Anda di halaman 1dari 27

ANSWER

(1)
Soalan 1 : Rumusan
Pendahuluan
Petikanmembincangkanmanfaatkunyityangdigunakanolehpelbagaimasyarakatuntuk
tujuanperubatan.
Isiisitersurat(khasiatkunyitdalambidangperubatan)
1
Ibukunyitmembantuwanitayangbarubersalinmembersihkandanmengecutkan
rahim
2
Penggunaankunyitbersamaladahitamdapatmemanaskanbadan
3
Mengubatpelbagaipenyakitdalamandanluarantubuh
4
Menyembuhkanlukadanmengurangkankesakitan
5
Melancarkanperedarandarahmanusia
6
Menghilangkanlebamdandarahbeku
7
Menghilangkanbisaakibatpatukanulartedung
8
Sebagaisalahsatubahanherbayangamatmujarabsebagaipencuci
9
Mengubatipenyakitkulitdangatalgatal
10
Mempunyaisifatantibarahdanantiradang
Isiisi tersirat (caracara untuk menyedarkan masyarakat tentang kepentingan
tumbuhanherbauntukperubatan)
1
Ceramahataukempententangkepentingantumbuhanherbauntukperubatan
2
Mediamassamemperbanyakartikeltentangkepentingantanamanherba
3
Pertandinganmenulisartikeltentangkepentinganherbadalamperubatan
4
Memperbanyakprodukkesihatanberasaskantumbuhanherba
5
Mewujudkan lebih banyak taman-taman botani untuk tujuan rekreasi dan
penyelidikan
Penutup
Kesimpulannya,penggunaankunyitdalambidangperubatanperlumendapatsokongan
daripadamasyarakatsupayaperubatanberasaskanherbadapatberkembangmajuseiring
denganperkembangandalambidangperubatanmoden.
Soalan2(a)PetikanUmum
(i)
Maksud rangkai kata 'ubat penyakit kronik' ialah penawar untuk mengubati
gangguankesihatanyangkritikal.
(ii)
Keistimewaankeistimewaan kunyit ialah sebagai rempahratus untuk
menyedapkan
masakan. Kunyit juga digunakan dalam perubatan tradisional untuk merawat
pelbagaipenyakit.Selainitu,kunyitjugadigunakandalamupacarakeagamaan
danpemujaan.
(iii)
Pada pendapat saya, sebab sebilangan masyarakat enggan berubat dengan
menggunakankunyitwalaupuntumbuhanherbainidapatmenyembuhkanpelbagaijenis
penyakitadalahkeranatumbuhankunyitbelumterbuktikeberkesanannyasebagaiubat
yang diyakini oleh masyarakat. Seterusnya, masyarakat pada masa kini lebih
mempercayaiperubatanmodenyangmudahdanringkas.Selainitu,keadaaniniberlaku

ANSWER
kerana kurangnya promosi tentang perubatan tradisional khususnya kunyit dalam
kalanganmasyarakat.
____________________End Of Answer______________________
(2)

Soalan 1 : Rumusan
Pendahuluan
Petikan membincangkan kepentingan menyertai kegiatan kokurikulum (Kok) dalam
kalanganmuridsekolah.
Isiisitersurat(faedahmenyertaiaktivitikokurikulumdisekolah)
1
Melahirkanmuridyangaktifdankreatif
2
Melahirkaninsanyangseimbangdanharmonisdarisegijasmani,emosi,rohani
danintelek
3
Memanfaatkanmasadenganmelakukanaktivitiyangberfaedah
4
Mengasahbakatuntuklebihyakindanberani
5
Menyemaiminatdanhobi
6
Membentukdisiplindansahsiahpelajar
7
Melahirkanmuridyangcemerlang
8
Menjadikanpencapaianseimbangantaraakademikdengankokurikulum
9
Memperolehnilaitambahdalamaspekkemahiran
10
Melahirkanmuridyangberfikiranpositif,matangdanberwibawa
Isiisitersirat(kesannyadarisegikesihatan)
1
Menyihatkantubuhbadan
2
Mencerdaskanminda
3
Melancarkanperedarandarahdalambadan
4
Menambahkanmetabolismebadan
5
Terhindar daripada pelbagai penyakit kronik
6
Mengelakkanobesiti
Penutup
Kesimpulannya,semuapihakperlubergandingbahuuntukmenggalakkanmuridmurid
menyertaiaktivitiKoksupayanegaradapatmelahirkangolonganyangcerdasdancergas
demimasadepannegara.
Soalan2(a)PetikanUmum
(i)
Maksudrangkaikata'mengasahbakatistimewaialahmengembangkankebolehan
semulajadiyangluarbiasa.
(ii)
TigacaraaktivitiKokdapatmemupukperpaduandalamkalanganmuridadalah
dengan mendedahkan mereka dengan semangat muafakat, bekerjasama dan
tolongmenolong.Selainitu,penglibatanmuridmuriddalamaktivitiKokdapat
mewujudkan semangat setia kawan. Seterusnya, muridmurid dapat diterapkan
dengandayakepimpinandanpengurusansertacarauntukberorganisasiapabila
bersamasamamenjalaniaktivitiKok.
(iii)
Padapendapatsaya,muridmuridkurangberminatuntukmenyertaiaktivitiKok
kerana
2

ANSWER
mereka beranggapan bahawa kegiatan kokurikulum meletihkan. Mereka juga
beranggapanbahawaKokmembuangmasa.Seterusnya,merekaberanggapanbahawa
penglibatandalamKoktidakdiambilkiradalambidangkerjaya.Selainitu,kesedaran
dalam diri muridmurid tentang kepentingan aktiviti Kok amat kurang kerana tiada
galakandaripadakeluarga.
_____________________End Of Answer______________________
(3)

Soalan 1 : Rumusan
Pendahuluan
Petikanmembincangkankesannegatifinternetterhadapmasyarakatpadahariini.
Isiisitersurat(keburukaninternetdalammasyarakat)
1
Menyalahgunakankemudahaninternetuntukkepentingansendiri
2
Laporanyangdisiarkanberdasarkankhabarangindantuduhanliar
3
Menimbulkansentimenperkaumandalammasyarakatyangberbilangkaum
4
Menggunakaninternetuntukmemburukburukkandanmenaburfitnah
5
Meningkatnyakejadianbulisiberdangangguansiber
6
Menjejaskanpertumbuhandanpembangunannegara
7
Meningkatkankospenyelenggaraan
8
Menjejaskandanmenjatuhkanmaruahdanimejindividudankeluarga
9
Mewujudkanmasyarakatantisosial
10
Menjejaskankesihatanseseorang
Isiisitersirat(langkahlangkahmengatasinya)
1
Tindakanundangundangterhadappesalahsiber
2
Kempenkesedarantentangpenggunaaninternet
3
Mengehadkantempohberoperasidikafesiber
4
Ibubapamemantauanakanakyangmenggunakaninternet
5
Guru-guru mendidik murid-murid menggunakan internet secara bijak
Penutup
Kesimpulannya, pengguna internet mestilah menggunakan internet dengan bijak demi
kesejahteraanhidupsemuapihak.
Soalan2(a)PetikanUmum
(i)
Maksudrangkaikata'jaringantelekomunikasi'ialahrangkaianperhubungan.
(ii)
Isuisu sensitif yang boleh menjejaskan hubungan antara kaum di negara kita
ialahpenyebaranartikel,khabarkhabarangindangosip.Selainitu,halhalyang
berkaitandenganagamasesuatukaumjugabolehmenjejaskanhubunganyang
sediawujudantarakaum.Seterusnya,tindakanmempertikaikanhakkeistimewaan
orangMelayujugadapatmenjejaskanhubunganantarakaumdinegarakita.
(iii)
Pada pendapat saya, dua cara internet dapat membantu muridmurid
meningkatkanprestasiakademikadalahdenganmelayarilamanwebyangbanyak
diinternetterutamayangberkaitandenganpendidikanuntukkeperluanmurid
murid mendapatkan ilmu pengetahuan yang baharu sebanyak yang mungkin.
Denganinternetjugamuridmuridjugadapatmenambahkanpengalamanapabila
3

