supaya ruang terkurung berada pada tekanan atmosfera;

iii. kaedah pembersihan dan penyingkiran jika diperlukan;

iv. kaedah kerja panas jika diperlukan;

v. kesempurnaan dan keselamatan struktur secara keseluruhan dan keperluan pencahayaan dan kebolehlihatan;

vi. keperluan langkah perlindungan tambahan; sebagai contoh –

a) larangan kerja panas di kawasan bersebelahan;

b) larangan merokok dan nyalaan terbuka di dalam ruang terkurung dan, jika sesuai, kawasan bersebelahan;

c) mengelakkan bahan cemar dalam atmosfera pernafasan yang berpunca daripada operasi atau punca di luar ruang terkurung, seperti daripada ekzos enjin pembakaran dalam; dan

d) larangan pergerakan jentera seperti trak angkat susun di kawasan bersebelahan;

vii. kaedah pengalihudaraan untuk mengekalkan atmosfera yang selamat; dan

viii. penilaian gas atau bahan;

e) prosedur kecemasan dan menyelamat –

i. persediaan untuk menyelamat, pertolongan cemas dan menyedarkan semula mangsa; dan

ii. komunikasi antara orang yang dibenarkan masuk dengan orang menjaga, dan/atau orang menjaga dengan perkhidmatan menyelamat.

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)

menjaga, dan/atau orang menjaga dengan perkhidmatan menyelamat. Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) 12

12

Tataamalan Industri Bekerja Selamat Di Dalam Ruang Terkurung 2010

4.2.2.3 Seperti yang dikehendaki di bawah Peraturan-peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Penggunaan dan Standard Pendedahan Bahan Kimia Berbahaya kepada Kesihatan) 2000, penaksiran hendaklah dijalankan oleh pengapit jika terdapat apa-apa bahan kimia berbahaya kepada kesihatan yang digunakan di dalam ruang terkurung.

4.2.2.4 Majikan hendaklah memastikan penaksiran dikaji semula apabila terdapat bukti yang menunjukkan penaksiran itu tidak lagi sah atau setiap 5 tahun atau seperti yang diarahkan oleh Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah atau Pengarah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.

4.2.2.5 Kaedah penaksiran risiko boleh berpandukan kepada Garis Panduan Pengenalpastian Hazard, Penaksiran Risiko dan Kawalan Risiko Jabatan atau kaedah penaksiran risiko lain yang berkaitan.

4.2.2.6 Contoh penaksiran risiko disediakan dalam Lampiran A dan sampel borang penaksiran risiko disediakan dalam Lampiran B.

4.2.3 Kawalan risiko

Berdasarkan penaksiran risiko, majikan hendaklah menyedia dan melaksana prosedur dan amalan kawalan hazard bagi menyediakan kemasukan yang selamat ke dalam ruang terkurung. Ia hendaklah termasuk tetapi tidak terhad kepada yang berikut –

a) menetapkan keadaan kemasukan yang boleh terima;

b) mengasingkan ruang terkurung;

c) menyingkirkan, menjadikan lengai, mengumbah atau mengalihudarakan ruang terkurung seperti yang diperlukan untuk menghapuskan atau mengawal hazard atmosfera; dan

d) mengesahkan keadaan di dalam ruang terkurung boleh dimasuki sepanjang tempoh kemasukan yang dibenarkan. Ini boleh dijalankan dengan menguji atmosfera ruang terkurung sebelum setiap kemasukan dan jika perlu semasa operasi kemasukan.

13

sebelum setiap kemasukan dan jika perlu semasa operasi kemasukan. 13 Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)

Tataamalan Industri Bekerja Selamat Di Dalam Ruang Terkurung 2010

4.2.4 Orang menjaga

Peruntukan sekurang-kurangnya seorang orang menjaga mestilah berada di luar ruang terkurung bagi sesuatu kebenaran kemasukan dan bagi tempoh operasi kemasukan.

4.2.5 Pemantauan beberapa ruang terkurung

Untuk pemantauan beberapa ruang terkurung oleh seorang orang menjaga, program hendaklah termasuk cara dan prosedur untuk membolehkan orang menjaga ini bertindak terhadap apa-apa keadaan kecemasan di satu atau lebih ruang terkurung yang dipantau olehnya tanpa mengganggu tanggungjawab orang menjaga itu di bawah Tataamalan Industri ini.

4.2.6 Sistem permit bekerja

Majikan hendaklah menyediakan sistem bertulis untuk penyediaan, pengeluaran, pelaksanaan dan pembatalan permit bekerja.

4.2.7 Pemasangan papan tanda

Papan tanda amaran ruang terkurung hendaklah dipasang di tempat yang mudah dilihat apabila kerja dijalankan setelah permit bekerja dikeluarkan.

4.2.8 Latihan pekerja

Majikan hendaklah memastikan setiap pekerjanya yang terlibat dalam operasi ruang terkurung telah menjalani latihan kursus keselamatan ruang terkurung yang diluluskan oleh Ketua Pengarah dan lulus peperiksaan.

4.2.9 Kelengkapan

Majikan hendaklah menyediakan kelengkapan yang sesuai seperti yang berikut –

a) kelengkapan ujian dan pengawasan atmosfera;

b) kelengkapan pelindung diri setakat yang praktik jika kawalan kejuruteraan dan amalan kerja tidak dapat melindungi secukupnya orang yang dibenarkan masuk;

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)

kerja tidak dapat melindungi secukupnya orang yang dibenarkan masuk; Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) 14

14

Tataamalan Industri Bekerja Selamat Di Dalam Ruang Terkurung 2010

c) kelengkapan pengalihudaraan udara paksa yang diperlukan untuk mencapai keadaan kemasukan boleh terima;

d) kelengkapan pencahayaan yang diperlukan bagi membolehkan orang yang dibenarkan masuk melihat dengan jelas, bekerja dengan selamat dan boleh keluar dari ruang terkurung dengan cepat jika berlaku kecemasan;

e) pengadang dan pelindung;

f) kelengkapan untuk masuk dan keluar dengan selamat bagi orang yang dibenarkan masuk, seperti tangga, win dan tripod;

g) kelengkapan kecemasan dan menyelamat; dan

h) apa-apa kelengkapan lain yang perlu untuk kemasukan yang selamat dan kerja menyelamat dari ruang terkurung.

4.2.10 Kaedah komunikasi

Kaedah komunikasi mungkin berbeza-beza bergantung pada jenis kerja yang dijalankan dan jenis tempat kerja. Dalam kebanyakan keadaan, peranti komunikasi, seperti telefon atau walkie-talkie lebih digalakkan. Terdapat juga keadaan kaedah komunikasi lain yang boleh digunakan seperti komunikasi lisan, isyarat tangan, cahaya dan isyarat tali.

4.2.11 Perlindungan hazard luar

Perlindungan seperti pengadang fizikal hendaklah disediakan untuk mengawal hazard yang berpotensi ditimbulkan oleh pejalan kaki dan kenderaan.

4.2.12 Pengenalpastian tanggungjawab

a) Majikan hendaklah menetapkan dan mengenal pasti tanggungjawab pekerja yang ditetapkan sebagai orang yang dibenarkan masuk, orang menjaga, penyelia kemasukan, penguji gas bertauliah, pengeluar permit bekerja atau pekerja lain yang berkaitan dalam operasi kemasukan.

15

bekerja atau pekerja lain yang berkaitan dalam operasi kemasukan. 15 Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)

Tataamalan Industri Bekerja Selamat Di Dalam Ruang Terkurung 2010

b) Majikan hendaklah memastikan kakitangan yang dinyatakan pada (a) menjalankan tugas mereka seperti yang ditetapkan dalam Bahagian IV.

4.2.13

Maklumat untuk kontraktor

Majikan hendaklah menyedia dan memberi taklimat kepada kontraktor tentang maklumat hazard ruang terkurung, peraturan keselamatan dan prosedur kecemasan selaras dengan pematuhan kepada Tataamalan Industri ini.

4.2.14

Penyelarasan operasi kemasukan yang melibatkan pekerja bagi lebih daripada satu kontraktor yang bekerja serentak

Prosedur hendaklah disediakan dan dilaksanakan apabila pekerja ini bekerja pada masa yang sama dengan orang yang dibenarkan masuk di dalam ruang terkurung, supaya pekerja salah satu kontraktor tidak membahayakan pekerja mana-mana kontraktor lain.

4.2.15

Penamatan kemasukan

Prosedur penamatan bagi sesuatu kemasukan setelah selesai operasi kemasukan adalah perlu, antaranya penutupan ruang terkurung dan menamatkan permit bekerja hendaklah disediakan dan dilaksanakan. Selepas menamatkan permit bekerja, sesi soalan dan maklum balas yang teratur hendaklah diadakan.

4.3

Mengkaji semula program masuk ruang terkurung

4.3.1

Program masuk ruang terkurung hendaklah dikaji semula jika majikan mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa langkah yang diambil di bawah program masuk ruang terkurung sedia ada tidak dapat melindungi pekerja dan terdapat keperluan mengkaji semula program bagi membetulkan kekurangan yang wujud sebelum sebarang kemasukan pekerja berikutnya dibenarkan.

4.3.2

Majikan juga hendaklah mengkaji semula program atau prestasi, dengan menggunakan permit bekerja yang telah dibatalkan selepas setiap kemasukan, dan mengkaji semula program jika perlu, bagi memastikan pekerja yang terlibat dalam operasi kemasukan dilindungi daripada hazard ruang terkurung. Majikan boleh menjalankan satu kajian semula dalam setahun yang meliputi semua permit masuk yang dibatalkan yang dibuat dalam tempoh 12 bulan. Jika tiada kemasukan dijalankan dalam tempoh ini, maka kajian semula tidak perlu dijalankan.

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)

dalam tempoh ini, maka kajian semula tidak perlu dijalankan. Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) 16

16

Tataamalan Industri Bekerja Selamat Di Dalam Ruang Terkurung 2010

4.3.3

Majikan juga hendaklah mengkaji semula program jika terdapat apa-apa pindaan pada undang- undang sedia ada atau seperti yang diarahkan oleh Ketua Pengarah.

4.4

Prosedur kecemasan

Setiap prosedur kecemasan adalah berlainan, kerana setiap prosedur kecemasan itu digubal khusus berdasarkan jenis kecemasan atau kemalangan yang mungkin berlaku. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa prinsip am yang perlu dipatuhi untuk menyediakan prosedur kecemasan yang lengkap.

4.4.1

Penggera

4.4.1.1 Sistem atau persiapan hendaklah disediakan bagi membolehkan pekerja menghidupkan penggera kecemasan, supaya tindakan paling cepat dan sesuai untuk mengawal keadaan boleh diaktifkan. Sistem penggera boleh berbeza-beza dan bergantung pada tempat kerja.

4.4.1.2 Hendaklah disediakan beberapa tempat dimana alat penggera boleh dibunyikan secara terus, melalui isyarat atau pesanan ke lokasi penjaga. Penggera hendaklah dapat menyedarkan penjaga bertanggungjawab, yang mana dia hendaklah menaksir situasi tersebut dan mengaktifkan prosedur kecemasan yang betul, dan pada masa yang sama orang menjaga hendaklah mengarahkan orang yang dibenarkan masuk untuk meninggalkan ruang terkurung dengan segera.

4.4.1.3 Di kawasan dimana tahap bunyi bising yang tinggi, adalah perlu untuk memasang lebih daripada satu penggera pemancar yang bersamanya lampu berkelip-kelip. Penggera automatik mungkin sesuai di sesetengah kawasan.

4.4.2

Tindakan kecemasan

Tindakan kecemasan ialah tindakan yang perlu diambil ketika kecemasan berlaku termasuklah urutan tindakan yang perlu dijalankan dan keputusan yang perlu dibuat untuk mengawal keadaan kecemasan. Pelan tindakan kecemasan hendaklah disediakan lebih awal.

17

kecemasan. Pelan tindakan kecemasan hendaklah disediakan lebih awal. 17 Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)

Tataamalan Industri Bekerja Selamat Di Dalam Ruang Terkurung 2010

4.4.3 Pengosongan, menyelamat dan pertolongan cemas

Prosedur pengosongan, menyelamat dan pertolongan cemas hendaklah meliputi sekurang- kurangnya yang berikut –

a) pengosongan hendaklah ke tempat perhimpunan yang selamat yang telah ditetapkan;

b) prosedur hendaklah menetapkan seseorang untuk merekodkan nama semua pekerja yang tiba di tempat berhimpun;

c) membuat pengiraan bilangan pekerja;

d) mengaktifkan pasukan penyelamat atau memanggil agensi perkhidmatan menyelamat untuk mencari pekerja yang hilang;

e) memberikan bantuan pertolongan cemas kepada orang yang tercedera, jika seseorang yang berkelayakan ada di situ; dan

f) memaklumkan hospital terdekat jika perlu.

4.4.4 Prosedur menyelamat

Prosedur kecemasan, termasuk peruntukan bagi kelengkapan menyelamat, hendaklah disediakan dan lengkap. Persiapan hendaklah mengambil kira perkara berikut –

a) bentuk dan saiz ruang terkurung;

b) jenis tugas yang akan dijalankan;

c) halangan yang ada di dalam ruang terkurung dan saiz serta kedudukan laluan masuk dan keluar dari ruang terkurung; dan

d) bilangan orang yang menghuni ruang terkurung dan bilangan orang yang dikehendaki berada di luar ruang terkurung untuk menyenggarakan kelengkapan yang perlu bagi tugasan di dalam ruang terkurung, juga memastikan komunikasi secukupnya dengan orang di dalam ruang terkurung dan juga mengawasi orang di dalam ruang terkurung supaya kerja-kerja menyelamat dapat dijalankan apabila diperlukan.

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)

supaya kerja-kerja menyelamat dapat dijalankan apabila diperlukan. Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) 18

18

Tataamalan Industri Bekerja Selamat Di Dalam Ruang Terkurung 2010

4.4.5

Komunikasi

4.4.5.1 Komunikasi merupakan satu faktor penting semasa menghadapi kecemasan. Prosedur komunikasi perlu melibatkan penyelarasan dan penyampaian maklumat di dalam syarikat atau di tapak kerja dan pihak lain. Di tempat kerja, penyelia kemasukan merupakan orang yang bertanggungjawab.

4.4.5.2 Komunikasi hendaklah diwujudkan antara orang berikut –

a) pengurus tapak;

b) penyelia kemasukan;

c) individu yang membenarkan masuk;

d) pasukan penyelamat; dan

e) mana-mana agensi perkhidmatan menyelamat dan kecemasan yang lain, contohnya, Jabatan Bomba & Penyelamat, Hospital.

19

yang lain, contohnya, Jabatan Bomba & Penyelamat, Hospital. 19 Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)

Tataamalan Industri Bekerja Selamat Di Dalam Ruang Terkurung 2010

BAHAGIAN III

KEPERLUAN TERPERINCI

5.

