Anda di halaman 1dari 11

Bahagian A.

Arahan : Tiap-tiap soalan di bawah diikuti dengan empat jawapan. Pilih jawapan yang tepat
bagi setiap soalan. Bulat dan hitamkan jawapan anda pada ruangan jawapan yang disediakan.
1. Soalan 1 berdasarkan kenyataan di bawah
- Laporan-laporan kerajaan
- Batu bersurat
A. Sumber utama
B. Sumber primer
C. Sumber sekunder
D. Sumber lisan
2. Senarai berikut merupakan tokoh yang memberi pengertian sejarah.
- Ibn Khaldun
- Muhd. Yusof Ibrahim
Apakah persamaan pendapat mereka?
A. Mentafsir sesuatu kejadian
B. Peristiwa yang telah berlaku
C. Penyelidikan tentang manusia
D. Menceritakan tamadun manusia
3. Dalam kajian sejarah, mengapa cerita dongeng tidak dapat diterima sebagai peristiwa sejarah?
A. Tidak ada seorang pengarang untuk cerita dongeng
B. Sentiasa berlaku unsur tokoh tambah
C. Tidak menceritakan kejadian yang sebenarnya
D. kebenarannya susah diterima kerana ada banyak penerangan
4. Soalan 4 berdasarkan kenyataan dibawah
- Peristiwa penentangan Dato' Bahaman terhadap British dianggap sebagai satu peristiwa
bersejarah. Apakah ciri-ciri yang manjadikan peristiwa bersejarah ?
I.
Peristiwa itu mempunyai tokoh
II.
Peristiwa itu benar-benar berlaku
III.
Peristiwa itu memang bermakna
IV. Peristiwa itu dikaji oleh ahli sejarah
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
5. Senarai berikut menunjukkan sumber sejarah.
- Manuskrip lama
2

- Majalah sezaman
- Surat perjanjian asal
Sumber-sumber tersebut disimpan di
A. Arkib Negara
B. Galeri Perdana
C. Muzium Negara
D. Perpustakaan Negara
6. Antara berikut, yang manakah merupakan sumber pertama milik anda?
I.
Sijil kelahiran
II.
Kad pengenalan
III.
Laporan akhbar
IV. Biografi yang diterbitkan
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
7. Senarai berikut menunjukkan penempatan Zaman Prasejarah.
- Gua Cha
- Gua Harimau
- Gua Kota Tampan
Apakah kaedah kajian untuk mendapatkan sumber sejarah di penempatan tersebut?
A. Lisan
B. Bertulis
C. Saintifik
D. Arkeologi
8. Rajah menunjukkan sistem masyarakat Zaman Neolitik.
Zaman Neolitik

Wujud sistem bermasyarakat

Apakah yang dapat dikaitkan dengan sistem tersebut?


A. Mempunyai ketua
B. Menubuhkan kerajaan
C. Membuka penempatan
D. Menetapkan sempadan
9. Jadual 1 menunjukkan tapak ekskavasi Zaman Prasejarah.
Negeri
Tapak Ekskavasi
Perak
Kota Tampan
Sarawak
Gua Niah
Jadual 1
3

Mengapakah proses gali cari dijalankan di tapak ekskavasi tersebut?


I.
Mengenali budaya
II.
Menerokai tamadun
III.
Menebus guna tanah
IV. Membina petempatan
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
10. Masyarakat pada Zaman Neolitik mengamalkan cara hidup yang lebih baik.
Mengapakah dianggap sedemikian?
A. Mempunyai ketua
B. Membentuk kerajaan
C. Mempunyai pelabuhan
D. Menjalankan perlombongan
11. Senarai berikut menunjukkan hasil pertanian kerajaan Agraria.
- Ubi taro
- Padi huma
- Padi sawah
Mengapakah masyarakat Agraria menumpukan tanaman tersebut?
I.
Tanah subur
II.
Pasaran luas
III.
Permintaan tinggi
IV. Wujud sistem pengairan
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

12. Mengapakah kerajaan berikut maju dalam bidang perdagangan?


- Srivijaya
- Kedah Tua
- Majapahit
A.
B.
C.
D.