ANSWER
berinteraksi denganrakanterutama tentang pelajaran melaluipertukaranemel
ataubualbicara.
_____________________End Of Answer______________________

(4)
Soalan 1 : Rumusan
Pendahuluan
Petikan membincangkan cara-cara menanamkan minat membaca dalam kalangan murid.
Isi-isi tersurat (usaha menanam minat membaca dalam kalangan murid oleh pihak
sekolah)
1
Pelaksanaan Program Nadi Ilmu Amalan Membaca (Nilam)
2
Guru menggalakkan pelajar berkunjung ke perpustakaan untuk membuat rujukan
3
Menyediakan ruang kecil sebagai 'Medan Membaca'
4
Mempergiat kempen membaca di peringkat sekolah
5
Mengadakan pertandingan perbahasan, pidato dan bercerita
6
Menyediakan pondok bacaan berserta bahan bacaan
7
Membaca buku oleh guru bersama murid semasa perhimpunan sekolah
8
Menjemput murid membaca ulasan atau sinopsis buku yang dibaca oleh mereka
9
Melanggan surat khabar dan majalah
10
Memperluas aktiviti akhbar dan majalah dalam kelas
Isi-isi tersirat (faedah-faedah membaca)
1
Menambahkan ilmu pengetahuan
2
Banyak maklumat yang kita peroleh
3
Melahirkan masyarakat yang berpengetahuan
4
Dapat menggunakan masa lapang dengan aktiviti membaca
5
Membaca merupakan satu hiburan
6
Melancarkan pertuturan dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris
Penutup
Kesimpulannya, kita haruslah bekerjasama untuk menyemai minat membaca khususnya
dalam kalangan murid supaya generasi masa depan negara berilmu dan berwawasan.
Soalan 2(a) - Petikan Umum
(i)
Maksud rangkai kata 'desakan peperiksaan' ialah keperluan ujian.
(ii)
Beberapa cara oleh ibu bapa untuk menyemai minat membaca dalam kalangan
anak-anak mereka adalah dengan menjadi teladan kepada anak-anak dengan cara
membaca buku di hadapan mereka. Ibu bapa juga boleh menyediakan kemudahan
bilik bacaan atau perpustakaan mini di rumah. Selain itu mereka juga boleh
menyediakan bahan bacaan yang sesuai dengan peringkat umur anak-anak
mereka.
(iii)
Pada pendapat saya, empat punca yang menyebabkan seseorang murid itu kurang
berminat untuk membaca ialah ibu bapa kurang memberi galakan. Selain itu,
murid tersebut kurang kesedaran tentang faedah dan manfaat membaca.
4

ANSWER
Seterusnya, harga bahan-bahan bacaan di pasaran yang tinggi. Akhir sekali,
pengaruh televisyen, komputer, internet dan sebagainya.
_____________________End Of Answer______________________

(5)

Soalan 1 : Rumusan
Pendahuluan
Petikan membincangkan kepentingan industri kecil dan sederhana (IKS) di negara kita.
Isi-isi tersurat (faedah industri kecil dan sederhana (IKS)
1
Wadah bagi menghasilkan perkhidmatan dan produk atau kerja tangan yang
dihasilkan oleh masyarakat kampung
2
Memberikan sumbangan yang besar terhadap perkembangan ekonomi negara
3
Menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk kampung
4
Mengurangkan kadar penghijrahan penduduk desa ke pusat-pusat bandar
5
Meningkatkan warisan budaya negara
6
Menarik perhatian pelancong untuk datang ke negara kita
7
Produknya yang terkenal menjadi identiti sesebuah kampung
8
Menggalakkan penduduk desa melibatkan diri dengan aktiviti perniagaan
9
Dahulu aktiviti ini diusahakan secara kecil-kecilan, kini usahawan IKS semakin
banyak
10
Modal dan kos penyelenggaraan yang rendah
Isi-isi tersirat (kekangan yang dihadapi untuk memajukan industri tersebut)
1
Sikap masyarakat yang kurang berminat dengan bidang pertanian
2
Kurang penggunaan teknologi moden bagi meningkatkan kualiti dan kuantiti
pengeluaran
3
Pasaran yang terhad kerana kurangnya promosi
4
Kurang penyelidikan dan kajian yang menyeluruh
5
Harga pasaran yang terlalu murah
Penutup
Kesimpulannya, masyarakat perlu menyokong penghasilan produk IKS agar hasrat
kerajaan untuk melahirkan lebih banyak usahawan IKS bertaraf global menjadi
kenyataan.
Soalan 2(a) - Petikan Umum
(i)
Maksud rangkai kata 'unik dan bermutu' ialah lain daripada yang lain serta
bernilai tinggi.
(ii)
Tiga langkah untuk memajukan industri kecil dan sederhana (IKS) di negara kita
ialah pelancaran dan penyusunan semula program Satu Daerah Satu Industri. IKS
juga dapat dimajukan dengan cara perkongsian teknologi dan kemahiran dengan
negara-negara jiran bagi menghasilkan produk tempatan yang berkualiti. Selain
itu, perubahan daya fikir, budaya kerja dan kualiti produk dilakukan oleh

ANSWER
usahawan IKS bagi menjamin produk yang dihasilkan oleh mereka lebih berdaya
maju dan kekal lama di pasaran.
(iii)
Pada pendapat saya, dua cara usahawan IKS dapat bersaing dengan jenama
produkatauperkhidmatanyangkukuhdanterkenaldipasaranadalahdenganmelakukan
inisiatif yangberbeza samaadadalambentukpenghasilan produkatau penjenamaan.
Carainipentingbagimemajukanjenamadanprodukyangbaharukeperingkatglobal.
Selainitu,usahawanIKSjugaperlumendapatkanpengiktirafanstandardyangditerima
pakai di peringkat antarabangsa. Cara ini penting bagi meningkatkan keyakinan
penggunadipasarantempatandanglobal.
_____________________End Of Answer______________________
(6)

