Anda di halaman 1dari 14

TINGKATAN 1

Arahan : Tiap-tiap soalan di bawah diikuti dengan empat jawapan. Pilih jawapan
yang tepat bagi setiap soalan.
1. Soalan 1 berdasarkan kenyataan di bawah
- Laporan-laporan kerajaan
- Batu bersurat
A. Sumber utama B. Sumber kedua C. Sumber sekunder D. Sumber lisan
2. Dalam kajian sejarah, mengapa cerita dongeng tidak dapat diterima sebagai
peristiwa sejarah?
A. Tidak ada seorang pengarang untuk cerita dongeng
B. Sentiasa berlaku unsur tokoh tambah
C. Tidak menceritakan kejadian yang sebenarnya
D. kebenarannya susah diterima kerana ada banyak penerangan
3. Tun Seri Lanang. Apakah sumbangan utama tokoh ini?
A. Mereka telah membuat kajian sejarah Melaka berdasarkan sumber-sumber
arkeologi
B. Mereka berjaya menghasilkan penulisan tentang perkembangan kerajaankerajaan Melayu
C. Mereka telah menghasilkan penulisan mengenai kerajaan dan pelabuhan Melaka
D. Mereka telah membuat catatan-catatan penting mengenai kerajaan-kerajaan
Melayu
4. Soalan 4 berdasarkan kenyataan dibawah
- Peristiwa penentangan Dato' Bahaman terhadap British dianggap sebagai satu
peristiwa bersejarah .Apakah ciri-ciri yang manjadikan peristiwa bersejarah ?
I. Peristiwa itu mempunyai sebab dan akibat
II. Peristiwa itu benar-benar berlaku
III. Peristiwa itu memang bermakna
IV. Peristiwa itu dikaji oleh ahli sejarah
A. I, II, dan III B. I, II dan IV C. I, III dan IV D. II, III dan IV
5. Soalan 5 berdasarkan di bawah
pada 1403, Laksamana Yin Ching yang dihantar oleh Maharaja China telah sampai
ke Melaka dan Parameswara telah setuju untuk menerima perlindungan dari China.
Hasil daripada lawatan Laksamana Yin Ching ke Melaka, wujud hubungan yang baik

antara Melaka dengan China. Apakah faedah yang didapati oleh Melaka selepas
terjalinnya hubungan yang baik ini?
A. Hubungan perdagangan antara China dengan Melaka meningkat
B. Melaka dapat berkembang dengan pesat
C. Pemerintahan Melaka telah memperkenalkan sistem "cukai Berkeutamaan."
D. Masyarakat Melaka dapat hidup dengan aman
6. Salah satu daripada matlamat orang Portugis ingin datang ke kawasan Timur
adalah untuk memecahkan monopoli perdagangan rempah dari tangan pedagangpedagang Islam. Mengapakah orang Portugis ingin berbuat begitu?
A. Orang Portugis telah bermusuhan dengan orang Islam sejak berzaman-zaman
lagi
B. Orang Islam tidak mahu menjual rempah kepada orang Portugis
C. Orang Portugis Mengaut keuntungan yang banyak daripada perdagang rempah
D. Semua pusat-pusat pengeluaran rempah dikuasai oleh orang Islam
7. Kerajaan Melaka telah mengenakan cukai yang berbeza-beza kepada pedagangpedagang yang datang berdagang di Melaka. Bagaimanakah kerajaan Melaka
menentukan kadar cukai ini?
A. Cukai yang dikenakan berdasarkan barangan yang dibeli
B. Cukai yang dikenakan berdasarkan dari mana pedagang itu berasal
C. Cukai yang dikenakan berdasarkan berat barangan pedagang
D. Cukai yang dikenakan berdasarkan nilai barangan pedagang
8. Pada mulanya, Sultan Mahmud Syah telah menerima rombongan Portugis yang
terawal ke Melaka dengan baik tetapi tidak lama selepas itu, baginda mengarahkan
orang Portugis itu ditangkap. Apakah keadaan yang menyebabkan baginda berbuat
begitu?