SISTEM PERMIT BEKERJA

5.1

Sebelum sebarang kemasukan dibenarkan, majikan hendaklah memastikan segala langkah- langkah yang dinyatakan dalam perenggan 4.2.3 dipatuhi.

5.2

Sebelum memasuki ruang terkurung, pengeluar permit bekerja yang membuat pengenalpastian pada permit bekerja hendaklah mengeluarkan permit bekerja untuk kebenaran masuk. Pengeluar permit bekerja tidak boleh bertindak sebagai penyelia kemasukan pada satu kemasukan yang sama.

5.3

Penyelia kemasukan hendaklah mematuhi syarat permit bekerja dengan menandatangani permit bekerja dan seterusnya menguruskan aktiviti kemasukan.

5.4

Permit bekerja yang lengkap hendaklah siap tersedia pada masa kemasukan untuk perhatian semua orang yang dibenarkan masuk, dengan cara meletakkannya di laluan masuk, agar orang yang dibenarkan masuk dapat memastikan segala langkah-langkah awal keselamatan telah dilaksanakan.

5.5

Tempoh masa permit bekerja dibenarkan hendaklah dinyatakan dan hendaklah tidak melebihi tempoh masa yang ditetapkan bagi menyiapkan tugas atau kerja yang dinyatakan dalam permit bekerja, menurut tujuan kemasukan atau tempoh lapan jam yang mana tempoh lebih pendek. Tempoh permit bekerja yang boleh dilanjutkan oleh penyelia kemasukan hanya maksimum empat jam dan sekali lanjutan sahaja, dengan syarat keadaan di dalam ruang terkurung adalah sama.

5.6

Penyelia kemasukan hendaklah memberhentikan serta merta kemasukan dan membatalkan permit bekerja apabila wujud keadaan atau situasi bahaya yang berlaku di dalam ruang terkurung atau berhampiran ruang terkurung, sebagai contoh, jika terdapat perubahan hazard yang meningkatkan risiko yang ketara. Apa-apa masalah yang dihadapi semasa operasi kemasukan hendaklah dicatatkan pada permit bekerja supaya semakan semula ke atas program masuk ruang terkurung dapat dibuat.

5.7

Permit bekerja hendaklah ditutup oleh penyelia kemasukan selepas semua kerja disiapkan.

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)

ditutup oleh penyelia kemasukan selepas semua kerja disiapkan. Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) 20

20

Tataamalan Industri Bekerja Selamat Di Dalam Ruang Terkurung 2010

6.

PERMIT BEKERJA

6.1

Permit bekerja di dalam ruang terkurung hendaklah dijadikan permit utama.

6.2

Permit bekerja di dalam ruang terkurung yang mematuhi Tataamalan Industri ini bagi membenarkan seseorang masuk hendaklah mengandungi maklumat-maklumat berikut –

a) lokasi ruang terkurung yang hendak dimasuki;

b) tujuan kemasukan;

c) tarikh dikeluarkan dan tempoh sah permit bekerja yang dibenarkan;

d) nama orang yang dibenarkan masuk dan lain-lain maklumat yang berkaitan dirinya agar orang menjaga dapat mengenal pasti siapa yang berada di dalam ruang terkurung tersebut;

e) nama pengeluar permit bekerja yang menandatangani permit bekerja itu;

f) nama penyelia kemasukan;

g) hazard-hazard yang terdapat di dalam ruang terkurung;

h) langkah-langkah yang telah diambil untuk mengasingkan ruang terkurung tersebut serta langkah-langkah keselamatan untuk mengawal serta menghapuskan hazard-hazard tersebut sebelum kemasukan bermula. Langkah ini termasuklah dengan cara kunci keluar atau melabelkan kelengkapan serta prosedur untuk penyingkiran, pelengaian, pengalihudaraan dan pengumbahan gas-gas berhazard/beracun di dalam ruang terkurung;

i) keadaan kemasukan boleh terima. Rujuk Peraturan-peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Penggunaan dan Standard Pendedahan Bahan Kimia Berbahaya kepada Kesihatan) 2000 untuk senarai had pendedahan yang dibenarkan;

j) keputusan ujian atmosfera awal dan ujian atmosfera berkala yang dijalankan dan disertakan dengan nama penguji gas bertauliah dan seterusnya menyatakan apa jenis ujian yang dijalankan;

21

dan seterusnya menyatakan apa jenis ujian yang dijalankan; 21 Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)

Tataamalan Industri Bekerja Selamat Di Dalam Ruang Terkurung 2010

k) prosedur komunikasi yang digunakan oleh orang yang dibenarkan masuk dan orang menjaga supaya mereka dapat berhubung semasa kemasukan;

l) kelengkapan, seperti kelengkapan pelindung diri, kelengkapan ujian, kelengkapan komunikasi, sistem penggera kecemasan dan kelengkapan menyelamat yang perlu dibekalkan;

m) apa-apa maklumat lain yang perlu dimasukkan, mengikut keadaan yang ditetapkan bagi ruang terkurung yang berkenaan, untuk memastikan keselamatan orang yang dibenarkan masuk;

n) orang menjaga dan persediaan menyelamat; dan

o) apa-apa permit bekerja tambahan, seperti permit untuk kerja panas yang dikeluarkan bagi kerja yang dibenarkan di dalam ruang terkurung. Sistem permit bersepadu juga boleh diterima. Untuk maklumat tambahan bagi kerja panas, rujuk Lampiran C.

6.3

Lampiran D memberikan contoh bagi suatu permit bekerja.

7.

KEPERLUAN PENGASINGAN

7.1

Pengasingan bagi penyaluran bahan ke dalam ruang terkurung amat diperlukan bergantung kepada keadaan atau aktiviti yang sedang dijalankan di dalam ruang terkurung serta pergerakan bahan dan peralatan, ini kerana kemasukan bahan dengan tidak sengaja boleh mewujudkan hazard di dalam ruang terkurung.

7.2

Majikan hendaklah mengambil langkah positif bagi memastikan perkara berikut dijalankan tetapi tidak terhad kepada –

a) pengasingan positif bagi menghalang bahan dibawa masuk secara tidak sengaja ke dalam ruang terkurung, antaranya melalui kelengkapan seperti paip, salur, parit, tali sawat penyampai, paip khidmat, atau kelengkapan perlindungan kebakaran. Penutupan injap tidak boleh dianggap sebagai pengasingan positif;

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)

Penutupan injap tidak boleh dianggap sebagai pengasingan positif; Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) 22

22

Tataamalan Industri Bekerja Selamat Di Dalam Ruang Terkurung 2010

b) penyahtenagaan dan kunci keluar; atau penyahtenagaan dan pelabelan; atau kedua- duanya; pada mesin, pembancuh, pemutar atau kelengkapan lain yang mempunyai bahagian bergerak di dalam ruang terkurung. Keadaan ini memerlukan pengasingan tambahan, pengadang atau penyahtenagaan mesin itu sendiri bagi mengawal pembebasan tenaga tersimpan (sebagai contoh, pegas); dan

c) pengasingan bagi semua punca tenaga lain dari sumber luar ruang terkurung tetapi masih boleh menjejaskan keadaan ruang terkurung, sebagai contoh, bahan panas atau sejuk.

7.3 Kaedah pengasingan bagi bahan berhazard

Ruang terkurung hendaklah diasingkan sebelum dibenarkan masuk. Kaedah pengasingan hendaklah ditetapkan berdasarkan risiko yang terlibat dan menurut satu daripada kaedah yang dinyatakan di bawah atau dengan kaedah lain yang boleh memastikan keselamatan yang setara dengannya –

a) penanggalan injap, kepingan gelendong, atau sambungan pemanjangan pada paip yang menghala ke ruang terkurung, dan sehampir yang mungkin dengan ruang terkurung, dan menandakan atau menutup hujung paip terbuka yang menghala ke ruang terkurung. Penanda atau penutup hendaklah dikenal pasti bagi menyatakan tujuannya. Bahan yang digunakan sebagai penutup mestilah bersesuaian dengan cecair, wap atau gas yang bersentuhan dengannya. Bahan itu juga hendaklah mempunyai kekuatan yang cukup untuk menahan tekanan kerja maksimum, termasuklah hentaman tekanan yang mendadak yang boleh terbentuk di dalam paip;

b) memasukkan bilah yang menahan sepenuhnya di antara bebibir paip yang berhampiran dengan ruang terkurung;

c) jika kaedah yang diterangkan dalam (a) atau (b) tidak praktikal, pengasingan hendaklah dibuat dengan cara menutup dan mengunci, atau menutup dan meletakkan label, atau kedua-duanya, bagi sekurang-kurangnya dua injap pada paip yang menghala ke ruang terkurung. Jika sesuai, injap penyalir di antara dua injap hendaklah juga dikunci pada kedudukan terbuka atau dilabel pada kedudukan terbuka ke udara sebagai sebahagian daripada kaedah ini; dan

23

terbuka ke udara sebagai sebahagian daripada kaedah ini; dan 23 Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)

Tataamalan Industri Bekerja Selamat Di Dalam Ruang Terkurung 2010

d) jika pengasingan ruang terkurung tidak boleh dijalankan kerana ruang terlalu besar atau ruang sebahagian daripada sistem berterusan (seperti pembetung), ujian pra-kemasukan yang dijalankan menurut perenggan 8.6.1.1 sehingga pengasingan boleh dijalankan hendaklah dianggap sebagai memenuhi keperluan pengasingan.

7.4 Kaedah pengasingan bagi bahagian bergerak

Sebelum dibenarkan masuk ke dalam mana-mana ruang terkurung yang mana ia boleh bergerak, atau terdapat pemutar, kipas atau bahagian lain yang bergerak boleh berpotensi menimbulkan hazard kepada seseorang, kemungkinan berlakunya pergerakan mestilah dicegah melalui kaedah yang sesuai yang diterangkan di bawah atau melalui kaedah lain yang dapat memberikan tahap keselamatan yang setara dengannya. Jika praktikal, kelengkapan atau peranti yang menyimpan tenaga termasuklah hidraulik, pneumatik, elektrik, kimia, mekanik, haba atau jenis tenaga yang lain, hendaklah dikurangkan kepada keadaan tenaga sifar –

a) orang yang dibenarkan masuk hendaklah meletakkan kunci atau penanda, atau kedua- duanya, pada pemutus litar terbuka atau suis pengasing yang membekalkan kuasa elektrik kepada kelengkapan dengan bahagian bergerak yang berhazard, untuk menunjukkan bahawa ada orang di dalam ruang terkurung dan pengasingan itu tidak boleh dialihkan sehingga semua orang telah meninggalkan ruang terkurung itu. Jika kunci digunakan, anak kunci hendaklah disimpan oleh orang yang dibenarkan masuk;

b) jika sumber kuasa tidak boleh dikawal dengan mudah atau dengan berkesan, tali sawat atau penghubung mekanik yang lain hendaklah dibuka dan dibubuh penanda untuk menunjukkan bahawa ada orang di dalam ruang terkurung dan tali sawat atau penghubung itu tidak boleh disambung sehingga semua orang telah meninggalkan ruang terkurung itu;

c) Jika (a) dan (b) tidak praktikal, komponen boleh alih hendaklah diadang, dan suis, klac atau kawalan lain hendaklah dibubuh penanda untuk menunjukkan bahawa ada orang di dalam ruang terkurung dan pengadang dan penanda itu tidak boleh dialihkan sehingga semua orang telah meninggalkan ruang itu.

CATATAN: Jika lebih daripada seorang akan bekerja di dalam ruang terkurung, satu sistem hendaklah disediakan supaya peranti pengasing dikunci, dibubuh penanda atau kedua-duanya, oleh setiap orang yang memasuki ruang terkurung.

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)

atau kedua-duanya, oleh setiap orang yang memasuki ruang terkurung. Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) 24

24

Tataamalan Industri Bekerja Selamat Di Dalam Ruang Terkurung 2010

7.5

Membuka alat pengasingan

7.5.1

Satu sistem hendaklah disediakan bagi memastikan pembukaan sebarang kunci, penanda, atau faktor pelindung lain hanya boleh dijalankan oleh orang yang memasangnya sahaja.

7.5.2

Pengaktifan atau pentenagaan sistem hendaklah dijalankan oleh orang yang menyahaktifkan atau menyahtenagakannya atau mana-mana orang lain yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang mencukupi, dan dibenarkan oleh penyelia kemasukan atau pengeluar permit bekerja untuk melakukan tugas itu dengan betul.

8.

KEPERLUAN BAGI MEMASTIKAN RUANG ATMOSFERA YANG SELAMAT

8.1

Tiada sesiapa pun dibenarkan memasuki ruang terkurung tersebut sehinggalah had pendedahan berada di bawah had pendedahan yang dibenarkan dan semua risiko bagi hazard fizikal, kimia, ergonomik, psikologi, radioaktif dan/atau biologi dikurangkan pada tahap serendah yang boleh.

8.2

Langkah berjaga-jaga hendaklah diambil untuk mewujudkan dan mengekalkan atmosfera yang selamat di dalam ruang terkurung di sepanjang tempoh penghunian.

8.3

Langkah berjaga-jaga/tindakan hendaklah dilaksanakan untuk mengekalkan atmosfera yang selamat untuk pernafasan di dalam ruang terkurung. Tindakan berikut hendaklah diambil –

a) pembersihan awal;

b) penyingkiran;

c) ujian dan penilaian atmosfera di dalam ruang terkurung;

d) ujian semula dan/atau pemantauan; dan

e) pengalihudaraan.

Catatan: Jika keadaan dimana atmosfera selamat tidak dapat dicapai, kemasukan ke dalam ruang terkurung hendaklah dijalankan mengikut keperluan yang dinyatakan dalam perenggan 9.

25

dijalankan mengikut keperluan yang dinyatakan dalam perenggan 9. 25 Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)

Tataamalan Industri Bekerja Selamat Di Dalam Ruang Terkurung 2010

8.4

Pembersihan awal

8.4.1

Jika praktikal, semua pepejal dan cecair, yang boleh menimbulkan hazard kepada orang di dalam ruang terkurung, hendaklah dialihkan dari ruang terkurung tersebut sebelum orang tersebut dibenarkan masuk. Untuk maklumat tambahan tentang pembersihan, sila rujuk Lampiran E.

8.4.2

Proses dan kaedah pembersihan yang digunakan perlu disesuaikan bagi memenuhi setiap keadaan yang berbeza-beza. Pertimbangan hendaklah diberikan kepada bahan yang berpotensi menimbulkan bahaya yang mungkin terperangkap di dalam enap cemar, kerak atau mendapan lain.

8.4.3

Bahan yang berpotensi menimbulkan bahaya mungkin terperangkap di dalam enap cemar, kerak atau mendapan lain, binaan bata atau di belakang pelapik yang longgar, di dalam perangkap cecair, atau di dalam pemasangan alatan, dan akan dibebaskan hanya apabila, contohnya, ia diganggu atau haba dikenakan ke atasnya. Begitu juga, bahan tersebut mungkin tersekat pada sambungan saluran atau liku pada paip penyambung atau pada tempat lain yang sukar dibersihkan.