Soalan 1 : Rumusan
Pendahuluan
Petikan membincangkan peranan guru dalam bidang pendidikan di negara kita.
Isi-isi tersurat (kepentingan guru dalam bidang pendidikan)
1
Tunggakutamakepadakeberkesananpendidikan
2
Menyampaikan pelbagai ilmu pengetahuan
3
Melahirkan generasi yang prihatin, cekap dan berwawasan
4
Mewujudkan perpaduan dalam kalangan murid
5
Membentuk murid yang berbudi pekerti, berdikari, rajin dan bertanggungjawab
6
Melahirkan masyarakat yang beriman, berakhlak, berteknologi dan berwawasan
7
Membentuk sikap berkasih sayang antara murid dengan murid dan murid dengan
guru
8
Membentukdisiplinmuridyangbaik
9
Mendidik murid menghormati guru dan rakan sebaya
10
Memberi nasihat, bimbingan dan dorongan
Isi-isi tersirat (masalah-masalah yang dihadapi untuk memperkasa profesion
keguruan)
1
Beban tugas yang terlalu banyak termasuk tugas mengajar, berkursus dan
perkeranian
2
Wujud jurang antara guru di pendalaman dengan guru di bandar
3
Kekurangan guru yang benar-benar mahir dengan subjek yang diajar
4
Kekurangan guru untuk menampung jumlah murid yang besar
5
Banyak masa terbuang kerana karenah birokrasi
Penutup
Kesimpulannya, semua pihak harus menghargai kerjaya sebagai guru agar bidang ini
dapat diperkasa bagi melahirkan modal insan yang berguna kepada agama, bangsa dan
negara.
Soalan 2(a) - Petikan Umum
(i)
Maksud rangkai kata 'tugas dan tanggungjawab' ialah kewajiban yang harus
dilaksanakan dengan penuh amanah.
(ii)
Kriteria-kriteria yang harus dimiliki oleh seseorang guru dalam menjamin
kejayaan dan keberkesanan dalam bidang pendidikan negara ialah keluhuran
peribadi yang tinggi, iaitu kesedaran, keinsafan dan tanggungjawab sebagai

ANSWER

(iii)

pendidik. Seseorang guru juga mesti mempunyai ilmu pengetahuan yang


secukupnya. Selain itu, guru juga perlu melengkapkan diri dengan pelbagai
kemahiranseiringdengankeperluansemasa.
Pada pendapat saya, profesion keguruan lebih banyak dimonopoli oleh golongan
wanita berbanding golongan lelaki kerana golongan wanita lebih penyabar untuk
menggalas tugas mengajar murid yang memerlukan tahap kesabaran yang tinggi.
Selain itu, golongan wanita bijak mengurus berpuluh-puluh orang murid dalam
satu-satu kelas kerana biasa mengurus anak-anak di rumah. Seterusnya, golongan
wanita juga dapat menerima suasana di tempat kerja yang sama dalam jangka
masa yang panjang berbanding golongan lelaki yang lebih menyukai cabaran
kerja di luar pejabat. Akhir sekali, golongan wanita juga biasa dengan kerja-kerja
perkeranian berbanding golongan lelaki yang lebih berminat dengan bidang
teknikal.

_____________________End Of Answer______________________

ANSWER

(7)

Soalan 1 : Rumusan
Pendahuluan
Petikan membincangkan usaha-usaha memartabatkan seni batik di Malaysia.
Isi-isi tersurat (langkah-langkah memartabatkan batik Malaysia)
1
Mewajibkan anggota perkhidmatan awam kecuali anggota beruniform memakai
batik pada setiap 1 dan 15 hari bulan pada setiap bulan
2
Diwajibkan untuk memakai batik buatan tempatan
3
Memberi nafas baharu kepada industri batik negara untuk terus berkembang
4
Menghidupkan seni warisan negara
5
Kerajaan menggalakkan pengusaha batik melakukan penyelidikan
6
Pengusaha batik digesa agar menggunakan teknologi yang baharu
7
Penguasa batik menghasilkan rekaan yang menarik dan berkualiti
8
PerbadananKemajuanKraftanganMalaysiamengadakanprogrampemasarandan
promosi di tempat-tempat yang strategik dan lokasilokasibaharudiseratadunia
9
Memperkenalkanbatikbuatantempatandenganmenambahkanjumlahkoleksi
10
Kerjasama antara syarikatsyarikat tempatan dengan agenagen di luar negara
melaluipenganjuranmajlismajlisfesyen
Isi-isi tersirat (masalah yang dihadapi untuk memajukan industri batik)
1
Kurang sambutan daripada masyarakat
2
Promosi terhadap batik tempatan kurang
3
Pengusaha batik khususnya IKS kekurangan modal
4
Kurang penggunaan teknologi moden
5
Pasaran yang tidak menyeluruh
Penutup
Kesimpulannya, industri batik perlu terus dipertahankan dalam usaha untuk
memartabatkan batik tempatan agar warisan kebudayaan dan kesenian negara ini dapat
diwarisi oleh generasi demi generasi.
Soalan 2(a) - Petikan Umum
(i)
Maksud rangkai kata 'warisan agung' ialah tinggalan paling unggul.
(ii)
Faktorfaktorpemeliharaan senibatiksebagaiwarisantradisikhazanahbangsa
adalah untuk memartabatkan seni batik di negara kita oleh setiap generasi.
Tindakan ini penting supaya generasi sekarang dapat mengenali warisan dan

ANSWER

(iii)

kebudayaan negara kita.Selainitu,tindakaniniperluuntuk membentuk jati diri


yang kukuh dalam kalangan rakyat Malaysia.
Pada pendapat saya, dua kesan yang timbul sekiranya orang ramai mengagungagungkan batik dari negara luar berbanding batik keluaran tempatan ialah seni
batik yang menjadi warisan dan kebudayaan negara kita akan lenyap atau pupus
secara perlahan-lahan. Generasi muda tidak lagi mengenali asal usul seni kraf
tempatan. Selain itu, pengusaha batik akan mengalami kerugian sekali gus
memungkinkan industri ini ditutup. Pekerja di kilang-kilang batik akan hilang
sumber pendapatan dan menyebabkan berlakunya pengangguran dalam kalangan
masyarakat.

_____________________End Of Answer______________________
(8)

Soalan 1 : Rumusan
Pendahuluan
Petikan membincangkan sebab-sebab berlakunya jenayah dalam kalangan murid.
Isi-isi tersurat (punca-punca berlakunya jenayah murid)
1
Salah laku murid disembunyikan demi menjaga nama baik
2
Pengaruh media massa
3
Kurang kesedaran dalam kalangan murid
4
Pengaruh perbandaran terhadap murid luar bandar
5
Ibu bapa mementingkan kebendaan
6
Ibu bapa kesuntukan masa sehingga lupa tanggungjawab untuk mendidik anakanak
7
Ibu bapa kurang memberikan kasih sayang terhadap anak
8
Ibu bapa memberikan sepenuh kebebasan kepada anak-anak
9
Pengaruh oleh rakan sebaya yang senasib
10
Sikap sesetengah guru yang kurang mengambil berat disiplin murid yang
bermasalah
Isi-isi tersirat (langkah-langkah untuk mengatasinya)
1
Mengadakan kem motivasi untuk menginsafkan diri
2
Mewujudkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling
3
Ibu bapa memantau perilaku anak-anak
4
Ibu bapa memberikan didikan agama yang secukupnya kepada anak-anak
5
Guru-guru mengambil berat masalah murid yang kurang berdisiplin
6
Kawalan terhadap kemasukan filem asing
7
Penguatkuasaan undang-undang
Penutup
Kesimpulannya, jenayah dalam kalangan murid perlu ditangani dengan bijak dan
saksama agar pewaris kepimpinan negara mempunyai jati diri dan pembentukan sahsiah
yang unggul.
Soalan 2(a) - Petikan Umum
(i)
Maksud rangkai kata 'terpampang di dada akhbar' adalah tersiar di muka hadapan
berita

ANSWER
(ii)

