Anda di halaman 1dari 1

Dimanakah Terletaknya Gua Ashabul Kahfi

.
Telah menjadi perdebatan daripada zaman berzaman mengenai gua dan tempat persembunyianAshabul
Kahfi. Banyak tempat mendakwa dimana berlakunya kisah ini seperti di Gua di Jabal Qassiyyun, Syria
dan Gua di Ephesus (Tarsus), Turki. Namun Gua Ashabul Kahfi (Kahf Ahlil Kahf)yang terletak di Abu
Alanda, kira-kira 7 km dari pusat bandar Amman, Jordan, merupakan lokasi sejarah yang lebih menepati
ciri-ciri yang dikisahkan di dalam Al-Quran.
Kawasan ini suatu ketika dahulu dikenali sebagai Ar-Raqim kerana terdapat kesan tapak arkeologi yang
bernama Khirbet Ar-Raqim di kawasan tersebut. Perkataan Ar-Raqim juga disebut di dalam Al-Quran
dan Ahli Tafsir menafsirkan Ar-Raqim sebagai nama anjing dan ada menyatakannya sebagai batu
bersurat.
Walau bagaimanapun, Allah tidak menunjuk dan menyatakan dengan jelas di mana tempat
sebenar mereka bersembunyi. Sebab utamanya adalah kerana ia tidak memberi manfaat bagi umat Islam
kerana Allah hanya mahu hamba-Nya mengambil iktibar kisah pejuangan tujuh pemuda
mempertahankan akidah mereka.

Anda mungkin juga menyukai