8.5

Penyingkiran

8.5.1

Jika perlu, ruang terkurung hendaklah dibersihkan daripada bahan cemar dengan menggunakan agen penyingkir yang sesuai. Langkah berhati-hati hendaklah diambil dalam penyingkiran ruang terkurung bagi mengelakkan keruntuhan penutup disebabkan perbezaan tekanan.

8.5.2

Apabila bahan cemar mudah terbakar hendak disingkirkan, kelengkapan penyingkiran dan pengalihudaraan yang direka bentuk untuk kegunaan di lokasi berhazard hendaklah digunakan dan langkah berjaga-jaga hendaklah diambil bagi menghapuskan semua punca pencucuhan, termasuk pembebasan tenaga elektrik statik.

8.5.3

Kaedah yang digunakan hendaklah memastikan apa-apa bahan cemar yang dialihkan dari ruang terkurung dilupuskan di lokasi yang tidak menimbulkan hazard kepada orang atau kelengkapan.

8.5.4

Jika gas lengai digunakan untuk penyingkiran, pengalihudaraan udara paksa hendaklah dijalankan untuk mengalihkan gas lengai ke paras boleh terima bagi memastikan keadaan kemasukan yang selamat.

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)

paras boleh terima bagi memastikan keadaan kemasukan yang selamat. Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) 26

26

Tataamalan Industri Bekerja Selamat Di Dalam Ruang Terkurung 2010

8.6

Ujian dan penilaian di dalam ruang terkurung

8.6.1

Penilaian keadaan ruang terkurung hendaklah dijalankan seperti yang berikut apabila operasi kemasukan dijalankan –

8.6.1.1 Ujian pra-kemasukan

a) uji keadaan di dalam ruang terkurung bagi memastikan wujudnya keadaan kemasukan boleh terima sebelum kemasukan dibenarkan, melainkan jika pengasingan ruang tidak boleh dijalankan disebabkan ruang terlalu besar atau ruang adalah sebahagian daripada sistem berterusan (seperti pembetung), ujian pra-kemasukan hendaklah dijalankan setakat mana yang boleh sebelum kemasukan dibenarkan;

b) atmosfera hendaklah diuji oleh penguji gas bertauliah;

c) apabila menguji hazard ruang atmosfera, ujian pertama hendaklah untuk mengesan oksigen, diikuti dengan gas dan wap mudah terbakar, dan akhir sekali gas dan wap toksik;

d) ujian dan penilaian ruang atmosfera serta pemerhatian ke atas hazard lain hendaklah dijalankan di luar ruang terkurung, sebelum kemasukan berlaku. Keputusan setiap ujian dan penilaian hendaklah direkodkan dalam permit bekerja;

e) ujian dan penilaian bagi kawasan yang berada lebih jauh di dalam ruang terkurung boleh dijalankan sebaik sahaja kawasan bersebelahan dengan laluan masuk ke dalam ruang terkurung telah dipastikan selamat; dan

f) jika keputusan ujian gagal, pengalihudaraan yang lebih berkesan hendaklah digunakan bagi mencapai keadaan kemasukan yang selamat.

8.6.1.2 Semasa kemasukan

a) Apabila kemasukan dibenarkan, keadaan kawasan dimana pekerja dibenarkan bekerja di dalam ruang terkurung hendaklah sentiasa dipantau berterusan. Uji atau pantau ruang terkurung tersebut sewajarnya untuk memastikan keadaan kemasukan boleh terima dikekalkan sepanjang tempoh kemasukan;

27

kemasukan boleh terima dikekalkan sepanjang tempoh kemasukan; 27 Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)

Tataamalan Industri Bekerja Selamat Di Dalam Ruang Terkurung 2010

b) buat penaksiran sama ada terdapat apa-apa hazard yang timbul daripada atmosfera berhazard dan keadaan suhu melampau; dan

c) jika atmosfera berhazard dikesan semasa kemasukan atau semasa bekerja di dalam ruang terkurung –

i. setiap pekerja hendaklah meninggalkan ruang itu dengan segera;

ii. penyelia kemasukan hendaklah membatalkan permit bekerja dengan segera dan menilai semula keadaan;

iii. ruang terkurung tersebut hendaklah dinilai semula untuk menentukan bagaimana atmosfera berhazard itu boleh terjadi; dan

iv. langkah-langkah hendaklah diambil untuk melindungi pekerja daripada atmosfera berhazard tersebut sebelum kemasukan seterusnya dibenarkan.

8.6.2 Ujian awal atmosfera hendaklah dijalankan oleh penguji gas bertauliah, manakala ujian berterusan boleh dijalankan oleh penguji gas bertauliah atau orang yang dibenarkan masuk. Pengawasan berterusan ke atas keadaan atmosfera hendaklah dijalankan selaras dengan hazard yang dikenal pasti dan penaksiran risiko yang telah dijalankan.

8.6.3 Ujian semula dianggap perlu kerana pembebasan gas berhazard mungkin boleh berlaku secara beransur-ansur disebabkan oleh gangguan enap cemar atau objek lain secara sengaja atau tidak sengaja, yang diperangkap atau diserap oleh bahan cemar.

8.6.4 Lampiran F memberikan syor tambahan untuk ujian atmosfera.

8.6.5 Adalah penting untuk memastikan bahawa alatan yang digunakan adalah –

a) alatan baca terus;

b) ditentukurkan menurut syor pengilang;

c) sesuai untuk mengukur kewujudan gas yang perlu diuji; dan

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)

c) sesuai untuk mengukur kewujudan gas yang perlu diuji; dan Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)

28

Tataamalan Industri Bekerja Selamat Di Dalam Ruang Terkurung 2010

d) sesetengah alatan, sebagai contoh, meter oksigen hanya digunakan untuk mengukur kandungan oksigen. Alatan ini tidak boleh digunakan untuk mengesan kewujudan apa- apa gas toksik atau mudah terbakar. Walau bagaimanapun, kini terdapat beberapa alatan yang boleh mengukur kandungan oksigen, kandungan mudah terbakar dan kandungan toksik secara serentak.

8.7

Pengalihudaraan

8.7.1

Pengalihudaraan hendaklah disediakan secara berterusan sepanjang tempoh penghunian di dalam ruang terkurung.

8.7.2

Jika pengalihudaraan udara paksa yang berterusan digunakan, perkara berikut hendaklah diikuti –

a) orang yang dibenarkan masuk tidak boleh memasuki ruang sehingga pengalihudaraan udara paksa telah menghapuskan apa-apa atmosfera berhazard;

b) pengalihudaraan udara paksa hendaklah dihalakan sewajarnya supaya dapat mengalihudarakan kawasan paling hampir dengan orang yang dibenarkan masuk berada atau akan berada di dalam ruang itu dan hendaklah berterusan sehingga dia meninggalkan ruang itu;

c) bekalan udara bagi pengalihudaraan udara paksa hendaklah daripada sumber yang bersih, bebas daripada apa-apa bahan cemar dan tidak meningkatkan hazard di dalam ruang terkurung;

d) atmosfera di dalam ruang terkurung hendaklah diuji secara berkala seperti yang diperlukan bagi memastikan pengalihudaraan udara paksa yang berterusan dapat mencegah pengumpulan atmosfera berhazard; dan

e) ekzos dari kelengkapan hendaklah dihalakan jauh daripada laluan masuk ruang terkurung atau tempat masuk kipas pengalihudaraan.

8.7.3

Jika penyelenggaraan persekitaran bekerja selamat di dalam ruang terkurung bergantung pada kelengkapan pengalihudaraan udara paksa, contohnya, kipas, kelengkapan itu hendaklah –

29

udara paksa, contohnya, kipas, kelengkapan itu hendaklah – 29 Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)

Tataamalan Industri Bekerja Selamat Di Dalam Ruang Terkurung 2010

a) sentiasa diawasi semasa ruang terkurung itu dihuni; dan

b) alat kawalan (termasuk apa-apa bekalan kuasa jauh) dapat dikenal pasti dan ditandakan dengan jelas bagi melindunginya daripada gangguan yang tidak dibenarkan.

8.7.4

Kemudahan ekzos hendaklah diatur bagi memastikan apa-apa udara tercemar yang dialirkan dari ruang terkurung tidak mendatangkan apa-apa hazard kepada orang lain atau kelengkapan.

8.7.5

Oksigen tidak boleh digunakan untuk mengalihudarakan ruang terkurung. Peningkatan oksigen (berlebihan) dalam atmosfera boleh mengakibatkan meningkatnya paras mudah terbakar dan kemungkinan berlaku letupan atau kebakaran.

9.

MEMASUKI RUANG ATMOSFERA BERHAZARD

9.1

Memasuki ruang terkurung yang mengandungi atmosfera berhazard hendaklah hanya boleh dibenarkan di bawah keadaan berikut –

a) atmosfera di dalam ruang terkurung tidak dapat menyediakan keadaan bekerja selamat walaupun semua usaha yang munasabah untuk menyingkirkan, membersihkan dan mengalihudarakan ruang telah dilakukan;

b) jenis prosedur kerja di dalam ruang terkurung mungkin merosotkan atau mencemarkan atmosfera di dalam ruang terkurung (sebagai contoh, kerja panas, mengecat, menukar mangkin atau mengalihkan enap cemar); dan

c) pengaliran udara ke dalam ruang terkurung akan menimbulkan risiko tambahan dari aspek kesihatan dan keselamatan orang yang dibenarkan masuk dan aktiviti yang dijalankan di dalamnya; atau menjejaskan produk, kelengkapan atau bahan lain yang terdapat di dalam ruang terkurung. Di bawah keadaan ini, memasuki ruang terkurung biasanya dijalankan di bawah atmosfera lengai.

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)

ruang terkurung biasanya dijalankan di bawah atmosfera lengai. Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) 30

30

Tataamalan Industri Bekerja Selamat Di Dalam Ruang Terkurung 2010

9.2 Orang yang dibenarkan masuk yang memasuki ruang atmosfera berhazard hendaklah memakai alat pernafasan serba lengkap (SCBA) yang sesuai, alat pernafasan talian udara mampat atau sistem sokongan nyawa khas bergantung pada jenis kerja dan hazard yang ada. Sebagai contoh, alat pernafasan talian udara dan alat pernafasan serba lengkap (SCBA) yang sering digunakan di kilang penapisan kimia tidak menyediakan perlindungan secukupnya bagi melindungi risiko yang berkaitan dengan kerja dalam atmosfera gas lengai atau nitrogen. Kerja ini hanya boleh dijalankan oleh orang yang dibenarkan masuk yang telah dilatih dan cekap menggunakan jenis alat pernafasan yang betul yang dibenarkan menggunakan kelengkapan untuk masuk ke dalam atmosfera berhazard.

9.3 Pengawasan gas yang berterusan bagi LEL hendaklah dijalankan semasa masuk ke dalam atmosfera berhazard. Atmosfera kurang oksigen boleh mempengaruhi keandalan eksplosimeter. Sebagai contoh, pengesan gas pemangkin yang standard boleh memberikan bacaan yang salah dalam atmosfera kurang oksigen dan oleh itu memerlukan teknik dan tafsiran keputusan yang khas. Oleh itu, jenis eksplosimeter yang betul yang boleh memberikan petunjuk yang tepat bagi paras gas mudah terbakar hendaklah digunakan dalam atmosfera berhazard.

Kerja panas tidak boleh dijalankan jika bacaan eksplosimeter melebihi 1% LEL.

Ruang terkurung tidak boleh dimasuki jika bacaan eksplosimeter sama dengan atau melebihi 10% LEL. Jika masih perlu memasuki ruang terkurung, alat pernafasan bekalan udara tekanan positif yang betul hendaklah digunakan dan kemasukan hendaklah dibuat di bawah atmosfera lengai seperti yang ditetapkan dalam perenggan 9.8.

9.4 Keperluan berikut hendaklah dimasukkan sebagai sebahagian daripada pelan menyelamat semasa memasuki persekitaran berhazard –

a) orang yang dibenarkan masuk yang memasuki atmosfera berhazard hendaklah memakai abah-abah keselamatan yang dipasang dengan tali keselamatan bagi memudahkan operasi menyelamat dalam keadaan kecemasan. Hujung tali keselamatan yang tidak dipasang hendaklah sentiasa dijaga oleh orang menjaga yang berada di luar ruang terkurung. Penggunaan tali keselamatan tidak diperlukan jika penaksiran risiko mengenal pasti halangan atau keadaan lain yang menyebabkan penggunaannya tidak praktikal atau tidak selamat, tetapi abah-abah masih perlu dipakai supaya tali keselamatan boleh dipasang dengan cepat oleh penyelamat;

31

supaya tali keselamatan boleh dipasang dengan cepat oleh penyelamat; 31 Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)

Tataamalan Industri Bekerja Selamat Di Dalam Ruang Terkurung 2010

b) bilangan alat pernafasan bekalan udara yang sesuai hendaklah diletakkan sebagai persediaan di luar ruang terkurung untuk digunakan oleh penyelamat dalam keadaan kecemasan. Bilangan minimum penyelamat hendaklah dua orang dalam satu pasukan;

c) orang yang dibenarkan masuk yang memasuki atmosfera berhazard hendaklah membawa bersamanya satu set kecemasan atau bekalan tambahan silinder udara pernafasan untuk digunakan jika berlaku kecemasan; dan

d) dalam keadaan tertentu, seperti bekerja di dalam sfera atau ruang yang tinggi, abah- abah keselamatan bersama dengan win khas, atau kapi, atau tambahan tenaga manusia mungkin perlu digunakan bagi memastikan respons yang segera dalam kecemasan yang memerlukan orang yang dibenarkan masuk dipindahkan dari ruang terkurung. Dalam keadaan ini, kelengkapan yang diperlukan hendaklah juga dipasang di lokasi kerja sebelum mula memasuki ruang terkurung.

9.5

Jika alat pernafasan talian udara mampat digunakan untuk memasuki atmosfera berhazard, gandingan talian udara hendaklah beroperasi hanya pada sistem udara pernafasan yang menggunakan gandingan khusus dengan mekanisme pengunci kembar. Gandingan tersebut tidak serasi dengan nitrogen, oksigen atau sistem gas yang lain. Injap pada talian bekalan udara khidmat, iaitu loji bagi udara atau gas lain untuk alatan yang berada di kawasan sekitarnya hendaklah dikunci dengan rantai.

9.6

Keadaan sistem talian udara mampat seperti hos dan pemasangan, bahagian penulenan udara (penapis), injap pelega tekanan, pengatur tekanan, tolok tekanan dan silinder udara mampat atau pemampat hendaklah diawasi pada setiap masa oleh kakitangan terlatih bagi memastikan bekalan udara berterusan apabila sistem talian udara sedang digunakan semasa kemasukan.