Tanggungjawab yang harus dipikul oleh golongan murid bagi memacu


kegemilangan negara adalah dengan menjadi pewaris kepimpinan negara yang
unggul dalam pelbagai bidang. Mereka juga harus dapat menentukan
kesinambungan kepimpinan negara bagi mengekalkan kemerdekaan dan
meningkatkan kemajuan yang telah tercapai. Selain itu, mereka juga perlu
membentuk masyarakat yang berwibawa dan berdaya saing untuk mencapai
pelbagai kemajuan untuk agama, bangsa dan negara.
(iii)
Pada pendapat saya, akibat yang akan dihadapi jika usaha untuk membanteras
kegiatan jenayah dalam kalangan murid gagal ditangani dengan berkesan ialah masa
depan golongan remaja akan menjadi gelap atau hancur. Tanpa didikan dan ilmu di dada,
mereka akan menimbulkan pelbagai masalah sosial kepada masyarakat dan negara.
Jenayah dalam kalangan mereka pula akan terus berleluasa demi meneruskan
kelangsungan hidup mereka dengan cara yang mudah. Keadaan yang wujud ini akan
mencemarkan imej ibu bapa dalam kalangan masyarakat selain mencalarkan imej negara
di mata dunia kerana mempunyai rakyat yang tidak produktif.
_____________________End Of Answer______________________

10

ANSWER

(9)

Soalan 1 : Rumusan
Pendahuluan
Petikan membincangkan langkah-langkah untuk memupuk semangat perpaduan dalam
kalangan murid di sekolah.
Isi-isi tersurat (usaha untuk memupuk semangat perpaduan di sekolah)
1
Menjadikan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar bermula dengan
Penyata Razak 1956
2
Sistem persekolahan dan kurikulum yang sama melalui Laporan Rahman Talib
1960
3
Membentuk kumpulan diskusi majmuk dalam kelas
4
Jadual bertugas yang mencerminkan kumpulan perpaduan
5
Penghayatan untuk melahirkan rasa bangga menjadi warganegara Malaysia
6
Menyemai semangat setia kawan, tolak ansur dan toleransi
7
Penerapan nilai-nilai rohani dan budaya pelbagai kaum
8
Penubuhan sekolah wawasan dengan gabungan pelbagai aliran
9
Berkongsi kemudahan di sekolah
10
Melibatkan murid dengan pelbagai aktiviti kokurikulum
Isi-isi tersirat (cabaran-cabaran yang dihadapi oleh guru)
1
Kurang penghayatan tentang semangat nasionalisme
2
Nilai-nilai murni kian terhakis dalam kalangan murid
3
Semangat perkauman yang masih menebal
4
Perbezaan budaya membataskan pergaulan
5
Bersikap pasif bagi mengelakkan sensitiviti antara kaum
Penutup
Kesimpulannya, usaha untuk mengukuhkan perpaduan dan integrasi perlu disambut baik
oleh setiap kaum demi kesejahteraan anak bangsa dan negara yang tercinta.
Soalan 2(a) - Petikan Umum
(i)
Maksud rangkai kata 'penentu hala tuju negara' ialah golongan yang memastikan
arah dan masa hadapan tanah air.
(ii)
Beberapa kesan buruk sistem persekolahan yang berasingan mengikut kaum
adalah dapat memecahbelahkan perpaduan kaum apabila semangat perkauman
menebal dalam kaum masing-masing. Selain itu, semangat perpaduan yang luntur

11

ANSWER

(iii)

berserta kelemahan integriti dan patriotisme akan menyebabkan negara bergolak


kerana wujudnya dorongan untuk bertelagah sesama sendiri. Akhir sekali,
keharmonian dan kebebasan yang kita nikmati kini tidak akan dapat bertahan
lama kerana masyarakat akan mementingkan kepentingan kaum masing-masing.
Pada pendapat saya, perpaduan kaum amat dipentingkan oleh pemerintah di setiap
negara yang mempunyai masyarakat majmuk kerana kerajaan dapat memberikan
sepenuh tumpuan terhadap pembangunan sama ada dari segi ekonomi, sosial
mahupun politik. Selain itu dengan wujudnya perpaduan, rakyat di negara tersebut
dapat hidup dalam suasana yang aman damai, saling bertolak ansur serta
mempunyai semangat bekerjasama yang tinggi yang akan membawa kemajuan
terhadap negara. Akhirnya, perpaduan kaum yang kukuh akan membuat sesebuah
negara itu bertambah kuat untuk berdaya maju dan berdaya saing dengan negaranegara lain melalui penggemblengan idea dan tenaga daripada rakyatnya yang
pelbagai kaum.

_____________________End Of Answer______________________

12

ANSWER

(10)

Soalan 1 : Rumusan
Pendahuluan
Petikan membincangkan implikasi buruk tabiat merokok terhadap kehidupan dan
kesihatan perokok.
Isi-isi tersurat (kesan-kesan buruk tabiat merokok)
1
Penyebab pelbagai jenis penyakit kronik
2
Orang yang merokok akan mengalami kesukaran pernafasan
3
Melemahkan akal fikiran seseorang
4
Mendedahkan perokok wanita terhadap barah payudara dan barah pangkal rahim
5
Berhadapan dengan risiko maut akibat serangan jantung
6
Membahayakan janin dalam kandungan
7
Bayi oleh perokok wanita berhadapan dengan pelbagai risiko
8
Pemindahan nikotin kepada bayi secara langsung menerusi susu badan
9
Peruntukan wang yang banyak untuk membeli rokok
10
Tidak mementingkan kebersihan
Isi-isi tersirat (langkah-langkah untuk mengatasinya)
1
Mengambil ubat pencegah ketagihan merokok yang disahkan kementerian
kesihatan
2
Ibu bapa meninggalkan amalan merokok supaya anak-anak tidak mencontohinya
3
Mengutamakan gaya hidup sihat
4
Bergiat aktif dalam sukan
5
Menyertai kempen antirokok
Penutup
Kesimpulannya, amalan merokok hendaklah dihentikan dalam kalangan masyarakat agar
mereka dapat hidup dengan sihat sepanjang hayat.
Soalan 2(a) - Petikan Umum
(i)
Maksud rangkai kata 'penyebab ketagihan' ialah punca yang menimbulkan rasa
ingin benar akan sesuatu.
(ii)
Faktor-faktor yang mendorong sesetengah wanita merokok ialah mereka
menjadikan tabiat merokok sebagai lambang gaya hidup moden. Mereka juga
beranggapan bahawa dengan merokok mereka akan dipandang sebagai seseorang
yang mempunyai gaya yang tersendiri. Selain itu, sesetengah wanita juga

13

ANSWER

(iii)

merokok dengan harapan dapat menurunkan berat badan bagi mendapatkan berat
badan yang ideal.
Pada pendapat saya, dua sebab murid-murid sekolah menjadikan tabiat merokok
sebagai lambang kedewasaan ialah pertamanya, mereka mencontohi watak-watak
utama dalam filem yang ditayangkan menerusi televisyen. Banyak filem sama ada
filem tempatan ataupun luar negara memaparkan hero yang merokok sebagai
seorang yang matang dan bijak membuat keputusan. Sebab yang kedua ialah
pengaruh daripada orang dewasa yang sering merokok di hadapan mereka sejak
kecil. Larangan agar kanak-kanak dan remaja tidak merokok hanya sekadar di
mulut tanpa diikuti oleh contoh yang baik apabila datuk, bapa atau abang mereka
bebas merokok semasa berada di rumah.

