Anda di halaman 1dari 3

Bahan-Bahan:

Bahan untuk ayam (direbus) :

1 ekor ayam dipotong 8

2 ulas bawang putih, ditumbuk halus

2 cm halia, ditumbuk halus

1 kiub ayam

Bahan untuk ayam (diperap) :

1 sudu besar kicap pekat

1 sudu besar sos tiram

1 cm halia, ditumbuk halus

2 ulas bawang putih, ditumbuk halus

1 sudu besar kicap cair

Sedikit madu untuk sapuan

Bahan untuk nasi:

3 cawan beras

4 cawan air rebusan ayam

2 sudu besar butter

1 cm halia ditumbuk halus

3 ulas bawang putih ditumbuk halus

Sedikit garam

2 bunga lawang*

4 buah pelaga*

1 kayu manis*

1 batang serai ketuk

2 helai daun pandan

Sedikit kunyit untuk warna dan aroma

Bahan untuk sos:

5 biji cili merah

3 ulas bawang putih

2 cm halia

1 sudu besar cuka

1 sudu teh garam

1 sudu teh gula

1/2 cawan air rebusan ayam

Bahan untuk sup:

Air rebusan ayam

1 biji bawang besar, dikisar

Rempah sup bunjut

Garam

Daun sup dan daun bawang yg dihiris

Bahan untuk kuah kicap:

Kuah kicap perapan ayam di atas

Kicap manis cap kipas udang

Sedikit garam

Air rebusan ayam

Cara Penyediaan:

Cara untuk ayam:

Bersihkan ayam, toskan air dan lumurkan dgn 2 ulas bawang putih dan halia yg diketuk.

Rebus ayam bersama 1 kiub ayam sehingga empuk.

Angkat ayam dan perap dengan bahan perap selama 1/2 jam (rujuk bahan perap untuk ayam)

Kemudian goreng dalam kepanasan api sederhana seketika, angkat dan sapukan dengan madu.

Cara untuk memasak nasi:

Basuh beras dan tos air.

Panaskan butter lalu tumiskan rempah tumis(*), daun pandan, serai, halia serta bawang putih hingga
garing.

Masukkan beras dan masak seketika sehingga naik aroma dan bau.

Masukkan air rebusan ayam, garam dan kunyit secukupnya.

Masak nasi seperti biasa.

Cara untuk memasak sup:

Rebus air rebusan ayam bersama rempah sup bunjut, bawang besar, dan masukkan garam secukup
rasa.

Taburkan dengan bawang goreng dan hirisan daun sup.

Cara untuk memasak sos:

Kisarkan semua bahan di atas.

Boleh juga dimasak sebentar untuk menaikkan aroma.

Cara untuk memasak kuah kicap:


Campurkan semua bahan untuk kicap dan masak seketika. Sejukkan sebelum dihidang.

Tips:

Pastikan ayam tidak direbus terlalu lama kerana nanti apabila di rebus terlalu lama isi ayam akan
mudah hancur ketika menggoreng.