A. Sultan Mahmud mendapat tahu tentang kegiatan orang Portugis di Goa


B. Orang Portugis mendesak Sultan Mahmud membenarkan mereka berdagang
tanpa sebarang sekatan
C. Orang Portugis telah membina satu kubu pertahanan di Melaka tanpa mendapat
kebenaran Sultan Mahmud
D. Sultan Mahmud kecewa dengan tindakan orang Portugis yang mula menyebarkan
agama Islam secara terbuka di Melaka
9. mengapakah kerajaan Johor mempunyai hubungan yang baik dengan Belanda
walaupun Belanda adalah satu kuasa barat?
A. Sultan Johor pernah membantu Belanda menyerang Portugis di Melaka

B. Orang Belanda mahu menjadikan Johor sebagai satu pusat perdagangan yang
penting
C. Sultan Johor menghantar ufti setiap tahun kepada Belanda
D. Sultan Johor membenarkan Belanda berdagang dengan bebas di Johor
10.Pada 1535 tentera Portugis telah bertindak dengan menyerang ibu negeri Johor
iaitu Pekan Tua. Apakah kesan daripada penyerangan ini?

A. Seluruh Johor jatuh ke tangan orang Portugis


B. Kerajaan Johor bertambah lemah dan tidak dapat berkembang dengan pesat
C. Sultan Johor dijadikan tawanan perang oleh orang Portugis
D. Ibu negeri Johor berubah kepada Sayong Pinang

11. Tun Perak adalah Bendahara Melaka yang paling berjasa kepada kerajaan
Melaka. Apakah sumbangan Tun Perak kepada kerajaan Melaka?
I. Beliau melantik pengganti sultan yang baru
II. Beliau berjaya menjadikan Sumatera sebagai tanah jajahan Melaka
III. Beliau berjaya menamatkan permusuhan Melaka dengan kerajaan Siam dan
Majapahit
IV. Beliau berjaya mematahkan serangan kerajaan Siam ke atas Melaka
A. I dan II B. II dan III C. I dan IV D. II dan IV
12. Soalan 12 berdasarkan kenyataan di bawah
- Masyarakat ini mula memakai gelang dan menggunakan gincu.
Masyarakat di atas telah mempunyai corak kehidupan yang lebih maju dan teratur.
Masyarakat ini adalah
A. Orang Mesoltik B. Orang Neolitik C. Orang Hoabinh D. Orang Paleolitik
13. Kuala Selingsing, Kedah Tua dan Santubong adalah pelabuhan-pelabuhan awal
di kepulauan Melayu. Apakah peranan yang dimainkan oleh pelabuhan-pelabuhan
ini?
A. Sebagai pusat penghasilan barang-barang pertanian
B. Sebagai pusat pengumpulan dan pengedaran barang
C. Sebagai pusat perkembangan agama Hindu
D. Sebagai pusat penghasilan rempah-ratus
14. Di Melaka, terdapat golongan pemerintah dan golongan yang diperintah.
Apakah peranan golongan Kiwi dalam masyarakat Melaka?