_____________________End Of Answer______________________
(11)

Soalan 1 : Rumusan
Pendahuluan
Petikan membincangkan implikasi kemalangan jalan raya.
Isi-isi tersurat (kesan-kesan kemalangan jalan raya)
1
Pesalah dikenakan tindakan undang-undang
2
Mangsa kemungkinan mengalami kecacatan seumur hidup
3
Menimbulkan trauma kepada mangsa yang terselamat
4
Kerugian dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)
5
Peruntukan yang tinggi untuk tujuan baik pulih, insurans dan bil perubatan
6
Menjejaskan produktiviti negara
7
Kehilangan tenaga pakar daripada golongan muda
8
Negara kehilangan aset yang berharga
9
Pelabur asing hilang keyakinan
10
Bilangan pelancong akan berkurangan
Isi-isi tersirat (langkah-langkah untuk mengatasinya)
1
Memberi perkhidmatan kaunseling kepada pemandu
2
Memberikan bimbingan kepada pemandu yang baharu
3
Melahirkan pemandu yang berhemah tinggi
4
Peranan pelbagai pihak untuk mengatasi masalah kemalangan jalan raya
5
Menghasilkan kenderaan yang mempunyai ciri-ciri keselamatan yang tinggi
6
Menilai semula isu-isu semasa keselamatan jalan raya
Penutup
Kesimpulannya, orang ramai perlu mematuhi segala peraturan dan berhati-hati ketika
berada di jalan raya agar kadar kemalangan jalan raya di negara kita dapat dikurangkan.
Soalan 2(a) - Petikan Umum
(i)
Maksud rangkai kata 'menjana ekonomi' ialah menghasilkan pendapatan.
(ii)
Tiga ciri individu yang menyumbang kepada kemalangan jalan raya ialah
seseorang yang gemar bersosial dengan rakan-rakan di luar rumah lebih
cenderung untuk ditimpa kemalangan. Seterusnya, individu yang tidak
bertimbang rasa juga cenderung untuk mengalami kemalangan atau menyebabkan
kemalangan kerana kerap bertindak di luar dugaan demi menjaga kepentingan
diri. Selain itu, individu yang memiliki sifat psikotik juga menyumbang kepada
14

ANSWER

(iii)

kemalangan kerana sikap mereka yang agresif dan tidak memahami masalah
orang lain.
Dua punca lain berlakunya kemalangan jalan raya selain kecuaian manusia ialah
pertamanya, struktur atau keadaan jalan raya yang rosak dengan teruk. Jalan yang
sempit dan berlubang-lubang membahayakan pengguna terutama penunggang
motosikal. Punca yang kedua ialah kurangnya penguatkuasaan oleh pihak yang
berwajib. Ketiadaan pihak polis dan anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
membuka ruang kepada pengguna jalan raya untuk menunjukkan lagak mereka
sebagai hero jalan raya.

_____________________End Of Answer______________________
(12)

Soalan 1 : Rumusan
Pendahuluan
Petikan membincangkan implikasi penerokaan hutan terhadap kesejahteraan rakyat dan
negara.
Isi-isi tersurat (kesan-kesan penerokaan hutan)
1
Permukaan tanah terdedah terhadap hakisan
2
Mudah berlakunya tanah runtuh
3
Kerap terjadi banjir kilat
4
Kehilangan pusat tadahan air hujan semula jadi
5
Tebing-tebing sungai akan runtuh dan cetek
6
Hidupan sungai terancam dengan air yang cetek
7
Kemusnahan kawasan rekreasi
8
Pendapatan masyarakat orang Asli terjejas
9
Kepupusan pokok kayu yang bernilai tinggi
10
Haiwan hilang habitat dan sumber makanan
Isi-isi tersirat (usaha-usaha untuk melestarikan kawasan hutan)
1
Mewartakan lebih banyak kawasan hutan simpan
2
Mewujudkan lebih banyak kawasan tadahan air
3
Penguatkuasaan yang ketat terhadap kerja-kerja pembersihan hutan
4
Memperkasa kempen cintai hutan dan sungai kita
5
Memperluas aktiviti penanaman semula pokok-pokok hutan
6
Pembanterasan aktiviti pembalakan secara haram
Penutup
Kesimpulannya, semua pihak hendaklah memainkan peranan dalam usaha memelihara
dan memulihara alam sekitar agar kehidupan semua makhluk di atas muka bumi sejahtera
sepanjang masa.
Soalan 2(a) - Petikan Umum
(i)
Maksud rangkai kata 'projek gergasi' ialah aktiviti pembangunan yang besar.
(ii)
Beberapa kepentingan hutan demi keseimbangan ekologi ialah hutan sebagai
sumber penghasilan oksigen yang paling utama. Manusia dan haiwan menyedut
oksigen yang dilepaskan oleh tumbuh-tumbuhan manakala karbon dioksida yang
dilepaskan oleh manusia dan haiwan pula digunakan oleh tumbuh-tumbuhan.

15

ANSWER

(iii)

Kitaran ekologi ini menunjukkan hubungan yang sempurna untuk meneruskan


kelangsungan hidup.
Pada pendapat saya, sebilangan masyarakat di negara kita bersikap tidak endah
tentang kepentingan hutan walaupun pelbagai usaha dilakukan untuk
menyedarkan mereka berlaku kerana tiadanya pengetahuan tentang kepentingan
hutan. Mereka juga berpendapat tugas menjaga hutan bukan tugas mereka kerana
telah ada pihak yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga keselamatan hutan
seperti Jabatan Hutan, PERHILITAN dan sebagainya. Selain itu, ada sesetengah
pihak menganggap tindakan mereka merosakkan hutan tidak salah kerana tujuan
mereka adalah untuk mencari rezeki.

_____________________End Of Answer______________________
(13)

Soalan 1 : Rumusan
Pendahuluan
Petikan membincangkan kegunaan sains dan teknologi kepada manusia pada masa kini.
Isi-isi tersurat (kepentingan sains dan teknologi dalam kehidupan manusia)
1
Sebagai pembinaan tamadun manusia
2
Meningkatkan kesejahteraan manusia
3
Menyumbangkan pelbagai teknologi untuk kegunaan rakyat
4
Banyak kepakaran tempatan dimanfaatkan
5
Pelbagai kaedah rawatan berjaya dicipta
6
Ciptaan pelbagai peralatan perubatan
7
Menyumbangkan perkembangan dalam sektor pertanian
8
Sektor pembinaan dapat membina bangunan pencakar langit
9
Mempercepat kerja-kerja di sektor perkilangan
10
Melahirkan masyarakat yang bermaklumat
Isi-isi tersirat (cara-cara untuk memupuk minat terhadap sains)
1
Memupuk budaya sains sejak kanak-kanak
2
Guru subjek Sains perlu kreatif mengajar subjek ini
3
Meningkatkan pemahaman tentang sains secara amali
4
Melawat pusat penyelidikan sains
5
Penjenamaan semula jurusan sains
Penutup
Kesimpulannya, semua pihak perlu bekerjasama untuk meningkatkan penguasaan sains
dan teknologi dalam kehidupan agar masyarakat dan negara dapat berkembang maju dari
semasa ke semasa.
Soalan 2(a) - Petikan Umum
(i)
Maksud rangkai kata 'mempercepat penyembuhan penyakit kronik' adalah
menyegerakan pemulihan gangguan kesihatan yang sukar diubati.
(ii)
Masalah-masalah yang timbul akibat penyalahgunaan ciptaan sains ialah
berlakunya peperangan untuk menguji keupayaan senjata perang yang dicipta
oleh negara-negara tertentu. Banyak nyawa rakyat terkorban dan negara yang
menjadi mangsa pula musnah. Bahan kimia yang dicipta untuk kemudahan