Kaya dengan hasil pertanian


Kemudahan sistem pengairan
Mendapat bantuan kerajaan asing
Masyarakat mahir membina kapal
4

13. Senarai berikut berkaitan dengan pokok yang dijadikan benteng pertahanan di Melaka.
- Pokok bakau
- Pokok api-api
Apakah nilai yang dapat anda kaitkan dengan kewujudan pokok tersebut?
A. Kegigihan
B. Kecekalan
C. Kesyukuran
D. Kebanggaan
14. Senarai berikut merujuk kepada kawasan yang dianugerahkan sultan kepada pembesar
tempatan Melaka.
Bendahara - Bentan
Laksamana - Temasik
Hulubalang - Sungai Raya
Anugerah tersebut dikenali sebagai
A. Jajahan takluk
B. Daerah asingan
C. Wilayah naungan
D. Kawasan pegangan
15. Pedagang di Melaka perlu mendapatkan Surat Kebenaran. Apakah kepentingan Surat
Kebenaran tersebut?
A. Berurus niaga
B. Bertukar mata wang
C. Berlabuh di pelabuhan
D. Belayar di Selat Melaka
16. Apakah bukti perkembangan islam di negeri Melaka?
A. Sastera lisan berkembang
B. Pertahanan diperkukuhkan
C. Hubungan diplomatik diperluas
D. Institusi kesultanan diperkenalkan
17. Senarai berikut menunjukkan Bendahara Melaka yang membawa kepada kejatuhan Melaka.
- Tun Mutahir
- Tun Perpatih Putih
Mengapakah dikatakan sedemikian?
A. Tentangan pembesar
B. Tindakan terburu-buru
C. Kelemahan kepimpinan
D. Zalim dan pilih kasih dalam pemerintahan

18. Apakah sifat negatif pemimpin yang menyebabkan kejatuhan Melaka ke tangan Portugis
1511?
I.
Pilih Kasih
II.
Bangga diri
III.
Tamak haloba
IV. Fitnah-memfitnah
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
19. Pernyataan berikut menunjukkan slogan orang Portugis.
Gospel, Gold dan Glory
Apakah kejayaan daripada slogan tersebut?
I.
Perluasan pasaran
II.
Penguasaan rempah
III.
Penjelajahan ke timur
IV. Penamatan Perang Salib
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
20. Portugis berjaya menguasai jambatan Sungai Melaka pada serangan pertama. Apakah faktor
kejayaan tersebut?
A. Mempunyai tentera ramai
B. Menerima sokongan penduduk
C. Memutuskan bekalan makanan
D. Mendapat maklumat pertahanan
21. Jadual 2 berkaitan dengan peristiwa penjajahan di Melaka.
Tahun
Peristiwa
1511
Portugis menawan Melaka
1640
Belanda menawan Melaka
1957
Melaka merdeka
Jadual 2
Apakah pengajaran daripada peristiwa tersebut?
I.
Sukarnya mendapat semula kuasa
II.
Tanggungjawab memelihara kedaulatan
III.
Berwaspada dalam membuat keputusan
IV. Berusaha gigih dalam membangunkan negara
A. I dan II
B. I dan IV
6

C. II dan III
D. III dan IV
22.Jadual 3 berkaitan asal usul Pahang.
Sumber
Tradisi Melayu
X

Nama
Pokok Mahang
Pura
Jadual 3

Apakah X?
A. Rekod India
B. Catatan Arab
C. Catatan China
D. Sejarah Melayu
23. Perbilangan adat berikut berkaitan dengan Adat Perpatih.
Bulat anak buah menjadi buapak,
Bulat buapak menjadi lembaga,
Bulat lembaga menjadi penghulu,
Bulat penghulu menjadi raja.
Apakah kesimpulan daripada perbilangan adat tersebut?
A. Pemilihan pemimpin dibuat oleh raja
B. Pelantikan pemimpin berdasarkan warisan
C. Pemilihan pemimpin mengikut suara demokrasi
D. Pembentukan sistem susun lapis masyarakat

24. Senarai berikut berkaitan dengan sistem masyarakat Melayu tradisional.


- Mas
- Kupang
- Pohon pitis
Apakah sistem tersebut?
A. Pertanian
B. Kewangan
C. Perdagangan
D. Perlombongan
25. Maklumat berikut menunjukkan ukuran yang digunakan dalam masyarakat Melayu
tradisional.
5 hasta
= 1 jemba
11 jemba
= 1 tali
2 tali
= 1 panampang
7

Ukuran tersebut adalah untuk


A. menyukat bijirin
B. mengukur tanah
C. menyukat emas
D. mengukur jarak
26. Senarai berikut menunjukkan sistem pendidikan tidak formal dalam masyarakat Melayu.