A. Mereka mentadbir kawasan naungan Melaka


B. Mereka menguruskan urusan perdagangan entrepot
C. Mereka menjadi orang suruhan sultan
D. Mereka mengendalikan semua urusan pentadbiran di istana Melaka
15. Soalan 15 berdasarkan maklumat di bawah
- HUKUM KANUN MELAKA DAN UNDANG-UNDANG LAUT MELAKA
Kedua-dua undang-undang ini diamalkan di Melaka, Apakah perkara yang ditekan
kan dalam Undang-undang Laut Melaka?
A. Ia menerangkan tugas-tugas Bendahara dan kuasa yang ada pada Bendahara
B. Ia menerangkan tugas-tugas Laksamana dan kuasa yang ada pada Laksamana
C. Ia menerangkan tanggungjawab nakhoda kapal dan anak kapal
D. Ia menerangkan hukuman-hukuman bagi setiap kesalahan yang berlaku semasa
kapal pedagang berlabuh di pelabuhan
16. Bendahara dan Laksamana adalah dua orang pengawai penting dalam kerajaan
Melaka. Apakah persamaan tugas diantara kedua-dua pengawai ini?
A. Mereka terpaksa menjaga keamanan di darat
B. Mereka diberi tugas untuk menyelesaikan semua masalah-masalah sivil di Melaka
C. Mereka menjadi pengiring semasa sultan berangkat menaiki gajah
D. Mereka diberi kuas untuk menyelesaikan segala masalah yang ditimbulkan oleh
pedagang-pedagang
17. Batu nisan Sultan Salleh telah dijumpai oleh ahli-ahli sejarah.
Penemuan ini dianggap penting kerana
A. ia membuktikan agama Islam tersebar di Samudera pada 1297
B. ia membuktikan agama Islam sudah dianuti oleh pendudukknya sejak 1297
C. ia membuktikan sultan-sultan Pasai adalah orang pertama memekuk agama
Islam di Asia Tenggara
D.Ia membuktikan Samudera adalah kerajaan terawal Islam yang pertama di Asia
Tenggara
18. Soalan 18 berdasarkan kenyataan di bawah
-Istana
-Surau
-Masjid
Apakah peranan yang dimainkan oleh ketiga-tiga tempat ini semasa Kesultanan
Melayu Melaka?
A. Tempat untuk membincangkan masalah-masalah golongan ulama

B. Tempat dimana anak-anak sultan belajar agama Islam


C. Tempat dimana hal-hal yang berkaitan dengan agama dibincang bersama
D. Tempat dimana agama Islam disebarkan oleh golongan ulama Islam
19. Kota 'A Famosa' merupakan satu bangunan bersejarah di Melaka pada masa ini.
Mengapakah Portugis membina bangunan ini?
A. Ia menjadi lambang kemegahan kuasa Portugis
B. Ia ditubuhkan untuk mengukuhkan pertahanan Portugis di Melaka
C. Ia merupakan tempat dimana semua barang-barang pedagang disimpan dengan
selamat
D.Ia menjadi tempat tinggal gabenor dan pegawai-pegawai tinggi Portugis
20. Sultan Melaka yang terakhir,Sultan Mahmud Syah telah membunuh Tun Mutahir
dan keluarganya kerana sangat marah terhadap tindakan Tun Mutahir. Apakah
tindakan Tun Mutahir yang menyebabkan sultan marah terhadapnya?
A. Tun Mutahir telah bekerjasama dengan orang Minangkabau untuk menjatuhkan
Sultan Mahmud Syah
B. Tindakan Tun Mutahir yang telah menangkap orang Portugis dengan terburu-buru
C. Tun Mutahir telah memberikan hampir semua jawatan penting kepada kaum
keluarganya
D.Tun Mutahir tidak mengahwinkan anaknya Tun Fatimah dengan Sultan Mahmud
21. Soalan 21 berdasarkan kenyataan di bawah
-Sultan Melaka yang terakhir ,Sultan Mahmud telah malarikan diri dari Melaka
apabila Portugis menyerang Melaka.Dari Melaka,baginda telah ke Muar,Bintan dan
mangkat di Kampar
Apakah peristiwa yang menyebabkan Sultan Mahmud terpaksa berpindah dari
Bintan ke Kampar?
A.Orang Portugis telah menyerang baginda di Bintan
B.Terdapat pengintip-pengintip Portugis di Bintan
C. Kampar mempunyai kedudukan yang lebih strategik
D.Pembesar Bintan tidak gembira dengan kehadiran baginda
22. Semasa pemerintahan Sultan Ibrahim di Johor, baginda telah mengumiakan
gelaran 'Paduka Raja' kepada Laksamana Tun Jamil. Apakah sumbangan Tun Jamil
kepada kerajaan Johor?
A. Tun Jamil berjaya meluaskan empayar Johor
B. Tun Jamil telah berjaya mengalahkan Portugis di Melaka
C. Tun Jamil telah menjadikan Kampar sebagai negeri naungan Johor

