Anda di halaman 1dari 4

Biografi

SOALAN :
Buat satu karangan biografi tentang kakak anda.

Pendahuluan :

nama umur tarikh lahir tempat lahir

Isi-isi :

pendidikan yang diterima

sekarang sambung belajar di mana

apakah cita-citanya

sifatnya baik hati tegas dan penyayang

Penutup :

disayangi keluarga baik hati dan ringan tulang

Saya mempunyai seorang kakak yang bernama Hasyima Mazni binti


Hasyim. Dia berumur 22 tahun dan dilahirkan pada 21 Ogos 1980 di Hospital Besar,
Kota Kinabalu.
Kakak saya mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan
Lawabang. Kemudian dia menyambung pelajarannya ke Sekolah Menengah Sri
Medan selama lima tahun. Kakak saya seorang yang pintar. Dia telah muncul
sebagai pelajar terbaik di sekolahnya dan telah berjaya ke menara gading pada
tahuun 1998. Kini dia masih menyambung pendidikannya d Universiti Malaya dalam
jurusan bahasa peringkat Sarjana Muda.
Kakak saya bercita-cita tinggi. Dia ingin menjadi seorang pensyarah suatu
hari nanti. Sifat yang paling saya suka pada dirinya ialah dia seorang yang baik hati,
tegas dan penyayang. Apabila dia lama tidak pulang ke kampung, kami akan
merinduinya. Telefonlah yang menjadi penghubung melepaskan kerinduan. Kakak
saya selalu memberi nasihat kepada saya supaya belajar bersungguh-sungguh agar
dapat mengikut jejak langkahnya.
Kami semua menyenangi dan menyayangi kakak kerana sikapnya yang baik
hati, tidak sombong dan ringan tulang. Saya senang mendampinginya.

Ibu adalah orang yang melahirkan kita ke dunia. Ibu mengasuh dan mendidik kita
sejak kecil dengan penuh kasih sayang. Kasih ibu tiada batasannya dan tidak dapat
dicari ganti. Ibu saya bernama Aminah Ali. Beliau berumur 35 tahun.
Ibu saya seorang yang sederhana, selalu berbaju kurung dan bertudung. Bagi saya,
ibu adalah wanita yang cantik, bersopan-santun , dan periang. Ibu saya bekerja
sebagai guru. Beliau berkelulusan Maktab Perguruan Keningau dan mengajar di
Sekolah Kebangsaan Mangkapon Pitas.
Sebagai seorang ibu yang bekerjaya, kehidupan seharian ibu amat sibuk. Pada
setiap pagi, ibu akan bangun awal untuk menyiapkan sarapan dan memasak untuk
makan tengah hari nanti. Selepas bersarapan, saya dan ibu akan pergi ke sekolah
bersama-sama. Pada waktu tengah hari, ibu akan menjemput saya di sekolah.
Kemudian, kami akan makan bersama-sama. Pada waktu petang pula, ibu akan
menghantar saya ke sekolah agama.
Pada hari minggu, ibu akan memasak lauk-pauk kegemaran kami sekeluarga.
Selain itu, ibu saya pandai menjahit dan selalu menjahit pakaian saya. Ibu sentiasa
meluangkan masa untuk membaca bersama-sama kami. Kami juga akan menonton
televisyen bersama-sama.
Saya sayang akan ibu dan berasa sangat gembira apabila melihat ibu tersenyum.
Saya berjanji akan belajar bersungguh-sunggah dan akan sentiasa membuatkan ibu
gembira. Saya doakan semoga ibu berbahagia selalu.

SOALAN :
Tuliskan sebuah karangan biografi yang bertajuk Ibu saya.

Pendahuluan :
nama umur tempat lahir tarikh lahir
Isi-isi :
pendidikan yang diterima
ibu bekerja sebagai seorang guru
ibu melahirkan, membesarkan sejak kecil
pandai menggambil hati anak-anak tidak garang lemah lembut dan penyabar
Penutup :
mengenang dan menghargai jasa ibu

Setiap manusia di dunia ini mempunyai seorang ibu. Begitu juga dengan
saya. Ibu saya bernama Siti Maisarah binti Kassim. Usianya sekarang ialah 32
tahun. Beliau dilahirkan di Kampung Air Tawar, Kota Tinggi, Johor. Tanggal 13
Februari 1970 beliau dilahirkan.
Ibu saya mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Air Tawar selama
enam tahun. Kemudian beliau menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Kota
Tinggi selama lima tahun. Keputusan peperiksaannya yang cemerlang telah
melayakkannya menempatan diri di Maktab Perguruan Pengkalan Chepa,
Kelantan. Pada tahun 1990, bermulalah kerjaya beliau sebagai seorang pendidik di
Sekolah Kebangsaan Durian Guling, Terengganu.
Pada tahun 1996 hingga kini, ibu bertugas di Sekolah Kebangsaan Sri
Serdang. Ibulah insan yang melahirkan dan membesarkan saya dan adik-adik sejak
kecil. Beliau seorang yang pandai mengambil hati anak-anak. Beliau tidaklah
garang walaupun pada wajahnya menampakkan kebengisan. Ibu saya seorang
yang lemah lembut dan penyabar. Walaupun beliau dalam kepenatan selepas
pulang mengajar, tetapi beliau tidak pernah menjadikan kami tempat melepaskan
kemarahannya.
Saya berasa sangat bertuah memiliki seorang ibu yang penyayang dan aamt
memahami. Akanku kenang dan hargai jasamu ibu sepanjang hayatku. Engkaulah
ratu hatiku.

Biografi - Guru yang paling saya sayangi


Saya mempunyai seorang guru yang paling saya sayangi. Beliau seorang yang
berhati mulia dan penyayang. Nama beliau ialah Cikgu Chew SeeSee.
Cikgu Chew merupakan guru kelas saya. Saya sangat menyayangi beliau
kerana beliau selalu memberikan tunjuk ajar kepada saya sehingga saya benarbenar faham akan sesuatu topik yang diajar beliau. BeIiau juga tidak pernah
menunjukkan perasaan marah beliau kepada murid-murid lain yang kurang
memahami sesuatu pelajaran.
Saya sangat suka akan cara Cikgu Chew mengajar kami. Beliau selalu
membawa peralatan yang sesuai semasa mengajar. Kadang-kadang beliau akan
mengajar sambil bernyanyi, bersajak, berlakon atau bersyair. Suara beliau merdu
sekali.
Cikgu Chew telah mengajar selama lima belas tahun. Oleh itu, beliau telah
menggunakan pengalaman beliau dalam mendidik anak muridnya dengan sebaikbaiknya. Tidak hairanlah jika Cikgu Chew pernah dipilih sebagal Tokoh Guru di
sekolah saya.
Selain seorang pengajar yang cekap, beliau juga merupakan seorang guru
penasihat yang baik. Nasihat beliau selalu didengar oleh murid-murid. Beliau selalu
menasihati kami supaya belajar dengan bersungguh-sungguh di samping aktif
dalam kokurikulum.
Kini, saya juga bercita-cita menjadi seorang guru seperti Cikgu Chew iaitu guru
yang menjadi kebanggaan saya.

Anda mungkin juga menyukai