Anda di halaman 1dari 2

2.

0 DAPATAN HASIL SOAL SELIDIK 10 ORANG MURID BERKAITAN GANGGUAN


EMOSI
2.1 Faktor dan punca-punca tekanan emosi dalam kalangan murid.

9
8
7
6
5
Persekitaran
4
Sekolah; 8
Tindakan Guru; 7
3

Ibu Bapa; 6
Pengaruh rakan sebaya; 5
Masa Belajar yang panjang; 4

2
1
0

Seram
ai sepuluh orang murid dari (tahun 2 hingga tahun 6) Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan
Tamil Cheras di Kuala Lumpur telah menjalani sesi soal selidik berkenaan punca punca
gangguan emosi dalam kalangan murid di sekolah.

1.0 Kekerapan bagi punca-punca gangguan emosi dalam kalangan murid

Rajah 1.0

di atas menunujukkan dapatan kekerapan bagi faktor faktor gangguan

emosi dalam kalangan murid SJK (T) Jalan Cheras, Kuala Lumpur. Dapatan kekerapan

tertinggi sekali

dalam

rajah 1.0 adalah punca persekitaran. Sebanyak 8 responden

daripada 10 responden setuju dengan punca persekitaran adalah faktor utama yang
menyumbang kepada tekanan emosi mereka.
Oleh itu, hasil dapatan soal selidik bagi aspek persekitaran, didapati persekitaran
sekolah yang tidak kondusif membawa tekanan emosi yang tidak seimbang kepada
seseorang murid. Bagi item yang pertama dalam aspek ini, kebanyakan murid iaitu 9 orang
yang setuju dan 1 orang yang tidak setuju dengan penyataan responden berasa gangguan
emosi apabila mereka mempunyai kelas yang sesak . Kemudian, bagi item yang kedua
pula iaitu kelas yang sungguh padat dengan peralatan, seramai 8 orang murid setuju dan 2
orang murid tidak setuju dengan penyataan ini. Penyataan yang seterusnya dalam aspek
persekitaran adalah suasana bising semasa belajar;9 orang setuju dan 1 orang tidak setuju
dengan item tersebut. Item yang akhir dalam aspek persekitaran adalah bilik darjah yang
agak sempit dan kurang selesa.Bagi aspek ini 8 orang setuju dan 2 orang tidak setuju. Oleh
itu, ini jelas membuktikan bahawa faktor persekitaran sesebuah organisasi boleh
mendatangkan masalah gangguan emosi kepada individu. Malah melalui ulasan responden
dalam soal selidik berikut, keadaan seperti ini menjadi lebih ketara jika ada murid nakal yang
sering mengganggu proses pengajaran dan pembelajarannya. Ini secara langsung akan
mengganggu murid yang ingin belajar dan menyebabkan mereka mengalami tekanan
emosi. Ini selaras dengan pendapat yang diberikan oleh Ketua Jabatan Pendidikan
Kaunseling dan Psikologi Kaunseling, Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra
Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Rusnani Abdul Kadir yang mendapati bahawa
kecendurungan ke arah perlakuan negatif wujud kerana dipengaruhi unsur rangsangan di
sekeliling mereka. Ini bermaksud murid mungkin melakukan kesalahan akibat daripada
suasana persekitaran yang tidak kondusif dan mengganggu emosi mereka.