D. Tun Jamil berjaya memajukan Riau sebagai pelabuhan utama Johor


23. Soalan 23 berdasarkan kenyataan di bawah
- Sultan Mahmud dari Johor telah mati dibunuh pada 1699
Apakah kesan daripada peristiwa ini kepada negeri Johor?
A. Kerajaan Johor menjadi lebih lemah
B. Johor teleh kehilangan seorang pemerintah yang cekap
C. Johor mula diperintah oleh keluarga Bendahara
D. Keadaanpolitik di Johor menjadi tidak stabil
24. Kerajaan Kedah, Melaka dan Pahang mempunyai beberapa persamaan. Di
antara berikut, pilih kenyataan yang menunjukkan persamaan antara ketiga-tiga
kerajaan Melayu ini.
I. ketiga-tiga pernah dikuasai oleh kerajaan Melaka
II. ketiga-tiga pernah dikuasai oleh kerajaan Bugis
III. ketiga-tiga pernah dikuasai oleh kerajaan Acheh.
IV. ketiga-tiga pernah dikuasai oleh kerajaan
A. I dan II B. II dan III C. I dan III D. II dan IV
25. Mengikut Hsieh Ch'ing Kao, seorang pengembara Cina yang pernah melawat
Kelantan, pembesar-pembesar Kelantan diberi gelaran Wan dan Tuan.
Apakah peranan yang dimainkan oleh pembesar-pembesar ini di Kelantan?
A. Mereka membantu Long Yunus menyelesaikan masalah-masalah di Kelantan
B. Mereka menjadi Pembesar-pembesar di peringkat jajahan
C. Mereka diberi kuasa menjatuhkan hukuman keatas pesalah-pesalah
D. Mereka mengambil kuasa pemerintahan apabila Long Yunus tidak ada di Kelantan

26. Soalan 26 berdasarkan kenyataan di bawah


-Sesiapa yang makan di depan orang ramai semasa bulan Ramadhan akan dipukul
atau dipaksa makan rumput
Undangundang di atas merupakan salah satu undang-undang bertulis dalam
A. Undang-undang perak B. Undang-undang Kedah C. Undang-undang Melaka
D. Undang-undang Islam
27. Soalan 27 berdasarkan kenyataan di bawah
- KELANTAN - TERENGGANU

Kedua-dua kerajaan di atas mempunyai hubungan yang baik. Bagaimanakah


hubungan antara kedua-dua kerajaan ini menjadi tidak baik?
A. Pada 1800, Terengganu telah menyerang Kelantan dan dapat mengalahkan
Kelantan dengan bantuan Siam
B. Pada 1800, Kelantan telah menyerang Terengganu dan dapat mengalahkan
Kelantan dengan bantuan Siam
C. Kelantan telah berpakat dengan Siam supaya Long Yunus dapat dijatuhkan
D. Kelantan telah berpakat dengan Siam supaya Sultan Zainal Abidin dapat
dijatuhkan
28. Jalan penarikan telah menjadi salah satu jalan laut yang penting kepada
pedagang-pedagang. Apakah kepentingan jalan penarikan ini?
A. Ia memendekkan jalan perjalanan dari barat ke timur
B. Ia memendekkan jalan pedagang dari Selangor ke Johor
C. Ia memudahkan pedagang bergerak dari utara ke selatan Tanah Melayu
D. Ia memudahkan pedagang bergerak dari Melaka ke Muar
29. Soalan 29 berdasarkan kenyataan di bawah
* Hasta
* Jengka
* Depa
Ketiga-tiga ukuran di atas telah digunakan dalam masyarakat Melayu tradisional.
Apakah persamaan yang ketara di antara ketiga-tiga ukuran ini?
A. Ukuran-ukuran ini selalunya digunakan untuk mengukur saiz dan keluasan tanah
B. Ukuran-ukuran ini menggunakan anggota badan manusia
C. Ukuran-ukuran ini selalunya tidak tepat
D. Ukuran-ukuran ini diperkenalkan oleh pedagang-pedagang Arab
30. Dalam masyarakat Melayu tradisonal sudah wujud sistem sekolah pondok.
Apakah tujuan sekolah-sekolah pondok ini didirikan?
A. Sekolah pondok memberi pendidikan agama Islam kepada pelajar-pelajanya
B. Sekolah pondok dapat melahirkan para ulamak-ulamak Islam
C. Sekolah pondok dapay melahirkan golongan intelek di Tanah Melayu
D. Sekolah pondok memberi peluang pendidikan tinggi kepada pelajar-pelajar di
Tanah Melayu
31. Soalan 31 berdasarkan kenyataan di bawah
- Ia adalah sejenis persembahan di mana ia digabungkan dengan tarian dan