9.7

Bilangan orang yang dibenarkan masuk yang boleh memasuki ruang terkurung hendaklah dihadkan mengikut ruang yang ada, bilangan laluan kecemasan dan kemudahan menyelamat.

9.8

Memasuki ruang atmosfera lengai

9.8.1

Tujuan membawa masuk atmosfera lengai ke dalam ruang terkurung adalah seperti yang berikut –

a) pencegahan keadaan mudah terbakar dan letupan melalui penghapusan bahan api (gas, pelarut atau bahan mudah terbakar), udara atau oksigen dan tenaga dalam bentuk haba, bunga api atau nyalaan;

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)

atau oksigen dan tenaga dalam bentuk haba, bunga api atau nyalaan; Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan

32

Tataamalan Industri Bekerja Selamat Di Dalam Ruang Terkurung 2010

b) pencegahan tindak balas kimia atau pengoksidaan bahan yang terkandung di dalam ruang terkurung, contohnya untuk tujuan kawalan mutu atau pemeliharaan produk, mangkin atau bahan lain atau kelengkapan di dalam ruang terkurung; dan

c) pencegahan keadaan berhazard yang lain melalui penghapusan gas mengakis, toksik, berjangkit atau memudaratkan.

9.8.2 Pemilihan dan penggunaan gas lengai memerlukan padanan proses dan produk yang dibuat dengan berhati-hati supaya hazard lain tidak terbentuk akibat daripada tindak balas kimia.

9.8.3 Pertimbangan keselamatan khas apabila bekerja di bawah atmosfera lengai –

a) hazard utama yang berkaitan dengan atmosfera lengai ialah penyesakan sama ada akibat daripada sesaran oksigen secara langsung dalam udara atau gangguan keupayaan tubuh untuk menyerap atau mengangkut oksigen ke tisu. Kesan penyesakan ini boleh terbentuk pada jarak beberapa kaki sahaja di dalam lurang terbuka. Langkah yang sangat berhati-hati perlu diambil ketika bekerja hampir dengan lurang terbuka jika gas lengai seperti nitrogen, karbon monoksida atau gas penyesak lain digunakan atau terkandung di dalam ruang terkurung. Kawasan itu hendaklah diadang dan papan tanda amaran hendaklah dipasang di tempat yang strategik dan mudah dilihat. Kakitangan mesti menggunakan perlindungan pernafasan yang sesuai bagi mengelakkan daripada lemas disebabkan gas ini;

b) langkah yang sangat berhati-hati mestilah diambil ketika bekerja dalam atmosfera lengai yang mengandungi bahan toksik seperti karbon monoksida bagi memastikan orang yang dibenarkan masuk yang berada di dalam ruang terkurung atau kakitangan yang berada di luar ruang terkurung tidak terdedah walaupun kepada kepekatan gas yang sangat rendah. Jika tangki mengandungi bahan toksik, kepekatan bahan ini hendaklah diukur di lokasi yang sangat hampir dengan lurang terbuka di luar ruang terkurung bagi memastikan gas tidak berada pada paras yang toksik kepada pekerja;

c) jika gas lengai dibawa masuk dan dilepaskan secara tetap sebagai sebahagian daripada prosedur untuk mengekalkan atmosfera lengai di dalam ruang terkurung, satu sistem hendaklah dibentuk untuk mengekalkan tekanan atmosfera dengan berkesan dan mengawasi serta mengurangkan pembentukan tekanan di dalam ruang terkurung;

33

serta mengurangkan pembentukan tekanan di dalam ruang terkurung; 33 Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)

Tataamalan Industri Bekerja Selamat Di Dalam Ruang Terkurung 2010

d) atmosfera lengai di dalam mana-mana ruang yang berhazard serta-merta kepada nyawa dan kesihatan (IDLH), seorang orang menjaga dan dua orang lagi kakitangan kecemasan yang khas yang dilatih dalam teknik menyelamat hendaklah berada di situ dan lengkap dengan kelengkapan pelindung yang setara atau yang terbaik jika kerja menyelamat perlu dilakukan; dan

e) bekalan sokongan bebas bagi gas lengai (contohnya, N 2 ) disediakan bagi membolehkan ruang terkurung dikosongkan dan dalam keadaan selamat jika bekalan utama habis.

10.

PERKHIDMATAN MENYELAMAT DAN KECEMASAN

10.1

Am

Keperluan untuk menyelamat orang yang dibenarkan masuk dari ruang terkurung dan peruntukan pertolongan cemas, sama ada di dalam ruang terkurung atau selepas diselamatkan dari ruang terkurung mungkin boleh timbul. Oleh itu, majikan hendaklah menyediakan prosedur bagi menyelamat dan pertolongan cemas, dan peruntukan ini hendaklah dirancang, disediakan dan latihan secara tetap berhubung penggunaannya hendaklah diadakan. Majikan boleh memilih untuk mendapatkan bantuan daripada agensi perkhidmatan menyelamat seperti Jabatan Bomba & Penyelamat, Hospital dan lain-lain.

10.2

Prosedur menyelamat

Prosedur menyelamat, termasuk peruntukan kelengkapan menyelamat seperti yang ditetapkan dalam perenggan 4.4.4 hendaklah disediakan dan dilaksanakan.

10.3

Perkhidmatan menyelamat dan kecemasan.

Prosedur dan kaedah memanggil perkhidmatan menyelamat dan kecemasan hendaklah disediakan dan dilaksanakan. Program ini hendaklah memasukkan prosedur menyelamat orang yang dibenarkan masuk dari ruang terkurung, menyediakan perkhidmatan kecemasan yang perlu untuk menyelamatkan orang yang dibenarkan masuk, dan menghalang kakitangan yang tidak diberi kuasa daripada percubaan menyelamat. Perkhidmatan menyelamat dan kecemasan boleh dipanggil dengan kadar segera.

10.4

Majikan hendaklah menyediakan latihan tetap tentang penggunaan kelengkapan pelindung diri yang betul.

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)

tetap tentang penggunaan kelengkapan pelindung diri yang betul. Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) 34

34

Tataamalan Industri Bekerja Selamat Di Dalam Ruang Terkurung 2010

10.5 Semua kakitangan yang akan terlibat dalam kerja menyelamat dari ruang terkurung hendaklah mengetahui bahawa –

a) prosedur menyelamat yang terancang dan sempurna adalah penting dan hendaklah sentiasa dipatuhi setiap masa; dan

b) pada masa kecemasan, tindak balas serta merta untuk segera memasuki dan menjalankan kerja menyelamat dari ruang terkurung boleh membawa kepada pelbagai hazard, bukan sahaja orang yang hendak diselamatkan tetapi juga orang yang cuba menyelamatkan mangsa.

10.6 Keperluan berikut dikenakan kepada majikan yang pekerja di bawahnya perlu memasuki ruang terkurung untuk menjalankan perkhidmatan menyelamat –

a) majikan hendaklah memastikan setiap ahli perkhidmatan menyelamat disediakan dengan, dan dilatih menggunakan kelengkapan pelindung diri dan kelengkapan menyelamat yang diperlukan untuk kerja menyelamat dari ruang terkurung dengan betul. Pasukan perkhidmatan kecemasan dan menyelamat hendaklah menghadiri kursus perkhidmatan menyelamat dan kecemasan dan memiliki sijil yang dikeluarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (BOMBA);

b) setiap ahli perkhidmatan menyelamat hendaklah dilatih melaksanakan tugas menyelamat yang diberikan. Setiap ahli perkhidmatan menyelamat juga hendaklah menerima latihan yang dikehendaki tentang orang yang dibenarkan masuk;

c) setiap ahli perkhidmatan menyelamat hendaklah menjalankan latihan kerja menyelamat ruang terkurung sekurang-kurangnya sekali setiap 12 bulan, melalui operasi menyelamat simulasi yang memerlukan mereka membawa keluar patung atau orang dari ruang terkurung yang sebenar atau dari ruang terkurung contoh. Ruang terkurung contoh hendaklah mempunyai saiz bukaan, tatarajah dan kemudahan untuk masuk yang serupa dengan jenis ruang terkurung yang akan terlibat dalam pelaksanaan kerja menyelamat;

d) setiap ahli perkhidmatan menyelamat hendaklah dilatih dalam pertolongan cemas asas dan dalam resusitasi kardiopulmonari (CPR). Sekurang-kurangnya satu orang ahli dalam perkhidmatan menyelamat memiliki sijil pertolongan cemas dan CPR yang terkini; dan

e) setiap ahli perkhidmatan menyelamat disahkan sihat fizikal dan mental untuk memasuki ruang terkurung seperti yang ditetapkan dalam perenggan 11.2.

35

ruang terkurung seperti yang ditetapkan dalam perenggan 11.2. 35 Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)

Tataamalan Industri Bekerja Selamat Di Dalam Ruang Terkurung 2010

10.7

Jika majikan memerlukan orang lain selain pekerjanya untuk menjalankan kerja menyelamat ruang terkurung, majikan hendaklah –

a) memaklumkan kepada pasukan perkhidmatan menyelamat tersebut tentang hazard- hazard yang mungkin dihadapi semasa diminta menjalankan kerja menyelamat di kemudahan majikan; dan

b) membekalkan maklumat kemasukan kesemua ruang terkurung yang ada di tempatnya bagi membolehkan pasukan penyelamat tersebut merancang dan berlatih bagi persediaan operasi menyelamat seperti yang diperlukan.

10.8

Untuk memudahkan kerja menyelamat dari luar, sistem atau kaedah menarik kembali hendaklah digunakan setiap kali orang yang dibenarkan masuk memasuki ruang terkurung, kecuali alat penarik kembali akan meningkatkan lagi risiko atau tidak berkesan untuk keseluruhan kemasukan atau tidak akan membantu menyelamatkan orang yang masuk. Sistem menarik kembali hendaklah memenuhi keperluan berikut –

a) setiap orang yang dibenarkan masuk hendaklah memakai abah-abah dada atau abah- abah penuh, dengan tali penarik kembali diikat padanya, dan

b) hujung tali penarik kembali yang satu lagi hendaklah dipasang pada peranti mekanik atau titik tetap di luar ruang terkurung dengan cara seumpamanya yang membolehkan kerja menyelamat dimulakan sebaik sahaja penyelamat menyedari bahawa kerja menyelamat perlu dilakukan. Peranti mekanik hendaklah disediakan untuk mengeluarkan kakitangan dari ruang terkurung jenis menegak yang dalamnya melebihi 1.5 meter.

11.

KEPERLUAN KESIHATAN BAGI ORANG YANG BEKERJA DI DALAM RUANG TERKURUNG

11.1

Terdapat tekanan fizikal dan tekanan psikologi berkaitan dengan bekerja di dalam ruang terkurung. Selain kualiti cahaya dan keadaan ruang terkurung yang sempit, mungkin boleh mengubah dan mengehadkan pergerakan orang bekerja, cahaya dan keadaan terkurung boleh meningkatkan masalah sedia ada seperti penglihatan menjadi kabur, kurang keseimbangan, pergerakan terhad dan peredaran darah tidak lancar.

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)

keseimbangan, pergerakan terhad dan peredaran darah tidak lancar. Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) 36

36

Tataamalan Industri Bekerja Selamat Di Dalam Ruang Terkurung 2010

11.2 Majikan hendaklah memastikan pekerja yang dibenarkan masuk dan akan bekerja di dalam ruang terkurung disahkan sihat fizikal dan mental oleh doktor kesihatan pekerjaan (OHD). Pemeriksaan boleh disesuaikan untuk mengesan perkara berikut –

a) sejarah serangan sawan, pitam atau pengsan;

b) penyakit jantung atau kerosakan jantung;

c) penyakit saluran udara kronik seperti asma, bronkitis, atau sesak nafas apabila terlalu banyak menggunakan tenaga;

d) pekak;

e) penyakit Meniere atau penyakit yang melibatkan rasa pening atau hilang keseimbangan;

f) klaustrofobia atau gangguan mental yang lain;

g) gangguan neurologi dan rangka otot seperti sakit belakang atau masalah sendi yang boleh mengehadkan pergerakan di dalam ruang terkurung;

h) keadaan yang mengehadkan pergerakan di dalam ruang terkurung seperti terlampau gemuk, hamil dan cacat fizikal;

i) penyakit metabolik;

j) cacat penglihatan yang serius; dan

k) apa-apa penyakit atau keadaan lain yang boleh menjejaskan atau membahayakan keselamatan dan kesihatan orang semasa bekerja di dalam ruang terkurung.

11.3 Berikutan dengan pengawasan kesihatan dalam subperenggan 11.2, doktor kesihatan pekerjaan (OHD) hendaklah mengeluarkan sijil kelayakan kesihatan yang sah bagi tempoh dua (2) tahun. Contoh senarai semak pemeriksaan kesihatan diberikan dalam Lampiran G, manakala contoh sijil kelayakan kesihatan diberikan dalam Lampiran H.

37

contoh sijil kelayakan kesihatan diberikan dalam Lampiran H . 37 Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)

Tataamalan Industri Bekerja Selamat Di Dalam Ruang Terkurung 2010

11.4

Orang yang dibenarkan masuk hendaklah membuat pengakuan secara bertulis bahawa dia sihat untuk memasuki ruang terkurung sebelum setiap kemasukan. Contoh perakuan status kesihatan diberikan dalam Lampiran I.

11.5

Jika penaksiran risiko menunjukkan pengawasan kesihatan tambahan diperlukan, majikan hendaklah menjalankan pengawasan kesihatan tambahan ke atas orang yang dibenarkan masuk.

11.6

Majikan hendaklah memastikan rekod pengawasan kesihatan atau salinannya disimpan dengan baik dan rekod itu hendaklah disimpan selama 30 tahun.

12.

LATIHAN

12.1

Majikan hendaklah menyediakan latihan untuk semua pekerja yang terlibat secara langsung dengan bekerja di dalam ruang terkurung, supaya pekerja dapat memperoleh kefahaman, pengetahuan dan kemahiran yang perlu untuk melaksanakan tugas yang ditetapkan di bawah Tataamalan Industri ini dengan selamat.

12.2

Latihan hendaklah disediakan untuk setiap pekerja yang terlibat –

a) sebelum pekerja diberikan tugas bagi kali pertama di bawah Tataamalan Industri ini;

b) sebelum terdapat perubahan dalam tugas yang ditetapkan;

c) apabila terdapat perubahan dalam operasi ruang terkurung yang mewujudkan hazard yang pekerja belum pernah diberi latihan; dan

d) apabila majikan mempunyai alasan untuk mempercayai bahawa terdapat perubahan pada prosedur kemasukan ruang terkurung atau terdapat kekurangan dari segi pengetahuan atau penggunaan prosedur oleh pekerja.