16

ANSWER
manusia pula menjejaskan kesihatan kerana digunakan dengan cara yang tidak
betul demi mengaut keuntungan yang cepat.
(iii)
Padapendapatsaya,kesanterhadapnegaraakibatmasalahkemerosotanjumlah
muridaliransainsdisekolahdanpelajarjurusansainsdipusatpusatpengajiantinggi
ialahnegaraakankekurangangolonganpenyelidikdalambidangsainsdanteknologi.
Anakwatanpulatidakmampu menghasilkan teknologiyangbaharusekadarmenjadi
penggunateknologiyangdibawadarinegaraluar.Selainitu,negaramenjadisukaruntuk
bersaingdengannegaraluardalambidangbidangyangkritikal.Akhirsekali,rakyattidak
mampu untuk meneroka sumber khazanah alam dan mengharapkan pakarpakar dari
negaraluaruntukmenguruskannya.
_____________________End Of Answer______________________
(14)

Soalan 1 : Rumusan
Pendahuluan
Petikan membincangkan langkah-langkah mengatasi obesiti dalam kalangan murid-murid
di sekolah.
Isi-isi tersurat (tindakan mengatasi obesiti di sekolah)
1
Guru menerap tentang pemakanan yang seimbang dalam pengajaran
2
Guru menasihati murid mengambil makanan pada saiz yang sedikit
3
Kantin sekolah tidak menjual makanan yang berlemak
4
Larangan menjual makanan yang banyak gula kepada penjaja di luar pagar
sekolah
5
Mengadakan ceramah tentang amalan pemakanan yang sihat
6
Melakukan senaman beramai-ramai sebelum bermula kelas
7
Pihak sekolah membuat pemantauan tentang Indeks Berat Badan (BMI ) murid
8
Guru merekodkan pertumbuhan murid dalam kad laporan
9
Mendapatkan nasihat pakar profesional kesihatan melalui PIBG
10
Kempen gaya hidup sihat di peringkat sekolah
Isi-isi tersirat (kesan masalah itu terhadap murid-murid)
1
Murid-murid mudah menjadi letih
2
Murid-murid tidak bersemangat
3
Mendapat penyakit kronik pada usia yang muda
4
Sering menghadapi masalah pernafasan
5
Sukar melakukan kerja-kerja atau aktiviti yang lasak
6
Sukar bergerak dengan cergas
Penutup
Kesimpulannya, usaha untuk mengatasi masalah obesiti dalam kalangan murid sekolah
perlu mendapat kerjasama yang padu daripada pelbagai pihak agar kesihatan generasi
muda kekal terjamin.
Soalan 2(a) - Petikan Umum
(i)
Maksud rangkai kata 'gaya hidup sihat' ialah amalan yang dilakukan bagi
menjamin tubuh badan berada dalam keadaan yang baik.
17

ANSWER
(ii)

Faktor-faktor yang mungkin menggagalkan usaha murid-murid untuk


mengurangkan badan berat yang berlebihan ialah terpengaruh dengan pelbagai
jenis makanan yang menarik yang ada di pasaran pada masa kini. Seterusnya,
tekanan yang dihadapi juga menyebabkan seseorang itu makan dengan kerap dan
dalam kuantiti yang banyak. Selain itu, selera makan yang sukar dikawal dalam
kalangan murid juga menjadikan usaha untuk mengurangkan berat badan yang
berlebihan tidak akan berjaya.
(iii)
Pada pendapat saya, dua peranan ibu bapa untuk mengelakkan anak-anak mereka
menghadapi masalah obesiti ialah pertamanya dengan menyediakan bekalan makanan
dan minuman kepada anak-anak sewaktu ke sekolah. Makanan yang dibawa dari rumah
dapat dipastikan keseimbangan keperluan nutriennya oleh ibu bapa berbanding dengan
membiarkan anak-anak membeli makanan mereka sendiri mengikut selera. Peranan yang
kedua ialah ibu bapa sentiasa memantau pemakanan anak-anak. Pemantauan yang rapi
dapat menjamin anak-anak mereka mendapat corak pemakanan yang sesuai dengan usia
dan keperluan diri.
____________________End Of Answer______________________

18

ANSWER

(15)

Soalan 1 : Rumusan
Pendahuluan
Petikan membincangkan punca-punca jurusan kemahiran semakin diminati oleh banyak
murid.
Isi-isi tersurat (faktor-faktor aliran vokasional menjadi pilihan banyak murid)
1
Pelancaran transformasi Vokasional Teknik (Voctech) oleh kerajaan
2
Perubahan sikap ibu bapa terhadap pendidikan teknik dan vokasional
3
Peningkatan taraf politeknik membolehkannya menawarkan kursus peringkat
ijazah
4
Pembinaan dan pembangunan kerjaya generasi muda
5
Sekolah vokasional dinaikkan taraf kepada sekolah teknik
6
Pembangunan negara yang menitikberatkan sektor perindustrian
7
Peluang kerja lebih luas dengan peningkatan sektor industri
8
Banyak tenaga kerja yang berkemahiran diperlukan
9
Kerjasama antara institusi latihan kemahiran seperti sekolah vokasional, sekolah
teknik, Institut Kemahiran Mara (IKM) dan Giat Mara
10
Wujud hubungan yang erat antara institusi latihan kemahiran dengan sektor
industri
Isi-isi tersirat (kesan-kesannya terhadap pembangunan negara)
1
Dapat membantu kerajaan untuk memacu pembangunan negara
2
Mempercepat usaha kerajaan untuk mencapai status sebagai negara
berpendapatan tinggi
3
Pendapatan pekerja kolar biru setaraf dengan pendapatan pekerja kolar putih
dalam negara
4
Bidang perindustrian negara akan lebih berkembang maju
5
Menjamin bekalan pekerja yang berkemahiran dan terlatih dalam negara
mencukupi
Penutup
Kesimpulannya, perkembangan pendidikan teknik dan vokasional perlu mendapat
sokongan daripada rakyat agar perkembangannya sejajar dengan kemajuan teknologi dan
keperluan tenaga kerja negara.
Soalan 2(a) - Petikan Umum

19

ANSWER
(i)
(ii)

(iii)

Maksud rangkai kata 'bermutu dan berprestij' ialah baik serta mempunyai status.
Sebab-sebab pendidikan dalam jurusan kemahiran kurang mendapat perhatian
masyarakat pada masa dahulu adalah kerana mereka menganggap jurusan ini
hanya untuk murid yang lemah dan gagal dalam peperiksaan Sijil Rendah
Pelajaran (SRP) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Lulusan Sijil Pelajaran
Vokasional Malaysia (SPVM) pula dianggap tidak setaraf dengan lulusan Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM) apabila gagal untuk melanjutkan pelajaran ke manamana pusat pengajian tinggi setelah tamat tingkatan lima. Selain itu, ibu bapa juga
kurang menggalakkan anak-anak mengambil jurusan kemahiran kerana takut
mereka dicap sebagai murid yang lemah.
Pada pendapat saya, dua faktor jurusan kemahiran dapat menjamin masa hadapan
yang baik kepada golongan pelajar pada hari ini adalah kerana pendapatan yang
lumayan ditawarkan oleh majikan terhadap kerjaya yang berasaskan kemahiran.
Hal ini demikian kerana dasar kerajaan yang lebih mengarah kepada bidang
perindustrian memerlukan banyak golongan pekerja yang berkemahiran tinggi.
Selain itu, jurusan kemahiran yang semakin banyak ditawarkan di universitiuniversiti tempatan menjadikan pandangan negatif masyarakat terhadap bidang
kemahiran telah berubah apabila banyak kejayaan diperoleh melalui bidang ini.