nyayian, dan ia sangat popular di Kelantan dan Terengganu


Persembahan di atas merujukan kepada
A. tarian Mak Yong B. Persembahan boria C. Persembahan kuda kepang
D. Persembahan dikir barat
32. Soalan 32 berdasarkan kenyataan di bawah
* Hikayat Iskandar Zulkarnain
* Hikayat Amir Hamzah
kedua-dua hikayat di atas tergolong dalam sastera berbentuk
A. Sastera yang berbentuk dongeng
B. Sastera berbentuk cerita-cerita panglipurlara
C. Sastera yang disadur dari Bahasa parsi
D. Sastera yang disadur dari Bahasa Arab
33. Kegiatan perdagangan menjadii satu aktiviti yang penting dalam masyarakat
Melayu tradisional. Pilih kenyataan yang benar mengenai kegiatan perdagangan
dalam masyarakat Melayu tradisional.
I. Sistem tukar barang masih diamalkan
II. Mata wang emas mula digunakan secara meluas oleh pembesar-pembesar
Melayu
III. Penduduk tempatan menggunakan mata wang timah dan emas
IV. Kulit siput geweng digunakan sebagai mata wang peringkat awal
A. I dan II B. I dan III C. II dan III D. I dan IV
34. Soalan 34 berdasarkan kenyataan di bawah
* Mereka adalah pelaut dan nelayan yang terkenal
* Mereka adalah penunggang kuda yang terhandal
Masyarakat pribumi yang dimaksudkan dengan petikan di atas adalah orang
A. Bajau B. Kadazan C. Iban D. Murut
35. Tamu merupakan satu tempat yang istimewa nagi penduduk pribumi Sabah.
Apakah peranan yang dimainkan oleh Tamu
A. Ia menjadi tempat semua golongan pribumi Sabah bertemu sekali dalam
seminggu untuk menjalankan kegiatan perdagangan mereka
B. Ia menjadi tempat di mana semua upacara rasmi negeri Sabah diadakan
C. Ia menjadi tempat pemujaan roh nenek moyang orang Murut
D. Ia menjadi tempat di mana perayaan Kaamantan dimulakan

36. Orang Murut percaya kepada Aki Kopuno dan dalam jampi mereka, Gunung
Kinabalu disamakan dengan Aki Nobalu. Apakah kepentingan Gunung Kinabalu
kepada orang Murut?
A. Orang Murut percaya Aki Kopuno tinggal di atas Gunung Kinabalu
B. Gunung Kinabalu adalah gunug yang tertinggi di Sabah dan harus dipuja
C. Orang Murut percaya roh orang yang sudah mati akan berada di Gunung
Kinabalu
D. Orang Murut memulakan sembayang mereka dengan menghadap ke Gunung
Kinabalu
37. Dalam masyarakat Kadazan, perayaan Kaamantan dianggap sangat penting.
Mengapa perayaan ini disambut setiap tahun?
A. Perayaan ini menandakan bermulanya musim tengkujuh
B. Perayaan ini menandakan berakhirnya musim kemarau
C. Perayaan ini menandakan berakhirnya musim menuai padi
D. Perayaan ini menandakan bermulanya musim menuai padi
38. Terdapat beberapa jenis hukuman dalam masyarakat Kadazan. Bilakah hukuman
sogit dijatuhkan ke atas seseorng pesalah?
A. Apabila pesalah itu terlibat dalam kes pergaduhan
B. Apabila pesalah itu melakukan perbuatan yang tidak sopan
C. Apabila pesalah itu melanggar hukum adat orng Dusun
D. Apabila pesalah itu merosakkan harta benda seseorang
39. Soalan 39 berdasarkan kenyataan di bawah
* Dusun/Kadazan
* Rungus
* Lotus
Apakah persamaan yang ketara di antara ketiga-tiga penduduk pribumi di atas.
A. Mereka tinggal berdekatan dengan kawasan pantai
B. Mereka percaya kepada Aki Kopuno
C. Mereka menjalankan kegiatan menanam padi sawah
D. Mereka merupakan golongan pribui yang terkaya di Sabah
40. Sarang burung telah mula dieksport ke negara China oleh Syarikat Berpiagam
Borneo Utara. Dari manakah sarang burung ini didapati di Sabah?
I. Gua Madai II. Gua Niah III. Gua Kerbau IV. Gua Gomantong
A. I dan II B. II dan III C. II dan IV D. I dan IV