12.3

Keperluan latihan bagi setiap pekerja yang terlibat dalam kerja ruang terkurung seperti orang yang dibenarkan masuk, orang menjaga, penguji gas bertauliah dan penyelia kemasukan hendaklah termasuk tetapi tidak terhad kepada yang berikut -

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)

hendaklah termasuk tetapi tidak terhad kepada yang berikut - Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) 38

38

Tataamalan Industri Bekerja Selamat Di Dalam Ruang Terkurung 2010

12.3.1

Orang yang Dibenarkan Masuk dan Orang Menjaga

a) orang yang dibenarkan masuk dan orang menjaga perlu menghadiri kursus latihan tentang bekerja di dalam ruang terkurung untuk orang yang dibenarkan masuk dan orang menjaga yang dikendalikan oleh Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan (NIOSH) atau pusat pengajar yang berdaftar dengan Ketua Pengarah, dan lulus peperiksaan; dan

b) modul latihan hendaklah diluluskan oleh Ketua Pengarah.

12.3.2

Penguji Gas Bertauliah dan Penyelia Kemasukan

a) penguji gas bertauliah dan penyelia kemasukan perlu menghadiri kursus latihan untuk penguji gas bertauliah dan penyelia kemasukan yang dikendalikan oleh Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan (NIOSH) atau pusat pengajar yang berdaftar dengan Ketua Pengarah, dan lulus peperiksaan;

b) penguji gas bertauliah dan penyelia kemasukan hendaklah berdaftar dengan Ketua Pengarah; dan

c) modul latihan hendaklah diluluskan oleh Ketua Pengarah.

12.4

Latihan Semula

Kesemua empat kategori pekerja perlu menjalani kursus latihan semula setiap dua tahun menggunakan modul yang diluluskan oleh Ketua Pengarah.

12.5

Majikan hendaklah menyimpan rekod latihan yang dikehendaki di bawah perenggan 12.2. Rekod itu hendaklah mengandungi nama semua pekerja yang telah menghadiri latihan, keputusan peperiksaan atau ujian, tandatangan atau parap pelatih, dan tarikh latihan. Rekod hendaklah mudah diperoleh untuk semakan oleh pekerja, ahli jawatankuasa keselamatan dan kesihatan atau Ketua Pengarah.

39

ahli jawatankuasa keselamatan dan kesihatan atau Ketua Pengarah. 39 Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)

Tataamalan Industri Bekerja Selamat Di Dalam Ruang Terkurung 2010

13.

LANGKAH BERJAGA-JAGA TAMBAHAN SEMASA MENGHUNI RUANG TERKURUNG

13.1

Kelengkapan elektrik mudah alih

13.1.1

Apa-apa lampu tangan, peralatan elektrik atau kelengkapan elektrik mudah alih yang lain yang hendak digunakan di dalam ruang terkurung hendaklah disambung dengan bekalan voltan yang sangat rendah dan bebas bumi selaras dengan standard yang diiktiraf oleh Suruhanjaya Tenaga.

13.1.2

Selain itu, kelengkapan hendaklah dipasang dengan kabel bekalan yang fleksibel daripada jenis tahan lasak. Kabel hendaklah diletakkan, digantung atau diadang bagi meminimumkan kerosakan yang tidak disengajakan.

13.1.3

Jika atmosfera mudah terbakar mungkin wujud, semua kelengkapan elektrik mudah alih seperti lampu, lampu suluh dan kelengkapan elektrik yang lain hendaklah jenis tahan letupan dan selamat.

13.2

Kesesuaian dan keselamatan kelengkapan bukan elektrik

13.2.1

Jika atmosfera mudah terbakar mungkin wujud, langkah berjaga-jaga hendaklah diambil bagi menghapuskan semua punca pencucuhan.

13.2.2

Jika boleh, penggunaan peralatan pneumatik lebih diutamakan.

13.2.3

Setakat yang boleh dipraktikkan, silinder gas mampat selain yang digunakan untuk alat pernafasan serba lengkap (SCBA) atau alat pernafasan kecemasan, tidak boleh dibawa masuk ke dalam ruang terkurung. Gas mampat yang dibekalkan kepada kelengkapan di dalam ruang terkurung hendaklah ditutup pada injap silinder dan hos hendaklah dialihkan dan dinyahtekanan di luar ruang terkurung jika tidak digunakan. Hos yang membekalkan gas kepada kelengkapan operasi gas yang digunakan di dalam ruang terkurung hendaklah diletakkan, digantung atau diadang bagi mengelakkan kerosakan yang tidak disengajakan.

13.2.4

Jika tangga mudah alih digunakan, perhatian khusus hendaklah diambil bagi memastikan ia dibina dengan baik dan dipasang dengan kukuh bagi mengelakkannya daripada bergerak.

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)

dan dipasang dengan kukuh bagi mengelakkannya daripada bergerak. Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) 40

40

Tataamalan Industri Bekerja Selamat Di Dalam Ruang Terkurung 2010

13.3

Penyelenggaraan kelengkapan yang digunakan untuk masuk

13.3.1

Semua kelengkapan hendaklah diperiksa sebelum digunakan.

13.3.2

Kelengkapan yang digunakan untuk tujuan masuk ke dalam ruang terkurung atau perkhidmatan kecemasan hendaklah diselenggarakan dan diperiksa dengan teliti oleh orang yang layak yang dilantik oleh majikan sekurang-kurangnya sekali sebulan.

13.3.3

Semua kelengkapan lain yang digunakan untuk masuk ke dalam ruang terkurung hendaklah disenggarakan dan diperiksa dengan teliti oleh orang yang layak yang dilantik oleh majikan menurut syor pengilang.

13.3.4

Laporan bagi setiap pemeriksaan tersebut hendaklah mudah diperoleh untuk semakan.

14.

PENYIMPANAN REKOD

14.1

Majikan hendaklah menyimpan setiap permit bekerja yang telah dibatalkan dan ditutup sekurang- kurangnya satu (1) tahun atau sehingga kemasukan berikutnya mengikut mana-mana yang lebih kemudian bagi memudahkan kajian semula program masuk ruang terkurung dibuat.

14.2

Majikan hendaklah juga menyimpan semua dokumen lain yang berkaitan tetapi tidak terhad kepada laporan pemeriksaan, penaksiran risiko, rekod latihan, rekod perubatan, pelan menyelamat, program masuk ruang terkurung dan senarai semak untuk tujuan penyemakan oleh Ketua Pengarah.

41

dan senarai semak untuk tujuan penyemakan oleh Ketua Pengarah. 41 Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)

Tataamalan Industri Bekerja Selamat Di Dalam Ruang Terkurung 2010

BAHAGIAN IV

KEWAJIPAN ORANG YANG BERTANGGUNGJAWAB

15. KEWAJIPAN MAJIKAN SEBAGAI PEMILIK INDUSTRI

Jika majikan adalah pemilik industri, majikan hendaklah –

a) memaklumkan kepada pekerjanya dan kontraktor bahawa kemasukan ruang terkurung hanya dibenarkan jika program masuk ruang terkurung yang ditetapkan di bawah Tataamalan Industri ini dipenuhi;

b) memaklumkan kepada pekerjanya dan kontraktor tentang hazard yang telah dikenal pasti sebelum ini dan pengalaman majikan dengan ruang terkurung;

c) memaklumkan kepada pekerjanya dan kontraktor tentang apa-apa langkah berjaga-jaga atau prosedur yang telah dilaksanakan oleh majikan untuk perlindungan pekerja di dalam atau berhampiran ruang terkurung di mana pekerjanya atau pekerja kontraktor akan bekerja;

d) menyelaras operasi kemasukan dengan kontraktor, semasa kedua-dua pekerja majikan dan pekerja kontraktor akan bekerja di dalam atau berdekatan ruang terkurung; dan

e) memastikan kontraktor, pengeluar permit bekerja, penyelia kemasukan, penguji gas bertauliah, orang yang dibenarkan masuk dan orang menjaga menjalankan kewajipan mereka seperti yang ditetapkan di bawah perenggan 16, 17, 18, 19, 20, dan 21 masing- masing.

16. KEWAJIPAN MAJIKAN SEBAGAI KONTRAKTOR

Jika majikan adalah kontraktor, majikan hendaklah –

a) mendapatkan semua maklumat berkaitan dengan hazard ruang terkurung dan maklumat kemasukan daripada pemilik industri;

b) bekerjasama dengan pemilik industri jika kakitangan pemilik industri dan kakitangan kontraktor akan bekerja di dalam atau berhampiran dengan ruang terkurung;

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)

akan bekerja di dalam atau berhampiran dengan ruang terkurung; Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) 42

42

Tataamalan Industri Bekerja Selamat Di Dalam Ruang Terkurung 2010

c) memberikan taklimat kepada pemilik industri tentang pelaksanaan program masuk ruang terkurung mereka;

d) memaklumkan kepada pemilik industri apa-apa hazard yang dihadapi atau yang terbentuk semasa operasi kemasukan di dalam ruang terkurung, melalui sesi soal jawab;

e) jika kontraktor merupakan pemilik tapak, maka dia hendaklah memenuhi kewajipan pemilik industri; dan

f) memastikan pengeluar permit bekerja, penyelia kemasukan, penguji gas bertauliah, orang yang dibenarkan masuk dan orang menjaga menjalankan kewajipan mereka seperti yang ditetapkan di bawah perenggan 17, 18, 19, 20 dan 21 masing-masing.

17. KEWAJIPAN PENGELUAR PERMIT BEKERJA

Setiap pengeluar permit bekerja hendaklah –

a) mempunyai

pengetahuan

terkini

tentang

hazard

yang

mungkin

dihadapi

semasa

kemasukan,

termasuk

maklumat

tentang

cara,

tanda

dan

simptom,

serta

akibat

pendedahan;

b) mengenal pasti semua hazard dan mengesyorkan langkah kawalan bagi memastikan kemasukan yang selamat;

c) memastikan tidak ada aktiviti lain yang tidak serasi di kawasan sekitar ruang terkurung;

d) memberi kebenaran permit bekerja; dan

e) mengendors pembatalan dan penutupan permit bekerja.

18. KEWAJIPAN PENYELIA KEMASUKAN

Setiap penyelia kemasukan hendaklah –

a)

mempunyai

pengetahuan

terkini

tentang

hazard

yang

mungkin

dihadapi

semasa

kemasukan,

termasuk

maklumat

tentang

cara,

tanda

dan

simptom

serta

akibat

pendedahan;

43

cara, tanda dan simptom serta akibat pendedahan; 43 Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)

Tataamalan Industri Bekerja Selamat Di Dalam Ruang Terkurung 2010

b) menyelia semua aktiviti sebelum, semasa dan selepas operasi kemasukan;

c) mengesahkan dengan cara memeriksa bahawa prosedur masuk yang betul telah dibuat pada permit bekerja, semua ujian yang ditetapkan dalam permit bekerja telah dijalankan serta semua prosedur dan kelengkapan yang ditetapkan dalam permit bekerja adalah teratur sebelum pengeluar permit bekerja mengesahkan permit bekerja tersebut dan mula membenarkan pekerja masuk;

d) menghentikan kemasukan dan membatalkan permit bekerja tersebut jika keadaan kemasukan boleh terima tidak dapat dikekalkan;

e) menutup permit bekerja selepas kemasukan selesai;

f) mengesahkan perkhidmatan menyelamat disediakan sebelum apa-apa kemasukan dan cara memanggil mereka boleh beroperasi;

g) membawa keluar individu yang tidak dibenarkan yang memasuki atau yang cuba memasuki ruang terkurung semasa operasi kemasukan;

h) menentukan operasi kemasukan selaras dengan syarat permit bekerja dan keadaan kemasukan boleh terima dapat dikekalkan, apabila tanggungjawab operasi kemasukan ruang terkurung dipindahkan dan pada sela masa yang ditentukan mengikut hazard dan operasi yang dijalankan di dalam ruang terkurung itu;

i) memberikan taklimat kepada pasukan kemasukan tentang hazard, keperluan permit bekerja dan prosedur kecemasan;

j) mengendalikan taklimat dengan kontraktor atau pekerjanya selepas operasi kemasukan ditamatkan berhubung dengan program masuk ruang terkurung dan apa-apa hazard yang dihadapi atau wujud di dalam ruang terkurung semasa operasi kemasukan;

k) memastikan cara untuk menyekat kemasukan yang tidak dibenarkan disediakan;

l) bertanggungjawab terhadap komunikasi semasa kecemasan; dan

m) apabila penyelia kemasukan dikehendaki menjadi pengeluar permit bekerja bagi permit bekerja, maka dia tidak boleh menjadi penyelia kemasukan bagi kerja yang diterangkan dalam permit bekerja itu.

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)

kemasukan bagi kerja yang diterangkan dalam permit bekerja itu. Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) 44

44

Tataamalan Industri Bekerja Selamat Di Dalam Ruang Terkurung 2010

19. KEWAJIPAN PENGUJI GAS BERTAULIAH

Setiap penguji gas bertauliah hendaklah –

a) mempunyai

pengetahuan

terkini

tentang

hazard

yang

mungkin

dihadapi

semasa

kemasukan,

termasuk

maklumat

tentang

cara,

tanda

dan

simptom

serta

akibat

pendedahan;

b) mengenal pasti semua hazard kimia dan mengesyorkan langkah kawalan bagi memastikan kemasukan yang selamat;

c) mahir tentang semua kelengkapan kemasukan ruang terkurung, contohnya, alat pernafasan kecemasan, win pengangkat orang, tripod dan lain-lain; dan

d) menguji dan mentafsirkan paras bacaan gas di dalam ruang terkurung.

