Anda di halaman 1dari 5

Bismillah.

Yang Berbahagia .......


Penyelia Pejabat Pelajaran Daerah .......
Yang Berusaha ..............
Guru Besar......
Yang Berbahagia .................................
Yang Di Pertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru
Sekolah .............................
Yang Berusaha Barisan Guru-guru Penolong Kanan
Sekolah ....................
Guru-guru dan para pekerja yang diraikan serta rakan-rakan yang dikasihi sekalian.
Assalammualaikumdan salam sejahtera, salam ceria,...di pagi yang mulia.
Selamat datang ke Majlis Sambutan Hari Guru dan Hari Pekerja Peringkat
Sekolah .........
Bersyukur kita kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan
keizinan Nya dapat sama-sama kita berkumpul di dataran yang mulia ini untuk
meraikan Sambutan Hari Guru dan Hari Pekerja bagi Tahun 2013 dengan
tema : ......
Awal Bismillah pembuka bicara
Kata disusun untuk keberkatan,
Semoga kebaikan datang jua,
Doa tulus pinta dilafazkan.
Untuk maksud itu, marilah kita bersama-sama mengaminkan doa yang akan
dilafazkan oleh Ustaz........ Dijemput dengan hormatnya.
(bacaan doa)
Amin Ya Rabbal Alamin.
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih di atas pembacaan doa itu tadi.
Semoga yang baik kita mulai, yang baik jua kita didatangi, Insya-Allah.

______________________________________________________________

Hadirin yang dihormati sekalian,


Sebagai pemula acara, marilah sama-sama kita menyanyikan rangkaian tiga buah
lagu,Lagu Negaraku, Lagu Negeri.... dan Lagu Sekolah........ Sidang dataran
dipersilakan berdiri.
(rakaman nyanyian)
Majlis merakamkan jutaan terima kasih.
Sidang dewan dipersilakan duduk.
Hadirian yang dihormati sekalian,
Seterusnya Bacaan Perutusan...
Dipersilakan ........... GPK Hal Ehwal Murid untuk membacakan Perutusan Ketua
Pengarah Pelajaran Malaysia. Dipersilakan...
(ucapan perutusan)
Majlis merakamkan ucapan terima kasih.
.Seterusnya dipersilakan..........................., GPK1 untuk membacakan Perutusan
Menteri Pelajaran Malaysia. Dipersilakan.
(ucapan perutusan)
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.
Sidang hadirin sekalian,
Majlis pada pagi ini diteruskan dengan Ucapan Wakil Pelajar, untuk itu
dipersilakan ........................selaku Ketua Pengawas untuk menyampaikan
ucapannya. Dipersilakan...
(ucapan)
Majlis merakamkan ucapan terima kasih.
Sidang dataran sekalian,

Seterusnya majlis mempersilakan ........................, Yang Di Pertua PIBG


Sekolah ....................... untuk menyampaikan ucapan beliau. Dipersilakan...
(ucapan)
Majlis mengucapkan terima kasih di atas ucapan itu tadi.
Hadirin sekalian,
Seterusnya dipersilakan ......., Penyelia Pejabat Pelajaran Daerah .... untuk tampil
menyampaikan ucapan beliau. Majlis mempersilakan dengan segala hormatnya....
(ucapan)
Majlis merakamkan jutaan terima kasih.
Sebagai acara penerus bicara, majlis mempersilakan ................... untuk
menyampaikan ucapan beliau. Majlis mempersilakan dengan segala hormatnya.
(ucapan)
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih di atas ucapan .................itu tadi.
Sidang dataran yang dimuliakan,
Paluan gendang pembuka majlis,
Moden tradisional bersatu senada;
Seterusnya, bacaan ikrar jadi perintis,
Barisan guru tersenyum bangga.
Untuk itu, dijemput semua guru ..........tampil ke atas pentas bagi acara
melafazkan ikrar diketuai oleh ........., GPK1. Dipersilakan....
Majlis merakamkan jutaan terima kasih.
Sidang dataran sekalian,
Sebagai hiburan dan tatapan hadirin sekalian, marilah sama-sama kita saksikan
persembahan nyanyian oleh barisan guru-guru kita...
Saksikanlah persembahan nyanyian Lagu Guru Malaysia dan nyanyian Lagu Tema
Hari Guru oleh barisan pentadbir dan guru-guru. Dipersilakan....
Majlis merakamkan jutaan terima kasih di atas persembahan itu tadi.

Sidang hadirin sekalian,


Seterusnya majlis penyampaian hadiah dari PIBG .. kepada guruguru.
Untuk itu bagi menyempurnakannya, majlis mempersilakan..........menjemput dan
mengiringi ............................, Yang Di Pertua PIBG untuk menyampaikan hadiah
kepada barisan guru-guru. Dipersilakan.....
(penyampaian hadiah)
Sidang dataran sekalian ;
Maju Bangsa Kerana Bahasa,
Adap Menghiasi Jambangan Jiwa;
Ingatan Diberi Tidak Seberapa,
Penghargaan Tanda Pernah Bersua.
Untuk maksud itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan ........
untuk menyampaikan cenderahati sebagai tanda terima kasih kepada Yang
Berbahagia ............., dipersilakan....... dan seterusnya kepada Yang
Berbahagia......................, dipersilakan........Majlis merakamkan jutaan terima
kasih.
Sidang dewan yang dimuliakan,
Andai berkayuh dah sampai ke seberang
Andai memanjat dah sampai ke pucuk
Andai mendaki dah sampai ke puncak
Setiap yang bermula pasti akan berakhir
Begitu juga dengan majlis kita pada hari ini
sebagai penutup bicara,
Sisir pelepah meraut lidi,
Menganyam daun atap jerami,
Yang indah, yang berseri bawalah pergi
Yang cacat yang keji tinggalkan buat kami.
Dagang singgah membeli kajang,
Tambat perahu di muara Deli.

Kalau ada umur yang panjang,


InsyaAllah, boleh kita berjumpa lagi.
Segala yang baik, yang indah dan yang sempurna itu datangnya daripada
Allah SWT jua dan sama-samalah kita mensyukurinya dan segala kekurangan dan
kepincangan majlis ini adalah kelemahan daripada pihak kami dan kemaafan jua
yang kami pinta.
Wabillahhitaufik walhidayah, wassalamualaikum warrahmatullah hiwabarakatuh
dan terima kasih.SELAMAT HARI GURU

Anda mungkin juga menyukai