41.Soalan 41 merujuk kepada kenyataan di bawah


* Singlang Burung
* Pulau Gama
Kedua-dua kepercayaan di atas berkiatan dengan sat golongan pribumi di sarawak.
Golongan pribumi ini adalah
A. orang Iban B. orang Bidayuh C. orang Kenyalang D. orang Murut
42. Di Sunai Oya, Igan dan Mukah terdapat satu kegiatan ekonomi yang diusahakan
secara besar-besaran oleh orang Melanau. Kegiatan ekonomi yang dimaksudkan
adalah
A. Kegiatan menanam padi sawah
B. Kegiatan menanam sagu
C. Kegiatan memungut sarang burung
D. Kegiatan memungut hasil-hasil hutan
43. Orang Melanau menyambut perayaan Kaul secara besar-besaran. Mengapa
perayaan ini disambut oleh orang Melanau yang bukan beragama Islam?
A. Ia menandakan kesetiaan mereka kepada Aki Kopunu
B. Ia menunjukkan tamatnya musim menuai padi
C. Ia menandakan hari jadi tuhan mereka iaitu Pulang Gama
D. Ia menunjukkan bermulanya tahun baru
44. tuai Rumah merupakan orang yang penting dalam masyarakat Sarawak Apakah
peranan yang dimainkan oleh beliau?
A. Tuai rumah menetapkan bila perayaan Kaamantan akan disambut
B. Tuai rumah menyelesaikan segala masalah yang timbul antara ahli-ahlinya
C. Tuai Rumah menjatuhkan hukuman mati ke atas sesiapa yang melanggar hukum
adat
D. Tuai Rumah membantu pengawai Daerah mengekalka keamanan di tempat
tinggalnya
45. Nobat ialah salah satu alat muzik bagi golongan istana dalam masyarakat
Melayu tradisional. Apakah peranan yang dimainkan oleh nobat kepada golongan
istana?
A. Nobat adalah alat muzik yang menjadi gemaran sultan-sultan Melayu
B. Nobat menjadi lambang kedaulatan bagi sultan-sultan Melayu
C. Nobat menjadi alat muzik yang paling mahal pada masa itu
D. Nobat hanya boleh dimainkan apabila sultan menyambut hari jadinya
46. Soalan 46 berdasarkan kenyataan di bawah
Negeri - Nama mata wang