_____________________End Of Answer______________________

20

ANSWER

(16)

Soalan 1 : Rumusan
Pendahuluan
Petikan ini menceritakan tentang perkembangan blog
Isi-isi tersurat (faedah-faedah perkembangan blog)
1
Sebagai satu wadah yang bebas dan terbuka
2
berkongsi tentang sesuatu yang menarik bersama pelayar internet
3
blog dapat menjadi salah satu dari tapak permulaan untuk menceburi bidang
penulisan
4
Dapat meningkatkan keyakinan diri penulis
5
Menjana pemikiran yang positif, kreatif dan kritis
6
Saluran komunikasi untuk meluahkan pendapat yang bernas tentang sesuatu isu
7
Membantu golongan remaja dalam proses menuju kematangan
8
Golongan remaja dan berfikiran terbuka
9
Saluran untuk berdebat dan menyuarakan pendapat secara matang
10
Menjadi satu ruang untuk memperoleh pendapatan secara mudah dalam
memasarkan sesuatu barangan atau produk secara maya
Isi-isi tersirat (cara-cara untuk mempopularkan blog sendiri)
1
Melayari blog orang lain dengan kerap dan meninggalkan komen
2
Menggunakan kaedah pautan laman blog
3
Memastikan semua komen yang ada di blog dibalas
4
Mengekalkan cara penulisan yang menarik
5
Mempunyai pendapat yang bernas agar pengunjung blog sentiasa menanti entri
terbaharu
Penutup
Kesimpulannya, pemilik blog perlu lebih peka dan terbuka dari segi pemikiran dan
pandangan untuk berkongsi pendapat agar fungsi blog tidak disalahgunakan untuk tujuantujuan yang negatif.
Soalan 2(a) - Petikan Umum
(i)
Maksud rangkai kata 'tapak permulaan' ialah langkah pertama.
(ii)
Kelebihan-kelebihan menggunakan laman blog untuk memasarkan sesuatu
produk atau perkhidmatan adalah dapat menjimatkan masa dan tenaga.

21

ANSWER
Perniagaan secara maya ini juga dapat memperoleh keuntungan yang berlipat
ganda. Selain itu, cara ini dapat memberikan kebebasan kepada pengguna untuk
memilih sesuatu barangan tanpa pengaruh sesiapa.
(iii)
Pada pendapat saya, dua ciri yang perlu ada pada pemilik blog pertamanya ialah
individu itu mestilah mempunyai kemahiran membaca, berfikir, mentafsir dan menulis
serta penguasaan asas tatabahasa yang kukuh. Dengan itu, dia tidak akan menggunakan
bahasa yang rancu dalam penulisan atau menulis dengan menggunakan singkatan seperti
penulisan untuk sistem pesanan ringkas (SMS). Keduanya, pemilik blog itu mestilah
mempunyai jati diri yang kukuh. Semangat cinta akan negara yang menebal dapat
mengelakkan pemilik blog menggunakan ruang tersebut untuk memecahbelahkan
masyarakat, menghina institusi diraja, kerajaan dan sebagainya.
_____________________End Of Answer______________________
(17)

Soalan 1 : Rumusan
Pendahuluan
Petikan membincangkan faktor-faktor yang menyebabkan pengangguran dalam kalangan
graduan.
Isi-isi tersurat (punca-punca graduan menganggur)
1
Bukanlah kerana tiada pekerjaan tetapi kerana sikap individu itu sendiri
2
Kurang latihan industri
3
Kurang kemahiran berkomunikasi
4
Penguasaan bahasa Inggeris lemah
5
Kurang kemahiran menyelesaikan masalah
6
Suka bertukar-tukar kerja
7
Kurang keyakinan diri
8
Terikat dengan tempat kelahiran
9
Memilih pekerjaan terutama kerja makan gaji
10
Memilih pekerjaan yang berpendapatan yang lumayan
Isi-isi tersirat (kesan-kesan terhadap masyarakat dan negara)
1
Guna tenaga tidak digunakan dengan sepenuhnya
2
Peluang pekerjaan yang ada diambil oleh pendatang asing
3
Masyarakat tertekan kerana tiada sumber pendapatan
4
Meningkatkan golongan yang stres dalam negara
5
Mewujudkan pelbagai masalah sosial dalam negara
Penutup
Kesimpulannya, punca-punca pengangguran dalam kalangan graduan perlu ditangani
oleh pelbagai pihak agar pembangunan negara dapat ditingkatkan sekali gus
mengelakkan pembaziran guna tenaga.
Soalan 2(a) - Petikan Umum
(i)
Maksud rangkai kata 'aset penting negara' ialah harta yang amat bernilai terhadap
tanah air.
(ii)
Langkah-langkah untuk menangani isu pengangguran dalam kalangan graduan
adalah dengan memberikan kesedaran, dorongan dan latihan kerjaya seperti yang
dilaksanakan oleh Kementerian Sumber Manusia. Seterusnya, kerajaan memberikan

22

ANSWER
galakan sama ada berbentuk khidmat nasihat, latihan ataupun pinjaman modal. Selain
bantuan pelbagai pihak, para graduan sendiri perlu mengambil sikap positif untuk
mengubah pemikiran mereka bagi membaiki kekurangan diri dan berfikiran terbuka.
(iii)
Pada pendapat saya, dua sebab sikap malas menjadi salah satu punca sesetengah
individu tidak bekerja di negara ini adalah kerana terdapat individu yang terlalu
dimanjakan oleh keluarga. Mereka beranggapan dapat bergantung hidup selamanya
dengan ibu bapanya. Selain itu, sikap malas juga wujud kerana kurang kesedaran
terhadap masa hadapan dengan harapan akan ada pihak-pihak tertentu tampil untuk
menghulurkan bantuan sekiranya kehidupan mereka sesak.
_____________________End Of Answer______________________

(18)
Soalan 1 : Rumusan
Pendahuluan
Petikan membincangkan sebab-sebab gejala sosial meningkat dalam kalangan remaja di
negara kita.
Isi-isi tersurat (punca-punca yang menyebabkan indeks gejala sosial semakin
melonjak)
1
Perubahan bidang ekonomi negara mempengaruhi cara hidup masyarakat
2
Ibu bapa mengambil mudah soal mengasuh anak
3
Remaja tidak mempunyai hubungan rapat dengan keluarga
4
Remaja disisihkan oleh sekolah kerana lemah dalam akademik
5
Remaja yang kecewa mengisi kekosongan dengan menubuhkan kumpulan sendiri
6
Dasar pendidikan negara yang lebih cenderung kepada sains dan teknologi
7
Sistem pendidikan yang menekankan kejayaan akademik
8
Perkembangan teknologi dan komunikasi yang semakin canggih
9
Sikap remaja suka mencuba perkara yang baharu
10
Pengaruh rakan sebaya dapat mengubah perkembangan sosial dan psikologi
remaja
Isi-isi tersirat (peranan pelbagai pihak untuk mengatasi masalah ini)
1
Jabatan agama mengubah suai pendekatan didikan agama
2
Ibu bapa perlu memperuntukkan masa yang berkualiti untuk keluarga
3
Kerajaan mengawal bahan tontonan berunsur negatif
4
Pemimpin masyarakat mewujudkan pelbagai program jati diri
5
Sekolah perlu lebih banyak guru lelaki sebagai model kepada murid lelaki
Penutup
Kesimpulannya, masalah sosial dalam kalangan remaja perlu dibanteras agar mereka
dapat meneruskan kelangsungan pembangunan negara dan bangsa yang seimbang dari
segi rohani dan jasmani.
Soalan 2(a) - Petikan Umum
(i)
Maksud rangkai kata 'perisai konkrit' ialah benteng yang kukuh.
(ii)
Kesan-kesan proses perbandaran terhadap masyarakat ialah kehidupan
masyarakat berubah daripada kehidupan tradisi kepada kehidupan moden dan kebaratan.