Membaca al-Quran
Mempelajari seni silat
Mempelajari adat resam

Apakah kesimpulan mengenai sistem tersebut?


I.
Membentuk akhlak mulia
II.
Menumpukan pelajaran keagamaan
III.
Mengutamakan pencapaian akademik
IV. Menetapkan jadual belajar
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

27. Dialog berikut mungkin berlaku semasa upacara kerajaan Melayu.


Pembesar : Turunkan bendera kuning itu dan
gantikan dengan bendera putih.
Pengawal : Baiklah Datuk.
Apakah upacara tersebut?
A. Keraian
B. Keputeraan
C. Kemangkatan
D. Keberangkatan
28. Antara ciri beikut, yang manakah merupakan ciri-ciri Adat Temenggung dalam masyarakat
Melayu?
I.
Hukuman bertujuan pemulihan
II.
Pemerintahan bercorak autokratik
III.
Perkahwinan mengikut hukum syarak
8

A.
B.
C.
D.

IV. Pemilihan pemimpin secara muafakat


I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV

29. Perayaan Hari Gawai diraikan oleh masyarakat Iban di Sarawak pada bulan Jun setiap tahun.
Apakah tujuan sambutan perayaan tersebut?
A. Hari pemujaan
B. Permulaan mencari rezeki
C. Permulaan tahun baharu
D. Tanda Kesyukuran
30. Senarai berikut berkaitan dengan pantang larang etnik Iban.
- Burung Beragai
- Burung ketupung
Apakah pantang larang tersebut?
A. Menangkap ikan
B. Membina rumah
C. Mengadakan majlis perkahwinan
D. Melakukan upacara pengebumian
Ruangan Jawaban Bahagian A.
1.

26.

2.

27.

3.

28.

4.

29.

5.

30.

6.

7.

8.

9.

10.

11.

D
9

12.

13.

14.

15.

16.

17.

18.

19.

20.

21.

22.

23.

24.

25.

Bahagian B.
Jawab semua soalan pada ruangan jawaban yang disediakan.
1. Berdasarkan rajah berikut, namakan kerajaan Melayu yang tua dan Kerajaan Melayu yang
baru. (B 1)
Kerajaan-kerajaan Melayu

Kerajaan Melayu yang tua wujud


sebelum kesultanan Melayu Melaka

Kerajaan Melayu yang baru wujud


selepas kesultanan Melayu Melaka

a)

d)

b)

e)

c)

f)
g)
10

(7 markah)
2. Jadual berikut menunjukkan tindakan yang dilakukan oleh kerajaan-kerajaan Melayu. (B5)
Tahun

Peristiwa

1753

Perak berbaik-baik dengan Belanda

1842

Kedah berbaik-baik dengan Siam

a) Berikan dua kepentingan hubungan luar kerajaan-kerajaan Melayu.

________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
(2 Markah)

b) Berikan satu tindakan yang boleh dilakukan oleh generasi hari ini untuk mempertahankan
kedaulatan tanah air.

________________________________________________________________________
(1 Markah)

3. Lengkapkan rajah di bawah dengan undang-undang yang diamalkan dalam masyarakat


Melayu tradisional.
Sistem Perundangan

Undang-undang Adat

a)

Undang-undang
bertulis
c)

b)

d)
Undang-undang Kedah

e)

f)
11

( 7 markah)
4. Nyatakan unsur patriotisme atau nilai yang seharusnya ada dalam diri setiap warganegara
Malaysia berdasarkan kenyataan yang diberi. (B5)
Kenyataan
Malaysia mempunyai sistem pemerintahan dan
pentadbiran yang cekap dan teratur

Unsur patriotisme atau nilai


g)

Kepelbagaian kegiatan ekonomi

h)

Keunikan budaya dan adat resam

i)

(3 markah)
- Kertas Soalan Tamat-

12

Anda mungkin juga menyukai