Kedah - Duit berbentuk seperti ayam jantan


Pahang - Duit Tampang
Kelantan "Y"
Apakah nama mata wang yang digunakan di negeri Kelantan
A. Duit setampang B. Duit emas C. Duit Parsi D. Duit pitih
47. Selepas membuka Melaka, Parameswara telah menubuhkan angkatan laut
Melaka yang terdiri daripada Orang Laut. Apakah kepentingan Orang Laut kepada
kerajaan Melaka?
A. Mereka menubuhkan kubu untuk mempertahankan Melaka
B. Mereka membina perahu untuk mengawal pergerakan lanun di perairan Melaka
C. Mereka menjaga keamanan di Melaka supaya kegiatan perdagangan dapat
dijalankan dengan lancar di Melaka
D. Mereka mengadakan hubungan yang baik dengan orang Bugis untuk menjaga
keamanan di Melaka
48. Pelabuhan Merbok yang terletak di kuala Muda telah berkembang dan menjadi
satu pelabuhan yang terkenal. Apakah keistimewaan yang terdapat pada pelabuhan
yang terdapat pada pelabuhan ini?
A. Pelabuhan ini terletak berdekatan dengan Melaka
B. Pelabuhan ini terlindung daripada tiupan angin kencang
C. Pelabuhan ini menjadi pusat pertemuan pedagang dari barat dengan timur
D. Pelabuhan ini menjadi pusat pengumpulan rempah-ratus dari Kepulauan Melayu
49. Soalan 49 berdasarkan kenyataan di bawah
-Melaka telah menjadi satu pelabuhan yang terkenal semasa pemerintahan Sultan
Muzaffar Syah dan kerajaan Melaka juga telah berkembang dengan pesat semasa
pemerintahan baginda
Apakah perubahan yang penting berlaku semasa pemerintahan Sultan Muzaffar
Syah?
A. Melaka berjaya meluaskan empayarnya sehinnga seluruh Sumatera jatuh ke
tangan kerajaan Melaka
B. Baginda menjadikan agama Islam sebagai agama rasmi di Melaka
C. Melaka telah menjalinkan hubungan diplomatik dengan Majapahit
D. Baginda telah berkahwin dengan Puteri Hang Li Po
50. Soalan 50 berdasarkan kenyataan di bawah
Bendahaa Tun Perak : "Pantang anak Melayu derhaka kepada raja tetapi anak itu

janganlah dipertuankan."
Pembesar Melayu : "Saya setuju dengan kata-kata Dato".
Kata-kata di atas telah diluahkan oleh Bendahara Tun Perak apabila beliau
mendapat tahu bahawa anaknya, Tun Besar telah mati di tikam oleh Raja
Muhammad. Apakah kesan daripada peristiwa di atas?
A. Raja Muhammad dihantar ke Pahang dan dijadikan Sultan Pahang
B. Seluruh keluarga Tun Perak telah dihukum kerana kata-kata Tun Perak dianggap
menderhaka kepada sultan
C. pemerintahan Melaka telah menjatuhkan hukuman mati ke atas anaknya yang
membunuh Tun Besar
D. Berlakulah perpecahan antara rakyat Melaka yang tidak puas hati selepas Tun
Besar dibunuh
51. Melaka dapat berkembang dengan maju dan menjadi terkenal di kalangan
pedagang-pedagang. Apakah faktor-faktor yang membantu perkembangan
pelabuhan Melaka?
I. Sistem pentadbiran di Melaka yang sistematik
II. Melaka mengamalkan sistem cukai yang adil
III. Melaka diperintah oleh pemerintah-pemerintah yang cekap
IV. Melaka mengamalkan "Sistem Cukai Berkeutamaan."
A. I, II dan III B. I, II dan IV C. I, III dan IV D. II, III dan IV
52. Petempatan terawal di Malaysia telah wujud kira-kira 35 000 tahun dahulu. Di
manakah petempatan terawal dijumpai di Malaysia?
A. I, II dan III B. I, II dan IV C. I, III dan IV D. II, III dan IV
53. Peristiwa sejarah boleh mempunyai pelbagai tafsiran. Bagaimanakah keadaan
ini boleh berlaku?
I. Cara maklumat itu diperolehi mengenai sesebuah peristiwa
II. Sikap ahli sejarah itu yang bias dalam pandangannya
III. Persamaan yang terdapat antara peristiwa itu dengan peristiwa yang lain
IV. Kepentingan maklumat itu kepada seseorang
A. I, II dan III B. I, II dan IV C. I, III dan IV D. II, III dan IV
54. Mengapakah Melaka dapat dikalahkan dengan begitu mudah oleh Portugis
sehingga seluruh Melaka jatuh ke tangan Portugis pada Ogos 1511?
I. Sultan Mahmud tidak menjalankan tugasnya dengan cekap