23

ANSWER
Proses perbandaran juga menyebabkan perubahan juga dari segi bidang ekonomi negara,
iaitu daripada pertanian kepada perindustrian yang berasaskan sains dan teknologi. Selain
itu, proses perbandaran juga telah menukarkan sikap masyarakat seperti prihatin kepada
sikap mementingkan diri sendiri.
(iii)
Pada pendapat saya, dua masalah yang akan timbul jika gejala sosial dalam
kalangan remaja tidak diatasi dengan sebaik-baiknya ialah kita tidak akan mempunyai
golongan pelapis untuk memimpin negara. Masyarakat akan memandang rendah terhadap
negara kita kerana gagal memimpin golongan remaja yang menjadi aset negara. Selain
itu, negara akan berhadapan dengan kehancuran kerana rakyat tidak lagi mempunyai jati
diri, mementingkan diri dan rasuah pula berleluasa. Akhirnya, tanah air kita akan tergadai
kerana pemimpin negara yang lemah.
_____________________End Of Answer______________________
(19)

Soalan 1 : Rumusan
Pendahuluan
Petikan membincangkan kepentingan gagasan 1Malaysia terhadap rakyat dan negara kita.
Isi-isi tersurat (faedah merealisasikan gagasan 1Malaysia)
1
Memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum,
bangsadanagama
2
Menyedarkan rakyat betapa pentingnya perpaduan
3
Mewujudkan kesetiaan rakyat yang tidak berbelah bahagi terhadap negara
4
Mengelakkan tanah air kita daripada dijajah
5
Melahirkan rakyat yang berilmu dan berintegriti
6
Mewujudkan persefahaman dan perpaduan
7
Menjadi asas untuk menjamin kestabilan
8
Mencapai kemajuan dan pembangunan untuk rakyat dan negara
9
Nasib setiap kelompok etnik dan masyarakat terbela
10
Melahirkan warganegara yang berkualiti dan aktif dalam menunaikan
tanggungjawab
Isiisitersirat(caracarauntukmencapaigagasantersebut)
1
Menanam semangat cinta akan negara
2
Menghayati falsafah Rukun Negara
3
Membina identiti nasional dan identiti budaya
4
Meningkatkan pendidikan semua golongan bagi mewujudkan masyarakat minda
kelas pertama
5
Mewujudkan pembangunan belia bagi semua kaum
Penutup
Kesimpulannya, gagasan 1Malaysia harus diterima oleh rakyat agar kerajaan dapat
meneruskan agenda membina negara ke arah pembangunan, kemajuan serta ketamadunan
bangsa dan negara.
Soalan 2(a) - Petikan Umum
(i)
Maksud rangkai kata 'kelangsungan kegemilangan negara' ialah kesinambungan
kecemerlangan tanah air.

24

ANSWER
(ii)

(iii)

Contoh-contoh bagi menunjukkan usaha untuk merealisasikan gagasan 1Malaysia


ialah galakan kerajaan terhadap penyertaan rakyat yang berbilang bangsa dalam
bidang sukan di peringkat negara ataupun antarabangsa. Seterusnya, Program
Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk
memupuk perpaduan kaum dalam kalangan remaja melalui aktiviti berkumpulan.
Selain itu, sokongan terhadap penyerlahan bakat oleh golongan yang berbakat
daripada pelbagai bangsa dan agama dalam pelbagai bidang contohnya reka cipta
dapat menyumbang ke arah merealisasikan gagasan ini.
Sebagai murid yang berwawasan, dua persediaan yang perlu saya lakukan untuk
menjayakan gagasan 1Malaysia adalah dengan meletakkan prestasi akademik
sebagai keutamaan. Saya akan berusaha dan beriltizam pada setiap masa untuk
mencapai prestasi yang terbaik untuk menjadi masyarakat minda kelas pertama.
Selain itu, saya akan bersaing secara sihat untuk memenuhi keperluan pasaran
kerja. Saya akan sentiasa belajar untuk menambahkan kemahiran yang menjadi
keperluan semasa agar saya tidak ketinggalan dalam bidang pendidikan dan
pekerjaan.

_____________________End Of Answer______________________

25

ANSWER

(20)

Soalan 1 : Rumusan
Pendahuluan
Petikan membincangkan punca-punca industri buku di negara kita kurang berkembang.
Isi-isi tersurat (faktor-faktor yang menyebabkan industri buku negara kurang
berkembang)
1
Kurang amalan membaca dalam kalangan penduduk
2
Kurangnya daya membeli buku
3
Sistem pengedaran dan pengangkutan yang lembap
4
Saiz penduduk yang kecil
5
Jumlah pengeluaran yang sedikit menyebabkan buku menjadi mahal
6
Keadaan penjualan buku yang tidak memberangsangkan
7
Kekurangan perkakasan dan perisian dari segi teknologi dan kepakaran
8
Tugas kakitangan bidang penerbitan tidak dapat berkembang kerana faktor-faktor
dalaman
9
Kegiatan menulis buku belum menjadi budaya dalam masyarakat
10
Masalah birokrasi untuk memberikan pengiktirafan terhadap penulis buku
Isi-isi tersirat (cara-cara untuk mengatasinya)
1
Mewujudkan pelbagai kempen membaca yang menarik
2
Memupuk budaya membaca dalam kalangan masyarakat sejak kecil
3
Mempertingkat amalan membaca dalam kalangan masyarakat dewasa
4
Melahirkan lebih banyak penulis dengan ganjaran dan pengiktirafan yang lebih
baik
5
Melakukan perancangan yang strategik untuk memperkembangkan industri buku
negara
Penutup
Kesimpulannya, pelbagai pihak perlu berusaha untuk memastikan perkembangan industri
buku negara agar dapat berdiri sama tinggi dengan negara pengeluar buku yang telah
maju di dunia.
Soalan 2(a) - Petikan Umum
(i)
Maksud rangkai kata 'kemelut yang membelenggu' ialah masalah-masalah yang
dihadapi.

26

ANSWER
(ii)
Contoh-contoh yang menunjukkan kepentingan buku dalam masyarakat ialah
buku sebagai wadah paling berkesan untuk mendidik masyarakat. Buku juga dapat
mewujudkan ilmu dan nilai yang sesuai dengan budaya kita. Selain itu, buku dapat
membangunkan daya intelek, sosial dan budaya selari dengan aspirasi bangsa.
(iii)
Pada pendapat saya dua kewajaran industri buku negara harus dijana oleh buku
bahasa Melayu bukannya buku bahasa asing supaya kita tidak lagi sekadar menjadi
pengguna buku mereka. Kita dapat bersaing dengan penerbit luar negara jika kita mampu
mengeluarkan buku dalam bahasa sendiri. Selain itu, kita dapat menjadikan bahasa
kebangsaan sebagai bahasa penunjang industri buku negara. Dengan cara itu, kita
berpeluang untuk menjadi pengeluar buku dalam bahasa ibunda seperti Indonesia, Korea,
Jepun dan China.
_____________________End Of Answer______________________

27

Anda mungkin juga menyukai