20. KEWAJIPAN ORANG MENJAGA

Setiap orang menjaga hendaklah –

a) mempunyai pengetahuan tentang hazard yang mungkin dihadapi semasa kemasukan, termasuk maklumat tentang cara, tanda dan simptom serta akibat pendedahan;

b) peka akan kemungkinan kesan pendedahan ruang tekurung terhadap tingkah laku orang yang dibenarkan masuk ke ruang terkurung;

c) sentiasa menjaga dengan tepat jumlah orang yang dibenarkan masuk yang berada di dalam ruang terkurung, dan juga memastikan kaedah yang digunakan untuk mengenal pasti orang yang dibenarkan masuk adalah dapat menentukan secara tepat orang yang berada di dalam ruang terkurung;

d) memastikan bilangan orang yang dibenarkan masuk adalah sama dengan bilangan yang tertulis dalam permit bekerja;

45

adalah sama dengan bilangan yang tertulis dalam permit bekerja; 45 Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)

Tataamalan Industri Bekerja Selamat Di Dalam Ruang Terkurung 2010

e) sentiasa berada di kawasan kerja yang ditetapkan untuknya di luar ruang terkurung semasa operasi kemasukan sehingga digantikan oleh orang menjaga yang lain;

f) berkomunikasi dengan orang yang dibenarkan masuk dan/atau pengawas kebakaran, jika ada, secara tetap bagi mengawasi status orang yang dibenarkan masuk, dan memberi syarat kepada mereka untuk keluar dari ruang terkurung apabila perlu;

g) memantau aktiviti yang dijalankan di luar dan di dalam setiap ruang terkurung bagi menentukan sama ada ia selamat atau tidak bagi orang yang dibenarkan masuk untuk berada di dalam ruang terkurung dan mengarahkan orang yang dibenarkan masuk untuk mengosongkan ruang terkurung dengan segera dalam mana-mana keadaan berikut -

i. jika orang menjaga mengesan keadaan yang dilarang;

ii. jika orang menjaga mengesan perubahan tingkah laku pada mana-mana orang yang dibenarkan masuk akibat terdedah kepada bahaya;

iii. jika orang menjaga mengesan situasi di luar ruang yang boleh membahayakan orang yang dibenarkan masuk;

iv. jika orang menjaga tidak dapat menjalankan semua tugasnya dengan berkesan dan selamat; atau

v. jika penggera amaran teraktif.

h) memanggil perkhidmatan menyelamat dan perkhidmatan kecemasan yang lain sebaik sahaja dia mendapat tahu orang yang dibenarkan masuk memerlukan pertolongan untuk keluar menyelamatkan diri dari ruang terkurung;

i) mengambil tindakan berikut apabila mendapati orang yang tidak dibenarkan masuk mendekati atau memasuki ruang terkurung ketika kemasukan sedang berlangsung -

i. memberikan amaran kepada orang yang tidak dibenarkan masuk untuk menjauhkan diri/keluar dari ruang terkurung; dan

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)

masuk untuk menjauhkan diri/keluar dari ruang terkurung; dan Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) 46

46

Tataamalan Industri Bekerja Selamat Di Dalam Ruang Terkurung 2010

ii. memberitahu orang yang dibenarkan masuk dan penyelia kemasukan jika orang yang tidak dibenarkan masuk didapati memasuki ruang terkurung;

j) menjalankan kerja menyelamat dari luar seperti yang ditetapkan dalam prosedur menyelamat oleh majikan;

k) tidak menjalankan apa-apa perkara yang boleh mengganggu tugas utama orang menjaga untuk mengawasi dan melindungi orang yang dibenarkan masuk; dan

l) mengawasi keadaan kelengkapan yang diperlukan untuk kerja kemasukan yang selamat seperti pencahayaan dan pengalihudaraan.

21. KEWAJIPAN ORANG YANG DIBENARKAN MASUK

Setiap orang yang dibenarkan masuk hendaklah –

a) mempunyai pengetahuan tentang hazard yang mungkin dihadapi semasa kemasukan, termasuk maklumat tentang cara, tanda dan simptom serta akibat pendedahan;

b) mengaku bahawa dia sihat secara bertulis sebelum memasuki ruang terkurung seperti yang ditetapkan dalam Lampiran I;

c) menggunakan kelengkapan yang diperlukan untuk bertugas termasuk kelengkapan pelindung diri dengan betul;

d) sentiasa berkomunikasi dengan orang menjaga dan memberitahu orang menjaga apabila –

i. dia mengecam sebarang tanda amaran atau simptom pendedahan kepada keadaan merbahaya; atau

47

atau simptom pendedahan kepada keadaan merbahaya; atau 47 ii. dia mengesan keadaan yang dilarang. Jabatan Keselamatan

ii. dia mengesan keadaan yang dilarang.

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)

Tataamalan Industri Bekerja Selamat Di Dalam Ruang Terkurung 2010

e) keluar dari ruang terkurung secepat yang mungkin apabila –

i. ada arahan mengosongkan ruang diberikan oleh orang menjaga atau penyelia kemasukan;

ii. dia mengecam sebarang tanda amaran atau simptom pendedahan kepada keadaan berbahaya;

iii. dia mengesan keadaan yang dilarang; atau

iv. penggera pengosongan teraktif.

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)

keadaan yang dilarang; atau iv. penggera pengosongan teraktif. Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) 48

48

Tataamalan Industri Bekerja Selamat Di Dalam Ruang Terkurung 2010

RUJUKAN

CAIRNS, J. Working in Confined Spaces. The Safety & Health Practitioner. June 1993. pp. 35-37.

GOVERNMENT OF MALAYSIA. Factories and Machinery (Safety, Health and Welfare) Regulations 1970 [Revised 1983]. Kuala Lumpur, JPN, 1983. P.U. (A) 114/1983.

Factories and Machinery (Steam Boiler and Unfired Pressure Vessel) Regulations 1970. Kuala Lumpur, JCK, 1970. P.U. (A) 5/1970.

Occupational Safety and Health Act, 1994. Kuala Lumpur, PNMB, 1994. Act 514.

HEALTH AND SAFETY EXECUTIVE. Entry into Confined Spaces. London, HMSO, 1977. Guidance Note GS 5.

INTERNATIONAL LABOUR OFFICE. Safety and Health in Construction : An ILO Industry Code of Practice. Geneva, International Labour Office, 1992.

KLEINFELD, M.

Health and Safety. 3 rd . (Rev.) Ed., Vol. 1, Geneva, International Labour Office, 1983. pp. 528-530.

Confined Spaces.

In:

Parmeggiani, L. (Tech. Ed.).

Encyclopaedia of Occupational

REKUS, J.F. Invisible Confined-Space Hazards Require Comprehensive Entry Program. Occupational Health & Safety. Vol. 59, No. 8, 1990. pp. 38-42.

STANDARDS AUSTRALIAN / STANDARDS NEW ZEALAND NZS 2865:2001

Safe Working in a Confined Space. AS/

U.K. CROWN GOVERNMENT. HMSO, 1961.

The Construction (General Provisions) Regulations 1961.

London,

The Shipbuilding and Shiprepairing Regulations 1960. London, HMSO, 1960.

U.S. DEPT. OF LABOR, OCCUPATIONAL SAFETY & HEALTH ADMINISTRATION. Permit-Required Confined Spaces for General Industry. 29 CFR Parts 1910.146. 1993.

49

Confined Spaces for General Industry . 29 CFR Parts 1910.146. 1993. 49 Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)

Tataamalan Industri Bekerja Selamat Di Dalam Ruang Terkurung 2010

1. AM

LAMPIRAN A

CONTOH PENAKSIRAN RISIKO (maklumat)

Contoh penaksiran risiko yang berikut memberikan penaksiran bagi pertimbangan yang boleh digunakan untuk kerja di dalam ruang terkurung. Penaksiran risiko ini bersifat umum dan boleh digunakan untuk kerja di dalam ruang terkurung, seperti dandang, bekas bertekanan, silo, lubang, paip, pembetung, aci atau salur.

2. CONTOH PENAKSIRAN RISIKO

Bahagian 1

Kerja yang hendak dijalankan:

Memasukkan dan mengimpal simpang sisi ke dalam talian paip kira-kira 10 meter dari titik kemasukan ke dalam ruang terkurung.

Bahagian 2

Jenis kaedah kerja yang ada yang boleh digunakan:

Kaedah (a):

Menjalankan kerja di luar ruang terkurung. Kaedah ini bukan pilihan yang baik jika tapak kerja terlalu jauh.

Kaedah (b):

Memasuki ruang terkurung untuk menjalankan kerja dengan menggunakan pengalihudaraan udara paksa dan perlu berhati-hati supaya gas ekzos tidak tersebar semula. Gunakan pengawasan gas yang berterusan.

Kaedah (c):

Memasuki ruang terkurung untuk menjalankan kerja dengan menggunakan alat pernafasan bekalan udara. Gunakan pengawasan gas yang berterusan.

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)

pernafasan bekalan udara. Gunakan pengawasan gas yang berterusan. Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) 50

50

Tataamalan Industri Bekerja Selamat Di Dalam Ruang Terkurung 2010

Bahagian 3

Hazard yang wujud

 
 

Tahap risiko yang dianggarkan RENDAH - - - - TINGGI

 

1

2

3

4

5

Agen kimia:

 

(a)

Paras hidrogen sulfida yang memudaratkan daripada endapan yang mengganggu

4

(b)

Gas atau wap boleh terbakar daripada penguraian bahan organik atau penyusupan bahan mudah terbakar melalui bahagian paip yang pecah

3

(c)

Potensi letupan debu terjadi

1

(d)

Kekurangan oksigen daripada proses pengaratan

4

Agen fizikal:

 

(a)

Banjir akibat kegagalan paip alur keluar atau struktur berkaitan

3

(b)

Lampau haba

1

(c)

Bunyi bising

2

Bahagian 4

Butiran kaedah sebenar yang hendak digunakan bagi kerja tertentu:

Kaedah (b) Bahagian 2 akan digunakan bersama dengan butiran khas berikut yang perlu diambil perhatian dan dipatuhi:

a) Menyediakan pengalihudaraan udara paksa melalui terowong (ruang terkurung) pada kadar aliran 1500 liter sesaat.

b) Mencegah pengaliran semula gas ekzos.

c) Membuka semua hac.

d) Melencongkan aliran ke satu sisi semasa kerja dijalankan di sisi yang satu lagi.

e) Menyekat aliran terputus-putus yang kecil yang bersebelahan dengan titik kemasukan.

51

terputus-putus yang kecil yang bersebelahan dengan titik kemasukan. 51 Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)

Tataamalan Industri Bekerja Selamat Di Dalam Ruang Terkurung 2010

f) Menyisipkan kepingan penanda pada injap antara talian terpam dengan talian graviti.

g) Memutuskan sambungan paip dari injap pada talian aliran graviti dan menyisipkan kepingan penanda.

h) Menjirus bersih sebelum mengendalikan kerja keluli.

i) Mengawasi keadaan gas secara berterusan seperti yang berikut –

i. Jika ada apa-apa bahan mudah terbakar, tutup saluran pengedaran dengan papan lapis dan silastik sebelum apa-apa kerja panas dimulakan.

ii. Gunakan penguji gas pakar bagi pembersihan kerja panas yang berkaitan dengan pembuangan kerja keluli sedia ada.

iii. Jika mana-mana penggera gas diaktifkan, hentikan kerja dan kosongkan tempat kerja.

j) Jika oksipemotongan yang penting diperlukan atau wasap kimpalan masih terbau disebabkan oleh pengalihudaraan udara paksa yang tidak berkesan, alat pernafasan bekalan udara hendaklah dibekalkan dan dipakai semasa proses kerja.

Bahagian 5

Prosedur perkhidmatan menyelamat dan kecemasan:

a) Tripod dan abah-abah keselamatan hendaklah digunakan untuk masuk. Pakai abah-abah keselamatan dan kelengkapan pelindung diri lain yang sesuai, semasa bekerja.

b) Bawa bekalan oksigen untuk kecemasan.

c) Komunikasi dengan orang menjaga dan perkhidmatan kecemasan sama ada melalui radio atau telefon hendaklah disediakan.

d) Orang menjaga dan orang yang kompeten hendaklah dilatih sepenuhnya dalam prosedur menyelamat dan pertolongan cemas.

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)

dilatih sepenuhnya dalam prosedur menyelamat dan pertolongan cemas. Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) 52

52

Tataamalan Industri Bekerja Selamat Di Dalam Ruang Terkurung 2010

LAMPIRAN B

CONTOH BORANG PENAKSIRAN RISIKO

Bahagian 1

Kerja yang hendak dijalankan:

Bahagian 2

Jenis kaedah kerja yang ada yang boleh digunakan:

 

Kaedah (a)

Kaedah (b)

Kaedah (c)

Kaedah (d)

Bahagian 3

Hazard yang wujud:

 

Tahap risiko yang dianggarkan RENDAH - - - - - - - > TINGGI

1

2

3

4

5

Agen kimia:

(a)

Gas atau wap boleh terbakar

- - - - - - - - - - - - - - -

(b)

Debu letupan yang berpotensi

- - - - - - - - - - - - - - -

(c)

Kekurangan atau berlebihan oksigen

- - - - - - - - - - - - - - -

Agen fizikal:

(a)

Lampau haba

- - - - - - - - - - - - - - -

(b)

Bunyi bising

- - - - - - - - - - - - - - -

Bahagian 4

Butiran kaedah sebenar yang hendak digunakan bagi kerja tertentu:

Bahagian 5

Prosedur kecemasan dan menyelamat:

53

kerja tertentu: Bahagian 5 Prosedur kecemasan dan menyelamat: 53 Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)

Tataamalan Industri Bekerja Selamat Di Dalam Ruang Terkurung 2010

LAMPIRAN C

SYOR TAMBAHAN BAGI PENGENDALIAN KERJA PANAS DI DALAM RUANG TERKURUNG

1.

AM

Langkah berhati-hati yang khusus perlu diambil apabila kerja panas dijalankan di dalam ruang terkurung.

2.

PERMIT BEKERJA

2.1

Kerja panas di dalam atau pada permukaan luar ruang terkurung yang dihuni tidak boleh dimulakan sehingga permit bekerja untuk kerja panas dikeluarkan.

2.2

Permit bekerja untuk kerja panas hendaklah mengesahkan langkah berjaga-jaga yang betul telah diambil dan hendaklah menyatakan kekerapan apa-apa ujian yang perlu bagi memastikan keadaan yang selamat dikekalkan.

2.3

Aspek yang perlu diambil kira apabila mempertimbangkan pengeluaran permit bekerja untuk kerja panas hendaklah termasuk yang berikut –

a) apabila ruang terkurung atau ruang bersebelahannya mengandungi cecair, wap atau gas mudah terbakar atau boleh terbakar, permit bekerja untuk kerja panas hendaklah dikeluarkan hanya selepas pemeriksaan dan ujian dilakukan bagi memastikan keperluan berikut dicapai -

i. kepekatan wap atau gas mudah terbakar dalam atmosfera di bawah 10% LEL;

ii. sisa cecair dan pepejal telah dialihkan seperti yang diperlukan untuk mencegah pembebasan wap atau gas mudah terbakar yang akan meningkatkan kepekatan melebihi 10% LEL;

iii. melalui ujian didapati semua paip di dalam ruang terkurung tidak mengandungi wap atau gas mudah terbakar dengan kepekatan melebihi 10% LEL.

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)

wap atau gas mudah terbakar dengan kepekatan melebihi 10% LEL. Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)

54

Tataamalan Industri Bekerja Selamat Di Dalam Ruang Terkurung 2010

b) bagi ruang terkurung mengandungi bahan kering yang boleh mewujudkan atmosfera letupan apabila terserak dalam udara, permit bekerja untuk kerja panas hendaklah dikeluarkan hanya selepas pemeriksaan dijalankan bagi memastikan debu bebas telah dikeluarkan dari ruang terkurung dan semua permukaan yang berkenaan telah dibersihkan; dan

c) jika kelengkapan pemadam api tetap, sama ada dengan kawalan pengaktifan manual atau automatik digunakan untuk melindungi ruang terkurung, kelengkapan itu hendaklah diasingkan betul-betul jika ruang terkurung itu dihuni. Perlu diperhatikan buangan daripada sistem pemadam api tertentu boleh menyebabkan atmosfera di dalam ruang terkurung tercemar dan menjadi berbahaya dengan cepat. Perlindungan kebakaran lain hendaklah disediakan di dalam ruang terkurung seperti menyediakan pemadam api mudah alih dengan saiz dan jenis yang sesuai dan dalam bilangan yang cukup. Pemadam api mudah alih CO 2 tidak boleh digunakan di dalam ruang terkurung.