II. Tentera Portugis lebih terlatih jika dibandingkan dengan tentera Melaka
III. Portugis mendapat tahu mengenai sistem pertahanan di Melaka sebelum
menyerang Melaka
IV. Melaka tidak mempunyai bilangan tentera yang mencukupi
A. I, II dan III B. I, II dan IV C. I, III dan IV D. II, III dan IV
55. Keris adalah satu senjata yang paling penting dalam masyarakat Melayu
tradisional. Yang manakah peranan yang dimainkan oleh keris dalam masyarakat
Melayu tradisional?
I. Ia dianggap sebagai lambang kebesaran
II. Ia dilihat sebagai satu alat mampertahanankan diri
III. Ia dijadikan sebagai alat perhiasan
IV. Ia menjadikan simbol kebesaran bagi golongan kerabat diraja
A. I, II dan II B. I, II dan IV C. I, III dan IV D. II, III dan IV
56. Kerajaan Johor mulai merosot menjelang akhir kurun ke-17. Bagaimanakah
kerajaan Johor boleh merosot?
I. Selepas Sultan Mahmud Syah dibunuh oleh Megat Seri Rama dan baginda tidak
meninggalkan seorang waris
II. Munculnya Raja Kecil yang menuntut sebagai anak Sultan Mahmud
III. Orang Bugis mula campur-tangan dalam politik negeri Johor
IV. Belanda telah menyerang dan memusnahkan pelabuhan Riau
A. I, II dan III B. I, II dan IV C. I, III dan IV D. II, III dan IV
57. Ramai orang Sabah dan Sarawak suka tinggal di rumah-rumah panjang.
Mengapa mereka suka tinggal di rumah-rumah panjang?
I. Mereka dapat berkenalan antara satu dengan lain dengan lebih rapat
II. Mereka dapat berkerjasama apabila membuka sesuatu perniagaan
III. Mereka boleh mempertahankan diri dari ancaman musuh
IV. Mereka dapat mewujudkan semangat berkerjasama antara satu dengan yang
lain
A. I, II dan III B. I, II dan IV C. I, III dan IV D. II, III dan IV
58. Walaupan Melaka dapat ditakluki pleh Portugis tetapi Sultan Mahmud masih
tidak putus asa. Baginda telah berusaha untuk mendapat kembali kerajaan Melaka
daripada tangan Portugis. Apakah usaha-usaha baginda untuk mendapatkan Melaka
semula?
I. Baginda telah meminta bantuan daripada orang Bugis

II. Baginda telah menyekat bekalan makanan daripada sampai ke Melaka


III. Baginda telah menyerang pelabuhan Melaka melalui jalan laut sebanyak lima
kali
IV. Baginda menyeru kepada pedagang-pedagang Islam supaya jangan berdagang
di Melaka
A. I, II dan III B. I, II dan IV C. I, III dan IV D. II, III dan IV
59. Orang Neolitik telah mencipta alat perhiasan daripada batu untuk membentuk
tembikar dan gelang. Apakah kegunaan tembikar dan gelang kepada orang
Neolitik?
I. Tembikar digunakan sebagai alat mengisi makanan
II. Gelang digunakan sebagai alat hiasan
III. Tembikar digunakan untuk masak makanan
IV. Gelang digunakan dalam upacara pemujaan roh
A. I, II dan III B. I, II dan IV C. I, III dan IV D. II, III dan IV
60. Terdapat beberapa jenis ukuran yang digunakan dalam masyarakat Melayu
tradisional. Pilih kenyataan yang benar mengenai sistem ukuran dalam masyarakat
Melayu tradisional.
I. Hasta adalah ukuran dari hujung siku sehingga ke ibu jari
II. Depa adalah ukuran dari dua hujung tangan
III. Jengkal adalah jarak antara ibu jari dengan jari kelengkeng
IV. Hasta adalah ukuran dari hujung siku ke hujung jari hantu
A. I, II dan III B. I, II dan IV C. I, III dan IV D. II, III dan IV

Anda mungkin juga menyukai