3. PENCEGAHAN KEBAKARAN

Langkah pencegahan kebakaran yang berikut hendaklah diambil tetapi tidak terhad kepada –

a) semua bahan boleh terbakar, termasuk apa-apa sisa kering, di sekitar kawasan kerja panas hendaklah dialihkan ke tempat yang selamat. Jika tidak boleh dialihkan, bahan tersebut hendaklah ditutup dengan kain penutup tidak boleh terbakar, kain terpal tahan nyalaan, atau cara lain untuk mencegah pencucuhan daripada haba, percikan api dan sanga;

b) pertimbangan hendaklah dibuat untuk menugaskan pengawas kebakaran di dalam ruang terkurung semasa kerja panas sedang dilakukan di dalam ruang terkurung;

Catatan: Pengawas kebakaran bermaksud pekerja yang pernah menghadiri kursus latihan memadam kebakaran asas dan kursus latihan bekerja di dalam ruang terkurung untuk orang yang dibenarkan masuk dan orang menjaga, dan lulus ujian atau peperiksaan, yang ditempatkan di dalam ruang terkurung yang mengawasi dan memperhatikan aktiviti bahaya yang dilakukan oleh orang yang dibenarkan masuk seperti kerja panas. Latihan tambahan pertolongan cemas dan CPR adalah satu kelebihan.

55

Latihan tambahan pertolongan cemas dan CPR adalah satu kelebihan. 55 Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)

Tataamalan Industri Bekerja Selamat Di Dalam Ruang Terkurung 2010

Pengawas kebakaran hendaklah –

i. mengetahui hazard yang dihadapi semasa kemasukan, termasuk cara, tanda, simptom dan akibat pendedahan;

ii. memastikan kawasan kerja dan kawasan bersebelahan dijaga supaya berada dalam keadaan selamat;

iii. memberikan amaran kepada orang yang dibenarkan masuk di tapak tentang apa- apa hazard kebakaran yang wujud di kawasan tersebut;

iv. berkomunikasi dengan orang menjaga dari semasa ke semasa berhubung dengan status orang yang dibenarkan masuk;

v. bersedia memadamkan apa-apa nyalaan yang tidak dikehendaki yang mungkin berlaku;

vi. memberitahu orang menjaga tentang situasi berbahaya;

vii. memberikan arahan supaya keluar kepada semua orang yang dibenarkan masuk apabila situasi mewajarkan berbuat demikian, atau apabila diarahkan oleh orang menjaga atau penyelia kemasukan; dan

viii. berada di luar ruang terkurung bagi tempoh yang munasabah selepas kerja disiapkan berdasarkan penaksiran risiko, bagi memastikan tiada aktiviti yang boleh mengakibatkan pembebasan gas mudah terbakar.

c) jika kimpalan atau pemotongan hendak dilakukan di atas kelompang tangki atau sempadan beraliran pada ruang terkurung, langkah berjaga-jaga yang sama hendaklah diambil di dalam dan di luar ruang di mana kerja panas dijalankan;

Catatan: Percikan api daripada penusukan langsung atau pemindahan haba juga akan mewujudkan letupan atau hazard kebakaran di dalam ruang bersebelahan di luar ruang terkurung.

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)

kebakaran di dalam ruang bersebelahan di luar ruang terkurung. Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) 56

56

Tataamalan Industri Bekerja Selamat Di Dalam Ruang Terkurung 2010

d) sebelum kerja panas dijalankan di atas permukaan yang ditutup dengan pengawet atau salutan pelindung yang lain, kemudahbakaran dan produk penguraian haba bagi salutan hendaklah diambil kira;

e) jika salutan itu mudah terbakar, ia hendaklah ditanggalkan dari kawasan kerja panas bagi mencegah pencucuhan. Hos bomba bertekanan dan muncung yang sesuai atau kelengkapan memadam api yang lain, atau kedua-duanya hendaklah disediakan;

f) jika kimpalan arka ditangguhkan dalam tempoh yang panjang, seperti waktu makan tengah hari atau semalaman, punca kuasa bagi kelengkapan hendaklah dinyahtenagakan, semua elektrod hendaklah ditanggalkan daripada pemegangnya, dan pemegang hendaklah diletakkan sebegitu rupa supaya terkena dengan tidak sengaja atau pengarkaan tidak berlaku;

g) jika kimpalan atau pemotongan arka ditangguhkan dalam tempoh yang panjang seperti waktu makan tengah hari atau semalaman, lampu suluh dan injap silinder hendaklah dipadamkan. Lampu suluh dan hos hendaklah ditanggalkan dan dinyahtekanan di luar ruang terkurung; dan

h) jika boleh, silinder gas mampat atau pancarongga yang berkaitan, selain yang digunakan untuk alat pernafasan serba lengkap atau alat pernafasan kecemasan, hendaklah diletakkan di luar ruang terkurung.

4. KAWALAN WASAP

Wasap hendaklah dikawal seperti yang berikut tetapi tidak terhad kepada –

a) sebelum kerja panas dimulakan di atas permukaan logam yang bersalut, atmosfera di dalam ruang terkurung hendaklah diuji bagi memastikan wap atau gas mudah terbakar daripada salutan dengan takat kilat yang lebih rendah daripada suhu ambien tidak melebihi 10% LEL;

b) semasa kerja panas tersebut dijalankan, pengawasan berterusan hendaklah dilakukan bagi memastikan had tersebut tidak melebihi had yang sepatutnya;

57

bagi memastikan had tersebut tidak melebihi had yang sepatutnya; 57 Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)

Tataamalan Industri Bekerja Selamat Di Dalam Ruang Terkurung 2010

c) di dalam ruang terkurung, semua permukaan yang ditutup dengan salutan yang boleh mengurai menjadi komponen toksik, mengakis atau merengsa di bawah kerja panas hendaklah ditanggalkan dan dialihkan dari kawasan penggunaan haba. Salutan juga hendaklah dialihkan pada jarak yang mencukupi (ditentukan melalui penaksiran risiko) dari kawasan yang hendak dipanaskan, untuk meminimumkan kenaikan suhu logam yang tidak ditanggalkan. Selain itu, penyejukan buatan bagi logam di sekeliling kawasan kerja panas mungkin diperlukan bagi mengehadkan saiz permukaan yang perlu dibersihkan;

Catatan: Salutan biasa yang boleh menimbulkan hazard termasuk zink, kadmium, cat plumbum, cat dan plastik lain yang tertentu.

d) jika penanggalan tidak wajar dilakukan, semua orang di dalam ruang terkurung hendaklah memakai alat pelindung pernafasan yang sesuai dan kelengkapan pelindung diri yang lain, mengikut sewajarnya; dan

e) cara untuk mengalirkan udara tercemar keluar dari ruang terkurung hendaklah disediakan. Ekzos hendaklah dihalakan ke arah yang tidak menimbulkan hazard kepada mana-mana orang atau kelengkapan dan tidak tersebar semula dengan tidak sengaja ke dalam ruang terkurung.

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)

tidak tersebar semula dengan tidak sengaja ke dalam ruang terkurung. Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)

58

Tataamalan Industri Bekerja Selamat Di Dalam Ruang Terkurung 2010

LAMPIRAN D

CONTOH BORANG PERMIT BEKERJA BAGI MEMASUKI RUANG TERKURUNG

1.

AM

(a)

Lokasi Kerja

(b)

Pekerja yang Ditugaskan

(c)

Kontraktor Luar

2.

BUTIRAN KERJA

Butiran kerja yang hendak dijalankan –

(a)

Masa Kemasukan yang Dipohon ……………………(jam) hingga…………………… (jam)

(b)

Tarikh Kemasukan yang Dipohon

(c)

Pemohon

Tandatangan:…………………

Tarikh :

SEMUA BUTIRAN BERIKUT BAGI PERMIT INI HENDAKLAH DISAHKAN SEBELUM KERJA BOLEH DIJALANKAN DAN HANYA KERJA YANG DISENARAIKAN SAHAJA YANG BOLEH DIJALANKAN

3. PENGASINGAN RUANG TERKURUNG

Perkara yang ditandakan di bawah telah diasingkan atau dipastikan selamat:

(a)

Talian paip (Air, Stim, Gas, dan lain-lain)

(b)

Pemacu Mekanik/Elektrik

(c)

Enap cemar/Endapan/Sisa

(d)

Bahan memudaratkan

(e)

Perkhidmatan elektrik

(f)

Notis amaran, kunci atau penanda telah dipasang sebagai cara pengasingan

(g)

Kawasan bersebelahan

(h)

Lain-lain

Disahkan oleh Penyelia Kemasukan

Tandatangan:……………Tarikh:

Tataamalan Industri Bekerja Selamat Di Dalam Ruang Terkurung 2010

4. KEPERLUAN UJIAN ATMOSFERA

Jenis kelengkapan pengesan gas:……………………………… Nombor siri:…………………………………

Atmosfera telah diuji untuk memastikan tiada kekurangan atau berlebihan oksigen dan bagi bahan cemar berikut:

(Isikan butiran dan keputusan ujian)

(a)

(19.5%<O 2 <23.5% )

(b)

(Kepekatan Gas Mudah Terbakar <10% LEL)

(c)

(CO < 25 ppm)

(d)

( H 2 S <10 ppm )

(e)

Gas lain………………………………

Pengawasan berterusan atmosfera diperlukan/tidak diperlukan* (*Potong yang tidak berkenaan)

Keadaan berikut adalah selamat untuk dimasuki dengan syarat seperti ditandakan di bawah:

(i)

Dengan alat pelindung pernafasan bekalan udara.

(ii)

Dengan alat pelindung pernafasan penulenan udara (bukan bekalan udara).

(iii)

Tanpa alat pelindung pernafasan.

Masa ujian

Tarikh

Penguji Gas Bertauliah

pernafasan. Masa ujian Tarikh Penguji Gas Bertauliah 5. KELENGKAPAN PELINDUNG DIRI (PPE) PPE berikut yang

5. KELENGKAPAN PELINDUNG DIRI (PPE)

PPE berikut yang ditandakan di bawah hendaklah dipakai:

(a)

Alat pelindung pernafasan bekalan udara:

Diawasi oleh:…………………………………

(b)

Alat pelindung pernafasan penulenan udara.

(c)

Tali pinggang keselamatan, abah-abah dan/atau tali keselamatan.

(d)

Pelindung mata.

(e)

Perlindungan tangan.

(f)

Perlindungan kaki.

(g)

Pakaian pelindung.

(h)

Pelindung pendengaran.

(i)

Topi keselamatan.

(j)

Lain-lain

Disahkan oleh Penyelia Kemasukan:

Tandatangan:………………Tarikh:

Tataamalan Industri Bekerja Selamat Di Dalam Ruang Terkurung 2010

6. PENGGUNAAN AGEN BAHAN KIMIA

Agen bahan kimia selain yang disenaraikan di bawah tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam ruang terkurung:

(a)

(b)

(c)

(d)

(Butiran hendaklah dilengkapkan)

Disahkan oleh Penyelia Kemasukan:

Tandatangan:……………Tarikh:

7. KERJA PANAS

Langkah berjaga-jaga yang ditandakan di bawah hendaklah dipatuhi:

(a)

Kawasan bersih dan bebas daripada semua bahan yang boleh terbakar dengan mudah dalam lingkungan 15 meter.

(b)

Semua parit dalam lingkungan 15 meter ditutup dengan penutup basah tahan api.

(c)

Alat pemadam api yang sesuai di tapak berhampiran dengan punca pencucuhan.

(d)

Hos air mengalirkan air ke tapak kerja dan diuji/dibiarkan mengalirkan air.

(e)

Semua percikan api untuk kerja melebihi 2 meter di atas tanah dibendung sepenuhnya

dengan menggunakan penutup yang sesuai yang hendaklah diperiksa sebelum kerja dimulakan.

(f)

Mesin kimpalan/silinder gas terletak ……………………………

(tidak berada dalam lingkungan

8 meter dari mana-mana parit).

(g)

Semua mesin kimpalan/silinder gas hendaklah diletakkan di luar ruang terkurung.

(h)

Mesin kimpalan dibumikan betul-betul pada kelengkapan yang dikimpal serapat yang boleh dengan tempat kimpalan, jika boleh.

(i)

Punca tenaga tidak merintangi laluan paip atau jalan masuk.

(j)

Pengasingan kesan elektrikal di atas paip.

(k)

Salutan dialihkan pada jarak yang mencukupi dari kawasan yang hendak dipanaskan.

(l)

Lain-lain……………………………

(m)

Pengawas kebakaran Nama :………………………………….

Kerja panas adalah dibenarkan/tidak dibenarkan* di dalam ruang terkurung. (* Potong yang tidak berkenaan) Jika tidak dibenarkan (Mengapa)……………………………………………………………………

Disahkan oleh Penyelia Kemasukan:

Tandatangan:……………Tarikh:

Tataamalan Industri Bekerja Selamat Di Dalam Ruang Terkurung 2010

8.

ORANG MENJAGA DAN PERKIRAAN MENYELAMAT

(a)

Orang menjaga

Nama :……………………………….

(b)

Prosedur menyelamat dan kecemasan difahami dan telah ditampal.

(c)

Kemudahan menyelamat dan komunikasi dalam keadaan teratur.

(d)

Kakitangan penyelamat

Nama:………………………………

Nama:………………………………

Disahkan oleh Penyelia Kemasukan:

Tandatangan:……………Tarikh:

9. LANGKAH BERJAGA-JAGA YANG LAIN

Langkah berjaga-jaga yang ditandakan di bawah telah dilaksanakan:

(a)

Notis amaran/penyekat telah diletakkan di tempatnya.

(b)

Dilarang merokok/minum/makan di dalam ruang terkurung.

(c)

Langkah berjaga-jaga khas (nyatakan)

terkurung. (c) Langkah berjaga-jaga khas (nyatakan) Disahkan oleh Penyelia Kemasukan:

Disahkan oleh Penyelia Kemasukan:

Tandatangan:……………Tarikh:

10. KEBENARAN

Berdasarkan penilaian saya, ruang terkurung yang dinyatakan di atas adalah selamat untuk dijalankan kerja, dengan syarat langkah berjaga-jaga di atas dipatuhi sepenuhnya. Tarikh Kemasukan ………………………………………… Masa Kemasukan …………………(jam) hingga…………………(jam)

Pengeluar Permit Bekerja:

Tandatangan:……………Tarikh:

11. PENERIMAAN

Saya memahami prosedur yang diperlukan untuk kemasukan dan bekerja di dalam ruang terkurung serta langkah dan kelengkapan pelindung yang perlu digunakan.

Penyelia Kemasukan:

Tandatangan:……………Tarikh:

Tataamalan Industri Bekerja Selamat Di Dalam Ruang Terkurung 2010

12. LOG MASUK DAN LOG KELUAR

Kami telah diberikan taklimat dan memahami prosedur yang diperlukan untuk kemasukan dan bekerja di dalam ruang terkurung serta langkah dan perlindungan yang perlu digunakan.

Nama :………………………Waktu masuk …………Waktu keluar:………… Tandatangan………………

Waktu keluar………… Tandatangan………………

Nama :………………………Waktu masuk:……

13. TANDATANGAN KELUAR

Semua orang/kelengkapan* telah alihkan, kerja telah disiapkan/ditangguhkan* dan kemasukan selanjutnya tidak dibenarkan melainkan permit bekerja yang baru ditandatangani. Loji/jentera* dianggap sesuai/tidak sesuai* untuk digunakan. (*Potong yang tidak berkenaan)

Penyelia Kemasukan:

Pengeluar Permit Bekerja:

Tandatangan:……………Tarikh:

Tandatangan:……………Tarikh:

14. TAKLIMAT DAN PENERIMAAN KERJA YANG TELAH DISIAPKAN

Saya telah diberikan taklimat oleh Penyelia Kemasukan dan menerima kerja seperti yang ditetapkan dalam Bahagian 2 permit bekerja ini sebagai telah disiapkan.

Pemerhatian berikut terhadap aspek yang tidak memuaskan dalam operasi di dalam ruang terkurung diambil perhatian sebelum menjalankan operasi yang serupa. (Lampirkan helaian berasingan jika perlu).

Majikan/Orang yang Bertanggungjawab

Catatan: Orang yang diberi kuasa hendaklah mempunyai pengetahuan dan kemahiran bagi kerja yang tertentu itu.

63

mempunyai pengetahuan dan kemahiran bagi kerja yang tertentu itu. 63 Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)

Tataamalan Industri Bekerja Selamat Di Dalam Ruang Terkurung 2010

LAMPIRAN E

SYOR TAMBAHAN BAGI KERJA PEMBERSIHAN DI DALAM RUANG TERKURUNG

1.

AM

1.1

Lampiran ini menyenaraikan syor untuk menjalankan kerja pembersihan di dalam ruang terkurung. Syor ini merupakan tambahan kepada keperluan yang ditetapkan dalam perenggan 8.4

1.2.

Prosedur dan proses yang hendak digunakan untuk membersihkan ruang terkurung hendaklah disemak dan disahkan sebelum masuk ke dalam ruang terkurung. Kaedah yang akan ditentukan bergantung pada bahan di dalam ruang terkurung dan hazard yang mungkin timbul melalui proses pembersihan itu.

1.3

Jika boleh, pembersihan awal hendaklah dijalankan dari luar ruang terkurung. Pembersihan awal tersebut, termasuklah penyaliran dan pembuangan kerak, hendaklah diteruskan sehingga hazard daripada bahan cemar atmosfera telah dikurangkan serendah yang boleh.

1.4

Bahan cemar hendaklah dilupuskan melalui cara yang tidak menimbulkan hazard kepada mana- mana orang, kelengkapan atau persekitaran.

2.

HIDRO-JET

2.1

Am

Langkah berjaga-jaga am berikut hendaklah dipatuhi semasa hidro-jet dijalankan di dalam ruang terkurung tetapi tidak terhad kepada –

a) hidro-jet hendaklah sentiasa dijalankan oleh kakitangan terlatih;

b) setiap orang hendaklah disediakan dengan pakaian pelindung, kasut keselamatan kalis air, topi keselamatan dengan pelindung muka, sarung tangan pelindung, dan jika perlu, alat pelindung pernafasan yang sesuai;

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)

pelindung, dan jika perlu, alat pelindung pernafasan yang sesuai; Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) 64

64

Tataamalan Industri Bekerja Selamat Di Dalam Ruang Terkurung 2010

c) tanda amaran yang menyatakan hidro-jet sedang dijalankan hendaklah dipaparkan di lokasi yang mudah dilihat di luar ruang terkurung;

d) kawasan yang terjejas dengan hidro-jet hendaklah diadang semasa kerja sedang dijalankan;

e) jika terdapat kemungkinan wujud persekitaran mudah terbakar, muncung kelengkapan hidro-jet hendaklah dibumikan bagi mengelakkan penjanaan elektrik statik;

f) pengendali muncung hendaklah dapat melihat terus atau berkomunikasi secara lisan dengan pengendali pam;

g) pengalihan bendalir dari ruang terkurung hendaklah dilakukan secara berterusan semasa operasi, terutama jika bekerja di dalam tangki kapal, tangki bahan api, dan lain-lain; dan

h) penembak tekanan tinggi/isi padu rendah hendaklah digunakan sekejap-sekejap semasa pembersihan, dan tidak berterusan, bagi membolehkan penggantian air yang secukupnya.

2.2

Kelengkapan

Semua kelengkapan pembersihan tekanan tinggi hendaklah dipasang dengan peranti penggerak yang memerlukan pengendali dengan menggunakan tangan atau kaki memastikan injap bekalan sentiasa terbuka (injap tali mati). Selain itu, keperluan berikut bagi hos, jika boleh, hendaklah dipatuhi –

a) hos yang digunakan untuk pembersihan tekanan tinggi hendaklah mempunyai tekanan letusan sekurang-kurangnya dua kali tekanan pengendalian;

b) hos hendaklah dilabelkan bagi menunjukkan tekanan kerja dan tempoh hos telah digunakan;

c) hos yang berpintal atau menunjukkan kecacatan luar yang jelas seperti wayar bertetulang yang terdedah hendaklah dilupuskan dengan segera;

d) hendaklah berhati-hati semasa meletakkan hos pemancut air di atas tanah bagi mengelakkan kerosakan denyutan, terutamanya pada bucu;

65

tanah bagi mengelakkan kerosakan denyutan, terutamanya pada bucu; 65 Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)

Tataamalan Industri Bekerja Selamat Di Dalam Ruang Terkurung 2010

e) pengganding hendaklah mempunyai reka bentuk yang sebegitu rupa sehingga ia tidak boleh menjadi longgar atau tertanggal secara tidak sengaja semasa pengendalian; dan

f) penyelenggaraan hos hendaklah menurut syor pengilang.

3. PEMBERSIHAN STIM

Jika ruang terkurung hendak dibersihkan dengan stim, langkah berjaga-jaga berikut hendaklah dipatuhi –

a) jika terdapat kemungkinan wujud persekitaran mudah terbakar, paip atau muncung hos stim hendaklah diikat pada penutup ruang terkurung bagi menghapuskan elektrik statik;

b) suhu stim tidak boleh melebihi suhu pengautocucuhan di dalam ruang; dan

c) ruang terkurung hendaklah dibiarkan mencapai persekitaran terma boleh terima sebelum sesiapa dibenarkan masuk.

4. PEMBAGASAN PELELAS

Pembersihan melalui pembagasan pelelas hendaklah dijalankan hanya apabila alat pernafasan bekalan udara digunakan. Kelulusan Ketua Pengarah diperlukan jika pasir digunakan sebagai bahan pelelas. Penyediaan perkara berikut hendaklah juga diberi pertimbangan –

a) pencahayaan dan kebolehlihatan yang cukup bagi membolehkan kerja yang selamat diteruskan;

b) perlindungan terhadap talian udara pernafasan daripada rosak;

c) pakaian dan kelengkapan pelindung yang sesuai;

d) kelengkapan kecemasan; dan

e) peranti penggerak yang pengendali perlu memastikan supaya injap bekalan sentiasa terbuka.

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)

pengendali perlu memastikan supaya injap bekalan sentiasa terbuka. Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) 66

66

Tataamalan Industri Bekerja Selamat Di Dalam Ruang Terkurung 2010

5. PEMBERSIHAN KIMIA

Selain mewujudkan hazard kepada kesihatan, bahan kimia yang digunakan dalam operasi pembersihan juga boleh menyebabkan pembentukan atmosfera mudah terbakar. Penaksiran Risiko Kesihatan Kimia hendaklah dijalankan sebelum proses pembersihan kimia boleh dimulakan. Begitu juga, keselamatan atmosfera hendaklah dinilai semula selepas pembersihan dan sebelum kerja selanjutnya dimulakan.

67

semula selepas pembersihan dan sebelum kerja selanjutnya dimulakan. 67 Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)

Tataamalan Industri Bekerja Selamat Di Dalam Ruang Terkurung 2010

LAMPIRAN F

SYOR TAMBAHAN BAGI UJIAN ATMOSFERA (Maklumat)

1.0

PENUNJUK GAS

1.1

Faktor yang perlu diambil kira termasuk –

a) sifat gas/wap;

b) kelembapan dan suhu di dalam ruang terkurung;

c) kewujudan bahan cemar bawaan udara yang boleh mengurangkan ketepatan bacaan atau (mencemarkan) penderia;

d) kewujudan gas atau kabut mengakis, yang boleh merosakkan penderia dan memberikan bacaan salah yang menyebabkan bacaan sifar palsu;

e) keperluan penentukuran, pelarasan dan penyelenggaraan;

f) keperluan penentukuran semula semasa ujian;

g) pemeluwapan dan/atau penyerapan gas ke dalam dinding barisan pensampelan di mana ia digunakan;

h) respons alatan terhadap gas atau wap mudah terbakar pada kepekatan tinggi dan rendah (sebagai contoh, sifar palsu);

i) kekurangan oksigen menyebabkan bacaan salah bagi gas mudah terbakar;

j) peningkatan oksigen menyebabkan letupan apabila alatan bertindak sebagai punca pencucuhan;

k) perbezaan tekanan atmosfera yang boleh menyebabkan bacaan salah pada sesetengah penderia.

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)

yang boleh menyebabkan bacaan salah pada sesetengah penderia. Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) 68

68

Tataamalan Industri Bekerja Selamat Di Dalam Ruang Terkurung 2010

1.2

Kelengkapan untuk mengawasi gas, habuk dan wap mudah terbakar hendaklah benar-benar selamat. Semua kelengkapan elektronik untuk pengawasan hendaklah dilengkapi penggera boleh dengar atau boleh lihat. Alatan yang digunakan untuk menguji atmosfera di dalam ruang terkurung hendaklah dipilih berdasarkan keupayaan fungsiannya untuk mengukur kepekatan berhazard.

1.3

Selepas penyingkiran udara telah disempurnakan, peranti pengalihudaraan udara paksa, seperti pengaruh atau kipas hendaklah ditutup bagi tempoh yang sewajarnya supaya keadaan berada dalam paras atmosfera biasa untuk ujian gas dalam ruang terkurung. Jika keputusan boleh terima tidak dapat diperoleh tanpa pengalihudaraan udara paksa, maka peranti pengalihudaraan udara paksa hendaklah ditandakan dan/atau dikunci dengan sewajarnya bagi memastikan sambungannya tidak diputuskan semasa pemeriksaan atau kerja lain sedang dijalankan. Orang menjaga bertanggungjawab mengawasi operasi yang betul bagi peranti pengalihudaraan udara paksa.

1.4

Ujian ruang terkurung hendaklah dijalankan sebelum permit bekerja dikeluarkan. Ujian hendaklah menguji kewujudan gas atau wasap, endapan kimia dan jika sesuai, bekalan oksigen yang mencukupi. Keputusan yang memuaskan hendaklah diperoleh sebelum langkah selanjutnya diteruskan.

2.0

UJIAN SEMULA DAN PENGAWASAN BERTERUSAN

2.1

Majikan hendaklah menguruskan ujian ulangan ke atas oksigen dan gas berhazard pada sela masa yang mengambil kira kemungkinan berlaku perubahan dalam keadaan. Tidak ada masa tetap boleh digunakan untuk semua keadaan, tetapi tempoh antara ujian hendaklah ditetapkan secara konservatif, tidak melebihi 8 jam. Kelewatan yang ketara tidak seharusnya berlaku antara masa ujian dengan kemasukan pertama ke dalam ruang terkurung.

2.2

Kekerapan ujian semula hendaklah ditentukan oleh majikan yang tahu tentang kelengkapan dan proses. Penggunaan pengawas berterusan dengan penggera merupakan cara paling konservatif. Jika terdapat waktu rehat yang panjang dalam penghunian ruang terkurung, atmosfera hendaklah diuji semula sebelum kemasukan.

69

ruang terkurung, atmosfera hendaklah diuji semula sebelum kemasukan. 69 Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)

Tataamalan Industri Bekerja Selamat Di Dalam Ruang Terkurung 2010

Tataamalan Industri Bekerja Selamat Di Dalam Ruang Terkurung 2010 Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) 70

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)

Tataamalan Industri Bekerja Selamat Di Dalam Ruang Terkurung 2010 Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) 70

70

Tataamalan Industri Bekerja Selamat Di Dalam Ruang Terkurung 2010

Tataamalan Industri Bekerja Selamat Di Dalam Ruang Terkurung 2010 71 Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)

71

Tataamalan Industri Bekerja Selamat Di Dalam Ruang Terkurung 2010 71 Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)

Tataamalan Industri Bekerja Selamat Di Dalam Ruang Terkurung 2010

Tataamalan Industri Bekerja Selamat Di Dalam Ruang Terkurung 2010 Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) 72

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)

Tataamalan Industri Bekerja Selamat Di Dalam Ruang Terkurung 2010 Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) 72

72

Tataamalan Industri Bekerja Selamat Di Dalam Ruang Terkurung 2010

Tataamalan Industri Bekerja Selamat Di Dalam Ruang Terkurung 2010 73 Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)

73

Tataamalan Industri Bekerja Selamat Di Dalam Ruang Terkurung 2010 73 Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)

Tataamalan Industri Bekerja Selamat Di Dalam Ruang Terkurung 2010

Tataamalan Industri Bekerja Selamat Di Dalam Ruang Terkurung 2010 Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) 74

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)

Tataamalan Industri Bekerja Selamat Di Dalam Ruang Terkurung 2010 Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) 74

74

Tataamalan Industri Bekerja Selamat Di Dalam Ruang Terkurung 2010

Tataamalan Industri Bekerja Selamat Di Dalam Ruang Terkurung 2010 75 Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)

75

Tataamalan Industri Bekerja Selamat Di Dalam Ruang Terkurung 2010 75 Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)

Tataamalan Industri Bekerja Selamat Di Dalam Ruang Terkurung 2010

Tataamalan Industri Bekerja Selamat Di Dalam Ruang Terkurung 2010 Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) 76

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)

Tataamalan Industri Bekerja Selamat Di Dalam Ruang Terkurung 2010 Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) 76

76